Karen pov
"A-Apa maksud kau?"
Rasa terpempan, terkedu, terkesima. Rasa..tak percaya. K-Kakak aku dah sekarat??
Balqish tersenyum sinis. Aku sudah melepaskan tanganku dari mengurung Balqish ke dinding. Aku menunduk ke bawah. Kedua-dua tangan di sisi digenggam sekuat hati sehingga muncul urat-urat di nadi.
Tunggu masa saja lagi untuk tercetus ribut taufan dalam diriku. Sekali aku marah dan dendam maka..habislah sekeliling aku..aku kerjakan.
Aku perlahan-lahan mengangkat kepala memandang Balqish dengan pandangan pedang yang sungguh tajam menusuk kalbu. Bukan menusuk kulit tapi kalbu. Bahuku turun-naik.
Balqish tersentak. Pandanganku yang tajam seperti mata pisau ini membuat naluri kewanitaannya sedikit bergetar.
"K-kau..kau.." baru sempat aku mahu mendekati Balqish lagi mahu berbuat sesuatu padanya terasa bahuku disentuh lembut oleh seseorang. Membatalkan niat aku sebentar tadi.
Perlahan-lahan aku menoleh ke kiri sedikit belakang memandang tepat wajahnya. Aku tersentak. F-Farah?
Terus genggaman tanganku dileraikan. Pandangan mata kini bertukar menjadi redup memandang Farah. Perasaan marah yang menyelubungi diri terus hilang dibawa angin. Cuma..masih rasa marah di dalam hati. Aku marah pada diriku sendiri juga kerana tidak pandai menjaga kakakku sendiri. Kalau bukan disebabkan aku, semua ini takkan terjadi.
"K-Karen..i-ini awak kan?" Soal Farah lagi mungkin takut tersilap aku bukan Karen.
Mataku turun memandang ke tangannya yang memaut lembut di bahuku.
"Ye saya."
"Tadi awak cakap dengan Balqish?" mataku pandangnya.
"Ya.."
Farah sudah mengagak. Tiba-tiba dia mencarik senyuman sinis. Farah melepaskan tangannya perlahan dari bahuku. Dia terus mendekati Balqish ke hadapan.
Walaupun Farah tidak dapat melihat dia dapat tahu Balqish betul-betul berada di hadapannya. Dengar desahan nafas perempuan itu pun dah boleh tahu.
Pangg!!
Tersentak aku dibuatnya apabila melihat Farah dengan selamba menampar kuat pipi Balqish sehingga pecah berdarah sedikit bibirnya. Terteleng kepala Balqish ke kiri sambil memegang pipi kanannya. Mungkin terkejut Farah yang buta pun masih boleh berlawan.
Farah mencarik senyum di hujung bibirnya.
"Kau memang nak kena. Kalau nak ikutkan hati aku..nak aje aku lempar kau dalam penjara terus. Dah buat aku dengan Kyran kemalangan tapi masih tak insaf? Hahh?? Heyy, sekarang apa yang kau buat apa pada Puteri hahh? Aku tanya apa yang kau buat pada dia?!" Farah sudah mencengkam rambut blonde Balqish erat. Gayanya seperti pemangsa mahu menerkam mangsanya saja.
Timbul rasa aneh menjalar ke hati.
Balqish tertawa sinis. Sakit sakit pun masih ketawa.
Farah yang mendengar Balqish hanya tertawa seperti mahu main-main dengannya terus mahu menampar Balqish lagi tetapi terhenti kegiatannya apabila terasa lengannya dicengkam erat oleh seseorang.
Aku terkejut. Aku yang dari tadi jadi pemerhati terus menarik tangan Farah berada di belakangku.
Apa yang kusaksikan sekarang ini ialah beberapa orang lelaki yang berpakaian serba hitam dan bermask hitam menutupi separuh wajahnya berhadapan denganku sekarang ini.
"Karen..kenapa ni??" Farah yang tidak tahu apa-apa bertanya.
"Shhh..awak duduk belakang saya dulu." bisik aku perlahan di belakangku padanya.
"Boss..boss tak apa-apa?" Soal Jojo. Matanya terkerling-kerling memandang dua orang di hadapan.
Balqish tersenyum sinis dan hanya memandang tepat ke arah aku dan Farah silih berganti.
"Aku tak apa-apa." kata Balqish. Dia mengangkat tangannya supaya tidak bergaduh.
Mereka yang lain hanya mengangguk menuruti perintah. Dan masih setia berdiri di sisi boss mereka.
Ohh, baru aku tahu. Beberapa orang lelaki ni bodyguard dia? Takpun orang-orang dia? Entahlah, tapi mereka seperti 'anjing' setia yang hanya menturuti perintah perempuan gila tu. Dah macamlah perempuan tu bertaraf sangat sampai ada orang-orang dia bagai.
"Kalau kau mahu tahu di mana Puteri dan apa yang terjadi pada dia. Carilah sendiri. Kenapa pula mahu kaitkan aku dengan dia? Dasar tak sedar diri.." Kata Balqish sinis. Rahangnya diketap menahan geram. Matanya merenung tajam lama ke arah Farah.
'Beraninya kau Farah tampar aku. Erghh!!' jerit Balqish dalam hati dalam kegeraman.
Aku tersenyum sinis dan mencebik mulut. Wahh...ini perempuan..
"Ohh one more times.." Balqish mengundur kembali langkahnya dan memandang ku dengan tepat. Kaca mata hitam yang baru dipakainya diturunkan sedikit ke pucuk hidung.
"Korang dua..kalau mahu tuduh aku..sorry lah ye? Korang tak ada bukti pun untuk tuduh aku buat macam tu pada Puteri. And kau Farah..suka hati kau nak buat apa. Kau lupa ke aku ni..orang yang berpengaruh? Setakat perempuan macam kau nak ugut aku..hehh ada aku kesah ke? Hmphh!" Balqish menjeling sekilas ke arah aku dengan Farah.
Aku sudah mengetap rahangku. Aish! Perempuan ni..kalau tak ada Farah mati kut perempuan ni aku kerjakan.
Belum sempat Balqish mahu pergi Farah sudah bersuara.
"Huh! Hanya orang pengecut yang berkata begitu.. Balqish." kata Farah tersenyum sinis. Aku menoleh memandangnya. Tangan di sisinya yang bergetar trauma disentuh lembut oleh aku.
"Kau dengar sini..Balqish. Urusan kau dengan aku belum selesai!" kata Farah keras.
Farah yang terasa tangannya disentuh lembut sedikit tersentak. Namun, dia berasa sedikit selesa dan berasa tak keseorangan bila aku lakukan begini. Tangannya yang berada dalam genggamanku sudah tidak menggigil lagi.
Manakala Balqish sudah terhenti langkahnya seketika. Dia sudah mengetap gigi bawahnya geram. Tangan digepalnya sekuat hati. Akhirnya dia terus pergi berjalan laju meninggalkan kami beserta orang-orangnya.
"Berada di sini lama-lama boleh membuat aku gila saja!" Gumam Balqish geram.
Aku sudah menarik nafas lega. Begitu juga Farah menarik nafas lega apabila mendengar tapak kasut tumit tinggi Balqish yang semakin berjalan jauh dari sini.
Aku menghadap tubuhku ke arahnya.
"Awak okey?" Soal ku lembut.
Farah hanya mengangguk kecil dan tersenyum nipis.
"Sekarang ini kita harus call Puteri. Ohh kali ini biar saya yang call." kata Farah cuba menyeluk poket seluarnya.
Farah cuba meng on handphonenya.
"Takpe, biar saya tolong." Farah hanya mengangguk kecil membiarkan.
Aku mengambil handphone Farah dari tangannya. Tangan meng on telefon Farah. Selepas dapat on kan tiba-tiba notification calls begitu banyak masuk di telefon Farah.
"Farah..Mark ada telefon awak dah berpuluh-puluh kali." kata aku membuat Farah sedikit terkejut.
"Hahh??"
***********
"Cepat nurse! Cepat! Dia dalam bahaya!" Jerit Mark kalut apabila melihat darah tidak henti-henti keluar dari mulut Puteri sambil terbatuk kecil di atas stretcher. Stretcher ditolak dengan laju dibantu oleh Mark. Kelopak mata Puteri yang terpejam rapat sedikit bergerak-gerak.
Akhirnya Puteri dibawa ke wad dan dirawat dengan baik. Doktor masih memeriksa dalaman tubuh Puteri sekiranya ada kecederaan serius. Hanya menunggu keputusan keluar.
Manakala Mark sudah diperbolehkan untuk melawat wad Puteri.
Setelah menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi di tepi katil Mark melepaskan keluhan beratnya.
Dia memandang sekujur tubuh Puteri di atas katil dengan pandangan sayu.
"Kenapa nasib awak begitu malang Puteri?" kata Mark perlahan.
"Mark!!" Kedengaran suara musky lelaki menjerit memanggil namanya.
Terkedu dan terpempan lelaki itu dibuatnya apabila terpandang tubuh Puteri yang kaku terlantar di katil hospital itu apabila sudah berjaya menerobos masuk ke dalam bilik wad Puteri.
Audrey mendekati katil setapak demi setapak dengan lutut yang sedikit bergetar. Dia sudah menitiskan air matanya sambil memegang tangan Puteri dengan lembut.
Mark menepuk bahu kawannya itu.
"Aku tak tahu apa yang terjadi. Tengok-tengok saja dia sudah terkulai lemah di tepi jalan sambil berdarah tubuh badannya. Aku harap..kau bersabar." kata Mark. Teringat lagi dia ketika Audrey menelefonnya tadi sebelum ke sini.
Imbas kembali~
"Hello? Bro..ha kenapa call ni? Aku dah nak cepat ni. Urgent!" Ujar Mark cemas. Ketika dia sedang memandu. Dia mengerling sekilas cermin pandang belakang di tempat duduk belakang yang Puteri sedang baring. Kelihatan gadis itu seperti mengerang kecil.
"Erghh..ahh.." Puteri tidak senang duduk. Dia mencantumkan keningnya. Betapa sakitnya yang dia rasakan ke tubuhnya saat ini.
"Urgent? Ada urgent apa? Eh jap-jap suara perempuan. Eyyy kau buat apa hah? Setahu aku..kau bukan lelaki macam tu." kata Audrey di talian sana.
"Woi, kau fikir apa hahh? Otak kuning betul. Dia tengah sakit tu. Aku jumpa dia tepi jalan tadi. Sekarang aku dalam perjalanan ke hospital." kata Mark.
Boleh pula kawannya fikir yang macam tu..eihh² tak patut..tak patut..
"Erghh..ergg.." Puteri mengerang kecil lagi. Kepalanya terteleng-teleng ke kiri dan ke kanan kerana Mark yang memandu melebihi had laju. Pipinya yang berdarah menitis sedikit ke kerusi kereta Mark.
"Jap, suara tu...aku macam kenal. Siapa yang kau bawa sekarang ni Mark?"
"Puteri. Nama dia Puteri. Kenapa? Kau kenal dia?"
"What?! Pu.. Puteri?? Weh bila sampai kau tolong cepat beri location hospital kat aku! Dia.. pastikan dia terima rawatan yang sebaiknya. Kau tolong jagakan dia? Dia..orang yang special bagi aku.." kata Audrey perlahan. Kedengaran suaranya turut risau dan cemas. Dia sudah tidak senang duduk di sana.
Mark mencantumkan keningnya.
"Hmm yelah..aku tengah memandu ni dah² jangan kacau." Akhirnya panggilan diletakkan.
Mark membuang mikrofon kecil yang menyumbat ke telinganya dan dicampak ke kerusi sebelah pemandu. Dia mengerling sekilas pandang cermin belakang lagi.
Kelihatan gadis itu masih menyerang kecil cuma matanya yang masih dipejam rapat.
"Orang special? Audrey..kenal Puteri?"
Manakala Audrey di sana sudah mencengkam rambut ke belakang serabut. Dahinya berkerut seribu risau sangat apa yang terjadi pada Puteri.
Imbas kembali tamat~
Audrey sudah rebah kepalanya ke atas katil sambil duduk atas kerusi di tepi katil Puteri. Bawah kepalanya ada tangan Puteri yang setia dia genggamnya seolah tidak mahu lepas. Air mata yang berjuraian ke pipinya berkali-kali terkena ke tangan Puteri.
"Puteri..macam mana ini boleh terjadi? Macam mana ini boleh terjadi pada awak?" Hanya itulah kata-kata yang keluar dari mulut Audrey berkali-kali.
Mark datang ke sini semula selepas hilang sekejap.
"Bro, aku pergi rumah kawan dia pun tak ada. Rumah Puteri aku pun tak tahu. Telefon Puteri pula tak ada. Bukan setakat telefon..beg tangan atau beg duit pun tak ada. Hanya tubuh dia saja yang aku temui kat tepi jalan. Haih, aku..tak tahu pun keluarga dia siapa. Haih Farah, pun tak angkat call. Tak apa aku cuba lagi sekali." kata Mark selepas itu menghilang kembali dari muka pintu.
Sementara Audrey matanya sudah sembab mengangkat kepalanya memandang wajah pucat Puteri.
Dia mengelus lembut rambut panjang Puteri.
"Puteri..sedarlah.." gumam Audrey lirih saja nadanya seakan memohon pada Puteri supaya cepat-cepat sedar.
Dia memejam kelopak mata lama.
"Siapa yang buat kau macam ni?? Bila saja aku tahu siapa dia..aku takkan sesekali lepaskan dia, Puteri."
**********
Author pov
Keesokannya berlalu..
Di wad Kyran, Kyran sudah siap untuk discharged wad dari hospital.
"Walaupun kamu dah keluar wad hari ini kamu jangan ingat tak perlu datang ke hospital lagi. Ingat, doktor pesan apa? Kena juga sekali sekala buat check-up dan treatment untuk amnesia kamu tu." kata Datin Arina berpesan pada anaknya.
Kyran hanya tersengih seperti kerang busuk.
"Hehe, baik madam!" kata Kyran mengangkat tangan ke dahi seperti tabik sambil tersenyum menawan.
Datin Arina hanya tertawa kecil. Begitu juga Balqish yang tersenyum dan menggeleng kecil.
Datin Arina sudah keluar dari bilik wad kerana mahu mendaftar keluar Kyran dari wad. Akhirnya tinggallah secara berdua Kyran dengan Balqish.
Balqish sudah tersenyum senang. Kesempatan yang ada ini tidak boleh dibiarkan begitu saja.
Balqish mula menggoda Kyran dengan menyentuh bahu kiri Kyran manja. Dari bahu kiri perlahan-lahan jari runcingnya menari-nari ke belakang Kyran sambil berjalan dan akhirnya menari sampai ke bahu kanan Kyran. Bahu kanan Kyran disentuhnya lembut sambil tersenyum menggoda.
Di bahu Kyran menjadi tempat sasaran dagunya diletaknya manja berlapikkan tangannya. Seakan-akan mereka ialah sepasang kekasih yang begitu mesra dan romantik. Ohh ya, mengalahkan suami isteri pula. Kyran memandang Balqish dengan kerutan dahinya. Sekarang ini wajahnya begitu hampir dengan Balqish.
Dapat dia rasakan hembusan nafas perempuan itu ke pipinya.
Kyran mengerdip mata perlahan. Kenapa dia rasa seperti dipukau dengan perempuan ini? Tak, perempuan ini..begitu menonjol dan mempunyai tarikannya yang mengancam.
Balqish perlahan-lahan mengangkat tangannya menari-nari lembut ke pipi Kyran pula. Dia semakin mendekati wajah mereka berdua sehingga bibir mereka hampir bersentuh.
"I love you Kyran.." bisiknya dengan suara yang begitu dilentok seksi dan menggoda mampu menggetar jiwa lelaki sesiapapun di luar sana apabila mendengar.
Manakala Mark cuba sedaya-upaya untuk telefon Farah lagi. Namun, tidak berhasil. Manakan tidak, kalau Karen dan Farah sekarang sedang risau dan cuba mencari Puteri di mana-mana. Manakala, Karen cuba telefon kakaknya berkali-kali.
Lagu 'Blackpink' asyik kedengaran di telefon Farah menandakan panggilan dari Mark asyik masuk.
"Awak.. jawablah telefon kawan awak tu..mungkin ada hal yang penting yang Mark nak cakap tu ..." kata Karen.
Farah hanya akur. Tangannya terus dengan cekap meleret butang hijau ke kanan walaupun tanpa melihat. Telefon terus dibawa ke telinga.
"Hello.. Mark. Kenapa kau asyik telefon aku ni??"
"Haa jawab pun kau Farah! Ni, aku nak bagitau perkara yang sangat penting pada kau. Aku yakin..kau pasti akan terkejut beruk nanti."
"Hmm?"
"Farah..kawan kau Puteri sekarang berada di hospital.."
"What?!" Karen yang berada di sebelah mencantumkan keningnya.
"Karen, Puteri.. Puteri sekarang berada di hospital.."
Kyran memejamkan matanya. Tak lama kemudian, dia membuka matanya semula. Dia memandang Balqish tanpa senyuman.
"Apa yang kau buat ni?" Soal Kyran selamba. Seakan tidak termakan godaan dari Balqish. Padahal dalam hatinya sudah menahan gelora di dada. Dia tidak boleh mengikut nafsu. Bau wangian di tubuh Balqish menggetarkan lagi naluri kelakiannya.
Ohh tolonglah. Aku hilang ingatan kut! Dia buat aku macam ni.. seolah langsung tak beri masa untuk aku berfikir.
Balqish tersenyum miring.
Dia kini menjarakkan sedikit antara mereka berdua dan duduk secara menyandar di birai katil betul-betul di tepi Kyran.
Dressnya yang hanya separas peha boleh nampak betapa seksi dirinya kala ini. Kyran berdehem kecil dan cuba memandang ke arah lain. Dia memperbetulkan kolar bajunya itu.
"Ehem..ehem..mungkin mommy saya sudah siap tu. Jom. Kita pergi." kata Kyran yang mahu melangkah pergi. Entahlah..makin lama dia di sini makin gila dibuatnya. Namun terhenti langkahnya apabila Balqish kian bersuara.
"I miss you..Kyran." kata Balqish cukup perlahan.
"Okeylah, jom. Mungkin Datin dah siap daftar keluar dan sekarang ni sedang tunggu kita." kata Balqish kini berdiri tegak dan mengambil beg tangan pradanya itu di atas meja kecil. Balqish kini mendahului Kyran dan berjalan ke pintu.
Kyran hanya memerhati tubuh belakangnya. Balqish cuba membuka tombol pintu. Tapi malangnya, tombol pintu itu seakan tidak dapat dibuka. Seakan kunci dari luar pula.
'Haih, siapa punya angkara ni? Ni mesti ada budak-budak nakal yang sengaja main-main dan kunci pintu bilik wad orang ni.' getus Balqish dalam hati.
"Kenapa? Tak boleh buka?" soal Kyran turut menghampiri pintu.
"Yeah, macam tersekat. Tak boleh buka." kata Balqish yang cuba berkali-kali untuk memusing tombol pintu. Tapi tetap tak boleh.
"Takpe, biar saya yang cuba pula." kata Kyran yang terus memegang tombol pintu. Disebabkan tangan Balqish tidak sempat diturunkan. Kyran jadi tersentuh tangannya.
Balqish sudah mengangkat tangan ke paras dadanya dan mengenggam tangannya sendiri. Hati mula melonjak senang. Nak saja dia terjerit kecil kat sini juga bila tersentuh tangan Kyran sebentar tadi. Rasa macam baru menang loteri pula!
'Ahh..Kyran. Awak selalu buat saya terpikat dengan awaklah! Sekarang siapa goda siapa ni? Awak..atau saya? Hehehe..' Balqish sudah tertawa senang di dalam hati.
Manakala Kyran pula hanya tertumpu perhatian untuk membuka tombol pintu secara paksa. Dia cuba pusing tombol pintu beberapa kali tapi tetap tak boleh buka. Akhirnya dia buat keputusan untuk merempuh badannya ke pintu. Namun, belum sempat dia buat demikian seseorang sudah membuka pintu dari luar. Nasib tak terlanggar dengan orang yang membuka pintu ini. Kalau tidak...pffft!
"Mommy?" Kyran memandang tubuh seorang wanita yang dia sangat kenal di hadapannya. Yeah, gerangan yang membuka pintu tadi ialah Datin Arina, mommy Kyran.
"Ohh tadi ada nurse kata. Pintu bilik wad ni ada kerosakan teknikal sikit. Kadang-kadang bila ditutup, pasti sukar mahu buka dari dalam. Hanya orang yang berada di luar bilik saja yang boleh buka sekiranya pintu ni tak boleh dibuka dari dalam."
"Ohhhhh.." Kyran hanya beroo panjang. Comel saja bila dilihat sekilas lalu Kyran ni bila berkata oo.
"Okey, jomlah. Kita balik ke rumah kita. Are you ready, son?"
Kyran tersenyum. Tak lama kemudian, dia mengangguk.
"I'm ready..mom." Balqish hanya tersenyum memandang si ibu dan anak ini yang sedang berbual. Terutamanya Kyran. Teringat pula dia dengan arwah ibunya. Namun, bila asyik terpandang wajah Datin Arina pasti perasaan itu akan muncul di hatinya. Dia masih ingat perbuatan datin itu terhadapnya. Bukan dirinya saja tapi terutamanya ibunya sendiri. Peristiwa itu..takkan sesekali dia lupa.
Manakala di bilik wad Puteri..
"Huh.." tiba-tiba kelopak mata Puteri terbuka. Dia terkejut dan cuba menganalisis sekelilingnya di mana dia kala ini. Bila dianalisis secara betul-betul..baru dia sedar yang dia berada di hospital.
Pandangannya jatuh pada seorang lelaki yang tertidur pulas di tepinya atas katil berbantalkan lengan.
Puteri cuba mendudukkan dirinya. Apabila lukanya mula terasa dia mendesir kecil.
Bibir diketap. Mata mengerdip lemah. Selepas berjaya mendudukkan diri, Puteri cuba mengintai wajah lelaki itu di tepinya.
'Audrey? Jadi..dialah yang selamatkan aku?' desis Puteri dalam hati.
"Kyran.." spontan nama itu terkeluar dari bibirnya. Baru dia sedar, dia tak berjumpa lagi dengan Kyran. Entah apalah keadaannya kala ini. Hatinya mula diulit rasa risau dan tak keruan. Dia..perlu berjumpa dengan Kyran sekarang.
Puteri tanpa berfikir panjang, terus menarik infus di tangannya kasar begitu juga alat pernafasan di hidungnya.
Puteri dengan lemah bangun dari katil secara perlahan tanpa mengejutkan Audrey yang sedang tertidur kepenatan itu.
"Ergh..ergg.." dia cuba bangun dari katil dan berjalan ke muka pintu. Tangan bertahan ke dinding.
Puteri menoleh kepala memandang Audrey yang sedang tertidur itu. Lama dia pandang wajah itu dengan pandangan sayu.
"M-Maafkan saya..Audrey.." selepas dia berkata begitu Puteri mula berjalan keluar sambil menahan tangan ke dinding. Badannya sedikit terhuyung-hayang akibat sakit kepalanya yang sungguh mencengkam. Dengan beserta banyak luka dan lebam di tubuhnya Puteri cuba berjalan perlahan sambil memegang dahinya yang berbalut itu.
Teringat lagi dirinya dipukul oleh beberapa orang lelaki sasa di dalam kereta berkali-kali. Sungguh..itu rasa menyakitkan..terasa nyawanya berada di hujung tanduk ketika itu.
Imbas kembali~
Puteri bukan saja dipukul dengan tangan tetapi selepas Puteri ditolak kasar ke jalan raya tar dalam posisi tertiarap di situ juga dia dipukul oleh orang-orang itu dengan kayu.
Sebab itu tubuh Puteri dijumpai dalam berlumuran darah..kalau tidak tubuhnya hanya lebam teruk dan boleh mengeluarkan darah sedikit.
Dumpp!! Dumpp!!
Puteri dipukul tanpa belas kasihan oleh mereka semua sehingga membuat Puteri kesesakan nafas dan darah membuak-buak keluar dari mulutnya.
Tanpa dia sempat berkata apa dia sudah dipukul bertalu-talu. Erangan kecil Puteri turut kedengaran apabila dipukul bertubi-tubi oleh mereka semua.
"C-cukup..s-sakit.." Puteri sudah mengeluarkan tangisannya. Dia mengenggam rumput dengan sekuat hati. Dia seakan sudah nyawa-nyawa ikan sekarang ini. Tapi keajaiban memihak padanya. Dia masih hidup selepas dipukul sebegitu teruk rupa.
"Hmmh! Jomlah kita pergi..aku rasa kita dah cukup pukul dia ni. Nanti orang nampak pula. Cepat!" kata Jojo. Akhirnya kereta empat pacuan roda sudah pergi meninggalkan Puteri sendirian di situ.
"T-Tidak..a..a..ada s-ses..siapa k-ke?" Puteri cuba mengangkat sedikit tangannya yang menjulur ke hadapan separas wajahnya dalam posisi tertiarap menahan rasa sakit yang menjalar ke tubuhnya ketika ini. Kelihatan tangannya sedikit bergetar. Dia masih cuba untuk bertahan diri.
Namun, dia sudah tidak tahan. Setitis air mata jernih mengalir ke pipinya. Air mata bercampur darah. Akhirnya tangannya yang diangkat lemah itu sudah terjatuh terkulai lemah ke atas jalan tar. Puteri mengiring tubuhnya. Tak lama kemudian, dia terpejam mata di situ. Terasa kegelapan semakin menghampiri di segenap ruang matanya.
Sebelum tu sempat dia mendengar seseorang yang cuba menolongnya.
"Cik..cik.." selepas terbatuk darah Puteri sudah tidak sedarkan diri lagi sebelum sempat melihat wajah si penyelamatnya tadi.
Imbas kembali tamat~
Mengimbas kejadian yang begitu menyilukan yang baru menimpanya ini sungguh mencengkam ke hati. Teringat kejadian itu yang masih berulang-ulang di fikirannya membuat satu per satu air mata menitis ke pipinya.
Dia memegang dadanya. Keningnya tercantum. Tangannya lagi satu menahan dinding.
Apa yang dia rasa sekarang ini ialah..rasa nak menjerit satu dunia. Apa salahnya?! Kenapa dia harus perlakukan seperti ini?! Yeah, teringin dia mahu jerit ini pada satu dunia. Dia tersenyum dalam kepedihan.
"Erggg.."
Dunia ini begitu kejam. Sebab itu dia harus buktikan pada dunia yang dia masih mampu untuk bertahan. Suatu hari..suatu hari bila sudah sampai masanya, dia akan tinggalkan dunia ini yang mengajarnya begitu banyak perkara. Suatu hari..yeah masa itu..hanya tunggu pasti dia akan datang.
Puteri menangis tanpa suara. Terkedu dan terkelu. Puteri mencarik senyum manisnya secara tiba-tiba walau dalam kesakitan apabila menyaksikan seseorang di hadapan.
Kyran..yeah wajah itu menjamah di pandangannya. Setitis air mata mengalir ke pipi.
"K-Kyran.." dia cuba memanggil nama itu. Dia..dia begitu rindukan Kyran..pencuri hatinya.
Hati kecilnya menjerit.
"Kyran.." dia cuba memanggil nama itu tetapi terasa tersekat di kerongkong. Suaranya seakan serak dan perlahan. Seakan tidak mahu memberi peluang untuknya memanggil Kyran.
Kyran ketika itu sudah tersenyum-senyum sambil berbual dengan mommy nya ketika ini. Balqish turut ada sekali dan tersenyum bahagia tanpa rasa berdosa.
Balqish terpandang wajah Puteri di situ juga. Tidak keruan dia dibuatnya memandang wajah itu. Walau apapun yang terjadi, dia tak boleh biarkan gadis itu berjumpa dengan Kyran buat saat ini!
Namun, dia tahu mustahil Puteri akan boleh untuk sampai pada Kyran dalam keadaannya seperti itu yang sudah sangat lemah dan sukar untuk berjalan. Bibir bawah Puteri yang sudah pecah dengan darah kering dia ketap kasar.
Balqish tersenyum miring. Seronok melihat gadis itu seperti tidak mampu. Manakala Puteri sedaya-upaya untuk pergi ke Kyran. Melihat Kyran tersenyum seperti itu..mengubat luka rindu dalam hatinya. Dia begitu rindukan senyuman itu. Dia..mahu pergi dan memeluk Kyran seerat mungkin.
Tiba-tiba Balqish sudah ada idea liciknya.
'Sambil menyelam air, sambil minum air..kesian kau Puteri.' desisnya dalam hati.
Dia tiba-tiba membuat dirinya terlanggar dengan seseorang pelawat di situ dan akhirnya membuat Balqish terjatuh terduduk di atas lantai hospital.
"Awww.." Balqish mendesir mulutnya.
"Balqish.." Kyran cuba mendapatkan Balqish yang terduduk itu. Dia mencangkung di hadapan Balqish.
"Awak tak apa-apa?" Balqish menggeleng kecil.
"Meh saya tolong awak bangun.." Kyran memegang kedua-dua bahu Balqish membantunya bangun.
"Ahh.." sebaik saja Kyran melepaskan pegangannya Balqish tidak dapat mengimbangi diri dan tersandar ke dada bidang Kyran. Lututnya terasa lemah saat ini apabila cuba untuk digerakkan.
Kyran terpeluk Balqish. Sekarang ini mereka begitu berjarak dekat. Dan hal itu, disaksikan oleh Puteri sendiri. Puteri yang menyaksikan hal itu sudah menangis air mata.
Dia terlupa, Kyran sudah hilang ingatan. Kalau tidak, manakan boleh dia menolong Balqish seperti tadi. Puteri mengenggam buku limanya di dinding sekuat hati. Tangannya yang lagi satu diangkat.
Wajah Kyran dipandangnya sayu. Walaupun tangannya yang tergapai-gapai itu tidak boleh menyentuh Kyran tetapi dia tetap tersenyum.
"Kyran..pandanglah sini.." dengan suara bergetar Puteri bersuara.
"T-tolonglah.. pandang sini..hisk..hisk.." Puteri sudah menangis teresak-esak di situ.
Kyran yang terasa dirinya dipanggil menoleh ke belakang.
Kedebukk!!
Audrey pov
Tangan tergerak-gerak di atas katil. Apabila merasakan di atas katil hanya kosong selain cadar dan bantal terus mataku terbuka luas. Aku perlahan-lahan mengangkat kepala memandang katil. Kosong!
Terus aku terdiri tegak dari duduk.
"M-Mana Puteri? Puteri.. Puteri!" Jerit Audrey mencari Puteri di situ. Dia cuba mengetuk pintu bilik air. Tapi, tidak ada siapa yang menyahut. Akhirnya dia terus menerjah masuk ke dalam bilik air tetapi langsung tidak ada tanda-tanda seseorang masuk ke sini.
"Puteri.." laung Audrey di situ. Dia sudah keluar dari bilik wad Puteri cuba mencari gadis itu. Puteri mesti masih tidak jauh lagi.
Akhirnya tak sampai beberapa minit dia sudah nampak tubuh belakang Puteri di hadapan. Yeah, tubuh belakang itu..dia kenal sangat. Dari beberapa meter jarak Puteri, dia turut nampak Kyran di situ sambil bersama dengan dua orang wanita. Seorang wanita muda tu pula seakan begitu rapat dengan Kyran sekarang ini.
Baru dia sedar, Puteri mahu berjumpa dengan Kyran. Kelihatan gadis itu cuba memanggil Kyran.
Tiba-tiba..
Kedebukk!!
"Puteri..!!"
Manakala kejadian itu juga disaksikan oleh Karen sendiri manakala Farah di sisi. Yeah sekarang mereka baru tahu yang Puteri berada di hospital sama dengan Kyran!
"Kak..."
Share this novel