Bab 41: Awareness

Romance Series 10664

Farah pov

Disebabkan rasa yang tidak sedap hati yang membuak-buak aku mahu melawat ke rumah Puteri. Entahlah tiba-tiba jadi risau pulak dengan kawan aku yang seorang tu. Huhu..my bff.

"Aunty! Puteri! Farah datang nih. Farah bawak makanan!" jerit aku ceria. Dia mula menapak masuk ke rumah.

Tiba-tiba kelibat aunty mula memenuhi kornea mataku. Aunty kelihatan macam gelisah dan riak risaunya jelas terpancar. Alamak..

"Aunty? Kenapa nih? Ada sesuatu yang berlaku ke? Mana Puteri?" kata aku yang seperti tercari-cari kelibat Puteri.

"Puteri.. Puteri.." tergagap-gagap aunty mahu berkata. Dia memandang ke arah aku. Manakala aku dah mula syak macam-macam. Minda mula memproses yang bukan-bukan. Rasa tidak sedap hati semakin kuat dirasakan.

"Kenapa Puteri aunty? Takpe, cuba aunty bertenang dulu. Kita duduk dulu. Nanti penyakit darah tinggi aunty makin naik." kata aku yang juga sekarang nih reaksi sama dengan aunty aku. Risau. Tetapi aku cuba mahu menenangkan aunty aku terlebih dahulu. Aunty aku ada darah tinggi jadi aku takut juga kalau aunty aku pengsan sebab terlalu dengan emosi dan tertekan.

Aku memimpin aunty untuk ke sofa. Dia cuba menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Cuba untuk tidak terlalu gelisah dan takut. Aunty memandang aku semula.

"Tadi aunty ada suruh Puteri belikan santan dan garam dekat kedai runcit tapi sampai sekarang Puteri masih belum balik Farah. Aunty risau. Risau takut ada apa-apa buruk yang terjadi nanti pada Puteri." kata aunty. Dia meraut wajahnya dengan kasar. Aku memegang tangan aunty dengan lembut. Patutlah hati aku rasa macam tak sedap hati sangat. Rupanya inilah yang berlaku. Puteri..takkan Puteri dah hilang?! Ohh no !! Janganlah !!

"Aunty, aunty duduk sini dulu. Biar Farah yang cari Puteri. Mungkin dia masih ada kat mana-mana, pergi melencong kat mana-mana ke kita tak tahu. Takpe biar Farah call kawan Farah untuk cari sama. Kyran pun Farah akan gitau pasal nih. Mesti dia juga risau dengan kehilangan Puteri dan cuba untuk cari di mana Puteri berada." kata aku. Aku tak boleh la duduk sini diam-diam saja tanpa berbuat apa. Puteri adalah my bff. Kiteorang bagaikan saudara. Aku harap..takkan ada apa-apa yang terjadi nanti dan dipermudahkan segalanya untuk aku mencari Puteri.

Ya tuhan lindungilah Puteri.

************
Puteri pov

Aku telah terlantar baring sambil buat kedua kalinya terikat kedua-dua tangan dan kakiku. Tapi kali nih..aku terikat dengan rantai besi. Aku diperlakukan seperti hamba. Sadis kan? Ohh aku lupa. Aku memang dah..dianggap sebagai hamba oleh Balqish dah pun. Heran. Siapa dia nak jadikan aku hamba. Heran. Memang sangat heran.

"Erghh.." Aku menggerakkan sedikit kedua-dua tangan aku. Mulut aku berdesir. Tali besi yang mengikat kedua-dua tangan aku terasa sangat sakit. Manakan tidak..luka di tangan dan juga dada aku tidak dirawat dengan baik. Malah dikurung dalam bilik bawah tanah dan diikat dengan kejam. Sakit. Memang tak ubah macam binatang liar! Yang diikat dan dikurung.

Tiba-tiba derapan tapak kaki yang turun ke bawah tangga menerjah ke gegendang telinga. Kelihatan seperti akan ada seseorang yang mahu menuju ke sini.

Dan yepp..dia sekarang sudah betul-betul berada di hadapan aku. Aku hanya lihat sepasang kasut yang berdiri di hadapan aku dengan lama. Kelihatan sepasang kasut tersebut milik orang lelaki.

Aku mendongak sedikit memandang orang yang di hadapan. Jack? Buat apa dia kat sini? Huh! Tak mungkin dia nak lepaskan aku pulak kan?

"Buat apa datang?" kata aku perlahan dengan nada dingin.

Tanpa aku sangka Jack duduk bertinggung di hadapan aku. Dia membawa peti rawat kecemasan. Jack membuka peti tersebut dan cuba untuk merungkaikan rantai besi dengan membuka kunci pada rantai besi tersebut. Rantai besi tu dia ada macam mangga kunci jadi lepas je kunci dibukakan serta-merta rantai besi tersebut akan terlerai. Aku mengurut sedikit tangan aku. Terasa tangan mula kebas-kebas dan sakit. Tapi rasa lega juga sebab dilepaskan walaupun hanya sementara. Terasa terseksa juga walaupun sekadar dirantai.

Selepas itu, Jack mula mahu membersihkan luka di tangan aku tapi sempat aku mengelak.

"Puteri, kau tak bolehlah biar saja luka kau tu. Kau kena rawat diri kau dulu. Nanti kuman boleh merebak di luka kau tu." kata Jack cuba memujuk.

"Biar. Biar saja. Aku tak kisah. Cuma.. yang aku kisah sekarang nih adalah Kyran. Macam mana dengan dia? Dia baik-baik saja kan? Jack aku nak jumpa dia.." kata aku dengan nada lemah. Aku pandang muka Jack.

"Kau..nak jumpa dengan dia? Mustahil. Mustahil kalau kau dapat jumpa dengan dia. Sedangkan Balqish tahan kau kat sini. Kurung kau kat sini. Kau fikir..kau boleh pergi ke hospital? Semata-mata nak jumpa dengan Kyran? Dalam mimpi la Puteri." kata Jack.

"Tak, ianya tak mustahil kalau kau tolong aku. Jack, hanya kau seorang saja yang boleh tolong aku sekarang nih. Aku janji..lepas jer kau lepaskan aku..aku akan kembali. Aku takkan lari. Aku cuma nak jumpa dengan Kyran tu je. Jack tolonglah.." kata aku merintih. Dalam hati aku..hanya ada Kyran saja yang aku risau sekarang nih. Hati aku takkan tenang selagi takkan jumpa dengan dia di hospital. Dengan keadaan dia yang parah tadi tu membuat aku rasa..makin tak senang duduk. Aku nekad aku nak jumpa dengan dia.

"Puteri.. dengan keadaan kau macam nih yang berada dalam nyawa terancam kau masih fikirkan dia? Puteri, aku yakin dia takkan apa-apa. Dia akan dirawat sebaik mungkin di hospital. He'll be fine. Percayalah." kata Jack. Dia sudah tidak tahu mahu buat apa dengan Puteri. Lagipun Puteri degil. Kepala batu. Dia tahu kalau pujuk macam mana pun Puteri akan tetap dengan keputusannya. Jack meraut wajahnya kasar. Dia mengurut dahinya berkali-kali.

"Jack, Kyran tu bagaikan nyawa aku tau. Aku nih tak boleh nafikan yang tahap cinta aku terhadap Kyran melebihi segala-galanya. Dan sebab tu..aku lebih utamakan dia. Jack kau faham kan perasaan apabila kehilangan orang yang kita sayang? Perasaan takut akan kehilangan. Kau boleh rasa semua tu. Cuba kau berada kat tempat aku sekarang nih. Kalau kau jadi aku pun..kau akan lebih utamakan orang yang kau sayang. Terutamanya apabila orang tu..kita tidak tahu sama ada keadaan dia baik ataupun tidak. Selamat ataupun tidak. Malah kau akan ambil segala risiko untuk berada di sampingnya. Untuk pastikan keadaan dia betul-betul baik dan selamat." kata aku dengan nada lirih. Aku memandang ke arah Jack cuba meminta simpati. Aku kena keluar dari sini. Aku nak jumpa dengan Kyran..

Manakala Jack tidak berkata apa. Hatinya berbelah bahagi. Dia menatap wajah aku dengan lama.

"Tapi Puteri..ianya tak mudah untuk aku keluarkan kau dari sini. Bila-bila masa saja Balqish boleh datang ke sini cari kau. Takut nanti bila dia tengok kau tak ada kat sini akan tercetus pula gunung berapi nanti. Macam-macam boleh jadi." kata Jack.

Aku terdiam seketika. Tidak tahu sama ada masih mahu berkeras lagi untuk pergi ataupun tidak. Kalau Balqish tahu aku tiada bukan hanya aku seorang yang akan terkena lampias kemarahan Balqish nanti malah Jack pun sama kalau Balqish dapat tahu yang Jack selamatkan aku. Macam-macam boleh jadi.

Serta-merta air mata jernih mula turun ke pipi. Aku memegang dada kiri aku. Sangat sakit di situ. Aku..takkan dapat jumpa dengan Kyran lagi ke? Aku cakap aku mahu lawatnya nanti di hospital. Tapi kata-kata tu hanya sekadar mainan semata-mata.

Manakala Jack yang melihat air mata jernih yang keluar dari pipi aku sedikit tersentak dan terpaku. Hatinya tersentuh.

Tiba-tiba..

"Aku rasa..aku boleh tolong kau pergi dari sini. Lagipun kau kan nak pergi hospital je jumpa Kyran. Takpe, aku ikut kau pergi hospital. Kalau kau pergi sendiri mustahil la kan." kata Jack.

Kata-kata Jack membuat mata aku bersinar-sinar. Senyuman kecil perlahan-lahan terbit di bibir mungil aku.

"Betul ke nih Jack? Cuma..kau tak takut pada boss kau nanti? Yelah kalau dia bagi hukuman yang berat pada kau macam mana." kata aku risau. Jack pasti turut akan jadi mangsa Balqish juga nanti kerana melepaskan aku tanpa izinnya.

"Tak apa. Pasal tu kau jangan risau. Hukuman apa nanti aku akan tanggung. Cuma aku takut kau pula yang tak tahan dengan hukuman dari Balqish. Manalah tahu kalau Balqish buat benda yang buruk pada kau. Benda yang buat kau tak sanggup untuk hadapi nanti macam mana?" kata Jack.

"Aku tak tahu Jack. Tapi.. hukuman berat apapun nanti aku akan hadapi semua tu. Lagipun kalau aku tak buat Balqish marah atau apa-apa sekalipun dia akan tetap seksa aku macam binatang. And I don't know.. seksaan apa nanti pula yang aku harus hadapi." kata aku yang meraut wajah dengan kasar.

Jack hanya terdiam. Dia tersenyum nipis memandang ke arah aku.

"So, sebelum tu aku nak kau balut luka kau tu dulu Puteri. Dah lama kau biarkan nih. Darah pun dah kering dah tu. Tangan, baju kau habis kena darah. Hmm takpe kau tunggu sini. Aku rasa aku ada baju yang sesuai untuk kau pakai." kata Jack.

"Lagipun sempat lagi nak pergi nih. Walaupun nih rumah Balqish tapi dia tak ada kat sini. Dia keluar disebabkan ada urusan. Jadi kita kena cepat." sambung Jack lagi.

"Okey, aku akan balut luka aku. Thank you so much Jack. Jasa kau akan ku balas nanti." kata aku tersenyum hambar.

"Hmm.. kaulah yang buat aku jadi macam nih Puteri. Buat aku rasa sedar diri dan tidak terlalu bersikap kejam dengan orang lain. Jadi kau tak berhutang budi dengan aku. Anggaplah yang aku anggap semua nih semata-mata nak balas kebaikan kau dalam sedarkan aku. Huh kalau bukan disebabkan kau..dah tentu aku rasa dah jadi macam Balqish sekarang nih." kata Jack ketawa kecil. Dan aku tahu disebalik tawanya itu ada sedihnya.

Manakala aku hanya tersenyum hambar padanya. Jack menatap aku dengan lama.
'Kenapa boss selalu bersikap kejam dengan kau eh Puteri? Balqish pulak dah nampak lain. Bukan Balqish yang aku kenal dahulu. Tapi disebabkan Kyran dia dah jadi sangat lain. Berubah dengan sangat statik. Malah begitu sangat kejam. Kadang-kadang tertanya-tanya masih adakah sifat nurani dalam hatinya. Sifat yang lembut dan baik.' batin Jack.

*************

Farah semakin risau. Dadanya berombak kencang. Dia dan juga Mark bekerjasama untuk mencari Puteri. Farah dan Mark yang menaiki kereta berasingan mencari kelibat Puteri dengan teliti. Kadang-kadang mereka terpaksa turun sekiranya berkemungkinan Puteri ada melencong ke mana. Tapi, tetap masih tak dapat jumpa. Seolah-olah Puteri sudah hilang dan lesap dengan sendirinya.

Farah juga bertanyakan orang-orang lain sekiranya ternampak wajah Puteri mengikut gambar di telefonnya tapi kebanyakan mereka menggelengkan kepala tanda tidak pernah tahu atau serempak.

"Hello Mark, kau dah dapat petunjuk tentang pencarian Puteri?" kata Farah di telefon. Wajahnya betul-betul beriak risau.

"Belum. Langsung tak ada petunjuk dalam pencarian Puteri." kata Mark mengeluh.

"Hmm..aunty pernah cakap yang Puteri pergi ke kedai runcit untuk beli santan dan garam. Kita berdua cuba cari kedai runcit kat sini. Manalah tahu Puteri masih berada kat sana. Ataupun orang kaunter tu tahu di mana Puteri pergi." kata Farah memberi idea. Dalam masa yang sama rasa kesal pun ada juga sebab tak guna idea nih dari awal lagi.

"Okey, bagus juga tu." kata Mark setuju dengan cadangan Farah.

Farah menutup panggilannya dengan Mark. Dia mula mengstartkan ejen semula dan memulakan pencarian ke kedai runcit yang berdekatan.

*************

Akhirnya..hatiku berasa lega sangat sebab dapat keluar dari rumah perempuan kejam tu. Terasa baru terlepas dari kandang buaya.

Jack memandu kereta manakala aku bersebelahan di tempat duduk pemandu. Aku hanya pandang cermin sisi kereta sambil termenung jauh. Kepala aku sandarkan ke cermin kereta.

'Tak lama lagi..saya akan jumpa dengan awak Kyran.' batin aku.

Selepas beberapa minit kemudian, kereta mula berhenti dan diparking betul-betul di hadapan hospital. Jadi ini lah hospital nya?

Aku dengan Jack keluar dari kereta.

"N-ni ke hospitalnya?" kata aku pada Jack. Jack hanya mengangguk saja.

Aku dengan langkah berhati-hati masuk ke dalam hospital. Aku pergi ke kaunter pendaftaran diikuti langkah belakang oleh Jack.

"Di sini..ada pesakit yang bernama Kyran Andrew Johansson?" kata aku pada nurse tersebut.

"Jap, saya mahu check." kata nurse tersebut. Aku hanya mengangguk saja.

"Kyran Andrew Johansson. Haa memang ada pesakit nama tu. Cik nih.." kata nurse tersebut menggantungkan ayatnya.

"Err saya..saya kawan dia." kata aku akhirnya mengeluarkan kata. Buntu sekejap tak tahu mahu cakap apa. Kawan pun kawanlah. Walaupun hakikatnya kami berdua bukanlah kawan. Malah aku anggap Kyran lebih dari kawan.

"Okey bilik kawan cik di nombor 12. Cik boleh terus ke kiri dan straight. Nanti akan jumpalah bilik wad nombor 12." kata nurse tersebut menghadiahkan senyuman manis.

"Okey terima kasih nurse." kata aku yang turut membalas senyuman darinya.

Aku terus pergi mengikut apa yang nurse katakan tadi. Jack pula hanya ikut aku dari belakang.

Akhirnya jalan punya jalan aku sudah ternampak bilik wad nombor 12. Serta-merta terbit senyuman teruja di bibir aku.

"Jack, awak tunggu sini. Saya nak masuk dalam." kata aku. Jack hanya mengangguk saja dan duduk di atas kerusi. Aku dengan tangan yang sedikit bergetar perlahan-lahan mahu membuka tombol pintu. Tetapi serta-merta tangan aku jatuhkan semula. Tidak jadi untuk buka tombol pintu.

Tak mungkin untuk aku masuk dalam. Dapat aku dengar suara orang bercakap di dalam. Aku yakin orang-orang Balqish dah lama call keluarga Kyran. Mesti orang-orang Balqish cari beribu-ribu alasan macam mana Kyran boleh cedera.

Aku dengan langkah longlai kembali dan berhadapan dengan tempat duduk Jack. Jack mencantumkan keningnya.

"Kenapa nih?" tanya Jack keliru. Heran kenapa aku tak masuk. Kalau tidak tak sabar sangat mahu jumpa Kyran tapi kali nih..lain pula jadinya.

Aku mengeluh perlahan.

"Keluarga Kyran ada kat dalam. Dan..buat masa nih aku tak mahu berhadapan dengan mereka lagi buat sementara waktu. Aku cuma mahu jumpa dengan Kyran dan mahu berduaan dengan dia." kata aku dengan lemah.

"Hmm.. kalau macam tu kita singgah sekejap ke kedai makan. Badan kau nampak lesu sangat nih. Muka tu pun dah pucat. Bibir tu pula dah kering. Mesti kau lapar dan dahaga sekarang nih. Tak apa aku yakin tak lama lagi keluarlah nanti mereka tu." kata Jack yang sudah bangkit daripada duduk.

"Hmm okey." kata aku membalas kata-katanya.

*************

Tiba-tiba kereta Farah sudah terhenti di hadapan sebuah kedai runcit buat kali ketiga. Tapi kali ini kedai runcit tersebut dikerumuni oleh banyak orang seperti semut mengerumuni gula pulak. Apa pulak nih? Kenapa ada ramai orang sangat nih? Macam ada sesuatu jer yang berlaku.

Farah tanpa berlengah lagi menuruni keretanya. Dia melangkah ke dalam kedai runcit tersebut.

"A-Apa yang berlaku nih?" kata Farah.

"Ni haa ada orang cashier pak cik tua mati kat sini. Macam kena tembakan tapi takde siapa pun kat sini sebelum kami semua sampai. Kami datang sini pun sebab ada orang cakap kat sini ada orang meninggal." kata seorang lelaki panjang lebar.

"What?!" Farah menjadi terkelu. Dia cuba untuk lihat gerangan orang yang mati dalam kerumun orang. Punyalah susah mahu berjalan ke hadapan dalam dipenuhi segerombolan orang kat sini.

Serta-merta Farah menutup mulutnya. Dia mengerut dahinya tanda tidak sanggup. Tiba-tiba ada kematian kat sini. Memang betul macam ada kesan tembakan di kepalanya. Maknanya.. Puteri..ohh tak mungkin.

Tiba-tiba ambulans sudah datang. Orang kembali riuh-rendah.

Nurse dan doktor yang lain cuba mengangkat orang tua tersebut ke atas katil dan mengusung ke dalam belakang ambulans. Terdapat beberapa orang dekat sini yang masuk dalam ambulans bagi sesiapa yang mengenali orang tua tersebut.

Orang ramai sudah tidak kembali berkumpul. Mereka mula membuat kerja sendiri.

Farah tertunduk lemah. Hatinya semakin gusar dan risau. Farah dengan tangan sedikit bergetar mengambil handphone nya di dalam paket seluar. Manakala matanya memperhatikan sesuatu. Dia mendekati basikal tersebut.

Dia mendail nombor Mark dan kini phone dibawa ke telinga.

"Hello Mark."

"Hello? Kenapa nih Farah? Suara kau nih macam ada apa-apa je yang berlaku." kata Mark di talian sana.

"Memang ada yang berlaku pun. Kau tau tak kat sini...kat kedai runcit nih ada orang mati dan aku syak Puteri.. Puteri berada dalam bahaya. Basikal dia ada kat sini Mark! Aku yakin nih basikal dia. Mark, kalau takde apa yang berlaku kenapa dia tinggalkan basikal dia kat sini pulak." kata Farah menyerabutkan rambutnya.

"Okey look, kau jangan cemas lagi. Kita pergi hospital sekarang." kata Mark.

Kini giliran Farah pula yang terkejut dan keliru. Hospital?

"Hospital? Tapi siapa yang sakit? Puteri ke?!" kata Farah.

"Tak, bukan. Kyran. Kyran terlantar kat hospital. Sebab tu kita call dia banyak kali tak jawab. Masa nih baru abang dia call aku kata Kyran di hospital sekarang. Mungkin sebab dia nampak notification panggilan aku yang banyak di phone Kyran." kata Mark.

"Haa okeylah! Tiba-tiba je Kyran sakit dan terlantar di hospital. Aku yakin Kyran mesti tahu tentang Puteri!" kata Farah.

"Hmm yakinnya kamu. Okeylah nanti aku bagi maklumat hospital tu melalui chat." kata Mark.

"Okey." Farah meletak panggilannya dengan Mark.

'Kyran berada di hospital? What a surprised! Kyran kau mesti tahu apa yang terjadi sebenarnya pada Puteri.' batin Farah. Jantungnya dari tengahari tadi terasa berdebar-debar sejak dapat tahu dari aunty tentang kehilangan Puteri.

Kereta Farah mula membelah jalan.

"Puteri kenapalah kau selalu buat aku dan aunty jadi risau." gumam Farah sendiri.

*************

"Dah call dia?" tanya Dato' Johansson pada anaknya sulung iaitu Zain.

"Dah. Mommy dan daddy baliklah dulu. Dari tadi duduk sini teman adik. Tak apa mommy dengan daddy jangan risau. Biar Zain yang duduk sini jaga adik." kata Zain tersenyum.

Dato' Johansson dan Datin Arina memandang Zain.

"Betul ke nih?" kata Dato'Johansson.

"Betullah daddy. Kenapa? Ingat Zain tak reti jaga orang yang sakit ke?" kata Zain.

Dato' Johansson hanya ketawa kecil.

"Taklah daddy tak kata apapun. Ryna, jomlah kita balik dulu. Jangan risau. Zain akan jaga Kyran kat sini. Awak tupun dah macam penat jer saya tengok." kata Dato' Johansson pada isterinya.

Datin Arina hanya mengangguk perlahan.

"Nanti, kita jumpa lagi ye nak." kata Datin tersenyum hambar. Dia mencium lembut dahi Kyran yang masih terpejam mata tidak sedarkan diri.

Tubuh Kyran yang banyak luka calar membuat hati ibunya seakan-akan luruh. Anak mereka buat kedua kalinya berada di wad hospital.

Akhirnya Datin Arina dan Dato'Johansson keluar daripada bilik wad tersebut. Zain hanya tersenyum hambar memerhati adiknya. Dia duduk di atas kerusi tepi katil adiknya.

"Dik, semoga dik cepat sedar ya?" kata Zain perlahan. Dia mengusap lembut tangan Kyran. Fikiran Zain pulak mula menerawang jauh.

Dato' Johansson yang melihat muka mendung isterinya menegur.

"Haih awak nih. Janganlah sedih sangat. Tak apa. Saya yakin Kyran ialah orang yang kuat. Walaupun doktor pernah cakap yang keadaan dia kritikal tapi kali nih dia dah tak kritikal. Dan peluang untuk dia sembuh tak tipis. Jadi awak janganlah risau ya?" pujuk Dato' Johansson terhadap isterinya.

"Kali nih dah masuk kali kedua anak kita masuk wad hospital bang. Entah untuk kali keberapa lagi untuk saya hadap anak kita di hospital. Malang asyik menimpa dirinya." kata Datin Arina.

Aku yang baru melangkah ke hospital dan mahu ke wad Kyran terserempak dengan Dato' Johansson dan Datin Arina. Serta-merta aku menyembunyikan diri di sebalik tiang supaya mereka tak nampak aku.

Akhirnya... akhirnya mereka dah keluar dari wad. Tetapi senyuman di bibir aku tidak lama. Mendengar perbualan kata-kata Datin Arina membuat aku..kecil hati. Yeah Kyran masuk hospital disebabkan aku. Aku rasa sangat bersalah dengan keluarga Kyran. Kalau tak disebabkan aku..hati mereka takkan sedih lihat anak mereka terlantar di hospital.

"Datin.. Dato'.. maafkan Puteri." gumam aku sendirian. Kelihatan Dato' dan Datin sudah pergi.

Aku dengan langkah perlahan mula menapak ke pintu bilik wad Kyran. Jack nanti dia akan datang sini.

Aku perlahan-lahan membuka tombol pintu. Tanpa ku duga abang Kyran masih ada kat sini! Oh no.. Kami berdua bertentang mata. Melihat wajahnya serta-merta kenangan pahit yang aku alami 19 tahun yang lalu menerjah ke benak fikiran.

Membuat jantung aku berdebar serta-merta. Tangan aku sedikit bergetar. Aku memandang Zain dengan mata yang berkaca. Kenapa mesti dia aku jumpa lagi? Aku tak patut terjumpa dengan dia. Kenangan tu datang lagi! Trauma aku datang serta-merta selepas nampak wajahnya.

Aku terundur sedikit belakang. Lutut aku tiba-tiba jadi lemah. Aku terjatuh terjelepok di atas lantai. Air mata mula menitis ke pipi. Perasaan takut mula menyelubungi diri.

Zain yang menunduk kepalanya yang berasa malu dengan Puteri apabila terpandang tubuh Puteri serta-merta dia bangkit dari duduk. Sedikit tersentak pun ada.

"Puteri, kenapa nih?" kata Zain. Dia mahu mendekat ke arah aku. Tapi aku dengan cepat mengangkat tangan menyuruh dia berhenti mendekati aku.

"P-Pergi. Aku nak berduaan dengan Kyran." kata aku dengan suara bergetar.

Zain yang mendengarnya hanya mengangguk. Dia berjalan keluar daripada bilik wad Kyran dengan kepala ditundukkan. Dia tahu Puteri masih marah dengannya. Dan setiap kali bertemu dengan Puteri pasti perasaan bersalah akan hadir di dalam hati.

Selepas Zain menutup pintu aku cuba menenangkan diri ku. Ini adalah penyakit trauma. Kalau dia ada..dan muncul di depan mata. Pasti kenangan hitam tu akan menerjah lagi ke fikiran. Seolah-olah perkara tu baru berlaku semalam. Dan hal itu.. buat aku rasa sangat sesak dan sangat takut. Situasi nih juga akan ku alami sekiranya aku berada dalam suasana kegelapan tanpa cahaya.

Aku cuba menggagahkan diri untuk bangkit. Aku menahan diri dengan dada yang berombak. Puteri lawanlah..kau mesti boleh. Yeah aku mesti boleh. Aku harus kuat dan berada di samping Kyran. Kejadian terjumpa dengan Zain harus dilupakan.

Akhirnya aku duduk di atas kerusi di samping katil Kyran. Kyran masih tidak sedarkan diri. Spontan air mata aku mengalir. Aku menangis di hadapan Kyran. Setiap kali melihat Kyran terlantar begini pasti aku takkan dapat tahan air mata aku lagi.

"Kyran, saya dah datang nih. Harap awak sedar secepat mungkin ya? Keluarga awak sangat risau dah tu. Saya pun risau tau?" kata aku dengan nada lirih. Namun hanya aku seorang saja yang berkata-kata. Suasana kembali sunyi.

Perlahan-lahan aku mencapai tangan Kyran dengan lembut.

"Kyran, untuk kedua kalinya.. situasi nih berlaku lagi. Dan saya tak nak situasi nih berlaku untuk kali ketiga pulak." kata aku menangis tanpa suara.

Aku menggenggam erat tangan Kyran.

Perlahan-lahan aku bangkit dari duduk. Dan membengkok sedikit tubuh aku. Aku mencium lembut kelopak mata Kyran yang terpejam rapat. Aku memejam mata aku spontan air mata jernih mengalir laju dan jatuh ke pipi Kyran.

Lama. Lama aku berkeadaan begitu.

Akhirnya aku kembali menegakkan tubuh aku. Aku menatap wajah Kyran dengan sayu. Tangan aku yang bercantum dengannya masih tidak aku lepaskan.

"Kyran, saya pergi dulu. Saya tak boleh lama-lama kat sini." kata aku.

"Awak jaga diri ya?" kata aku lirih sambil tersenyum hambar. Aku mula menapak selangkah demi selangkah untuk pergi dan tangan aku dengannya semakin dilonggarkan dan akhirnya aku lepaskan tangannya juga. Dengan cukup berat hati aku tinggalkan bilik wad tersebut.

Kelihatan Zain yang duduk di atas kerusi luar bangkit daripada duduk.

Aku tidak menoleh memandangnya. Nanti trauma aku datang lagi. Aku dengan tanpa bersuara mahu menapak pergi tetapi dihalang oleh Zain. Lengan aku direntap erat oleh Zain.

Aku cuba lepaskan tangannya yang berada di lengan aku tanpa cuba memandang ke arahnya walaupun sedikit. Cuba punya cuba akhirnya tangannya terlepas dari lengan aku.

Aku terus pergi tanpa menghiraukannya. Kelibat Jack tiba-tiba memenuhi kornea mataku. Dia tersenyum nipis ke arah aku. Aku hanya tersenyum tawar padanya.

"Bagaimana keadaan Kyran?" tanyanya.

"Dia..masih tak sedarkan diri. Tapi aku rasa lega sangat keadaan dia tidak terlalu kritikal dan aku dapat jumpa dengan dia. Jack berterima kasih sebab bawa aku ke sini." kata aku tersenyum hambar padanya.

Jack hanya tersenyum nipis.

"Jack.." panggil aku perlahan padanya. Dia yang tengah memandu kereta mengerling sekilas pada aku.

"Hmm?"

"Boleh aku luah perasaan aku?" kata aku memandang ke arahnya.

"Boleh." kata Jack dengan ringkas.

"You know what..aku dah lupa segala-galanya. Setiap kali aku jumpa dengan Kyran aku dah mula lupa.. yang dia adalah adik pembunuh ibu dan ayah aku." kata aku perlahan. Aku menangis tanpa suara.

Jack sedikit tersentak namun dia hanya beriak biasa saja.

"Aku..aku rasa bersalah dengan aunty, adik aku dan juga arwah ibu dan ayah aku. Aku..bersama dengan adik pembunuh. Aku rasa.. kalau aunty dan adik aku tau pasal nih aku tak tahu apa pulak yang akan terjadi nanti." kata aku meraut wajah dengan kasar. Jack hanya diam menjadi pendengar setia. Dalam masa yang sama hatinya sakit mendengar nada mendayu dari aku.

"Ini begitu kejam Jack. Sangat kejam. Aku berasa sangat takut dan sesak. Kadang-kadang aku terfikir..lebih baik saja aku tak tahu semua nih. Lebih baik aku tidak tahu perkara yang sebenar. Lebih baik aku tak tahu siapa sebenarnya pembunuh ibu dan ayah aku. Aku takkan rasa sangat terseksa sampai macam nih sekali. Kadang-kadang aku tertanya-tanya.. kenapa mesti dia? Kenapa dalam banyak-banyak orang..mesti dia juga orangnya? Kenapa mesti dia Jack? Kenapa ³?" kata aku yang menangis sedikit teresak-esak.

Jack tidak berkata apa. Dia hanya mengerling sekilas ke arah aku dan mengambil tisu yang memang telah disediakan di dalam kereta. Dia menyua tisu ke arah aku. Aku hanya mengambil tisu darinya tanpa bunyi.

"Takdir memang kejam. Dan kita.. seakan-akan seperti boneka dengan semua takdir ini. Tak kiralah sama ada takdir ini kejam, baik, pahit atau manis disebalik semua tu hanya Tuhan saja yang tahu. Aku tahu perasaan kau Puteri.. sedaya mana sekalipun kalau kita bertahan untuk bangkit kita pasti akan terjatuh juga macam mana pun nanti. Kerana kita.. hanyalah manusia lemah saja. Untuk pertanyaan kau tu...aku tak boleh jawab. Tapi aku yakin..kau mesti boleh untuk hadapi semua nih. Kau terpilih untuk hadap semua nih jadi kau harus akhirinya dengan baik. Aku yakin kau mesti boleh." kata-kata Jack akan aku ingat selalu.

"Terima kasih Jack. Sebab support me." kata aku tersenyum hambar.

Jack hanya mengangguk saja.

"Puteri, kau nak tahu tak.. kenapa aku bekerja dengan Balqish selama ini? Sebab dia pernah tolong aku. Sejak kehilangan adik aku dia lah yang hulurkan tangan pada aku, yang menghiburkan aku, yang sokong aku. Dan aku bekerja dengan dia pun sebab aku terhutang budi dengan dia. Aku dah mula belajar ilmu mempertahankan diri, belajar berlawan dan sebagainya. Sampailah aku jadi macam nih. Aku dah mula kutip orang-orang samseng untuk jadi orang-orang aku. Dan Balqish pula menjadi peranan sebagai boss aku. Cuma..bagi aku kan bagus kalau hati dia dah tak keras. Hanya semata-mata mahu mendapatkan Kyran..dia dah jadi sangat lain. Dan hal itu membuat aku rasa sedih.." kata Jack dengan nada perlahan.

Aku hanya terdiam.

"Patut lah kau suka dia." kata aku tersenyum.

"Aik, macam mana kau boleh tahu?" tanya Jack mengerling sekilas pada aku.

"Haha jelas kut cara layanan kau pada dia. I mean bukan sebagai boss dan orang upahan. Melalui cara pandangan terhadap dia aku pun dah boleh perasan." kata aku.

Jack hanya termangu saja.

"Alangkah bagusnya kalau dia dah sedar. Kalau dia lambat sedar.. macam-macam boleh berlaku. Malah perbuatan dia tu..boleh memakan diri dia sendiri." kata Jack.

"Hmm betul tu.." kata aku perlahan. Aku termenung seketika.

'Puteri, bersedialah kau untuk hadapi seksaan dari Balqish nanti.' batin aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience