Bab 78: I will try to survive

Romance Series 10664

Sambungan Puteri pov

"Huhh..huhh.." aku bernafas secara tidak stabil. Terasa..terasa dalam dada mahu pecah..Terkilan aku apabila melihat darah di tangan aku. Terasa tanganku mula menggigil. Tangan aku yang terkena darah aku genggam sekuat hati. Setitis demi setitis darah keluar sedikit dari telapak tanganku. Air mataku mula mencurah-curah mengalir ke pipi aku. Lingkaran bawah dalam mataku merah. Peluh merinik ke dahi. Aku..cuba menahan sakit yang teramat di dada ku.

"S-s..sakit.." gumam aku dalam keperitan. Bibir bawah bergetar pilu. Aku cuba menahan sakit dengan mengetap bibir bawahku sekuat hati sehingga mengeluarkan darah. Aku memejam mata. Cuba mengambil nafas dengan baik. Dada aku pasti rasa lebih sakit setiap kali mahu menarik nafas.

Hari ini aunty tak ada. Keluar dengan kawannya. Syukurlah, dia tidak ada supaya dia tidak tahu penyakit aku. Aunty aku tak boleh tahu penyakit sebenar aku.

Aku dengan tergopoh-gapah berdiri dari katil sambil terbongkok-bongkok badan.

"Uhukk..uhukk.." aku terbatuk kecil.

"Huhh..huhh..huh.." mulut mendesah kuat. Tangan seakan tiada arah menyelongkar mencari ubat. Sangat kelam-kabut. Sehingga barang-barang di atas meja solekku terjatuh berkecai.

Ubat..a-aku perlukan ubat. Rasa ini..macam nak mati. Aku..rasa sangat sakit.

Akhirnya aku temui ubat tahan sakit. Terus aku tuang ubat ke telapak tanganku dan memasukkan ubat itu ke dalam mulut aku. Gelas air kosong yang memang sudah tersedia di dalam bilik terus aku minumnya dengan rakus dan memaksa diri untuk menelan ubat itu.

Ia membuat kepala aku sedikit terdongak ke atas. Aku memejam kelopak mata perlahan. Terasa lebih baik sedikit dari tadi.

Aku merenung lama ubat tahan sakit di dalam genggaman aku. Ubat ini..aku perlukan ubat ini untuk teruskan hidup. Selagi boleh bertahan, aku akan bertahan.

Aku terduduk lemah di atas birai katil. Aku menekup wajahku dengan kedua-dua tanganku tanpa mempedulikan tanganku yang terkena darah. Tangisan kecilku dilepaskan ke situ juga.

"Hiks.. hiskk.."

*********
Menjelangnya malam..

"Puteri..tak siap lagi ke tu?" Mataku yang terpejam kini terbuka. Kini, aku terbaring tidak bermaya di atas katil. Aunty masuk ke dalam bilikku. Agak tersentak dia melihat wajah aku yang pucat ini.

"Puteri, kenapa ni sayang? Kamu tak sihat ke? Hmm?" soal aunty lembut. Dia duduk di birai katil di tepi aku. Rambut aku dielusnya lembut.

Aku memegang tangannya.

"Aunty pergi dululah ye dengan adik ke majlis Kyran? Puteri akan datang nanti ke majlis tu." kata aku tersenyum lembut. Namun, senyuman aku kelihatan hambar.

"Hmm..betul ni kamu baik-baik saja nak? Haih, kebelakangan ni aunty tengok kamu nampak asyik tak sihat je. Risau tau aunty?" kata auntyku membalas genggaman di jemari aku.

"Don't worry, be happy aunty. Hehe Puteri okey saja ni. Cuma rasa penat sikit. Aunty pergilah dulu." kata aku cuba untuk tersenyum.

"Okeylah, kalau macam tu.. aunty pergi dulu." kata aunty dengan hati yang berat mahu melangkah pergi. Tangannya yang tercantum dengan tangan aku perlahan-lahan terlerai.

Aku hanya melihat kelibatnya keluar dari bilik sehingga hilang dari pandangan.

Author pov

"Kak tak pergi dengan kita ke aunty?" Soal Karen yang berdiri sambil kedua-dua tangan menceluk poket seluarnya di tepi keretanya itu. Farah turut ada sekali tetapi berada dalam kereta duduk di seat sebelah pemandu.

"Kak kamu tak sihat.." jawab aunty ringkas. Karen tersentak. Terus tangannya diturun ke bawah sisi.

"Tak sihat?" Karen mahu pergi masuk ke dalam rumah mahu melihat keadaan kakaknya tetapi lengannya dicengkam lembut oleh aunty.

"Tak apalah, nak. Biar jelah kak kamu rehat dengan aman ya? Aunty rasa...buat masa sekarang kita tak patut kacau dia. Nanti kamu tengok dia. Sekarang, jomlah kita pergi. Nanti Datin Arina tunggu kita pula kat sana." kata aunty lembut.

Karen mengeluh kecil dan akur juga dengan kata-kata aunty. Dia tersenyum nipis.

Aunty masuk ke dalam perut kereta di seat belakang. Manakala Karen di tempat pemandu. Sebelum tu, Karen berkata pada Farah bahwa Puteri tak dapat ikut sekali.

Farah hanya mengangguk menggiyakan. Lagipun, Puteri sudah maklum padanya yang mungkin dia tak akan ikut tapi..akan pergi juga ke majlis tu nanti seorang diri.

Akhirnya kereta Karen membelah jalan dari perkarangan rumah.

**********

Majlis keramaian buat meraikan Kyran sedar dari koma dibuat secara besar-besaran. Majlis ini bukan calang-calangnya. Dah tentu kerana ia dihadiri oleh pelbagai kaum-kerabat dari keturunan kaya dan terhormat. Termasuk gelaran Tan Sri, Datin, Dato', Tengku semua ada di situ.

Semua orang berada di situ sambil berbual mesra. Di tangan mereka, pasti akan ada segelas wain untuk diminum.

"Kak, akhirnya kak datang juga ye? Mana Puteri? Rina tak nampak pun." kata Datin Arina yang seperti tercari-cari.

"Entahlah datin, dia macam tak sihat. Saya tengok dia, wajah dia pucat lepas tu asyik tertidur. Mungkin malam ni dia tak datang rasanya." kata aunty tersenyum nipis.

Datin Arina sudah berpesan pada aunty supaya tidak memanggilnya dengan gelaran 'datin' tapi dia tetap mahu memanggil Datin Arina seperti itu.

"Ohh, okay takpe. Kamu bertiga silalah makan-makan. Jangan segan-segan. Layan diri ye?" kata Datin Arina lembut menjemput mereka makan.

Aunty dengan Karen melayan diri dengan makanan. Manakala Farah hanya duduk di kerusi selepas disuruh oleh Karen. Tongkat di tangan diletaknya ke tepi.

Manakala Datin Arina termenung kecil.

'Puteri..kamu masih marahkan mommy ke sebab semalam?' desisnya dalam hati. Dia melepaskan keluhan kecil.

"Kyran, sini." panggil Balqish menggamit tangan Kyran seraya ke sini. Balqish mengerdip mata perlahan. Terpegun seketika dengan Kyran yang kacak berpakaian Tuxedo. Orang yang berada di sekeliling Kyran mula berbisik sesama sendiri sewaktu Kyran mendahului mereka. Terutamanya bagi kaum gadis.

Seronok mereka apabila dapat lihat secara depan-depan anak Dato'Johansson sendiri.

"Dia ke anak Dato' Johansson? Wahh handsomenya.."

"Eyyy dahlah kacak lepas tu anak Dato' pula. Auww aku rasa dia dah panah cinta dalam hati aku lah weh. Auhh.."

"Dialah orang yang terlibat kemalangan yang teruk tu. Tengoklah sekarang. Dia masih hidup. Woah..kagum aku dengan dia."

"Tutup mulut awak. Nanti awak mati tercekik kerana lalat masuk dalam mulut awak." kata Kyran tertawa kecil apabila melihat Balqish seperti ralit memerhatinya jalan ke sini. Sampai dia sudah berada di depan gadis itu, Balqish masih tak sedar.

"Hahh?? Ohh..hehehe. Ada ke lalat kat sini?" kata Balqish tertawa kecil lucu dengan Kyran.

"Ada. Banyak sangat. Dia kadang-kadang datang secara senyap tanpa kita sedar." kata Kyran tersenyum menawan.

"Haha merepek saja awak ni. Saya rasa mulut merekalah yang patut ditutup." kata Balqish merenung tajam ke arah gadis-gadis itu yang asyik tersenyum dan tersengih ke arah Kyran. Dah tu..tengah berangan nak dapatkan Kyran ler tu. Gedik!

Kyran memandang ke arah yang Balqish sedang lihat. Tajam saja mata tu macam nak tembus mata orang.

"Mulut orang memang tak boleh ditutup." kata Kyran perlahan.

Ohh, baru Kyran tahu. Balqish sedang pandang gadis-gadis yang asyik tersengih merenungnya tanpa berkelip itu. Tak lama kemudian, tawa kecil Kyran terletus jua.

Balqish berkalih pandang ke arah Kyran pula. Dia berpeluk tubuh dan beriak tidak puas hati.

"Kenapa awak gelak?"

"Awak cemburu eh? Hmm?" Kyran menahan senyum memandang muka cemburut Balqish.

Balqish tidak berkata apa. Seraya terus memeluk Kyran dengan erat. Sengaja mahu panaskan hati gadis-gadis di sana.

Kyran sedikit tersentak. Namun, tak lama senyuman menghiasi bibirnya. Dia membalas pelukan Balqish.

Manakala Balqish di dalam pelukan, memandang gadis-gadis itu seperti berkata 'kau jangan tengok dia! Aku cungkil mata tu kang!'

Gadis-gadis di sana pula sudah menunduk menekur lantai. Faham dengan lirikan maut dari Balqish itu.

"Hek eleh... buatlah Kyran tu isteri dia." Bisik salah seorang gadis di sana.

"Itulah pasal, aku harap Kyran tak akan jadi kahwin dengan dia."

"Uish, mereka dah rancang nak kahwin ke?"

"Yelah, takkan kau tak tau kot."

"Taklah, tak mungkin. Kyran dia dah lamar perempuan lain lah. Aku sendiri yang nampak. Bukan Balqish. Nama perempuan tu siapa tah tu..aku dah lupa dah."

"Entahlah aku pun."

Kedengaran suara asyik bersoksek soksek bergosip seperti mak cik-mak cik bawang yang riuh- rendah mahu membeli ikan di pasar.

Pelukan mereka berdua terlerai. Karen yang ternampak scene itu sudah menggepalkan tangannya.

"Berani kau ye Kyran..waktu kau ingat kau siap bersweet² bagai dengan Puteri eh? Tapi, bila kau dah hilang ingatan..dengan Balqish kau boleh sweet pula? Pfft! Nasib Puteri tak ada ni. Kalau tidak..tentu dia sedih." Gumam Karen perlahan.

Karen memandang aunty nya. Kelihatan aunty sedang berbual mesra dengan Datin Arina. Dia pergi pula ke arah Farah.

"Farah..nak makan kek tak? Saya suapkan awak eh?"

"Eh tak payahlah. Malulah saya nanti..orang ramai ni." kata Farah.

"Nak malu apa? Awak bukan nampak orang-orang di sini. Dah², buka mulut. Aaaa. Kapal terbang sudah mahu mendarat di mulut awak." kata Karen. Farah tertawa kecil. Akhirnya dia buka juga mulut dia sedikit membenarkan Karen menguapnya.

"Good girl.." Karen mengelus lembut rambut Farah. Farah tersentak. Tiba-tiba hatinya melonjak senang. Farah tersenyum malu. Karen sudah tertawa kecil dengan reaksi Farah.

"Awak, nanti awak nak beri ucapan kan?" Soal Balqish pada Kyran.

Kyran yang sedang minum wain di gelasnya yang berkaki satu memandang Farah. Gelas kembali diturun ke paras dada.

"Yeah, and now..I'm so nervous." kata Kyran perlahan.

Balqish tersenyum kecil. Bahu Kyran ditepuknya lembut.

"You can do it, Kyran. Tak perlu malu-malu. Anggap saja awak sedang beri ucapan pada saya seorang di atas pentas nanti." kata Balqish seraya mengengit mata comel pada Kyran.

Kyran tersenyum manis.

Tiba-tiba lampu di bawah dipadamkan. Kini, lampu dinyalakan dari atas pentas. Dato' Johansson mula memberi sepatah kata.

"Thank you for coming guys. I really appreciate it. Now, we will hear a speech from my son after he has been in a coma for two months. I am so thankful my son is still alive despite having a rather terrible accident. I think God gave my son a miracle to survive." Bla..bla..bla..

Semua orang di bawah pentas tersenyum mendengar ucapan dari Dato' Johansson melalui mic di tangannya. Terutamanya Kyran dan juga Balqish.

Tanpa mereka semua tahu atau sedar, seorang perempuan yang berjalan dengan tumit kasut merah yang sedikit tinggi berjalan dengan anggun memasuki muka pintu di dewan itu. Pengawal-pengawal yang menjaga di muka pintu hanya menunduk kepala sedikit pada perempuan cantik itu sebagai tanda hormat terhadap tetamu ke majlis Kyran. Perempuan itu turut membalas tundukan hormat dari pengawal-pengawal di situ.

Dia tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya yang comel itu.

Sebelum mahu melangkah masuk, sempat telinganya menangkap ucapan dari Dato' Johansson di majlis ini.

Dia mengangkat sedikit dress merah yang dipakainya dan mula melangkah masuk ke dewan itu. Selepas itu, dia berdiri termangu di situ seketika memerhati sekelilingnya.

"Okay now, welcome to my son. Kyran Andrew Johansson.." kata terakhir dari Dato' Johansson mendatangkan tepukan gemuruh kepada hadirin-hadiran di situ. Mereka tersenyum gembira termasuk perempuan itu apabila melihat Kyran yang mula melangkah ke pentas.

Kyran mula memberikan ucapan panjang lebarnya di atas pentas. Sepanjang Kyran bercakap, sekali-sekala dia pasti akan tersenyum terutamanya pada Balqish. Tetapi senyumannya semakin pudar apabila ternampak kelibat perempuan yang cantik di hujung sudut. Terpegun. Tapi, cepat-cepat dia sedar dan mengakhiri ucapannya di situ.

"Thank you again.." Kyran mengakhiri ucapannya dengan terima kasih sebelum turun dari pentas itu. Tepukan gemuruh sekali lagi kedengaran.

"Kyran..awak macam dulu. Sama saja. Orang-orang di sini begitu sukakan awak. Seperti dulu..cuma hati awak yang mungkin sudah berubah untuk saya." Gumam perempuan itu sambil tersenyum hambar.

"Wahh, Kyran. Awak nampak lagi kacak lah bila bercakap atas pentas!" kata Balqish membuka suara sambil tersenyum lebar.

"Iya? Hehe.." Kyran hanya tersenyum nipis. Matanya seperti tercari-cari perempuan tadi tapi mungkin dia tersilap.

"Kyran, kamu ada nampak Puteri?" Soal Dato' Johansson. Di tepinya ada Datin Arina.

"Ohh sayang, tadi aunty Puteri kata dia tak dapat hadir. Sayangnya, sedangkan Rina rasa sepi kat sini kalau dia tak ada. Walaupun majlis ini dihadiri oleh puluhan atau ratusan orang sekalipun." kata Datin Arina dengan nada kendur. Kelihatan wajah itu sedikit keruh.

Dato'Johansson memeluk bahu isterinya cuba memujuk. Dia juga rasa macam tu kalau Puteri tak ada. Rasa kekurangan sesuatu.

Balqish mula bersuara selepas lama diam. Rasa kurang selesa dan meluat apabila dikaitkan dengan Puteri.

"Huh, mungkin dia tak berminat kot dengan majlis Kyran. Yelah, dia kan tak suka majlis keramaian macam ni. So much attention. Am I right, mommy?" kata Balqish dengan sinisnya.

Dato' Johansson hanya terdiam sejenak dengan kata-kata Balqish.

'Entah apalah perempuan ini rasuk anak aku sampai Kyran tiba-tiba nak kahwin dengan dia tapi bukannya dengan Puteri. Kasihan kat Puteri. Walaupun, Kyran hilang ingatan tapi dia tak bolehlah mahu kacau atau buat Kyran terjatuh cinta pada dia. Haih, macam tak percaya yang Balqish sendiri akan jadi menantu aku nanti.' desisnya dalam hati.

Belum sempat Datin Arina mahu berkata lagi seseorang tiba-tiba bersuara dari belakang.

"I'm here." kata seorang perempuan sambil berjalan anggun ke arah mereka. Dia tersenyum manis membuat Kyran terkebil-kebil seketika.

Kyran, Datin Arina, Dato' dan terutamanya Balqish tergamam.

"P-Puteri?" Datin Arina sudah tersenyum happy. Puteri tiba-tiba datang secara mengejut. Baru saja tadi mereka bercakap pasal Puteri.

Puteri tersenyum lembut. Terutamanya pada Balqish. Lebih kepada senyuman menyinis.

Balqish pula sudah menggerutu kesal. Kenapalah dia mesti ada kat sini. Hish, menyemak betul!

"Dato', I want to do a show, can I do it on stage tonight?" katanya sambil tersenyum.

"Ohh, sure Puteri." kata Dato' Johansson seraya tersenyum lembut.

"Terima kasih.." katanya perlahan. Selepas itu, dengan selamba dia terus berjalan perlahan-lahan menaiki pentas. Setiap langkahnya, mula diperhati oleh orang ramai di situ. Ada yang beriak terpegun, teruja dan ada yang beriak hairan.

Puteri pov

Sepanjang berjalan, senyuman aku tidak luntur melihat mereka yang memberi laluan untuk aku lalu. Wahh..terasa diri sebagai princess hehe seperti nama sendiri gitu.

Satu per satu anak tangga aku naik. Kini, aku berdiri tegak di atas. Bersama mic yang tersangkut di 'pegangan'. Kyran memeluk tubuhnya seraya memandang aku lama di atas pentas. Dia mahu lihat apa yang aku akan lakukan.

Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Kelopak mata dipejam lama. Tolonglah..jangan hari ni. Aku tak boleh sakit ketika aku menyanyi. Tolonglah.. hilangkan batuk dan rasa sakit di dada aku untuk sementara ni. Tuhan..

Karen berbisik di telinga Farah.

"Farah, Puteri ada di sini. Dan dia berada di atas pentas. Mungkin dia mahu menyanyi." Bisiknya dalam keterujaan.

"Dia ke?" Farah sudah tersenyum kecil. Andai saja dia boleh melihat kawan baiknya sendiri membuat persembahan di atas pentas sekarang ini.

Aunty pula yang tidak jauh dengan Karen dan Farah tersenyum gembira. Mula-mula, dia berasa terkejut kerana Puteri tiba-tiba datang.

Semua orang yang melihat sudah ternanti-nanti. Ada yang berbisik-bisik kecil menanti apa yang aku akan lakukan.

Lampu di bawah pentas digelapkan. Kini hanya cahaya lampu atas pentas yang tertumpu ke arah aku.

"So..here you are Puteri. Menyanyilah hari ini buat kali terakhir di hadapan mereka semua. Kau..boleh Puteri.." gumam aku perlahan pada diri sendiri. Cukup hanya aku seorang yang dengar.

Dengarlah aku menyanyi kerana mungkin hari ini kali terakhir aku berada di atas pentas untuk menyanyi. Lagu 'human' akan aku nyanyikan buat mereka semua. Lagu ni..lebih kepada untuk Balqish.

Aku mendekatkan mulut ke mic. Bersedia untuk menyanyi.

I can hold my breath
I can bite my tongue
I can stay awake for days
If that's what you want
Be your number one
I can fake a smile
I can force a laugh
I can dance and play the part
If that's what you ask
Give you all I am

{Pre-Chorus}
I can do it
I can do it
I can do it

{Chorus}
But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

{Verse 2}
I can turn it on
Be a good machine
I can hold the weight of worlds
If that's what you need
Be your everything

{Pre-Chorus}
I can do it
I can do it
I'll get through it

{Chorus}
But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

{Bridge}
I'm only human
I'm only human
Just a little human

{Interlude}
I can take so much
Till I've had enough

Kyran yang ralit memerhati rasa terselit riak kagum di situ.

"Puteri buat pentas malam ni seperti pentasnya. Nada nyanyiannya yang sedih seperti lirik lagu itu sendiri." Gumamnya perlahan. Tiba-tiba dia memegang kepalanya.

'Ahh..kenapa ni?' tiba-tiba serpihan ingatan muncul di dalam fikirannya.

Di dalam fikiran Kyran..

Seorang perempuan cantik sedang menyanyi dengan baik sama
apa yang dilihatnya menyanyi di atas pentas.

"What would I do without your
smart mouth?
Drawin' me in and you kickin' me
out.."

Kyran terpegun di situ melihatnya menyanyi. Jari telunjuk di bawa ke bibir sambil menongkat siku ke tubuh. Mata dikecilkan. Senyuman dipamerkan.

"I amazed with your voice, you've also made me fall in love with you for the number of times."

Kyran bagaikan tersedar dari mimpi di situ. Dia mendesah nafas secara terdesak. Kepala yang ditunduk kini memandang tepat ke arah aku yang masih menyanyi.

"T-Tak..tak mungkin..i-itu dia kan?" Kyran sudah pamer riak wajah terkejutnya.

Balqish yang terperasan Kyran seperti lain macam terus memegang lengannya lembut.

"Kyran, kenapa ni?" soalnya lembut.

{Chorus}
But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human

And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart

You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human

Aku menyudahkan nyanyian aku dengan baik. Mataku yang terpejam tadi kini dibuka semula. Setitis air mata mengalir ke pipiku.

Aku memandang semua orang. Masing-masing terdiam sejenak. Keadaan menjadi sepi seketika. Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk tangan. Dan automatik, orang lain di situ ikut menepuk tangan untuk aku kecuali Kyran dan Balqish. Mereka semua mula menunjuk reaksi kagum pada aku.

Aku lihat wajah cemburut Balqish. Tak kisah pun kalau dia tak tepuk tangan. Balqish, siapa tak kenal..

Tapi, Kyran aku lihat dia seperti memandang aku dengan riak seperti terkejut. Seolah-olah dia baru mendapat kejutan yang hebat. Riak wajahnya sukar untuk aku tafsirkan. Namun, bila pandangan mata kami bertembung aku hanya menghadiahkan senyuman kecil padanya.

Kyran pov

Aku sedikit tercengang. Dia menghadiahkan senyuman padaku. Kelihatan dia seperti bersinar-sinar di atas pentas. Buat aku terpaku seketika memandangnya.

"Hari ini saya akan nyanyikan dua lagu untuk korang semua. Kali ini.. saya mahu seseorang naik di atas pentas bersama saya."

"Orang tu.. adalah Kyran Andrew Johansson." katanya yang berjaya membuat aku sekali lagi tercengang. Aku menunjuk diri aku sendiri. Kelihatan dia hanya mengangguk kecil seraya tersenyum.

Keadaan menjadi senyap seketika.

Aku hanya akur saja. Baru mahu melangkah, lengan aku sudah ditarik oleh Balqish. Aku menoleh kepala memandangnya.

Kelihatan Balqish seperti tidak mahu aku pergi ke pentas bersama Puteri. Puteri yang menyaksikan hal itu sudah bertukar riak wajahnya. Dia betul-betul berharap bahwa aku boleh bersama dengannya di atas pentas ini.

"It's okay. Awak boleh tunggu. Hanya sekejap.." kata aku yang menarik lembut tangannya dari mencengkam erat lengan aku. Selepas itu, aku melangkah pergi tanpa menghiraukan panggilan darinya di belakang.

Balqish sudah menghentak kakinya ke lantai tanda protes. Geram apabila aku kali ini tidak mengendahkannya. Aku pun tak faham dengan diri aku saat ini. Otak aku keliru manakala hati aku kosong. Hanya kakiku yang bergerak melangkah ke pentas. Entah kenapa aku hanya mengikut kata Puteri dengan pergi ke pentas bersamanya.

Hati kecilku berbisik keliru. Orang ramai di sekeliling mula memperhati aku berjalan padanya. Seolah-olah pasangan kekasih. Aku hanya berlagak macho di hadapan mereka. Wajah-wajah mereka menghiasi senyuman. Entah tersenyum kerana aku mendahului mereka atau kerana aku melangkah berjalan perlahan-lahan ke arahnya.

Satu per satu anak tangga aku naik di situ. Akhirnya aku sudah berada betul-betul di hadapannya.

Kulihat dia tersenyum. Bibirku turut mengukir senyum membalas senyumannya. Entah kenapa aku jadi senyum bila lihat dia tersenyum.

"Kyran, bolehkah awak menari dengan saya di atas pentas ini?" kata Puteri sambil menghulurkan tangannya kepadaku. Berharap aku akan sambut tangannya itu. Bibirnya tidak pudar dengan senyuman manis.

Aku berjeda seketika. Mata memerhati bawah pentas ke arah mereka semua. Kini, pandanganku tepat memandang tangannya lama dihulurkan padaku. Mataku kembali menatap wajahnya. Entah kenapa aku rasa senyuman di bibirnya itu penuh dengan kesedihan seperti dalam matanya saat ini. Yeah aku tahu, kerana matanya itu.. bukanlah mata yang gembira. Tetapi gembira bercampur sedih. Melihat mata redupnya membuat hatiku menjadi sayu. Entahlah kenapa aku harus rasa seperti ini.

Aku tidak berkata apa sebaliknya perlahan-lahan tanganku angkat dan berada di atas telapak tangannya lembut. Tangan kami genggam sesama sendiri.

Puteri yang sedang memegang mic di tangannya di sisi kini diangkat mendekatkan sikit ke mulutnya.

Woo~~~

The lives we play behind the mask
A constant rain of pain
Our minds belong to those the ask
To those who seek to change
I can say anything that I want
When I want

Puteri mencantumkan jemari tangan kami dan tubuhnya didekatkan denganku. Dia seakan mengelilingiku sambil menyentuh bahuku. Kami saling bertatapan sehingga membuat jarak kami begitu dekat. Tanpa aku sedar, jantung mula berdegup hebat.

I believe in things that I see
I pray
I don't know if I can anymore
So watch me break
I can see anything torn away
From me

Aku memusingkan tubuhnya beberapa kali sehingga baju dress yang dipakainya turut dipusing. Ketika berpusing, matanya sekali sekala memandang aku.

That was a while ago oh oh oh(2×)

Sekarang ini tangan kami tercantum sambil kedua-dua tangannya didepakan. Tubuhnya sedikit jauh dariku. Kami saling berpandangan lama.

Sometimes we learn the harder way
The strikes the chord in me
Someday we'll find the silence
Away from all we've god

Sekejap, i-ini..aku pernah alami seperti ini. Menari dengannya. Spontan minda aku terlintas dengan kenangan aku menari dengannya seperti ini. Di tepi pantai dan juga di dalam sebuah majlis juga seperti ini.

Aku tergamam. Dia..jadi dialah orangnya. Puteri Ilynia..awak..orang yang saya pernah menari seperti ini. Patutlah aku rasa tidak kekok menari dengannya.

Tubuhnya yang jatuh aku sambut. Perlahan-lahan aku mendirikan tubuhnya semula dalam keadaan masih dalam menatap sesama sendiri.

I believe in things that I see
I pray
I don't know if I can anymore
So watch me break
I can see anything torn away
From me

Aku menarik tangannya sehingga tubuhnya terlanggar ke dada bidangku. Wajah kami yang dekat sehingga hampir hidung kami bersentuh. Sambil mataku dalam memandang bebola mata biru cantiknya itu.

Balqish di bawah pentas sudah berpeluk tubuh. Cemburu.

Semua orang di bawah sudah tersenyum memandang kami. Sungguh, kami nampak seperti pasangan kekasih yang sangat romantik dan sweet di pandangan mata mereka semua.

Puteri menghabiskan ayat lirik menyanyinya itu betul-betul dekat dengan wajahku.

That was a while ago oh oh oh(2×)

Puteri memejam matanya. Aku hanya memperhatinya lama. Keadaan menjadi hening sebentar sebelum seperti tadi mendengar tepukan gemuruh dari mereka semua. Ada yang bersiul kecil mungkin mahu mengusik aku dengan dia. Kelihatan gadis itu masih tidak membuka matanya.

Puteri pov

Aku tahu sekarang ini aku dengan dia begitu dekat. Sehingga hembusan nafasnya mengena ke wajahku. Rindunya aku dengan dia. Akhirnya kitaorang dapat menari macam ni. Malah di atas pentas di hadapan mereka semua. Dadaku tiba-tiba menjadi sebak.

Aku membuka kelopak mata perlahan. Setitis air mata jernih dengan sendiri mengalir tanpaku pinta.

Aku tersenyum memandangnya dalam kepahitan.

"Awak.. kelihatan hebat di atas pentas." kataku berbisik perlahan di telinganya.

Aku tersenyum lembut. Selepas itu aku terus pergi turun ke bawah pentas tanpa berkata apa lagi. Kyran sudah terkebil-kebil di situ. Dia memandang tubuh belakang aku lama yang kian melangkah pergi.

Aku menyeka kasar air mata di pipi dengan telapak tanganku. Tidak menghiraukan pandangan dan bisikan kecil dari mereka semua. Hanya terus berjalan ke hadapan. Bagus Puteri, kau dah buat yang terbaik di atas pentas tadi.

Aku pergi ke arah meja bulat yang ada Farah dan juga adik aku di sana.

Aku memegang lembut bahu Farah.

"Farah, ikut aku sekejap."

*********
"Puteri, kenapa ni? Anything's wrong, dear? Ada apa-apa ke yang kau nak beritahu padaku?"

Aku tersenyum hambar. Aku memegang tangannya erat seraya mengusapnya lembut. Sekarang ini, kami berdua duduk di tempat yang agak terpencil dari semua orang.

"Farah...aku..aku dah fikir panjang tadi. Aku rasa..aku patut bersedia untuk beritahu rahsia aku pada kau. Disebabkan kau kawan aku. Farah, aku.. sebelum tu aku mahu minta maaf. Maafkan aku..sebab tak beritahu awal pada kau Farah.." kataku perlahan. Nada suara sudah seperti mahu menangis.

"Puteri, kenapa ni? Perkara apa yang kau nak cakapkan? Serius ke? Huhu jangan buat aku risau."

"A..A-ku..aku ada kanser Farah.." aku menggantungkan ayat seketika. Mahu melihat reaksinya. Dan betul sangkaan aku reaksinya betul-betul terkejut.

"What?! A-Apa yang kau cakap ni? Puteri, b-betul ke ni?"

Aku tersenyum dalam kepedihan.

"Ye Farah..memang betul. Dan..aku rasa ia dah terlambat. Sudah tidak ada gunanya lagi untuk aku berpeluang untuk hidup. Aku kanser paru-paru tahap 4." kata aku yang terus menariknya ke dalam pelukan aku. Terlepas jua tangisan aku di situ.

"Hiks..hisss.."

Manakala Farah yang seperti terkena kejutan besar membalas pelukan aku dengan erat. Air mata yang bergenang terus satu per satu mengalir ke pipinya. Bila aku berkata begini membuat hatinya begitu hancur. Rasa sakit, pedih, rasa tak percaya ini yang akan berlaku.

"P-Puteri, kenapa kau cakap macam tu? Hisk..hiskk.. Puteri kau tetap juga kena rawat ke hospital. Aku tak kira. Kau tetap kena rawat juga ke hospital.."

"Farah.."

"Tak, Puteri. Kau kena juga rawat di hospital. Kau ken.."

"Farah! Aku..aku tak tahu..Kanser paru-paru aku sudah merebak ke hati aku. Doktor kata..kanser ini bila-bila masa boleh merebak ke tulang dan juga otak."

Farah tersentak. Air mata semakin lebat ke pipi. Dia berteriak histeria.

"Puteri..j-jangan tinggalkan aku..hisk..hisk. Kenapa ini mesti terjadi pada kau? Hisk..hisk kenapa??! T-tolong..A-Aku..aku tak rela kau pergi tinggalkan aku. Aku tak kira..kau mesti hidup lama Puteri..kau mesti hidup lama..arghh!!" Farah mula berteriak, merintih dan menangis di dalam pelukan aku. Dia seperti tak nak terima aku jadi seperti ini. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Aku dapat rasakan..yang dia betul-betul rasa terkejut, terpempan..rasa sakit sangat bila dapat tahu sahabat baik sendiri mempunyai kanser. Yeah, itulah yang dia rasa sekarang. Mendengar tangisan mendayu darinya..a-aku..air mataku seakan ...tidak mahu henti mengalir.

Aku meleraikan pelukan aku dengannya. Pipinya yang banjir dengan air mata aku seka lembut dengan jari runcingku. Aku tersenyum dalam kesedihan.

"Farah..jangan jadi macam ni..kau buat aku jadi lebih sedih. Hisk..hisk kau kena terima Farah. Aku..aku akan cuba bertahan selama mungkin demi kau, Karen, aunty dan semua orang. Aku akan cuba bertahan lama Farah hisk.. hiskk.." aku merapatkan dahi aku dengan dahi Farah. Pipinya aku usap lembut. Farah turut memegang pipiku. Matanya terpejam kerana menangis. Bahunya terhinjut-hinjut.

"Kawan mana yang tak sedih Puteri? Bila dapat tahu sahabat sendiri yang dianggap sebahagian keluarga sendiri mempunyai kanser. Peritnya aku rasa Puteri.. Puteri..tolong buat rawatan demi aku..jangan putus asa.. please..demi aku. K-kalau kau tinggalkan kami semua...kami semua akan jadi mayat hidup Puteri."

"Hiskk..hisss.. Puteri..kita dua dah lama berkawan..Aku..aku nak persahabatan kita akan terus kekal sampai kita tua. Puteri, a-aku..aku akan jadi gila kalau kau tinggalkan aku..Aku tak nak kau mati..aku tak nak..!! Hiskk..hiskk.. tolonglah buat rawatan..hisk..hiskk.."

Farah sudah menekup wajahnya. First time aku lihat dia menangis seteruk ini.

"Farah..kau buat aku lebih sedih..jangan cakap macam tu... Persahabatan kita..tak akan putus, Farah. Sampai bila-bila pun.. Biarpun aku atau kau yang akan pergi dulu persahabatan kita..takkan putus. Sampai bila-bila kita akan terikat dengan persahabatan ini.."

"Farah, kau jangan risau..aku akan buat rawatan. Lagipun, ada juga orang penyakit kanser paru-paru tahap 4 hidup lama sampai bertahun-tahun." kata aku cuba untuk memujuknya.

Walaupun hanya 4% sahaja orang yang boleh hidup dengan kanser paru-paru selama bertahun-tahun..

"Betul ni? Kau akan buat rawatan? Kau janji Puteri? Kau janji?" kata Farah yang sudah mengangkat jari kelingkingnya.

"Aku janji.." kataku perlahan. Mataku dipejam. Sisa air mata mengalir ke pipi.

Entah dengan rawatan, boleh buat aku hidup lama. Walaupun peluang untuk aku hidup hanya 50-50.

Farah, aku akan cuba kuat demi kau..

Kami berdua saling berpelukan lagi. Entah sampai bila aku dapat bertahan Farah..

**********
Aku berjalan perlahan-lahan dengan langkah longlai. Teringat hal tadi memang meruntuh jiwa dan hati ini.

Teringat kata-kata Farah..Entah kenapa sekarang aku rasa seperti tak yakin diri. Tapi aku akan cuba kuat dan cuba untuk buat rawatan. Demi semua orang yang aku sayang.

Sepanjang berjalan, air mata satu per satu mengalir ke pipi. Dalam masa yang sama aku cuba untuk tersenyum sendiri.

"Puteri.." terkejut aku apabila Kyran tiba-tiba berada di hadapan mata. Terus aku dengan kelam-kabut menyeka kasar air mata di pipi aku.

"Hmm? Ada apa ya, Kyran?" Aku cuba memaniskan wajah. Panggilan nama tu sudah lama aku tidak dengar dari mulutnya. Rindu mahu dengar namaku disebut lagi olehnya.

"Tak, tadi..saya terus-terang sajalah. Kita pernah..menari sebelum ni ke? Sebab tiba-tiba ingatan tu muncul di fikiran saya waktu kita menari di atas pentas tadi."

Aku sedikit tersentak.

"Dia ke? Kalau macam tu.. baguslah.." kata aku tersenyum gembira. Kalau aku ditakdirkan memang pergi dulu..aku harap sebelum aku pergi..Kyran akan dapat ingat aku sepenuhnya. Itu harapan aku padanya.

"Dalam ingatan tu..kita seolah-olah sangat rapat. Macam bukan kawan. Awak dengan saya dulu betul-betul hanya sekadar kawan?" Kyran mengangkat keningnya. Dia memandang aku dengan tepat.

"Kalau saya cakap..dulu kita pasangan kekasih yang saling mencintai seperti Romeo dan Juliet awak percaya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience