Eih² tumpang lalu. Miya potong line sekejap >< untk my readers..Klau nk baca novel ni..diminta anda semua tarik nafas panjang-panjang dulu ye? Hehe..ruang komen disediakan untuk korang semua lps baca sama ada mahu kecam atau sebagainya..miya relakan kok hehe gituw >~< happy reading ^~
"Puteri..Kyran.." kami dua tersentak apabila nama kami tiba-tiba dipanggil oleh seseorang. Suaranya aku begitu kenal. Aku dengan Kyran saling berpandangan sesama sendiri sebelum mata kian memerhatinya lama ke hadapan.
"Audrey?" Aku memanggilnya.
Audrey menunduk wajah ke bawah. Tak lama kemudian dia bersuara juga.
"I'm sorry.." ujar Audrey perlahan.
Aku tersenyum kecil. Sambil mata mengerling sekilas pada Kyran.
"Maafkan saya atas apa yang terjadi Puteri..ini semua salah saya. Saya tahu.. perbuatan saya ni dah kira melampau. Bahkan, saya memang tak layak diberi kemaafan pun. Awak tak perlu maafkan saya kalau awak rasa susah. Saya tahu..saya salah. Dan saya tak paksa pun untuk awak maafkan saya, Puteri. Saya minta maaf atas segalanya. Kyran, kau layak bersama dengan dia. Kau bertuah sebab dapat memiliki dia. Maafkan aku..kerana cuba rampas Puteri dari kau. Aku harap hubungan kauorang akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat." kata Audrey.
"Okey, kau jangan risau. Aku akan jaga princess aku ni.. sebaik-baiknya." kata Kyran.
Aku tersenyum kecil seraya mengerling sekilas ke arah Kyran.
"Selamat tinggal.. Puteri. Saya doakan kebahagiaan awak berdua. Mungkin, lepas ni..kita tak akan berjumpa lagi." kata Audrey selepas itu dia mahu berlalu pergi sambil kepala asyik ditundukkan ke bawah. Dia rasa..malu. Perasaannya bercampur-baur saat ini. Yeah, dia rasa menyesal. Kerna terlalu dibutakan dengan cinta dia sanggup berbuat apa saja.
"Audrey.." panggil aku yang berjaya menghentikan langkahnya. Audrey tidak berpaling ke belakang. Dia hanya terpegun di situ menanti kata-kata yang keluar dari mulut aku.
Aku tersenyum kecil sambil berjalan ke hadapan dan berhadapan dengannya. Mata merenung tepat ke arahnya. Kami bertentang mata seketika.
"Audrey..saya maafkan awak. Sekarang awak tahu kan... yang cinta tak boleh dipaksa? Awak layak bersama dengan orang yang mencintai awak yang sebenar-benarnya. Bukan saya. Pasangan awak mungkin..akan datang nanti. Sungguh, jodoh tu tak terduga, Audrey." kataku seraya tersenyum lembut.
Audrey perlahan mengukir senyum membalas senyuman aku.
"Awak ialah perempuan yang baik hati, Puteri. Awak layak untuk bahagia dengannya. Sungguh, saya takkan kacau awak lagi dengan Kyran lepas ni." kata Audrey.
Aku mengangguk kecil tanda mengerti.
"Terima kasih.." ujar aku lembut.
Kyran menghampiri ke arah kami.
"Kau boleh datang ke perkahwinan kami nanti. Lusa kami dua akan berkahwin. Itu tanda terima kasih aku untuk kau atas jagaan kau terhadap Puteri selama ini." kata Kyran tiba-tiba bersuara.
Audrey tersenyum kelat.
"Thanks, bro. But..I don't think so. Aku rasa esok aku nak pergi ke penerbangan untuk ke oversea. Apa-apapun, aku ucapkan tahniah untuk korang dua. Sorry, sebab tak dapat pergi perkahwinan korang nanti." katanya.
"Tak mengapa. Hati-hati nanti bila dah sampai oversea." kata aku.
Audrey mengangguk kecil. Dia melemparkan senyumannya. Tanpa berkata apa lagi, dia terus pergi mendahului aku. Aku hanya tersenyum memandang tubuh belakangnya itu.
Audrey pergi dengan riak wajah yang sedikit hambar. Dia merenung kosong ke hadapan.
'Sekarang aku dah belajar suatu perkara disebalik semua ini. Aku dah banyak belajar tentang banyak perkara tapi ada satu slogan yang aku kena lebih belajar dan fahamkannya. Bahwa .. 'cinta tidak boleh dipaksa'. Yeah, slogan tu.. itulah kata-kata yang keluar dari mulut Puteri.' desisnya dalam hati.
Kyran memeluk bahuku. Aku tersengih comel memandangnya di sisi aku.
"Awak, kenapa dengan dia tu? Dia ada buat apa-apa kat awak kan waktu malam tu? Tengok dia muka dia macam bersalah. Saya syak dia ada buat apa-apa kat awak malam tu." kata Kyran mula membuat andaian. Dia mencantumkan keningnya.
"Kisah dah berlalu Kyran. Tak usahlah nak ungkit lagi." kata aku.
"Hmm okaylah kalau awak kata macam tu. Now.. semuanya dah settle?" kata Kyran mengerdip lembut memandang aku.
"Dah, cuma..ada satu lagi yang kita lupa."
"Apadia?" Aku tersenyum kecil.
"Balqish Sofea. Awak rasa..dia akan terus bermusuhan dengan kita?"
"Saya tak rasa begitu. Balqish. Dia bukanlah orang yang cepat mahu berubah."
"Tapi, semua orang pernah berubah Kyran. Macam tu juga dengan Balqish. Saya yakin dia akan berubah juga suatu hari nanti."
"Saya tak tahu. Cuma... bukankah orang jahat akan sentiasa jahat?" Aku terdiam sejenak dengan kata-katanya.
********
"J-jack?" Balqish sudah menitiskan air mata. Ini..memang Jack. Wajah yang dia begitu rindukan selama ini.
Namun kelihatan wajah gadis itu tidak beriak happy malah lebih bertindak agresif seperti tadi. Balqish memukul dada Jack tanpa henti.
"Kenapa kau datang sini, huh? Kenapa..aku dah tak nak jumpa kau lagilah! Hisk..hiskk..di mana kau menghilang selama ni? Kau tahu fikiran aku asyik memikirkan kau? Dada ini...dada ini begitu sesak dan perit kerana menanggung rasa rindu pada kau..kau tahu?" kata Balqish sambil dadanya ditepuk berkali-kali. Dia memandang Jack dengan pandangan sayu. Kepalanya disengetkan dan air mata laju saja menuruni hingga ke bibir merekah itu.
Jack tersenyum pahit. Terus tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya.
"Maafkan aku.. Balqish. Kerana tinggalkan kau selama ini. Tapi sekarang..aku perlu datang sini. Kau perlukan aku. Aku tak boleh biarkan kau sendirian depression seperti ini lagi Balqish. You're really in pain and suffered after all this. I'm sorry. Now I'm back. After this, saya akan jaga awak Balqish. Tak, kali ini saya tak boleh biarkan awak lagi." kata Jack sambil mengurut lembut belakang Balqish.
Balqish tersenyum sinis di dalam pelukan Jack. Terus pelukan dilerai dengan kasar.
"After all this, kau baru mahu datang sini? Di mana kau waktu aku betul-betul perlukan?! Kau lebih pentingkan diri sendirilah Jack. Tak apa, lagipun selama ni..disebabkan kau aku dah tahu bagaimana mahu hidup sendiri. Sekarang kau pergi. Get out from my house! Now!" Bentak Balqish secara tiba-tiba.
"Sam Jackson takkan pergi begitu saja, Balqish. Saya tahu..Kyran tak lama lagi akan berkahwin dengan Puteri. Dan hal itu, akan lebih menambahkan tekanan dalam diri awaklah Balqish!" jerit Jack kembali.
Balqish tersentak.
"Ma..macam mana kau akan tahu mereka akan berkahwin?"
Jack tersenyum sinis.
"Media massa. Media sosial pun banyak orang sedang hebohkan perkara ni. 'Orang yang bakal kahwin dengan Kyran nanti bukan Balqish sebaliknya Puteri.' Dan perkahwinan tu akan diteruskan lusa nanti." kata Jack.
Balqish menggeleng kecil berkali-kali. Dia menyerabutkan kepalanya dan menutup kedua-dua telinga tanda tidak mahu dengar.
"Tak..tak..tak!!.tak! Tak!! Ini semua salah..ini semua salah! B-bukan Puteri..tapi aku! Aku yang akan berkahwin dengan Kyran nantilah!" Air mata Balqish sudah semakin banyak mengalir ke pipi.
"Balqish!" Balqish tersentak. Kedua-dua bahunya yang ternaik sedikit gara-gara terkejut dengan jerkahan Jack disentuh lembut olehnya.
"Sedarlah.. tolonglah jangan jadi macam ni.. Don't be like this." kata Jack perlahan. Air mata kelakiannya sudah mengalir ke pipi memandang Balqish seperti ini.
"No!! Kau tak faham apa yang aku rasa Jack. Kau tak faham.." kata Balqish perlahan. Bibir bawah bergetar manakala tangan sudah menggigil. Balqish seperti tidak keruan seakan tidak dapat terima kenyataan perit itu. Bahwa Kyran akan berkahwin dengan Puteri nanti.
Tiba-tiba...
"Aku akan halang mereka! Aku akan ugut mereka atau apa-apa saja asalkan Kyran takkan kahwin dengan Puteri!" kata Balqish menjerit lantang lalu mahu bangun dan pergi. Tapi, pantas dihalang oleh Jack apabila dia tiba-tiba dipeluk erat.
Balqish meronta-ronta dalam pelukan Jack.
"Lepas! Let me go! Aku nak pergi dekat Kyran! Dia tak boleh kahwin dengan perempuan tu! Tak..hisk..hisk ..dia takkan boleh langsung rapat dengan perempuan tu! Arghh.." Balqish sudah menangis teresak-esak sehingga terhinjut-hinjut bahunya. Dia menjerit histeria melaung nama Kyran berkali-kali.
Jack melepaskan keluhan kecilnya.
"Jojo, suntikkan ubat penenang pada dia." Arah Jack pada Jojo di muka pintu.
"Baik boss.."
"Tak..tak..jangan suntik aku! Sakit..aku tak naklah!" Jerit Balqish lagi. Sekarang ini Balqish dipaksa baring atas katil sambil kedua-dua tangannya di pegang erat oleh orang-orang Balqish. Jojo mula perlahan-lahan menyuntik jarum ke lengan Balqish membuat gadis itu sudah tidak meronta lagi. Perlahan-lahan kegelapan mula menghampirinya.
Jack memandang sepi ke tubuh Balqish.
"Maafkan aku.." gumamnya perlahan. Dia menyelimuti tubuh Balqish sehingga ke paras perut. Hati kecilnya menjerit. Dia begitu sedih melihat keadaan Balqish yang semakin teruk ini.
"Korang semua boleh keluar." Arah Jack lagi. Maka mereka semua keluar dari bilik. Sekarang yang tinggal hanyalah Jack dan tubuh Balqish yang tidak sedarkan diri.
Matanya memandang lama ke arah Balqish yang terpejam mata itu.
"Balqish..bila kau akan terus seperti ini.." rintih Jack perlahan. Dia menekup matanya. Tangisan kecil terlepas jua dari mulutnya.
Sam Jackson bukanlah orang yang mudah nangis dan cengeng. Tak, dia bukan lelaki seperti itu. Tapi, bila orang yang disayanginya menjadi seperti ini.. membuat dia rasa teramat sedih. Hal itu membuat hatinya berasa pilu dan perit.
**********
Masa kian berlalu. Akhirnya, tarikh untuk majlis perkahwinan pasangan sejoli romantik tiba juga. Hari ini, segala persiapan untuk perkahwinan sudah disiapkan. Pasangan itu akan berkahwin di gereja.
Puteri dan Kyran yang masing-masing sedang bersiap untuk perkahwinan mereka. Puteri yang memakai gaun pengantin putih cantik lebih menyerlahkan keserian dan kecantikan pada gadis itu.
Manakala Kyran, yang segak berpakaian Tuxedo sudah berada di hadapan cermin menilik diri sendiri. Ketampanannya begitu menyerlahkan.
"Puteri, cantiknya kamu nak." puji aunty sebaik melihat Puteri yang sudah siap berpakaian gaun pengantin. Make-up diulas lembut oleh aunty ke wajah Puteri.
"Hehehehe..." Aku hanya tertawa kecil comel.
*********
Balqish tersedar dari tidurnya. Terus terduduk dirinya saat ini di atas katil.
"S-Sekarang ni..dah hari apa? Macam mana aku boleh tertidur ni?" Balqish memegang kepalanya. Sekarang dia sudah ingat bagaimana dia boleh terlelap.
"J-Jack..ini semua salah dia!" Gumam Balqish perlahan. Dia cuba bangun dari katil dan cuba menghampiri pintu biliknya. Di atas meja kecil di tepi katil terdapat setalam makanan dan minuman di situ. Balqish hanya mengerling sekilas ke meja itu. Dia memegang kepalanya yang sedikit pening.
Balqish cuba memulas tombol pintu. Namun, malangnya. Pintu biliknya sudah dikunci oleh Jack.
Balqish sudah gelabah tak tentu pasal. Dia mengetuk pintu biliknya berkali-kali.
Tukk..tukk..
"Anyone... tolonglah buka pintu ni! Aku nak keluarlah! Jack..takkan kau nak kurung aku kat sini.." jerit Balqish dari dalam.
Jack yang diluar pintu bilik Balqish menyandar tubuhnya ke pintu dengan riak kosong. Kata-kata Balqish hanya dibawa angin yang lalu tanpa mempeduli gadis itu walaupun sedikit. Dia terpaksa kurung Balqish..kerana dia tahu pasti gadis itu akan cuba untuk rosakkan majlis perkahwinan Kyran dengan Puteri dan dia tak boleh biarkan itu terjadi.
"Jack, tolonglah..buka pintu ni please.." kata Balqish perlahan mengetuk lemah di pintu. Dia serupa sudah mahu menangis.
"Jack.. bukalah.." air mata Balqish yang bergenang sudah menitis ke pipi.
Jack hanya memejam matanya sambil kepala disandarkan ke pintu. Begitu juga sebelah kakinya yang bersandar ke pintu.
Jack akhirnya membuat keputusan untuk pergi tanpa mendengar rintihan dari Balqish lagi. Nanti hatinya pula yang runtun mendengar tangisan gadis itu.
"Jack..Jack.. hisk..hiskk.." Balqish sudah melurut ke bawah. Pipinya disandarkan ke pintu. Dia menangis di situ lagi.
"Hello sweetheart."
"Kenapa telefon ni? Majlis kita dah nak mula dah pun." kata aku mencebik mulut ke tepi. Bibir delimaku perlahan-lahan mengukir senyuman kecil.
"Hehe, saya telefon ni mahu beritahu yang saya upah bodyguard tau? Haa, awak tak boleh nak halang saya lagi. Sepanjang majlis perkahwinan berlaku, macam-macam perkara yang boleh berlaku pada awak, Puteri." kata Kyran terselit risau di situ.
"Hmm, okaylah. Saya ikut jelah cakap awak ni." kataku.
"Haa that's my girl! Sweetheart, jumpa di dewan perkahwinan nanti di hadapan pendeta. Moah!" kata Kyran lalu terus menutup panggilan.
Aku sudah tersengih-sengih seorang diri seperti kerang busuk. Kyran ni..belum kahwin dah sweet bagai. Malulah aku. Aku memegang kedua-dua pipi yang sudah memerah.
Bibir tersengih malu seorang diri.
"Oit! Bila dah nak kahwin ni..kau dah jadi gila ke Puteri oii." Tiba-tiba seorang lelaki bersuara pada aku. Dia melompat dari tingkap membuat aku serta-merta mengurut dada terkejut.
Aku cuba mengintai wajahnya yang memakai topi itu.
"J-jack?" soal aku seperti tidak percaya.
"Yelah, aku. Kenapa? Kau nampak aku ni ada ekor ke apa sampai pandang macam tu?" kata Jack berpeluk tubuh. Sambil memandang aku dengan tepat.
"Tak, tapi..bukan kita dah lama tak jumpa ke? Kau pergi mana selama ini?" kataku menghampirinya setapak dua tapak.
"Aku pergi Amsterdam. Semalam aku baru balik. Ni aku mahu bagitau kau ni. Hati-hati.."
Ish dia ni cakap pun biarlah panjang lebar dan buat aku faham. Ni tak, bagi ayat clue je macamlah aku nak kena fikir kata-kata yang penuh 'teka-teki' itu.
"Hati-hati dengan siapa?" Soal aku semula. Kening terangkat memandangnya.
"Hati-hati dengan Balqish. Bila-bila masa saja dia boleh bunuh kau terus bila jumpa dengan kau sekarang ni. Okey, dahlah aku cau dulu. Anyway..corgrats ye? Kerana bakal menjadi pengantin baru." kata Jack seraya mendekati aku dan meniup kuat di muka aku. Aku mencantumkan kening. Masih belum hadam dengan kata-katanya tadi.
"Huh, anak rambut kau..aku lihat nak terjatuh dah. By the way, you looks beautiful Puteri Ilynia Khan." kata Jack menyengit mata sekilas pada aku dan memperbetulkan topi di kepalanya.
"Eihh tunggu!" Belum sempat aku mahu memanggilnya lagi dia sudah lompat melalui tingkap dan pergi. Aku menghampiri ke tingkap. Kelihatan lelaki tampan itu hanya berjalan selamba santai pergi begitu saja.
Aku berdiri tegak semula. Kata-kata Jack masih terngiang-ngiang di dalam minda.
Tiba-tiba..sakit di dada aku menyerang lagi.
Aku menekan dadaku.
"Ohh tolonglah, not now.." gumam aku perlahan.
"Puteri.." tiba-tiba aunty muncul di sini memanggil nama aku.
Tangan kuletak semula ke bawah. Bibir cuba tersenyum.
"Jom..cantik dah Puteri ni. Siapalah ni ye? Dah macam Princess." Puji aunty aku.
"Hehe, aunty ni..dah berapa kali puji Puteri ni? Malulah Puteri nanti. Aunty pun cantik juga." kataku seraya tersenyum manis.
"Dahlah jom. Tetamu dan pendeta sudah ada di gereja. Puteri tunggu apa lagi."
"Okey aunty, jom." kataku seraya mengengit mata comel pada aunty.
Author pov
Manakala di dewan gereja tetamu-tetamu mula duduk di tempat masing-masing. Kyran yang segak berpakaian Tuxedo berada di hadapan pendeta menunggu si pengantin perempuan untuk masuk.
Sementara menunggu, Kyran sempat termenung dan asyik teringatkan kata-kata Puteri semalam sebelum majlis perkahwinan.
Di dalam fikiran Kyran..
"A-Awak..saya ada satu soalan yang sangat serius ni nak beritahu awak." kata Puteri. Tangannya meramas dengan tangan Kyran.
Kyran mengelus lembut tangan Puteri yang berada dalam genggamannya.
"Soalan apa yang serius sangat tu, my sweetheart?" kata Kyran mencarik senyum manis.
"A-Awak..tak kisah kahwin dengan orang yang ada kanser tahap 4?"
Kyran tersentak.
"A-Apa maksud awak?"
"Saya... menderita menghidap penyakit kanser paru-paru tahap 4. Awak tak kisah kalau suatu hari nanti.. rumahtangga kita yang dibina nanti akan jadi pendek dan saya..akan tinggalkan awak dulu nanti?" kata Puteri sambil merenung tepat ke arah wajah Kyran yang bertukar riak.
Kyran melekapkan jari telunjuk ke bibir Puteri tanda senyap.
"Kenapa awak tak beritahu saya hal ni? Awak tahu.. penyakit kanser tak boleh dibawa main-main?" kata Kyran. Sejujurnya, dia memang terkejut dengan kebenaran yang keluar dari mulut Puteri. Rasa tak sangka dalam masa yang sama terasa hati dipukul beberapa kali. Namun, dia cuba mengawal reaksi wajahnya supaya tidak terlalu nampak ketara.
Puteri tersenyum.
"Awak jangan risau. Saya buat juga rawatan untuk penyakit saya ni."
"Puteri, saya tak kisah asalkan kita dapat memiliki sepenuhnya sesama sendiri. Pasal penyakit awak tu..saya akan cuba sedaya-upaya untuk buat rawatan pada awak. Awak..kena sembuh Puteri. Saya takkan biarkan penyakit awak semakin melarat." kata Kyran memeluk Puteri erat. Wajahnya betul-betul beriak risau.
Gusar hatinya apabila mendapat tahu Puteri ada kanser.
Puteri hanya tersenyum kelat di dalam pelukan Kyran.
"Wahh..tengok tu. Pengantin perempuan sudah datang." orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Kyran tersedar dari lamunannya.
Terpegun dia melihat Puteri yang berpakaian gaun putih pengantin sambil dipimpin berjalan beriringan dengan aunty. Kain pengantin yang sedikit meleleh di belakang ada seseorang yang tolong pegangkan.
Puteri tersenyum disebalik veil yang dipakainya. Dapat dia lihat Kyran yang sedang berdiri mahu menyambutnya beserta senyuman menawan di bibir merah itu.
Sepanjang berjalan, orang ramai yang melihat tersenyum dan kagum dengan kecantikan Puteri terutamanya apabila memakai gaun pengantin. Apabila Puteri sudah sampai berjalan ke arah Kyran tangan yang digenggam oleh aunty disua kepada Kyran untuk menyambutnya.
Kyran menyambut tangan itu dengan baik. Puteri dengan Kyran saling berpandangan seketika sebelum pembukaan doa untuk penyerahan oleh pendeta.
Selepas itu, sesi pertukaran cincin dilakukan sesama sendiri.
Seorang pendeta mula membuat ikrar perjanjian bagi pasangan sejoli itu.
"Pengantin perempuan dan lelaki, anda telah membuat keputusan yang sangat serius dan penting dalam memilih untuk berkahwin satu sama lain hari ini. Anda memasuki perjanjian suci sebagai rakan hidup dalam Tuhan. Kualiti perkahwinan anda akan mencerminkan apa yang anda sediakan untuk memupuk hubungan ini. Anda mempunyai peluang untuk maju dari hari ini untuk mewujudkan hubungan yang setia, baik, dan lembut. Kami memberkati anda pada hari ini. Terpulang kepada anda untuk menjaga berkat-berkat yang mengalir setiap hari bersama anda. Kami menghendaki kebijaksanaan, belas kasihan dan kesabaran untuk mewujudkan tempat perlindungan yang damai di mana anda dapat bertumbuh bersama.
Si pengantin lelaki, adakah anda mengambil dia untuk menjadi isteri anda untuk memahami dan menerima tanggungjawab ini, dan adakah anda berjanji untuk melakukan yang terbaik setiap hari untuk mewujudkan perkahwinan yang penuh kasih sayang, sihat, dan bahagia?"
"Ya, saya lakukan." Jawab Kyran tersenyum sambil memandang ke arah wajah cantik Puteri di sebalik veil itu.
"Si pengantin perempuan, adakah anda mengambil dia untuk menjadi suami anda untuk memahami dan menerima tanggungjawab ini, dan adakah anda berjanji untuk melakukan yang terbaik setiap hari untuk mewujudkan perkahwinan yang penuh kasih sayang, sihat, dan bahagia?"
Puteri menatap lama wajah Kyran. Orang ramai mula tertunggu-tunggu jawapan dari si pengantin perempuan.
Manakala Balqish pula sedikit berjalan terhuyung-hayang di luar. Kepalanya masih pening. Yeah dia telah berjaya keluar dari rumah agamnya. Entah bagaimana dia boleh keluar. Dia cuba pergi ke gereja dimana Puteri dan Kyran berkahwin di situ.
Apabila sudah sampai, belum sempat dia mahu masuk ke gerbang pintu masuk gereja bodyguard-bodyguard di situ menghalangnya dari masuk.
"Maaf cik, sila beri kad jemputan perkahwinan cik dulu sebelum mahu masuk." kata salah seorang dari mereka.
Balqish berdecit kesal.
"Ergh! Tak guna betullah.."
"Ya, saya lakukan." Jawab Puteri seraya tersenyum. Selepas itu akhirnya termeterailah mereka berdua sebagai suami isteri.
"Si suami boleh cium pasangan sendiri." kata pendeta itu.
Kyran membuka veil yang menutupi wajah Puteri. Puteri sudah tersenyum malu di situ. Kyran mendekatkan wajahnya dengan wajah Puteri. Terdengar tepukan gemuruh dari tetamu-tetamu yang hadir apabila pasangan itu saling bercium sesama sendiri.
Manakala Balqish sudah terduduk lemah di situ apabila kedengaran tepukan tangan dari tetamu-tetamu yang lain dari dalam. Itu menandakan Kyran dan Puteri sudah sah menjadi suami isteri.
Perlahan-lahan air mata jernih sudah menuruni ke pipi gadis itu. Tak lama Balqish menangis sebelum kembali mengelap kasar air mata di pipinya dengan telapak tangan. Tiba-tiba, bibir Balqish sudah menguntum senyuman jahat dan penuh makna.
Balqish mengambil sesuatu dari poket bajunya.
"Kau akan mati tak lama lagi, Puteri. Kita tengok saja. Kau dah berjaya jadi isteri Kyran tapi itu tak bermakna kau dah berjaya hidup semati dengan Kyran." Gumam Balqish seorang diri. Senyuman jahat sudah bertukar jadi licik.
Teringat dirinya bagaimana dia berjaya lepaskan diri. Jack kurang bijak darinya. Mungkin, dia lupa siapa boss yang paling besar dan berkuasa.
Imbas kembali di dalam bilik..
Balqish bangun dari terduduk di atas lantai. Dia menyelongkar almarinya yang menyimpan telefonnya di sana. Mungkin, Jack telah ambil telefonnya yang lagi satu tapi lelaki itu langsung tidak tahu yang dia boleh saja mempunyai dua telefon atau berapa saja yang dia mahu.
"Hello.."
"Buka pintu bilik ini." Arah Balqish pada orangnya melalui telefon.
"Tapi boss..Jack.."
"Siapa sekarang ni yang bergelar boss? Aku ke dia? Kalau kau tak buka pintu ni..aku akan terus pecat kau. Dan kalau kau buka pintu ni..kau akan dapat duit sebanyak mana yang kau mahu. Aku akan pindahkan berjuta-juta ringgit duit ke bank kau, macam mana?"
"B-Baik boss..saya buka pintu sekarang juga."
Dan disebabkan itu, Balqish boleh keluar dari rumah tersebut secara diam sewaktu Jack sedang mandi dalam biliknya. Malah, orang-orang Balqish lebih mematuhi arahan boss mereka. Namapun orang-orang dia.
Apabila Jack cuba membuka pintu bilik Balqish untuk memberi ubat kepada gadis itu dia mula beriak cemas dan takut. Jack menjerit ke arah siapa-siapa yang berani membuka pintu bilik Balqish.
Ada seseorang yang mengaku juga apabila Jack mahu membuat kiraan dan mengugut sekiranya dia tidak mengaku sekarang. Rupa-rupanya orang itu tidak tahu..yang boss mereka mengalami tekanan mental. Hanya sesetengah orang-orang terdekat Balqish saja yang tahu.
Selepas pencahayaan lilin dan doa penutupan dilakukan akhirnya majlis perkahwinan itu sudah selesai.
Tetamu-tetamu yang hadir mula keluar dari gereja kerana ada sedikit jamuan di luar. Yeah, Datin Arina sudah aturkan semuanya. Kalau setiap majlis mestilah kena ada jamuan makanan bukan? Kecuali...majlis pemakaman.
Sebelum keluar, ada tetamu-tetamu yang lain memberi sedikit pemberian kepada pengantin perempuan. Memang ini yang dilakukan. Puteri hanya mengucap terima kasih dan memaniskan wajah dengan senyuman.
Tiba-tiba Karen pergi ke arah kakaknya untuk menghulurkan telefon.
"Kak, telefon kak berbunyi." kata Karen.
"Okey, dik. Terima kasih." Senyuman di bibir Puteri pudar apabila melihat nama yang terpampang ialah Balqish.
Dia pergi menjauhi sedikit dari orang lain untuk menjawab panggilan itu.
"Hello.." seperti tiada semangat Puteri menjawab perlahan. Yeah dia boleh agak dan tahu mesti Balqish mahu mencaci maki atau menghinanya. Sebab apa lagi kalau bukan mahu telefonnya. Dalam masa yang sama, dia berasa bersyukur kerana perkahwinannya dengan Kyran berjalan dengan lancar. Membuat dia sedikit lega kerana janjinya dengan Kyran sudah ditepati.
"Huwaaa..hisk..hisk.. mommy.." tiba-tiba seorang budak kecil perempuan yang menangis teresak-esak memanggil mommy. Kening tercantum. Mata kembali merenung skrin telefon. Betullah ni nombor Balqish. Kenapa tiba-tiba dengar bunyi budak menangis pula?
Tiba-tiba..baru kedengaran suara Balqish di talian.
"Kau dengar bunyi suara budak menangis tadi? Kau rasa..aku nak buat apa eh dengan budak ni?" kata Balqish smirk.
"A-Apa maksud kau? Balqish! Kau jangan berani buat apa ye dengan budak tu!" Puteri sudah bernada takut. Apa pula yang Balqish mahu lakukan?..
"Hehehehe.." kedengaran gadis itu sudah tertawa kecil. Apa yang lucu pun tak tahu.
"Sekarang ni di tangan aku ada pisau. Aku boleh je kelar leher budak ni supaya tak nangis. Hehe..aku dah dapat pisahkan ibu dan anak. Kalau kau tak nak budak ni mati..kau jumpa aku di belakang gereja. Pastikan kau datang seorang diri. Atau tidak...ahhh..hisk..hisk.. takut pisau.." kedengaran suara Balqish bercampur tangisan comel dari seorang budak kecil.
P-pisau? Jadi betullah Balqish ada pisau. Budak tu mungkin baru 6 atau 7 tahun yang sudah petah berkata-kata.
Teringat kata-kata Jack supaya berhati-hati dengan Balqish. Puteri meraup wajahnya kasar. Stress dan serabut!
"T-Tak..kau jangan buat apa-apa budak tu. Okey, aku akan datang."
"Huh, janji? Kalau tidak..budak ni akan mati disebabkan kau Puteri."
"Ye! Aku janji.. tolonglah jangan buat apa-apa pada budak tu.." rayu Puteri.
Balqish tiba-tiba memutuskan panggilan.
"Hello? Hello?" Puteri merenung skrin telefon yang sudah gelap. Dia sudah mundar-mandir di situ. Tidak tenang duduk dibuatnya.
"Tak..tak..aku takkan biarkan seorang anak kecil yang tak berdosa mati disebabkan aku." Gumamnya perlahan.
Puteri berjalan perlahan-lahan seorang diri mahu menuju ke suatu arah. Tanpa dirinya sedar, Kyran sudah terperasan akan hal itu. Baru dia mahu mendapatkan isteri yang baru dikahwininya itu kawannya sudah memanggil mahu mengucap tahniah.
"Aunty, mana Puteri?" Soal Farah.
"Tadi, aunty tengok dia ada cakap dengan telefon tadi. Aunty tak naklah kacau. Tapi, tengok-tengok dia dah tak ada pula. Takpe, Farah tunggu sini. Biar aunty cari Puteri."
"Okey aunty.." ujar Farah perlahan. Entah kenapa hatinya pula yang rasa berdebar-debar lain macam sekarang ni.
Manakala Balqish yang waktu tu terdengar suara seorang ibu seperti terlaung-laung memanggil anaknya tiba-tiba budak kecil yang berada dalam pelukannya terlerai begitu saja dan budak itu laju saja lari pergi ke arah ibunya yang sedang tercari-cari itu.
Si ibu terus memeluk dan mendukung anaknya. Berasa lega kerana akhirnya anaknya berjaya ditemukan.
"Sayang, sayang pergi mana? Puas ibu cari tau?"
"Ibu..kak tu jahat bu.." ujar budak itu dengan bijak sambil menuding jari ke arah Balqish.
Si ibu hanya meletak jari telunjuk ke bibir tanda diam. Terus dia bawa anaknya pergi dari situ.
Manakala Balqish yang melihat kemesraan si ibu dan anak tadi tersenyum lirih. Pandangan matanya sayu ke hadapan.
"I-Ibu.. Balqish rindukan ibu..." Gumamnya sebak perlahan. Tanpa dirinya sedar, matanya sudah penuh bertakung dengan air mata.
"Balqish!!" Mendengar jeritan seseorang terus disekanya air mata yang mahu mengalir ke pipi.
Balqish tersenyum miring.
"Datang juga ye kau?"
"Mana budak tadi? Lepaskan dia!" Jerit Puteri.
"Opss..budak tu dah terlepas pergilah. Kau lambat sangat Puteri." kata Balqish sinis. Dia menghampiri setapak demi setapak ke arah Puteri. Pisau di tangan sisinya digenggam dengan erat bersedia untuk menikam Puteri.
Puteri terpandang pisau itu di tangan Balqish. Dia mengundur perlahan ke belakang.
"K-kau tipu aku?" kata Puteri menggeleng kecil perlahan beberapa kali.
"Tak..budak tu memang aku culik tadi. Tapi..ada satu perkara yang aku tipu kau. Sebenarnya..." Balqish semakin mendekati Puteri. Puteri sudah beriak takut. Kening tercantum. Setapak demi setapak dia cuba undurkan diri berjauhan dengan Balqish. Nasib tidak memihaknya apabila ada dinding yang menghalang. Sukar untuk dia melarikan diri. Matanya asyik terkerling-kerling ke pisau di tangan Balqish.
"Sebenarnya..bukan budak tu yang mahu aku bunuh. Tapi..kaulah orang yang aku mahu bunuh." kata Balqish tersenyum meleret.
Puteri sudah menggeleng ketakutan.
"Jangan harap.." Puteri mahu lari dari arah tepi bertentangan dari Balqish namun belum sempat dia berbuat demikian Balqish dengan pantasnya menarik rambut Puteri kasar ke belakang membuatnya meringis kesakitan.
"Ahh..Balqish. Let me go! Please.. Sakit." Rintih Puteri memegang tangan Balqish yang masih mencengkam erat rambutnya.
Namun tanpa berbasa-basi lagi..SAP!! Balqish sudah menusuk pisau ke perut Puteri sekali membuat darah mula banyak keluar dari perutnya. Puteri tergamam. Sakitnya tak terkata di perutnya apabila ditusuk dengan pisau tajam.
Kyran menghampiri aunty yang seperti tercari-cari itu.
"Aunty cari siapa?"
"Puteri. Kamu ada nampak tak?"
"Nampak, setahu Kyran.. Puteri pergi ke suatu tempat tapi Kyran tak pasti kat mana. Takpe, kita berpecah cari Puteri. Kyran cari di belakang gereja aunty cari di hadapan." kata Kyran lembut.
Aunty hanya mengangguk kecil tanda setuju.
Puteri menunduk memandang perutnya yang ditikam pisau. Terasa tersekat nafasnya saat ini. Setitis demi setitis air mata jernih mula menuruni ke pipi Puteri. Dia tersenyum perit.
"Balqish.." panggilnya perlahan. Tangan Puteri yang terkena darah naik mencengkam erat baju yang Balqish pakai.
"Satu..sebab salah kau jatuh cinta dan pilih Kyran.."
"Dua..salah kau sebab cuba rampas Kyran dari aku!"
SAPP!! Sekali lagi Balqish menarik pisau itu dan menusuk ke perut Puteri dengan dalam sehingga darah mula membuak-buak keluar dari mulut Puteri.
"Tiga..salah kau sebab berkahwin dengan Kyran!"
SAPP!! Buat ketiga kalinya Balqish menusuk pula perut Puteri membuat darah gadis itu semakin banyak mengalir keluar dari perut dan mulut gadis itu.
Puteri memandang lirih ke arah Balqish.
"B-Balqish...erghh.. w-walau a-a..p-papun..ergg..terj.. jadi..aa..aku a-akan tt..tetap m-maafkan k-k..au.." Puteri bersuara payah dan tersekat-sekat. Biarpun darah semakin banyak keluar dari mulutnya dia cuba untuk tersenyum. Baju pengantinya sudah basah teruk dengan darah pekatnya.
Balqish tersentak. Kata-kata Puteri menyentuh pilu ke hatinya. Tanpa dirinya duga, air mata menitis ke pipinya.
"Puteri!!!" Laung Kyran dengan kuat apabila scene itu berjaya dilihatnya membuat orang-orang lain terdengar suara jeritan kuat darinya melalui belakang gereja. Terkejut, terpempan dan segala rasa bercampur dalam satu di dalam hati. Air mata kelakiannya sudah menitis ke pipi.
Balqish terkejut. Terus dirinya berlari laju pergi dari situ tanpa apa-apa lagi.
"B-Balqish?" Gumam Kyran dengan suara bergetar apabila terpandang wajah itu. J-jadi dia yang menikam Puteri..
Bodyguard-bodyguard yang menghampiri Kyran terus cuba mengejar Balqish apabila diarah lantang oleh Kyran.
Manakala Puteri sudah mahu tumbang badannya tapi Kyran dengan cepat berlari dan menyambut tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Kepala Puteri memangku di atas riba Kyran.
Air mata Kyran sudah berkali-kali menitis ke pipinya. Rasanya begitu pedih dan perit hati ini melihat Puteri ditikam bertubi-tubi oleh Balqish.
"Puteri..bertahan sekejap ye sayang? Saya mahu tarik pisau ni dari perut awak." kata Kyran.
Pisau yang ditikam dalam ke perut Puteri ditarik dengan cepat oleh Kyran membuat gadis itu sedikit tarik ke hadapan tubuhnya. Setitis demi setitis air mata jernih mengalir ke pipi gadis itu. Puteri merenung kosong ke atas. Kyran menangis teresak-esak di situ. Mata pisau yang terkena darah menitis setitis demi setitis darah ke tanah. Terus dicampaknya pisau itu ke tepi.
"Puteri..bagaimana ini boleh terjadi pada awak? Tak..tak.. tolong bertahan..jangan tidur...saya call ambulans sekarang juga." Kyran bersuara lirih. Nadanya tersekat-sekat. Sesak dadanya melihat Puteri yang berlumuran darah dengan banyak di tubuhnya saat ini. Kelihatan wajah itu sudah beriak takut dan cemas. Belum sempat Kyran mahu menyeluk poketnya mengambil telefon tangan Puteri yang lemah dan berdarah itu menyentuh tangan Kyran lembut berjaya menghentikan Kyran dari menelefon.
"Kyran...i-ia..dah terlambat.." kata Puteri perlahan. Air mata laju saja menitis ke pipi hingga ke atas riba Kyran.
Mendengar kata-kata itu Kyran dengan laju menggeleng kepala berkali-kali. Kyran sudah menangis. Dirinya nampak begitu lemah apabila melihat Puteri seperti ini. Bibir bawahnya bergetar. Kyran masih memegang tangan Puteri yang berdarah itu. Tangan Kyran yang lagi satu cuba menekan kuat perut Puteri supaya tidak kehilangan banyak darah.
"Tak..tak..jangan cakap macam tu. Puteri! Awak kena bertahan..hisk..hisk..tak..awak pasti akan selamat. Awak pasti akan selamat! Saya akan call ambulans sekarang juga.."
"Kyran.." panggil Puteri lembut. Dia tersenyum dalam kesakitan.
Kyran yang pipinya sudah lebat dengan air mata memandang wajah wanita yang disayanginya itu.
"Awak nak tahu tak..perkara apa yang paling indah dalam hidup saya..y-yang saya pernah hadapi.. sepanjang h-hidup ini?" Kyran menggeleng perlahan.
"Mati dalam pelukan awak Kyran.." Kyran tersentak. Terasa anak panah semakin banyak menusuk berkali-kali ke hatinya.
"A-Apa yang awak cakap ni, Puteri? Saya takkan rela awak pergi. T-tolong...tolong..saya merayu sangat jangan tinggalkan saya Puteri..s-saya..hisk..tak mampu.. betul-betul tak kuat mahu lepaskan awak pergi begitu saja.. Saya cintakan awak sangat-sangat Puteri. Cinta sangat-sangat..A-Awak dah janji dengan saya..Hiks.." Kyran cuba menarik nafas panjang yang tersekat di dadanya.
"Puteri...Hiks..Hiks.. bukankah kita dah janji..y-yang kita akan jadi pasangan yang paling romantik dan bahagia sekali di d-dunia ini? Awak dah lupa ke?" Tangisan Kyran semakin menjadi apabila melihat Puteri terbatuk-batuk darah.
Kyran sudah menggigil kecil kerana darah Puteri semakin banyak berlumuran darah terkena tubuhnya.
Karen sudah terduduk secara melutut di tepi kakaknya. Kelihatan wajah itu begitu terpempan dan terkejut apabila sedar-sedar saja kakaknya sudah banyak berlumuran seperti ini. Setitis demi setitis satu per satu mengalir ke pipinya.
Begitu juga Farah dan aunty yang sudah menangis teresak-esak di situ.
"M-Maafkan saya..sebab tinggalkan awak tanpa pinta. Saya...saya dah tak mampu..Kyran. S-Sakit..saya rasa sakit sangat. Tolong.. lepaskan saya pergi?" kata Puteri perlahan dengan lirih. Dia cuba mengangkat tangannya dan mengeka lembut air mata di pipi Kyran. Puteri tersenyumlah lirih.
Kyran menggeleng buat keberapa kalinya.
"Saya akan lebih derita dan sakit, Puteri..kalau awak tinggalkan saya. A-Awak mahu ke begitu?" Air mata Kyran berkaca-kaca sehingga menitis ke wajah Puteri membuat gadis itu terpejam mata seketika. Dia terlantar lemah di dalam pelukan Kyran. Desahan nafasnya semakin tidak stabil dan perlahan.
"Se.. k-kurang-kurangnya..ssaya t-tepati..j-j..janji..saya..untuk..kah..win dengan..awak.."
"Ma-afkan s-aya..Kyran..s-sebab terpaksa tinggalkan awak seperti ini..K-kisah cinta kita..tiada penghujung bahagia..ia berakhir dengan kisah yang mengilukan..dan memeritkan tangkal hati..k-kisah cinta yang sedih.. W-walaupun begitu..s-saya masih..rasa bahagia..k-kerana dapat mati dalam dakapan seorang..jejaka tampan yang bermata indah. I-itu..sudah cukup bagi saya..Kyran.." kata Puteri sambil tersenyum menyembunyikan 1001 kesakitan, kesedihan dan keperitan dalam dirinya.
Kata-kata Puteri lebih menyentak ke tangkal hatinya. Terasa hati digali dengan sangat dalam sehingga buat Kyran rasa sukar untuk bernafas.
"Saya? Hisk..hisk..saya macam mana pula sayang?" Kyran memejam matanya sambil menangis tersedu-sedan sehingga ternaik bahunya.
Aunty, Farah, Karen sudah menangis lebat di tepi Puteri. Termasuk tetamu-tetamu yang hadir yang melihat. Ada seseorang sudah telefon ambulans. Dan ambulans baru dalam perjalanan. Ada yang simpati, dan..ada yang menangis melihat pemandangan yang mengilukan di hadapan mata.
Puteri tersenyum dalam tangisan melihat Kyran yang menangis teresak-esak. Dia tidak menjawab pertanyaan Kyran. Akhirnya tangan yang memegang lembut pipi Kyran akhirnya terkulai lemah jatuh ke atas tanah. Desahan nafasnya sudah tidak kedengaran lagi. Mata Puteri perlahan-lahan dipejam. Setitis air mata jernih mengalir laju ke pipinya.
Serta-merta tangisan Kyran terhenti. Matanya yang merah memandang tepat ke wajah itu yang sudah terpejam mata rapat.
Tangisan aunty semakin deras. Karen cuba merasa hembusan nafas melalui hidung kakaknya dengan tangan yang bergetar. Terasa perit pucuk hidungnya. Hampir luluh jantungnya apabila jari runcingnya sudah tidak merasa lagi desahan nafas dari kakaknya itu.
Kyran berjeda seketika.
"Saya nak awak tahu Puteri..impian saya bukan cuma mahu mengahwini awak..hisss..hiss..t-tapi..mahu sentiasa bersama awak..hanya kita berdua.. sebagai suami isteri. Berumahtangga..dapat anak yang cantik dan handsome macam awak dan saya..hiss..hiss..kita dua mengayun buaian anak kita di taman..bermain sama-sama dengan dia.. sama-sama cium pipi dia..jaga anak kita dengan penuh kasih sayang..hanya kita bertiga..hidup bahagia.." Kyran tersenyum dalam kepedihan. Setitis air mata jernih lagi turun laju ke pipi sehingga mendarat ke pipi Puteri.
Orang-orang di situ yang mendengar kata-kata Kyran membuat hati mereka menjadi lebih sayu dan sebak.
Kyran memandang tepat sekujur tubuh lemah tidak sedarkan diri itu.
"Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" Kyran menjerit sekuat hati beserta tangisan di situ juga.
"Arghhhhhhh!!! Erggg..Hisk..hisk.."
Datin Arina sudah memeluk Kyran dari belakang. Cuba memujuk anaknya walaupun dia juga menangis kerana kehilangan Puteri yang dianggap sebagai anaknya memandang tubuh Puteri yang lemah dan tidak bernyawa lagi.
Kyran mencium pipi Puteri yang hanya tinggal jasad itu. Serta-merta air mata kelakiannya buat keberapa kalinya menitis juga.
"Awak masih hidup.. Puteri..awak masih hidup.." itulah kata-kata yang asyik dilontarkannya perlahan. Kyran seakan sudah tidak dapat menerima hakikat bahwa Puteri sudah tiada.
"Mommy..semua orang..heyy kenapa nangis ni? Puteri cuma tertidur jelah. Dia cuma tertidur atas riba Kyran je." kata Kyran tersenyum kecil.
Dia melanggar pipinya dengan pipi Puteri yang berwajah pucat itu.
"Mommy..kenapa nangis ni? Puteri kan cuma tidur je." Datin Arina sudah menekup mulutnya. Bagaikan tidak terkeluar suaranya dia lebih menangis pada anaknya itu.
"Kyran.. Puteri dah tiada sayang.." gumam Datin Arina perlahan cuba menahan esak tangisnya. Dia mengetap bibir bawahnya yang sudah bergetar sekuat hati. Mommy Kyran memegang kedua-dua bahu anaknya. Cuba menyedarkan anaknya itu.
"A-Apa yang mommy cakap ni? Mommy tengoklah ni..dia sedang bernafaslah!" Kyran cuba merasa denyutan nadi Puteri.
Setitis air mata jernih mengalir ke bibir merahnya. Terus ingatannya kembali menerjah ketika Puteri sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Dan di mana tangan itu sudah tidak lagi memegang pipinya sebaliknya jatuh ke tanah begitu saja sama seperti hatinya yang sudah jatuh sehingga berkecai-derai.
Datin Arina terus menarik anaknya ke dalam dakapan. Belakang anaknya ditepuk lembut perlahan cuba menenangkan. Manakala dirinya sudah menangis sehingga terhinjut-hinjut sedikit bahunya.
"Puteri dah tiada..nak. She's dead..kamu kena terima itu.." bisiknya perlahan di telinga Kyran.
Sementara Kyran merenung kosong ke wajah pucat Puteri itu di dalam pelukan mommynya. Kolam air matanya sudah penuh bertakung dengan air mata.
Akhirnya, inilah pengakhiran kisah cinta Kyran dan Puteri. Bunga yang mekar indah di dahan pokok sudah layu dibawa angin. Tidak menyangka majlis perkahwinan akan ditukar menjadi majlis pemakaman begitu saja dalam hanya sehari. Sejak itu, Kyran sudah seperti mayat hidup. Kewarasannya bahkan hampir hilang kerana semuanya. Namun, disebabkan semua orang di sekelilingnya dia masih cuba untuk bertahan walaupun dia merasakan itu sangat mustahil.
Balqish pula sudah ditahan oleh polis. Namun, apabila sudah dibincang di mahkamah dia tidak dimasuk ke penjara. Ini kerana, Balqish pernah mengalami gangguan sakit mental. Dia akan dipindahkan ke hospital untuk dirawat. Selepas sembuh, dia akan masuk penjara untuk menjalani hukuman.
Sekiranya Balqish masuk penjara..berkemungkinan dia tidak akan dapat keluar semula seumur hidupnya.
Cuma... sakitnya pernah dapat dirawat dulu. Dan dia juga pernah masuk wad ke hospital untuk psikiatri. Cuma.. dirinya sudah keluar apabila merasakan dia sudah betul-betul sembuh. Ketika itu, Jack yang uruskan semuanya. Malangnya, disebabkan obsesinya terhadap Kyran penyakitnya datang semula. Malah semakin melarat.
Jack merenung sayu ke arah Balqish yang dipaksa masuk ke hospital.
Yeah, Jack sudah tahu bahwa Puteri sudah meninggal. Di saat dia terjumpa dengan Balqish yang dipaksa bawa ke balai ia sudahpun melihat tubuh Puteri yang tidak bernyawa dari celahan kerumunan orang. Terpandang cincin di jari manis Puteri yang lemah dan berdarah ketika itu dia sudah dapat cam dan kenal.
"Maafkan aku Puteri..andai saja aku jaga sebaik mungkin Balqish dari keluar rumah tu..kau takkan mati begitu saja."
Tidak semua kisah akan berakhir dengan happy ending. Meskipun, cinta Kyran sudah pergi...namun hatinya seakan masih 'terhubung' dengan gadis yang dicintainya itu. Kisah yang begitu rumit ini.. akhirnya berakhir juga. Biarpun sedih, tetapi miya harap sangat akan menjadi beberapa pengajaran untuk kita semua walau hanya secebis habuk.
Share this novel