Sambungan Farah pov
"Errr.. " Aku terkedu. Dah kenapa dia cakap macam tu? Dah macam orang angau je.
Karen tersenyum. Dia sudah tertawa kecil.
"Tak adalah, saya main-main je tu. Ermm, mungkin kebetulan. Saya pun nak lalu jalan ni juga. Tak sangka kita berjumpa lagi eh? Orang tua-tua cakap kan..kalau kita asyik bertembung macam ni kan..maknanya dia adalah jodoh kita. " Kata Karen sudah tersenyum mengusik.
"Eyyy, dialah tu. Lagipun awakkan hati dinding. Langsung takkan terpikat dengan perempuan. Haa, awak kan pernah cakap macam tu dekat saya. Saya pun..eii tak naklah berjodoh dengan orang yang hati dinding. " Kata aku menjeling sekilas. Aku berpeluk tubuh. Saja aku mahu sakitkan hati dia.
"Ohh awak rasa saya hati dinding? Ish³ sampai hati awak kan? Hati dinding ni pun boleh roboh juga tau? Dan saya takut awaklah orang tu yang akan roboh hati saya. " Kata Karen.
Aku tersentak.
"Saya? Awak cakap pasal saya? Tiber² je..eh tapikan kalau memang betul saya dapat robohkan hati dinding awak tu kira hebatlah saya kan³? " Ahak! Siap puji diri sendiri tu.
'Awak memang dah buat hati dinding saya makin retak Farah. Sehingga saya sendiri pun tidak tahy cara bagaimana mahu mencantumkannya semula. ' desis Karen di dalam hati.
Dia melirik aku dengan lama.
"Yepp! Awak memang hebat Farah. " Kata Karen tersenyum.
Aku tersentak. Adehh, sekarang aku pula yang rasa lain macam. Dah nak hampir gugur hati ni asyik tengok senyuman di bibirnya. Arhh boleh jadi gila aku kat sini kalau asyik lama-lama dengan dia. Siapalah boleh tahan dengan senyuman menawan dia tu. Entah-entah perempuan lain dah cair apa. Aku ni pun jenuh nak tahan hati dari tercair dengan penangan Karen. Sungguh tatapan matanya begitu mendalam.
"Jangan tengok saya lama-lama! "
Karen mencantumkan keningnya.
"Kenapa? "
"Sebab saya takut hati saya terjatuh dekat awak. Cia..cia..cia.. " Aku sudah ketawa terbahak-bahak sambil menekan perut.
Adehh, sampai terkeluar air mata ni ha.
Karen pula tersenyum. Dia menggeleng kecil.
Kami berdua berjalan beriringan di bawah payung.
Bahu kiri aku sedikit basah kerana terkena air hujan. Tanpa aku sangka, Karen memeluk bahu aku supaya lebih merapatinya. Tersentak aku.
"Dekat dengan saya sikit. Nanti baju awak basah kena air hujan. " Kata Karen sambil menoleh kepala ke arah aku.
Haih, see? Aku dengan dia setiap kali bersama setiap kali tulah asyik dekat antara satu sama lain. Boleh selalu sesak nafas gamaknya ni.
Maka aku dengan dia terpaksa berkepit-kepit ketika berjalan beriringan. Memandangkan payung hanya ada satu. Macam sehati sejiwa susah senang kita bersama. Aha giteww.
Akhirnya kami dua terjumpa tempat berteduh juga.
Aku dengan dia masing-masing menarik nafas lega. Fuhh! Nasib baik ada tempat untuk berteduh.
Sekarang ni pun kami berada di bawah bumbung lama. Tak pasti tempat ni apa. Tapi..tempat ni agak terpencil.
Aku mengeluarkan tisu dari handbag aku. Handbag aku letak di atas meja usang yang lama di tepi aku saat ini.
Aku mula mengelap muka aku dengan tisu.
Karen hanya memerhati aku dengan lama.
"Apa yang awak buat? "
"Hmm? Ohh. Lap muka saya ni ha. Saya tak suka kalau basah muka. Kalau basah saya selalu lap macam ni. " Kata aku bersahaja.
Tanpa aku sedar Karen memerhati aku yang sibuk mengelap leher dan muka aku. Fuhh! Nasib aku ni bukannya jenis pengemar pakai make up. Kalau tidak..ish³. Lagipun muka aku ala-ala cantik natural giteww. Hanya pakai bedak kompak dan badlips sebab bibir aku jenis cepat kering.
Aku mengangkat rambut aku yang dilepas panjang ke tepi sementara tangan lagi satu masih sibuk mengelap leher aku dengan tisu. Menampakkan jelenjang leher putihku.
Gulp! Karen yang menyaksikan wayang free di depan mata menelan air liur kasar. Terasa air liur tersekat di kerongkong.
'Haih dia ni..saja nak goda aku ke? Oh. My. Goodness!' jerit Karen di dalam hati.
Dia berkalih mata memandang ke arah lain.
Okey done lap! Kini aku melibas rambut ke belakang. Tak selesa aku kalau letak ke tepi. Haih, rasa menyesal pula tak bawa getah rambut.
Akhirnya tinggallah kami berdua di tempat berteduh ini beserta air hujan yang deras menuruni ke bumi.
Hanya kedengaran bunyi air hujan di sini.
Aku mengerling sekilas ke arah si dia. Kelihatan dia hanya termenung dan berdiam diri. Haih, kesian aku tengok. Dah macam orang murung saja. Ke..baru putus cinta tak?
Aku menadahkan kedua tangan aku ke air hujan. Sengaja aku berbuat begitu.
Tiba-tiba terbit senyuman jahat di bibir aku. Muahehe..
Melihat dia asyik termenung aku teruk memercikkan air hujan dengan tangan aku ke mukanya berkali-kali. Membuat Karen terpejam kelopak matanya.
"Farah!! Apa yang awak buat? Habislah basah baju saya nanti. " Karen pamer wajah tidak puas hatinya. Geram bercampur tidak puas hati pun ada dengan orang yang berada di hadapannya kala ini.
Manakala aku pula sudah ketawa terbahak-bahak. Kenapalah aku suka sangat kacau kau Kyran? Haha!
Aku hanya menjelir lidah sekilas padanya. Mulut tersengih nakal.
"Ala awak. Chill la. Lagipun, saya bosan ni tak tahu nak buat apa. Saya nampak awak asyik termenung terus saya nak kacau awak hehe. Ala macam ni lah. I'm sorry okay? Takpe saya tolong awak lap muka awak. Saya ada tisu lebih ni. " Kata aku yang sudah mengeluarkan tisu lebih dari bag dan terus menapak mendekatinya.
Baru aku mahu angkat tangan mahu lap muka Karen sudah memegang tangan aku.
"Takpe..saya tak kisah kalau wajah saya basah pun. " Kata Karen mengerdip mata dingin. Dia melepaskan tangan aku perlahan.
"Takpelah. Biar saya tolong lapkan ye? " Kata aku degil juga tidak mahu mengalah. Yelah, aku tak nak bersalah dengan dia macam ni. Tak pasal-pasal muka dia dan baju dia basah sedikit kerana percikan dari aku tadi. Sekurang-kurangnya biarlah aku lakukan sesuatu padanya.
Karen sekali lagi menghalang aku dengan menyentuh tangan aku. Dia mencantumkan kening.
"Tak payahlah saya kata. Farah, awak memang macam ni eh? Degil. "
Aku tertawa kecil.
"Yep! Kalau awak nak tahu..sayalah orang yang paling degil dan kepala batu kat atas dunia ni tau? Jadi, awak pun kena mengalah dengan saya juga. Sebab saya kalau degil ni selalunya sayalah yang akan menang. Orang lainlah yang banyak mengalah dengan saya. " Kata aku mengangkat kening aku berkali-kali. Ada reaksi bangga di situ.
Karen mengeluh perlahan. Tapi tangannya masih memegang lembut tanganku.
Karen menatap aku dengan pandangan dingin dia tu.
"Apakah ini mudah bagi awak? "
Aku mencantumkan kening.
"Ya? "
Karen menolak aku ke dinding. Terkejut beruk juga aku di situ. Tangannya yang tercantum dengan jari jemari aku dengan erat sandar ke dinding.
"Saya pun lelaki juga. "
Mendengar kata-kata dari Karen aku tertawa kecil.
"Of course awak lelaki. Takkan perempuan pula kan? Heheheh. " Aku tertawa kecil di hadapan mukanya.
Aku tersenyum kekok. Gulp! Kelihatan Karen hanya berwajah datar dan serius. Langsung tidak ada secalit senyuman.
"Err..tak lawak eh? " Aku sudah tayang sengih kambing.
"Langsung tak. " Kata Karen dengan nada dingin.
Alamakk!! Dia dah mula dah dengan sikap dingin dia tu. Pak dingin sudah muncul. Ottoke...
Karen terpandang seulas bibir merah lembut di hadapannya. Tidak mahu terlalu dekat.
Terus dia menjarakkan kedudukan aku dengan dia.
Aku menarik nafas lega. Terasa panas pula kat sini. Aku mengiba-ngibas muka. Rasa panas bercampur sejuk.
Pfft! Karen memang ada auranya yang tersendiri.
"Err..takpelah kalau awak tak nak saya lap. Saya dah tak nak paksa." Kata aku perlahan.
Aiyork Farah! Kata diri ialah orang paling degil kat dunia dan tak mahu mengalah. Last² kau pula yang senang-senangnya mengalah di hadapan Karen.
Heyy, ni bukan diri kau yang sebenarlah cik Farah.
***********
Seorang perempuan sedang memegang kepalanya. Kedua tangannya ditongkat ke atas meja. Nampak kusut benar lihatnya.
Balqish mengetap giginya. Hari ini tak ada mood dia nak bekerja. Asyik fikirkan kata-kata Kyran dan Puteri.
"Mereka berdua memang sengaja betullah sakitkan hati aku! Takpe..Puteri..hari ini aku bagi kau senang dengan Kyran puas-puas dulu. Lepas tu kau akan derita! Erghh! " Balqish mula berkelakuan seperti orang gila.
Rambutnya yang sudah sedia berserabut kini kembali bertambah serabut. Nasib biliknya itu kalis dengan bunyi dari dalam. Cermin bilik companynya juga gelap. Tak ada siapa yang akan boleh nampak dari jauh apa yang dia lakukan di dalam.
Yeah, Balqish ada company sendiri. Tapi..company yang menjalankan perniagaan gelap secara haram. Companynya juga ada menjual tembakau, alat-alat senjata membunuh dan sebagainya. Boleh dikatakan dirinya begitu kaya dan mempunyai pangkat besar.
"Haa, aku dah tahu apa yang harus aku lakukan. " Gumam Balqish seorang diri. Dia sudah tersenyum jahat.
"Racunkan Puteri. "
Share this novel