Bab 71: I'm so tired with all this

Romance Series 10664

Sambungan Puteri pov

Kedebupp!

Ahh..

Aku mengangkat kepala memandang gerangan siapa yang melanggar aku.

Tergamam dan terkedu. Rasa terkejut dia berada di sini. Huh, panjang umur. Aku baru nak jumpa dia. Jadi..tak perlulah untuk aku call bagai.

Kelihatan sepertinya Balqish turut pamer riak terkejutnya. Aku menyungging senyuman sinis.

"Kau?" Balqish mencerlung tajam ke arah aku.

Aku mencebik mulut ke pipi. Tanpa berkata apa aku terus menarik tangannya pergi ke satu arah.

"Woi, kau buat apa hahh?? Oii..lepaslah! Lepas.." Balqish cuba meronta-ronta tanganku dari menarik tangannya.

"Ikut aku." kata aku serius dan datar.

Aku menuju ke tangga diikuti oleh Balqish di belakang seperti terpaksa mengikutku. Tangannya masih meronta-ronta untuk dilepaskan. Aku hanya meneruskan langkahku mendaki tangga tanpa mempedulikannya yang sudah mencarut dan sumpah seranah pada aku.

Hanya memekakkan telinga. Pintu di hadapan aku tolak. Apabila sudah sampai ke tempat yang mahu dituju, aku lepaskan tangannya kasar.

Balqish pula sudah melibas tangannya mungkin sakit apabila aku kuat mencengkam pergelangan tangannya. Kelihatan merah sedikit tangan putihnya itu.

Angin di sini pula sepoi-sepoi bahasa. Almaklumlah, aku dan Balqish sekarang berada di atap bumbung hospital. Jadi, terasa sejuk dan nyaman sedikit di sini.

"Kau tengok apa yang kau buat?" Balqish menunjuk pergelangan tangannya yang agak merah itu padaku. Matanya seperti biasa mencerlung tajam memandang aku.

Aku tersenyum sinis. Kaki melangkah setapak demi setapak menghampirinya.

"Merah sikit macam tu saja pun. Kalau nak dibandingkan apa yang kau buat pada aku selama ini..lagi teruk dari ini Balqish Sofea." kata aku sinis kini beriak serius memandangnya.

Balqish tertawa sinis. Dia memeluk tubuh sambil memandang aku dengan tepat. Gelakan ketawa sinis darinya itu memang menyakitkan hati.

"So..kau nak cakap.. yang kau simpan dendam? Kau nak balas dendam pada aku macam tu? Huh?" kata Balqish tidak kalah sinisnya.

Aku tersenyum palsu.

"Taklah. Aku tak kata pun macam tu. Cuma..aku bukannya mahu bincang pasal tu pada kau. Tapi aku mahu tanya kau sesuatu."

"Kau..k-kau kan yang rosakkan brek kereta Kyran? Kaulah dalangnya kan?" soal aku mula mengesyaki dia.

Riak wajah Balqish yang bertukar keruh itu menambah rasa curiga aku padanya.

Apa..ini semua memang rancangan dia?

"Kau siapa Puteri? Tiba-tiba mahu tuduh orang. Heh, kau tak ada bukti nak tuduh aku bagai lah. Mana mungkin aku akan buat perkara yang macam tu. Heh, kau dungu ke? Kau pun tahu bagaimana betapa besarnya cinta aku pada Kyran? Mana mungkin aku akan cederakan orang yang aku sayang apatah lagi membuatnya kemalangan."

Aku mengecilkan mataku memandangnya. Boleh percaya ke cakap dia ni? Aku senyum senget.

"Ohh ya? Kalau macam tu.. beritahu aku apa sebab kau datang hospital? Kalau kau tak ada kena mengena dengan hal ni..bagaimana kau tahu Kyran terlantar di hospital sini kerana kemalangan? Hmm?" kata aku memulangkan paku buah keras balik padanya.

Balqish tersentap. Dia sudah terkelu lidahnya mahu berkata-kata.

"Datin Arina.. Datin Arina yang call aku beritahu semuanya. Dialah yang suruh aku tengok-tengokkan Kyran." kata Balqish nampak sangat menipu.

"Ohh..datin Arina ye?" Aku semakin menghampirinya.

"Datin Arina dengan Dato' Johansson berada di oversea. Tak lama lagi, mereka akan datang ke sini untuk jaga Kyran. Mereka hanya beritahu aku suruh jaga Kyran sepanjang ketiadaan mereka. Hehe, tak tau lah pula ye Datin Arina beritahu kau juga. Setahu aku...dia ada bagitau kat aku yang dia hanya harapkan aku sorang saja untuk jagakan Kyran." kata aku sinis.

Bibir mengukir senyuman sinis lagi apabila melihat dia seperti tiba-tiba gelabah dan tak senang duduk.

"Sudahlah. Lebih baik aku pergi dari buang masa dengan kau. Aku terfikir juga. Kenapalah aku kena jawab soalan kau tu. Penting ke?Hmm?" kata Balqish mengangkat keningnya.

"Heh, tak penting kan? Tepilah, buang masa saja layan kau." kata Balqish yang mahu mendahului aku tapi dengan pantas aku mencengkam lengannya kuat dari pergi.

Balqish tersentak. Dia memandang tajam ke arah aku.

"Apa yang kau nak lagi hahh??"

"Berhenti berlakon Balqish.." kata aku perlahan memandang tepat dan tajam ke dalam anak matanya.

"Hahh??"

"Itu cuma hanya kata-kata tipuan yang keluar dari mulut kau je. Heh, kau fikir aku ni dungu sangat ke sampai tak boleh bezakan yang mana yang palsu dan yang mana yang benar? Kau..kaulah orang yang mengupah seseorang untuk rosakkan brek kereta Kyran kan? Mengaku cepat Balqish!" jerkah aku padanya keras. Mata menatap tajam wajahnya. Dada aku sudah turun naik menahan marah.

Balqish memandang aku lama. Terkejut dia apabila dijerkah oleh aku sebegitu.

"Kau dah gila ke hahh? Tiba-tiba suruh orang mengaku perbuatan yang aku sendiri tidak lakukan. Kau memang gila."

"Yeah, memang aku gila! Gila dengan perbuatan kau sendiri. Kau buat aku hampir hilang akal Balqish. Kau yang salah tapi kau tak nak mengaku pula? Balqish! Jangan berdalih lagi boleh tak? Aku tahu kaulah orang itu! Siapa? Siapa yang kau cuba cederakan? Kyran? Tapi.. kenapa?"

Aku mencantumkan keningku. Menanti kata-kata yang keluar dari mulutnya.

Balqish menoleh kepala ke arah lain. Dia tersenyum sinis sebelum memandang ke arah aku semula.

"Macam ni je eh? Biar aku terus-terang saja dengan kau. Yeah, memang betul aku ada upah seseorang untuk rosakkan brek kereta tetapi bukan Kyran yang aku mahu rosakkan. Kereta Farah yang aku mahu rosakkan. Sasaran aku adalah Farah tapi tak semena-mena 'anjing aku yang tak guna' tu tersilap kereta dan dia rosakkan kereta Kyran! Ohh katanya kereta Kyran hampir sama dengan Farah. So..tak mustahil kalau dia tersilap. Aku akan hukum dia sekeras-kerasnya kalau apa-apa yang terjadi pada Kyran! Semua ini bukan salah aku okey? Tapi salah upahan aku sendiri. Huh!"

Lemah lutut aku apabila mendengar pengakuan dari Balqish. Air mata bergenang ke tubir mata. Terasa pandangan ku menjadi kabur dengan air mata.

Aku menggenggam kolar bajunya erat dan hal itu berjaya membuat Balqish terpempan.

"Kau..kau sebenarnya sasarkan Farah. Disebabkan waktu itu Farah turut bersama Kyran Farah pun kemalangan kau tahu tak? Kau.. terfikir mahu bunuh Farah?! Kau..tak rasa bersalah ke hahh lepas kau buat macam tu pada Farah?! Hahh?" Tajam mataku menikam ke dalam anak matanya.

Balqish menyengetkan hujung bibirnya sinis. Pandangannya begitu sinis padaku.

"Langsung. Tak." kata Balqish sinis satu per satu. Aku tersentap dan terkedu. Air mata mula mengalir laju ke pipi. Kening aku tercantum memandangnya. Kata-katanya mencengkam hatiku dengan kuat. Kami saling berpandangan lama.

Orang seperti dia memang langsung tidak ada perasaan simpati atau bersalah walaupun sedikit. Tengoklah muka dia tu..muka yang sinis seperti bahagia dengan perbuatan buruknya sendiri.

"Kenapa..kenapa mesti Farah?! Hiss..hiss..kenapa mesti dia? Apa salah dia pada kau? Sampai-sampai..kau libatkan dia sekali. Bukan cuma dia! Tapi..Kyran pun sama. Kenapa mesti orang yang aku sayang kau aniayai?! Kenapa?! Tak cukup ke aku seorang yang kau aniaya, Balqish?..Aku dah beri amaran pada kau. Tapi kau sengaja langgar amaran dari aku tu. Kau buat semua ni sebab mahu sakitkan hati aku kan? Kau memang perempuan jahatlah Balqish. Jahat." kata aku yang sudah mengalir air mata satu per satu di hadapannya. Hati aku terasa sakit. Perkara yang paling menyakitkan adalah apabila musuh kita sendiri aniaya orang yang kita sayang...

Balqish meludah air liurnya ke muka aku selamba. Aku tersentak. Tangan mengelap air liurnya dari muka aku. Jijiknya.

"Opss sorry, aku fikir longkang busuk tadi. Huwarghh.." Balqish menguap perlahan. Menguap yang dibuat-buat.

"Kau cakap panjang sangat lah. Hampir buat aku nyantuk dan tertidur kat sini. Huh, memang aku buat sini sebab nak sakitkan hati kau. Aniaya kau seorang memang tidak puas. Kau harus rasa lebih sakit dan menderita daripada aku. Bagaimana kau rampas Kyran dari aku..macam tu jugalah aku akan sakiti dan cuba bunuh orang yang kau sayang Puteri. Tsk..tsk..kesian hidup kau. Tak aman disebabkan aku. Kalau Kyran jadi milik aku..hidup kau aku takkan ganggu lagi."

"Cuma..bukan itu saja sebab aku lakukan semua tu. Ianya kerana perempuan sendiri tu juga. Siapa suruh dia berani sangat cari pasal dengan aku? Hina aku hidup-hidup di hadapan aku sendiri pula tu. Memang nak kena dengan akulah. So...why not kalau aku lebih buat cerita ini makin menarik, huh? Dengan title..si kawan baik mati kerana kemalangan. Hmm? Sedap tak title tu, Puteri Ilynia?" kata Balqish dengan sinis dan tajam. Mampu membunuh hati sesiapapun yang berada di tempat aku.

Di sisi, aku sudah menggepal penumbuk aku menahan rasa geram yang teramat.

Tangan yang memegang kolar bajunya aku lepas dan menekan dadanya dengan jari telunjuk aku berkali-kali sehingga tubuhnya terundur ke belakang setapak demi setapak sambil aku bersuara.

"Kau memang kejam! Farah belum matilah! Dia kemalangan dan jadi buta disebabkan kau! Semuanya salah kau Balqish! Hidup dia dah hancur dan kelam disebabkan kau! Bagaimana kau boleh aniaya hidup gadis malang sepertinya, huh? Hiss..hiss dia langsung tak bersalahlah!"

"Kau adalah orang pertama yang paling buruk sekali perangai yang aku jumpa dalam hidup aku, Balqish. Orang seperti kau memang patut pupus di atas muka bumi ini! Kerja mahu aniaya..aniaya..dan aniaya. Hati kau diperbuat daripada apa hahh?! Bagaimana seseorang seperti kau sanggup buat semua ini? Kau juga manusia. Kau juga dilahir dari perut ibu! Kau juga sama seperti orang lain. Kau juga..pasti ada kawan rapat dalam hidup ini kan? Cuba kau fikir..kalau kau berada di tempat aku..dan seseorang cuba menganiaya kawan baik kau sendiri..kau akan rasa apa?"

Balqish tersentap. Terus fikirannya menerawang kisah silamnya bersama seorang perempuan yang dianggap kawan baik baginya. Terasa panas air matanya teringat akan kenangan itu.

Pipi aku sudah dibanjiri dengan air mata. Keningku tercantum menahan sakit dan gelora di dada. Aku menggeleng perlahan. Perbuatan buruk pada Balqish pada aku selama ini..mampu membunuh aku secara perlahan. Sungguh menyeksa diri aku sendiri..

"Kau tahu tak..disebabkan kemalangan yang kau rancang tu..hiss..hiss..dia jadi buta. Buta. Bukan rabun. Walaupun kau tak ambil nyawa dia..atau bunuh dia...tapi kau seperti bunuh dan seksa dalaman dia hidup-hidup, Balqish. Hal ini pun dianggap seperti membunuh hidup dia sendiri! Membuat dia buta ialah perkara yang paling teruk dan sadis baginya. Bagi Farah, hidup dia dah tak ada ertinya kalau dia sendiri tak dapat melihat. Hidupnya sudah remuk dan hancur. Ini..tidak ada bezanya mahu bunuh nyawanya Balqish!" Hidung aku mula merah. Aku cuba untuk tenangkan diri.

Aku mengerling sekilas ke belakang. Tubuh Balqish betul-betul terhenti di hadapan hujung atap bangunan ini.Hanya beberapa meter saja tubuhnya akan jatuh dari bangunan. Spontan idea mari ke dalam benak fikiranku.

"Betullah cakap orang..hidup ini memang kejam dan tak adil. Dunia ini tak adil sebab ada orang macam kaulah. Orang spesies macam kau..kat dunia ini memang banyak eh? Kejam, angkuh, suka menindas orang lemah, ego, yang paling sadisnya.. sanggup buat apa saja untuk hancurkan hidup orang lemah dan tak ada taraf yang tak bersalah demi kepentingan diri sendiri! Aku manusia yang lemah ni pun kau mahu berdendam. Sangat menyedihkan. Kau tahu?"

Pangg!!

Terteleng kepalaku ke kiri apabila terasa hangat menjalar pipi kananku dek ditampar kuat olehnya. Tak sempat untuk aku berbuat apa lagi.

Aku memegang pipi. Mulut mencebik ke pipi.

"Kau kata apa pada aku? Menyedihkan? Kau kata aku ni.. menyedihkan? Heyy, aku paling pantang sungguh kalau orang kata aku macam tu. Puteri, kau jaga sikit mulut tu eh? Kaulah yang nampak menyedihkan. So sad.. Bagi aku, kaulah orang yang tampak paling kesian dan menyedihkan. Bukan aku!" Jerit Balqish keras menuding jari tepat ke muka aku. Dadanya turun-naik menahan marah.

Manakala, tangan di sisiku sudah ramas baju dengan kasar.

"Ohh ya?" kata aku tersenyum cuba menahan diri dari menangis.

"Aku dah cakap Puteri. Kalau kau kata macam tu lagi aku akan terus bunuh kau kat sini."

"Tapi takpe, aku takkan senangnya bunuh kau macam tu aje." Balqish menghampiri setapak ke hadapan. Wajahnya didekatkan ke telinga aku.

"Aku akan terus seksa kau sepuas-puasnya..sampai kau sendiri tak sanggup mahu hidup kat atas muka bumi ini, Puteri." Bisik Balqish perlahan tersenyum sinis. Dia kini menjauhi sedikit mukanya dari aku.

Aku turut mencarik senyuman tidak kalah sinis.

"Kenapa?"

"Kau..."

"Terasa.." aku semakin menghampirinya.

"Dicabar ke? Hmm?" kening aku terangkat sinis.

"Kalau aku nampak menyedihkan, kenapa kau harus susah-susahkan diri kau campur hidup orang yang menyedihkan seperti aku ini? Hmm Balqish? Kenapa aku...kenapa?! Apa salah aku pada kau.. sampai-sampai kau buat aku macam ni? Ohh aku tau.. Kau buat semua ini sebab Kyran kan? Balqish..aku dah penatlah. Penat. Penat nak bermusuh bagai dengan kau ni..Sampai bila...sampai bila kau nak kacau hidup aku huh? Sampai bila kau nak buat aku rasa teruk macam ni?! Aku.." aku menggantungkan ayat seketika. Cuba menarik nafas panjang. Terasa mata hampir menitis air mata.

"Aku pun ada tahap kesabarannya juga, Balqish. Kesabaran aku ada juga terhadnya! Aku..tak ada salah apapun pada kau. Aku..tak pernah pun kacau hidup kau. I-Ini..ini tak adil bagi aku.." kata aku perlahan. Bibir bawah bergetar pilu.

Balqish mencarik senyuman sinis.

"Kau sendiri tahu jawapannya. Dan sampai bila aku akan henti kacau kau? Of course sampai Kyran betul-betul jadi milik aku. Biarpun, sampai hayat kau sekalipun Puteri. Aku kesian la pada kau Puteri. Tak semena-mena kau jadi mangsa aku."

"Kau memang tak ada salah apa-apa pada aku pun. Tapi, hanya satu yang salah. Dan kesalahan kau tu..aku takkan maafkan."

"Iaitu kesalahan merampas Kyran dari aku." kata-kata Balqish menyentap ke tangkal hati. Tak semena-mena air mata yang cuba ditahan akhirnya jatuh juga ke pipi.

W-walau sampai akhir hayat aku sekalipun?..

Aku tertawa dalam kepedihan.

"Kau mesti seronok kan lihat orang merana." kata aku tertawa kecil dibuat-buat.

Balqish mengangkat keningnya. Tanpa apa-apa lagi, aku terus genggam kolar bajunya kasar sekali lagi dan cuba menolaknya ke hujung atap bangunan ini.

Balqish terkejut. Dia terjerit kecil. Sekarang ini posisinya seperti berada di ambang maut. Tubuhnya seperti dibengkok ke udara. Bila-bila masa boleh jatuh. Rambut blonde Balqish yang panjang mengurai sedikit terbang mengena angin. Kalau aku lepaskan kolar bajunya saja dia pasti akan jatuh dari bangunan hospital tinggi ini.

Tangannya tergawang-gawang ke udara ke belakang berkali-kali. Kelihatan riak wajahnya betul-betul terkejut dan takut.

"Ahhh..kau buat apa ni hah?! Kau cuba mahu bunuh aku ke?" kata Balqish cuba memandang aku dengan ekor mata. Wajahnya usah dikata lagi. Riak tidak percaya turut dipamerkan seperti tak sangka aku akan berbuat begini.

"Aku tersenyum sinis. Aku dah cakap pada kau Balqish Sofea. Dah beri amaran dah pun. Aku boleh jadi orang lain. Sekali kesabaran aku dah tiada.. macam-macam boleh jadi. Aku boleh jadi jahat dari kaulah Balqish!"

Balqish tersentap. Kelihatan dia serupa seperti mahu menangis dah.

"Jangan bunuh aku..kau bukan orang seperti ini. Kau bukan Puteri yang aku kenal..Aku tahu kau bukan orang macam ni.." kata Balqish.

Setitis air mata mengalir ke pipi ku.

"Kalau kau tahu aku ialah orang seperti apa. Dan kenal aku seperti apa..kau tak patut buat aku macam ni.." kata aku sayu dengan rasa sebak.

Balqish sudah menggeleng kepalanya berkali-kali. Matanya cuba mengerling ke bawah.

"Ahhh!!" Spontan dia menjerit kecil. Terus ketakutan semakin menyelubungi dalam dirinya. Dia berasa sangat gayat. Tangannya memegang tanganku di kolar bajunya erat. Nampaknya, dia begitu takut sekiranya aku lepaskan.

Sebelah tangan aku seluk poket baju. Handphone di tangan yang sedang merakam suara aku tekan butang merah tanda berhenti rakam.

Selepas itu aku menekan butang membuka suara sengaja membiar Balqish dengar. Volume di telefon aku naikkan suara sampai habis.

"Macam ni je eh? Biar aku terus-terang saja dengan kau. Yeah, memang betul aku ada upah seseorang untuk rosakkan brek kereta tetapi bukan Kyran yang aku mahu rosakkan. Kereta Farah yang aku mahu rosakkan. Sasaran aku adalah Farah..." Bla..bla..bla.. selepas itu aku tekan butang stop.

"Kau dengar rakaman tadi hmm?"

"Kau nak buat apa hahh?!" Jerit Balqish tidak keruan. Jantungnya sudah berdetak laju. Gelisah, takut bercampur satu.

"Sekarang aku dah ada bukti pengakuan kau, Balqish. Aku nak..kau berhenti aniaya Farah mahupun Kyran. Bukan tu saja. Termasuk semua orang yang aku sayang! Jangan kau cuba-cuba gunakan orang yang aku sayang untuk seksa aku. Cukup hanya aku seorang yang kau seksa Balqish! Kau janji..kau kena janji dengan aku yang kau takkan buat perkara buruk pada orang yang aku sayang lagi? Walau hanya sekadar niat pun tak boleh. Kau boleh janji?"

"Ye²! Aku janji.. ahh sekarang tolong.. jangan lepaskan aku..aku tak nak mati lagi.." kata Balqish yang sudah menangis kerana ketakutan.

"Betul ini? Kalau aku dapat tahu..kau langgar janji kau..aku akan bawa bukti ini pada polis."

"Kau mahu ugut aku Puteri?"

"Yes, why not? Kalau ini satu-satunya cara untuk hentikan kau dari buat perkara buruk pada orang yang aku sayang!" kata aku.

"Yeah aku janji! Sekarang puas? Cepatlah tarik aku.."

"Okey..kalau kau cakap macam tu..kalau kau mungkir janji kau tahu kan apa akibatnya nanti?"

"Yelah! Aku tahu! Cepatlah! Gayatnya.." kata Balqish cemas.

Akhirnya aku menarik tangannya ke atas. Sekarang dia sudah selamat berada di hadapan aku.

Aku tersenyum sinis. Sengaja aku buat macam tu tadi. Tengoklah cara dia mohon dan takut dengan aku tadi. Lawak juga bila tengok dia takut macam tadi. Kalau tidak, wajah tu hanya sombong dan beriak sinis saja di hadapan aku.

Tanpa berkata apa, aku terus pergi meninggalkan dirinya yang terpinga-pinga di situ. Ketika hendak berjalan pergi, sempat telinga aku mendengar mulutnya menggerutu kesal.

Balqish menghentak kakinya berkali-kali tanda protes.

"Kau bijak betul eh mahu ugut aku, Puteri? Takpe..hari ni kau boleh kalahkan aku..esok, lusa dan hari mendatang ..takkan aku biarkan kau senangnya kalahkan aku lagi! Ahhh..terasa maruah dicabar kerana diugut oleh perempuan yang tak bertaraf tu. Hmmph!" Sempat lagi mulut Balqish sedap mengutuk aku dari belakang.

Akhirnya tubuhku sudah terasa benar-benar jauh darinya. Aku terduduk di tengah tangga. Tangan berpaut pada tempat pemegang di sisi tangga manakala kepala menyandar ke sisi tangga dalam posisi menyenget. Mulut melepaskan keluhan berat.

Aku cuba menahan gelora di dada dan cuba mendesah nafas dengan baik.

"Balqish..bila kau akan berubah?"

Aku memejam mata dengan rapat. Setitis air mata jernih mengalir jua ke pipi.

*************
Keesokannya harinya...

Author pov

Farah hanya merenung kosong ke hadapan. Bila dilihat sekilas lalu dia seperti murung dan berada dengan dunianya sendiri. Manakala, Puan Maria sibuk tolong mengemas pakaian anaknya ke dalam bag sandang pakaian untuk pulang. Yeah, hari ini Farah dah boleh pulang dari wad hospital.

Klakk..

Terdengar bunyi pintu dibuka dari luar. Farah tidak mengambil peduli. Lagipula, dia tidak dapat melihat lagi jadi buat apa dia harus peduli? Tubuhnya hanya menyelesakan diri bersandar di kepala katil.

"Aunty Maria.." kedengaran suara Karen di cuping telinga Puan Maria dan Farah.

Farah tersentak. Dia terus bertindak sendiri dengan kembali duduk tegak di birai katil. Rambut panjangnya dia tarik menutupi separuh wajahnya. Seperti tidak mahu Karen melihat wajahnya.

"Ohhh Karen rupanya. Jemputlah duduk. Duduk atas katil tepi Farah ni pun takpe." kata Puan Maria tersenyum kecil.

"Baiklah aunty." kata Karen lembut. Lagipun, memang dia nak duduk tepi Farah pun. Teringin nak tengok wajah cantik gadis itu lagi. Kalau boleh nak aje hari-hari dia jumpa Farah. Haih, kalau cinta dah berputik.. memang macam tak nak berengganglah dengan Farah ni. Terutama apabila keadaan Farah yang jadi seperti ini.

Karen perlahan-lahan duduk di birai katil bersebelahan Farah. Dia cuba mengintai wajah Farah di sebalik rambut panjang itu.

"Farah.." panggil Karen perlahan di sisi Farah yang hampir membuat jantung Farah mahu terlompat keluar gamaknya. Karen mendekatkan wajahnya di tepi Farah. Tersenyum kecil Karen melihatnya. Dia mengangkat tangannya perlahan cuba menyelak rambut panjang Farah ke tepi. Rambut panjang Farah membuat dia menyukar untuk lihat wajah itu.

Farah yang terasa seperti rambut panjangnya diselak perlahan pantas berpaling ke arah lain.

Karen tersentak. Dia beriak pelik. Keningnya tercantum.

Karen kini duduk berlutut di hadapan Farah pula. Kedua-dua tangannya seperti mengurung gadis itu di birai katil. Wajah Farah masih terteleng ke kiri.

Kelopak mata Farah sudah terpejam rapat. Dia beriak seperti takut dan tidak mahu wajahnya dilihat oleh Karen. Bibir bawahnya diketap.

Manakala Karen mengecilkan matanya memandang Farah. Dia menatap separuh wajah itu lama.

Manakala Puan Maria yang dari tadi menjadi tontonan sudah tersenyum lebar.

Hatinya tercuit melihat mereka berdua. Farah dengan Karen kelihatan begitu cocok di hadapan matanya. Dan.. nampak sweet sangat.

"Farah, I'm coming..." Terjah Puteri di pintu dengan ceria.

"Eh adik pun ada juga?" soal Puteri tersenyum senang.

Karen hanya tersenyum lembut. Sambil matanya masih terintai-intai wajah Farah di hadapan. Kelihatan gadis itu hanya terkaku.

'Farah.. kenapa dengan awak tiba-tiba ni? Aku..ada buat salah ke?'

Sorry guys klau chapter ni pendek sgt..hehe >< korang rindu novel miya hok PEBG dgn AKD tu tk? Dh lma kan miya tk update? Hehe miya pun rindu. Ade sbb miya asyik update novel ni. Lagipun novel ni dh nk sampai ke penghujung citer. Sbb tu jdi mcm nk pulun novel ni dulu ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience