Di dalam keheningan petang itu, Kyran dan Balqish berjalan secara beriringan. Balqish pula kelihatan sedang tersenyum bahagia dengan Kyran. Mereka berbual kosong seketika sebelum mengalih topik bicara tentang Puteri.
Kyran dan Balqish duduk di kerusi batu di situ.
"Awak mesti tidak asing dengan nama Puteri kan?"
"Yeah, who is her really? Do you know?"
"Of course, saya tahu sangat Kyran. Puteri adalah kawan baik awak yang rapat sangat dengan awak dulu. Tapi sebelum awak kemalangan. Dia ada beritahu awak sesuatu."
"Beritahu apa?"
"Bahawa..dia sukakan awak Kyran. Dia cintakan awak sangat. Dia pernah mengaku pada awak. Dan waktu tu saya turut ada di situ. Dia mengaku yang dia tersimpan perasaan dekat awak sepanjang berkawan dengan
awak Kyran. Padahal, korang berdua berkawan dari bangku sekolah lagi."
Kyran terdiam sejenak cuba menghadam kata-kata Balqish tadi.
"Jikalau dia cakap yang dia bukan kawan awak tapi lebih dari itu. Itu maknanya..dia cuba mahu kelirukan awak. Dia sanggup buat apa saja untuk memiliki awak Kyran. Saya beritahu siap-siap. Jangan sampai awak termakan dengan kata-kata dia. Selagi dia buka mulut.. macam-macam racun boleh keluar dari mulutnya. Walaupun racun tu tak nampak..tapi saya nampak." Tipu Balqish lagi. Seolah-olah dia pula mangsa.
"Ohh ya? Kalau macam tu..saya takkan terlalu rapat dan percaya dengan dia. Walaupun dia kawan saya. Tapi..bila dia luah perasaannya itu..apa yang saya buat waktu tu?"
"Awak tolak cinta dia Kyran. Dia kesal tapi dia takkan mudah putus-asa. Setiap hari dia cuba untuk ganggu dan pujuk awak. Sehingga sendiri buat awak rasa rimas dan awak terus putuskan persahabatan dengan dia kerana tak tahan. Awak jadi mula tak suka dia dan cuba untuk berjauhan dengan dia. Sejak itu, dia cuba untuk mengambil kesempatan dan rampas awak dari saya. Dia pernah ugut dan seksa saya..kalau saya tak beri awak pada dia." Balqish.. Balqish..dah boleh jadi pelakon popular antarabangsa ni. Moga-moga terpilih untuk memiliki pialanya.
"Sampai macam tu sekali?" Kyran pula entahlah sama ada mahu percaya sesenang kacang tin atau sesukar ibarat menjawab peperiksaan di dalam dewan sekolah. Pfft!
"Iya.. kenapa awak tak percaya?"
Kyran tidak menjawab soalan Balqish. Tidak tahu lagi mahu percaya atau tidak. Boleh jadi Balqish menipunya. Alahaii pening dia dibuatnya.
"Kalau macam tu..dulu saya ada kekasih tak?" kata Kyran sengaja mengubah topik lain.
"Ada. Sayalah kekasih awak. Kenapa? Awak tak percaya?" kata Balqish cepat saja mengaku dirinya sebagai kekasih Kyran. Balqish sudah memuncungkan mulutnya sambil berpeluk tubuh. Mata mengerdip ke arah lain. Bila dilihat seimbas lalu Balqish ni memang comel.
Kyran dengan manja terus memeluk bahu Balqish.
"Tak adalah, saya main-main saja tadi. Alaa..jangan buat muka macam tu nanti saya cium nanti kang." kata Kyran sempat lagi mengusik.
Balqish tersenyum manis. Dia menyandar kepalanya ke dada bidang Kyran sambil memeluk pinggang Kyran erat.
"I love you Kyran.."
Namun, Kyran tidak membalas apa. Dia hanya membalas semula pelukan Balqish dan mengelus lembut rambut blonde panjang Balqish.
Balqish memejamkan kelopak matanya perlahan. Terasa hati selesa sangat ketika bersama dengan Kyran.
Walaupun hatinya berasa sedikit kecewa Kyran tidak membalas kata 'I love you too' padanya tapi dia yakin dia akan membuat lelaki dalam pelukannya ini jatuh hati dengan dia. Macam mana Puteri buat dia terjatuh cinta macam tu juga dia akan cuba buat Kyran jatuh cinta dengan dia.
'Takpe..ini baru permulaan. Kyran akan aku pastikan dia terjerat sendiri dengan aku. Sehingga dia tak lagi dapat bersama dengan Puteri. Tak, tak semudah itu untuk dia bersama dengan Puteri.' desisnya dalam hati.
Tiba-tiba Balqish terdengar seorang budak seperti menangis tersedu-sedan tidak jauh dari mereka.
Terus statik Balqish duduk secara tegak.
Kyran mencantumkan keningnya. Hairan kenapa dengan Balqish tiba-tiba?
"Kenapa ni?" Soal Kyran lembut.
"Tak, saya rasa..saya ada dengar bunyi budak nangis." kata Balqish seraya berdiri dari duduk. Dia terus tercari-cari suara tangisan kecil itu. Kyran ikut tercari sama.
Tiba-tiba Balqish ternampak seorang budak kanak kecil lelaki berpakaian lusuh di tepi longkang sambil memeluk lutut menangis teresak-esak seorang diri.
Melihat keadaan budak itu sendiri teringat kisah lama peritnya ketika kecil.
"Hisk..hisk.." seorang kanak kecil perempuan menangis tersedu-sedan di tepi pokok. Kakinya yang berdarah akibat berjalan berkaki ayam direnung dengan pandangan seperti menahan sakit. Pipinya dibanjiri dengan air mata.
Ketika ini, dia tiba-tiba telah didatangi seorang mak cik.
"Nak, kenapa ni? Mama dengan papa di mana?" kata seorang mak cik dengan nada lembut. Dia duduk mencangkung di tepi budak perempuan kecil itu.
Namun, Balqish hanya menggeleng kecil.
Mak cik itu berjeda seketika. Terbit rasa simpati padanya. Mana mungkin, dia akan tinggalkan budak ini seorang diri di sini. Sudahlah malam. Macam-macam bahaya boleh berlaku pada budak ini.
"Mari sayang..jom kita pergi. Kat sini bahaya." Mak cik itu memegang lembut lengan Balqish.
"K-kaki..ss..sakit.." katanya perlahan dengan nada sedikit tersekat-sekat. Mak cik itu mengangguk faham. Dia terus mendukung budak kecil yang baru menginjak usia 8 tahun itu dengan kejap.
Balqish bagaikan tersedar dari mimpi. Dia cuba menahan rasa gelora di dada. Kenangan yang menimpanya ketika kecil kembali terlayar lagi dalam ingatan. Budak itu mengingatkan dirinya ketika kecil dahulu. Terus budak lelaki itu dihampirinya. Kyran yang ternampak Balqish dengan seorang budak terus melangkah menghampiri.
Balqish duduk mencangkung di tepi budak itu. Dia tersenyum hambar. Ditariknya budak itu ke dalam pelukannya tanpa rasa geli.
"Jangan nangis. Kehidupan ini kita harus tempuhinya dengan begitu sabar. Disebabkan kamu masih kecil...kamu masih belum faham semua ini. Mungkin kamu akan jadi lebih senang dan happy ketika besar nanti. Cubalah kuatkan diri, dan bersedia untuk yang lebih besar lagi. Kerana hidup memang seperti ini." kata Balqish perlahan. Walaupun dia sedang bercakap dengan budak itu tetapi dia terasa seperti bercakap dengan dirinya sendiri.
Kyran yang melihat tersenyum.
"Kyran, jom kita bawa budak ini ke polis. Sebelum tu, kita bawa dia pergi makan. Mesti dia lapar sekarang ini. Kesian dekat dia." kata Balqish perlahan sambil mengusap lembut kepala budak kecil lelaki itu.
Kyran tersenyum kecil.
"Baiklah.."
************
Puteri pov
Satu jam 30 minit kemudian...
Aku mengerling jam dinding di rumah mommy Kyran. Sudah pukul 6.30 petang. Dah sejam lebih. Nampaknya hari ni...bukan masanya untuk aku jumpa dengan Kyran.
"Ohh ya nak. Mommy hampir terlupa mahu beritahu. Malam esok.. mommy dengan daddy rancang nak buat majlis untuk raikan Kyran sedar dari koma. Tak sempat nak buat awal-awal. Lagipun, Kyran kan baru sedar? Mommy dengan daddy mahu jemput kamu sekeluarga termasuk Farah. Kamu datang ye nanti malam esok?"
Aku tersenyum gembira.
"Dia ke mommy? Wahh..okey kalau macam tu Puteri datang ye? Mommy jangan risau..Puteri mesti datang." kataku perlahan.
"Uhukk..uhukk.." Datin Arina memegang tangan di atas ribaku lembut. Wajahnya beriak risau. Risau sebab aku asyik batuk dari tadi.
"Kenapa ni sayang? Kamu masih tak sihat lagi ye?" Soal Datin Arina lembut. Dia begitu prihatin terhadap aku.
Aku tersenyum.
"Tak ada apalah mommy. Mungkin..sebab Puteri rasa nak demam kut." kata aku beralasan. Tapi memang betullah aku rasa macam nak demam sekarang ini.
"Mommy tengok muka kamu pucat je ni." katanya sambil menilik wajahku.
Aku tersenyum hambar.
"Mungkin..sebab Puteri masih rasa sakit kat badan ni kut." kata aku perlahan.
"Hmm yelah, tapi..boleh mommy tahu macam mana Puteri boleh masuk hospital hari tu? Mommy tengok badan-badan kamu ada banyak luka dan lebam. Macam teruk je. Kamu ada kena dera dengan siapa ke?" Kata-katanya membuat aku terkedu dan terkelu mahu berkata apa.
Aduhh.. mommy tanya soalan tu pula. Aku fikir, dia tak akan tanya lagi soalan tu disebabkan aku dah discharged dari wad.
Kalau aku.. beritahu hal sebenar..mesti dia terkejut nanti. Datin Arina mungkin tak akan percaya. Sebab Balqish..macam rapat dengan dia.
Belum sempat aku mahu bersuara cuba mencari alasan lagi tiba-tiba dengar suara seseorang seperti bersembang di luar muka pintu.
Aku sedikit tergamam. Terasa jantung semakin berdebar daripada tadi. Manakan tidak, wajah yang aku sangat rindukan..melihat wajahnya membuat aku begitu teringin mahu memeluknya. Nak saja aku terus memeluknya seerat mungkin sekarang ini. Namun, apakan daya. Ia tak boleh. Kyran hilang ingatan. Kalau aku tiba-tiba buat begitu..tak ke pelik itu namanya? Mesti dia terkejut beruk nanti.
"K-Kyran.." panggil aku perlahan. Terus terbangun aku dari duduk apabila melihat wajah itu. Datin Arina turut berdiri juga.
Balqish yang melihat aku di sini sudah tidak senang duduknya. Riak wajahnya yang gembira tadi sudah seratus peratus bertukar masam apabila melihat wajah aku di sini. Dah macam baru terpaksa telan buah peria yang pahit pula. Yang makan begitu saja sehingga sedap menjilat jari. Eh yang tu KFC lah. Silap. Hehe..KFC mana tak sedapnya. Alahai.. tiba-tiba lapar KFC pula..
Manakala Kyran pula beriak sedikit keliru terpandang wajah aku di sini. Kyran mencantumkan keningnya.
"Siapa ni mommy?" dezupp! Terasa jantung dipanah huhu. Kenapa... soalan ni..aku dah tahu dia akan tanya soalan ni. Tapi...kenapa aku seakan masih tak bersedia? Terasa hati menjadi sedih dengan persoalannya itu. Macam tak percaya Kyran dah lupakan aku. Aku cuba tersenyum memandangnya dengan pandangan sayu.
Belum sempat Datin Arina mahu membalas pertanyaan Kyran aku sudah bersuara.
"Puteri. Nama saya Puteri Ilynia. Boleh panggil saya Puteri saja, Kyran." kata aku tersenyum.
Aku menghulurkan tangan tanda perkenalan 'pertama' aku dengan dia. Walaupun hakikatnya...kami bukanlah orang yang baru kenal.
"Selamat berkenalan, Kyran. Saya harap lepas ni..kita akan lebih banyak meluangkan masa."
Kyran menyambut tanganku dengan senyuman lembut.
"Selamat berkenalan, Puteri."
Kami saling bertentangan mata lama. Manakala senyuman di bibirku semakin pudar. Luaran aku seperti baik tapi dalaman hanya Tuhan saja yang tahu. Tak apa, let's start this from beginning, Puteri. Sekarang aku sudah ada misi. Misi membuat Kyran terjatuh cinta lagi dengan aku. Kalau Kyran lupakan aku..tak semestinya dia akan lupa aku buat selama-lamanya. Aku takkan mengalah.
Kyran, saya akan buat awak jatuh cinta lagi dengan. Itu nekad saya.
Lama kami bersalaman sebelum akhirnya tangan kami yang tercantum terlerai. Balqish dengan Datin Arina hanya jadi pemerhati.
Tiba-tiba Balqish membisik sesuatu di telinga Kyran.
Kyran tersenyum. Balqish kini berdiri tegak memandang aku sambil berpeluk tubuh. Pandangan sinis dilontarkan kepada aku.
"Adakah awak kawan saya? Kawan lama saya?" Aku terpegun dan tercengang seketika. K-kawan??
"Mommy cakap..awak adalah perempuan yang saya sangat rapat dulu. Jadi.. hubungan apa lagi kita kalau bukan kawan right?"
Sekali lagi aku tersentak. Aku memandang Datin Arina. Kelihatan dia seperti mahu bersuara tetapi tidak jadi apabila terpandang lirikan maut dari Balqish.
Aku menggeleng perlahan. Kaki diundur secara setapak. Kyran..kita bukan kawan. Kita adalah pasangan kekasih yang hampir mahu berkahwin! Hati kecilku menjerit dalam kepedihan.
"Kyran, awak dengan saya..kita.." Balqish dengan pantas memotong percakapan aku.
"Kawan. Kau nak cakap kawan kan? I know. Sebab tak mungkin pasangan kekasih pula kan? Sedangkan aku ialah kekasih dia sejak Kyran belum hilang ingatan lagi. Kan sayang?" soal Balqish sambil memegang dagu Kyran manja.
Kyran hanya tersenyum.
Tanpa aku sedar, setitis air mata jernih mula menuruni ke pipi. Sampaikan hati kau Balqish. Kau buat aku macam ni. Aku dah tahu..otak Kyran dah dihasut oleh Balqish perempuan gila ini.
Aku memandang mommy Kyran. Kelihatan dia hanya menunduk wajah menekur lantai. Kenapa mommy Kyran hanya diam? Dia tak nak cakap apa-apa ke? Mommy.. cakaplah sesuatu..hati kecilku menangis lagi.
Kyran yang terperasan riak wajah aku berubah sedikit mencantumkan keningnya.
Aku tersenyum dalam kepedihan. Telapak tangan menyeka kasar air mata di pipi. Pandanganku kini melotot ke arah Balqish dengan lama.
"Kyran..saya ada sesuatu mahu cakapkan dengan awak." kata aku kini merenung tepat ke arah Kyran.
"Sure." Aku pergi ke beranda jauh sikit dari mereka berdua. Kyran hanya mengikut dari belakang.
"Apa yang awak mahu cakap ye? Ada apa-apa ke?" soal Kyran cuba mengintai ke wajah aku yang menunduk.
"Awak rasa saya ni kawan awak saja?" kata aku perlahan mengangkat wajah memandangnya.
Kyran yang mendengar spontan otaknya teringat kata-kata Balqish ketika berjalan-jalan tadi. Terngiang-ngiang kata-kata Balqish itu di mindanya.
"Jikalau dia cakap yang dia bukan kawan awak tapi lebih dari itu. Itu maknanya..dia cuba mahu kelirukan awak. Dia sanggup buat apa saja untuk memiliki awak Kyran. Saya beritahu siap-siap. Jangan sampai awak termakan dengan kata-kata dia. Selagi dia buka mulut.. macam-macam racun boleh keluar dari mulutnya. Walaupun racun tu tak nampak..tapi saya nampak."
Tiba-tiba Kyran mencarik senyuman sinis. Aku sedikit tersentak. A-Apa maksud senyuman sinis itu?
"Tak perlu kelirukan saya, Puteri. Saya dah tahu hal yang sebenar. Awak sukakan saya kan?"
Aku terdiam seketika. Tidak tahu mahu berkata apa. Mata menunduk ke bawah.
"So, what? Do I care? Orang yang seperti awak memang suka terhegeh-hegeh pada saya ke? Hmm? Awak sanggup buat apa saja untuk memiliki saya? Walaupun sanggup menghancurkan persahabatan kita?" kata Kyran yang nampaknya sudah salah faham dengan aku.
Aku tersentak. Mata merenung tajam ke arahnya. Sedikit tersentap dan terasa dengan kata-katanya.
"A-Apa maksud awak?"
Kyran hanya menjungkit kedua-dua bahu.
"Pandai buat pandailah fikir sendiri." kata Kyran tajam sehingga terus menusuk ke kalbu ini. Selepas itu dia mula mahu berganjak pergi.
"Tunggu." Langkahnya secara serentak terhenti. Dia hanya menadah telinga mahu mendengar aku berkata apa. Langsung tak menoleh badan memandang aku.
"Suatu hari nanti.. kebenaran akan terbongkar. Siapa yang awak sedang cakap ni? Siapa Balqish di pandangan mata awak sebenarnya? Semua itu awak akan tahu perkara sebenar bila mana ingatan awak sudah kembali, Kyran." kata aku perlahan.
Kyran hanya termangu di situ.
Aku perlahan-lahan berjalan mendahuluinya dan berdiri setentang di hadapannya.
"Awak cakap awak takkan lupakan kenangan kita. Tapi takpe..saya yakin suatu hari nanti awak akan ingat semula. Dari kenangan kali pertama kita berjumpa hingga sekarang. Saya yakin itu. Dan saya akan tunggu waktu itu tiba." kata aku tersenyum manis.
Kyran mengangkat sebelah keningnya.
'Entah kenapa hati aku sedikit tercuit dengan kata-katanya..' desisnya dalam hati.
"Tapi..untuk masa sekarang..awak tak boleh halang saya untuk dekat dengan awak. Manalah tahu, kalau saya berdamping dengan awak.. perlahan-lahan awak akan ingat saya. Saya akan selalu ceritakan tentang kenangan kita. Dan selalu bawa awak ke tempat yang kita selalu pergi sebelum-sebelum ini. Manalah tahu, ingatan itu akan tiba-tiba muncul di minda awak." kata aku tersenyum kecil.
Mata mengerling sekilas ke jalan raya. Sekali-sekala angin meniup ke arah kami.
"Baiklah.." selepas berkata sepatah kata Kyran terus pergi meninggalkan aku di sini. Sewaktu dia melepasi aku terasa hati ini begitu sayu sekali. Tapi takpe, perasaan ini tidak akan lama. Kyran akan dapat kembali ingatannya. Dan aku harus yakin itu.
Balqish yang dari tadi menjadi pemerhati drama di hadapan terus menghampiri ke arah aku.
Aku tidak memandangnya. Hanya mata ralit memerhati pemandangan di hadapan.
"Kau cubalah keras macam mana sekalipun Balqish...Kyran akan dapat semula ingatannya. Dan waktu tu..bila dia dah ingat semuanya aku takut..kaulah yang akan jadi lebih terluka nanti, Balqish. Tak ada gunanya kau sedaya-upaya mahu tipunya tentang aku. Mahu kaburkan matanya tentang hal sebenar diri aku. " Kata aku yang akhirnya bersuara.
Balqish tersenyum sinis.
"Kita tengok nanti siapa yang akan lebih menangis air mata darah akhirnya. Tapi..kalau kau menang sekalipun kau jangan fikir yang aku akan mengalah? Kalau aku kalah..maka kau pun harus kalah Puteri." kata Balqish.
Hujung bibirku mengukir senyum. Balqish masih tak sedar lagi. Cinta memang buta. Tapi orang yang dilamun cinta tulah yang lebih buta. Disebabkan obsesi Balqish terhadap Kyran..dia sanggup buat apa saja sehingga sampai ke tahap ini. Mungkin..kalau dia tak suka Kyran..dia tak akan jadi macam ni. Kami berdua tak akan bermusuhan seperti ini. Aku yakin dia orang yang baik. Kalau bukan disebabkan Kyran pasti kami berdua dah jadi kawan baik sekarang ini.
"Good luck to you.. Balqish." kata aku tersenyum palsu seraya mahu meninggalkannya di situ. Namun, belum sempat aku pergi dia sudah bersuara. Terpaksa juga aku hentikan langkah.
"Ingat Puteri. Jangan marah pada aku..kalau Kyran tidak mahu layan kau. Aku boleh jatuhkan kau banyak kali. Kau..hanya perempuan menyedihkan. Langsung tak layak untuk Kyran." kata Balqish sinis.
Aku mengeluh kecil. Kan dah cakap.. Balqish kalau dengan aku macam-macam yang dia mahu mengata aku.
Lama-lama kalau dengan dia.. macam-macam nanti kata hina yang dia lontarkan pada aku. Bagai beberapa kali panah yang menikam ke tubuh ini. Pfft! Lagipun, malas aku nak bertekak dengan dia. Membazir air liur saja. Air liur aku pun lagi berharga dari perlu berperang mulut dengan dia. Jemu asyik berlawan kata dengan dia.
Aku tak berkata apa. Sebaliknya, terus meninggalkan dirinya di situ.
Sabar..Puteri..sabar..mulut dia memang dah habis insurans kut. Sampai tak berbayar bertahun-tahun. Haih Puteri, tak baik kata macam tu. Shhh!
Tiba-tiba aku ditarik oleh mommy Kyran ke suatu bilik ruang tamu bawah ini.
Aku didudukkan ke atas katil olehnya. Manakala dia berdiri di hadapanku. Tapi aku tidak memandangnya. Terasa hati ini sedikit kecewa dengan sikapnya yang sengaja tidak mengambil peduli sebentar tadi.
Tersentak aku apabila Datin Arina terduduk melutut di hadapan aku sambil tangannya berada di ribaku.
"Mommy.. bangunlah. K-kenapa duduk atas lantai pula ni?" Aku cuba menariknya bangun tapi Datin Arina berkeras mahu duduk di atas lantai juga di hadapan aku. Haih, ni yang nak jadi serba-salah ni.
"P-Puteri hisk..hisk.. maafkan mommy..tolong maafkan mommy." Kelihatan dia sudah menangis teresak-esak. Aku sedikit terpempan.
"Mommy? Kenapa nangis ni?" Aku mengeka lembut air mata di pipinya. Melihat dia seperti ini rasa dada ini menjadi sebak pula.
"M-Mommy bersalah..sebab..kamu dengan Kyran tidak akan jadi berkahwin nak." kata Datin Arina dengan lirih.
Aku tersenyum.
"Dalam keadaan Kyran macam tu..lebih baik tentang perkahwinan Puteri dengan dia tidak diletak tarikh lagi. Tak perlu fikirkan perkahwinan kami..mommy. Lagipun, Kyran kan hilang ingatan. Kalau Puteri kahwin dengan dia sekalipun..tentu dia tak akan senang." kata aku lembut.
Datin Arina menggeleng kecil. Dia seperti berusaha untuk fahamkan aku.
"T-Tak..kamu.. dengan Kyran tak akan berkahwin kerana..kerana..Balqish yang akan kahwin dengan Kyran nanti." Aku terkejut dan terkedu. Terkesima. Senyuman perlahan-lahan pudar dari bibir aku.
"I-Ini kerana.. Balqish kalau tidak kahwin dengan Kyran..dia kata dia akan bunuh diri dia sendiri. Hisk..hisk.. maafkan mommy nak. Mommy terpaksa.. Mommy dah mainkan perasaan kamu..maafkan mommy.. maafkan mommy.." kata Datin Arina sambil merayu padaku. Dia menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahunya. Riba aku digoyangnya lembut.
Aku tidak menunduk memandangnya. Hanya air mata yang mula keluar setitis demi setitis ke pipi hingga jatuh ke riba.
"Kyran dah setuju?" kataku perlahan cuba menahan rasa.
Sambil menangis dia berkata.
"Kyran..Kyran setuju nak.." terasa hati aku habis dikoyak menjadi berkeping-keping. Tidak hairan kalau Kyran dengan mudahnya setuju. Sebab dia percayakan Balqish adalah orang tersayangnya.
Pipiku yang sudah basah dengan air mata disentuh lembut.
"Jangan nangis..walau apapun terjadi.. mommy tetap anggap kamu sebagai anak mommy sendiri..Kamu boleh marah mommy nak. Jeritlah pada mommy..tengking mommy..pukul mommy pun tak apa. Mommy okey saja. Sebab..kamu layak buat macam tu. Mommy yang salah.." katanya sambil merintih. Kemudian, dia menurun kembali tangannya.
Datin Arina menunduk kepalanya. Bersedia untuk dimarahi.
Namun, aku hanya terpegun duduk di atas birai katil ini tanpa berbuat apa. Hanya melirik ke hadapan dengan riak mata yang kosong. Mataku cuma bergenang dengan air mata.
Datin Arina mengangkat kepalanya memandang aku.
"Kenapa kamu diam? Nak .. janganlah diam macam ni. Hisk..hisk..kamu buat mommy takut. Kamu sepatutnya marah atau pukul mommy sebab beri harapan palsu pada kamu. Tapi.. kenapa kamu tak buat begitu?"
Datin Arina sudah mengeluarkan tangisan kecilnya. Melihat aku hanya diam sepi seperti ini lebih membuat dia sedih.
"Hiks..hisk..tolong maafkan mommy.." Datin Arina sudah memangku kepalanya ke riba aku seperti budak kecil. Dia menangis teresak-esak di dalam ribaku.
Hanya kata maaf yang keluar dari mulutnya.
Pandanganku yang kabur dengan air mata menunduk perlahan saja memandangnya.
Tangan yang sedikit tergetar-getar perlahan-lahan aku angkat mengusap kepalanya dengan lembut.
**********
"Tak perlu kelirukan saya, Puteri. Saya dah tahu hal yang sebenar. Awak sukakan saya kan?"
"So, what? Do I care? Orang yang seperti awak memang suka terhegeh-hegeh pada saya ke? Hmm? Awak sanggup buat apa saja untuk memiliki saya? Walaupun sanggup menghancurkan persahabatan kita?"
"Kita tengok nanti siapa yang akan lebih menangis air mata darah akhirnya. Tapi..kalau kau menang sekalipun kau jangan fikir yang aku akan mengalah? Kalau aku kalah..maka kau pun harus kalah Puteri."
"Ingat Puteri. Jangan marah pada aku..kalau Kyran tidak mahu layan kau. Aku boleh jatuhkan kau banyak kali. Kau..hanya perempuan menyedihkan. Langsung tak layak untuk Kyran."
"T-Tak, nak..kamu.. dengan Kyran tak akan berkahwin lagi.. hisk hisk.. kerana..kerana..Balqish yang akan kahwin dengan Kyran nanti.."
"Kyran dah setuju?"
"Kyran..Kyran setuju nak.."
Semua kata-kata ini cuba untuk aku hadam satu per satu. Tidak aku sangka... selepas pergi ke rumah Kyran aku akan jadi sesakit ini.
Aku menangis dalam diam sambil berjalan seorang diri di waktu malam. Ditambahkan hujan yang begitu lebat menurun ke bumi. Pakaian aku sudah basah lencun. Kasut mula dimasuki air. Rambut panjangku sudah basah bermandikan air hujan. Di kala langit yang mendung semendung hatiku ini..aku menangis teresak-esak seorang diri. Air mata bercampur dengan air hujan.
Aku tersenyum dalam kepedihan. Minda asyik teringat kata-kata pedih yang keluar dari mulut mereka. Teringat semula perkara tadi lebih membuat hati aku menjadi perit.
Aku terduduk di stesen bas. Aku mula terbatuk-batuk kecil sambil menangis.
"Uhuk..uhuk.."
"Hisk..hisk.." esak tangis kecilku kedengaran di dalam kebisingan air hujan di sini.
Kepalaku sandar ke dinding. Tubuh aku yang terbias dengan air hujan tidak aku hiraukan. Orang yang aku sayang seakan semakin lama 'berjauhan' dengan aku. Sehingga.. sehingga buat aku sudah tidak mampu lagi untuk menariknya ke sini.
Aku kesepian di sini. Menangis sendiri di sini memang tidak jadi masalah padaku. Aku sudah terbiasa dah pun. Berada di situasi yang menyakitkan seperti ini sudah membuat aku terbiasa. Hanya mata ini yang terlalu mengikut perasaan dan selalu menangis. Sambil menyandar kepala ke dinding air mata aku tetap mengalir sehingga terkena mulutku.
Perlahan-lahan aku pejam kelopak mataku. Kereta yang lalu-lalang tidak menghiraukan aku di sini.
Aku terasa penat. Akhirnya, kegelapan semakin menghampiri aku.
Author pov
Puteri akhirnya terlelap di situ juga. Beserta sakitnya di dada dan juga hati membuat dia begitu lelah. Selama ini, dia sudah cuba berperang dengan diri sendiri dan menahan diri. Semuanya dia simpan di dalam hati. Walaupun hal itu sendiri lebih membuatnya semakin sakit.
Kebetulan sebuah kereta yang ternampak dirinya terlelap di situ memberhentikan kereta. Dia membuka sisi cermin keretanya mahu melihat siapa perempuan itu.
Terpempan dan terpana Audrey apabila melihat perempuan itu ialah Puteri sendiri.
Audrey dengan kelam-kabut terus keluar dari perut keretanya dan cuba menghampiri gadis itu tanpa mempedulikan tubuhnya yang sudah basah terkena hujan.
Kelihatan kepala gadis itu semakin lama mahu terjatuh ke tepi disebabkan tubuhnya yang hanya bersandarkan ke dinding.
Audrey dengan pantas menyambut tubuh kecil itu dari terjatuh. Dia cuba menggerakkan tubuh Puteri berkali-kali.
"Puteri.. bangunlah..awak.. bangunlah." Audrey semakin cemas dan panik apabila terasa kulit Puteri seperti panas apabila menyentuhnya. Ternyata gadis itu demam. Dia sudah berusaha untuk membangunkan gadis itu tetapi Puteri langsung tidak ada tanda-tanda mahu membuka matanya. Tubuhnya yang lemah itu terus dicempung oleh Audrey untuk masuk ke dalam kereta.
Dalam merentas hujan yang lebat itu Audrey mencempung juga tubuh gadis itu. Kepala Puteri tersandar ke dada bidangnya itu direnung dengan pandangan sayu. Terus kereta dengan laju membelah jalan selepas berjaya menerobos tubuh Puteri ke dalam keretanya.
Dia tidak ada pilihan lain selain membawa gadis itu ke rumahnya. Tempat di mana lagi yang dia harus bawa gadis itu.
Sebaik mencempung gadis itu ke dalam biliknya dan meletak Puteri perlahan ke katilnya dia terus menyelimuti tubuh gadis itu sebelum keluar dari dalam biliknya sekejap mahu mengambil sesuatu.
Audrey datang semula ke dalam biliknya dengan membawa tuala kecil dan sebesen kecil yang berisi air di tangannya. Terus besen kecil itu diletak ke atas meja di tepi katil.
Tuala kecil yang telah dibasah dengan air diperahnya sehingga tidak ada titisan air yang menitis. Selepas itu, tuala kecil itu dilapnya dengan lemah lembut ke tubuh Puteri. Dari tangan hingga ke siku. Dari kepala hingga ke leher.
Selepas itu, Audrey berjeda seketika.
"Alamak..macam mana aku nak buka baju Puteri ni tukar dengan baju aku yang lain? Takkan nak biar dia terus pakai baju basah ni.." gumamnya perlahan.
"Puteri..izinkan saya buka baju awak tanpa melihat." kata Audrey sambil mulutnya dikemam. Kelopak matanya dipejam rapat sambil tangannya mula membuka baju kancing Puteri satu per satu.
Audrey mengeluh lega perlahan. Akhirnya pakaian Puteri sudah berjaya dia tukar tanpa melihat atau mengintai walaupun sedikit. Heh, dia bukan lelaki macam tulah nak intai atau lihat. Kecuali..kalau Puteri itu adalah isterinya sendiri.
Audrey selepas menukar pakaiannya dengan pakaian yang kering dia duduk atas kerusi tepi katil menghadap Puteri.
Audrey memperbetulkan selimut ke tubuh Puteri. Lama dia memerhati Puteri sambil menongkat dagu. Tanpa dia sedar, senyuman dicariknya perlahan.
"Ergg..Kyran..Kyran.." Audrey yang tertidur tidak nyenyak di tepi Puteri terjaga seketika apabila mendengar Puteri asyik mengingau.
"Puteri.. kenapa ni?" Audrey cuba bersuara.
"Kyran..awak jangan tinggalkan saya.." ngigau Puteri lagi. Audrey mendekatkan telinganya itu cuba mendengar Puteri mengingau apa.
Audrey kini duduk secara menegak. Bagaikan tiang gol. Dia melepaskan keluhan kecilnya.
"Puteri asyik mengingau nama Kyran." Gumamnya perlahan.
Matanya tidak berkalih memandang Puteri yang seperti tidak nyenyak tidur itu. Kening Puteri tercantum bersama erangan kecil yang keluar dari mulut gadis itu.
Keesokannya paginya..
Puteri pov
Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata. Sedikit tercengang aku dibuatnya apabila terpandang siling rumah. Semalam bukan aku tertidur kat stesen bas ke?
Mataku kini melotot ke tubuh seseorang yang aku kenali. Aku memandang besen kecil yang berisi setengah air itu di atas meja. Pasti Audrey yang bawa aku ke sini dan tolong jaga aku.
Dengan susah payah aku cuba bangun dari pembaringan. Spontan terjatuh tuala kecil ini dari melekap ke dahi aku. Aku meletak tuala kecil ini ke atas meja.
Kulihat Audrey sedang tertidur sambil menongkat pipi. Kesiannya. Disebabkan aku, dia jadi tak nyenyak tidur semalaman jaga aku.
Tersenyum kecil aku dibuatnya melihat dia asyik tersengguk-sengguk kepala ke bawah
Aku dengan baik hati perlahan-lahan meletakkan tangannya yang menongkat ke pipi ke bawah. Menahan pipinya dengan tanganku dan meletak kepalanya ke atas birai katil secara perlahan tanpa membuatnya terjaga.
***********
Tergerak-gerak kelopak mata Audrey. Perlahan-lahan dengan berat dia buka juga matanya. Kening tercantum. Dia duduk secara tegak sambil menggeliat kecil. Matanya ditenyeh-tenyeh.
Terbuntang luas matanya apabila terperasan katilnya kosong tiada manusia tidur di situ.
Segar terus matanya apabila terperasan akan hal itu.
Terus dicapainya telefon di atas meja menghubungi Puteri untuk memastikan keadaan gadis itu.
*********
"Puteri, awak dah okey di sana?" Soal Audrey risau apabila talian sudah berjaya disambung.
Aku tersenyum nipis sendirian.
"Okey, awak jangan risau ye? Sorrylah. Sebab tiba-tiba balik tanpa pengetahuan awak. Saya cuma tak sampai hati nak bangunkan awak."
"Awak..terima kasih. Terima kasih sebab jaga saya sepanjang semalaman tadi. Awak mesti letih kan sekarang? Hehe dengar suara serak awak pun dah tahu yang awak baru bangun tidur. Awak mesti kepenatan hari ini sebab tak cukup tidur."
"Tak apalah. Lagipun, semalam awak demam panas. Tak perlu berterima kasih pada saya. Awak.. sekarang macam mana? Demam awak dah kebah? Ohh ya, pasal semalam saya ganti baju awak tu. Awak jangan salah faham. Saya berani bersumpah Puteri. Saya langsung tak intai atau tengok awak waktu cuba-cuba tukar pakaian awak dengan pakaian saya semalam. Percayalah Puteri."
Aku tertawa kecil seronok mendengar Audrey dengan kalut cuba memberi penjelasan.
"It's okay lah, Audrey. Hehe tak apa. Saya percayakan awak. Tengok awak jaga saya dari semalaman dah cukup buat saya percaya dekat awak."
Aku memegang dahiku.
"Ermm..kurang sikit. Takpe, nanti esok atau lusa kebahlah demam ni nanti. Awak jangan risau ye?" kata aku lembut.
"Lega saya bila dengar. "
"Yelah, lagipun ni semua berkat awak jaga saya juga kan semalaman." Audrey di sana sudah tersenyum malu bila aku berkata begitu.
"Okeylah, kalau macam tu..awak rehatlah ye? Nanti saya call pula. Bye."
"Okey bye." kata aku terus meletak panggilan di antara kami dua.
Aku mengeluh nafas perlahan. Kalau bukan Audrey jumpa aku semalam di stesen bas mesti aku dah mati kesejukan kan? Fuhh! Audrey..sekali lagi saya terhutang budi dengan awak.
Ohh ya, malam ni kan ada majlis untuk meraikan Kyran sedar dari koma selepas dua bulan lamanya. Majlis tu baru dibuat kerana mahu memberi ruang untuk Kyran rehat sepenuhnya terlebih dahulu.
Aku patut bersedia. Malam ni..apa yang aku harus pakai eh?
Belum sempat aku mahu berdiri dari duduk atas katil tiba-tiba aku berasa sakit dan ngilu di dalam dadaku. Ianya begitu perit..
Aku melekap tangan ke dadaku.
"Erghh.." desir aku perlahan. Kening tercantum. Mata terpejam seketika menahan sakit. Rasa sakit itu bukan diluar tapi di dalam.
"Uhukk..uhukk..uhukk.." aku terbatuk-batuk lagi. Sejak kebelakangan ini, aku asyik batuk. Bukan itu saja, rasa letih, rasa sakit sangat dada aku ni. Lepas tu aku rasa badan aku semakin kurus. Berat badan aku selalunya semakin menaik tetapi kali ini tidak. Ohh ya..boleh jadi sebab kebelakangan ni selera makan aku berkurang. Aku dah tak minat mahu makan kebelakangan ni.
"Uhukk..uhuk.." batuk aku semakin menjadi-jadi.
"Uhuk..uhuk.." spontan tubuh terhempap ke katil. Kepalaku diangkat sedikit dalam posisi mengiring. Aku menahan siku di atas katil. Aku terbatuk kecil lagi. Aku memegang tekakku. Ahh..terasa perit di situ kerana asyik batuk.
Nafasku semakin tidak stabil.
"Uhukk..uhukk..!!" Aku menekup mulutku. Terasa cairan panas mengena ke tanganku.
Perlahan-lahan aku menurun tanganku dan cuba melihat. Tersentak dan tergamam.
"D-darah??"
Share this novel