Sambungan author pov
"Kyran!! Kyran!!" Jerit beberapa anggota polis bersama adik Puteri yang cuba mencari Kyran di tempat kejadian di jalan eksiden itu. Walaupun sudah larut malam, tapi Karen tetap mahu mencari. Hal ini kerana, dia sudah tak sanggup melihat kakaknya menangis. Jadi, dia buat keputusan untuk mencari Kyran bersama beberapa anggota polis.
Teringat lagi ketika dia buat keputusan mahu turut mencari tapi kakaknya mahu ikut sekali. Puas dia memujuk kakaknya supaya tinggal di hospital untuk tahu perkembangan Farah nanti. Dan akhirnya, Puteri akur juga.
Karen pula sebelum pergi sempat menitipkan pesan pada Puteri, sekiranya ada apa-apa yang doktor katakan untuk keadaan Farah tolong cepat-cepat inform padanya. Dia perlu tahu keadaan Farah selanjutnya di hospital selepas dibedah. Karen walaupun orang yang berwajah datar tapi hatinya seakan begitu diulit risau pada Farah. Dia takut..dia takut untuk kehilangan perempuan yang dicintainya itu.
"Kyran..!! Kyran..!!" Jerit mereka lagi masih dengan tidak putus-asa mahu mencari Kyran.
Karen dan beberapa anggota polis meliar mencari di tempat kejadian itu. Karen ternampak jabatan jalan yang sudah remuk itu akibat kemalangan yang terjadi beberapa jam yang lalu. Bawah jabatan itu pula ada suatu gaung.
Karen mendekat ke arah gaung itu. Kepalanya ditundukkan memandang ke bawah. Spontan bulat matanya apabila terpandang susuk tubuh seseorang yang berlumuran darah di bawah. Susuk itu ialah tubuh lelaki.
Karen menekup mulutnya. Yeah, dia yakin. Itu mesti Kyran!
"Kyran dah dijumpai! Dia di sini!" Jerit Karen pada mereka semua. Maka beberapa orang mula menghampiri Karen. Mata terlekap ke bawah.
Karen tanpa berlengah lagi, terus menjejakkan kaki berhati-hati ke gaung itu. Nasib memihak pada Karen kerana gaung itu tidaklah setinggi mana.
Karen diikuti oleh mereka mengengsot perlahan kaki ke bawah dengan berhati-hati. Akhirnya Karen sudah menjejakkan kaki ke tanah di bawah. Dia terus mendapatkan susuk tubuh itu. Dia cuba menilik wajah susuk tubuh itu yang membelakanginya.
Iya! Itu memang Kyran! Tetapi yang buat Karen menjadi lebih terperanjatnya apabila kepala Kyran seperti banyak berlumuran darah kerana terhentak ke batu yang besar.
Terketar-ketar tangan Karen cuba merasa hembusan nafas di hidung lelaki itu. Berdebar jantungnya sekiranya Kyran tidak bernyawa lagi.
"Tolonglah..Kyran..kau mesti hidup." Gumam Karen perlahan.
Akhirnya Karen melafaz syukur di dalam hati apabila terasa hembusan nafas yang mengena ke jari runcingnya melalui hidung. Tapi hembusan nafas tu hanyalah perlahan.
"Jom kita bawa ke hospital cepat!" Jerit Karen mula cemas apabila merasakan darah di kepala Kyran semakin banyak keluar.
Akhirnya mereka semua bekerjasama dalam memapah Kyran dan memaksa tubuh Kyran untuk naik ke atas. Mula-mula, memang susah tetapi dengan bantuan orang ramai termasuk Karen.. tubuhnya berjaya juga dinaik ke atas.
"Kyran, bertahanlah. Kau perlu hidup Kyran..Kakak aku perlukan kau." Bisik Karen perlahan seolah-olah dia dapat mendengar apa yang dikata oleh Karen itu. Karen menatap wajahnya yang pucat lesi itu. Mata Kyran hanya terpejam rapat.
***********
"Cepat..cepat.." nurse-nurse dan Karen menolak stretcher yang membawa tubuh Kyran yang tidak sedarkan diri itu. Di atas stretcher itu pula sudah terkena darah Kyran yang asyik keluar tanpa henti dari belakang kepala.
Puteri pov
Aku yang berjalan dengan langkah longlai mahu minum air Coway yang sudah disediakan di hospital ini tersentak apabila melihat adikku seperti cemas menolak suatu stretcher bersama nurse-nurse yang lain. Di atas stretcher itu pula, ialah tubuh seorang lelaki yang terkulai lemah.
"Karen bawa siapa tu ya?"
Tak lama kemudian, bagaikan baru tersedar dari nyata terasa pisau tersusuk ke jantung berkali-kali.
'I-Itu..Itu adalah Kyran??!' terus aku melangkah cepat ke hadapan mahu melihat wajah Kyran. Dalam keadaan kaki aku yang cedera ini sedikit menyukarkan aku untuk berjalan dengan lebih cepat.
Tak..tak..aku perlu sempat tengok muka dia dulu. Tolonglah..
Tergamam aku apabila ternampak tangannya yang berdarah terjatuh lemah terjuntai ke bawah. Lagilah, menambah gusar dan debar di dalam hati.
Akhirnya aku sempat capai tangannya yang berdarah itu. Terkejut besar aku apabila berjaya terpandang wajah lelaki itu kala ini. Iya ini memang Kyran.
Rasa tak percaya ini adalah Kyran. Terus menyentap ke tangkal hatiku selepas melihat keadaannya yang agak teruk ini.
Memandangnya lebih dekat seperti ini lebih membuat hatiku begitu terpempan dan rasa perit. Hati mengalir rasa dengan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Terus air mata jernih mengalir ke pipi ini apabila melihat keadaannya itu.
"Kak?" Karen yang turut berada di sini menolak stretcher baru terperasan dengan kehadiran aku di sini.
Aku tak berkata apa. Sebaliknya turut membantu menolak stretcher ini. Sepanjang berjalan, air mataku tidak henti-henti mengalir. Mata hanya terlekap pada wajahnya itu.
"Kyran..hiss hiss awak mesti bertahan..demi saya.. perempuan yang bertakhta di hati awak ini." kata aku lirih sambil memegang tangannya yang berdarah itu.
"Tunggu di sini ya? Orang lain tidak boleh masuk." kata nurse itu apabila sudah berjaya memasukkan stretcher ke sebuah bilik ICU.
Sayu mataku memandang kedua-dua dedaun pintu yang ditutup oleh nurse. Mata cuba mengintai ke pintu atas bahagian kaca yang membolehkan sepasang mata menyaksikan apa yang berlaku di dalam.
Terkesima aku dibuatnya. Kyran.. Kyran harus ditekap alat defibrilator (AED) ke dadanya agar degupan jantung dapat mengepam dengan normal. Kelihatan doktor membuka kancing baju Kyran di bahagian dada.
Terus jatuh air mata ku menyaksikan hal itu. Apabila alat defibrilator itu terkena ke dadanya automatik tubuh terangkat sedikit ke hadapan. Kulihat ke tepi katilnya. Mesin monitor nadi. Dia..semakin menurun. Tak..tak..Kyran..nadi dia menunjukkan ia semakin menurun.
Kulihat doktor-doktor dan nurse bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa Kyran. Defibrilator ditekap ke dada Kyran sekali lagi.
Aku memegang pemegang pintu erat. Mata yang penuh dengan takungan air mata hanya setia memandang Kyran. Aku mengetap bibir bawahku. Hati kecilku menjerit.
Kyran...tolong jangan tinggalkan saya..saya tak sanggup awak. Saya tak sanggup..tolong..hatiku merintih dalam diam. Dadaku turun naik kerana terasa sesak nafas. Sakit dan peritnya hati ini kurasakan. Jantung aku turut mengepam laju. Sangat takut aku kala ini. Kyran..hampir berada di hujung ambang maut. Nyawanya seperti berada di hujung tanduk.
"Awak dah janji..Kyran..hiss hiss..Awak dah janji yang awak akan tetap berkahwin dan bersama dengan saya. Hiss..hiss.. walau..apapun yang jadi..sebab ini adalah impian terbesar awak. Tapi.. hiss hisk..kenapa awak seperti..mahu tinggalkan saya? Hmm?" Aku tersenyum dalam kepedihan. Air mata masih setia menurun ke pipi. Bahuku asyik terhinjut-hinjut kerana menangis.
Mata masih terlekap memandang wajah Kyran dengan pandangan sayu dan hiba. Manakala Karen yang berada di situ turut berasa sebak dan cuba untuk tenangkan aku.
Mesin monitor nadi Kyran masih tetap sama seperti tadi. Tidak menunjukkan garisan itu semakin menaik. Keadaan Kyran semakin kritikal. Mesin monitor nadi berbunyi menunjukkan ia berada di paras bahaya.
"Mana..janji awak, Kyran? Awak tak boleh mati. Awak tak boleh pergi tanpa ucapan 'selamat tinggal'. Tolong..saya merayu..saya tak nak kehilangan insan yang saya sayang lagi. Awak..nak ke lihat hidup saya gelap tanpa cahaya? Sedangkan awaklah cahaya itu. Kalau awak pergi..siapa yang akan jadi penyuluh cahaya untuk hidup saya?" Gumam aku dengan lirih dan rasa sebak di dada. Bibir menggigil menahan sakit dan gelora di dada.
Esak tangisku semakin kuat kedengaran. Tak..Kyran tak boleh pergi. Kyran tak boleh pergi tinggalkan aku! Aku tak rela. Aku tak rela kalau dia pergi!
Tiba-tiba mesin monitor nadi Kyran sudah menaik kembali normal dan stabil. Esak tangisku terhenti serta-merta.
Aku mengucap syukur di dalam hati kepada Tuhan. Manakala doktor dan nurse-nurse di dalam itu sudah menarik nafas lega. Kepala Kyran sudah berjaya dibalut.
Akhirnya jantung Kyran berdetak kembali normal di dalam tidur.
Aku tersenyum. Tuhan..terima kasih.. kerana Engkau tidak mengambil dia dari aku..Engkau masih panjangkan umurnya. Seperti tahu yang aku tidak sanggup hidup tanpanya.
Aku menangis teresak-esak sehingga badan ku melurut ke bawah. Tubuhku sandarkan ke pintu. Manakala Karen yang dari tadi memerhati turut melurut tubuh ke bawah sambil menyandarkan kepala ke pintu. Kepala aku dilentoknya ke bahu membiarkan aku menangis sepuas-puasnya di bahunya.
"Hisss..hissss..." Aku memejam mataku rapat. Kejadian tadi.. benar-benar buat aku trauma. Kyran..hampir kehilangan nyawanya di hadapan mata. Aku takut..perkara tu akan terjadi lagi. Orang yang aku sayang berada dalam wad ICU. Dan seorang lagi berada di dalam bilik pembedahan. Siapa-siapa yang berada di tempat aku pasti akan bersedih. Satu hari dua insan tersayang kita tiba-tiba terlantar di hospital. Memang..itu perkara yang menyakitkan.
Kejadian tadi asyik berulang di minda.
"Kyran..awak buat saya takut. Tapi, saya rasa bersyukur sangat. Awak.. tak jadi tinggalkan saya. Tak mungkin awak mahu pergi tanpa mengucap selamat tinggal terlebih dahulu kan?" Gumam aku sendu bagaikan Kyran berada di hadapan mata.
Aku tersenyum dalam kesedihan.
**********
Karen pov
Sekarang ini kakak, aunty, ibu dan ayah Farah termasuk aku sedang menunggu di depan bilik pembedahan di tempat duduk yang disediakan. Masing-masing berdoa dan berharap supaya pembedahan Farah berjalan lancar.
Aku? Aku hanya berjalan mundar-mandir di pintu bilik pembedahan. Tak boleh duduk berdiam diri. Rasa gelisah dan takut semacam. Berapa jam lagi pembedahan ini akan selesai? Rasa khawatir semakin kuat dirasakan.
Hatiku benar-benar tidak sedap hati. Manakala kakak aku cuba berdoa di dalam hati. Begitu juga dengan mereka semua.
Apapun terjadi.. Engkau bagilah Farahku selamat..
Farah..aku rindukan kau. Aku rindu nak dengar suara gelak ketawa kau, senyuman manis kau, pipi kau bila blushing, rindu nak usik kau lagi, rindu nak buat kau malu lagi, rindu mahu tengok mata hazel indah kau tu. Rindu mahu tatap wajah cantik kau. Tolong kembali padaku. Hanya satu saja yang aku berharap sangat pada kau sekarang ini.
Tolong. Jangan. Mati.
Cukup tiga patah perkataan itu saja harapan aku pada kau saat ini.
Aku rasa sakit sangat Farah..bila dapat tahu kau kemalangan dengan Kyran. Itu adalah kejadian yang tak tersangka dan masuk dalam dek akal.
Macam mana mereka boleh kemalangan? Atau..Kyran tak sengaja terlanggar kenderaan lain? Pertanyaan tu..selalu bermain dalam minda aku. Rasa masih tak percaya inilah yang berlaku.
"Aunty Maria.." panggilku perlahan.
Ibu Farah yang sedang menunduk kepala ke bawah itu mendongak ke atas memandang gerangan siapa yang memanggilnya. Dia cuba tersenyum apabila terpandang wajah aku.
"Ya Karen? Kenapa? Ada sesuatu yang kamu mahu cakap ke?"
Dengan sedikit teragak-agak aku bersuara.
"Bo..boleh saya tahu kenapa Farah dibedah? Doktor..ada cakap apa-apa tentang Farah?" soal aku akhirnya terluah juga.
Kelihatan aunty Maria terdiam sejenak.
"Doktor...ada lah cakap yang..Farah perlu dibedah secepat mungkin kerana kedua matanya yang berdarah tanpa henti. Doktor kena buat pembedahan kat mata Farah..Aunty pun tak pasti sebab apa. Tapi aunty harap sangat, Farah akan baik-baik saja.." kata ibu Farah cukup perlahan di pendengaran aku. Ia nada seperti menahan sebak.
Aku mengetap bibirku kuat. Mata mengerdip takut.
Sebelah telapak tangan menyandar ke dinding. Manakala tangan yang lagi satu aku pegang dadaku. Rasa sakit di situ. Rasa takut sangat kalau apa-apa yang berlaku pada Farah.
"Farah..awak ada hutang dengan saya. Awak dah janji..yang awak akan tunaikan satu permintaan untuk saya. Jadi..jangan sesekali mungkir janji itu. Janji..tak boleh dimungkiri.."
***********
Balqish pov
"Boss..saya dah tahu kereta siapa yang dia rosakkan." kata Jojo menunduk ke bawah. Dia seperti takut-takut mahu bicara hal yang sebenar.
"Ohh? Kereta siapa? Do I know him or her?" kata aku acuh tak acuh. Mata hanya tertumpu ke laptop di atas meja kerjaku.
"K-kyran boss. O-orang yang boss sayang sangat tu.." kata Jojo tersekat-sekat. Dia memandang takut-takut ke arah aku.
Serta-merta aku terhenti dari kegiatan aku tadi. Terus tubuh statik bangun dari kerusi. Mata mencerlung tajam ke arahnya.
"Ulang lagi sekali.." kata aku dengan nada masih tak percaya. Tak..tak mungkin itu kereta dia.
"Ke..K-kereta K-Kyran boss." ujar Jojo sekali lagi tergagap-gagap.
"What?!!" Aku pegang dada kiriku. Terasa ditimpa dengan batu yang besar atas kepala. Terasa hati disentap dengan pukulan berkali-kali.
Tanpa ku sedar, air mata sudah menuruni ke pipi.
"Kau.. betul-betul pasti tu kereta Kyran?" kata aku yang sudah mengenggam buku lima erat di atas meja.
"P-Pasti boss. Tapi, walaupun Kyran turut terlibat dalam kemalangan Farah turut terkena sama. Sasaran boss sudah mengena. Boss sepatutnya happy cuma..tak sangka Kyran terlibat juga.. Ini mendatangkan berita baik dan buruk secara serentak." kata Jojo perlahan.
Aku memandang tepat ke arahnya. Kepala digeleng perlahan. Tak tahu mahu happy ataupun sedih. Rasa tak terkata. Rasa terkejut, rasa tersentap, terkedu, terkelu dan macam-macam lagi ter.
"Jojo, keadaan Kyran te..t-teruk ke?" kata aku dengan nada bergetar. Kening tercantum cuba menahan gelora di dada.
"T-Tak tahu boss. Tapi..saya akan terus siasat untuk perkembangan Kyran selanjutnya di hospital. Di mana Kyran dirawat itu saya akan siasat. Boss..jangan risau." kata Jojo.
Aku hanya mengangguk kecil.
"Kau boleh pergi sekarang. Aku mahu sendirian.." kata aku perlahan.
Jojo hanya mengangguk kecil dan menunduk hormat sedikit sebelum pergi.
Aku mengetap gigi bawah kesal.
"Ahhh!!" Aku melempar semua barang dari atas meja ke lantai. Habis komputer ribaku jatuh berkecai terhentak ke lantai.
"I-Ini semua salah kau sial! Arhhh..kalau apa-apa jadi pada Kyran. Nyawa kau akan jadi taruhan!" jerit aku seperti orang histeria kala ini.
Apa yang dimaksudkan aku, ialah orang upahan baru aku tu! Salah aku juga kenapa aku mesti terima orang sebagai anjing aku yang tidak kenal erti apa-apa lagi. Erghh!
Aku mencengkam rambutku kasar. Dada turun naik.
Setitis air mata jatuh sekali lagi ke pipi.
********
Puteri pov
Akhirnya selepas lama menunggu, terbit lampu hijau di atas pintu bilik bedah menandakan pembedahan sudah selesai.
Kami semua yang berada di sini berpandangan kecuali Karen yang tiada di sini untuk membeli makanan dan minuman. Lagipun, sudah beberapa jam kami berada di sini. Minda dan badan pasti akan jadi penat. Dan perlukan tenaga.
Doktor sudah keluar dari bilik pembedahan. Terus kami statik berdiri dan menghampiri doktor itu. Masing-masing sudah tidak sabar mahu tahu bagaimana keadaan Farah.
"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" Soal aunty Maria terlebih dahulu.
Kami semua berdebar menanti apa yang doktor itu mahu katakan.
"Saya harap puan dan semua bersabar ye? Macam ni..anak puan terkena benda asing yang tajam masuk ke dalam kedua bebola matanya akibat kemalangan. Ia menjadi salah satu penyebab cedera kornea.
Benda asing yang masuk menembus kornea, sehingga boleh merayap ke dalam anak mata depan. Bila benda tersebut kecil, maka akan mengendap di sudut mata. Namun, bila benda tersebut terus masuk ke dalam, maka akan menembus ke bahagian iris.
Jika mengenai lensa mata, maka akan menyebabkan katarak. Bila masuk sampai retina, maka akan terlihat adanya cairan kental berwarna putih serta adanya endapan sel darah merah pada retina. Keadaan ini dapat merusak retina dan menyebabkan kebutaan." kata doktor itu panjang lebar.
"J-jadi maksud doktor..F-Farah takkan dapat melihat lagi?" kata aku menutup mulut. Terkejut sekiranya sangkaan aku memang betul.
"Benar cik. Maafkan saya..benda asing tu telah masuk ke dalam matanya sehingga merosak ke bahagian retina. Saya..tak boleh buat apa. Sewaktu pembedahan, hanya mampu membuang benda asing itu dari dalam matanya. Selepas itu..Farah akan jadi buta." kata doktor itu yang berjaya membuat kami semua terkejut besar di situ.
Aunty sudah menangis. Manakala aunty Maria hampir pitam dibuatnya. Tapi, sempat disambut oleh suaminya. Kami di sini benar-benar terkejut dan tak tersangka.
Aku menutup mulut cuba menahan tangisan dari terkeluar. Tapi, tak boleh. Walaupun ditekup mulut, esak tangisan kecilku masih kedengaran. Bahu terasa terhinjut-hinjut. Aunty cuba tenangkan aku.
"A-aunty..Farah..Farah..aunty." kata aku yang sudah berjuraian air mata ke pipi.
Aunty tidak berkata apa. Dia terus menarik aku ke dalam dakapannya. Aku menangis dalam pelukannya sambil bergumam sebak sendiri.
"Farah..aku terkejut dan terkedu. Aku takut..bila saat kau sedar kau takkan dapat terima kenyataan itu. Farah, aku benar-benar sedih. Mendengar kata-kata doktor tadi..hiss..hisss.. sangat mencengkam hati. Farah..kenapa dugaan kau begitu berat? Hisk..hisk..s-semua ini berlaku terlalu cepat dan tanpa disangka.." kata aku perlahan beserta tangisan.
"Farah..pasti akan kuat nak. Aunty yakin dia kuat. Walaupun mula-mula mungkin dia tak akan dapat terima..tapi lama-lama hatinya pasti akan dapat dipujuk. Farah sudah matang. Dia anak yang sangat baik..dan Tuhan pasti akan menolong hamba-hambaNya yang baik. Semua ni..pasti ada hikmah di sebaliknya." kata aunty cuba memujuk aku.
Dia menepuk belakang tubuhku lembut. Matanya terpejam rapat.
Aku tidak berkata apa.
Tiba-tiba aku ternampak tubuh Karen yang menghampiri ke arah sini. Tangannya sedang menjinjit dua plastik sederhana yang ada isi di dalamnya.
Aku leraikan pelukan aku dengan aunty. Aku terus menerpa ke arah adik aku dan memeluknya erat.
Karen tersentak. Dia tersenyum dalam masa yang sama beriak pelik kenapa aku tiba-tiba memeluknya.
Mendengar esak tangisan dari aku terus berubah riak wajahnya.
"Heyy kenapa ni? Kak, kenapa nangis? Adik ada kat sini je kan?" kata Karen cuba mengelus lembut rambut panjangku yang mengurai ke belakang dengan tangan satunya.
Perlahan-lahan aku meleraikan pelukan kami berdua.
"A-Adik..Farah.. doktor kata Farah tak akan dapat melihat lagi. Penglihatannya sudah tiada. Farah..hiss..hiss..mata Farah terkena benda yang tajam yang tertusuk ke dalam matanya. Dan hal tu..buat Farah tak akan dapat melihat lagi." kata aku perlahan yang cukup membuat Karen benar-benar terkejut dan terkesima.
Karen sudah mengundur setapak ke belakang. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga.
Karen mengetap bibir bawahnya.
"T-Tak mungkin.."
Share this novel