Bab 73: Lost memory

Romance Series 10664

Author pov

"Kyran, awak..awak betul tak ingat saya? Saya ni. Balqish. Takkan awak dah lupa." kata Balqish sambil menekap tangan ke dada sendiri.

Kyran mencantumkan keningnya.

"S-siapa kau sebenarnya? Balqish? Aku tak kenal pun. Kepalaku..kepala ni sakit sangat. Apa yang terjadi? Siapa aku? A-Aku tak tahu. Memori aku..macam kosong. Erghh.." Kyran memegang kepalanya yang berbalut. Sakitnya di situ.

Tiba-tiba Balqish mengukir senyuman misterinya. Penuh dengan makna disebalik senyuman itu.

Tiba-tiba tanpa Kyran sangka juga Balqish tiba-tiba memegang lengannya erat. Sambil membengkok sedikit tubuhnya menyama wajahnya dengan muka Kyran yang terbaring di atas katil kala ini.

Kyran agak tersentak dengan perbuatan spontan Balqish.

Balqish senyum senget.

"Kyran, let me tell you something. Sebenarnya..awak adalah my future husband and I..your future wife. Awak kemalangan di jalan raya. Sebab itulah, awak hilang ingatan."

"Hahh??" Kyran yang tidak tahu apa-apa mengenai Balqish terkejut.

"H-How cam this happen? S-saya ada future wife? Dan..itu adalah diri awak sendiri? Macam tu? Is it true??" soal Kyran bertubi-tubi. Masih belum dapat hadam kata-kata Balqish sebentar tadi.

"Yeah, sebelum awak kemalangan lagi..kita berdua dah merancang mahu kahwin dah pun. Tapi, disebabkan awak koma selama dua bulan perkahwinan kita ditangguhkan buat sementara waktu. Ia akan dijalankan bila awak dah sedar dan betul-betul sembuh. Awak sangat cintakan saya, Kyran dan begitu juga saya. Kita dah lama bercinta." Tipu Balqish mengambil kesempatan dengan keadaan Kyran saat ini.

"Dua bulan?! Saya..dah koma selama dua bulan??"

"Yeah, cuba awak ingat balik. Sebelum dua bulan, awak ada terlibat dengan suatu kemalangan."

Kyran cuba mengingati balik. Tetapi tak boleh.. keningnya tercantum.

"Erghh..saya tak boleh..saya tak boleh ingat..kepala saya sakit sangat bila mahu cuba ingat balik." kata Kyran perlahan.

'Apa yang terjadi pada aku?? Aku kemalangan? Jadi ..sudah dua bulan berlalu..Dan tak sangka aku dengan dia akan jadi future husband and wife. Unbelievable!' batin Kyran.

"It's okay dear, usah terlalu kuat berfikir nanti takut kesihatan awak pula makin terjejas nanti." kata Balqish lembut asyik tersenyum-senyum saja dia.

'Kyran, bagus juga kau hilang ingatan eh? Hehe.. bolehlah aku ambil kesempatan ni. Dan Puteri..aku akan cuba lesapkan dia dari pandangan Kyran. Dia tak boleh dekat dengan Kyran buat sementara ni. Dan aku..akan buat apa-apa saja untuk jauhkan dia dari Kyran. Supaya Kyran.. akan benar-benar tahu..dan anggap akulah orang yang begitu sayang dan cintakan dia. Kalau Puteri..mustahil. Mesti dia akan anggap macam tu. Sebab Puteri sangat lama mahu berjumpa dengannya. Huh, Puteri.. Puteri..kesian. Nasib tak akan memihak pada kau.' desis Balqish tersenyum sinis. Dalam hati penuh dengan muslihat kejinya.

"Sebentar ye Kyran? Saya nak buat panggilan sekejap." Kyran hanya mengangguk kecil. Dia mengerdip mata lemah dan termenung kecil.

Balqish berjalan sedikit jauh dari katil Kyran. Dia membuat panggilan di situ juga.

"Puteri sekarang berada di rumah Farah. Pastikan dia tidak akan sampai ke sini dan jumpa dengan Kyran. Kalau terpaksa, kau boleh bunuhnya terus." Bisik Balqish perlahan di telefon.

Matanya dikerling sekilas ke tubuh Kyran di atas katil.

"Baik boss.."

Balqish pula sudah tersenyum licik dan puas.

**********
Puteri pov

"Farah!! Macam mana boleh jatuh tangga ni? Haih, lain kali hati-hatilah." marah aku lembut padanya.

Sekarang ni Farah berada di atas katil sambil menjulur kakinya. Kakinya pula sedang diurut oleh Puan Maria sekarang ini.

Karen pula sudah menggeleng kecil dan menepuk perlahan dahinya.

"Itulah kak, Farah ni degil. Nak juga turun tangga sorang-sorang. Kan dah jatuh." kata Karen yang ikut membebel.

"Ala...korang ni. Janganlah membebel macam mak nenek. Aku okey jelah. Sikit je ni."

Mendengar kata-kata Farah Puan Maria semakin kuat mengurut kaki anaknya.

"Aww² sakitlah ma! Kenapa urut kuat sangat?" kata Farah yang sudah muncung mulutnya. Dia mengusap lembut pergelangan kakinya.

"Haa sikit apa kalau macam ni? Haih, Farah ni. Kalau macam nilah gamaknya.." belum sempat Puan Maria mahu membebel lagi Farah sudah menyampuk.

"Ma! Janganlah bebel! Tak kuat telinga Farah ni nak tadah asyik dengar orang membebel. Dahlah Puteri dengan Karen dah bagi ceramah panjang pada Farah. Tak sukalah kalau macam ni. Okey takpe, macam ni..lain kali Farah hati-hati ye? Hmm? Farah janji.." kata Farah yang sudah mengangkat tangannya seperti membuat ikrar.

Puan Maria menggeleng kecil. Aku turut tergeleng sama. Masing-masing sedang menahan senyum dan tawa dengan telatah Farah.

"Hmm..yelah tu cik Farah." kata aku akhirnya tertawa kecil juga.

"Beetuuuull..Haih, korang tak caya ke? Ma, ma pun tak percaya? Farah tak lemahlah. Farah kuat macam awang putih tu." kata Farah berseloroh. Dia sudah mengangkat lengan kanannya seperti ada otot di situ. Haa dah mula dah perangai loyar buruk Farah.

"Hahahaha.." kami semua sudah tertawa dengan karenah Farah. Farah ikut tertawa sama.

"Kamu ni.. macam-macam." kata Puan Maria.

"Dia ke awak kuat macam awang? Saya tak rasa pun macam tu. Tadi kan saya nampak ada budak tu dia nangis macam budak cengeng." kata Karen ikut mengusik.

"Iye adik? Agak-agaknya siapalah tu ye?" aku sudah menahan senyum.

"Ohh ya? Siapa tu? Farah kenal tak?" kata Farah lurus bendul.

Aku dengan Karen saling berpandangan. Tak lama kemudian, tercetus juga tawa dari kami.

"Hehehe apolah! Kaulah orang tu." kata aku masih dengan tawa sisa ku.

Farah sudah memuncungkan mulutnya sambil berpeluk tubuh.

"Ala..kite mana orang cengeng pun. Pandai jelah Karen ni! Hmmph!" kata Farah tak puas hati bila dikata cengeng.

Aku dengan Karen sudah berhi five bagai dan bertampar-tampar. Seronok kenakan Farah.

"Ermm tapi Puteri, kalau kau tak datang sini pun tak apalah. Kau kan..jaga Kyran kat hospital. Kalau kau tak datang sini pun..aku boleh faham. Lagipun, kau baru saja datang sini kan jenguk aku." kata Farah padaku.

Aku sudah tayang sengih kerang busuk.

"Tak apalah, dah aku datang sini dah pun. Lagipun, Balqish tolong jagakan. Lagipun, aku datang sini sekejap pun sebab nak tengok kau je. Manalah tahu, serius kaki kau tu bila jatuh dari tangga." kata aku mengerling sekilas ke arah kaki Farah yang sedikit terseliuh itu.

"Betul cakap Farah tu nak.. sepanjang dua bulan ni. Kamu asyik sibuk jaga Kyran. Kalau ada masa, datang sinilah. Lawat Farahlah. Kamu tak penat ke nak? Aunty pun tengok, kamu pun kalau tidur. Tidur sekali dengan Kyran kat hospital tu. Badan kamu tu mesti lenguh asyik tidur atas sofa dekat hospital." kata Puan Maria.

Aku tersenyum.

"Bagi Puteri. Itu bukanlah perkara yang memenatkan aunty Maria. Lagipun, bukan Puteri seorang saja yang tolong jaga Kyran. Mommy dengan daddy Kyran semua bertungkus-lumus jaga Kyran. Cuma.. Puteri yang tawarkan diri untuk sentiasa bermalam dengan Kyran di hospital. Tapi, tak selalulah. Sebab kesian kat aunty Puteri pula sendirian kat rumah. Nasib jiran ada boleh tolong asyik temankan dan berbual dengan aunty di rumah." kata aku lembut.

"Jap², kau kata Balqish tolong jagakan Kyran. Puteri, kenapa kau percaya dan harapkan dia? Perempuan macam dia.. bukannya boleh percaya macam tu je tau? Aku tahulah dia takkan buat apa-apa pada Kyran. Nanti, bila Kyran dah sedar macam mana? Macam-macam Balqish boleh buat tau? Haa macam mana pula kalau Balqish nak culik Kyran? Ahh.. macam-macam boleh berlaku la." kata Farah mula berfikir yang bukan-bukan.

"Kau ni Farah asyik berfikir yang negatif saja. Kau jangan risaulah. Tak mungkin, Balqish nak buat macam tu. Namapun kat hospital mesti dikawal dengan ketat. Mesti tak boleh punya kalau dia mahu culik Kyran kat situ." kata aku.

"Aish, itu tak penting Puteri. Aku bukan fikir negatif tapi sekadar berjaga-jaga. Sekarang ni kau kena pergi ke Kyran cepat. Aku dah tak sedap hati ni. Pasal aku, kau jangan risau. Karen dengan mama aku ada di sini. Yang perlu kau risaukan sekarang ini adalah Kyran." kata Farah.

"T-tapi.."

"Haih, tak ada tapi-tapi. Pergi cepat Puteri." Potong Farah lagi.

"Hmm..y-yelah. Aku pergi cepat. Adik, aunty Maria.. Puteri pergi dulu." kata aku.

"Hmm yelah.."

"Kak jaga baik-baik.." aku hanya mengangguk dan cuba tersenyum.

Aku pun tak sedap hati ni. Terasa dup..dap..dup..dap.. je jantung ni. Selalunya, kalau aku tak sedap hati macam ni..itu tandanya akan ada benda buruk yang akan terjadi.

"Haish, Kyran. Semoga awak tak apa-apa di sana.."

Selepas menapak keluar dari rumah Puan Maria dan menutup pintu rumah utamanya kedengaran handphone aku berdering menandakan panggilan masuk.

Aku tanpa memandang si pemanggil terus mengangkat panggilan itu.

"Hello.."

"Hello Puteri! Kyran.. Kyran..dah sedar, nak! Tadi..Balqish ada call mommy. Dia kata Kyran dah sedar." Kedengaran suara Datin Arina ceria dan gembira di sana.

"Dia ke mommy?! Wahh..gembira Puteri mendengarnya. Rasa syukur sangat Puteri bila Kyran dah sedar." kata aku yang sudah menekup mulut teruja.

Tapi, heran..kenapa Balqish tak call aku terus je? Ermm..tak apalah. Mungkin dia malas nak call aku dan suruh datin yang tolong beritahu padaku. Mungkin.

"Tapi..." Kini suara datin Arina kendur perlahan saja nada suaranya.

"Tapi apa mommy?"

"Kyran..dia..dia hilang ingatan. Baru saja Balqish beritahu. Dan sekarang.. mommy dalam perjalanan nak ke sana. Nak, bersabar ye?"

Bagaikan terkena halilintar, terasa jantung seperti berhenti berdetak seketika. Dan akhirnya kian berdetak dengan begitu laju.

"Huhh..ahh.." aku cuba bernafas dengan baik. Aku pegang dadaku. Sakit. Sakitnya..

Lututku terasa bergetar. Akhirnya aku terduduk mencangkung di sini.

Aku memejam kelopak mataku rapat. Satu per satu air mata menitis laju ke pipi.

"Erghh..huhh..huhh.." aku cuba untuk bernafas dengan baik. Kepalaku tunduk sedikit.

Datin Arina yang berada di talian mendengar desahan nafasku yang tak stabil tiba-tiba menjadi cemas dan risau.

"Puteri? Hello..nak. Jangan buat mommy risau. Kamu okey di sana? Tolonglah jawab.."

Aku menangis tanpa suara. Sementara tangan masih menekan kuat dadaku.

"Uhukk..uhukk.." aku terbatuk-batuk kecil.

"Nak..jangan buat mommy risau!!" Kedengaran suara Datin Arina menjerit cemas memanggil nama aku.

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku perlahan. Bulu mata sudah basah dengan air mata.

Aku cuba untuk tersenyum. Telefon kini dibawa ke telinga.

"Mommy.." panggilku perlahan dengan rasa begitu berat dan sesak di dada.

Aku cuba untuk tersenyum manis lagi. Namun, malangnya ia masih kelihatan begitu hambar.

"Mom.. mommy jangan risau dekat Puteri.. Puteri akan ke sana sekarang.."

"Betul ni? Kamu tak apa-apa?"

"Ya betul mommy. Puteri..okey aje ni." kata aku menipu.

"Okeylah kalau kamu cakap macam tu.. mommy letak dulu ye?"

Bibir bawahku mula bergetar pilu. Tapi, aku cuba untuk tersenyum lagi. Setitis air mata mengalir lagi ke pipi.

"O-Okay mommy.." akhirnya telefon diletakkan. Aku meletak telefon kembali ke dalam beg sandangku.

Kaki cuba untuk berdiri. Tiba-tiba..

Klakk... kedengaran pintu utama kembali dibuka oleh seseorang dari dalam.

"Kak? Kak masih tak pergi lagi?" Karen menghampiri ke arah aku.

"Kak, are you okay?" Aku tersenyum.

"Hmm? Yeah, kak okay aje. Dik, tolong gitau Farah.. yang Kyran sudah sedar dari koma." kata aku lembut.

"Ohhh, iya ke? Kalau macam tu..adik gitau dululah kat Farah. Kita pergi sama-sama ke hospital. Kak tunggu sini tau?"

Aku hanya mengangguk kecil dan tersenyum.

Kelibat Karen sudah hilang dari pandangan.

Aku dengan langkah sedikit tercapit-capit berjalan perlahan ke arah pagar. Aku fikir mahu tunggu di pagar saja.

Belum apa-apa lagi, terasa lenganku ditarik kuat oleh seseorang. Aku terjerit kecil.

"Ahhh..!!" Sehingga berjaya membuat tubuhku menerobos masuk ke dalam keretanya. Mulut ditekup rapat oleh seseorang.

"Hmmhh..hmmhh.." aku cuba untuk bersuara. Pintu kereta akhirnya ditutup cepat oleh seseorang. Kereta pacuan roda ini terus pergi membelah jalan raya.

Aku sudah berasa takut. Mata mengitar ke wajah masing-masing di dalam kereta. Semua kecuali seorang lelaki yang memandu memandang aku dengan senyuman dan pandangan sinis. Mungkin puas kerana sudah berjaya menculikku.

Aku menggigit kuat tangan seorang lelaki yang menekup mulutku rapat sehingga dia menjerit kesakitan.

"Ahhh.."

"Si.. siapa korang hahh?! Kenapa korang culik aku? Korang..korang..orang upahan Balqish ye?" Soal aku bertubi-tubi seperti mengagak apa yang berlaku.

Terasa tubir mata sudah penuh bergenang dengan air mata.

Seorang lelaki yang aku menggigit tangannya tadi terus menarik rambutku kuat sehingga membuat mukaku terdongak sedikit ke atas.

"Ahhh.." aku mendesir kecil.

"Kau..! Kauorang semua memang lelaki brengs*k! Tak guna!" Jerit aku sekuat hati sehingga bergema di dalam kereta ini.

"Apa kau cakap?!"

Pangg!!

Terteleng kepalaku ke kiri. Terasa menjalar panas dan sakit di pipi kananku kali ini kerana ditampar kuat oleh seseorang di tepi pemandu.

Aku memegang pipiku. Sakitnya..

"Berani korang pukul wanita! Korang semua memang lelaki dayus! Korang semua hanya layak berada dalam neraka saja! Arghh.."

Terasa begitu sakit apabila aku ditumbuk berkali-kali oleh mereka semua. Kereta berhenti di bahu jalan.

"Ahhh..s-sakit..tolong hentikannya.." aku bergumam halus meminta tolong. Tetapi, ini hanyalah sia-sia. Tidak ada siapa-siapa yang akan membantu aku. Ianya begitu sakit aku rasakan.

Pukulan demi pukulan. Tumbukan demi tumbukan. Tamparan demi tamparan. Sehingga membuat kulitku berdarah dikerjakan oleh mereka semua. Rambut direntap, pipi ditumbuk.. macam-macam mereka kerjakan aku di sini juga. Mereka kerjakan aku seolah binatang liar yang tidak tahu erti rasa sakit dan perit.

Tak cukup dengan itu, kata-kata cacian dan makian turut dilempar ke arah aku.

Akhirnya seorang wanita yang tidak berdosa dipukul di dalam kereta bertubi-tubi di situ juga. Kereta van berwarna hitam sudah bergoyang-goyang seolah-olah seseorang sedang bekerja keras di dalam sana.

Author pov

"Aik! Mana kakak aku? Bukan..aku suruh dia tunggu sini ke?" soal Karen sendirian.

"Kak!! Ohh kak!!" Laung Karen di situ juga memanggil nama kakaknya.

"Karen, kenapa? Puteri dah pergi eh?" Soal Farah di muka pintu sambil dipapah lembut oleh ibunya.

"Hmm mungkin. Sebab kak dah tak ada. Mungkin dia pergi hospital dulu kot. Tak apalah. Jom kita pergi hospital. Mungkin kak ada kat sana." kata Karen.

Farah hanya mengangguk. Akhirnya, ketiga-tiga orang ini pergi ke hospital dengan menaiki kereta Karen.

Kereta empat pacuan roda sudah berjaya pergi dari perkarangan rumah Puan Maria. Tanpa mereka tahu atau sedari yang nyawa Puteri berada dalam bahaya saat ini.

**********
Pintu dikuak dari luar. Kyran yang disuap makan oleh Datin Arina di atas katil menjamah pandangan mereka bertiga.

"Karen, Farah eh Puan Maria pun ada juga?" Datin Arina mula bangun dari duduk. Mereka bersalam tangan dan bertegur sapa mesra.

Bagaimana Datin Arina boleh kenal Puan Maria? Ialah kerana Puan Maria kan pernah hadir juga ke parti kecil untuk lamaran Kyran pada Puteri malam tu bersama suaminya lagi. Jadi, Farahlah yang pernah perkenalkan ibunya pada Datin Arina.

Datin Arina pula sudah tahu keadaan Farah. Dia turut menyokong Farah dari belakang cuba menyalur kekuatan pada Farah.

"Kyran macam mana, datin?" Soal Farah apabila ibunya dan juga Datin Arina sudah bertegur sapa.

Datin Arina tersenyum. Dia terus membawa Farah ke arah anaknya supaya lebih dekat.

"Nak..ini kawan kamu, Farah. Kamu ingat lagi tak?" datin Arina mendudukkan Farah di atas birai katil di tepi anaknya.

Kyran memandang Farah dengan kerutan di dahi. Begitu juga Farah yang mencantumkan keningnya.

'Apa maksud dengan 'kamu ingat lagi tak?' Jangan-jangan..Kyran..' Farah sudah menekup mulutnya secara tiba-tiba.

"Jadi ini kawan Kyran mommy?"

"Kyran..kau..kau hilang ingatan?" soal Farah secara tiba-tiba. Kyran hanya mengangguk seolah-olah Farah dapat melihatnya.

"Kyran, Farah tidak dapat melihat. Jadi kalau kamu angguk saja mana dia nak nampak." bisik Datin Arina perlahan di telinga Kyran.

Kyran tergamam.

'Patutlah..anak mata dia asyik ke arah lain. Rupa-rupanya kawan ni tak boleh melihat. Okey faham-faham..' getus Kyran dalam hati.

Kyran tersenyum nipis.

"Ye, aku hilang ingatan. Harap kau faham, Farah. Dan tolong aku untuk ingat semula." kata Kyran perlahan. Riak matanya hanya kosong merenung Farah.

Farah hanya mengangguk kecil. Baru dia teringat pada Puteri.

"Datin.. Puteri mana?" soal Farah.

Karen tersentak. Ha'aalah kakak aku pergi mana?

"Datin, saya tak nampak pun kakak saya. Bukan dia ada kat sini ke?" Soal Karen pula mula cemas apabila langsung tidak melihat wajah kakaknya di dalam bilik ini.

Matanya terlekap lama pada satu wajah asing yang sedang duduk santai di atas sofa ini. Balqish.

"Aik, bukan dia kamu semua sekali dengan Puteri ke? Dia langsung tak ke sini pun." Kata Datin Arina yang berjaya membuat Farah, Karen dan Puan Maria terpempan.

"Puteri?" Spontan terbit nama itu meniti di bibir Kyran. Nama itu.. seperti familiar baginya.

"Puteri, siapa dia? Mana Puteri?" Soal Kyran.

"Puteri. Dia ialah kekasih kau. Wanita yang kau sangat cintakan. Takkan kau tak ingat?" kata Farah.

Karen pula sudah tidak senang duduk. Dia tak ada masa mahu layan semua ini. Selagi tidak nampak wajah kakaknya lagi selagi tu hati dia tak akan tenang. Hatinya mula menindakkan yang bukan-bukan.

Kyran tergamam. Dia memandang ke arah Balqish.

"Kekasih? Tapi..dia siapa pula? Bakal jadi wife aku? Aku tak cintakan dia? Tapi cintakan orang lain? Puteri orangnya?" Soal Kyran yang seperti sudah salah faham pula. Bagai orang bodoh dia bertanya.

"Siapa dia?" Soal Farah yang dirinya pula sudah pening dengan kata-kata Kyran.

"Balqish. Dialah yang kata yang dia bakal isteri aku.." Kata Kyran memandang Balqish dan Farah silih berganti.

"What?! Balqish?! No..of course not her! Bakal isteri kau pun adalah Puteri lah! Siapa yang pandai-pandai reka cerita ni?" kata Farah yang mula naik hangin.

Kyran pula semakin jadi pening dibuatnya. Yang mana satu yang benar? Arhh dia tak mahu ambil peduli lagi! Yang dia rasa dan tahu..semua orang kat sini dia langsung tak kenal. Macam dia pula baru kenal.

Yang dia ingat hanyalah mommy dan daddynya. Yeah, Kyran hanya hilang separuh dari ingatannya. Jadi datin Arina dengan Dato' Johansson dia masih kenal sebagai ibu dan ayahnya.

Ohh sebelum terlupa, Dato' Johansson dan Zain turut ada di sini lawat Kyran. Cuma.. mereka berdua pergi tempat lain sekejap. Almaklumlah dah banyak orang kat bilik wad Kyran ni. Nanti bertambah pening Kyran dibuatnya.

'Ni mesti kerja Balqish lagi! Saja nak memanipulasi Kyran lah tu!' Batin Farah geram. Dia sudah menggepalkan penumbuknya. Andai saja dia boleh melihat sekarang pasti wajah Balqish menjadi tempatnya untuk hamburkan kemarahan juga. Jangan main-main dengan Farah Mikayla.

Karen memandang ke arah Balqish.

'Jadi...dialah Balqish?'

Tanpa sempat Balqish berkata apa Karen sudah menarik tangannya keluar dari bilik wad Kyran. Orang-orang di situ hanya cuma melihat Karen menarik tangan Balqish kecuali Farah yang hanya dapat duduk diam menahan rasa di situ.

"Ahhh.." Balqish mendesir kecil apabila tubuhnya ditolak kasar oleh Karen ke dinding. Karen memang tak berkasar dengan perempuan. Tapi..kalau dia dah rasa perempuan tu jahat sudah tidak ada maknanya untuk dia berlembut dengan perempuan itu lagi.

Karen mengurung Balqish ke di dinding.

"S-siapa kau hahh?! Berani kau tolak aku macam ni eh?" Balqish sudah naik hangin. Mencerlung tajam dia memandang Karen.

"Kau..jadi kau Balqish? Dengar kata dari mulut Farah.. kaulah orang yang selalu cuba-cuba saja untuk aniayai kakak aku. Kaulah orang tu. Kaulah yang selalu saja mengambil kesempatan untuk cuba-cuba rampas Kyran dari kakak aku. Farah juga pernah kata..yang kau dah banyak buat perkara buruk pada Puteri! Kau..berani kau eh? Dasar perempuan bit*h! Fu*k you! Kau..kali ni kau buat apa dengan kakak aku hahh?!" Suara Karen sudah naik seoktaf. Dia sudah tak sabar lagi sehingga terkeluar carutan dari bibir merahnya.

Nasib di situ hanya cuma ada berapa pesakit yang berkeliaran. Tidak ada nurse atau doktor yang berkeliaran. Jadi.. tidak ada siapa yang dapat menghalang Karen saat ini.

"Aku kata di mana dia?! Apa pula kali ni kau buat kat dia hahh?" Karen sudah bergenang air matanya. Dia mencerlung tajam memandang Balqish.

Balqish tersenyum sinis.

"So..inilah kaulah adik dia ye? Woah..panas baran. I like.." kata Balqish perlahan.

Karen tersentak. Perempuan ni memang dah gilalah! Nak aje aku sepak muka dia dengan kasut sneakers aku ni.

"Aku tanya baik-baik kan? Jangan sampai muka kau pecah kat sini juga aku kerjakan." kata Karen keras menahan marah dan gelora di dada.

Kedua-dua tangan Karen yang menahan dinding sedang mengurung Balqish sudah menggepalkan tangannya.

"Hell, kau ni macam Kyran. Panas baran dan tidak sabar. Masing-masing pedulikan perempuan tu. So same." kata Balqish sinis.

" 'Perempuan tu' kau cakap? Heyy dia ada namalah! Dan nama dia PUTERI..heh kau tak reti sebut ke?" kata Karen menekan nama Puteri tidak kalah sinis dengan Balqish.

Balqish tergamam. Terasa tercabar pun ada dengan kata-kata Karen. Suasana semakin 'panas'.

"Aku tak tahu sama ada sampai bila kakak kau akan bertahan. Mungkin..dia dah 'sekarat' sekarang ini." kata Balqish yang berjaya menyentap tangkal hati Karen saat ini.

"A-Apa maksud kau?"

***********
Mark pov

Aku tersenyum sendiri sambil memandu. Sekarang aku hendak mahu ke rumah Farah. Ahh..tak sabar pula rasanya. Terakhir aku lawat Farah ialah beberapa hari lalu. Walaupun hanya lepas beberapa hari, tapi aku dah rindu dia.

Namun, tiba-tiba aku ternampak perkara yang sadis yang benar-benar mengejutkan aku. Aku terus memberhentikan enjin kereta di bahu jalan. Aku dengan panik keluar dari perut kereta.

Tergamam sejenak aku di situ. Tangan sudah menekup mulut kerana terlalu terkejut.

Apa yang aku saksikan sekarang ini adalah seorang perempuan yang sedang terdampar di tepi jalan dengan berlumuran darah di tubuhnya.

"Uhukk..uhukk.." kelihatan perempuan itu sedang terbatuk kecil sehingga mengeluarkan darah dari mulutnya.

Aku tercengang. Itu..itu bukan Puteri ke? Orang yang aku lihat pada malam tu..waktu Kyran sedang melamar seorang perempuan. Yeah dialah orang tu. Aku yakin sangat. Dialah Puteri!

Terus aku mendapatkan dirinya dan mencangkung di hadapannya.

"Puteri.. Puteri..sedarlah.." namun kedua kelopak mata itu sudah terpejam rapat tidak sedarkan diri. Puteri sekarang berada di posisi sedikit mengiring dalam keadaan dirinya yang nampak agak menyedihkan. Sesiapa yang melihat pasti hatinya akan berasa tercuit dengan rasa kasihan dan sebak.

Puteri.. seperti dalam bahaya. Dia semakin banyak berlumuran darah. Aku terus mencempung tubuh kecilnya itu ke dalam kereta.

"Puteri.. bertahanlah.."

Huhuhu..syesyedihh..TT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience