Bab 65: Will you marry me? (special chapter)

Romance Series 10680

Balqish pov

"Ahh! Geramnya!! Farah..you will die! Aku akan pastikan kau mati Farah!" Jerit aku sehingga bergema di dalam kereta ini.

Aku menghentak stereng kereta berkali-kali.

Telefon yang berada di atas kerusi sebelah pemandu segera aku capai dan menekan kasar ke skrin telefon sebelum dibawa ke telinga.

"Hello.. "

"Aku nak malam ni kau..buat ejen kereta Farah rosak. Kat mana tu..nanti aku share location. Kau buatlah apa-apapun asalkan biar kereta dia tak boleh tekan brek. Biar dia terus kemalangan dan mati sewaktu memandu. Hehehe.. " Aku sudah tertawa sinis seorang diri.

Kedengaran seorang lelaki di corong telefon.

"Baik boss.."

Aku terus meletak panggilan aku. Telefon terus ku campak ke atas kerusi di tepi.

Aku mula mencarik senyuman sinis.

Teringat aku pada perbualan Kyran dengan Datin Arina.

Imbas kembali~

"Mommy..malam ni Karen akan lamar Puteri. Kali ni lebih romantik. Mommy tolong Kyran ye? Malam ni..Kyran nak beri kejutan pada Puteri. Kejutan yang tak akan terlupakan. Biar Puteri begitu bahagia malam ni. Kyran nak..dengan kenangan malam ni ketika Kyran lamarnya dia takkan lupa selama-lamanya. Kerana, kenangan itu begitu indah." Kata Kyran pada mommynya.

Waktu tu, mereka berdua berada di balkoni rumah. Manakala Balqish sudah mengintai di sebalik dinding mahu curi-curi dengar.

"Ohh iya ke? Tapi..bukan kamu cakap dah bagi cincin tu dekat Puteri ke? Macam mana nak lamar dia tanpa cincin?"

"Mommy jangan risau. Kyran dah belikan cincin lagi yang sesuai dan cantik untuk Puteri. Kali ini, Kyran bagi cincin tanda perkahwinan betul-betul dekat Puteri."

"Hmm..okeylah kalau macam tu. Mommy ikut saja. Asalkan anak mommy bahagia." ujar Datin Arina sambil tersenyum.

"Dia ke? Wahh..thank you so much mom! I love you.." Kyran terus memeluk mommy nya. Datin Arina hanya tersenyum dan mengusap perlahan kepala anaknya.

"So, apa plan Kyran?"

Kyran merungkai pelukan dengan mommy nya.

"Okey, macam ni.."

Balqish yang berada di sebalik hanya mendengar dengan teliti dengan rancangan Kyran itu.

Perlahan-lahan dia menggepalkan penumbuknya dengan erat.

'Tak guna.'

Imbas kembali tamat~

Aku menyetik jari tangan antara ibu jari dan jari telunjuk sehingga menghasilkan bunyi.

Hati aku puas. Tiba-tiba terlintas di fikiran aku tentang amaran Puteri.

"Balqish..kalau kau terus mahu hancurkan hubungan kami berdua. Okey just going on..dengan niat kau tu. Aku mahu tengok sejauh mana kekejaman kau dan sejauh mana kau boleh jadi jahat. Aku mahu tengok sampai bila kau akan berniat untuk hancurkan hubungan kiteorang. Aku akan biarkan kau menyakiti aku. Tapi..kalau orang lain yang kau sakiti jangan harap aku nak biarkan. "

"Kau hanya kenal aku sebagai perempuan lemah. Tapi..kau tak tahu. Perempuan sebaik aku boleh jadi jahat lebih dari kau Balqish. Aku boleh mencarut. Aku boleh jadi jahat lebih dari itu. Kau..memang kena ajar. Aku tak kisah kalau kau tak takut dengan aku. Tapi, aku dah bagi amaran keras pada kau, Balqish. Jangan sampai aku jadi pembunuh!"

Aku tertawa sinis sendirian.

"Heh! Kesah apa aku dengan amaran dia tu. Puteri, kau..memang tak layak bagi arahan atau amaran pada aku walaupun sepatah! Huh! " Aku gumam seorang diri.

Walaupun hati sudah berasa sedikit puas kerana nyawa kawan baik Puteri a. k. a. sahabat paling rapat, orang yang sangat disayanginya akan kemalangan tapi hatiku masih sakit dengan kata-kata Puteri.

Ahh!! Bila teringatkan kata-kata pedas Puteri membuat aku hampir hilang akal. Huh..

"Takpe, dengan kehilangan Farah mampu membuat dirinya akan begitu terseksa. Dan sejak itu, jiwanya pasti akan kosong, hidupnya pasti takkan bermakna lagi. Kerana, sudah tidak ada peneman sejati yang digelar sebagai 'sahabat' dalam hidupnya. Dan Puteri..akan batalkan perkahwinan Kyran kerana alasan masih berduka dengan kehilangan Farah. Hehehe, nampaknya permainan ini akan menjadi semakin seronok. Puteri Ilynia akan kehilangan seorang sahabat yang sangat baik." Kata aku seorang diri.

Aku tersenyum miring.

"Takpe Puteri, aku boleh sabar lagi. Hehe tak lama lagi..kawan baik kau akan mati kerana kecelakaan. Huh!"

Inilah balasan kerana merampas hak Balqish Kenisha!

*************
Puteri pov

Aku melihat sekeliling. Kening aku tercantum. Kulihat di sini banyak cahaya lampu di sekeliling pokok. Hehe dah macam hari krismas pula nak letak lampu bagai. Bukan tu saja..sepanjang jalan terdapat cahaya lilin yang tersusun elok di sepanjang jalan mengikut seperti lorong.

Aku tersenyum. Sejak bila ada lampu kat sini ni? Hmm..menarik. Aku terus berjalan mengikut cahaya lilin di sepanjang jalan ini.

Farah kata mahu jumpa aku di sini. Yang peliknya, dia siap suruh aku pakai dress cantik-cantik malam ni. Pelik kan? Tapi..takpelah aku ikut juga kata kawan baik aku tu. Dan malam ni aku pakai dress warna putih separas lutut dengan beralur sedikit kainnya di bawah. Berserta berlengan pendek.

Rambut aku di pin dengan klip rambut di tepi dan dibiarkan terurai panjang ke belakang.

Selangkah demi selangkah aku jalan ke hadapan mengikut cahaya lilin ini. Langkah aku terhenti apabila terpandang begitu banyak kain putih di ampaian.

Kening aku tercantum.

Terkejut aku apabila terasa lengan aku digoyang berkali-kali. Aku menunduk ke bawah. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berdress biru lembut separas lutut memanggil aku.

"Kak..kak.. Lalu la sini.." Kata kanak-kanak itu dengan suara comelnya.

Aku tersenyum dan duduk melutut di hadapannya.

"Adik, adik sorang je ke? Mana mama? " Soal aku dengan lembut. Aku mengelus rambutnya perlahan yang ditoncang dua itu.

"Kak..kak.. Lalu la sini cepat." Hanya itu yang keluar dari mulut kanak-kanak kecil itu. Dia mendongak memandang aku dengan mata bundarnya itu.

Aku memandang ke hadapan semula. Maksud dia..lalu sini?

Belum sempat aku berkata apa kanak-kanak kecil itu sudah berlari anak ke hadapan tanpa mempedulikan kain yang banyak di situ.

"Eh adik..." Namun, sudah terlambat. Kelibat kanak-kanak kecil itu sudah hilang di sebalik kain-kain itu.

Perlahan-lahan aku berjalan selangkah demi selangkah ke hadapan.

Kain-kain putih itu aku selak sehelai demi sehelai. Banyaknya kain yang tergantung kat sini.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi alunan muzik piano di hadapan. Semakin aku melangkah ke hadapan, semakin aku rasa dekat dengan alunan muzik itu. Ianya, berada di hadapan.

Wahh, siapalah tu ye yang main piano malam-malam ni? Enak saja bila didengar ke hawa telinga.

Bila aku semakin dekat dengan alunan muzik itu terasa jantung seperti semakin berdebar.

Terpaku sejenak aku di hadapan. Tergamam aku apabila pemain piano itu adalah Kyran sendiri. Dengan suasana belon-belon cantik bermacam bentuk banyak terawangan ke udara.

Perlahan-lahan terbit senyuman manis di bibir mungilku.

Jadi..dia memang pandai main piano?

Jari jemarinya lembut menari-nari di kekunci piano. Menghasilkan bunyi indah dan merdu ketika bermain. Aku terpegun seketika. Ahh rasa terjatuh cinta berkali-kali saja dengan Kyran ni!

Geram saja aku tengok dia. Mana taknya, dia terlalu handsome di pandangan mataku. Dengan pakaian Tuxedo disarung ke tubuhnya. Memang betul-betul segak. Ditambah pula dengan gaya dan cara lembutnya ketika bermain piano. Aww..so sweet.

Haih, bertuahnya kau Puteri..sebab kau akan jadi bakal isteri untuknya nanti. Bertuah sangat.

Macam tak percaya saja yang orang bermain piano ini ialah Kyran.

Pantas jari jemari Kyran menari di atas piano sebelum menyudahkannya dengan sempurna sekali.

Aku menepuk tangan perlahan untuknya. Bibir menguntum senyuman paling manis buatnya.

"Wahh..Kyran.." Aku sudah berair mata. Hati terasa tersentuh. Terharu.

Kyran bangun dari tempat duduknya. Kelihatan Kyran menggerakkan jari telunjuknya ke hadapan dan ke belakang seperti menggamit aku ke sini. Kyran tersenyum manis.

Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum ceria. Kaki berjalan perlahan-lahan ke hadapan.

Sedikit tergamam aku apabila melihat belon-belon di sekitar aku seperti terpecah satu per satu sehingga mengeluarkan kelopak bunga mawar yang banyak ke udara. Ianya mengena ke tubuh aku. Belon-belon ni macam ada orang sengaja melastik sehingga ia pecah. Tapi, aku tak nampak siapa-siapa lagi kecuali Kyran dan aku di sini.

Aku mendongak ke atas. Sebelah tangan menadah ke udara. Satu kelopak bunga mawar mendarat ke telapak tanganku. Aku tersenyum.
Terasa hati berbunga-bunga.

Kyran sekali lagi menggamit aku ke arahnya. Aku terus berjalan lagi. Terkedu aku apabila melihat lilin-lilin yang disusun cantik ke atas lantai berbentuk love. Berserta di dalamnya tertulis dengan tulisan 'the true lover of the Puteri and Kyran' dengan kelopak bunga mawar.

Spontan aku menutup mulutku. Terharu sangat. Tak, ini lagi special.

Aku berjalan lagi ke hadapan. Kaki aku memanjat tangga ke atas pentas. Yeah, Kyran menunggu aku di sana. Di atas.

Akhirnya aku betul-betul berada di atas pentas berhadapan Kyran. Aku tertawa kecil sehingga menampakkan lesung pipitku. Begitu juga Kyran.

Tak lama kemudian, tawa kecil kami terhenti. Kelihatan dia berjalan menghampiri aku supaya lebih dekat ke sini. Di tangannya terdapat sejambak bunga mawar lagi.

"Do you happy? My princess? " Kata Kyran sambil menatap aku dalam.

Aku tersenyum terharu.

"Happy, happy sangat.. "

Kyran tersenyum. Jari runcingnya lembut menyeka pipiku yang sudah mengalir air mata.

"Don't cry dear.. "

Aku mengangguk perlahan dan tersenyum kecil.

Kyran perlahan-lahan merapatkan wajahnya dengan muka aku. Mulutnya didekatkan ke telingaku.

"Cuba awak tengok kat atas. " Kata Kyran selepas itu tersenyum menggoda.

Aku mengerdip perlahan mata memandang raut wajahnya yang begitu dekat denganku.

Perlahan-lahan aku dongak sedikit ke atas. Sedikit terbulat mataku pabila menyaksikan di atas. Terkedu aku dibuatnya. Ianya..sangat cantik. Kyran mahu melamar aku?

Apa yang kulihat di atas, ialah terdapat satu belon udara panas dengan sepanduk yang tergantung di atas belon besar itu tertulis 'will you marry me?'

Selepas itu, keluar ramai orang yang menyerbu di bawah pentas ini. Aku sedikit tersentak. Aku memandang raut wajah mereka semua. Wahh, ramainya. Mereka semua ni..mahu lihat Kyran ketika lamar aku ke? Wow, this is..unexpected!

Tak terkata aku.

Tak lama kemudian, aku tersenyum. Kat sini pun ada Farah, Karen, aunty, Datin Arina, Dato' Johansson, Zain..wahh terharunya aku.

Terus aku memandangnya semula.

"Saya tahu..kita dua pasti akan kahwin tapi..saya tak pernah lamar awak dengan cara romantik. So.." Kyran sudah melutut di hadapanku.

"Puteri Ilynia Khan I want to propose to you. Sudikah awak jadi peneman, penyeri hidup saya buat selama-lamanya? Dan menjadi ibu kepada anak-anak kita nanti? Will you..marry me? " Kyran menayangkan sejambak bunga mawar yang terselit sekotak cincin.

Aku menutup mulutku. Terharu..

"Pewwwit! Ayuh..terimalah. Puteri terima! Ayuh terima! " Jerit Farah lantang. Dia tersenyum gembira. Mendengar suara Farah semua orang di situ turut sama mengajuk-ajuk kata-kata Farah dengan suara yang lantang.

Masing-masing sudah mengangkat tangan tanda suruh aku terima.

"Ayuhh..terima! Terima! Terima! " Seiring, seirama dan serentak semua bersuara lantang.

Kyran dan aku menoleh memandang mereka semua. Kami tersenyum.

Masing-masing dihiasi dengan senyuman di wajah. Terutamanya Farah yang paling riuh sekali. Karen pula, hanya tersenyum manis memandang wayang free di hadapan.

Ada yang membaling kelopak bunga-bunga mawar ke arah kami. Ada yang sedang merakam. Macam-macam..

Kini, Kyran mendongak memandang aku seorang. Dia masih berlutut dan seperti berharap dari jawapan aku.

Perlahan-lahan aku mengangguk kecil.

"Saya terima..saya terima awak Kyran.." Kata aku ceria.

Kyran turut tersenyum. Reaksinya kelihatan begitu bahagia. Terus dia bangun dari melutut dan menghampiri aku.

Dia mengambil tangan aku dan mengelusnya lembut sebelum menyarungkan cincin ke jari manisku.

Terus kami berpelukan sesama sendiri. Selepas itu, kedengaran bunga api dilepaskan ke langit.

Bump.. Bump..

Tak lupa juga bunyi tepukan dari mereka semua. Aku tersenyum bahagia di dalam pelukan Kyran. Tanpa aku sedar, setitis air mata jatuh ke pipi. Ini..adalah air mata bahagia.

Tuhan..lamanya aku tak bahagia seperti ini.

"Puteri, ini adalah lamaran romantik saya pada awak. Saya harap ini akan buat awak happy dan tak terlupakan kenangan ini." Kata Kyran berbisik perlahan secara romantik di telinga aku.

Dia mengucup lembut ubun-ubun aku di dalam pelukan.

Aku memejamkan mata sejenak.

"Ini memang kenangan yang tak terlupakan bagi saya Kyran..thank you.." Kyran tersenyum lagi apabila mendengar kata-kata aku. Dia makin mempererat pelukannya.

Aku hanya tersenyum.

"Karen, sweet kan mereka? Huhu rasa nak nangis pula. Terharu.." Bisik Farah perlahan di tepi. Dia menyeka pipinya perlahan.

Karen hanya mengangguk. Sementara dia merakam pemandangan di hadapan untuk dibuat kenangan.

'Kak, adik rasa sangat happy bila kakak happy.'

************
Author pov

Akhirnya semua orang dapat menikmati juadah di sini. Yeah, selain malam ini diadakan untuk Kyran melamar Puteri, Datin Arina turut menjamukan jamuan kecil-kecilan di sini. Terutamanya bila dapat makan sambil nikmati pemandangan di pantai. Memang bestlah orang kata.

Farah yang duduk di pesisiran pantai di atas batu besar seorang diri termenung sambil makan beberapa cucuk sate.

"Farah? Awak ke tu?" Tiba-tiba ada seseorang menegurnya dari belakang.

Farah secara perlahan-lahan mendongak memandang ke atas gerangan siapa yang menegurnya tadi. Terkejut dia apabila melihat kawan lamanya berada di sini. Farah terus bangun dari duduk dan menghadiahkan senyuman manis buatnya.

"Mark! Apa yang kau buat di sini? Wahh..tak sangka pula kita dapat berjumpa. Macam lama pula kita tak berjumpa." kata Farah dengan ceria.

Mark tersenyum kecil.

"Kan..aku pun tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Aku ada di sini pun sebab kata orang Kyran mahu lamar seseorang kat sini dan tak lama lagi dia nak kahwin. Betul ke?"

Farah mengangguk kecil.

"Betul, dan orang bertuah tu ialah kawan baik aku sendiri. Mereka dah lama berputik cinta dah pun. And now, baru Kyran dapat kesempatan untuk lamar Puteri. Hehe, dah mereka pun tak lama lagi akan digelar suami isteri. "

"Wahh tak sangkakan? Kyran yang jenis dingin dengan perempuan akhirnya dapat juga calon untuk isterinya nanti. Fuhh!"

"Tu lah, hahaha..kalau Kyran tak dapat cari juga calonnya. Maknanya sampai berjanggutlah tak kahwin. Hahaha.." Gelak Farah berdekah-dekah. Sampai berair matanya asyik ketawa.

Amboihh Farah! Sempat lagi mengutuk Kyran dari belakang ye?

Mark yang melihat Farah asyik tertawa dan tersenyum dia turut mencarik senyum.

'Farah, aku sukakan kau dari dulu lagi. Dan aku akan pastikan kau milik aku.' Desisnya dalam hati. Matanya tak berkelip memandang raut wajah cantik di hadapan.

Manakala Karen yang melihat wayang free di hadapan menunduk kepalanya ke bawah. Tangan di sisinya sedikit bergetar.

'A-Apa perasaan ni? Kenapa hati aku begitu tak selesa melihat Farah bergelak ketawa dengan orang lain? Perasaan apa sebenarnya ni? Tapi, yang aku tahu...aku betul-betul tak suka melihat Farah dengan lelaki lain bermesra. Ia mengalir satu rasa yang aneh dalam hati aku.'

Tersentak Karen apabila terasa bahunya ditepuk oleh seseorang.

"Karen, kamu tengok apa tu? Lain macam saja pandangan mata kamu tu."

"Ehh aunty, bila aunty ada kat sini? Karen tak perasan pun." Karen cuba untuk tersenyum.

"Aunty dah lama perhatikan kamu nak. Cuma..kamu saja yang tak perasan."

"Ohhh...hehehe." Karen hanya tertawa kecil.

Aunty terpandang Farah bersama dengan seorang lelaki. Kelihatan begitu mesra di antara mereka berdua. Kemudian dia melihat ke arah Karen pula. Tak lama kemudian, terbit senyuman meniti ke bibirnya.

"Kamu cemburu ya?" Soal aunty yang berjaya mematikan lamunan Karen. Matanya yang asyik memandang scene di hadapan kini berkalih memandang aunty nya.

Karen mencantumkan kening. Tak lama kemudian, dia tertawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat.

"Hehe aunty cakap apa ni? Karen..cemburu dengan Farah? Maksudnya aunty?" kata Karen yang seolah tidak percaya. Mustahil kalau hatinya tak tersentap dengan pertanyaan aunty tadi.

A-Aku cemburu ke?

Aunty hanya tersenyum. Tak lama kemudian, dia kembali bersuara.

"Kalau bukan cemburu perasaan apa lagi Karen? Pandangan tajam kamu pada mereka berdua cukup dapat jelaskan yang kamu cemburu. Betul kan cakap aunty? Kamu..memang simpan rasa pada Farah kan? Kalau ye, hehe lebih baik kamu berterus-terang dengan Farah. Takut..kamu pula yang terlepas nanti. Nanti, jangan pula menyesal di kemudian hari." kata aunty panjang lebar.

Selepas mengucap kata-kata itu, aunty terus pergi tanpa meminta izin dahulu.

Manakala Karen pula tercengang, terkedu dan terkelu. Sekali lagi dia memandang ke arah Farah.

"Aku..memang ada simpan perasaan cinta padanya?" Karen memandang Farah di sana dengan riak seakan tidak percaya.

Terngiang-ngiang kata-kata aunty tadi di fikirannya.

Tiba-tiba dia tersenyum seorang diri.

"Farah Mikayla. Jadi..jodoh dan cinta aku dengannya?"

"Farah...sekarang aku baru sedar perasaan ni..hati ni..sudah terjatuh dekat kau." Karen memegang dadanya.

Dia tersenyum memandang Farah.

"Farah, I love you. I'll make you mine."

**********
"Kyran, berapa banyak cincin yang mahu hadiah pada saya ni? Yang cincin lagi satu tu..bukan cincin perkahwinan kita ke? " Kata aku sambil beriringan dengan Kyran di tepi pantai.

Kutoleh ke kiri kelihatan orang-orang tadi menjamu makanan di sini. Aku tersenyum. Ada yang makan sambil nikmati pemandangan di pantai ini dan ada yang sempat berselfie lagi. Semua ni..mungkin termasuk fans-fans Kyran. Tapi, kat sini memang begitu meriah dengan kehadiran mereka semua. Senang saja aku bila melihat mereka siap bergelak ketawa lagi.

Kyran melarik senyuman manis. Tangannya yang tercantum dengan jari jemari aku lembut digoyang-goyang sedikit.

"Yang tu cincin tanda cinta kita. Tapi kalau cincin ni pula.. "

Kyran mengangkat tangan aku dan mengelus jari manis aku lembut yang telah disarungkan cincin itu.

"Ialah cincin tanda perkahwinan kita, my sweetheart. "

Aku tersenyum.

"Oooo, kalau macam tu..saya nak pakai cincin yang mana satu untuk setiap hari. Esok, baru saya mahu rancang mahu pakai cincin cinta kita tu tiap-tiap hari..tengok-tengok awak dah sarungkan cincin yang baru pada saya pula. Haa macam mana tu? " Soal aku berwajah polos.

Kyran tertawa kecil. Kepalanya ditundukkan sedikit ke bawah menyepak pasir perlahan.

Kami bertentang lama.

"Awak boleh pakai cincin perkahwinan ni selalu mulai sekarang. " Kata Kyran mengangkat tangan aku lagi ke atas.

Dia tersenyum. Tangan aku kini dibawa ke mulutnya. Ciuman lembut hinggap ke cincin di jari manisku.

Bibir tidak berhenti mengulum senyum.

"Awak.. Thank you.."

Kyran mengangkat kepalanya.

"Thank you for what?"

"Thank you for everything. Especially, tonight. Saya rasa happy sangat. Awak buat semua ni semata-mata mahu happykan saya." kata aku. Tersenyum-senyum memandangnya.

Kyran turut tayang senyum.

"Bukan saya seorang yang buat semua ni. Semuanya bantuan keluarga saya dan juga keluarga awak. Kalau tak ada mereka, pasti saya tak mampu nak buat semua ini." Kata Kyran.

Aku mengangguk kecil dan tersenyum. Dan disebabkan itulah, saya rasa sangat bahagia dan terharu Kyran.

"Awak..saya ada hadiah lagi tau untuk awak? "

"Wow, hadiah lagi. Hehe hadiah apa tu? " Kata aku yang sudah tidak sabar pula mahu tahu hadiah apa pula kali ini.

"Pejam mata dulu. "

"Err..okey." Aku hanya akur dan memejam mata perlahan. Berdebar pula cik jantung ni. Agak-agaknya Kyran mahu bagi hadiah apa pula ye kali ini?

Kyran menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sesuatu. Ianya sejenis kertas.

"Jangan curi-curi intai eh? "

Aku tertawa kecil.

"Hehe mana ada.."

Kyran merungkai lipatan kertas tersebut dan mengangkat kertas itu seperti menyembunyikan bulan mengambang di atas langit dari pandangan aku.

"Puteri, saya akan kira satu dua tiga baru awak buka mata ye? Tapi, sebaik saja awak buka mata..saya nak awak pandang ke atas. Okey? "

Aku tersenyum dan mengangguk kecil.

"Okey." Kyran melarik senyum.

"Satu.. "

"Dua.. "

"Tiga..buka mata awak! " Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata.

Terkebil-kebil aku bila lihat Kyran mengangkat kertas. Ianya seperti jenis lukisan. Apa tu ya?

Aku mengecilkan mata mahu lihat lebih jelas. Sebab kat sini malam dan hanya bergantung pada lampu dan bulan.

"Kyran, itu macam...macam siapa eh? Entahlah familiar sangat. "

Kyran menepuk dahi perlahan. Dia tertawa kecil.

"Cuba lihat betul-betul. Lukisan ni..ada mata yang comel, senyuman yang indah awak rasa siapa?"

Bila dilihat sekali lagi terus aku membulatkan mata.

Aku menunjukkan diri aku. Kening terangkat.

"Awak lukis..muka saya? Wahh seriuslah, pandainya awak lukis! " Puji aku ikhlas. Aku terus mengambil lukisan di tangannya dan merenung tepat ke lukisan tersebut.

Memang samalah!

Kyran tersenyum.

"Awak suka? "

Aku mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk. Bibir tersengih kecil sambil mata masih menilik ke kertas tersebut.

Kyran perlahan berjalan ke belakang aku.

Tanpa ku sangka, dia memeluk aku dari belakang dan menyentuh tangan aku lembut yang masih memegang kertas ini. Kertas lukisan kini diangkat oleh Kyran sedikit berserta tanganku.

"Cuba awak perlihatkan kertas lukisan muka awak ni dekat tepi bulan tu." Kyran berbisik perlahan di sisi aku.

"Hmmm.."

"Cuba awak tengok bulan tu dengan lukisan ni silih berganti. "

Aku ikut apa yang Kyran kata. Memandang bulan tersebut dan lukisan wajah ku silih berganti.

"Ye..sudah."

Kyran makin mempereratkan pelukannya ke pinggang rampingku. Manakala tangannya lagi sebelah masih menyentuh tangan ku lembut yang memegang kertas. Kertas itu pula masih diangkat ke atas.

"Kalau awak nak tahu..awak ialah seperti bulan purnama itu, Puteri. Cantik, bersinar dan nampak menyerlahkan. " Bisik Kyran perlahan di telingaku. Dia menyembamkan mukanya ke leher aku. Hembusan nafasnya yang mengena ke leher aku membuat aku sedikit geli.

Aku tertawa kecil.

"Dan awak juga..di kala siang matahari itu seperti awak Kyran." Kata aku menoleh kepala ke belakang memandang dirinya.

"Ohh ye? Can I know why? " Kyran meleraikan pelukannya ke pinggang aku. Sekarang ini kami berdiri setentang antara satu sama lain.

"Sebab awak..ialah seperti menyinari hidup saya, Kyran. Macam matahari. Dia menyinari seluruh muka bumi ini tapi kalau awak? Awak..menyinari hidup saya yang pernah gelap dan suram ini." Kata aku tersenyum.

Kyran tertawa kecil.

"Dan awak juga ialah peneman hidup saya yang sejati. Awak..bagaikan terus bersinar dan meresap ke hati saya apabila setiap kali orang memandang. Macam bulan tu. " Kata Kyran tersenyum kecil.

Aku mencubit kedua pipi Kyran dengan kasar.

"Auch! Silaunya awak. Awak buat saya butalah Kyran. " Kata aku sambil menadah tangan ke muka acah-acah silau gitu.

Kyran turut mencubit kedua pipiku.

"Ahh! Gemuknya awak Puteri. Comel je saya lihat. Bulat. Nak makan awak boleh?" Kata Kyran siap picit pipi aku lagi.

"Tak boleh. Bulan mana boleh makan. " Kata aku menjelir lidah padanya. Tangan Kyran yang mencubit pipi aku tampar.

Akhirnya dia lepas juga tangannya dari pipi aku.

"Boleh. Bila kita dah kahwin." Kata Kyran sudah terbit senyuman nakalnya.

Aku tercengang. Terasa pipi membahang.

"Eihh awak ni!" Aku menumbuk-numbuk dadanya.

"Okey², dahlah tu darling. Sakit lah awak tumbuk saya." Kata Kyran terus menangkap tangan kecilku yang masih menumbuk dadanya.

"Haa tau pun sakit. Padan muka!" Kata aku menjeling sekilas padanya. Tangan berpeluk tubuh.

"Hamboih! Garangnya. Garang-garang pun geram je saya tengok ni tau? Macam nak ngap saja! " kata Kyran.

Tawa Kyran terlepas juga apabila terpandang pipi aku yang semakin merah.

'Haih, dah macam buah tomato. Comel saja aku lihat." Desis Kyran dalam hati.

Tiba-tiba tanpa aku sangka, Kyran mendukung aku ala bridal style. Terjerit kecil aku dengan tindakan spontannya itu.

"Kyran!! Apa yang awak buat?!" Aku terpeluk lehernya. Takut terjatuh.

Kyran tidak berkata apa. Dia terus memusingkan tubuh sambil mencempung aku.

"Ahh.. Kyran!! " Sekali lagi aku terjerit kecil.

Namun, tak lama kemudian aku tiba-tiba tertawa.

"Lagi awak..seronoknya! Macam naik kudalah! " kata aku ceria.

"Ohh ye? Kalau macam tu biar saya jadi kuda awak malam ni." kata Kyran sambil menyengit mata nakal padaku.

"Boleh ke? " Soal aku terkebil-kebil memandang Kyran dalam dukungannya.

Kyran tidak berkata apa. Dia mendirikan aku semula. Selepas itu, dia duduk bercangkung membelakangi ku.

"Naiklah.." kata Kyran sambil menoleh sedikit ke arah aku.

Aku sedikit tercengang. Aku tersenyum kecil.

"Okay, betul ni tak menyesal? Sebab saya ni nampak je kurus tapi berat macam gajah tau? "

Aku menyandar tubuh aku ke belakangnya sambil memeluk lehernya manja. Aku cuba mengintai wajahnya itu.

"Taklah, awak ringan je." Kata Kyran. Memandangkan aku sudah menyandar ke tubuhnya, Kyran terus mendukung aku dari belakangnya.

"Kalau macam tu..okey kuda nakal, jom kita jejajah satu dunia!! Yeaheaaaa.." Kata aku sambil mengangkat tangan ala-ala captain gitu.

"Kuda ini tak boleh jelajah satu dunia tapi boleh jelajah sekeliling hati awak. Jom!!" Kyran berlari anak dan kadang-kadang membuat pusingan membuat aku menjerit keseronokan.

Siapa tak seronoknya kalau ada orang sudi mahu dukung kita.

Farah pov

Tercantum kening aku apabila terpandang wajah Karen yang mahu ke sini?

Kelihatan Karen sudah betul-betul berhenti di tepi aku. Lagilah aku berasa hairan.

"Karen, ada apa-apa ke yang awak nak cakap?" Soal aku sambil memandangnya dengan tepat.

Karen tidak berkata. Dia hanya memandang aku lama.

Manakala Mark yang seperti tunggul di sini asyik melihat aku dengan Karen berpandangan berdehem kecil.

"Ahem². Farah..siapa ni?" Soal Mark seperti kurang selesa dengan kehadiran Karen.

Kami dua kini berkalih memandang Mark.

"Ohh, ni..ka-" Belum sempat aku mahu menghabiskan ayat Karen sudah menarik tangan kanan aku mahu pergi tetapi dihalang oleh Mark apabila dia turut menarik tangan kiri aku.

Kini, kedua-dua tanganku ditarik oleh mereka. Haih, aku ni boneka ke nak tarik bagai?

Karen dengan Mark aku lihat masih bertentang mata tajam. Seperti mahu bergaduh. Terasa ada aura asing di sekeliling. Menakutkan. Gulp!

"Lepas tangan dia." kata Karen.

"Kau tu yang patut lepas. Dah kenapa tiba-tiba tarik tangan dia?" Karen mengetap bibir bawahnya. Geram.

Karen menarik tangan aku begitu juga Mark. Masing-masing main tarik tangan aku macam tarik tali.

"Ahh, stop.." Pening aku dibuatnya apabila mereka asyik main-main tarik tanganku.

"Karen, Mark. Apa yang korang buat? Karen, kenapa awak tiba-tiba tarik tangan saya? Perlu ke saya ikut awak?" Soal aku kini memandangnya lama.

Mark hanya terdiam. Mahu mendengar apa jawapan Karen.

"Perlu. Dan awak kena buat pilihan. Saya..atau dia yang boleh berdamping dengan awak malam ini?" kata Karen menatap aku dengan dalam.

Tergamam aku dengan kata-katanya.

Aku memandang Mark dan Kyran silih berganti.

A-Apa yang berlaku ni? D-dan..apa maksud Karen dengan pilihan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience