Bab 45: Afraid of losing

Romance Series 10664

Seorang lelaki sedang bermabukan di club malam. Pandangan matanya begitu tajam seperti helang. Dia menggenggam erat botol arak di hadapannya.

Sesekali dia meneguk air arak tersebut dengan rakus. Suasana yang bising dengan penuh figura perempuan dan lelaki yang menari-nari tidak dia hiraukan. Perempuan dekat club situ juga tidak berani mendekatinya apatah lagi mahu berbual. Nampak begitu banyak air kencing syaitan yang dia minum. Sampai berbotol-botol air arak yang telah diminumnya. Sanggup membazirkan duit demi arak. Lagipun dia kaya. Apa dia kisah kalau bazir duit.

Manakala fikirannya menerawang ke arah lain.

"Audrey, kau..nampak macam kusut serabai semacam jer. Baru putus cinta dengan girlfriend eh?" tanya kawan Audrey di tepinya yang perasan dengan perubahan Audrey.

'Haih Audrey nih..lain macam pulak aku tengok. Macam sedang marah je. Heran. Awet mana pulak yang dia bercinta kali nih? Yang pastinya mesti bukan perempuan yang murahan. Sebab Audrey bukanlah lelaki yang jenis mengambil perempuan yang sudah diguna dan dipakai.' batin kawannya itu.

Audrey tidak berkata apa. Tidak lama botol yang digenggam kuat olehnya terpecah begitu saja membuat kaca-kaca tertusuk ke tangannya sehingga berdarah tapi dia tidak hiraukan. Sakit di tangannya tidak dapat tandingi rasa sakit di hatinya!

Kawannya yang berada di tepi berasa terkejut. Begitu juga orang-orang yang berada di situ.

"Weh tangan kau berdarah nih. Kalau ye pun marah janganlah sampai cederakan diri sendiri." nasihat kawan di tepinya itu.

Audrey tidak hiraukan orang sekeliling termasuk kawannya itu. Hatinya masih panas dengan sikap Puteri.

Puteri pernah kata mahu jumpa dengan dia kerana mahu melunaskan hutang budi padanya hari tu tapi mana? Mana janji tu? Janji kosong saja. Semuanya hanya kata-kata kosong dari mulutnya. Kata cakap janji tapi..dia malah mungkiri janji tersebut. Seperti tisu hingus yang dibuang. Sudah banyak kali dia telefon tapi Puteri langsung tidak mengangkat panggilan darinya. Punyalah berjam-jam dia tunggu Puteri hari tu.

'Puteri.. Puteri..kau cabar aku eh? Takpe..takpe..kau nak main dengan aku sangat kan? Aku pun akan main-main dengan kau. Tengoklah nanti..Time tu baru kau rasa menyesal. Aku akan sanggup buat apa saja untuk memiliki kau Puteri!' jerit Audrey di dalam hati dengan muslihat busuknya itu. Dia tersenyum sinis seorang diri. Tidak mempedulikan orang lain yang memerhati dirinya.

***************
Kyran pov

Sayu mataku memandang tubuh Puteri yang terbaring lemah di atas katil hospital masih dengan mata yang tertutup. Doktor kata kecederaan yang Puteri alami tidak terlalu serius. Hanya cedera luar saja. Dan disebabkan tubuh Puteri yang alami cedera banyak buat dia tidak tahan dan terus pengsan. Jadi, Puteri cuma kena pastikan berehat secukup-cukupnya. Badannya terlalu lemah doktor kata. Mungkin sebab tu Puteri masih tidak sedar sampai sekarang. Kerana terlalu letih dan penat. Doktor pun kata pastikan balutan luka di tubuhnya tidak dibuka lagi sampailah dia sembuh kecuali kalau mahu tukar balutan baru.

Sekarang nih perasaan aku bercampur-baur. Ada perasaan yang paling kuat aku rasakan. Iaitu.. perasaan takut akan kehilangan. Yeah hati aku rasa sangat takut. Begitu takut. Hati aku bahkan..terasa seperti..akan mahu makin menjauh dengan Puteri nanti. Sedangkan Puteri ada je di hadapan mata sekarang nih. Aku tak pasti kenapa. Tapi yang aku tahu..aku sangat-sangat tak suka dan tak selesa dengan perasaan nih. Ianya buat aku..rasa sangat sakit.

"Puteri..saya tak sangka hal ini yang terjadi pada awak sekarang. Malah saya..saya tak tahu apa lagi yang awak alami di rumah neraka perempuan tak guna tu. Awak mesti berasa derita sangat sepanjang berada kat sana kan? Saya pun tak tahu perbuatan buruk apa lagi yang dia buat pada awak. Cuma saya rasa sangat bersalah Puteri.. sepatutnya saya berada di sisi awak untuk mengharungi semua nih. Tapi awak malah seorang diri yang alami semuanya. Mesti sangat sukar kan? Mesti lebih menyakitkan." kata aku sambil mengalirkan air mata. Aku memegang jari jemari tangannya dengan lembut.

Aku menatap seluruh wajahnya yang kelihatan pucat. Matanya masih tertutup rapat. Aku betul-betul rasa sangat takut.

Aku bangkit daripada duduk. Perlahan-lahan mendekati tubuhnya yang terbaring kaku. Perlahan-lahan aku merapatkan wajah aku dengannya.

Aku mencium bibirnya dengan lembut. Tanpa aku sedar, air mata turun lagi ke pipi. Lama aku berkeadaan begitu. Farah yang mahu masuk membuka sedikit pintu wad Puteri. Dia yang ternampak scene tu terus menutup balik pintu. Tidak jadi mahu masuk.

Farah menyandarkan tubuhnya. Dia menutup mulut.

"Opss! Wrong time." kata Farah menampar dahinya dengan kuat.

"Auch! Sakitnya!" gumam Farah yang menyentuh lembut dahinya. Dia yang buat dia yang sakit. Perlahan-lahan senyuman manis terukir di bibir mungilnya.

'I really hope Puteri and Kyran will be together forever and ever and have a happy ending. Not sad ending.' batin Farah tersenyum.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk. Dia menyeluk poket baju di pinggangnya dan melihat gerangan siapa yang telefon.

"Hah? Karen? Alamakk Karen. Baru hari nih aku teringat dia lepas nampak nama dia. Haih terlupa pulak yang Puteri nih ada adik." gumam Farah sendirian. Tanpa berlengah dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello?"

"Hello, maaf menganggu Cik Farah di sana. Tapi kakak saya okay kan sekarang? Sebab saya call dia banyak kali dia tak jawab. Saya nak jumpa dengan kakak saya. Rasa rindu sangat nak jumpa dengan dia." kata Karen.

'Ohh jadi inilah sebabnya dia telefon aku. Ala mesti dia terkejut monyet nanti lepas dapat tahu yang Puteri berada di hospital.' batin Farah.

"Karen, saya..saya nak gitau yang Puteri kakak awak berada dekat hospital." kata Farah dengan nada sedikit bergetar dan perlahan.

"Apa?! Dia..apa yang terjadi pada dia sebenarnya? Doktor.. doktor cakap apa?" kedengaran suara Karen yang sedikit tersekat-sekat macam data internet slow yang tersekat-sekat.

"Maafkan saya Karen. Saya terlupa pasal awak pulak. Saya hampir terlupa yang Puteri ada adik. Ermm macam nih..kakak awak berada di hospital sekarang. Jangan risau.. keadaan dia tidak kritikal. Cuma..dia hampir kehilangan banyak darah tadi but it's okay jangan cemas lagi kakak awak hanya tidak sedarkan diri. Awak boleh datang ke sini. Saya hantar location hospital nih." kata Farah panjang lebar.

"Okay²." kata Karen di talian sana dan terus menutup panggilan.

"Pffft! Nampaknya Karen begitu risau. Huhu..rasa bersalah pula tak bagitau dia dari awal. Kau pun satu Farah apasal lah tak call dia dari awal. Nasib aku dah call aunty tadi suruh datang sini." kata Farah yang pok pek pok pek seorang diri.

Tiba-tiba aunty Puteri kelihatan di ruang mata. Farah serta-merta tersenyum menyambut kedatangan aunty.

"Farah, macam mana keadaan Puteri? Doktor kata apa?" kata aunty menunjukkan reaksi kawatirnya.

Farah memegang lengan aunty dengan lembut.

"Aunty jangan risau ye? Keadaan Puteri sudah tidak teruk. Dia cuma tidak sedarkan diri." kata Farah tersenyum kelat. Walaupun dia sedaya-upaya memujuk aunty supaya tidak risau. Hakikatnya, dia juga sangat risaukan Puteri sekarang nih. Puteri bagaikan pelengkap hidupnya. Kalau tak ada Puteri..dia tidak tahu apa nasibnya nanti.

"Ermm baguslah kalau kamu cakap macam tu Farah. Jantung aunty nih macam nak luluh dah bila kamu cakap yang Puteri di hospital sekarang nih. Ini adalah berita yang mengejutkan. Patutlah Puteri langsung takde tanda-tanda nak balik rupa-rupanya.." kata aunty yang sudah tidak sanggup mahu meneruskan kata.

Farah menenangkan aunty. Dia mengusap lembut bahu aunty.

"Farah, aunty nak jenguk Puteri boleh?" kata aunty.

"Eh boleh² kenapa tak boleh pula Farah pun nak jenguk keadaan Puteri juga nih." kata Farah. Dia membuka pintu bilik wad Puteri dan menjemput aunty untuk masuk.

Kelihatan Kyran duduk di tepi katil sambil menekup wajahnya dengan tangan. Tangannya pula kemas memegang tangan Puteri.

Farah berdehem-dehem kecil automatik membuat aku mendongak ke hadapan. Farah dengan aunty lah.

Spontan bibir aku menguntum senyuman manis pada aunty. Aku terus berdiri daripada duduk dan mempersilakan aunty untuk duduk di sini.

"Aunty, silakan duduk sini." kata aku dengan lembut. Aunty hanya tersenyum. Dia berjalan perlahan ke arah kerusi di tepi katil dan melabuhkan punggungnya di situ juga.

Aunty memegang tangan Puteri dengan lembut. Terdapat balutan di kedua-dua belah tangannya. Luka yang paling teruk dan hampir membuat darahnya semakin banyak keluar adalah dari tapak tangan Puteri.

Aku hanya memandang sepi ke arah mereka berdua. Farah juga begitu. Masing-masing berwajah kelat dan masam. Kalau tidak pergi ke hospital dengan cepat pasti sudah tentu Puteri kehilangan banyak darah. Bukan hanya di kedua-dua tangannya saja. Kesan luka di dadanya berdarah lagi. Walaupun dibalut tetapi masih ada darah yang keluar. Mungkin orang-orang Balqish ada yang tertumbuk dadanya di tempat luka.

"Puteri, sedarlah. Aunty datang nih." panggil aunty perlahan dengan lembut. Suaranya sedikit bergetar menahan sedih di dalam dada.

Tetapi tiada reaksi dari Puteri. Farah mengeluh lemah perlahan. Manakala aku pula hanya menunduk ke bawah memandang lantai.

Selepas beberapa minit... tiba-tiba Puteri mula memberi reaction. Dia menggerakkan sedikit jari-jemari tangannya itu. Aunty yang memegang tangan Puteri dan merasakan gerak-geri darinya spontan tersenyum gembira. Aunty memandang ke arah Farah dan juga aku.

"Puteri dah sedar." kata aunty. Aku yang menunduk kepala terus mengangkat kepala memandang ke arah aunty apabila mendengar yang Puteri sudah sedar.

Serta-merta perasaan mendung tadi bertukar ceria. Puteri dah sedar. Syukur pada Tuhan. Begitu juga dengan Farah yang terkejut dan gembira. Aku dan Farah merapati katil Puteri.

Aku lihat Puteri membuka perlahan-lahan matanya. Dia memandang ke atas kejap dan memandang ke arah sebelah apabila terasa dipanggil.

"Puteri.." panggil aunty. Puteri terpaku seketika memandang ke arah auntynya. Dia mengukir senyuman segaris perlahan di bibir. Puteri kini memandang ke arah tepinya pula. Dia memandang ke arah aku dan juga Farah beserta senyuman lemah.

"Terima kasih aunty, Kyran, Farah sebab lawat Puteri. Rasa terharu sangat-sangat." kata Puteri yang sudah duduk sambil bersandar di kepala katil. Dia mengukir senyuman lemah. Segelas air yang berada di tangannya dia minum. Selepas itu gelas yang kosong dia bagi pada aunty. Aunty hanya tersenyum dan meletak kembali atas rak di tepi katil hospital gelas kosong tersebut.

"Tak apalah. Kami bertiga kan dah macam keluarga Puteri. Dah jangan berterima kasih sangat. Yang penting Puteri kena rehat banyak-banyak ye sayang? Nanti barulah cepat sembuh. Haa makanan tu makanlah. Jangan dibiar sangat perut tu kosong." nasihat aunty panjang lebar. Belum sempat Puteri mahu membalas kata-kata aunty seorang lelaki menarik pintu dengan kasar dari belakang. Dia masuk ke dalam bilik dengan sedikit termengah.

"Kakak.." panggil Karen. Dalam masa yang sama tersenyum lega apabila terus nampak kakaknya yang seperti baik-baik saja. Puteri pulak terkejut melihat adiknya di sini. Dia fikir yang adiknya tidak akan menjenguknya di hospital.

"Adik..tak sangka adik datang sini. Aunty sebenarnya inilah Karen. Karen Anderson Khan. Adik Puteri. Dia..dia masih hidup aunty." kata Puteri perlahan.

Aunty yang beriak biasa memandang ke arah Puteri dengan riak hampir tidak percaya.

Selepas sekian lama mendiam dan memandang ke arah Karwn. Tiba-tiba air mata bertakung di tubir mata aunty. Wajah Karen ada sedikit iras-iras Khan.

Bila terus mendekati Karen terus aunty memeluknya dengan erat. Dia menangis. Karen turut membalas pelukan auntynya. Akhirnya.. akhirnya dia dapat jumpa dan peluk auntynya. Dari dulu lagi dia mahu beritahu perkara yang sebenar. Tetapi dia cuma tunggu masa yang sesuai. Dan inilah masanya. Cuma..dia harap sangat auntynya dapat terima siapa dirinya sebenar dan dia sudah bersedia untuk ceritakan segala-galanya pada aunty dan juga kakaknya.

"Karen...Karen pergi mana selama nih? Dulu puas arwah ibu dan ayah cari kamu nak. Termasuk kakak kamu yang masih kecil dan juga aunty." kata aunty menyentuh lembut pipi Karen. Dia mencium dahi Karen dengan lembut. Air mata berlinangan di tubir mata. Air mata bahagia. Bahagia akhirnya selepas sekian lama dapat jumpa dengan Karen.

Aku yang memandang scene di hadapan terasa panas pula mata nih. Rasa nak nangis tapi tak payahlah. Habislah kemachongan aku. Takpe² tahan je dulu daripada nangis. Aku mengerling Farah yang berada di tepi. Kelihatan bercucuran air matanya berkali-kali menangis memandang scene di hadapan mata. Ish³ menangis macam kehilangan anak je budak nih. Macam dia pulak yang terlebih drama. Aunty pun tak senangis lebat macam dia. Eihh drama betul. Okey done kecam!

"Sebenarnya aunty..cerita tu panjang. Kita duduklah dulu. Nanti Karen jawab pertanyaan aunty satu per satu tentang kejadian 19 tahun yang lalu." kata Karen tersenyum.

"Okaylah, Kyran, Farah kamu berdua pun duduklah jangan berdiri tercegat macam tu saja nanti sakit kaki pulak." kata aunty menegur aku dengan Farah yang berdiri terpacak seperti tunggul. Tunggul pun tak berdiri macam nih tau. Aunty mengusap pipinya yang basah sedikit dengan air mata.

"Okay aunty." jawab aku dengan Farah secara serentak. Kami berdua duduk di atas satu sofa dan Karen dan juga aunty duduk di atas satu sofa. Kat dalam wad nih sudah disediakan sofa yang lebih untuk pelawat pesakit yang datang banyak. Dan kat sini juga ada aircond. Memang berbaloi betul pihak hospital buat macam nih cuma tulah..kena pakai duit banyak untuk tambahkan keselesaan orang ramai di hospital nih.

Aku lihat Puteri yang seperti terkial-kial mahu memegang sudu untuk mencedok makanan. Terus aku berdiri menghampirinya. Tangan Puteri yang memegang sudu aku sentuh.

"Biar saya suapkan awak." kata aku ringkas. Puteri terkebil-kebil memandang ke arah aku. Dia mengangguk perlahan dan membiarkan aku menyuap makanan untuknya.

Aunty yang perasan pemandangan di hadapannya tersenyum manis. Dia kini menumpu ke arah Karen pula.

"Karen, macam mana kamu boleh hilang dulu? Kamu.. diculik?" kata aunty yang sudah mula soal selidiknya.

"Ye aunty, sebenarnya Karen diculik oleh seseorang. Karen tak ingat apa yang berlaku sebenarnya sebab waktu tu Karen masih berumur 4 tahun. Dan bila Karen dah melangkau usia 10 tahun barulah ibu dan ayah angkat karen bagitau hal yang sebenar. Nasib baik karen dijual pada orang lain. Dan orang tu ibu dan ayah angkat Karen aunty. Mereka baik sangat. Mereka beli Karen pun sebab mereka memang perlukan seorang anak. Tapi sebelum Karen dijual mereka pernah suruh si penculik tu bagi gambar ibu bapa Karen so Karen dah tahu siapa keluarga kandung Karen yang sebenar sejak Karen remaja. Mungkin si penculik tu tangkap gambar secara secret. Dan memang sudah rancang dari awal untuk culik Karen. Maybe." kata Karen panjang lebar.

Puteri yang kunyah makanan tersedak mendengar kata-kata dari adiknya. Aunty turut terkejut tetapi dapat kawal reaksinya lagi. Dalam masa yang sama bersyukur juga sebab Karen dijual pada orang yang baik. Tapi...walau bagaimanapun anak tetap anak. Dan seorang anak bukannya seperti barangan yang boleh dibeli dan dicampak sesuka hati. Malah harus diberi perhatian, diberi kasih sayang dan dididik dengan baik. Mereka boleh saja mengambil anak angkat yang anak yatim piatu yang tiada ibu dan ayahnya kalau dah betul perlukan anak angkat. Hmm heran.

"Uhuk..uhuk.."

"Nah air. Awak tak apa-apa?" tanya aku prihatin.

Puteri menyambut minuman di tangan aku.

"Saya tak apa-apa." kata Puteri dengan nada serak basah. Aku hanya memerhati segenap wajah cantiknya di hadapan mata. Jarak aku dengannya saja aku rapatkan.

Aku menyuap lagi makanan dalam mulut Puteri.
Sambil makan dia menatap wajah aku dengan lama. Mungkin juga dia rindu pada aku. Ahh..aku rasa macam nak peluk kuat-kuat saja my princess di hadapan aku nih. Tapi apakan daya, aunty ada kat sini. Heheh. You know what kalau pasangan yang saling mencintai pasti akan berasa sangat-sangat rindu kalau tidak bersua muka walaupun sehari. Macam bertahun-tahun tak jumpa. Ini kerana cintanya yang begitu dalam terhadap pasangannya itu. Dan cinta tu takkan dapat dihalang oleh siapa-siapapun malah dia sanggup..untuk hadapi semua rintangan asalkan demi cintanya. Dan pasangan tu bagaikan aku dan juga Puteri.

"Hmm...boleh aunty tahu siapa ibu dan ayah angkat Karen?" tanya aunty.

Karen memandang ke arah aunty dengan lama. Rasa takut-takut mahu bagitahu perkara sebenar identiti ibu dan ayah angkatnya. Harap auntynya tidak begitu kisah.

"Sebenarnya.."

*************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience