Bab 70: Let me die

Romance Series 10664

Farah pov

Tubuhku yang lemah tidak bermaya sudah tidak lagi menggigil dalam pelukannya. Mataku beriak kosong.

Karen meleraikan pelukan kami apabila merasakan aku seperti lebih baik dari tadi.

Mataku seperti memandang ke dinding. Aku..langsung tak nampak apa-apa. Bibir langsung tidak mencarik senyuman. Hanya beriak datar dan kosong. Bibir bawahku ketap.

Tanpaku sangka, aku merasakan Karen mengelus lembut rambut panjangku tanpa rasa kekok. Bibirnya mengukir senyuman lembut.

"Farah..feel better now?" Soalnya lembut saja di pendengaran aku. Mendengar suaranya aku dah boleh rasa dia begitu dekat dengan aku.

Aku tidak berkata apa. Dan mengangguk palsu. Bibir bawahku masih diketap.

"Heyy, janganlah gigit macam tu. Haa kan bibir awak dah berdarah." Aku tidak mengetap bibir ku lagi. Terasa dirinya menyentuh lembut bibirku. Aku terkedu dan menepis kasar tangannya. Karen tersentak.

"A-awak..kenapa?" soal Karen sedikit terkejut dengan perbuatan aku tadi. Aku tersenyum sinis.

Aku..tak tahu kenapa aku jadi macam ni. Aku seperti jadi orang lain dan bukannya diri sendiri.

Karen seperti tersentap apabila terpandang senyuman sinis dari aku. Dia memegang kedua-dua bahu aku lembut tetapi sekali lagi aku menepis kasar tangannya.

"Karen, jangan tiba-tiba buat baik pada saya boleh tak? Ia menjengkelkan. Heyy, saya tahu saya dah tak dapat lihat lagi. Saya tak perlukan belas kasihan dari awaklah. Awak tak perlu susahkan diri mahu pujuk dan teman saya bagai. Now go. Please..go away from me..I need to be alone." kata aku kasar.

Kata-kata aku sedikit menguris hati Karen. Karen menunduk pandangannya. Tangan digenggam perlahan. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya kembali.

"Farah..saya nak awak tahu..yang saya buat semua ini bukan atas belas kasihan semata-mata. Suatu hari nanti..awak akan tahu kenapa saya lakukan semua ini. Takpelah, saya akan tinggalkan awak kalau itu memang yang awak mahukan. Kalau ada apa-apa, awak boleh panggil saya, Puteri atau ibu dan ayah awak. Mana-mana pun boleh. Kami semua sentiasa ada je dengan awak, Farah. Awak tak keseorangan." kata Karen perlahan. Dia cuba untuk tersenyum.

Aku sedikit tersentuh dengan ayat yang terakhir yang diujar oleh Karen tadi. 'Aku tak keseorangan'?

Karen dengan hati yang cukup berat akhirnya melangkah keluar dari sini. Terdengar pintu ditutup dari luar dan kali ini benar aku sudah keseorangan di sini.

Aku tersenyum dalam kepedihan. Tiba-tiba aku menangis. Air mata sudah bergenang di tubir mata.

Aku memeluk lututku. Wajah ku sebamkan ke lutut ini juga. Terlepas jua tangisan dari aku di situ.

"Hiskk..hiskk..Farah Mikayla. Kau dah tak boleh nampak lagi. Kau.. nampak cukup menyedihkan di mata orang. Aku bukan lagi Farah Mikayla yang dulu. Sekarang? Sekarang aku hanya mampu terlantar di sini tanpa berbuat apa-apa. Erghh.. kenapa sukar sekali untuk aku terima semua ini? Hisk..hiskk.."

Aku menggenggam erat seluarku. Rambut aku kelihatan kusut. Aku menumbuk kuat dadaku.

Air mata menitis sehingga terkena mulutku.

"Aku akan mengakhiri hidup aku..yeah, mungkin ini keputusan yang terbaik. Semua orang tidak perlu susah-susah jaga aku. Biar aku mati..." gumam aku lirih seorang diri.

Terasa bisikan halus bersosek-sosek di telinga. Hati kecilku bersuara halus. Ia seperti menyuruh aku berbuat sesuatu. Bunuh diri. Yeah, dengan bunuh diri.

"Karen, bagaimana keadaan Farah nak? A-Apa dia baik-baik saja?" Soal ibu Farah terus apabila ternampak kelibat Karen keluar dari bilik wad.

Karen tersenyum nipis.

"Aunty Maria..jangan risau ye? Karen dah pujuk dia tadi. Dan katanya dia perlukan masa untuk bersendiri. Aunty Maria jangan risau saya akan terus memperhatikannya dalam diam." Ujar Karen lembut.

Ibu Farah sudah menghembus nafasnya lega sedikit.

"Adik, kita kena selalu perhatikan Farah. Dia..boleh buat apa-apa saja di luar kawalan dengan keadaannya macam tu. Farah..terlalu tertekan. Kak takut..dia akan terlintas fikiran ke arah lain untuk buat yang bukan-bukan." kata Puteri mula bersuara risau.

Kami semua hanya mengangguk kecil setuju dengan kata-kata Puteri dan saling memandang sesama sendiri.

***********
Author pov

Karen memandang Farah lama melalui pantulan kaca dari luar bilik wadnya itu. Dia hanya memandang sepi dan sayu pada tubuh Farah yang sedang memeluk lutut itu sambil menyebamkan wajahnya.

Aku memegang dada kiriku.

"Farah..seeing you like this makes me so sick you know." Gumam aku perlahan. Tangan perlahan-lahan naik menyentuh kaca.

Kaca yang memantulkan tubuh Farah di atas katil itu aku usap perlahan seolah-olah mengusap dirinya lembut.

Setitis air mata Karen jatuh laju sehingga mendarat ke hujung kaki.

Dan itu disaksikan oleh Puteri secara diam. Dia memerhati Karen lama. Dia tersenyum hambar dan menghampiri adiknya itu. Kedua-dua tangan diceluk ke poket baju.

"Adik..." Panggil Puteri lembut yang berjaya menyentak Karen yang sedang termenung itu.

"Eh kak? Bila ada kat sini? Adik tak perasan pun."

Puteri hanya tersenyum kecil.

"Bagaimana adik nak perasan kalau asyik termenung dan tengok Farah? Adik..adik nangis kan tadi? Sebab kakak nampak adik menangis. Adik menangis kerana Farah ye?" kata Puteri lembut.

Karen terdiam sejenak. Tidak tahu mahu berkata apa.

Puteri tersenyum nipis. Dia turut menghadap tubuhnya ke hadapan dan memandang Farah dengan pandangan sayu.

"Adik..kalah kan? Kata-kata adik telah makan diri sendiri. Betul cakap kakak kan? Haih, mulut kakak masin juga kan dik?" kata Puteri tersenyum sendiri.

Karen hanya mengangguk kecil. Faham dengan maksud kakaknya itu.

Dulu...dia pernah kata yang dia takkan jatuh cinta dengan Farah. Huh, sekarang tengoklah. Kata-katanya pula yang menterbalikkan perkataan itu. Cinta. Yeah, dia sudah jatuh cinta dengan Farah.

Karen tertawa kecil. Tertawa mengena pada diri sendiri. Padan muka. Dia pula yang terjatuh cinta dengan Farah. Dulu bercakap pandai sangat sekarang tengoklah apa yang jadi. Perasaannya terhadap Farah kini bertukar. Dan dia sendiri..baru menyedarinya.

"Adik.. walaupun adik dah kalah. Takpe, teruskan dengan cinta itu. Tak salah kalau adik mahu jatuh cinta dengan dia. Suatu hari nanti.. kakak yakin..Farah akan balas cinta adik. Kenapa? Adik..tak kisah kan kalau Farah sudah jadi begitu?" kata Puteri.

Karen menatap wajah kakaknya tepat.

"Tak kak. Adik tak kisah punlah. Kak tahu? Bila adik jatuh cinta saja pada orang tu. Adik akan terus mencintai dia sampai ke hujung nyawa walau sekalipun. Tak kira walau apa-apapun keadaannya. Farah tetap Farah." kata Karen serius.

Puteri hanya tersenyum. Dia menepuk bahu Karen bangga.

"Adik kakak dah besar. Dah matang dah pun. Bertuahnya siapa yang dapat adik ni. Kalau Farah dengar ni..mesti dia terharu." kata Puteri tersenyum.

"Tapi..nak ke dia dengan Karen ni kak?" Soal Karen kendur saja nada suaranya. Dia menunduk ke bawah memandang sepasang kasut miliknya.

"Adik ni...ke situ pula dia. Apalah yang kurang dari diri adik kakak ni? Hmm? Perfect lagi cun melecun apa." kata Puteri yang berjaya membuat Karen tertawa kecil.

"Hehe ada-ada ajelah kakak ni." kata Karen akhirnya tersenyum. Dia memandang wajah kakaknya dengan redupan mata yang lembut.

"Adik..kakak nak pergi makan dulu tau? Nanti lapar. Sebab tak lama lagi Datin Arina dengan Dato' Johansson akan terus ke sini untuk jenguk Kyran bila diorang dah pulang dari oversea. Kakak..kenalah sambut kedatangan diaorang. Adik tak nak makan lagi ke?"

"Ermmm..boleh juga. Tapi sebelum tu Karen nak titipkan pesan pada nurse untuk jaga Farah sekejap." kata Karen. Puteri hanya mengangguk.

"Nurse...tolong tengokkan pesakit dalam bilik wad ini? Sebab saya dengan kakak saya mahu pergi makan sekejap. Nanti saya datang sini lagi." kata Karen.

"Ohh, sebelum tu. Ini kad saya. Awak boleh call saya kalau ada apa-apa yang berlaku." Karen menghadiahkan senyuman lembutnya pada nurse itu.

"Okey Encik.." Kata nurse itu menyambut huluran kad dari tangan Karen itu. Dia hanya melirik lama ke arah belakang tubuh lelaki itu pergi bersama seorang wanita.

"Aku harap takkan ada apa-apa yang berlaku.." gumam Karen perlahan.

"Farah..walau apapun yang terjadi kau kena kuat. Kau mesti boleh Farah. Kau kawan aku yang hebat." Gumam Puteri perlahan bercakap sendiri.

***********
Sambungan Farah pov

Aku mengangkat kepalaku. Kening tercantum. Tangan menarik infus kasar sehingga mengeluarkan darah di tangan aku. Perlahan-lahan aku cuba bangun dari atas katil.

"Ahhh.." aku mendesir kecil. Disebabkan kemalangan, terasa tubuhku sakit, lenguh dan lemah.

Aku cuba kuatkan semangat. Mahu keluar dari bilik ini.

Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar. Okey. Aku cuba mengambil langkah perlahan.

Tangan tergawang-gawang ke udara. Apabila sudah merasakan tubuhku sudah betul-betul dekat dengan pintu aku cuba meraba-raba tombol pintu dan membukanya. Kepalaku terjengul keluar. Aku tak nampak apa-apa.

Puteri, Karen mama dengan papa tiada kat sini kan? Ahhh baik kau cepat Farah. Sebelum mereka semua perasan kau keluar dari bilik ini.

Disebabkan tiada tongkat, aku berjalan keluar dengan hanya bertahankan tangan ke dinding.

"Ahhh.." aku terjatuh kecil apabila terasa terlanggar dengan sesuatu.

Terlanggar bucu meja mungkin. Tangan aku mula meraba-raba benda yang aku langgar itu. Yeah, mungkin itu meja. Aku cuba bangun dan akhirnya berjaya. Tangga usaha kejayaan.

Aku jalan lagi ke hadapan tapi tiba-tiba kedebupp!! Kali ini aku langgar orang ke?

Sekali lagi aku terjatuh kali ini terduduk di atas lantai hospital.

"Hei lain kali tengoklah dulu orang jalan! Ni tak..habis skrin telefon aku pecah dibuatnya. Kau buta ke apa hahh?" Jerkah seorang lelaki berdiri menghadap aku sambil bercekak pinggang garang. Siapa dia? Aku pun tak tahu. Tapi..tak mungkin nurse atau doktor.

"Hishhh.." lelaki itu berdecit geram sambil memandang skrin telefonnya yang sudah terpecah sikit itu. Selepas itu, dia terus berlalu pergi meninggalkan aku yang terkial-kial mahu bangun ini.

Aku tersentap. Bibir mula menggigil perlahan.

Aku..memang buta pun. Kauorang memang jahat. Salah ke kalau aku dah jadi buta macam ni?

Aku menggepalkan tanganku geram. Niat di dalam hati semakin membuak-buak mahu lakukan. Aku...mahu pergi jauh dari sini. Mahu pergi ke mana saja asalkan dapat jauhi dari orang lain! Jauhi dari semua orang! Sekarang aku dah cacat. Salah satu tubuh luaran anggota aku sudah tidak berguna..

Tubir mataku terasa panas seperti mahu menangis. Aku harus bangun sebelum sesiapa yang kenal aku nampak aku di sini.

Dengan susah payah aku bangun dan teruskan berjalan sambil memegang dinding.

Mata mengerdip lemah sambil menitiskan air mata mengenang nasib sendiri. Kenapa? Kenapa ini terjadi? Aku..rasa macam nak mati. Rasa sangat down. Hati ini..hati ini tak dapat tahan bebanan gelora di dada lagi. Ia tak dapat menahan sakit lagi. Rasanya seperti mahu mati tau tak? Rasa mahu mati..dan rasa tak bermakna lagi untuk hidup seperti ini. Hidup dalam kegelapan ini..ia.. membuat aku takut..

I-Ini adalah hospital yang aku biasa pergi untuk mengambil ubat mama di sini setiap minggu sekiranya ubat mama habis. Bagaimana aku tahu? Semua ini kerana ada seseorang yang bagitau aku berada di hospital mana. Jadi aku memang sudah kenal benar selok-belok hospital ini. Termasuk jalan utama untuk keluar. Walaupun.. mempunyai mata yang tidak boleh melihat lagi. Aku boleh merasakan dengan tanganku sendiri untuk meraba dinding. Aku masih ingat jalannya. Ia hanya terus berjalan straight ke hadapan dan kat situ akan jumpa jalan keluar. Ingatan aku masih kuat lagi jalan arah di hospital ini. Lagipun, hospital ini taklah terlalu besar.

Seorang nurse yang baru siap kerjanya baru terfikir mahu menengok pesakit di dalam sebuah bilik wad. Tadi pun dia disuruh oleh seseorang untuk tolong tengokkan seorang pesakit di bilik wad ini. Tetapi, masuk-masuk saja bulat matanya apabila terpandang katil bilik wad ini yang kosong. Hanya ada bantal dan selimut yang tidak kemas di atas katil.

Nurse itu automatik beriak cemas dan takut. Dia pergi berlalu mencari ke bilik air pula.

"Cik Farah.." dia mengetuk pintu bilik air bertubi-tubi. Tetapi malangnya, tidak ada sesiapapun yang menyahut. Akhirnya dia membuat keputusan untuk terjah masuk terus ke bilik air. Bertambah cemas dibuatnya apabila melihat bilik air turut kosong tiada orang.

"Macam mana ni? Tadi ada seorang lelaki suruh aku tengokkan pesakit bilik wad ni tapi lihat-lihat dia dah tak ada. Ahhh..lalainya kau Ryna." Gumam nurse itu sendirian mengalahkan diri sendiri kerana terhanyut dengan kerja sampai terlupa mahu jenguk-jenguk pesakit bilik wad ini.

Baru dia terfikir yang dia ada kad nombor lelaki itu. Nurse tadi terus menekan ke skrin telefon berkali-kali cuba mendail nombor Karen itu untuk menghubunginya segera.

"Hello.."

"Hello Encik..ini saya nurse yang encik bagi kad pada saya kat hospital tadi tu. Sebelum Encik keluar, encik..pesakit yang encik kata tu tiba-tiba tiada di bilik. Saya dah cuba cari dalam bilik air tetapi tiada juga. Macam mana ni encik?" kata nurse itu mula resah.

"Maafkan saya encik..Saya yang terlambat. Terlalu sibuk dengan kerja. Maafkan saya..saya yang lalai." kata nurse itu perlahan dengan serba-salah.

Manakala mulutnya mula berceloteh sendirian menggerutu kesal terhadap diri sendiri.

"What?! F-Farah..Farah tiada dalam biliknya?! Ermm..okey takpe..terima kasih kerana beritahu saya." kata Karen yang terus menutup panggilan dengan nurse itu. Kelihatan nada bunyi suaranya begitu risau.

Terasa rambut panjang ku diterbang angin lembut. Wajah ditampar lembut oleh angin di sini. Sedar-sedar saja aku sudah berada di luar hospital. I-Ini..kat hadapan aku macam ada jalan raya je.

Sebab bising dengar bunyi riuh-rendah macam kenderaan yang banyak lalu melintas jalan lalu-lalang di hadapan.

"Kak! Farah..Farah dah hilang!!" Jerit Karen resah di situ juga. Orang sekeliling mula pandang-pandang apabila mendengar jeritan Karen itu.

"Hahh?!!" Puteri turut terjerit kecil terkejut dan terpempan. Dia tidak dapat mengawal suaranya lagi.

"Kalau macam tu..jom! Mari cepat balik ke hospital! Mungkin..Farah masih tak jauh dan hanya berkeliaran di dalam hospital." kata Puteri. Dia mencantumkan keningnya.

"Adik..adik..aduhh kenapa termenung ni? Orang nak cepat ni. Jomlah cepat. Kak risau gila dah ni.." kata Puteri menarik tangan Karen mahu pergi dari sini.

'Haih, sempat lagi termenung.'

Tapi, pandangan Karen hanya tertumpu ke suatu arah. Matanya dikecilkan. Cuba analisis sesuatu di hadapan.

Apabila terpandang sisi wajah yang dia kenali terus dia menuding jari ke arah tubuh seorang perempuan persis Farah itu. Kebetulan, perempuan itu juga memakai pakaian wad hospital sama seperti Farah.

Yeah, dia kenal sangat tubuh belakang tu. Itu mesti Farah!

"Kak! Farah ada di situ..cepat.." cemas Karen apabila sudah sedar Farah semakin hampir dengan maut.

Kereta kenderaan hanya laju melintas jalan. Manakala aku..cuba berjalan ke hadapan perlahan-lahan. Aku tersenyum dalam kepedihan. So...this is my last? Mati kerana bunuh diri? Jika ini memang takdirnya maka..aku akan pilih jalan ini.

Selamat tinggal wahai dunia yang kejam..selamat tinggal..setitis air mata menitis laju ke pipi. Aku semakin hampir dengan jalan raya yang sibuk sesak dilalui oleh kenderaan-kenderaan lain tanpa mengenal erti berhenti ini.

Hanya dengan selangkah, kaki aku akan pijak ke jalan raya ini. Dan hanya sesaat aku akan dilanggar. Aku menelan air liur pahit yang terasa tersekat di kerongkong. Cuba menahan rasa gelora di dada.

So..Let me end my life..alone here..Farah Mikayla takkan hidup lagi di dalam cerita ini. I hope..in my next life..aku takkan rasa sesakit seperti ini lagi dan..tak perlu menghadapi semua kesukaran ini lagi..Mataku sudah berlinangan dengan air mata.

Aku memejam kelopak mataku perlahan. Cuba bersedia untuk ini. Setitis air mata jernih menitis ke pipi .Perlahan-lahan aku mengangkat kaki kanan ku mahu memijak ke hadapan jalan raya tar. Bersedia untuk dilanggar.

"Farah!!" Aku tersentak. Spontan aku tidak jadi melangkah ke hadapan. Suara tu..macam familiar.

"Ahhh.." aku terjerit kecil apabila terasa pergelangan tangan ditarik kuat oleh seseorang ke belakang.

Disebabkan aku tidak dapat mengimbangi diri dengan baik terasa tubuh tersandar ke dada bidang seseorang dan terpeluknya. Yang peliknya, lelaki itu turut memeluk aku dengan sengaja.

Aku mengundur langkahku setapak ke belakang.

"K-Karen?" Mata mengerdip dengan rasa tak percaya. Pelukan hangat ini..aku dapat cam. Ianya adalah sentuhan Karen. Sentuhan yang hangat dan menyenangkan.

"Farah!!" jerit Puteri di situ. Dia terus menerpa ke arah aku dan menyambar tangan ku lembut. Wajahnya beriak risau.

"Farah..kau..tak apa-apa?" Soal Puteri dengan risau.

Aku menggeleng kecil. Bibir mengukir senyuman kelat.

"K-Kenapa korang ada di sini? Korang...tak patut jumpa aku di sini. Tinggalkan aku. Selepas itu, kau akan lihat tubuh ini tidak akan bernyawa lagi." kata-kata aku yang berjaya mengejutkan mereka.

"Farah! Apa yang kau cakap ni?! Jadi tadi..kau memang sengaja? Kau..kau nak bunuh diri sendiri?" Soal Puteri bertubi-tubi.

Dia memandang aku dengan reaksi tidak percaya. Terasa tubuh aku ditarik lagi ke dalam pelukan seseorang. Terasa bahu aku basah dengan air mata seseorang. Telinga dapat mendengar dengan baik esak tangisan kecil Puteri apabila memeluk aku. Aku tak membalas pelukannya. Hanya berdiri kaku.

Aku memejamkan mata. Kening tercantum. Tangan di sisi aku genggam sekuat hati.

"Tolong jangan buat macam tu Farah..kau tak boleh bunuh diri sendiri..hiss..hiss..aku takkan biarkan itu berlaku. Kau..cuma kawan yang aku ada Farah.. Tak kira kau dah tak boleh melihat lagi atau tidak.. yang aku tahu kau tetap kawan aku Farah. Sampai bila-bila.." Kata Puteri sayu.

Aku menahan sebak di dalam dada. Terharu. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga ke pipi.

Aku mengetap bibir bawahku lagi.

"Maafkan aku.." bisik aku perlahan padanya cuba menahan rasa gelora di dada.

Puteri menggeleng kecil dan semakin mempererat pelukannya terhadap aku. Sedangkan Karen memerhati kami lama.

Aku memaksa Puteri untuk melepaskan aku dari pelukannya. Semakin aku bersama dengannya semakin membuat aku rasa berat mahu tinggalkan dunia ini.

"Lepas..."

"Tak..tak nak.."

"Puteri..a-aku kata lepas.." kata aku datar.

"Tak!! Aku tak nak lepaskan kau..hisk..hisk kenapa kau tiba-tiba jadi macam ini? Kau..dah lain Farah.."

"Kalau kau rasa aku dah lain..kau lepaskan aku Puteri."

Puteri masih berdegil dan keras kepala. Dia menggeleng kecil berkali-kali tidak juga mahu lepaskan aku dari pelukannya.

Aku sudah serupa mahu menangis dah. Puteri.. kenapa kau tak nak lepas?

"Puteri Ilynia Khan..aku kata lepas! Lepaslah!!" Jerit aku keras padanya dan terus menolaknya kasar sehingga Puteri terundur sedikit ke belakang. Nasib Karen sempat menahan belakang Puteri dari terjatuh.

"Farah..kau..kau tolak aku?" Soal Puteri sedih.

Aku menyeka kasar pipiku yang sudah berair mata. Dada turun naik menahan sesak.

"Maafkan aku.. maafkan aku.." hanya itu yang aku mampu katakan padanya. Hati kecilku menjerit.

Puteri..tolong..tolong aku..Aku rasa..Sakit! Sakit sangat-sangat. Maafkan aku Puteri..my love bff. Aku.. terpaksa.

Perlahan-lahan kaki mula menapak ke hadapan seperti tadi.

Puteri dengan Karen sudah tercengang.

Seperti yang aku sangka, baru sempat aku mahu melangkah lagi terasa tangan disambar lagi sekali oleh seseorang dari belakang.

Tarikan kuat tangannya pada tanganku membuat tubuhku secara serentak menghadap ke arahnya.

"Tolong jangan buat macam ni Farah..awak tak kesiankan kami semua ke? Awak..selfish Farah. Selfish.. Awak langsung tak fikir perasaan kami semua ke? Aunty Maria..Uncle..saya.. Puteri..Kyran semua orang sayang awak. Tak kira keadaan awak bagaimana sekalipun! Kiteorang..tetap sayang Farah Mikayla. Kiteorang akan sentiasa jaga awak. Kenapa malah awak ambil jalan semudah ini? Tak ke selfish namanya itu?" kata Karen yang memandang aku dengan tepat.

Aku tidak berkata apa. Kata-kata Karen betul-betul menyentap ke tangkal hati.

Karen melihat mata aku yang menitis air mata. Dia tahu..dalam hati aku masih ada lembutnya lagi. Dan dia dapat tahu rasa apa yang aku rasa.

Selepas lama aku berdiam diri akhirnya aku bersuara lelah. Anak rambut yang terbang menutupi sekerat wajahku aku selit ke belakang telinga.

"Berada dalam kegelapan..aku pernah rasa itu. Tapi kali ini.. rasanya lain macam. Kali ini.. kegelapannya lebih sungguhan. Hisk..hiskk..jantung ini..jantung ini asyik berdebar laju bagaikan mahu tercabut." Aku menumbuk dada aku bertubi-tubi.

"Kepala ini..kepala ini terasa mahu pecah.." aku menyentuh kepala aku pula.

"Arhhh..!!" aku menjerit kecil. Seperti perasaan takut, trauma, gelisah, sedih bercampur satu. Air mata satu per satu mengalir ke pipi.

Ia mengguris hati Puteri dan juga Karen apabila melihatku seperti ini. Tangan aku yang menyentuh kepala mula terketar-ketar.

Karen yang mendengar tanpa sengaja menitiskan air mata juga.

"Farah..." Belum sempat Karen mahu berkata apa aku sudah memotongnya.

"S-saya teringin mahu tamatkannya di sini..Karen. Hisk..takut. Saya takut.. Puteri, aku takut.. takut sangat. I-Ini sangat gelap. Dan aku..akan sendiri sentiasa hidup dalam gelapnya ini. Bukan sementara tapi buat selamanya.. Setiap kali aku membuka mata.. kelihatannya seperti aku memejam mata. Sangat gelap. Setiap kali aku membuka kelopak mata juga.. kegelapan ini seakan menghimpit aku..menghimpit hati dan jiwa aku.. sehingga membuat a-aku..sendiri tidak dapat menanggungnya lagi. Sekarang..jiwa aku dah terasa kosong. Kosong. Sudah tidak ada lagi erti untuk aku hidup.." kata aku perlahan. Kedengaran bunyi esakan kecil dari bibirku.

Telinga dapat mendengar dengan jelas dan merasa mereka berdua seperti sedang bersedih. Aku turut menangis.

"Hisss..hisss.."

Dengan lembut aku menepis tangan Karen yang menyentuh tanganku lembut.

"Maaf..aku.. sayangkan korang semua.. maafkan aku..aku cuma..dah tak boleh.." ujar aku sebak semakin melangkah ke hadapan.

"Okey fine! Pergi.. pergilah bunuh diri! Kalau awak memang nak kami semua menangis dan menderita tanpa awak pergilah..Bunuh dirimu...nak tahu? Sepanjang awak dibedah dan tidak sedarkan diri. Kami semua..kami semua tidak henti-henti berdoa dan menangis tau tak? Semuanya kerana Farah Mikayla! Tak ada sebab lain. Tapi.. I-Ini yang awak balas?"

Langkah aku serta-merta terhenti. Dapat aku rasa..aku semakin hampir dengan jalan raya.

B-betul ke apa yang Karen cakap? Farah..boleh ke kau tukar fikiran sekarang? Setelah kau bersuara dan lalui semua ini kau masih mahu hidup lagi? Kenapa aku rasa teragak-agak pula? Apa maksud perasaan ini?

Tiba-tiba tubuhku terasa dipeluk oleh seseorang dari belakang. Karen melingkarkan tangannya dari pinggang hingga ke perutku. Aku menahan nafas. Rasa tersentak. Kenapa dia masih tidak lepaskan aku?

"Saya minta maaf..saya tak bermaksud pun. Saya tak nak awak bunuh diri Farah..demi Tuhan kalau awak bunuh diri.. hidup saya pasti tidak akan bermakna lagi. Bukan saya saja, Puteri..semua orang. Awak nak ke itu terjadi nanti? Hidup seperti mayat hidup?" Bisik Karen perlahan di telinga aku.

Nafasnya menampar lembut leherku.

Aku terpana. Bulat mataku. Dada aku turun naik..tak..hisk hisk aku tak nak itu terjadi.

"Kalau..awak tidak mahu melakukan ini lagi..peluklah saya seerat mungkin di hadapan awak. Saya sudah bersedia mendepakan tangan menunggu awak masuk ke dalam dakapan." kata Karen perlahan meleraikan pelukan di pinggang aku. Dia kini menghadap aku ke hadapan dalam posisi mendepakan kedua tangannya. Matanya tepat merenung aku yang seperti anak mata memandang pokok.

Aku tak dapat melihat. Jadi apa aku hanya boleh menerpa ke hadapan dan memeluknya?

Karen dan Puteri sudah saling berpandangan. Masing-masing menanti dengan penuh sabar jawapan dari tindakan ku sendiri.

Aku menelan air liur kasar.

"Saya pilih mahu peluk awak.." kata aku yang terus menerpa ke hadapan mahu memeluknya.

Karen tersenyum. Dia membalas pelukan aku tidak kalah erat juga dan mencium lembut ubun-ubun aku.

Manakala Puteri sudah menekup mulutnya. Air mata mengalir ke pipi. Dia turut memeluk aku dari belakang. Akhirnya kami bertiga memeluk sesama sendiri dan tertawa kecil dalam kesedihan.

**********
Puteri pov

"Farah..kau berehatlah. Ingat, jangan cuba-cuba nak lari lagi tau?" kata aku mencubit pipi gebunya geram.

"Hehe okey boss. Saya menurut perintah." kata Farah tertawa kecil.

Aku dengan Karen sudah tersenyum senang. Nampaknya, Farah semakin membaik.

"Puteri..." Kelihatan Farah menggawang-gawang sebelah tangannya seperti tercari-cari sesuatu. Aku terus memegang tangannya.

"Ya?" Farah tersenyum kelat.

"Maafkan aku..sebab terkasar dengan kau tadi.." kata Farah perlahan dengan serba-salah.

Aku tersenyum kecil.

"Tak adalah. Aku dah lama maafkan. Lagipun, aku faham. Dah² jangan sedih.." Farah mengangguk kecil. Tetapi, dalam hati tiada siapa yang tahu.

"Farah..Farah..kamu tak apa-apa. Mama dengar dari nurse kamu tadi hilang. Kamu pergi mana nak?" Soal aunty Maria gelabah risau yang sedari sudah masuk ke sini. Dia menerpa ke arah Farah dan memeluk Farah erat. Bahu Farah diusapnya lembut.

Farah tak berkata apa. Hanya tersenyum. Gayanya itu senyuman kelat. Aku tahu itu. Farah nampak saja baik tapi..dia sepenuhnya belum baik. Dalam hatinya, kita tak tahu sama ada dia pendam sesuatu.

Teringat lagi aku dengan kata-kata Farah tadi..

"S-saya teringin mahu tamatkannya di sini..Karen. Hisk..takut. Saya takut.. Puteri, aku takut.. takut sangat."

"Berada dalam kegelapan..aku pernah rasa itu. Tapi kali ini.. rasanya lain macam. Kali ini.. kegelapannya lebih sungguhan. Hisk..hiskk..jantung ini..jantung ini asyik berdebar laju bagaikan mahu tercabut.."

"Kepala ini..kepala ini terasa mahu pecah..arghh..so tell me something.. bagaimana boleh aku baik-baik saja?"

Yeah, kata-kata tu asyik terngiang-ngiang di kepalaku. Farah benar-benar dalam kemurungan dan kesakitan. Buat masa ini, aku dengan Karen akan terus bersama dengannya sehingga dia jadi sembuh dan dapat terima kenyataan perit itu. Aku akan tunggu. Aku yakin..suatu hari nanti. Waktu tu..akan kelak tiba juga nanti.

"Kyran. Aha Kyran. Dia kemalangan dengan aku juga. Puteri, bagaimana keadaan dia? Dia tak apa-apa kan?" Soal Farah bertubi-tubi risau.

Aku berjeda. Bibir mengukir senyuman hambar.

"Kyran..berada dalam keadaan koma. Doktor kata mungkin akan jadi berbulan-bulan atau bertahun-tahun baru dia akan sedar..." Ujar aku perlahan dengan nada kendur.

Ada satu perkara yang aku tak beritahu pada Farah. Namun, itu hanya aku pendam dalam hati.

Farah terkesima. Dia terkejut dan terkata. Farah sudah menekup mulutnya. Dia mengusap lembut tanganku cuba mengalur kekuatan padaku. Aku hanya tersenyum segaris.

"Puteri..kau tahu tak..macam mana kami dua boleh kemalangan? Sebenarnya, kami bukan kemalangan tapi kerana brek kereta Kyran yang tiba-tiba tersekat."

Aku tersentak.

"M-Maksud kau Farah?"

"Ya Puteri. Kemalangan ni..bukan kerana Kyran cuai tetapi..ia seperti sudah dirancang. Kyran hanya memandu cermat seperti biasa. Waktu tu kami juga berbual dan bergurau senda di dalam kereta macam tidak ada apa yang berlaku pun. Tetapi, tanpa kami sangka... kejadian yang tak diingini telah berlaku."

"Waktu tu kiteorang takut sangat sebab tiba-tiba kereta Kyran tak boleh brek. And last² Kyran kehilangan luar kawalannya. Dia tak berjaya kawal kereta itu dan..."

Pinn...pinn..!!!

"Kyran!! Kyran!! Watch out!! Arghh..help!!"

Sreeeeeekkkk...!!!

Bumppp!!

"Dan..saat itu sedar-sedar saja aku dah tak boleh nampak apa-apa..waktu tu yang aku cuma rasa hanyalah sakit, sakit dan sakit.." kata Farah perlahan mula bercerita perihal kemalangan yang dia baru alaminya.

Aku..sudah menitiskan air mata. Tergamam. Tangan di sisi aku ramas kasar. Mulut sedikit menggigil. Tangan di sisi sudah terketar-ketar. Sambil kening dicantumkan seperti menahan rasa.

"Balqish..." Spontan nama itu meniti ke bibirku.

Farah sudah mengerutkan dahinya.

"Kau syak dia?" Aku tak berkata apa terus mengangkat kaki pergi dari sini.

"Kak..wait..kak nak pergi mana?" Terasa tangan ditarik lembut oleh adikku dari belakang.

"Tunggu sini..kakak ada sesuatu yang perlu untuk diuruskan. Nanti kak datang lagi.." kata aku kembali menarik lembut tangannya dari tanganku.

Farah sudah beriak panik.

"Puteri! Puteri! Tolong jangan pergi ke perempuan psiko tu! Dia boleh buat macam-macam pada kau!" Laungan Farah dari dalam. Karen tersentak mendengar laungan Farah.

Namun, sudah terlambat aku sudah keluar dari bilik wad Farah. Mata mencerlung tajam ke hadapan. Kaki berjalan laju ke hadapan. Tangan aku gepal sekuat hati.

Tika ini, pandangan mata aku hanya penuh dengan dendam, sakit dan benci.

Air mata menitis perlahan ke pipi.

"Balqish..kau..dah melampau. Aku..dah tak boleh bersabar lagi.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience