Bab 44: Let her go

Romance Series 10664

Pappp! Papp! Papp!

Kedengaran bunyi pukulan kayu ke tubuh Jack sangat kuat. Badannya sekarang sudah lunyai dan terbaring lemah. Manakala Jojo dan Kai masih memukulnya.

"Berhenti." satu suara menghalang mereka berdua daripada memukul.

Jack membuka sedikit matanya. Balqish?

"Huh! Inilah balasan bagi perbuatan khianat kau pada aku Jack. Sekarang kau dah menyesal dengan perbuatan kau? Sebenarnya aku kesian dengan kau nih Jack dan aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat. Kau kena janji dengan aku yang kau..takkan buat perkara tanpa keizinan aku lagi! Promise to me now!" jerit Balqish. Dia membengkok badannya ke tubuh Jack.

"S-saya ja..janji boss. Saya takkan buat macam tu lagi." kata Jack perlahan menahan sakit di tubuhnya. Sekarang nih dia telanjang separuh tidak memakai baju. Pukulan di tubuhnya meninggalkan banyak kesan lembam.

"Hmm bagus!! Macam tulah! Jojo! Kai! Pergi rawat dia di bilik rawatan. Teman dia rehat dekat situ." kata Balqish. Dia tersenyum sinis memandang Jack yang terkulai lemah dan terus pergi meninggalkan tempat itu.

**************
Kyran dengan susah payah mengangkat tangannya untuk memperbetulkan butang baju yang terbuka di baju kemejanya. Yeah tangannya mula sakit kalau mahu bergerak. Dia mengangkat sebelah tangan kirinya yang tidak sakit untuk perbetulkan butang kemejanya. Baru habis dibelasah teruk. Kalau nak ikutkan terasa dirinya bernasib baik. Sebab lepas kena pukul dengan teruk sekalipun tapi masih dapat berdiri dan berjalan.

Dia lihat wajahnya di cermin. Yeah, mukanya sedikit ada yang terluka. Bibirnya yang pucat dan sedikit luka di tepi. Mindanya asyik mengimbas perkara tadi. Perkara di mana Balqish menyuruh orang-orangnya untuk memukul dirinya sendiri. Hampir saja tubuh dia tidak dapat menahan pukulan yang bertubi-tubi.

Perlahan-lahan terbit senyuman sinis dari bibirnya di hadapan cermin.

Senyuman sinisnya semakin memudar. Dia teringat pada Puteri. Perlahan-lahan kakinya mula keluar dari bilik air. Dia menuju ke arah tepi katil wad hospital cuba mencari sesuatu.

"Sedang cari apa?" tanya Farah. Sekarang nih Kyran, Farah dan juga Mark yang ada kat sini. Zain pulak disuruh pergi oleh Kyran.

"My handphone. Do you see it?" kata Kyran yang mencari-cari di atas katilnya pulak.

"This your's." kata Farah yang menunjukkan telefon Kyran di dalam tangannya.

Kyran mengambil telefon dari huluran Farah.

"Tadi, ada mesej masuk Kyran. Dan mesej tu aku rasa dari Balqish." kata Farah. Aku memandang ke arahnya sekilas sebelum berkalih memandang ke skrin telefon. Aku menekan tempat mesej dan yepp..ada mesej yang tak dikenali.

'Heyy, miss me? Heheh..I know.. you mesti sudah hafal jalan untuk ke rumah I. And I know..you mesti dah dapat kebenaran dari doktor right? Untuk pergi dari sini. Just..want to come to my house. Ohh so sweet my darling.. it's okay I will waiting you at here. So, pastikan yang awak datang seorang diri ya?'

Yeah itulah mesej yang terpapar. Siapa lagi yang hantar mesej nih kalau bukan Balqish. Erghh. Kyran menggepalkan tangannya.

"Macam mana dia boleh tahu yang kau..dah boleh keluar dari hospital? Jangan-jangan.." kata Farah yang menggantungkan ayatnya.

"Yeahh, mesti ada orang pengintipnya datang sini." Kyran memulas tombol pintu perlahan dan menjenguk ke luar kut² ada orang yang mendengar perbualan mereka sekarang nih. Kyran menutup semula pintu dan berhadapan dengan Farah dan juga Mark.

"Kau rasa...orang pengintipnya..tahu tak tentang rancangan kita?" kata Kyran.

"Entah, aku tak tahu. Tapi aku harap sangat dia tak tahulah yang kau bukannya pergi seorang diri." kata Farah.

"Boss..kena hati-hati. Mereka semua nih sangat bijak dan licik." kata Mark.

Aku hanya tersenyum nipis memandang mereka berdua. Dan mengangguk perlahan.

**************

"Good mornings!! Huh nampaknya keadaan kau dah macam sekarat la! Hahaha.." Balqish ketawa jahat pada aku. Aku menggepalkan tangan aku mendengar gelak ketawanya yang menyakitkan hati.

Aku baring di atas lantai dah macam tak ubah seperti mayat hidup. Aku langsung tidak diberi makan dan juga minum. Bibir aku terasa kering sekarang nih apatah lagi tekak aku yang langsung tidak menjamah sebarang air atau makanan.

"Alololo kesiannya kat kau. You know what.. Kyran akan datang selamatkan kau. Woah macam dalam cerita dongeng. Seorang putera yang mahu selamatkan.. seorang hamba yang berada dalam kesakitan. Dan aku pulak.. macam seorang ahli sihir yang mahu pisahkan korang." kata Balqish.

Aku tersenyum sinis.

"Baguslah kalau kau tahu yang kau tu ibarat seperti ahli sihir. Yang sangat kejam dan hina. Malah kau lebih jahat dari ahli sihir." kata aku.

Balqish menbuntangkan matanya.

"Kau kata apa?!" jerit Balqish. Dia menendang kuat tubuh aku berkali-kali membuat aku meringis kesakitan di tubuh aku.

"Ahhh sakit.."

Balqish berhenti daripada menendang. Dia duduk bertinggung di hadapan aku. Rambut panjang aku kini menjadi mangsa direntapnya dengan kuat. Terasa rambut di kulit kepala mahu tercabut. Sangat sakit!

"Huh tahu pun sakit! Eeii perempuan. Kalau nak ikutkan..nak je aku lempar kat kau dalam api terus! Takpun biar kau kena rogol beramai-ramai oleh orang-orang aku. Huh kau nak tak?! Aku kata kau nak tak ha?! Huh aku boleh je buat macam tu. Malah lebih teruk dari tu." kata Balqish tersenyum sinis.

Mendengar kata-kata Balqish terus membuat aku mendongak ke arahnya. Aku begitu terkejut. Aku menggeleng kepala aku berkali-kali memohon padanya.

"Aku mohon jangan.." kata aku. Hendak mahu nangis tapi.. dah tak boleh. Air mata sudah lama kering disebabkan semalam aku menangis tanpa henti. Kini, mata aku sedikit bengkak akibat terlalu banyak menangis.

"Lihat kau macam nih...tanpa mandi mesti kau rasa rimas kan. Takpe biar aku tolong mandikan kat kau ye?" Balqish berlalu pergi. Kini, dia kembali dengan membawa sebaldi air. Dan dihentak kuat di hadapan aku.

Aku lihat air baldi tersebut. Sangat kotor. Langsung tak bersih. Sekarang aku dah dapat teka apa yang Balqish mahu lakukan.

"Nah, ini air untuk kau mandi. Ohh takpe. Biar aku tolong ye? Mula-mula kita basahkan kepala kau dulu." kata Balqish. Belum sempat untuk aku berkata apa dia sudah menyelam kepala aku di dalam air kotor tu. Membuat aku tidak boleh bernyawa. Air sudah banyak termasuk dari rongga hidung.

Tangan aku menggawang-gawang. Aku tak boleh bernafas!

Melihat tubuh aku yang seperti makin lemah Balqish menarik kepala aku dari air kotor tu. Serta-merta aku terbatuk-batuk kecil dan tercungap-cungap cuba mengambil oksigen. Dada aku turun naik dengan laju. Hidung terasa pedih dan merah. Aku memandang ke arah Balqish.

"Heheh, macam mana perasaan apabila terminum air kotor? Ermm aku tahu kau tengah dahaga sekarang nih. Dan itu masih belum cukup. Nah, minumlah air kotor nih sepuas-puasnya!" kata Balqish yang terus buat kedua kalinya menyembam kepala aku dalam air.

Balqish ketawa kecil memandang orang yang disiksanya. Terasa sangat seronok lihat orang yang dia benci terseksa macam nih.

************
Sebuah kereta Mercedes terhenti di hadapan sebuah rumah agam besar mewah ini. Dia menurun dari kereta dan mendongak memandang rumah teres tingkat tiga itu.

"Aku dah sampai rumah dia. Korang berada di mana?" kata Kyran yang bercakap perlahan melalui earphone di telinganya. Haih terasa macam FBI la pulak. Heheh..

"Kami berdua on the way. Jangan risau kereta kami..kami takkan parking kat situ. Nanti dah sah-sah lah kami ketahuan oleh Balqish. Takpe, kau jangan risau. Aku dengan Mark akan masuk dalam rumah Balqish secara senyap-senyap nanti. Dan kau..jangan lupa pulak buka pintu belakang." kata Farah yang juga menggunakan earphone.

"Baik. Pastikan korang dua tak ditangkap oleh Balqish." kata Kyran.

"Hehe nampak sangat kau risau pada kiteorang. Okay, just believe us." kata Farah.

Okay, Kyran sekarang sudah bersedia mahu masak ke rumah. Dia berjalan perlahan-lahan ke pintu utama. Dan mula menekan loceng.

Balqish yang tersenyum seronok melihat aku yang tercungap-cungap terhenti seketika kegiatannya apabila terdengar bunyi loceng dari arah pintu utama.

Dia melepaskan rambut aku dan memanggil orangnya untuk datang ke sini. Dia menyuruh orangnya untuk berbuka pintu.

"Wouu nampaknya my prince dah datang la." kata Balqish ketawa kecil.

Aku yang bermata merah dan juga hidung merah memandang ke arahnya. Akibat dia melemaskan aku dari dalam air kotor berkali-kali membuat perut aku mula bertindak tak senang.

"Apa yang kau mahu buat dengan Kyran hah? Aku ulang sekali lagi. Jangan kau..berani sakiti Kyran lagi! Aku boleh jadi pelepas marah dendam kau tapi jangan sesekali kau lepaskan kemarahan kau pada Kyran." kata aku dengan suara bergetar.

Uhukk..uhukk..aku terbatuk-batuk kecil. Sedikit kesejukan di sini. Baju yang aku pakai pun sudah basah sedikit. Hidung aku masih pedih akibat kemasukan air.

"Huh..kau jangan risau Puteri. Aku takkan buat apa-apa kat dia. Hanya kau yang akan jadi mangsa aku." kata Balqish tersenyum sinis. Mendengar dia berkata begitu aku mengeluh lega perlahan.

Balqish mula bangkit daripada bertinggung. Dia mahu pergi naik ke atas. Sebelum tu sempat aku lihat dia seakan berbisik sesuatu di telinga orang-orangnya. Yeah ada tiga orang dekat sini yang berjaga. Mungkin Balqish takut aku lari lagi.

Selepas itu kelibat Balqish tiada di pandangan mata. Aku memejam mata aku dengan rapat. Sampai bila? Sampai bila aku harus alami semua nih? Aku takut..kalau aku dah tak mampu untuk bertahan..

Tiba-tiba tanpa ku sangka. Ketiga-tiga orang Balqish tadi memegang kedua-dua lengan aku. Secara spontan aku terus membuka mata. Mereka memaksa untuk aku berdiri. Apa pulak nih? Diaorang nak buat apa dengan aku nih?!

"Ahh lepas! Korang nak buat apa dengan aku hah?!" jerit aku. Aku berasa sangat takut. Apa yang mereka mahu buat dengan aku?

Aku lihat mereka sediakan kerusi dan juga tali. Aku dipaksa untuk duduk di kerusi itu. Kedua-dua tangan dan juga kaki diikat dengan kejam oleh tali.

"Huh, kalau korang tak ikat aku pun..aku takkan boleh lari lagi la. Jadi, lepaskanlah aku! Tangan aku sakitlah kalau korang ikat aku macam nih!" kata aku menjerit.

Mereka bertiga tidak berkata apa. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain dan terbit senyuman sinis.

Serta-merta dada aku menjadi turun-naik. Aku memandang ke arah mereka dengan reaksi tidak percaya.

Ketiga-tiga dari mereka mengeluarkan pisau dari poket masing-masing. Dan menghala ke arah aku. Kaki aku mula bergetar.

"Ohh Kyran, my darling dah sampai lah." kata Balqish dengan nada gedik. Dia melembutkan suaranya selembut yang mungkin pada Kyran.

"Mana Puteri?" kata Kyran dengan wajah bengis.

"Ish garangnya. Masuk-masuk je dah buat muka semasam tu. Jeruk pun tak semasam muka you tau?" kata Balqish tersenyum sinis.

"Aku kata mana Puteri hah?! Kau pekak ke?!" jerit Kyran. Mukanya merah padam kala ini.

Earphone yang melekat di telinga Kyran dapat didengari suara Kyran dan juga Balqish yang tengah bercakap oleh Farah dan juga Mark.

Farah di sana pulak menggosok-gosok telinganya. Woahh suara punyalah kuat menjerit macam burung gagak yang terpekik gamaknya. Tak pasal-pasal telinganya jadi mangsa.

Mark yang berada di tepi Farah hanya tersengih saja. Mereka sekarang nih berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah Balqish. Mereka menunggu sign dari Kyran untuk masuk.

Balqish tersenyum sinis. Kelihatan Kyran marah benar sekarang nih.

Kyran pulak yang seperti tidak sabar terus menjerit terlolong-lolong memanggil Puteri.

"Puteri! Where are you? Saya dah ada kat sini! Dan mahu selamatkan awak! Bagilah tanda awak dekat mana!" jerit Kyran di dalam rumah Balqish.

Tiba-tiba Kyran terdengar suara seperti Puteri yang menjerit kesakitan. Serta-merta dia pergi ke arah suara tersebut. Dah macam mahu luluh hatinya mendengar suara Puteri yang seperti menahan sakit. Balqish hanya tersenyum sinis. Dia sudah menyuruh orang-orangnya yang lain untuk menghalang Kyran daripada berjumpa dengan Puteri.

"Puteri!" Kyran terhenti di satu tangga. Orang-orang Balqish menghalang dirinya. Di bawah kedengaran suara Puteri dengan jelas. Yeah dia yakin ini lah jalan menuju bawah tanah! Tempat Puteri dikurung!

"Heyy lepaskan akulah!! Aku mahu turun!" jerit Kyran.

"Hello Kyran? Tu..tu suara Puteri? Ohh no buat kami berdua masuk. Biar kiteorang yang selamatkan Puteri dulu! Kyran, kau dah buka pintu belakang ke belum?" kata-kata Farah tidak Kyran hiraukan. Plan sudah tertukar. Dia..dia tidak boleh buka pintu belakang rumah belakang Balqish sesuka hati. Orang-orang Balqish terlalu ramai.

"Korang, biar aku yang seorang yang selamatkan Puteri. Korang hanya duduk situ diam-diam. Orang-orang Balqish terlalu ramai. Kalau korang hebat dalam berlawan pun berkemungkinan besar korang boleh tertangkap juga. So, stay there carefully." kata Kyran perlahan.

Kyran mamandang orang-orang di hadapannya dengan tajam. Seorang lelaki yang bertubuh sasa yang memegang kedua-dua tangannya ke belakang..kyran memijak kaki lelaki tersebut sekuat hati sehingga lelaki itu menjerit kesakitan dan lepaskan tangannya.

Dia memegang kakinya yang dipijak oleh Kyran. Dia memandang Kyran dengan tajam mahu membalas balik dengan menumbuk Kyran tetapi Kyran dengan pantas memegang penumbuk lelaki itu daripada mengena ke mukanya. Kyran meninju perut lelaki itu dengan kuat sehingga terpercik air liur lelaki itu dari mulutnya. Yuckie!

Belum sempat orang-orang Balqish yang lain mahu bantu sama kedengaran suara Balqish menjerit.

"Berhenti!" jerit Balqish. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati Kyran sambil menyilangkan tangannya ke dada. Kyran memandang ke arah Balqish dengan tajam. Perlahan-lahan terbit senyuman sinis di bibir Balqish.

"Aku tau Puteri berada di bawah sana! Kau kurung dia dekat situ! Bagi aku jumpa dengan dia! Lepaskan dia!" jerit Kyran dengan kuat.

Balqish memejam matanya. Wouu suara kuat Kyran nih boleh pergi ke konsert nyanyian kut.

Balqish membuka matanya. Dia tersenyum sinis.

"Senangnya my darling cakap macam tu. Lepaskan Puteri? No.." kata Balqish.

"Kecuali kalau.." sambung Balqish lagi sengaja menggantungkan ayatnya. Jari runcingnya menari-nari di dada tegap Kyran. Kyran berdecit geram. Dia menggenggam kuat tangan Balqish yang berada di dadanya.

"Auchh! Kuatlah sayang genggam tangan I. Kalau nak pegang tu peganglah dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang." kata Balqish ketawa kecil.

Kyran membulatkan matanya. Perempuan nih..gila ke ape?! Dah sewel kut. Wayar otak dah putus ke ape?

"Heyy! Apa sayang-sayang hah?! Kau ingat aku akan berlembut dengan kau? Kau dengar sini Balqish! Jangan fikir disebabkan kau perempuan..aku takkan berani berkasar dengan kau. Jangan sesekali fikir macam tu. Aku akan layan kau lebih teruk daripada layanan teruk yang kau berikan pada Puteri!" kata Kyran yang melepas tangan Balqish dengan kasar. Dia menuding jari ke muka Balqish tanda amaran keras padanya.

Manakala Farah dan Mark yang mendengar melalui earphone tidak senang duduk dibuatnya. Apalah agak-agaknya yang terjadi pada Puteri.

Aku meringis kesakitan. Aku menangis dan berteriak. Pisau yang tertusuk ke tapak tangan kanan aku yang sedia ada luka dan pembalut bertambah sakit jadinya apabila ditusuk lagi sehingga membuat darah banyak mengalir keluar.

Aku membulatkan mata aku sekali lagi apabila salah seorang dari mereka mahu menusuk ke tangan kiri aku pulak. Apabila terasa pisau menusuk ke tangan kiri aku dengan cepat tanpa aku bersedia terus membuat aku serta-merta menjerit dengan keras buat kali kedua.

"Arhhhhhhhhh!"

Kyran yang mendengar begitu juga Farah dan Mark melalui earphone masing-masing terkejut dengan suara jeritan dari Puteri.

"Puteri!!" jerit Kyran.

"Aku kata lepaskan Puteri! Kau nak suruh aku buat apa? Aku sanggup lah asalkan kau lepaskan dia!" suara Kyran yang seperti menjerit marah sangat jelas kedengaran. Hampir menangis Kyran dibuatnya tidak sanggup lagi mendengar suara jeritan sengsara dari Puteri.

Air mata aku mengalir laju ke pipi. Sungguh ini teramat sakit. Aku memejam mata aku erat. Menahan sakit di kedua-dua belah tangan.

"Good! Inilah yang aku nak dari mulut kau. Aku nak..kau melutut di depan aku. Di depan semua konco-konco aku. Amacam? Kau sanggup?" kata Balqish tersenyum sinis.

Kyran tidak terkata. Dia memandang ke arah Balqish. Perempuan nih benar-benar licik!

Farah dan Mark terkejut mendengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Balqish. Farah dah merah mukanya. Dia mahu masuk ke dalam rumah Balqish tetapi dihalang oleh Mark. Mark mengenggam erat tangannya supaya tidak pergi. Dia menggeleng kepalanya.

"Jangan pergi. Kita tak boleh pergi. Nanti Kyran yang dapat susah nanti. Untuk tidak menambah lebih banyak masalah kita just tunggu kat sini. Ya? Okay?" kata Mark. Dia tersenyum kelat.

Farah yang sudah marah menghentakkan kakinya. Ape ke patut kawan bff dia yang terseksa kat dalam pun dia tak dapat selamatkan! Farah jadi buntu. Dia tidak keruan kalau hanya duduk berdiri di sini diam saja sedangkan kawan bff nya sekarang sedang diseksa. Perasaan serba-salah perlahan-lahan merayap ke hatinya.

"Baik, aku akan melutut di hadapan kau! Sekarang... hentikan permainan kau Balqish! Jangan seksa Puteri lagi!" jerit Kyran. Dia menggenggam buku limanya dengan erat menampakkan urat-urat di tangannya. Demi Puteri..dia sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki.

Manakala aku yang mendengar kata-kata Kyran terus membuka mata. Aku menggeleng kepala perlahan. Tak.. jangan.

"Baik! Aku akan lepaskan Puteri. I am promise!" kata Balqish tersenyum sinis. Dia mahu melihat Kyran melutut di hadapannya.

Kyran perlahan-lahan meletak kedua-dua lututnya di hadapan Balqish. Membuat Balqish serta-merta tersenyum senang.

"Kau kata kau takkan melutut di hadapan aku? Huh! Sekarang malah kau yang rela hati untuk melutut di hadapan aku Kyran! Hahaha..sebab tu Kyran aku kata jangan terlalu angkuh tapi kau degil. Kau bersikap angkuh dan mahal di hadapan aku." kata Balqish dengan sinisnya.

"Sekarang tengoklah..tak sangka ini pula yang jadi. Kyran Andrew Johansson... akhirnya terjatuh melutut lemah di hadapan Balqish Sofea hanya kerana seorang perempuan." kata Balqish ketawa jahat. Begitu juga dengan orang-orangnya yang ketawa mengejek pada Kyran. Kyran mengenggam buku limanya.

Mendengar kata-kata Balqish secara spontan air mata aku mengalir lagi. Kyran.. Kenapa awak mesti melutut di hadapan perempuan tu?

"Sekarang kau puas? Jadi lepaskan Puteri." kata Kyran dengan suara menahan geram.

"Baik. Aku akan kotakan janji aku. Kau dengan Puteri aku akan lepaskan." kata Balqish.

'Tapi buat sementara.' batin Balqish dengan muslihat nya yang tersembunyi.

Kyran akhirnya bangkit daripada melutut. Orang-orang Balqish kini membiarkan Kyran hanya pergi menuruni tangga untuk ke bilik bawah tanah.

Setapak demi setapak aku rasakan dia mahu ke sini. Seperti itu juga jantung aku berdebar-debar. Kyran yang ternampak aku duduk di atas kerusi sambil kaki dan tangan diikat. Dan tangan berlumuran darah terus berlari mendekati aku.

"Puteri? Puteri!" jerit Kyran. Dia terkejut melihat keadaan aku sekarang ini. Serta-merta dia terduduk di hadapan aku. Matanya tidak berkelip melihat kedua-dua pisau yang tertusuk ke tangan aku.

Kyran perlu buang pisau yang tertusuk di kulit aku terlebih dahulu.

"Puteri, ss..saya buang kedua-dua pisau nih dulu. Awak boleh gigit bahu saya sekuat hati yang awak mahu. Saya..tak akan apa-apa. Awak..kena tahan sakit bila saya tarik pisau dari tangan awak. "kata Kyran yang seperti mahu menangis. Air matanya bertakung di tubir mata.

Aku hanya mengangguk perlahan. Bahu yang dilapisi dengan baju Kyran aku bersedia untuk menggigitnya.

Perlahan-lahan Kyran memegang pisau di tangan kiri aku dan dengan cepat dia menarik pisau dari kulit aku membuat aku berdesir mulut menahan kesakitan. Aku menggigit bahu Kyran dengan kuat.

Dan akhir sekali pisau yang tertusuk di tangan kanan aku.

"Puteri ini yang terakhir. Bertahan sayangku." kata Kyran. Tanpa berlengah masa dia terus menarik pisau yang terakhir di tangan aku. Aku buat keberapa kalinya menggigit bahu Kyran lagi. Bahu Kyran turut menjadi mangsa gigitan kuat dari aku lagi.

Akhirnya..Aku memandang Kyran dengan sayu. Mesti dia turut tahan sakit bila aku gigit bahu dia dengan kuat kan?

Aku melepaskan nafas lelah. Peluh sudah lama merincik ke dahi. Lelah dengan semuanya. Aku melepaskan lengan Kyran. Dia membuka ikatan tali yang mengikat kaki dan tangan aku. Secara spontan tubuh aku jatuh ke dadanya.

Kyran yang melihat keadaan aku yang teruk ini jatuh air mata lelakinya. Dia memeluk aku dengan erat.

"Puteri, maafkan saya. S-Saya terlambat untuk selamatkan awak." kata Kyran perlahan dengan nada lirih dan tersekat. Dadanya terasa sesak manakala hatinya sangat pedih melihat Puteri begini. Kyran menggenggam erat kedua-dua tangan aku yang berdarah.

Aku turut mengalirkan air mata. Mata aku hanya layu. Tidak berkata apa.

"Puteri, mari kita keluar dari tempat neraka nih. Saya tak nak awak duduk kat sini lagi." kata Kyran yang terus mengangkat aku ala bridal style.

Aku memejam mata aku perlahan. Aku memeluk leher Kyran. Kedua-dua tangan aku yang berdarah setitis demi setitis jatuh ke atas lantai.

Kyran yang mahu keluar dari tempat ini melalui pintu utama berhenti seketika apabila mendengar suara Balqish.

"See you later..my darling." kata Balqish yang berdiri di atas tangga yang menuju ke biliknya. Dia tersenyum sinis memandang ke arah dua pasangan tersebut.

Kyran tidak menoleh memandang ke arah Balqish.

"No, aku harap kita takkan berjumpa lagi Balqish. Forever and ever." kata Kyran yang terus berjalan keluar daripada sini.

Balqish berdecit perlahan.

"Kita akan berjumpa lagi Kyran. Tak lupa juga.. Puteri. Huh! Akan ku pastikan kita bertemu lagi." kata Balqish tersenyum sinis.

Farah dan Mark yang ternampak Kyran mendukung aku terus menerpa pada kami berdua. Masing-masing terkejut dengan keadaan aku.

"Darah? Oh no! Darah. Kyran kau mesti cepat bawa Puteri ke hospital. Sementara tu aku akan balut tangan Puteri untuk hentikan darah menggunakan sapu tangan aku dulu." kata Farah yang kalut benar membalut tangan aku yang berdarah dengan sapu tangannya.

"Mark! Kau ada kain lebih tak?!" jerit Farah kerisauan. Nampaknya cemas giler Farah nih. Memang la kawan baik dia cedera gila dia tak cemas.

Aku tersenyum hambar. Perlahan-lahan kegelapan mula mendatangi segenap ruang mata.

"Puteri? Heyy what's wrong?" Kyran yang merasakan badan Puteri semakin lembik dan rangkulan tangannya di leher Kyran semakin melonggar terus terkejut melihat Puteri pengsan.

"Farah, Mark kita bawak Puteri ke hospital sekarang!" jerit Kyran risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience