Bab 58: No matter what happens

Romance Series 10664

Sambungan Puteri pov

Rasa terkilan, rasa terkejut, terkedu semua ada. Kenapa dia ada kat sini? Dan apa tujuannya? Apa pula rancangannya kali ini?

"Eh korang? Hehe hari ni kamu ajak Puteri dinner juga ke? " Tanya Datin Arina tersenyum apabila ternampak wajah aku di sini.

"Y-ya, tapi.. Kenapa mommy ajak dia datang sini? " Tanya Kyran sambil menuding jari pada Balqish. Ternyata, dia turut terkejut melihat Balqish bersama Datin Arina.

"Ohh, maaf kalau buat kamu tak selesa tapi.. Panjang ceritanya. Mommy bawa dia ke sini pun ada sebab. Tak apalah nanti waktu makan mommy cerita pada kamu. Sudahlah jom masuk dah nak malam dah ni. " Kata Datin Arina. Dia menutup pintu utama dan bergegas ke dapur.

Tangannya menggamit Camelia supaya mengikutnya ke dapur. Sebelum tu, sempat Datin Arina menitipkan pesan.

"Puteri, Balqish buat macam rumah sendiri. Jangan segan-segan ya? " Ujar Datin Arina sebelum berlalu ke dapur dengan Camelia.

Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Begitu juga dia. Tiba-tiba..

"Apa kau buat kat sini huh? " Tanya Kyran dengan keras. Dia menolak Balqish ke dinding dengan kasar dan mengenggam kolar bajunya membuat aku tersentak dan cuba untuk menghalang. Balqish tersentak. Dia memandang muka Kyran yang sedikit merah.

"Kyran, dahlah tu. " Kata aku memegang lengan Kyran.

Namun, Kyran tidak menghiraukan aku dan terus menyoal Balqish bertubi-tubi.

"Kenapa kau datang sini aku kata, huh? Jawablah. Apa tujuan kau datang sini? Mahu hancurkan hubungan aku dengan Puteri lagi? Mahu sakiti Puteri? Mahu ugut aku lagi? Jawab! Urusan aku dengan kau belum habis lagi Balqish. " Kata Kyran dengan nada suara yang keras.

Balqish tertawa sinis.

"Hahaha kau fikir...aku ni tak ada kerja lain ke? Asyik mahu pisahkan korang? Heh! Kyran, aku datang sini.. Atas permintaan mommy kau. " Kata Balqish tersenyum sinis.

Kyran tersentak.

"What? Apa yang kau cakap ni? "

"Huh, just ask your mom la. Kan dia cakap dia mahu explain semuanya kat kau nanti. Huh, so..can not wait." Kata Balqish dengan sinis.

"Erghh.. Kau dengar sini Balqish.. " Kyran mendekatkan wajahnya ke arah Balqish. Kolar baju Balqish masih digenggamnya erat. Kyran melirik Balqish dengan pandangan tajam manakala Balqish tersenyum. Dia berasa seronok apabila dapat mendekati Kyran seperti ini.

"Aku tak akan biarkan kau.. Apa-apakan Puteri lagi. She's mine. Only mine. and me too..I'm belongs to her. Heh, aku kenal kaulah Balqish. Aku tahu.. Kau pasti takkan putus asa untuk pisahkan kiteorang kan? Heyy, makhluk seperti kau ni macam seekor ulat kau tahu tak? Terhegeh-hegeh nakkan aku. Gatal sangat nakkan aku! Orang macam kau.. MEMANG TAK RETI BAHASA. Bagi aku kau hanya ulat.. Yang aku boleh pijak saja. Kau ingat tu! " Kata Kyran dengan keras menekan perkataan 'memang tak reti bahasa. Nadanya cuba untuk kawal supaya datin dengan Camelia tidak dengar.

Aku hanya mampu diam dan melihat mereka berdua. Kyran.. Begitu marah dengan Balqish.

Balqish mengenggam buku limanya. Hatinya begitu pedih apabila kyran menyamakannya dengan ulat.

"Heyy Kyran, kalau aku jadi ulat pun.. Kalau aku sentuh sikit kau.. Kau pasti akan jadi miang. Huh.. Hahahaha. " Kata Balqish mencuit pipi Kyran. Dia tersenyum sinis.

Tangan Kyran yang lagi satu mengenggam penumbuknya. Boleh nampak urat-urat yang muncul di nadinya.

Dumm!

Aku menutup mulut. Bulat mata aku apabila Kyran menumbuk dinding di tepi Balqish dengan kuat. Sikit lagi mahu mengena ke muka Balqish. Sengaja dia buat begitu. Mahu tunjukkan yang dia betul-betul marah. Balqish terkejut.

"Huh, aku takkan terkena bulu ulat kau Balqish. Jijik. Jijik kalau kau sentuh aku walaupun sikit. Dan aku.. Takkan sesekali biarkan kau sentuh aku lagi. Don't touch me with your shit hand. Kalau kau sentuh dengan tangan jijik kau tu lagi.. Jadi, jangan salahkan aku kalau tangan kau jadi cacat nanti. Huh! " Ujar Kyran tak kalah sinisnya. Kata-katanya sungguh tajam menikam.

Akhirnya Kyran melepas kolar baju Balqish dengan kasar.

"Awak.. Jomlah. Dahlah tu." Kata aku dengan lembut. Aku lihat tangannya keluar sedikit darah gara-gara menumbuk dinding dengan kuat tadi. Pfft!

Kyran hanya tersenyum apabila aku mengecek tangannya.

"Haih, senyum pula dia. Jom. Meh sini duduk kat sofa ni. Ada kotak kecemasan tak? Plaster ke? " Kata aku.

Kyran hanya tersenyum.

Manakala Balqish pula...sudah merah mukanya menahan marah. Dia mengepalkan buku limanya. Perasaan marah, kesal,geram, kecewa bercampur dalam hati ini.

Tiba-tiba Balqish tersenyum sinis.

"Tak apa Balqish. Sabar... sabar..kau tunggu Kyran. Kita tengok kau akan jadi milik aku..atau
...perempuan sial tu. Huh! " Gumam Balqish sendiri dengan nada kesal.

"Walau apapun terjadi kau akan jadi milik aku.. Betul-betul akan jadi milik aku. Only mine! Ergh!" Balqish meramas rambutnya kasar. Hatinya begitu panas melihat adegan di depan mata.

"Puteri..erghh..happy eh kau? Aku benci betul lihat kau senyum macam tu. So..disgusting. Huh..tak lama lagi kau akan makin menderita! Waktu tu..kau tak akan sanggup lagi untuk hadapinya. Akan aku buat begitu, pasti aku buat! " Bisik Balqish kuat sendirian.

Manakala aku menoleh kepala melihat Balqish. Kelihatan dia memandang tajam pada aku.

Aku memejam mata perlahan.

'Balqish.. Apa salah aku pada kau? '

************
Karen pov

"Okey, dah sampai pun rumah awak. " Kata aku pada Farah. Aku menoleh kepala memandang ke tepi. Aik, tertidur pula?

Aku melirik sekilas jam tangan aku. Baru pukul 8.00 malam. Awalnya tidur. Hehe mungkin penat sangat kot.

Aku menggeleng kecil dan mahu mendekatinya.

"Farah.."

Baru mahu gerakkannya dari tidur Farah sudah terteleng kepalanya ke tepi membuat wajah aku begitu hampir dengannya.

Erkk!

Aku tersentak. Sekarang muka aku berhadapan wajahnya yang sedang nyenyak tidur itu.

Aku terpaku seketika. Mata aku terpaku memandang riak wajah tenangnya ketika tidur.

Farah begitu cantik di pandangan mataku. Entah kenapa melihatnya tidur membuat jantung aku semakin lama semakin laju berdegup.

Tak, tak mungkin. Tak mungkin aku dah jatuh cinta dengannya.

Aku sibuk menatap wajahnya. Dari kelopak mata hingga turun ke bibir. Aku..dengan duniaku sendiri.

Adakah memang benar..aku.. Cintakannya? Betul-betul ini..cinta ke? Aku..dengan dia? Apa memang benar...hati aku sudah terjatuh pada perempuan di hadapan aku ni? Tuhan.. Tolong katakan padaku. Perasaan ini...begitu rumit. Mana mungkin aku jatuh cinta pada orang yang sudah aku anggap sebagai kawan. Tidak lebih dari itu.

Tiba-tiba Farah bergumam halus perlahan. Matanya perlahan-lahan mahu terbuka.

Terus aku menjauhi sedikit darinya. Badan aku sandarkan ke kerusi sambil pandang ke hadapan. Aku berdehem kecil.

"Ermhh..kita kat mana ni? Dah sampai kat rumah saya ya? " Kata Farah menggeliat kecil. Suaranya serak basah baru bangun dari tidur.

"Y-ya, awak..tertidur tadi. " Kata aku perlahan. Aku mengerling sekilas ke arahnya.

"Habis tu awak tak bangunkan saya? Awak..mesti dah lama tunggu saya bangun kan? " Kata Farah mengerdip mata perlahan pandang aku.

"Entah, tak lama pun." Kata aku dengan datar. Aku cuba menahan gelora di dada.

"Hmm...okeylah. Saya pergi masuk dulu. Terima kasih hantar saya balik. " Kata Farah yang sudah membuka tali pinggang keledar. Dia mahu membuka pintu kereta.

"Eh, tunggu dulu. " Kata aku berjaya menghentikan pergerakan Farah.

"Hmm? "

"Saya...biar saya hantar awak ke pintu. Ermm..saya kan..dah macam pelindung awak. Dari segala ancaman bahaya. Jadi..sebagai pelindung, saya kenalah pastikan yang awak selamat masuk ke rumah. " Kata aku.

Kelihatan Farah mencantumkan keningnya.

"Errr..tapi..dekat saja pun. Takpe awak, tak mungkinlah akan jadi apa-apa kat saya nanti. Percayalah. " Kata Farah tersenyum nipis.

"Takpelah, biarlah saya temankan awak. " Kata aku.

Haih Karen, tiber² je.

Farah menghembus nafas perlahan. Dia memandang aku dengan tepat.

"Hmm..okaylah." Kata Farah. Aku terus keluar dari kereta. Begitu juga Farah.

Aku mendekatinya. Farah hanya menggeleng kecil dan tersenyum.

Sebaik sudah membuka pagar rumah...Farah sudah masuk ke pekarangan rumahnya sambil diekori oleh aku.

"Ma! Farah dah balik. " Panggil Farah dari luar. Pintu dikuak dari dalam. Muncul wajah seorang wanita yang bergelar ibu di kornea mata.

"Haa Farah. Balik pun kamu. " Tegur ibu Farah pada anaknya.

Farah memeluk ibunya sekejap.

"Hehehe.. " Farah tersengih kambing. Aku hanya menggeleng kecil dan tersenyum.

"Takpelah aunty, saya balik dulu ye?" Kata aku meminta izin.

"Eh jangan balik lagi. Ish kamu ni..Farah.Tak pelawa kawan masuk langsung. Nak, masuklah dinner dengan kami. Kamu dah susah-susah hantar Farah balik. Alang-alang kamu dah ada kat depan pintu ni silalah masuk nak." Pelawa ibu Farah pada aku.

Aku tersentak. Kepala yang tidak gatal aku garu.

"Errr.. " Aku pandang Farah. Begitu juga dia. Dia pun tidak terkata apabila ibunya tiba-tiba mempelawa aku masuk.

"Ermm.. Okay. Terima kasih pelawa saya dinner aunty. " Kata aku menerima pelawaan ibu Farah.

Kulihat dia hanya tersenyum dan pergi. Farah sudah membulat matanya memandang aku sambil berbisik.

"Ish, awak terima? Biar betik awak ni? Awak kan dah nak balik rumah. " Kata Farah perlahan. Dia mendekati aku setapak.

Aku turut berbisik padanya.

"Salah ke kalau saya terima pelawaan ibu awak untuk dinner bersama awak dengan keluarga awak malam ni? Bukannya saya terima pinangan dari ibu awak untuk kahwin. " Kata aku selamba. Aku menggerak-gerak kening padanya.

Farah sudah membulat matanya.

"Eeihh awak ni..! Main-main pula. " Farah sudah menumbuk dada aku berkali-kali.

"Awww² sakitlah Farah. Awak ni..kalau tumbuk saya dengan kasih sayang takpa juga. Gitew. " Kata aku yang sudah terburai gelak ketawa aku.

Entah apa yang lucu pun tak tahu.

Farah sudah menjegil matanya. Dia bercekak pinggang.

"Hmmph!"

Aku masih dengan sisa ketawa aku. Comel je aku tengok bila dia marah. Farah.. Why you're so cute..

Aku sudah masuk dalam rumahnya. Sewaktu mendahului Farah sempat aku berbisik perlahan di telinganya.

"Awak kalau marah lagilah saya suka. Awww.. So cute gitew. " Kata aku perlahan di telinganya. Aku tersenyum sendiri.

Manakala Farah pula sudah terkedu. Dia menahan nafas apabila bibir aku dengan telinganya begitu dekat. Badannya statik terpaku.

Farah dapat rasakan hembusan nafas yang mengena ke telinganya.

Aku tertawa kecil memandang wajah Farah yang sudah berona merah. Dan terus pergi meninggalkan dirinya yang masih terpacak di situ seperti tiang besi gamaknya.

Farah memegang kedua-dua pipinya.

"Ahhhh.." Dia terjerit kecil sambil menutup muka. Malu!

Author pov

Sementara di rumah Dato' Johansson pula..

Dato' Johansson masuk ke dalam rumahnya begitu juga dengan Zain. Baju suit ditanggal oleh Dato' Johansson dan disangkut ke lengannya.

Macam biasa lepas balik kerja pasti riak penat terpancar di wajah mereka.

Zain dan Dato' Johansson tergamam. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Haa abang, Zain dah balik? Korang dua mandilah dulu tukar baju lepas tu makan. " Kata Datin Arina yang mula menghidang makanan di atas meja untuk makan malam.

Puteri dengan Camelia turut bantu apa yang patut.

Datin Arina seperti tahu dengan reaksi suami dan anaknya lalu bersuara.

"Malam ni..Kita ada dua orang tetamu untuk dinner bersama. Puteri turut ada di sini. Haa yang tu pula Balqish, kawan lama Kyran. Abang tak kisah kan kalau mereka dinner kat sini? " Kata Datin Arina.

"Eh kenapa pula nak kisah? Lagi ramai lagi meriah. Kan Zain? " Kata Dato' Johansson tersenyum.

Zain hanya mengangguk saja menggiyakan. Manakala matanya melotot lama ke arah Puteri.

Zain menunduk wajahnya. Perasaan bersalah kembali bersarang di hati.

"Selamat malam Dato', selamat malam.. Zain. " Puteri menegur mereka berdua sambil tersenyum. Dia cuba untuk berbaik dengan Zain dan cuba tidak mengingatkan kisah lama apabila terpandang wajah Zain. Ini pasti akan menjadi rumit bagi Puteri. Tapi, walau serumit apapun Puteri dah nekad mahu buang jauh-jauh perasaan dendam dan benci terhadap Zain.

Bagi Puteri, kalau berdendam lama-lama sekalipun tidak bawa faedah pun. Malah, boleh membawa mudarat sekiranya asyik berdendam dengan orang ni. Lagipun, tak lama lagi Zain akan jadi abang ipar dia. Dan dia juga..akan jadi sebahagian daripada keluarga Johansson.

Zain tersentak. Dia merenung Puteri dengan lama.

'Apa maksud teguran Dan senyuman tu? Dia.. Betul-betul dah tak marah aku? " Desisnya dalam hati.

Dato' Johansson membalas teguran Puteri dan tersenyum.

"Selamat malam juga, Puteri. " Manakala Balqish pula hanya menunduk hormat pada Dato' Johansson dan Zain. Dah kali pertama bertembung mestilah akan jadi kekok nanti mahu bercakap.

Manakala Dato' Johansson dan Zain yang perasan akan hal tersebut turut menunduk sedikit sebagai teguran perkenalan pertama mereka.

Selepas itu, mereka berdua naik ke tangga atas mahu mandi siap-siap dulu baru boleh makan.

"Datin, biar Balqish buatkan air. " Kata Balqish ke dapur.

"Hmm yelah. " Jawab Datin Arina. Mereka berdua berada di dapur bersama Camelia.

Manakala Puteri pula rajin mengusun pinggan dan sudu di atas meja setiap orang. Kyran yang melihat menguntum senyuman nakal.

"Puteri.. " Puteri tersentak apabila Kyran memeluk pinggangnya dari belakang. Fuhh! Nasib tak terpelanting sudu gara-gara dek terkejut.

Kyran meletakkan dagunya ke bahu Puteri. Haih, macam suami isteri pula.

"Awak.. Malulah. Nanti orang nampak. " Bisik Puteri. Wajahnya sudah berona merah apabila Kyran asyik mendekatinya.

Kyran tertawa kecil. Dia mencucuk jari runcingnya ke pipi gebu Puteri. Siapa suruh comel sangat.

Makin Puteri melarang menyentuhnya makin dia suka pula. Hamboih! Nakalnya.

Tiba-tiba muncul Balqish yang sedang membawa jug air merah ke meja. Alamatnya, dia sudah nampak wayang free di depan matanya tadi. Pfft!

Balqish sudah membuat muka jengkelnya. Hatinya begitu panas melihat adegan di depan mata. Kalau ada kuasa, nak saja dia buang badan Puteri jauh nun ke gunung Everest. Biar mati kesejukan! Huh!

Puteri yang nampak Balqish ada di sini terus meleraikan lingkaran tangan Kyran di pinggang rampingnya. Puteri mengerdip mata ke arah lain apabila terpandang jelingan maut dari Balqish.

Kyran yang perasan akan hal tersebut sudah memeluk tubuhnya. Riak matanya jelas terpancar jengkel plus benci pada Balqish. Hamboih! Jeling-jeling pula dia ye?

Tak lama kemudian, Datin Arina dan Camelia datang juga ke meja makan.

Akhirnya, sudah tersedia juadah makan malam mereka. Woah..dengan air jus tembikai lagi memang kaw² aih.

"Akhirnya, dah siap juga makan malam kita. Puteri, Balqish, Kyran kita duduk tunggu suami saya dengan Zain turun." Kata Datin Arina tersenyum. Ketiga-ketiga orang hanya mengangguk saja dan duduk di meja makan.

Kyran yang duduk bersebelahan dengan Puteri manakala Balqish pula berada di tepi kiri Puteri. Datin Arina berada di depan Kyran. Ada dua ruang kosong lagi kerusi di sebelah Datin Arina. Dato' Johansson pula sudah pasti akan duduk di tengah hujung meja sekali. Sebab dia ialah ketua keluarga.

Apabila dua makhluk tuhan sudah muncul di ruang makan maka jadilah sesi makan malam mereka. Ketika makan, Datin Arina sudah membuka mulut bercerita bagaimana dia terjumpa Balqish dan mengajaknya makan malam. Manakala, Balqish hanya diam membisu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut datin.

Dua sepasang merpati sejoli tu pula siap bersweet sawit lagi ketika makan. Sehinggakan terbit gelak ketawa dari mereka semua apabila memandang. Kecuali Balqish yang sudah berkerut wajahnya seribu menahan cemburu. Dia minum air gelasnya hanya dengan satu teguk menandakan dia betul-betul panas hati sekarang. Sempat lagi melambai tangan ke wajahnya acah-acah panas gituw.

Aiyork! Balqish..muka tu dah serupa bikin terpaksa pegang najis pula. Asyik berkerut saja wajah tu. Sayang kalau muka cantik asyik berkerut saja nanti jadi macam tok-tok nyiang pula yang lagi berkerut wajah mereka. Ahak!

Kyran yang tolong meletak lauk di pinggan puteri. Selepas itu, siap lagi sesi bersuap bagai. Memang patutlah keruh mencuka semacam saja pada wajah Balqish apabila terpandang scene itu. Tangannya pula sudah mengenggam sudu dengan erat. Macam mahu baling saja ke muka orang gamaknya.

Manakala Zain yang perasan wajah cemberut Balqish pula sedang menahan senyum. Terasa mahu gelak saja guling-guling lepas melihat wajah Balqish seperti itu. Haha nampak sangat cemburu ye?

Sementara di rumah Farah pula..

Di meja makan, ibu Farah iaitu puan Maria sudah menanya Karen sama ada sudah kahwin ataupun tidak.

"Errr.. " Karen berjeda seketika. Apa yang dia harus jawab? Mommy dan daddy nya pun tak tanya lagi dia pasal kahwin bagai. Erk!

"Ish mama ni..dia masih muda lagi la ma. Kalau mama nak tahu..masuk tahun ni baru mencecah 23 tahun tau ma? Masih awet muda tu. " Kata Farah berseloroh. Dia mencuit peha puan Maria.

Aku hanya tersenyum nipis apabila dikatakan begitu. Memang masih muda pun.

"Haa kamu tu pula makin tua Farah oihh! Masuk tahun ni dah cecah 26 tahun umur kamu. Ish³ kamu baru nak kahwin waktu umur 30 tahun ke Farah oih? Kamu jangan main-main. Kalau kamu tak kahwin juga tahun ni mama nikahkan jelah kamu dengan Mark. Kan senang. " Kata Puan Maria mula membebel.

"Alah mama ni. Mark tu kawan Farah jelah. Aduhh.. " Farah sudah tayang muka stress. Macam baru diberi tugasan banyak apabila ibunya menyuruh berkahwin tahun ni juga. Ish³. Tapi kan..siapa Mark tu ye?

Aku hanya tertawa kecil melihat gelagat ibu dan anak di hadapan aku kala ini.

Di rumah Dato' Johansson...

Akhirnya habis juga sesi makan mereka pada malam ini. Selepas habis siap mengemas meja makan mereka kini berkumpul di ruang tamu pula.

Datin Arina dan Dato' Johansson sudah tersenyum-senyum. Haa agak-agak apalah yang mahu dibincangkan tu ye? Jeng³.

"Puteri, saya dengan isteri saya sudah berbincang perkara ini dengan lama. Tentang bila berlangsungnya perkahwinan kamu berdua." Kata Dato' Johansson menarik nafas sebelum bersuara. Sempat dia melirik ke arah isterinya. Datin Arina hanya mengangguk dan tersenyum.

Manakala Balqish yang sedang ralit melihat phone terus melirik ke arah Dato' Johansson apabila terdengar perkataan 'perkahwinan'. What?! Balqish sudah membulat matanya. Dia betul-betul terkejut. Jadi, mereka berdua dah merancang untuk berkahwin?!

"Kami sudah berancang mahu tetapkan perkahwinan Puteri dengan Kyran pada hujung bulan ini. " Kata Dato' Johansson sambil tersenyum.

Puteri yang mendengar pula sudah membulat matanya. Cepatnya..Manakala Kyran hanya tersenyum-senyum. Lagi cepat lagi bagus. Baginya nak saja esok dia mahu mengecop Puteri sebagai isteri tercintanya.

"Bagaimana Puteri? Kamu setuju dengan tarikh perkahwinan kamu berdua? Mulai hari ni kamu dah boleh panggil saya mommy. Dan boleh panggil suami saya dengan panggilan 'daddy'. Mommy dah tanya Kyran. Dia dah lama setuju dengan tarikh perkahwinan kalian berdua. " Kata Datin Arina tersenyum.

"Errr.. " Puteri menggaru kepala yang tidak gatal. Dia memandang semua muka orang yang melirik ke arahnya seorang.

Balqish pula sempat dia nampak reaksi wajahnya apabila mendapat tahu hal tersebut. Kalau boleh dilihat mata kasar, boleh nampak api yang keluar dari telinganya itu.

Kyran mencuit lengan Puteri apabila dia hanya berdiam saja. Tiba-tiba..

"Saya setuju datin.. Eh mommy. " Kata Puteri tersengih. Dia masih belum biasa dengan gelaran mommy pada Datin Arina. Puteri menyelit rambut panjangnya ke telinga. Dia hanya tersenyum apabila terpandang reaksi gembira dari Kyran.

Dato' dengan Datin turut menguntum senyuman mereka. Masing-masing gembira apabila tidak lama lagi anak bongsu mereka akan kahwin juga. Dan tidak lama lagi akan bergelar 'suami'. Orang tua mana yang tak gembira melihat anaknya begitu happy mahu berkahwin dengan perempuan yang dia suka. Siapa lagi kalau bukan Puteri yang hanya bertakhta di hatinya. Tidak ada orang lain lagi yang dapat gantikan Puteri. Wanita yang dia sudah anggap sebagai princess di hatinya.

Manakala Balqish sudah mengenggam buku limanya erat. Dia meramas baju dengan kasar. Bibir bawahnya diketap sekuat hati sehingga mengeluarkan darah.

"Kenapa kau tak bagitahu aku pasal ni, Camelia? " Bisik Balqish dengan nada keras di tepi Camelia.

Camelia mencantumkan keningnya.

"Aku fikir kau dah tahu hal ni. " Kata Camelia dengan wajah yang tak bersalahnya.

Tersentak Camelia apabila melihat wajah bengang dari Balqish. Manakala mereka yang lain pula mulalah sibuk mahu mengusik Kyran dengan Puteri.

Keluar gelak ketawa dari bibir masing-masing. Puteri pula sudah malu apabila diusik sebegitu. Bila sekilas pandang, dah macam satu family besar yang happy pula. Sungguh indah di pandangan mata melihat suasana hangat dan nyaman di antara mereka. Hanya Balqish saja beriak tidak selesa.

Balqish bangun dari duduk. Dia sudah tidak tahan mahu duduk di sini. Dia menghampiri datin yang sibuk bersembang dengan suaminya.

"Err.. Datin...boleh saya tahu tandas di mana?" Tanya Balqish apabila suasana sudah tidak terlalu riuh rendah.

"Ohh tandas. Awak boleh masuk ke tandas bilik tetamu dekat bawah. Awak cuma kena straight saja nanti awak akan jumpa bilik tetamu dua. Awak boleh masuk bilik tetamu yang mana pun tak apa." Kata Datin Arina dengan jelas.

Balqish hanya mengangguk. Sebelum pergi, sempat dia berbisik pada Puteri yang sedang bergelak ketawa dengan Kyran supaya mengikutnya ke tandas.

Puteri sedikit tercengang. Dia meramas bajunya dan melirik tubuh belakang Balqish yang sudah pergi. Perlahan-lahan dia bangun dari duduk dan mahu pergi tetapi terhenti seketika apabila tangannya disentuh.

Puteri tersenyum. Dia memegang tangan Kyran yang menyentuh tangannya lembut.

"Awak nak pergi mana? "

"Jangan risau. Saya takkan pergi jauh. Nak pergi tandas saja. " Kata Puteri.

"Ohh, nak saya temankan? " Kata Kyran yang sudah tersenyum mengusik. Puteri menampar lembut tangan Kyran. Sempat lagi mahu mengusik.

"Ish tak naklah. Takpe, saya dah tahu bilik tetamu kat mana. Jadi, tak usah temankan ye? " Kata Puteri tersenyum.

"Hmm.. Okay. " Kyran tersenyum nipis. Dia hanya memandang tubuh belakang Puteri.

Entah hatinya rasa seperti tidak sedap hati. Namun, hatinya cuba untuk menepis perasaan itu. Tidak mahu berfikir lama.

Puteri menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Aduhh..Balqish dia masuk bilik tetamu yang mana satu ni? Takpelah masuk jelah dulu.

Puteri masuk salah satu bilik tetamu itu.

"Balqish..." Panggilnya perlahan. Dia membuka pintu bilik air dalam bilik itu. Sangkaannya memang benar. Balqish berada di sini.

Kelihatan Balqish membuka pili air di sinki. Dia hanya melihat ke pantulan cermin tidak melirik ke arah Puteri sedikitpun.

"Kenapa kau panggil aku ke sini?" Kata Puteri mengerdip mata dingin. Dia menyilangkan tangan ke dada.

Melihat Balqish yang hanya diam tidak berkata apa membuat Puteri mendengus kasar.

"Heyy, kalau tak ada apa aku pergi dulu. " Kata Puteri mahu menginjak pergi tapi terhenti apabila Balqish mula bersuara. Tubuh Puteri membelakangi Balqish.

"Puas hati kau? Sebab tak lama lagi akan jadi wife Kyran?" Kata-kata Balqish membuat Puteri tersenyum sinis.

Dia menoleh memandang Balqish. Keningnya dijungkit ke atas.

"Yes, why? Kau tak puas hati dengan aku? Rasa sakit hati? Rasa panas hati? Cemburu? Rasa mahu cepat-cepat singkirkan aku dari dia? Huh, dengan menculik? Kau mahu culik aku lagi? Ohh, takpun..kali ni kau mahu bunuh aku pula? Hmm? " Kata Puteri dengan sinisnya. Dia cuba menahan gelora di dada.

Balqish pula tersenyum sinis.

"Kalau dah tahu kenapa tanya lagi? And membunuh ye? Kau buat aku terfikir sesuatu Puteri. Andai bila saat kesabaran aku sudah hilang..maka terpaksalah aku bunuh kau. Perempuan perampas. "

Namun, senyuman sinis Balqish menjadi luntur apabila Puteri secara tiba-tiba tertawa sinis.

"Hehe bunuhlah. Kill me. Aku akan tunggu saat itu. Kalau kau mahu hidup kau hancur Balqish, teruskan dengan perasaan marah tu. Teruskanlah berdendam dengan aku. Balqish Sofea." Kata Puteri yang berjaya menyentap tangkal hati Balqish. Entah kenapa dia pula terasa tercabar dengan kata-kata Puteri.

"Kau...tak takut dengan aku? "

"Takut? Hehehe buat apa kau nak takut dengan kau? Kau pun manusia biasa macam aku juga kan? Balqish...Balqish.. You know what? Aku rasa macam..lagi kesian dengan kau. Kau...nampak menyedihkan. " Kata Puteri tersenyum. Dia berjalan perlahan mendekati Balqish yang sudah mengenggam penumbuknya.

"Kau..! " Balqish sudah melayangkan tangannya mahu menampar Puteri tapi Puteri dengan lajunya mencengkam lengan itu.

Balqish tercantum kening. Lengannya sakit apabila dicengkam kuat oleh Puteri.

"Kenapa? Rasa sakit? Alah, setakat macam ni.. Kau dah rasa sakit? Aku lagi teruk kau kerjakan tau? Kau sakiti aku, kau tendang aku, kau pukul aku macam haiwan, kau lemaskan aku dalam air yang kotor, kau seksa aku macam aku ni..langsung tak ada perasaan sakit pula. Tak cukup dengan itu.. Kau malukan aku. Kau rosakkan maruah aku! " Kata Puteri yang sudah sedikit emo. Terasa panas tubir matanya apabila fikirkan balik. Dia tahu pasti Balqish akan buat lebih teruk pada dirinya daripada sebelum-sebelum ini.

"Tak cukup dengan itu.. Kau babitkan Kyran pula. Kau suruh orang-orang pukul dia macam nak mati, kau dah malukan maruah dia.. Sebagai seorang lelaki. Kau suruh dia melutut depan kau! Heh, semuanya kerana kau yang ugut dia. Kau pergunakan aku Balqish. Dan sejak itu..hati aku dah macam tak ada rasa. Tsk, tapi takpe..aku rasa aku tahu kenapa kau buat semua tu. You know what..Balqish. Kaulah orang yang paling nampak kesian sekali! Not me..Poor you..Balqish." Kata Puteri dengan tajam.

Kata-katanya begitu menusuk ke dalam hati Balqish. Dada Balqish turun naik. Kebencian terhadap Puteri semakin membuak-buak dalam hatinya. Dia benci perkataan 'kesian' tu. Itu adalah kata-kata yang begitu pedas baginya. Dia paling benci pada orang yang kesian padanya!

"Puteri.. I swear to God..I'll kill you. No matter what.. I will kill you. I will kill you!! The bit**! I hate you! Very hate you! The fuc*ing mouth.. I want to cut it! " Jerit Balqish histeria. Tangannya yang lagi satu mengenggam bahu kiri Puteri dengan erat. Kukunya yang tajam mengena ke kulit bahu Puteri membuatnya menyeringai kesakitan.

Mata Puteri sudah bergenang. Dia memandang ke dalam anak mata Balqish yang penuh dengan kemarahan dan dendam padanya. Manakala air matanya memenuhi segenap pelupuk matanya. Bila-bila masa boleh terjatuh.

Lengan Balqish yang dicengkam erat oleh Puteri sedikit bergetar. Mereka saling bertentang mata.

"Apa maksud manusia bagi kau hah Balqish? Kau..kau begitu kejam. Kau begitu dendam dengan aku hanya semata Kyran? Tapi.. Aku tak ada salah apapun dengan kau. Kenapa kau tak boleh lihat aku senang? Kau memang bukan manusia, Balqish. " Kata Puteri dengan nada lirih. Cukup perlahan di pendengaran orang.

"Memang aku bukan manusia. Bukan aku pernah cakap pada kau.. Puteri. Yang aku..adalah nightmare kau. Kau takkan dapat lari dari aku. Kalau aku menderita.. Kau akan aku buat jadi lebih menderita. Kau harus ingat tu!" Kata Balqish dengan nada keras.

Puteri tersenyum.

"Kau cakaplah apapun Balqish. Aku dah tak kisah. Kau..bukan pengatur hidupku. Dan aku.. Langsung tak takut dengan kau. Aku cuma rasa..sangat kasihan pada kau. Aku kasihan pada kau kerana kau masih tidak sedar dengan keadaan kau." Kata Puteri tersenyum dalam kepedihan. Dia menoleh ke belakang membelangi Balqish. Spontan, terbit air mata mengalir ke dua pipinya.

Baru dia melangkah pergi, Balqish sudah membaling handbag yang penuh dengan isi barangannya ke belakang kepala Puteri membuat kepala Puteri ke depan sedikit. Hampir jatuh tubuh kecilnya dengan hentakan yang kuat pada belakang kepalanya.

Perlahan dia memegang belakang kepalanya. Terasa kepala terus menjadi pusing dengan hentakan itu.

"Kau kata lagi macam tu kat depan aku.. Aku bunuh kau kat sini terus perempuan sial!" Kedengaran kata-kata menyakitkan yang keluar dari mulut Balqish. Puteri tidak terkata. Kepalanya masih pusing dengan hentakan tadi.

Perlahan-lahan dia terus menapak pergi dari situ tidak menghiraukan Balqish yang terjerit seperti orang gila di dalam bilik air itu.

"Arhhh! Kau akan menyesal, Puteri! Kau akan menyesal!! Arghh!! "

Manakala Puteri pula lepas-lepas keluar dari pintu bilik tetamu itu terus dirinya terduduk di atas lantai disebalik tiang dinding itu. Dia menyandarkan tubuhnya ke dinding. Rasa sengal dan sakit di belakang kepala masih terasa lagi namun dia tidak hiraukan. Menghadapi Balqish seorang diri membuat dia hampir putus nafas. Begitu sukar sekali untuknya.

Dia tak tahu apa yang dia rasa sekarang ini. Rasa macam..kosong pula. Dia sudah terbiasa dengan kata-kata menyakitkan, dan pukulan hebat dari Balqish dan akhirnya membuat dia sudah tidak rasa apa lagi.

'Tapi kenapa...air mataku asyik mengalir? Seakan-akan aku berasa sakit sangat.'

Puteri memejamkan matanya. Tubuh masih disandar ke dinding dalam keadaan duduk.

"Walau apapun yang terjadi..aku takkan mengalah. " Gumamnya perlahan. Mata masih dipejam dengan erat. Dia menghela nafas lelah perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience