Bab 79: I miss him

Romance Series 10664

Kyran tersentak. Dia memandang tepat ke wajah aku. Reaksinya seolah-olah meminta aku untuk explain.

"Tak ada apa yang perlu untuk dijelaskan, Kyran. Cepat atau lambat awak akan ingat. Kalau awak tahu jawapannya pun..awak rasa kita boleh jadi seperti dulu ke? Kalau hati tu..sudah tidak ada rasa cinta awak pada saya. Semuanya sudah hilang bersama dengan ingatan awak.." kataku perlahan cuba menahan rasa.

Tiba-tiba..

"Arhh..erggh.." aku memegang dadaku. Badan terbongkok sedikit. Mata dipejam rapat sambil kening tercantum cuba menahan sakit. Dia datang lagi. Sakit tu..datang lagi.

"Uhukk..uhuk.." Kyran yang perasan perubahan aku cuba untuk menghampiri.

"A-awak okey?" Soalnya dengan terselit nada risau di situ dengan perubahan aku yang secara tiba-tiba ini.

Aku hanya menggeleng kecil seraya mengangkat tangan supaya tidak risaukan aku. Kyran yang terpandang isyarat aku terus tidak jadi mendekati aku. Aku berjalan perlahan meninggalkannya di situ sambil tangan masih melekap ke dada. Kening asyik tercantum.

Kyran memandang sepi tubuh belakang aku yang hanya selamba mendahuluinya.

Dalam fikiran aku sekarang ni cuma nak balik saja.

"Uhukk..uhukk.." sekali-sekala aku melepaskan batuk. Aku menekup mulut. Terasa cairan hangat mengalir ke telapak tangan.

Seperti yang aku sudah agak ia memang darah.

"Uhukk..uhukk.." a-aku harus cepat balik sebelum... siapa-siapa nampak aku di sini.

Dadaku mula tercungap-cungap betapa sakit dan sukarnya untuk aku alami semua ini.

Tuhan... berikanlahku kekuatan..

Saat aku berjalan seorang diri di tepi jalan sambil terbatuk-batuk kecil tiba-tiba ada kereta yang lalu di tepi aku. Tanganku mencengkam dada ini dengan kuat.

Aku ralit melayan perasaan sendiri sampai langsung tak sedar kereta lalu di tepi aku. Teksi..takkan tak ada teksi langsung di sini? Bas ke..

"Puteri.." Tiba-tiba seseorang memanggil nama aku dari belakang.

"Hmm?" Aku menoleh ke belakang dan cuba mengecilkan mata melihat gerangan siapa yang memanggil. Pandangan mataku semakin kabur dan..

"Arhhh..." Aku terduduk di atas jalan tar.

"Puteri!!" Audrey terus mendapatkan aku dan duduk mencangkung di tepi aku. Kelihatan riak wajah itu begitu risau dan cemas.

Dia menggoyang bahuku lembut.

"Puteri..awak tak apa-apa?" Soal Audrey risau.

Aku tidak berkata apa dan terus batuk tanpa henti.

"Uhukk..uhukk.." darah mula banyak membuak-buak dari mulutku. Terasa kegelapan semakin menghampiriku. Audrey yang melihat darah keluar dari mulut aku terkejut.

Aku terjatuh bersandarkan ke dada bidangnya. Akhirnya aku jatuh tidak sedarkan diri di sini.

"Puteri... Puteri..!!" Audrey cuba mengintai wajah gadis itu. Darah pekat yang terkena dagu Puteri diseka lembut dengan jari runcingnya. Terus dicempungnya tubuh kecil itu ala bridal style dan membawa masuk ke dalam perut keretanya.

*********
Author pov

Audrey memandang lama ke arah wajah pucat itu di atas katil hospital. Tangan Puteri disentuhnya lembut. Tanpa dirinya sedar, air mata tiba-tiba mengalir ke pipinya.

"Puteri..kenapa awak degil tak mahu ambil rawatan, hahh? Awak tahu kan..saya rasa risau sangat dengan awak. Saya hampir hilang akal dibuatnya kalau awak asyik terus-terusan begini." kata Audrey perlahan seorang diri. Tak semena-mena air mata jantannya mengalir ke pipi.

Yeah, Audrey sudah tahu tentang penyakit Puteri malah dialah orang pertama yang tahu itu. Waktu dia jumpa Puteri di tepi jalan kelmarin bukanlah suatu kebetulan. Dia cuma tahu yang Puteri akan keluar nanti dari majlis Kyran melalui jalan tu nanti. Majlis Kyran.. memang sudah masuk dalam YouTube. Termasuk Puteri yang sedang menyanyi di atas pentas. Sebab itu dia boleh tahu.

Puteri mula tahu penyakitnya pun dari Audrey. Sebab doktorlah yang memberitahu Audrey selepas memeriksa dalaman tubuh Puteri ketika di wad hari tu. Hanya Audrey yang tahu ketika itu. Tak sangka, Puteri sudah mengalami penyakit kanser paru-paru sejak lama lagi. Cuma..dia saja yang tak sedar. Dan sejak itu, Puteri melarang Audrey untuk beritahu sesiapa dan merahsiakan tentang penyakitnya. Mula-mula Audrey tak setuju tapi bila melihat Puteri asyik merayu padanya dia jadi putus-asa dan akhirnya bersetuju dengan syarat Puteri harus buat rawatan susulan di hospital.

Tiba-tiba kedengaran erangan kecil dari Puteri. Puteri cuba membuka kelopak mata secara perlahan.

"Puteri, awak dah bangun?" Soal Audrey. Dia tersenyum kecil apabila memandang kelopak mata Puteri yang sudah terbuka.

Puteri menoleh kepala ke kanan memandang Audrey. Dia cuba untuk bangun. Cepat-cepat Audrey pegang lengannya lembut membantu dirinya bangun dari pembaringan. Puteri bersandar di kepala katil. Dia tersenyum apabila mata mereka berdua bertembung.

"Audrey, terima kasih..kalau tiada awak entah apalah yang akan jadi pada saya nanti. Dah dua kali awak selamatkan nyawa saya.." kata Puteri dengan lembut.

Audrey hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Puteri.

"Awak..saya mohon tolong ambil rawatan please? Awak kan dah janji dengan saya hari tu..yang awak akan tetap ambil rawatan macam mana sekalipun." kata Audrey.

Puteri tersenyum kelat.

"Yeah, awak jangan risau ya? Saya.. akan pasti akan ambil rawatan." kata Puteri lembut.

Audrey melirik lama ke arah Puteri. Tiba-tiba dia menarik Puteri ke dalam pelukan eratnya.

Puteri tersentak.

"A-Awak..walau apapun yang terjadi..saya akan sentiasa sokong awak. Awak harus hidup lama. Awak tak boleh tinggalkan saya. Puteri, I love you. I love you so much. Saya sangat cinta dan sayang awak bagai nak gila. Sejak dulu lagi.." kata Audrey akhirnya terluah juga perasaannya yang terbuku dalam hatinya selama ini terhadap Puteri.

Puteri terkedu seketika. Matanya terkebil-kebil di dalam pelukan Audrey.

'Audrey.. cintakan aku? A-Aku tak salah dengar kan?' Desis Puteri dalam hati. Luahan hati Audrey buat dia tak terjangka bahwa Audrey selama ini simpan perasaan terhadapnya.

"A-Audrey..saya.."

"Shhh, it's okay. Mungkin saat ini awak langsung tak ada rasa untuk saya. Awak boleh beri jawapan nanti. Saya akan tunggu, Puteri. Selama mana saya akan tunggu awak ..untuk kembali pada saya suatu hari nanti." kata Audrey perlahan. Dia semakin mempererat pelukannya dengan Puteri.

Puteri tidak membalas pelukannya. Hanya terdiam bisu di situ tanpa berbuat apa. Kata-kata Audrey masih cuba untuk dihadamnya.

'Audrey, kenapa awak harus simpan perasaan untuk saya?..Sedangkan awak tahu yang saya hanyalah cintakan Kyran seorang. Mana mungkin cinta aku terhadap Kyran akan pudar dan beralih cinta pada orang lain.'

'Saya akan buat awak terperangkap dengan saya, Puteri. Sehingga awak tak akan mampu lagi untuk melepaskan diri.'

**********
Keesokannya..

Farah pov

Teringat aku dengan kata-kata Puteri. Bila asyik teringat rasa macam ini mimpi buruk buat aku. Rasa macam tak percaya kawan baik aku sendiri ada kanser. Malah kanser tu tahap 4. Bukan tahap 1 atau 2 tapi 4! Ahh..ia buat aku rasa sedih sangat bila fikirkan balik.

Tuhan..walau apapun terjadi tolong panjangkan umurnya dan dijauhi segala musibah dan penyakit. Engkau kuatkanlah dirinya..

Teringat lagi aku dengan kata-kata Puteri.

Imbas kembali..

"Farah, aku nak kau rahsiakan perkara ini dari siapapun. Tak kira siapa. Aunty ke adik aku ke.. Kyran ke..tolong jangan beritahu siapa-siapa? Hanya kau yang aku boleh beritahu saat ini."

"What?! Kau nak aku rahsiakan? Puteri, ini melibatkan nyawa dan mati kau tau? Kalau perkara ni.. dirahsiakan macam mana kau mahu dapat sokongan untuk hidup? Kau tahu kan.. dengan melawan penyakit seorang diri tanpa semangat atau sokongan itu tak boleh jadi juga." kata Farah benar-benar tidak setuju sekiranya penyakit Puteri dirahsiakan.

"Farah, aku mohon..tolong faham aku. Aku tak nak mereka semua risau nanti. Tolonglah, Farah. Hanya kau saja yang aku beritahu. Kalau kau tetap mahu beritahu perkara ni pada mereka juga maka aku takkan ambil rawatan Farah." kata Puteri nekad.

Ala...dia main ugut-ugut pula..

"Ermm..aku tak janji tapi..bila kau ugut aku macam ni..ahh aku takkan bagitau lah kalau macam tu.." kata Farah seraya mengurut dahinya. Dahinya yang berkerut seribu nampak macam orang stress dan serabut beno di situ. Mana tak serabut..kalau tiba-tiba Puteri kata macam tu. Haih, geram pula Farah dibuatnya. Geram sebab Puteri lebih kisahkan orang lain dari diri sendiri. Alasannya, dia tak nak beritahu orang lain kerana takut mereka akan bersedih bila dapat tahu penyakitnya sendiri. Apatah lagi, penyakit yang namanya kanser.

"Janji?" Puteri menunjukkan jari kelingkingnya.

"Hmm...janji." akhirnya dengan hati yang cukup berat dia tunjuk jari kelingkingnya itu. Puteri memaut jari kelingkingnya sambil tersenyum segaris.

Imbas kembali tamat~

Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar. Sungguh, hati ini takkan tenang bila dapat tahu hal tu. Rasa...sayu saja hati ini. Rasa sebak dalam masa yang sama rasa takut. Rasa takut mahu kehilangan sahabat baik sendiri yang bernama Puteri. Puteri, bagiku dia perempuan yang cukup baik. Malah, kami dua dah lama berkawan. Sukar untuk aku hadap semua ini. Walaupun Puteri yang alami, tapi aku yang rasa sedih sangat padanya.

Agak-agaknya Puteri sedang buat apa ya sekarang ni? Kalau boleh, nak saja aku duduk bersamanya setiap jam setiap saat hanya bersamanya.

Tiba-tiba...sedang aku ralit termenung sendiri terasa pipi dicuit lembut oleh seseorang. Membuat kepala ku terteleng sedikit. Ahhh..lupa pula aku tak boleh nampak.

"Siapa tu?" Namun, tidak ada suara yang menyahut.

"Siapa tu? Jawablah..kalau kau orang jahat aku cepuk tongkat ni kat badan kau ehh..kau jangan cari pasal walaupun aku tak boleh nampak..tapi aku boleh rasa tau?" Namun, seperti tadi masih tiada suara yang menyahut atau berkata-kata.

Hanya kedengaran suara manusia yang berkeliaran di taman ini. Haih, mana Karen ni? Dia yang tinggalkan aku di sini...lepas tu dia menghilang pula. Huhu, aku dahlah duduk kat sini sorang-sorang.

Kedengaran suara seperti ketawa mengekek-ngekek. Kini, rambut aku pula menjadi sasaran ditepisnya membuat aku semakin tidak senang duduk. Ohh, dia main-main ye?

"Ahh, beritahulah cepat. Siapa awak?? Kenapa ganggu aku, hahh?? Haish, nak kena ni.." muka ku mula merah sedikit menahan geram. Rahang diketap. Mentang-mentang aku buta boleh pula orang tu ye?

Tak lama kemudian, tanganku tiba-tiba kali ini dipegang lembut oleh seseorang. Aku hampir terjerit dan mahu menepis. Bila mahu menggigit tangan orang tu yang erat memegang tanganku hangat tetapi tidak jadi apabila aku merasakan sentuhan hangat tu..aku rasa kenal. Ianya adalah Karen.

"Karen..awak ke tu??"

Karen tersenyum manis. Dia duduk di sebelah dan mengengsot rapat ke sisi aku.

Daguku dicuitnya lembut.

"Awak memang dapat cam ni saya ke? Walau dengan hanya sentuhan? Macam mana awak boleh tahu eh?" soal Karen sengaja menduga.

"Entah..." kata aku selamba. Aku tersenyum kecil.

"Ehhh...entah awak cakap?? Tapi, kalau saya cium awak macam ni macam mana pula?" kata Karen merapatkan wajahnya ke arah aku. Dapat aku rasakan hembusan nafas menampar lembut ke pipi aku.

Cuppp!!

Terkejut beruk aku di situ apabila terasa pipi kananku dicium lembut olehnya. Tergamam. Karen sudah tertawa kecil mengena.

Muka aku memang tak boleh cakap lah. Habis pucat semacam. Rasa terkejut ni masih belum reda lagi. Seakan dapat kejutan elektrik.

"Hehehehe.." Karen masih dengan tawa sisanya. Seronok buat aku terkejut macam tu.

"Eyyhhh!! Awak ni.." aku menampar-nampar lengannya berkali-kali.

"Aduhh...aduhh..sakit! Janganlah.." Karen menangkap tangan kecilku yang tidak henti-henti memukul lengannya.

Aku tersentak. Kenapa aku rasa begitu selesa walaupun dia sentuh aku? Aku tak pernah rasa macam ni.. dengan lelaki lain. Hanya dengan Karen..aku rasa tenang. Rasa diri cukup selamat kalau setiap kali bersama dengannya.

"Farah..do you want to dance with me??" Soal Karen.

Aku terkedu.

"Menari? Di sini? Sekarang? Seriously?" Aku sedikit pelik dengan permintaannya itu.

"Yeah, saya dah tahu cara mahu menari atas ajaran awak pada saya selama ni dulu. Dan...bila saya dah pandai menari ni saya nak awak sebagai perempuan pertama yang menari dengan saya. Err..awak tak nak ke?" kata Karen sambil merenung tepat wajah cantik di ruang matanya.

Kata-katanya membuat aku tersenyum.

"Boleh, saya tak kisah. Tapi disebabkan saya tak boleh melihat ni..mungkin boleh jadi kalau saya terpijak kaki awak hehe."

Karen tertawa kecil.

"It's okay." Tak lama kemudian, tanganku kembali disentuhnya lembut. Aku berdiri tanpa tongkat sambil tangan erat disentuh olehnya. Aku turut membalas cantuman jemari tangannya lembut.

Dia mula memusingkan tubuhku berkali-kali sehingga membuat senyuman serta-merta menghiasi di bibir kami. Karen sudah tersenyum manis apabila dapat menyambut tubuhku. Secara perlahan-lahan dia mendirikan aku semula. Kini, wajah kami begitu hampir sehingga dahi kami bersentuhan.

'Farah...I love you.'

'Karen, kalaulah awak tahu..yang saya telah membuat kesilapan besar dengan terjatuh cinta dengan awak. Padahal, kita dua..hanya sekadar teman.'

Author pov

Di taman itu, akhirnya terdapatlah satu pasangan yang sangat sepadan dan sweet itu yang sedang menari. Di taman itu, budak-budak yang meniup buih di tangan sehingga membuat buih-buih itu terbang mengelilingi mereka berdua. Gelak tawa kecil bahagia dari mereka berdua kedengaran.

Namun, siapa sangka..sampai sekarang masing-masing tidak lagi meluahkan perasaan sesama sendiri. Mereka juga tidak sangka, yang mereka berdua juga turut menyimpan perasaan yang sama dalam hati. Cinta. Yeah, cinta.

Suatu hari nanti..tak lama lagi mereka akan tahu itu. Cepat atau lambat mereka akan tahu.

Apakah mereka akan ditakdirkan bersama? Atau mereka akan terus seperti ini? Kita akan tahu nanti.

**********
Puteri pov

We let the waters rise
We drifted to survive
I needed you to stay
But I let you drift away
My love where are you? My love where are you?

Whenever you're ready (2×)
Whenever you're ready (2×)
Can we, can we surrender
Can we, can we surrender
I surrender..

No one will win this time
I just want you back
I'm running to your side
Flying my white flag, my white flag
My love where are you? My love where are you?

Whenever you're ready (2×)
Whenever you're ready (2×)
Can we, can we surrender
Can we, can we surrender
I surrender..
Oh.., I surrender

Aku menunduk wajahku. Setitis air mata mengalir ke pipi ini.

Tiba-tiba ada sepasang tangan yang menadah tangan sebelum air mataku sempat terjatuh di atas telapak tangannya.

Aku membuka kelopak mata perlahan.

"Jangan menangis. Kalau setitis air mata awak jatuh pun ia sudah sangat menghiris hati saya. Apatah lagi untuk yang keberapa titis." kata Audrey yang perlahan-lahan mengenggam telapak tangannya itu.

Mata melirik tepat ke dalam anak mata keabu-abunya itu. Matanya yang redup itu memandang dalam ke anak mataku. Bila dilihat sekilas pandang Audrey ni memang handsome.

"Awak tahu..bintang tu macam awak tau?" kata Audrey yang mendongak ke langit malam sambil menuding jari. Dia tersenyum kecil.

"Nampak bersinar saja bila dilihat. Aura awak macam bintang tu. Cantik dan menarik. Macam awak.. Puteri Ilynia." kata Audrey melirik ke arah aku beserta senyuman di bibirnya.

Kepalaku turut mendongak memandang langit. Bila Audrey kata begini... teringat aku pada kenangan aku dengan Kyran dulu.

Kyran perlahan berjalan ke belakang aku.

Tanpa ku sangka, dia memeluk aku dari belakang dan menyentuh tangan aku lembut yang masih memegang kertas ini. Kertas lukisan kini diangkat oleh Kyran sedikit berserta tanganku.

"Cuba awak perlihatkan kertas lukisan muka awak ni dekat tepi bulan tu." Kyran berbisik perlahan di sisi aku.

"Hmmm.."

"Cuba awak tengok bulan tu dengan lukisan ni silih berganti. "

Aku ikut apa yang Kyran kata. Memandang bulan tersebut dan lukisan wajah ku silih berganti.

"Ye..sudah."

Kyran makin mempereratkan pelukannya ke pinggang rampingku. Manakala tangannya lagi sebelah masih menyentuh tangan ku lembut yang memegang kertas. Kertas itu pula masih diangkat ke atas.

"Kalau awak nak tahu..awak ialah seperti bulan purnama itu, Puteri. Cantik, bersinar dan nampak menyerlahkan. "

Teringatkan kenangan itu membuat hati aku lebih sakit. Mataku mengerdip perlahan. Kini, terasa mata kembali bergenang dengan air mata.

"Eh Puteri, kenapa ni?" Soal Audrey risau tiba-tiba lihat aku seperti serupa mahu menangis dah. Dia memegang kedua-dua bahuku lembut seraya menunduk sedikit wajahnya merenungku tepat.

Aku hanya menunduk wajah ke bawah merenung pasir.

"Hisk..hisk..saya..cuma terkenang kenangan saya dengan Kyran dulu. Saya rindukan dia..awak Hisk..hiskk.." aku menangis teresak-esak sehingga terhinjut-hinjut kedua-dua bahuku.

Audrey yang melihat aku menangis terus menarikku di dalam pelukannya.

"Shhh! Janganlah nangis. Nanti keserian wajah awak dah tak nampaklah kalau awak nangis. Saya kan ada.." Audrey cuba memujuk.

Aku masih menangis di dalam pelukannya. Kali ini, sudah tidak kedengaran esak tangisan. Hanya mampu menangis tanpa suara.

Setitis air mata jernih perlahan mendarat ke pipi.

Manakala Kyran yang berjalan seiringan bersama Balqish mahu ke pantai ternampak seorang perempuan yang dia kenali sedang berpelukan dengan lelaki lain. Perasaan aneh menjalar ke hatinya apabila ternampak scene itu di hadapan mata.

"Puteri.." terus nama itu meniti keluar dari bibirnya perlahan.

"Hmm? Awak cakap apa tadi?" Soal Balqish yang sedang memeluk lengan Kyran manja menoleh kepala memandang Kyran.

Kyran tersenyum palsu.

"Errr, tak. Tak ada apa-apa. Jomlah kita balik."

"Ala..kita baru je sampai sini. Dah nak balik dah?" Balqish sudah memuncungkan mulutnya.

Kyran tidak berkata apa. Sebaliknya asyik terkerling-kerling mata memandang ke satu arah.

"Awak pandang apa?" Balqish yang perasan Kyran seperti asyik pandang-pandang sesuatu mahu menengok tetapi Kyran dengan pantas menghalang tubuhnya membantas Balqish untuk melihat.

"Tak, saya rasa..saya nak rehatlah. Nanti-nantilah kita datang sini pula ye? Saya rasa..malam ni letih pula.." kata Kyran cuba mencipta alasan.

Balqish memandang lama ke wajah Kyran. Cuba mencari reaksi di situ.

"Hmm yelah. Lagipun, muka awak nampak macam letih. Jom kita balik." kata Balqish seraya tersenyum lembut.

"Awak pergi dulu ke kereta. Saya rasa..saya ada nampak ada orang jual sesuatu kat belah sana. Sebelum balik, nak jugalah beli sesuatu kan? Takpe, awak tunggu dalam kereta dulu nanti saya menyusul." kata Kyran.

"Dia ke? Hehe..okay. Kebetulan saya pun rasa macam agak lapar ni." kata Balqish sambil menepuk perlahan perutnya itu.

"Saya tunggu di kereta tau?" kata Balqish seraya mencium lembut pipi Kyran.

Kyran tersentak. Namun, dia hanya tersenyum apabila Balqish lakukan begitu.

"Okey.." kata Kyran perlahan. Selepas itu, kelibat Balqish kian hilang dari pandangannya.

Tumpuan kini berkalih ke arah sepasang dua manusia yang sedang berpelukan itu.

Kyran mengenggam buku lima perlahan. Dia tersenyum sinis memandang hadapan.

"Jadi.. Puteri Ilynia mempunyai kekasih lain? Huh, jadi betullah. Aku bukan kekasih sebenar dia? Haih Kyran, apa yang kau fikir ni?? Tak mungkin Puteri orangnya kan.." Kyran bergumam perlahan.

Entah kenapa hatinya tiba-tiba menjadi geram melihat Puteri berpelukan dengan orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience