Kyran pov
Seorang perempuan yang cantik berpakaian serba putih berjalan melepasi Kyran perlahan tanpa sempat Kyran melihat wajahnya. Hanya sisi wajah perempuan itu yang tidak diketahui. Rambut panjangnya yang beralun sedikit diterbangi angin. Pokok-pokok hijau dan berbagai-bagai tanaman bunga di sini memang sangat cantik. Di pokok-pokok tersebut ranting dan dahannya seakan bersambung sesama dahan pokok yang lain. Cantik.
Kyran cuba mengikut perempuan itu. Namun, dia seakan berjalan dengan cukup perlahan. Nak lari tapi tak boleh. Dia mahu pergi ke perempuan itu tapi malangnya, kelibat perempuan itu semakin jauh , jauh hingga hilang dari pandangan dari pokok-pokok yang banyak di situ.
Aku terjaga dari tidur. Kelopak mata dibuka secara perlahan. Aku dudukkan diriku di atas katil.
Mimpi tu..datang lagi..macam yang aku mimpi semalam. Kenapa aku asyik mimpi perempuan tu? Siapa dia? Kenapa aku tak boleh nampak wajahnya?
Dia ke...gadis yang mommy katakan tu? Kata mommy, sebelum aku hilang ingatan..aku ada mencintai dengan seorang perempuan ini. Malah, hampir mahu kahwin. Kami dua saling mencintai sehingga waktu-waktu yang aku luang bersamanya terasa sekejap saja.
Jadi.. inilah perempuan yang mommy cakapkan tu ye? Atau..ini hanya sekadar mimpi? Tapi..kalau sekadar mimpi..kenapa hari ini aku mimpi yang sama seperti semalam?
Aku teringin sangat mahu melihat wajah perempuan tu. Dia mesti orang yang mommy cakapkan tu. Yeah, aku yakin. Itu mesti dia. Hanya perlu tahu dia siapa.
Tiba-tiba aku mengukir senyuman seorang diri.
*********
"Aku nak anak kau sebagai ganti penderitaan aku, Datin Arina."
Datin Arina terpana. Dia terkilan seketika dengan kata-kata Balqish sebentar tadi. Apa yang dia dengar ini? Balqish nak anak dia? Kenapa anaknya pula yang jadi mangsa? Tak.. tak..ini tak boleh. Kyran hanya dengan Puteri bukannya Balqish. Persediaan untuk perkahwinan Puteri dengan Kyran pun sudah lama siap. Hanya perlu tunggu letak tarikh sebenar untuk mereka benar-benar bersedia untuk berkahwin.
"A-Apa yang kamu cakap ni? Balqish..kamu tak boleh salahkan aunty 100 peratus. Aunty boleh ambil kamu sebagai anak aunty sayang. Aunty akan jaga kamu." Pujuk Datin Arina.
"Eyyy geli tahu tak telinga aku ni dengar kau panggil sayang? Heh, kau bukan ibu akulah. Nak sayang-sayang bagai dah kenapa?" kata Balqish kasar bunyinya.
Datin Arina sudah tertunduk merenung lantai. Tangan di sisi sedikit bergetar dia cuba menahan rasa.
"Datin, kau nak aku lupakan kisah yang lama ni atau tidak? Kalau nak... sebagai balasan Kyran harus kahwin dengan aku. Hanya dia saja yang boleh jadi milik aku. Bukan Puteri..bukan juga siapa-siapa." kata Balqish yang berjaya membuat Datin Arina terperanjat dan tercengang seketika.
"Balqish..kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni? Kyran dengan Puteri mereka dah ditetapkan akan berkahwin tak lama lagi!" kata Datin Arina nekad dengan pendiriannya.
"Then, batalkan jelah perkahwinan diaorang!" Tengking Balqish semula. Tapi, suara masih dalam kawalan lagi supaya suaranya tidak didengari oleh Kyran di dalam bilik. Terbuntang luas mata Balqish merenung Datin Arina dengan tajam. Terkejut beruk juga Datin Arina di situ.
"Senangnya kamu cakap, Balqish. Kamu..kamu memang sengaja mahu kahwin dengan anak saya atas sebab dendam kamu pada saya?" kata Datin Arina. Sudah tidak lagi menggelar dirinya sebagai 'aunty'. Jikalau, Balqish tidak mahu buat apa lagi dia panggil dirinya macam tu lagi. Lagipula, Balqish sudah tidak menghormatinya apatah lagi menganggapnya sebagai aunty.
"Tak, saya nak anak datin kerana atas dasar cinta. Bukan dendam. Lagipun Datin Arina kan berhutang nyawa dengan saya..jadi setakat mahu beri anak kau takkan macam tu pun nak berkira. Hmm?" kata Balqish mengangkat sebelah keningnya.
Datin Arina sudah menggenggam buku lima di sisinya. Balqish sudah melampau!
"Balqish! Apa kamu ingat anak saya ni barang ke nak beri dan buang bagai?" Tukas Datin Arina.
"Why not? Anak datin dah berjaya curi hati saya. So..why not kalau Datin sendiri yang biar saya dengan dia berkahwin supaya hutang datin dengan saya serta-merta selesai? Kalau saya dapat kahwin dengan Kyran...datin juga yang lega nanti. Sebab apa? Sebab kita tak perlu lagi bermusuhan seperti ini. Saya akan jadi menantu datin..dan waktu itu..saya akan anggap datin benar-benar sebagai 'ibu mentua' saya." kata Balqish menekan perkataan ibu mentua.
Datin Arina tersenyum senget. Dia menggeleng kecil.
"Kamu takkan dapat kahwin dengan anak saya, Kyran. Kyran hanya cintakan Puteri. Hanya Puteri yang boleh jadi milik dia. Bukan kamu." bentak Datin Arina dengan berani.
Balqish yang sedang berpeluk tubuh terus terletak kedua-dua tangannya ke bawah. Tersentap dengan kata-kata Datin Arina.
"Heyy, yang tu dulu. Tapi sekarang?"
"Apa maksud kamu?"
"Yelah, sekarang kan Kyran hilang ingatan. Maka, bunga-bunga cinta dalam hatinya mestilah sudah lama hilang tidak berputik dan lesap beserta ingatan kenangannya ketika bersama Puteri. Am I right, Datin Arina?" Balqish sudah tersenyum miring dan senang.
"Tak, Kyran akan ingat Puteri. Cepat atau lambat dia akan ingat. Saya yakin itu."
Balqish sudah tertawa terbahak-bahak apabila mendengar.
"Kalau dia tak ingat juga?" Soal Balqish sengaja menduga. Hujung bibirnya mengukir senyum.
Datin Arina terdiam sejenak. Matanya yang turun ke bawah kini merenung tepat ke arah Balqish.
"Kalau dia tak ingat juga..saya akan pastikan mereka tetap berkahwin. Walaupun Kyran tak ingat, tapi Puteri boleh buat Kyran terjatuh cinta lagi dengan dia." Melihat Balqish terdiam dibuatnya Datin Arina terus menyambung katanya.
"Huh, Balqish. Kamu takkan boleh memiliki Kyran. Jodoh mereka kuat seperti penghalang tembok besi. Kalau kamu cuba mahu robohkannya atau berjaya sekalipun kamu takkan dapat nafikan yang mereka pernah saling mencintai dan saya yakin jodoh mereka kuat. Saya takkan biarkan kamu berjaya memiliki Kyran. Hanya Puteri yang layak memiliki cinta Kyran."
"Then see me when I die!" kata Balqish secara mengejut terus mengambil pasu bunga di atas sebuah meja kecil berhampiran dengannya itu. Dia sudah memegang pasu bunga itu bersedia mahu menetak lengannya sendiri.
Datin Arina sudah terbuntang matanya. Dadanya terus berombak laju. Jantungnya yang dari berdegup normal terus berdebar sakan.
"Balqish! Letak balik pasu bunga tu.." tegas Datin Arina.
Balqish tersenyum. Dia menggeleng perlahan.
"Not easy datin. Hanya ini saja satu-satunya cara supaya kau buat anak kau jadi milik aku..Kyran Andrew hanya milik Balqish Kenisha. Aku akan letak pasu bunga ni..kalau kau biar aku berkahwin dengan Kyran. Kalau tidak..huh kau akan lihat nyawa aku yang sudah tak bernyawa di rumah kau ni, datin!" kata Balqish yang sepertinya sudah terdesak sehingga sanggup membunuh dirinya sendiri hanya semata-mata seorang lelaki.
Datin Arina sudah beriak cemas.
"T-Tak mungkin..tak mungkin kamu akan bunuh diri macam ni..just hanya kerana Kyran? Tak mungkin.." kata Datin Arina seperti tidak percaya.
Balqish tersenyum dalam kepedihan. Setitis air mata jernih sudah mengalir laju hingga terkena mulutnya.
"Takpe..kalau tak percaya..datin..you will regret this.." kata Balqish yang terus menetak pasu bunga ke lengannya tanpa berfikir panjang sehingga pecah pasu bunga itu.
Darah mula setitis demi setitis mengalir ke lantai.
"Balqish!!" Jerit Datin Arina lantang sehingga menyentak hati Kyran yang mendengar dari dalam biliknya. Nada suara Datin Arina sudah tidak terkawal.
Dia dengan panik terus memegang lengan Balqish yang sudah berdarah teruk itu. Manakala Balqish pula hanya menangis tanpa suara.
"Hiskk..hiskk..kenapa kamu lakukan macam tu nak?" Datin Arina sudah menangis teresak-esak di samping Balqish. Matanya merenung Balqish yang diam sepi itu. Terus tubuh Balqish ditarik ke dalam pelukannya.
"Hisk..hiskk..jangan lakukan macam tu lagi..aunty takut..walau apapun terjadi, aunty tetap sayangkan kamu nak..Kamu perlu tahu itu.." kata Datin Arina perlahan beserta tangisannya.
Balqish tidak membalas pelukan. Hanya diam dan beriak kosong memandang ke lain.
"Mommy..kenapa ni? Darah?!" Terkejut Kyran di situ apabila terpandang lantai yang terkena darah seseorang.
Kyran dengan cemas turun dari tangga. Balqish meleraikan pelukannya dengan Datin Arina. Dia memandang Kyran. Spontan, terus dia menerpa ke arah Kyran dan memeluk lehernya erat bagai tidak mahu lepas tanpa sempat Kyran berkata apa lagi.
Kyran tersentak dengan tindakan spontan Balqish.
"Balqish.." panggil Kyran perlahan.
"Saya takkan lepaskan awak. Walau apapun terjadi saya takkan lepaskan awak. Awak jangan tinggalkan saya Kyran..hisk..hisk.. sayalah wanita yang paling sayangkan awak kat muka bumi ini. Tolong..saya merayu..janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya. Kita dah banyak lalui sama-sama." kata Balqish melepaskan tangisannya di situ juga dalam pelukan Kyran.
"Kalau awak tetap mahu tinggalkan saya juga..saya takkan teragak-agak mahu bunuh diri hanya kerana awak..Kyran. Macam yang saya cuba lakukan tadi.." kata Balqish serius.
Kyran terkedu.
'J-Jadi..dialah perempuan yang ada dalam mimpi aku tu? My only love?' fikir Kyran begitu.
Mendengar kata-kata Balqish lebih membuatnya makin yakin yang Balqish lah orang yang dia cintai selama ini sebelum dia hilang ingatan. Sebab tidak ada perempuan yang akan sanggup berkata begitu deminya. Yang sanggup bunuh diri deminya.
Kyran memandang ke arah mommynya terlebih dahulu. Kelihatan pipi mommynya sudah basah dengan air mata.
'Mommy aku takkan sesedih ini jikalau Balqish bukan gadis yang aku cintai dulu..'
Kyran meleraikan pelukan Balqish. Matanya merenung tepat ke dalam anak mata hijau Balqish.
"Saya janji..saya takkan tinggalkan awak.. Balqish.." kata Kyran dengan mata redupnya itu. Tanpa dia sedar, yang dia sudah tersalah pilih. Tak, ini adalah silap besar Kyran.
Balqish yang mendengar sudah tersenyum dalam kesedihan. Hatinya mula melonjak senang. Kyran sudah janji dengannya untuk tidak tinggalkannya.
Kyran memegang lembut tangan Balqish. Matanya melirik ke lengan Balqish yang berdarah itu.
"Jom..saya rawat awak. Nanti lengan awak lagi teruk kalau tak dirawat dengan segera." Tutur Kyran dengan lembut. Dia mencarik senyuman menawannya itu.
Balqish tersenyum senang.
'Kyran..tak lama lagi awak akan jadi milik saya..Sudah tidak ada halangan besar lagi untuk saya bersama dengan awak. Awak bagaikan..sudah berjaya memasukkan mulut buaya ke dalam lubang jarum yang sangat kecil. Awak sudah beri jawapan dan ruang untuk kita bersama. Sekarang, halangan aku cuma Puteri. Puteri, kau akan kehilangan Kyran. Cepat atau lambat..aku akan pastikan itu.'
Manakala Datin Arina memandang lama ke arah Kyran yang sedang merawat Balqish itu.
Setitis air mata jernihnya turun mengalir laju ke pipi. Hati tuanya seakan begitu sudah remuk renyuk teruk ketika ini. Bagaikan pintu untuk Kyran terus bersama dengan Puteri sudah hampir tertutup. Bagaikan cahaya kian sudah tidak bercahaya dalam hubungan mereka. Yang datang hanya gelap-gelap.
'Sampai begitu sekali..Balqish mahu memiliki Kyran. Malah, tanpa dia sedar..tindakannya ini cuba menghancurkan kebahagiaan orang lain di atas kepuasan hatinya sendiri.'
Adakah..tak lama lagi pintu untuk Puteri dengan Kyran bersama nanti akan terus tertutup rapat sehingga tidak akan dapat dibuka lagi? Adakah cahaya di antara mereka sudah tidak dapat menampung lagi kegelapan yang penuh merumitkan ini?
************
Author pov
Kyran sudah tertawa kecil bersama Balqish. Kelihatan mereka begitu bahagia.
Balqish yang ketika itu sedang baru belajar mahu membuat kek terkial-kial.
"Awak ni..dah comot dah." Kyran tertawa kecil sambil cuba membantu Balqish mengelap serbuk koko di pipi Balqish.
"Ohh ya? Hehe saya tak perasan pula." Balqish tersenyum comel.
Kyran mencuit hidung Balqish manja.
"Saya rasa awak patut kacau dengan lama supaya teksturnya menjadi baik." kata Kyran yang memegang tangan Balqish yang sedang memegang pukulan kek itu sambil mencuba mengacau di dalam mangkuk itu di belakang Balqish. Hal itu membuat jarak mereka menjadi lebih dekat.
Balqish sudah tersenyum malu. Kyran yang mengintai wajah Balqish yang tersipu malu itu tersenyum kecil.
Tiba-tiba Balqish mencalit kek yang belum jadi itu ke pipi Kyran.
Kyran juga mahu membalas balik dengan mencalit pipi Balqish. Tapi, sempat Balqish mengelak. Akhirnya, mereka berdua berkejaran sesama sendiri di ruang dapur itu juga. Terdengar gelak ketawa bahagia dari mereka berdua.
Manakala Puteri pula..sedang termenung kecil di atas katil.
"Kyran.. agak-agaknya apa khabar awak di sana? Saya akan cepat-cepat sembuh Kyran. Supaya dapat pergi ke rumah awak dan jumpa dengan awak. Itu saya jamin.." kata Puteri perlahan. Badannya yang mengiring ke kanan terus menelentang tubuhnya di hadapan siling.
Kyran yang masih bermain kejar-kejar dengan Balqish di dapur sambil mencalit wajah sesama sendiri terhenti seketika. Kakinya tiba-tiba terpegun di situ sekejap.
Spontan minda Kyran teringat akan hal sesuatu.
Di dalam ingatannya..
Puteri sudah tersenyum miring penuh makna. Dia terfikir idea untuk kenakan Kyran.
Kek krim di hadapan terus dicalit ke jarinya dan tanpa Kyran sedar.. Puteri mengambil kesempatan ini dengan turut mencalit krim ke pipi Kyran.
Kyran tersentak. Dia memegang pipinya yang sudah dicalit krim sedikit oleh Puteri.
"Puteri!! Nakalnya awak..mari sini saya kenakan awak pula!" kata Kyran yang sudah berdiri mahu mengejar Puteri.
Puteri dengan cepat bersembunyi di sebalik pokok. Dia menekup mulutnya takut mengeluarkan bunyi. Jantungnya sudah berdebar takut dijumpai oleh Kyran. Nanti mana dia nak lari dengan kasut yang sedikit bertumit ini?
Puteri sudah tertawa mengekek perlahan. Seronok buat Kyran tercari-cari dirinya. Dengan penuh berhati-hati, dia cuba mengintai di sebalik pokok yang dia sembunyi ini. Cuba mencari tubuh Kyran yang sedang mencarinya tetapi tiada.
Kyran yang entah celah mana datang terus sudah berada hadapan Puteri tanpa gadis itu tahu. Ketika ini, Puteri ralit mengintai mencari kelibat Kyran di sebalik pokok itu.
Kyran mendekatkan wajahnya ke tepi telinga Puteri.
"Cari siapa tu?" bisiknya perlahan.
"Cari Kyran ni haa.." selang beberapa saat, baru Puteri sedar yang itu ialah suara Kyran. Jantungnya sudah berdetak laju. Perlahan-lahan Puteri menoleh tubuhnya ke belakang memandang seseorang di hadapan.
Hampir terjerit Puteri dibuatnya apabila terpandang wajah Kyran tiba-tiba muncul di hadapan mata.
'Macam mana dia tahu aku sedang bersembunyi di sini?'
"Haa..nak lari mana sayangku.." kata Kyran dengan nada meleret. Dia sudah tersenyum mengusik mendekati Puteri perlahan-lahan.
"Kyran..ada kapal terbang gambar Doraemon di atas tu!" Tukas Puteri secara tiba-tiba. Jari telunjuknya ditunding ke atas awan.
"Hmm?" Kyran menoleh kepalanya cuba memandang arah yang Puteri tunjukkan. Namun, itu hanyalah taktik Puteri mahu lepaskan diri. Kyran sudah terkena.
Ketika Kyran mengalih kepalanya ke arah lain Puteri dengan kesempatan ini sudah mahu pecut diri dari Kyran tapi langkahnya spontan terhenti apabila terasa lengannya dicengkam lembut oleh seseorang.
Kyran sudah tersenyum sinis. Dia tahulah Puteri cuba tipunya tadi. Tubuh Puteri serta-merta terkaku. Kakinya bagaikan digam tidak menoleh memandang Kyran.
Tanpa apa-apa lagi, tangan Puteri sudah ditarik oleh Kyran sehingga tubuh kecil itu sudah tersandar ke pokok. Kyran mengurung Puteri ke pokok.
Puteri sudah tersenyum malu di situ. Tatapan mata redup Kyran begitu dalam. Kyran mencarik senyuman.
Dia perlahan-lahan mendekatkan wajahnya dengan wajah Puteri. Mulutnya didekatkan ke telinga Puteri.
"Awak takkan dapat lari lagi dari saya.." Bisik Kyran dengan nada menggoda di situ.
"Sebagai balasan, awak kena cium saya. Di sini." kata Kyran sambil meletak jari telunjuknya ke bibir.
Tak lama kemudian, wajah Kyran dengan Puteri semakin dekat.
Kyran tersentak. Dia tercengang. Kepalanya disentuh. Kenangan apa tu? Siapa perempuan yang bersama dengannya?
Wajah perempuan dalam ingatannya tidak dapat dia tafsir. Wajah perempuan itu begitu kabur.
"Kyran, are you okay?" kata Balqish apabila mula terperasan riak wajah Kyran seperti bertukar. Dia mendekati Kyran.
Kyran tersenyum. Apabila Balqish mula mendekatinya, dia terus mencalit ke pipi Balqish tanpa gadis itu berkata apa lagi.
"Hehe awak ni..Saya ingatkan apalah tadi. Ini semua mesti rancangan awak kan?" kata Balqish tersenyum. Dia cuba mencalit ke pipi Kyran pula tetapi dengan pantas Kyran menyambar tangan kecil itu. Mereka bertentang mata lama seketika. Tiba-tiba tercetus ketawa kecil dari mereka berdua.
Namun, dalam fikiran Kyran..masih berfikir akan kenangan yang tiba-tiba menerjah ke mindanya itu.
'Adakah perempuan tu Balqish? Dalam fikiran aku tadi..aku fikir itu adalah suara Balqish. Balqish, adakah perempuan itu memang awak? Kenapa wajah awak..kabur dalam ingatan saya?'
*********
After a few days....
"Mommy!! Mommy sedang buat apa tu?" Soal Kyran sebaik sahaja selesai turun dari tangga.
"Sedang menelaah buku majalah ni haa..tengok muka kamu dalam majalah ni. Mommy rasa, rindu pula nak tengok kamu masuk dalam tv nak. Berlakon macam dulu.." kata Datin Arina tersenyum tawar.
Kyran termangu seketika. Yeah, mommynya pernah beritahu yang dia adalah selebriti terkenal dulu. Mula-mula rasa terkejut dan tak percaya. Tapi dah lama tak berlakon ni..mesti orang tertanya-tanya.
Dulu waktu kat hospital pun, dia pernah dilawat oleh seseorang yang bernama Zoey. Katanya dia adalah salah seorang direktor Kyran.
Kyran duduk di atas sofa bersebelahan mommynya.
"Mommy.. Kyran dah fikir masak-masak...yang Kyran dah bersedia akan masuk semula dalam industri berlakon. Kalau dulu Kyran ialah selebriti yang terkenal. Sampai sekarang, Kyran akan cuba kekalkan tittle tu." kata Kyran tersenyum.
"Kamu memang anak yang baik. Mommy dengan daddy sentiasa sokong kamu dari belakang nak." kata Datin Arina mengelus lembut anak rambut Kyran.
Kyran hanya tersenyum manja.
"Ohh cakap pasal daddy..daddy dah pergi kerja ke mommy?"
"Waktu time² macam ni mestilah daddy kamu sudah berada ditempat kerja. Kenapa kamu tanya?"
Kyran sudah tersengih seperti kerang busuk seraya menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.
"Hehe, saja tanya mommy." kata Kyran.
"Oh ya? Mommy...petang ni Balqish ajak Kyran pergi jalan-jalan berdua. Mommy okey kan tinggal sini sorang-sorang?" Soal Kyran.
Ohh ya.. Camelia sudah tidak bekerja lagi menjadi bibik di rumah Datin Arina. Dia tiba-tiba minta dipecat kerjanya tanpa sebab. Mula-mula Datin Arina berasa pelik tetapi diberhentikan juga Camelia dari kerja bibik di rumahnya atas kehendak gadis itu.
"Tak apalah. Kamu dua pergilah. Cuma.. mommy mahu tanya soalan 'sensitif' sikit pada kamu ni?" kata Datin Arina.
"Tanya apa mommy?" Soal Kyran.
"Kamu...sukakan Balqish?" Soal Datin Arina secara perlahan tidak mahu didengari oleh Balqish. Akhirnya terpacul juga soalan itu dari mulut Datin Arina.
Kyran terdiam sejenak. Dia ikut terbisik seperti mommynya.
"Suka..Kyran rasa suka dia. Mommy tahu? Sepanjang kebelakangan ni..cara layanan dia, dari segi sikap dia..dia ialah perempuan yang baik dan...dia cantik." kata Kyran tersenyum-senyum.
Datin Arina tersentak. A-Apa? K-Kyran..dah mula suka Balqish? Cepatnya..Power juga Balqish ni dalam buat Kyran suka pada dia.
"K-kalau cinta?" Soal Datin Arina pula.
Kyran terdiam lama. Baru dia mahu bersuara kedengaran suara perempuan sudah memanggilnya.
"Good evening mommy..Kyran.." kata Balqish ceria. Kelihatan dia memakai baju dress jingga lembut. Memang sangat padan warna itu dengannya.
Datin Arina yang mendengar gelaran 'mommy' dari mulut Balqish tergamam seketika. Dia takkan lupakan perangai Balqish yang sudah melampau ini. Manakan tidak, Balqish mahu gantikan tempat Puteri! Bukannya mahu jadi anaknya. So..cruel. Suatu hari nanti..bila saat tu tiba..dia yakin kebenaran akan terbongkar nanti. Just wait and see..
Kyran terpegun seketika. Apa yang Balqish pakai semua nampak cantik di pandangan mata.
"Dah siap?" soal Kyran yang sudah berada di samping Balqish.
"Dah, jom." kata Balqish tersenyum seraya melingkarkan tangannya ke lengan Kyran. Kyran hanya tersenyum.
"Kami pergi dulu ye mommy?" Datin Arina hanya mengangguk.
Ekor matanya memerhati kelibat mereka berdua sehingga hilang dari pandangan.
**********
Kereta teksi yang dinaiki Puteri melintas kereta Kyran hanya dari sebelah menyebelah. Tanpa mereka sedar dan tahu itu. Puteri yang mahu pergi ke rumah Kyran tetapi malangnya Kyran sudah keluar bersama Balqish.
Nasib tidak menyebelahi mereka berdua untuk berjumpa. Mungkin mereka akan berjumpa nanti.
Puteri pov
"Wahh.. Puteri masuklah! Rindunya mommy dengan kamu ni.." kata Datuk Arina seraya memeluk aku dengan erat bagai tidak mahu lepas gamaknya. Aku turut membalas pelukannya erat seraya tersenyum lembut.
"Puteri pun rindu dengan mommy.."
Pelukan terlerai. Dia menilik wajahku.
"Puteri apa khabar? Sihat nak?"
Aku tersenyum kecil.
"Sihat walafiat je mommy.."
"Meh kita duduk atas sofa. Mommy ada banyak nak bualkan dengan Puteri ni." kata Datin Arina seraya menarik tanganku. Kami berdua duduk di atas sofa secara menyebelah.
Aku melilau sekeliling. Seperti tercari-cari sesuatu.
"Cari Kyran ke?"
Aku tersenyum malu.
"Kyran macam mana mommy? Keadaan dia dah pulih?" Soal aku lembut.
"Macam biasalah Puteri. Dia masih tak ingat apa-apa termasuk Puteri. Cuma..dia cakap yang dia ada teringat kenangan dia dengan seorang perempuan ni..tapi dia tak pasti siapa. Wajah perempuan itu kabur." Terang Datin Arina.
"Oooo.." aku hanya beroo saja sambil tersenyum hambar.
"Puteri..tadi baru saja Kyran keluar dengan Balqish." kata Datin Arina merenung tepat ke arah aku. Cuba mencari reaksi aku di situ. Namun, aku cuba beriak biasa.
"Ohh dia ke mommy? Tak sempat Puteri nak jumpa dia." kata aku tersengih kelat.
"Takpelah, Puteri boleh borak-borak dengan mommy di sini. Puteri boleh tunggu mereka pulang." kata aku perlahan.
"Okey, kalau macam tu mommy nak hidangkan kek sekejap. Balqish dengan Kyran mereka ada sama-sama buat kek pagi tadi. Kita makan sama-sama ye?" kata Datin Arina yang bingkas ke dapur. Belum sempat untuk aku berkata apa lagi.
Kyran dengan Balqish..sama-sama buat kek?
Share this novel