Bab 54: Stop blaming yourself

Romance Series 10664

Aku menunggu Kyran di tepi pantai di sini. Sekarang ini, aku memakai baju dress bercorak bunga rose berwarna pink lembut separas lutut dan berlengan pendek. Dress ini belakang melebihi separas lutut manakala depan agak pendek sedikit separas lutut.

Aku mengusap perlahan kedua-dua bahu aku dalam posisi seperti memeluk diri sendiri. Agak sejuk di sini. Aiyoyo Puteri..dah tau sejuk pakai lagi baju nipis macam ni. Tepuk dahi jap.

Aku meletak kasut ku ke tepi. Mahu bermain air. Bila ombak di pantai sudah datang ia mula terkena kaki aku. Aku bermain-main air laut di sini. Bila ombak datang aku undur ke belakang sedikit. Bila ombak tiada aku ke depan lagi. Berkali-kali aku buat macam tu.

"Hehehe..seronok pula main ombak ni." Gumam aku sendirian sambil ketawa mengekek. Aku tersengih menampakkan lesung pipit comel ku. Rasa sejuk dan damai saja kat sini. Dengan bercahayakan bintang dan juga bulan. Oh ya, malam ni bulan mengambang. Wahh, cantiknya.

Aku mendongak langit dengan mata yang kagum. Indahnya ciptaan Tuhan.

Tanpa aku sedari, ada seseorang yang memperhatikanku di belakang dengan lama.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang hanya berjalan selamba ke depan sedikit di tepi aku. Aku menoleh ke tepi memandangnya. Aku lihat wajahnya. Kyran? Ohh yeay dia dah datang!

Terus aku mendekatinya dengan senyuman yang terukir di bibir aku.

"Kyran! Awak tak cakap pun yang awak dah sampai. Saya ingatkan orang mana tadi." Kata aku tersengih lagi seperti kerang rebus.

Manakala Kyran tidak berkata apa. Matanya hanya merenung ke bawah begitu juga kepalanya yang tertunduk.

Aku pula yang berasa sedikit asing di sini. Entahlah itu perasaan aku dekat dia sekarang ini. Reaksi dia pun dah lain lepas nampak aku. Selalunya lepas dia nampak muka aku terus dia beriak teruja dan peluk aku. Tetapi kali ini...hanya diam dan bersikap dingin.

"Puteri.." panggil Kyran perlahan. Akhirnya dia mengangkat wajahnya memandang aku.

"Hmm?" Aku cuba untuk tersenyum. Mata memandang dirinya yang menatap aku dengan lama.

"Mungkin..ini pertemuan terakhir kita.." kata Kyran berjalan ke hadapan. Kakinya yang mengena air laut tidak dia hiraukan. Lagipun kasutnya sudah diletak ke tepi.

Aku pula..seakan desupan kilat yang menyambar terasa tersentak dan tergamam. Kata-katanya sungguh menusuk ke hati.

Aku cuba untuk tersenyum lagi.

"Kyran...a-apa yang a-awak cakap ni?" Kata aku dengan suara sedikit bergetar seakan tidak percaya. Terasa panas tubir mata ku.

Kyran menoleh memandang aku. Sekarang ini dia berhadapan dengan aku. Hanya ombak yang deras kedengaran kala ini.

Kyran mendepakan tangannya.

"Lari. Lari sejauh mana yang awak mahu Puteri! Lari dari hidup saya! Pergi dan..hiduplah dengan baik. Saya..bukan peneman hidup awak lagi. So please...lari sejauh mungkin dari saya. Saya... hanyalah mimpi buruk awak, Puteri." Kata Kyran yang menahan nafas. Hidungnya merah. Hatinya begitu sakit apabila melontarkan kata-kata ini. Mata Kyran berkaca-kaca memandang aku. Hanya tunggu bila-bila masa ia jatuh.

Aku menggeleng kecil. Lidah terkelu dan terkedu seketika. Adakah..pasal tu lagi?

"Kyran, apa awak cakap ni? Ini mesti pasal perkara tu lagi kan? Kyran.." belum sempat aku mahu menyambung ayat lagi Kyran sudah memotong percakapan aku.

"Saya adalah adik pembunuh ibu bapa awak Puteri! Kenapa awak masih tak faham?! Atau awak.. pura-pura tak reti semua ini sebab..awak kesian dengan saya? Awak..masih lagi mahu bersama dengan saya? Puteri, awak mesti sedar. Awak sepatutnya geram dengan saya. Awak patut benci, pukul saya, caci maki saya, hina saya! Tapi kenapa awak tak buat semua tu.."

"Yes! Memang betul cakap awak tu! Saya sepatutnya benci pada awak Kyran! Kalau nak ikutkan hati..saya nak je pukul awak! Nak hina awak sepuas hati! Nak buat awak rasa lagi teruk seperti apa yang saya rasa! Tapi kenapa? Kenapa saya tak buat semua tu? Sebab...saya bukan orang macam tu, Kyran. Mana mungkin saya akan buat macam tu. Bahkan..bahkan perasaan cinta ini yang menghalang saya untuk berbuat begitu! Kyran..awak sepatutnya tidak buat saya macam ni..." Kata aku yang sudah berair tubir mata memandangnya.

"Ohh, because of that huh? You still love me. Sebab tu awak tak sanggup.It's okay. Let me help you." Kata Kyran yang terus mendekati aku perlahan-lahan. Dia mengambil kedua-dua tangan aku dan memaksa aku untuk memukulnya. Memukul dadanya.

"Kyran, stop.." aku cuba untuk menghentikannya. Tapi malangnya dia lagi kuat dan malah memaksa aku untuk memukul dadanya lagi. Air mataku laju menitis ke pipi.

"Kyran, please..stop." kata aku yang sudah mengalir air mata. Aku cuba untuk hentikannya. Mahu lepaskan tangan aku dari genggamannya.

"Urghh.." aku sedang menahan rasa.

"Pukul saya Puteri! Pukul saya.." Kyran terus mendesak aku.

"Kyran! I say..stop!!" Jerit aku sekuat hati padanya. Dan akhirnya membuat Kyran terhenti dengan kegiatannya tadi. Terus air mataku mengalir ke pipi. Aku memandangnya dengan reaksi tidak percaya. Rasa teruk sangat bila dia paksa aku untuk memukul dirinya.

Kyran turut mengalirkan air mata. Dia mencantumkan keningnya memandang ke bawah dan memandang aku.

Kami berdua saling berpandangan. Saling menitiskan air mata. Aku bersuara dengan nada lirih dan bergetar.

"Kyran, jika awak terus begini..awak akan buat saya rasa teruk dan sedih.."

"Then, stop loving me Puteri...even if it is difficult.." kata Kyran dengan tajam. Mukanya merah seperti menahan perasaan. Mata usah dikata..makin banyak berlinangan.

"Kyran, saya juga menderita seperti awak. Saya juga menyangkal perkara itu kerana tidak mahu mempercayainya. Bagaimana boleh hal ini berlaku padaku? Saya terus menyalahkan diri saya sendiri. Namun, itu tidak ada gunanya. Saat melihat awak tersenyum..saya jadi lupa segalanya. Saya lupa tentang kenyataan itu. Saya lupa...siapa yang saya sedang cakap sekarang ini. Dunia ini terasa seperti milik kita berdua. Kyran, awak..tak bersalah. Kita semua tak bersalah. So please..stop blaming yourself. Can you do that for me?" Kata aku dengan suara bergetar.

Aku mengetap bibir bawahku dengan kuat. Terasa mulut seperti bergerak-gerak mahu mengeluarkan tangisan tapi aku tahan sedaya mungkin.

Perlahan-lahan aku mengangkat tangan ku dan membelai pipinya lembut dengan jari runcing ku. Aku tersenyum kelat.

Kyran tidak terkata.

"But Puteri..if you are always with me..you will suffer more. Sungguh, keluarga Johansson berhutang nyawa dengan keluarga Khan. Bolehkah.. sanggupkah..untuk awak bersama dengan adik pembunuh? Pembunuh yang membunuh..ibu bapa awak.. orang yang awak paling cinta dan berjasa selama ini?" Tanya Kyran dengan nada lirih. Cukup perlahan pada aku.

"Sanggup. Sebab...awak bukan pembunuh tu. So, jangan fikir yang awak..penambah derita saya atau punca saya menderita. Tapi awak..ialah penyembuh buat saya." Kata aku mengusap rambutnya dengan lembut. Bibir aku menguntum senyuman pahit.

Kyran menggeleng perlahan.

Hatinya bercampur-baur sekarang ini.

'Tak..tak..aku tak boleh termakan pujuk rayu dari Puteri..dia mungkin sengaja cakap begitu. Padahal..ia begitu menderita berada di samping aku. Yeah, baik aku pergi dengan cepat. Kalau aku terus berlama begini...aku..pasti tak akan sanggup untuk tinggalkan dia nanti.' batin Kyran dalam hati. Yang malah...akan lebih memakan hatinya sendiri.

Aku membulatkan mata. Air mata terasa keluar dari tubir mata. Rasa tak percaya. Kyran tetap mahu pergi meninggalkan aku. Kyran memulakan langkahnya dan telah pergi mendahului aku tetapi langkahnya kian berhenti apabila aku dengan cepat memegang lengannya erat.

"Macam mana dengan cincin kita?! Bukankah itu tanda cincin cinta kita, Kyran? Di mana janji awak?! Bukan awak cintakan saya..dan mahu bersama dengan saya? Bukankah kita mahu berkahwin tak lama lagi? Adakah..cincin kita.. langsung dah tak ada makna apapun bagi awak?" Kata aku tanpa menoleh memandangnya. Aku memejam mata dengan erat. Terasa air mata terus mengalir kedua pipiku. Telinga mahu mendengar dan menanti kata-kata seterusnya dari dia.

"Awak simpanlah ia... disebabkan keadaan menjadi seperti ini..kita.. memang dah tak patut bersama. Saya boleh harungi segalanya asalkan dapat bersama awak. Tapi kali ini..bila saya dapat tahu kenyataan tu..saya tak nak pentingkan diri. Kita..harus berpisah. Demi kepentingan awak sendiri." Kata Kyran turut memejam matanya erat. Air mata terus mengalir ke pipi. Selepas berkata begitu, dia terus melepaskan tangan aku yang berada di lengannya dan mahu melangkah pergi lagi. Tapi, aku sekali lagi menghalangnya.

Aku menoleh memandangnya dan terus merentap tangannya erat membuat sekali lagi langkah Kyran terhenti.

Kyran menitiskan air mata lagi.

'Sekali lagi... Puteri menghalang aku pergi. Kalau terus begini..aku akan makin susah untuk lepaskannya dan pergi dari hidupnya.' batin Kyran di dalam hati. Terasa berat dan begitu sesak dadanya kala ini.

Air mata makin lebat mengalir ke pipi. Nafas mula terasa tersekat. Rasa seperti sakit. Begitu sakit sangat. Aku menghembus nafas laju. Nafas aku mula tidak stabil. Kalau aku begitu rasa sakit atau tertekan nafas aku akan menjadi tersekat.

"Huhh..huhh.." aku menunduk ke bawah sambil tangan yang lagi satu menekan kuat dada kiri ku. Aku bernafas kuat.

"Urghh.."

Kyran menoleh perlahan memandang aku. Dia terkejut.

"Puteri? Kenapa ni?! Apa yang terjadi pada awak?" Tanya Kyran mula menjadi cemas. Dia memegang tangan aku erat. Perasaan takut menyelubungi diri. Dia takut apabila aku seperti tercungap-cungap.

"Puteri, cuba bernafas dalam. Take a deep breath..dan hembusnya perlahan. Saya yakin..awak pasti boleh buat." Kata Kyran memberi kekuatan pada aku.

Aku cuba untuk menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan. Aku membuat begitu berkali-kali. Cuba menghirup oksigen. Akhirnya..nafas aku kembali okay dan stabil. Aku cuba untuk tersenyum.

"Kyran..awak masih mahu tinggalkan saya?" Soal aku dengan nada lirih. Bibir menguntum senyuman pahit.

Perlahan-lahan aku mendongak memandangnya dengan pipi yang sudah basah dengan air mata.

Kyran tersentak. Begitu juga hatinya yang seakan dihentak berkali-kali dengan batu besar. Dia..tak sanggup lagi lihat aku terus-terusan menangis seperti ini.

"T-tapi saya..." Belum sempat Kyran berkata apa. Aku sudah meletakkan jari telunjuk di bibirnya menyuruh dia diam.

Kyran sedikit tersentak. Terasa sentuhan hangat di bibirnya.

"Awak lontarkan panah dalam hati saya banyak kali Kyran. Kalau awak cakap macam tu lagi..hati saya..pasti akan lagi berdarah dan menanah sekarang. Takut awak pula..tak dapat sembuhkannya semula. Sedangkan awak.. adalah penawarnya sendiri. Jadi, jangan awak jadi racunnya pula. It's okay, saya akan ikut cakap awak. Saya..a-akan pergi dari hidup awak. Kalau..i-tu yang awak mahu. Tapi.. kalau awak dah berubah fikiran...a-awak hentikanlah saya daripada pergi." Kata aku perlahan dengan suara sedikit tersekat menahan getaran di dada.

Aku mencantumkan kening. Menahan rasa. Begitu susah untuk aku berkata sedemikian. Tapi..nak buat macam mana? Kyran tetap..mahu aku pergi dari hidup dia.

Aku perlahan-lahan menoleh ke belakang membelakanginya. Setapak demi setapak aku langkah mahu pergi darinya.

Sudah tiga tapak aku jalan. Tapi... kenapa? Dia.. langsung tak halang aku daripada pergi? Ternyata,dia memang mahu aku pergi. Aduhai Puteri..kenapa kau masih berharap dia akan halang kau pergi. Itu..mungkin hanya dalam mimpi.

"Hiss..hiss.." esak tangisku akhirnya keluar juga. Air mata kali ini makin banyak mengalir ke pipi. Bahu terasa terhinjut-hinjut.

Setapak lagi aku jalan. Aku memejam mataku dengan erat. Air mata tidak henti dari keluar. Semakin aku ke hadapan..semakin aku berasa sakit yang teramat. Peritnya rasa.

Tak apa. Kalau dia tak mahu halang aku dari pergi..aku akan melangkah cepat pergi darinya. Buat apa aku jalan perlahan-lahan bukan?

Tapi belum sempat aku melangkah lagi tapi kali ini dengan langkah laju terasa tangan ditarik dari belakang dengan kuat.

Kyran berlari anak dan akhirnya sampai betul-betul di belakang aku. Dia terus menarik tangan pergelangan aku membuat aku terpaksa menoleh badan ke belakang. Selepas itu, dapat aku rasakan sentuhan hangat di tubuh aku. Kyran sekarang sedang memeluk aku dengan erat. Kedengaran esak tangisnya di dalam pelukan. Dan..hati aku terasa dicucuk dengan dalam sekali apabila mendengar suara tangisan mendayu dari Kyran.

Aku membalas balik pelukan erat darinya.

"Puteri, s-saya..saya tak sanggup tinggalkan awak. Hiss..hiss.. Betul-betul rak sanggup..Sekarang saya tahu...kalau saya tinggalkan awak..ianya bukan perkara yang berbaloi. Malah, saya akan lebih takut sekiranya awak makin menderita. Tapi, cuma satu saya mahu tanya awak... awak betul-betul tak kisah bersama dengan adik pembunuh ibu bapa awak? Keluarga awak sanggup ke terima saya nanti?" Kata Kyran yang sudah meleraikan pelukan kami. Dia memegang kedua-dua bahu aku. Mata merenung tepat ke dalam anak mata biru aku.

Aku memegang dadanya.

"Saya berani jamin.. yang saya boleh bersama dengan awak. I don't care who are you. Saya tahu awak tak bersalah. Kyran, awak baik. Awak cuma mangsa keadaan. Tapi, kalau nak jawab soalan kedua awak tu...saya..tak pasti. Tapi, saya yakin aunty dengan Karen pasti akan tetap terima awak juga dalam hidup mereka nanti. Tak kira cepat atau lambat. Sebab mereka... lebih utamakan kebahagiaan saya." Kata aku perlahan. Menatap wajahnya dengan perasaan yang berdebar.

Takut. Takut kalau dia hanya berbuat begitu kerana ini memang betul-betul kali terakhir dia mahu menatap aku.

"Jawapan awak..sudah cukup buat saya puas hati. Saya..tidak akan tinggalkan awak, Puteri." Kata Kyran yang berjaya membuat aku tersenyum.

Aku terus memeluknya. Begitu juga Kyran yang membalas pelukan aku dengan erat sekali lagi. Kyran tersenyum begitu juga aku di dalam pelukan.

"Thank you..terima kasih.. Kyran. Awak memang orang yang saya sangat cintai." kata aku tersenyum. Aku memperketat pelukan aku dengannya.

"Sepatutnya saya yang berterima kasih pada awak Puteri. Saya boleh mati disebabkan cinta tau? Saya.. tidak akan cuba tinggalkan awak lagi." Kata Kyran tersenyum sambil mengerdip mata perlahan. Bulu matanya masih basah kerana menangis.

"Kalau begitu awak janji..awak tak akan cakap macam tu lagi. Promise?" Kata aku masih dalam pelukannya.

"I'm promise..my princess." Kata Kyran. Aku tersenyum mendengar kata-kata janji darinya.

************
"Jojo, wait. Kau nak pergi rumah datin tu kan?" Tegur Balqish di ruang tamu apabila ternampak Jojo dan juga beberapa kawannya yang mahu keluar.

Jojo mencantumkan keningnya.

"Ye boss, kenapa?" Tanya Jojo.

"Aku terlupa pula mahu bagitau kau. Susahlah nanti kalau kau dengan kawan kau tiap-tiap hari asyik menghadap rumah datin tu dan tunggu saja bila Datin keluar. Haih, nak lebih senang macam ni. Aku ada upah seorang perempuan ni. Dia macam kawan aku juga tapi tak rapat. Dia tolong aku pun sebab duit. Nama dia Camelia." Kata Balqish.

"Macam ni..biar aku cerita plan dia. Korang semua duduk dulu." Kata Balqish dengan wajah serius. Cawan minum yang dia pegang kini diletakkan di atas meja kecil di ruang tamu tersebut.

Apabila melihat mereka semua sudah duduk di atas sofa yang mana cukup-cukup untuk beberapa orang duduk Balqish memulakan cerita plannya pada mereka.

"Camelia dia akan buat apa-apa saja asalkan dapat jadi bibik di rumah Datin Arina. Kalau Datin tetap tak mahu terima bibik. Dia akan guna strategi lain. Aku tak tahu apa strategi dia. Tapi, yang aku tahu dia mesti jadi bibik kepada Datin Arina. Nanti, lepas saja dia dah jadi bibik. Bila, pukul berapa nanti kalau datin mahu keluar dia akan inform pada kita. Waktu tulah..kau baru mula dengan rancangan seterusnya yang kita telah kita bincangkan semalam. Faham? Clear?" Kata Balqish panjang dan lebar.

"Faham boss." Kata Jojo. Dia memandang kawan-kawannya. Masing-masing berpandangan sambil tersenyum. Begitu juga Balqish sambil tersenyum puas.

'Datin Arina..tak lama lagi..aku akan dapatkan kepercayaan dari kau. Supaya aku..dapat dekati anak kau. Aku akan buat..kau suka dengan aku, Datin. Kalau tidak.. terpaksalah aku buat cara kasar untuk memiliki anak kau, huh! Just wait and see.' batin Balqish di dalam hati. Perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman sinis.

Imbas kembali pada 10 tahun yang lalu~

Ding dong..Ding dong..(bunyi loceng ditekan)

"Siapa tuu? Sebentar." Kedengaran suara tuan rumah di dalam.

'Wahh..ni mesti Datin ni. Mommy Kyran.' batin Balqish dalam hati. Yang kini sudah berada di hadapan pintu rumah utama. Dia tersenyum. Pada waktu ini, Balqish baru berusia 15 tahun.

Kyran pula pindah ke sekolahnya sejak dia berumur 14 tahun. Jadi, sejak tingkatan 3 dia sudah meminati Kyran dalam diam.

Datin Arina membuka pintu utama rumahnya. Terjengul wajah seorang budak perempuan yang mengikat rambut tocang dua. Bila dipandang memang comel.

"Ohh, nak. Kamu cari siapa ya?" Kata Datin Arina tersenyum ramah.

"I-Ini Datin ya? Mommy Kyran?" Soal Balqish balik dengan senyuman di bibirnya.

"Ohh, kamu..kawan Kyran ya?" Kata Datin Arina tersenyum.

Dengan kekok Balqish menganggukkan kepalanya perlahan.

"Kalau begitu.. masuklah. Biar saya buat minuman untuk kamu. Ermm, kamu nama siapa?"

"Balqish Ken..eh Sofea. Panggil Balqish saja." kata Balqish cuba untuk tersenyum. Sebenarnya nama sebenar dia bukanlah Balqish Sofea. Dia tipu pun ada sebab. Kenisha. Nama tu jikalau disebut pasti orang yang di hadapan akan terkejut nanti. Lagipun, dia hanya pura-pura senyum dan berkata lembut dengan Datin Arina. Tiada siapa yang tahu.. yang hatinya sudah lama berdendam dengan wanita itu.

"Ohh, Balqish Sofea. Cantik nama tu." Kata Datin Arina tersenyum.

'Nama tu..macam hampir sama dengan orang yang aku kenal.' getus Datin Arina di dalam hati.

"Jemputlah masuk Balqish. Kyran pula berada dalam bilik dekat atas. Kamu duduk dulu. Biar aunty yang panggilkan Kyran ye?" Kata Datin Arina.

Balqish hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

Selepas melihat kelibat Datin Arina hilang selepas naik tangga ke atas matanya mula rambang meneliti rumah agam mewah besar ini.

"Wahh, cantiknya rumah ni. Aku akan pastikan bila besar nanti aku dengan Kyran akan berkahwin. Dan aku akan duduk bersamanya di rumah mewah ini. Hehe tak sabarnya." Gumam Balqish sendirian sambil tersengih. Kecik-kecik dah pasang niat nakkan Kyran.

Tukk..tukk..

"Masuk mommy." Kedengaran suara Kyran di dalam bilik yang sedang mengemas buku di rak.

Datin Arina membuka perlahan pintu bilik anaknya.

"Kyran..ada kawan kamu datang tu. Sekarang ni dia berada di bawah. Kamu pergilah tengok." Kata Datin Arina.

"Kawan? Siapa mommy? Perempuan ke lelaki?" Tanya Kyran mencantumkan keningnya. Punggungnya yang baru dilabuhkan ke atas katil terus bangun menghampiri mommynya.

"Perempuan. Balqish namanya. Pergilah tengok. Mommy nak hidangkan air apa yang patut untuk dia." Kata Datin Arina yang terus pergi selepas menyampaikan pesanan itu.

"Balqish?! Ish perempuan tu lagi? Eeei beraninya dia datang rumah aku. Tak habis-habis mahu kacau hidup aku." Gumam Kyran perlahan. Air mukanya terus berubah riak menjadi keruh seperti air keruh gamaknya. Pfft! Masam saja muka tu.

Kyran menghembuskan nafas kasar. Dengan langkah yang malas, dia turun ke bawah juga. Ish kalau nak ikutkan hati..nak saja dia biarkan perempuan tu duduk bawah sorang-sorang.Tapi, disebabkan mommynya suruh kena akur jugalah.

Sepanjang mahu turun ke bawah sempat lagi mulut Kyran berceloteh bebel sorang-sorang.

"Ish buat apalah dia datang sini? Buat menyemak aje. Mesti dia nak bergedik dengan aku nanti. Haih, rimaslah. Aku bukannya suka dia pun. Perempuan memang macam ni eh? Sibuk nak kejar lelaki." Bebel Kyran seorang diri.

Tapi, bila terpandang Balqish yang sedang duduk di atas sofa terus dia diam tercegat di atas tangga.

Dengan penuh keterpaksaan, dia menyambung langkahnya juga dan mendekati gadis itu.

"Buat apa datang sini? Hmm? Tak ada kerja eh?" Kata Kyran tersenyum sinis. Dia menyilangkan tangan ke dada sambil memandang Balqish.

Balqish yang sudah ternampak figura Kyran di hadapan tersenyum.

'Sekarang ni..hujung minggu. Sebab tu kot dia tak ade kerja lain selain semak kat sini. Haih!' batin Kyran meluat.

Balqish yang terpandang Kyran memakai baju T-shirt santai dan seluar track mengerdipkan matanya perlahan. Terpegun seketika.

Kyran kalau pakai biasa macam ni pun handsome. Tak semena-mena Balqish sudah terangau buat keberapa kali apabila melihatnya.

"Kyran! I miss you." Jerit Balqish dengan gedik. Dia bangun dari duduk dan mahu mendekati Kyran. Macam biasa, bila berjumpa je mesti mahu duduk dekat dengan Kyran. Takpun sentuh Kyran dengan sesuka hati. Sebab tu Kyran meluat gila tu.

Kyran menjauhi sedikit dari Balqish. Dia mengangkat tangan.

"Jangan dekat! Kau..takde hak nak pegang atau sentuh-sentuh aku. Heyy Balqish. Kau dengar sini. Aku. Tak. Suka. Kau. Kau faham tak?! So, jangan ganggu hidup aku lagilah! Rimas tau tak? Kau fikir kau cantik aku sukalah. Macam tu? Heh! Banyak lagi perempuan cantik di luar sana. Berlambak!" Ujar Kyran sedikit meninggikan suaranya. Dia sudah pasang perisai. Kalau Balqish dekat dengannya siaplah dia nanti!

"Kyran, saya datang sini mahu bagi awak kek coklat yang saya buat ni. Rasalah. Penat saya buat tau?" Kata Balqish menghulurkan beg tangan kecil pada Kyran.

Kyran terdiam. Dia ambil juga huluran dari Balqish tu. Takkan nak tolak? Dia taklah sekejam tu.

"Balqish.. tolonglah. Aku mohon sangat-sangat pada kau. Please..jangan sibuk hal aku lagi? Tak cukup ke di sekolah kau kacau aku? Sekarang..kau mahu datang rumah aku pula? No..Ini adalah terakhir kau jejakkan kaki kau kat sini. Aku dah bagi amaran kat kau. Kalau kau degil juga mahu datang sini. Huh! Fikir-fikir jelah ye? Ohh sebelum tu..thanks..for this cake." Kata Kyran menjeling sekilas ke arah Balqish. Selepas itu terus kakinya mendaki tangga mahu ke bilik semula.

Malaslah dia nak layan perempuan tu. Baca buku lagi bagus! Ingat dia ni gentle sangat ke nak lembut-lembut bagai dengan dia? Siapa suruh kacau dia sampai sini. Kan dah kena marah. Pfft! Sabar jelah Kyran.

Balqish sudah merah mukanya. Dia mengenggam buku limanya erat.

"Aku bersumpah Kyran. Aku bersumpah akan pastikan kau..jadi milik aku Kyran Andrew. Suatu hari nanti. Just wait and see. Aku akan sanggup buat apa saja. Sanggup!" Kata Balqish seorang diri dengan pandangan mata yang tajam seperti helang. Dia menggenggam buku limanya erat menampakkan urat nadi di tangan putihnya.

Manakala Datin Arina yang dari tadi menjadi penonton drama di hadapan terkedu. Dia baru mahu mengambil dulang yang berisi jus orange dan biskut ke hadapan tetapi tidak jadi apabila mendengar suara tengkingan dari Kyran di ruang tamu.

Datin Arina tahu anaknya pernah mengadu yang dia banyak kena kacau dengan banyak perempuan di sekolah. Almaklumlah anaknya popular di sekolah dengan terkenal kecerdasan dan ketampanannya. Dan salah seorangnya mesti termasuk Balqish.

Datin Arina hanya melihat Balqish yang sudah pergi dari sini. Terdengar pintu ditutup kuat dari luar.

Datin Arina hanya menggeleng kecil. Baginya ini hanyalah urusan budak-budak. Tapi, dia tak tahu bahawa sumpah Balqish bukanlah permainan semata-mata. Ianya jelas membuktikan bahawa Balqish nekad mahu memiliki Kyran walau apapun terjadi. Tengoklah bila mereka sudah dewasa. Inilah jadinya.

Imbas kembali tamat~

************
Aku bangun dari tidur. Terus aku mengangkat kedua tangan ku dan menggeliat kecil.

"Ermmhh.." aku mendesah kecil. Perlahan-lahan aku membuka mata. Tersungging senyuman di bibir aku apabila tiba-tiba terlihat bayangan Kyran yang tersenyum memandang aku sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding di hadapan katil ku.

Aku tersenyum malu dan menunduk kecil. Apabila aku mengangkat kepala semula terus bayangan Kyran sudah hilang.

"Aduhh.. Puteri. Sah! Sah kau memang dah angau teruk ni! Arghh..lebih baik aku mandi cepat. Perut dah bunyi lagu Ding Ding dang dah ni." Gumam aku sendirian yang terus bangun dari katil dan menggapai tuala. Tubuh kecil ku sudah masuk ke dalam bilik air.

Akhirnya aku sudah bersiap dan berada di hadapan cermin besar ku. Aku meneliti diri aku sebentar. Sekarang ini aku memakai baju T-shirt hitam berlengan pendek yang tertulis dengan tulisan 'artexhausts.com' beserta di atas tepi dihiasi gambar bunga cantik di baju beserta daun yang menghijau.

Beserta seluar pendek berwarna hitam separas betis.

Rambut aku dibiarkan terurai ke belakang. Kerana aku tak suka ikat rambut bagai ni lepas mandi. Nanti, rambut tak kering.

Selepas habis menilik diri aku di cermin aku melangkah tapak membuka pintu bilik dan keluar menapak menurun tangga ke bawah.

"Good morning, kak." Kedengaran suara adik aku menegur aku. Dia sudah duduk di meja makan. Sepertinya baru mahu makan.

"Good morning dik! Morning aunty!" Kata aku dengan ceria.

Karen dan aunty tersenyum.

"Morning." Balas aunty ku tersenyum sambil menuang air kopi ke dalam cawan kaca.

Aku duduk di atas kerusi.

Makanan pula dihidangkan roti bakar, mentega, sosej goreng dan juga telur mata goreng.

Ketika makan, sempat Karen menanyakan soalan cepumas pada aku.

"Kak, semalam kak keluar pergi mana semalam? Kut nak ajak adik sekali. Hehehe." Tanya Karen sambil tersengih.

"Errr..kak jumpa dengan Kyran semalam. Sebab tu kak tak ajak adik tu." Kata aku dengan jujur sambil tersengih kambing.

"Ohhh.." Karen tidak berkata apa. Hanya berohh saja.

**********
Farah pov

"Jadi, ini adalah tempat di mana anak Encik Andy meninggal?" Tanya aku semula. Jari telunjuk diangkat ke kerusi sofa di ruang tamu itu. Ketika ini, aku sudah berada di rumahnya untuk mengecek sesuatu. Kut² lah ada bahan bukti yang aku boleh jumpa.

Tapi, kalau nak tahu.. suasana rumah Encik Andy besar juga. Ruang tamu pun sebesar macam padang bola. Wahh, sayangnya rumah besar seperti ini..hanya dua orang saja keluarga kecil di sini menetap. Iaitu Encik Andy dan juga isterinya. Kalau ada anak mereka lagi, mesti meriah. Tapi, apakan daya anak mereka sudah meninggal. Aduhh, tiba-tiba rasa sebak di dada pula bila fikirkan balik.

"Iye." Kata Encik Andy ringkas. Isterinya hanya menengok saja. Dia yang sudah merelakan kepergian anaknya. Bila suaminya tetap mahu mengupah penyiasat untuk cari punca kematian anaknya nak tak nak dia setuju saja.

"Encik Andy. Err..Encik Andy nampak pil dadah yang anak Encik Andy genggam tu.. adalah sejenis dadah apa?" Tanya aku.

Huhu..aku harap dia tahu.

Encik Andy seperti terdiam sejenak. Mungkin, mahu teringat balik.

"NPS! Saya rasa..dadah tu jenis NPS." Kata Encik Andy dengan yakin.

"Bagaimana Encik begitu pasti yang itu adalah dadah NPS?" Tanya aku lagi.

"Errr..saya pun tak tahu. Mungkin, kerana dadah tu mempunyai ciri-ciri yang sama dengan dadah NPS yang lain?" Kata Encik Andy yang kurang pasti.

"NPS yang ditemui di pasaran mempunyai kesan yang sama seperti dadah berbahaya yang dikawal seperti ganja, heroin, ekstasi dan syabu, malah lebih memudaratkan lagi sekiranya ia dicampurkan dengan pelbagai bahan kimia berbahaya yang tidak diketahui kandungannya." Kata aku sambil berjalan mundar-mandir di ruang tamu ini.

Encik Andy hanya mengangguk tanda mengerti.

"Zaman beralih dan masa berlalu namun dadah masih kekal musuh nombor satu negara. Jika dulu, pengedaran dadah hanya fokus kepada dadah konvensional dan dadah sintetik namun kini dengan evolusi baru, new psychoactive substances atau bahan psikoaktif baru (NPS), ancamannya menjadi semakin kompleks." Kata aku lagi.

"NPS adalah yang disalah guna sama ada dalam bentuk bahan mentah atau persediaan yang tidak dapat dikawal di bawah mana–mana konvensyen antarabangsa yang bertujuan untuk meniru kesan ubat terkawal dan boleh menimbulkan ancaman kepada kesihatan awam. Kebanyakan sampel dadah yang disyaki mengandungi NPS adalah dalam bentuk pil menyerupai ekstasi dan tumbuhan kering menyerupai ganja."

"Terdapat juga kes di mana wujud dua atau lebih NPS terkandung dalam satu dadah berbentuk pil."

"Kajian berkenaan mendapati 91 peratus mengalami denyutan jantung pantas, pembesaran anak mata (53%), loya, muntah dan tidak keruan (27%), pening kepala (17%), kecelaruan (15%), serta sesak nafas dan sakit dada (7%). Bagaimanapun, menurutnya, sehingga kini tiada kajian dilakukan untuk melihat kesan NPS pada sistem otak. Kebanyakannya adalah pada haiwan. Apa yang pengkaji dapati ialah NPS yang majoritinya sistetik ganja menyebabkan gangguan fisiologi pada neurotransmitor seperti serotonin dan dopamin yang akibatnya menyebabkan rasa khayal dan seronok."

“Ia hanya perlu dos yang kecil. Kalau lebih sedikit boleh menyebabkan kecelaruan, halusinasi, keresahan dan ketakutan. Dos lebih tinggi boleh menyebabkan sawan dan mungkin kematian."

Kata aku panjang dan lebar. Wahh, boleh buat essay terus ni tentang dadah. Ahak.

Encik Andy mengangguk dan tersenyum kagum.

"Nampaknya Farah begitu tahu tentang dadah NPS ni ye?" Kata Encik Andy tersenyum nipis.

"Eh tak lah. Lagipun, semua tu saya sempat tengok Google tentang dadah NPS ni dulu. Masih lagi ingat di minda sampai sekarang." Kata aku tersengih sambil tayang peace. Ehehehe.

Okay, muka ku kembali beriak serius.

"Pakar forensik. Polis ada tanya pakar forensik tentang mayat anak encik? Kut ada tanda-tanda yang memang benar menunjukkan yang anak encik telah makan dadah sebelum meninggal." Tanya aku lagi.

"Saya tak pasti. Hanya polis saja yang tahu hal itu." Kata Encik Andy.

"Sekejap, sedikit pelik di sini. Tapi, sekiranya pakar forensik membedah mayat anak encik..kita dapat tahu sama ada hatinya rosak selepas memakan dadah yang sejenis NPS itu. Berkemungkinan besar yang anak encik memang mati disebabkan dadah jika pakar forensik mendapati hati dalamannya sudah rosak. Kerana, disebabkan dadah itu lah hati dalaman akan rosak. Dan saat itu pasti seseorang itu sudah tidak bernyawa lagi." Kata aku.

"Encik, boleh awak terangkan keadaan anak awak sebelum kematiannya? Awak dengan isteri ada perasan tak ciri² yang pelik dalam diri anak awak? Contohnya, anak tiba-tiba rasa muntah dan loya ke? Ada berhalusinasi ke? Dan lain-lain?" Tanya aku meminta details tentang kelakuan anaknya pula sebelum meninggal.

Encik Andy dan isterinya saling berpandangan.

"Tak ada. Semua ciri-ciri yang ada pada penagih dadah tidak ada pada diri anak saya. Kecuali, tupun kalau dia ambik benda alah tu secara diam-diam. Tapi, setahu saya dengan isteri saya..tak pernah nampak dia macam berhalusinasi atau sebagainya." Kata Encik Andy sambil memandang aku.

"Anak kami sebelum dia meninggal, wajahnya hanya ceria dan gembira. Langsung tak ada reaksi pucat atau takut. Wajahnya hanya berseri seakan tiada masalah. Dan, dialah yang paling rapat dengan kami berdua. Tapi, bila dapat tahu jasadnya yang sudah tidak bernyawa... memang betul-betul membuat kami terkejut." Kata isteri Encik Andy pula.

Wajah aku beriak simpati. Tuhan..mesti ini pasti sangat susah untuk mereka hadapi. Tiba-tiba anak mereka mati. Dahlah itu satu-satunya anak yang mereka ada. Awww..menyakitkan. Sedangkan sebelum dia meninggal.. langsung tidak ada kelakuan yang mencurigakan atau bersikap lain dari yang lain. Wahh..ini.. misteri.

"Anak Encik Andy..ada kawan tak di sekolahnya?" Tanya aku lagi.

"Setahu saya..dia ada seorang kawan lelaki ini. Sebaya dengannya. Namanya Arvin. Mereka berdua sangat rapat berkawan bagai isi dengan kuku. Cuma... selepas kematian anak saya..Arvin langsung tidak menjengah ke makam. Hanya ayahnya saja yang datang melawat. Ibunya pula sudah meninggal ketika Arvin masih kecil. Semua tu..Alby ceritakan sedikit demi sedikit perihal keluarga kawannya. Saya rasa..macam pelik. Tapi, mungkin Arvin tidak datang kerana tidak sanggup mahu melihat makam kawannya sendiri." Kata Encik Andy.

Aku mencantumkan kening.

"Boleh saya jumpa dengan kawan dia? Arvin?"

"Boleh. Saya tahu rumahnya dekat mana. Nak saya tunjukkan jalan ke rumahnya?"

"Boleh juga. Terima kasih Encik Andy." Kata aku tersenyum.

Kelihatan Encik Andy seperti menitip pesan terlebih dahulu pada isterinya untuk membawa aku ke rumah kawan Alby.

Isterinya hanya mengangguk dan mengizinkan.

Aku tersenyum memandang isteri Encik Andy.

Aku janji..akan settlekan kes ini. Firasat aku kuat mengatakan yang Alby bukannya bunuh diri sendiri. Tetapi, firasat tidak hanya cukup. Ianya perlukan bukti. Tapi, jikalau betul..ia bukan kes bunuh diri..akan aku pastikan orang tu dapat balasannya.

Alby.... sekiranya punca kematian awak..bukan disebabkan bunuh diri tapi sekiranya awak memang dibunuh...saya pasti akan tegakkan keadilan bagi awak dan juga keluarga awak. Supaya..roh awak di sana akan menjadi tenang dan tenteram nanti.

*************
Ding dong Ding dong..

Datin Arina yang mendengar suara loceng ditekan membuka pintunya dan keluar.

Pagar rumah automatik dibuka dengan sendiri.

Datin Arina perasan kelibat seorang gadis. Dia mencantumkan keningnya. Bingung kerana siapa yang datang. Tetapi dia tetap menghampiri gadis itu.

"Ya? Cari siapa ya?" Datin Arina memulakan bicaranya. Seperti biasa, Datin Arina pasti akan tersenyum ramah pada orang.

"I-Ini Datin Arina ke? Datin..saya mohon. Tolong ambil saya kerja bibik di rumah datin? Saya betul-betul terdesak. Hiss..hiss..saya..saya tak makan dari semalam datin. Saya orang miskin. Kalau Datin sudi biar saya jadi bibik datin dan biar tinggal bersama Datin pasti saya akan rasa berterima kasih sangat. Tolong datin..saya betul-betul terdesak mahu cari kerja ni. Hiss..hiss." Rintih seorang gadis sambil merapatkan kedua tangan ke bibir seperti gaya memohon. Air mata palsu mengalir ke pipi.

Datin Arina terpegun dan terkedu. Tidak tahu mahu berkata apa. Rasa pelik pula bila sebab tiba-tiba ada orang asing menangis memohon untuk kerja bibik di rumahnya. Aduhh..dia dahlah tak suka orang asing berada di rumahnya. Kalau kerja rumah dia boleh settlekan sendiri. Tidak perlu bibik bagai sih.

"Errr..tapi.."

"Datin..saya mohon..saya..saya perlukan duit sangat sekarang ini. Bagilah saya kerja datin. Kerja apapun tak apa. Nak lagi senang tukang gaji pun tak apa..datin. Saya pula..tak ada tempat tinggal ni.." potong gadis itu yang terus memegang tangan Datin Arina. Kelihatan dia begitu terdesak.

Datin Arina pula seperti tiada pilihan. Kalau ditolak permintaan gadis ini..kesian pula. Lagipun dia bukanlah orang sekejam itu mahu biar gadis ini pergi.

"Baiklah, saya akan ambil awak sebagai bibik saya. Tapi.. dengan dua syarat." Kata Datin Arina.

"Iye ke datin? Wahh..terima kasih sangat-sangat Datin. Okey, syarat apa? Saya..akan cuba untuk tunaikannya, datin." Kata gadis itu kini mempamerkan wajah gembiranya.

"Syarat pertama...saya tak nak awak masuk ke bilik dan kemas tanpa izin saya. Syarat yang kedua, jangan sesekali ada niat buruk dengan keluarga Johansson. Tapi, kalau saya dapat tahu.. yang awak berniat tak baik dekat keluarga saya.. tahulah nanti saya akan buat apa. Setuju?" Ujar Datin Arina tegas.

"Baik datin! Datin jangan risau. Saya..cuma mahu kerja dan mahukan tempat tinggal saja." Kata gadis itu menyembunyikan senyumannya.

'Opss, sorry datin, saya bukannya teringin sangat pun mahu kerja di sini. Tapi, ada niat lain yang tersembunyi. Huh!' getus gadis itu di dalam hati.

"Anyway, nama kamu siapa?" Tanya Datin Arina.

"Camelia. Camelia saja Datin."

*************
Tukk.. tukk

"Siapa tu, daddy?" Tanya Arvin sedikit beriak cemas. Dia yang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Sambil tu juga makan keropok ikan bersama ayahnya. Encik Akhtar.

"Tak tahu. Biar daddy yang bukakan. Tapi, cuba kawal perasaan takut tu. Mungkin, tu hanya kawan daddy. Jangan risau eh?" Kata Encik Akhtar sambil menepuk bahu anaknya perlahan.

Dia turut berasa gementar. Takkanlah Andy datang sini lagi kut. Kalau dia datang lagi apa yang dia nak? Aduhh..getus Encik Akhtar di dalam hati.

Riak wajahnya kelihatan sedikit terpancar risau di situ. Entah apalah yang buat dia rasa gelisah semacam je.

Sebaik sahaja membukakan pintu..terus tersembul dua wajah di hadapan.

Betul tekaannya apabila terpandang wajah Andy di hadapan matanya.

'Apa pula lelaki ni mahu datang ke rumah aku? Yang tepinya siapa pula? Aduhh.. kenapa aku rasa gementar ni? Kalau bukan disebabkan...anak aku yang cari masalah pasti hidup aku dah tenteram sekarang. Macam aku pula yang buat penjenayah.' getus Encik Akhtar di dalam hati.

Aku mamandang orang empunya yang membuka pintu di hadapan. Jadi... inilah ayah Arvin ye?

"Akhtar, aku ke sini mahu melawat rumah kau sekejap. Tak nak ajak aku dan penyiasat aku masuk ke?" Kata Encik Andy membuka suara.

"Penyiasat?" Tanya Encik Akhtar semula seperti terkejut. Gayanya macam baru nampak hantu atau macam..baru diberi kertas kerja beribu-ribu untuk disiapkan.

Hmm...jadi nama dia Akhtar? Hmm...Encik Akhtar ni..macam mencurigakanlah. Dah kenapa buat reaksi macam tu? Ohh..mungkin dia ingat aku nak siasat dia kut. Hmm, entahlah. Kenapa aku rasa dia mencurigakan?

"Iye penyiasat. Aku ada upah penyiasat untuk siasat kes anak aku. Kenalkan ini Farah." Kata Encik Andy memperkenalkan aku. Aku hanya tersenyum kecil.

"Tapi, bukankah polis dah siasat kes anak kau tu? Kenapa kau nak upah penyiasat pula? Kenapa? Kau tak percaya kenyataan polis yang anak kau sebenarnya bunuh diri. Macam tu?" Kata-kata Encik Akhtar membuat air muka Encik Andy bertukar mendung. Hatinya sedikit terasa dengan kata-kata Encik Akhtar.

Aku yang perasan hal itu terus bersuara. Mahu mempertahankan Encik Andy.

"Encik Andy hanya mahu saya untuk siasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Itu saja. Adakah itu menjadi beban buat Encik Akhtar?" Kata aku menyilangkan tangan ke dada. Kening aku terangkat memandangnya.

"Err..tak." belum sempat Encik Akhtar mahu berkata lagi aku terus memotong percakapannya.

"Kalau begitu, boleh kami masuk? Sebab saya..mahu soal siasat anak encik sebentar. Boleh kan?" Kata aku tersenyum senget.

"Ya, err.. silakan masuk." Kata Encik Akhtar yang akhirnya mempersilakan aku dan juga Encik Andy untuk masuk.

Selepas masuk ke rumahnya, terus kelibat anaknya di ruang tamu menjengah di ruang mata.

"Nama awak Arvin kan?" Kata aku menghampirinya.

"Err ya."

Aku tersenyum.

"Kenal tak Alby? Kawan baik awak."

"A-Alby? Y-Ya..dia kawan baik saya. Kak ni siapa?" Tanya Arvin sedikit gementar.

"Jangan takut. Saya orang baik-baik. Tak akan menyakiti Arvin. Cuma..boleh Arvin bagitau secara details tentang Alby sebelum kematiannya? Dari segi sikap di sekolah atau macam mana?" Kata aku memandangnya tepat.

Arvin memandang ke arah ayahnya. Pandangan tu pula seolah-olah takut. Aku juga mendongak memandang muka ayahnya.

Bila Encik Akhtar perasan lirikan mata dari aku terus dia beriak biasa. Aku mencantumkan kening. Dan kembali memandang Arvin.

Reaksi Arvin pula sepertinya cuba beriak selamba mungkin. Ala-ala innocent gituw. Hmm.. kematian Alby ada kaitan dengan Arvin dan ayahnya ke? Haih.. tu fikiran aku saja kut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience