Bab 60: Case closed

Romance Series 10664

Farah pov

Keadaan serta-merta menjadi kekok. Kami berdua berdehem kecil. Aku dengan dia menjarakkan kedudukan kami semula. Aku berdiri setentang di hadapannya. Anak rambut yang terjuntai ke dahi aku selit ke celah telinga. Mata mengerling sekilas ke arahnya.

"Ehemm².. Jomlah kita sarapan. Mama saya dah panggil tu. Awak serapanlah dulu sebelum balik. " Kata aku kekok. Aku terus pergi ke ruang makan tanpa mendengar dia membalas apa.

********
Kyran pov

Okey sekarang aku sedang duduk tegak di atas kerusi berhadapan dengan meja kecilku di dalam bilik.

Tangan memegang pensel dan pemadam diletakkan ke tepi. Kena siap-siapkan pemadam terlebih dahulu sebelum memulakan sesi lukis kita.

Sebelum tu..aku mahu bagitahu yang Puteri dengan Balqish sudah balik ke rumah pagi tadi. Teringat pula kejadian pagi tadi.

Imbas kembali~

"Wait..Balqish." Mendengar suara Kyran terus berjaya mematikan langkah Balqish di hadapan pintu yang kala itu sudah mahu pergi.

Puteri pula begitu juga dengan Balqish mahu pergi. Tapi tangannya ditarik oleh Kyran supaya menunggu sekejap.

Puteri hanya berdiri termangu di tepi Kyran. Mata melirik ke arahnya. Beserta kerutan di dahi. Mungkin tertanya-tanya kenapa kena tunggu sini. Gaya Kyran seperti mahu berbual sesuatu.

"Semalam kau ada tanya...apa hubungan aku dengan Puteri. And now, jawapan sudah ada. Yeah, aku mengaku Puteri masih lagi bukan digelar sebagai isteri aku. Tapi, kau kena ingat. Puteri sudah lama aku cop dirinya sebagai orang yang terpenting dalam hidup aku. Kau nak tahu apa hubungan kami berdua? "

"Hubungan aku dengan Puteri sudah diibarat seperti antara matahari dengan sinarnya. Antara permata dan juga kilauannya. Tak ada siapa yang akan dapat memisahkan kami berdua apatah lagi kau Balqish. Ingat baik-baik tu!" Sambung Kyran dengan nada keras. Tangannya masih mencantumkan jari jemari Puteri.

Puteri pula sedikit terpaku dengan kata-kata Kyran tadi. Rasa terharu pun ada. Perlahan-lahan terbit senyuman lembut di bibir mungilnya.

Balqish sudah terkelu lidah. Hanya terdiam. Tangannya yang disilangkan ke dada kini diturunkan ke sisi. Seperti tersentap dengan kata-kata Kyran.

"Jom princess. Saya hantar awak balik. " Kata Kyran perlahan. Dia terus menarik tangan Puteri keluar dari rumahnya.

Balqish tersenyum sinis.

"Whatever Kyran. Kau katalah apapun aku akan tetap dapat pisahkan hubungan korang dua. Sumpah harus ditepati! " Gumam Balqish seorang diri sambil menghentakkan kakinya berkali-kali ke lantai tanda protes. Dia mengetap bibirnya sebelum turut keluar dari rumah Kyran. Awal-awal lagi sudah dia tempah teksi.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang memperhati dari tadi di sebalik dinding.

Imbas kembali tamat~

Aku tersenyum kecil. Rasa puas bila lihat wajah keruh Balqish dan dapat sakitkan hati dia. Ingat aku ni malaikat yang senang-senang biar dia macam tu je? Huh! Kalau nak ikutkan hati nak aje aku tauk dia dalam gunung berapi. Buat semak aje!

Ish Kyran..tak usahlah kau fikir pasal dia. Buat rosak mood kau saja. Baik kau lukis cepat. Malam ni kau nak buat surprise kat Puteri juga kan? Jeng³.

Aku mula melukis di atas kertas A4. Dari kening turun ke bebola mata yang cantik. Dari mata hingga turun ke bibir.

Rambut pula aku lukis dengan hati-hati sesuai dengan apa yang kubayangkan.

Okey siap! Done melukis.

Kelihatan wajah cantik dan ayu seseorang sudah berjaya digambarkan dengan baik. Mata yang nampak redup dan bebola mata biru yang mengasyikkan. Tak lupa juga, bibir mungil yang sedang tersenyum lembut. Dan beserta rambutnya yang panjang mengurai.

Kelihatan matanya aku buat seperti memandang sesuatu sambil menongkat dagu dan bibirnya mengulum senyum. Yeah, itulah wajah yang sering dia tunjukkan.

Wajah yang tampak begitu indah di kornea mataku.

Akhirnya, aku dapat gambarkan wajahnya dengan baik. Not bad juga ya lukisan aku ni?
Hehe..sempat eh puji diri sendiri?

Aku tersenyum kecil. Dalam hati sudah berkata.

Mesti Puteri akan suka ni. Harap begitulah. Tak sabar pula aku untuk kejutan malam ni untuk Puteri. Ehehehe...

**********
Sambungan Farah pov

Sekarang buat ketiga kalinya aku berada dalam rumah Encik Akhtar. And now, aku sudah berjaya menerobos diri dalam bilik Arvin. Encik Akhtar pula..ermm mula² nampak macam sikit keberatan tapi dia benarkan juga aku masuk dalam bilik anak dia. Adehh, macamlah aku nak rompak mainan anak dia tu. Pfft!

Tapi, kali ini aku bawa buah tangan sikit buat Arvin. Anak Encik Akhtar.

Yelah, aku dah janji pada Arvin mahu bawa coklat Cadbury padanya. Ahak! Bersalah tho lepas buat budak nangis. Huhu korang bukannya faham. Dahlah first time aku buat budak nangis semalam huwaa..

Aduhh Farah..kau ni dah terlebih over ni.

"Arvin..makan ye nanti coklat ni? Hehe sorry lah kalau kak bawa coklat saja. Arvin..dah tak marah kak kan?" Kata aku dengan berhati-hati.

Bebola mataku memperhatikannya dengan lama. Kelihatan Arvin mengambil coklat dari aku dan mengucapkan terima kasih pada ku dengan nada perlahan.

Arvin mencantumkan keningnya.

"K-Kenapa pula Arvin nak marah dekat kak? Sepatutnya..Arvin yang bersalah. Arvin dah berdosa kak..Selepas teringat dua tiga kali apa yang kak cakap tu..Arvin jadi takut. Arvin tak nak bohong lagi. Sebenarnya, Arvin tak nak tipu tapi...ayah yang suruh. Dia suruh rahsiakan perkara ni. Sekarang, sudah tiba masanya untuk Arvin buka mulut. Kak..memang betul sangkaan kak tu. Arvin..memang terlibat dalam pembunuhan Alby. Tapi..hiss..hiss..Arvin tak sengaja. Arvin terlalu mengikutkan perasaan. Tapi, Arvin tahu..perbuatan Arvin ni tetap dianggap salah.." Kata Arvin cukup perlahan di pendengaran ku. Dia sudah mengalirkan air mata.

Kelihatan jari runcingnya mula menyeka air mata di pipinya perlahan.

Aku tersentak. Mata terkebil-kebil memandangnya.

"M-Maksud Arvin? Arvin..adalah orang pesalah bagi kes Alby? A-Arvin..buat apa dekat Alby sewaktu kejadian itu? " Kata aku dengan suara sedikit bergetar. Kedua tangan aku tercantum erat.

Cukup dapat dilihat yang aku betul-betul tersentap. Yeah, hati aku betul-betul tersentap. Tidak menyangka Arvin sekecil ini terlibat dalam kes itu. Rasa..macam tak percaya. Rasa terkilan.

"Iya kak. Sebenarnya..Arvinlah yang bunuh Alby. "

Aku menahan nafas. B-But why?!

"Arvin..cekik dia sampai mati kak...Semua tu kerana Arvin cemburu dengan dia. Dia...dah rampas kedudukan dan pangkat Arvin di sekolah. Arvin ialah pelajar yang popular di sekolah sejak dari dulu. Tapi..bila kehadiran Alby semuanya berubah! Kawan-kawan Arvin semuanya nak berkawan dengan Alby. Cikgu pun lebih banyak memuji Alby dan lebih pentingkannya. Arvin rasa sangat geram dan marah. Arvin cemburu. Disebabkan dia, Arvin dah tak dikenal lagi oleh pelajar popular di sekolah. Dan bila sampai saat tu, Arvin mula pergi rumahnya seorang diri. Kami berdua berbual. Dari berbual biasa sehingga bertengkar luar biasa. Alby macam..penyabar. Dia tidak emosi. Tapi Arvin lah yang beremosi sampai satu tahap..Arvin cekik dia sampai mati. Semua tu kerana Arvin terlalu mengikut perasaan marah Arvin."

"Dan..lepas tu. Baru Arvin sedar..yang Arvin telah bunuh seorang budak iaitu orang yang pernah dianggap sebagai kawan Arvin sendiri.
Tangan Arvin inilah yang membunuh Alby. Tangan nilah yang mencekik Alby sewaktu dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Gayanya seperti terdesak sangat mahu mengambil nafas. Dia..seperti mahu hidup lagi tapi Arvin telah ambil hidupnya. Arvin telah ambil nyawanya! Kak..jahatkan Arvin? Arvin jahat kak! Jahat sangat! Ahh tangan ni dah jadi kotor. Arvin berdosa..Arvin memang patut dihukum. Ahhh.." Arvin menekup wajahnya.

Tangisan yang ditahannya akhirnya keluar juga.

Aku terpempan. Tangan meraut wajah kasar.

Hati aku pula yang terasa sakit. Terasa panas di tubir mata. Jadi, benarlah kata orang..'manusia yang normal boleh saja jadi gila serta-merta. Tak kira dengan manusia yang sakit jiwa. Sekiranya emosinya yang tidak dapat dia tahan dan terlampau berada dalam emosi dia akan buat apa-apa saja yang boleh menghancurkan dirinya sendiri.'

Yeah, manusia boleh gila disebabkan hati kita. Hati yang tak dapat tahan emosi. Dan bila emosi itu sudah reda..kita pula yang akan menyesal dengan perbuatan kita sendiri. Dan itu..kadang-kadang jadi susah untuk kita kawal.

"Arvin..nak tembus kesalahan Arvin dekat mendiang Alby tak? Tapi sebelum tu.. Arvin kenalah dihukum atas kesalahan Arvin sendiri. Dan itu memang diharuskan. Arvin jangan risau. Arvin akan dihukum untuk berada di sekolah Juvana. Arvin takkan masuk penjara kerana masih bawah umur. Tapi..kak nak tanya. Ayah Arvin terlibat sekali ke? " Kata aku yang sudah menyeka lembut bawah mata kerana terasa mata seperti berair. Haih, tiba-tiba rasa nak menangis pula.

"Arvin sangat berdosa pada dia. Jadi, kalau ada kesempatan..Arvin pasti mahu tembus kesalahan Arvin dekat Alby. Itu bukan kesalahan kecil tapi besar. Arvin tahu itu. Mendiang Alby pasti sangat marah dengan Arvin sampai sekarang. Jadi, Arvin tak kisah hukuman apa tu. Yang pasal ayah tu..dia memang terlibat sama dengan kes Alby. Dia jugalah yang upah orang untuk cuba bunuh kak. Arvin tahu tu sebab Arvin terdengar perbualan ayah dekat telefon masa tu. " Kata Arvin perlahan.

Aku tidak tersentak dengan kata-kata Arvin. Sudah dapat mengagak yang Encik Akhtar turut terlibat sama malah cuba mahu upah orang untuk bunuhnya. What the cruel man!

"Arvin..kenapa Encik Andy kata..Alby mati sambil mengenggam pil dadah? Seolah-olah Alby mati disebabkan dadah."

"Ohh pasal tu. Itu hanyalah sebagai sekadar mahu mengaburi mata orang. Sebenarnya ayah Arvin yang rancang semuanya. Bila ayah tahu pasal tu..dia terus jadi panik dan takut. Kebetulan ibu ayah Alby tiada di rumah. Selain menyembunyikan mayat Alby...ayah ada terfikir sesuatu rancangan lain. Dadah yang datang dari mana entah terus ayah letak dalam genggaman tangan Arvin. Supaya polis dapat tahu yang Arvin mati bunuh diri disebabkan dadah walau itu bukanlah hakikatnya."

Mendengar kata-kata Arvin aku mengangguk seperti faham. Jadi, semua pertanyaan di minda kini sudah terjawab. Aku tersenyum segaris.

"Arvin..tak takut ke kalau dihukum nanti? " Ujar aku dengan lembut. Saja aku mengutarakan soalan tersebut.

"Mustahil kalau Arvin tak takut. Arvin takut. Tapi, walau begitu. Nak tak nak tindakan Arvin tu tetap salah dan patut dihukum. Arvin yakin..mendiang Alby juga mesti mahu Arvin dihukum dengan adil atas kesalahan Arvin sendiri. " Kata Arvin sambil menunduk wajahnya ke bawah.

"Selain Arvin..ayah Arvin pun akan dihukum kerana kesalahan terlibat dalam pembunuhan Alby. Bukan tu saja, ayah Arvin pun cuba untuk bunuh kak. Jadi, hukuman ayah Arvin mungkin lagi berat. " Kata aku perlahan.

Kelihatan Arvin hanya mendongak kepala perlahan memandang aku.

Aku sudah telefon polis berkaitan dengan kes Alby.

"Tak lama lagi polis akan datang ke sini tangkap ayah Arvin. Dan Arvin pula akan dimasukkan ke sekolah pemulihan. " Kata aku yang melirik ke arah Arvin dengan lama.

Kelihatan dia seperti mengangguk kecil dan diam tanpa bersuara. Reaksinya seperti rela saja apa yang akan berlaku. Pandangan matanya juga hanya kosong memandang ke hadapan.

Kesian. Umur masih 11 tahun tapi dah kena hadap semua ni. Hanya perasaan cemburu, pembunuhan boleh berlaku. Inilah perbuatan yang dikatakan tidak matang dan terlalu mengikut perasaan.

**********
Aku berjalan-jalan perlahan seorang diri di tepi jalan. Minda masih teringat pada hal tadi.

Dapat kulihat reaksi takut, terkejut dalam wajah Encik Akhtar. Nampak macam tak sangka yang dia akan ditangkap. Pada mulutnya pula menafikan perbuatan yang memang dia lakukan. Tapi, malangnya kini tidak ada lagi orang mempercayainya.

Aku sudah jelaskan pada polis semuanya dan Arvin sudah mengaku kesalahannya sendiri. Tak sangka mungkin kalau anaknya sendiri yang pecahkan tembelang. Akhirnya kes Alby sudah selesai. Mendiang Alby pasti akan lebih tenang di sana nanti. Syukurlah.

Perbuatan Arvin tadi memang betul. Memang patut dia mengaku. Cepat atau lambat kebenaran pasti akan terbongkar.

Encik Andy gembira apabila kes anaknya sudah berakhir. Dia juga memuji aku kerana cepat selesaikan kes Alby. Sangkaan Encik Andy memang betul yang Andy sebenarnya bukan bunuh diri. Kesian. Kes ini agak menyayat hati.

Haih Farah, macam tak terbesa pula kau. Macamlah ini pertama kali kau selesaikan satu kes. Pfft!

Tanpa aku sedar setitis demi setitis air hujan mula turun ke bumi.

Tersentak aku apabila terasa pipi diturun beserta dengan air. Nak kata aku menangis takpun.

Aku menadah tangan ke udara. Ada setitis demi setitis air hujan yang terjatuh ke tapak tangan. Mungkin sebab kali ini musim hujan. Tapi, kini wajah aku hanya beriak datar. Biarlah hujan pun. Lagipun, kat kawasan ni mana ada tempat berteduh.

Kereta pula saja aku parking jauh-jauh. Konon takut kena calar kereta oleh budak nakal lah. Kat sini kan ada banyak perumahan.

Aku hanya membiarkan air hujan mengena ke tubuhku sementara aku masih dengan dunia aku sendiri.

Tiba-tiba terasa seperti duduk di tempat berteduh. Yeah, sudah tidak terasa air hujan mengena ke tubuh.

Aku mencantumkan kening. Mata mendongak ke atas. Seseorang sedang payung ke arah aku rupanya. Haih, baik sungguh orang tu.

Selalunya aku nampak scene macam ni ada dalam drama Korea. Uwuu kalau lelaki yang payungkan aku ni..tengok-tengok dia jodoh aku tak? Ahak..Saja nak buat andaian sendiri. Manalah tahu kalau betul.

Aku perlahan-lahan mendongak ke arah muka gerangan yang memayungkan aku itu.

Aku tersentak. Kenapa aku selalu terjumpa dia kat sini? Jangan cakap dia adalah jodoh aku! Ohh unbelievable. Tak mungkin..tak mungkin..

Mungkin ini hanya kebetulan. Yeah, just think like that Farah. Tak mungkin jodoh kau..dengan mamat depan ni.

Aku tersenyum.

"Awak rupanya. Macam mana awak boleh jumpa saya kat sini? "

Kelihatan dia seperti menjungkit bahu ke atas.

"Mungkin..sebab ada perempuan cantik kat sini dalam kehujanan yang sedang jalan sorang-sorang yang menarik saya ke sini. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience