"Beb, kau betul-betul mahu tinggalkan dia ke? Kau dah betul-betul fikir masak-masak? Puteri, aku tak nak kau menyesal di kemudian hari nanti. Lagipun... Lagipun kau kan baru jumpa dengan adik kau kat sini. Orang yang kau tertunggu selama nih..orang yang kau cari selama nih.." kata Farah dengan lembut. Masih mahu memujuk aku.
"Hmm Farah, you know what...hati aku makin berat mahu pergi selepas aku dapat jumpa dengan adik aku." kata aku mengusap raut wajah aku dengan kasar. Aku tengah serabut sekarang nih. Tak mungkin aku mahu tinggalkan adik aku pula kan? Sedangkan kami berdua baru saja berjumpa. Kakak apa aku nih kalau aku terus pergi tanpa beritahu padanya. Kalau aku bagitau pun tak semestinya adik aku akan setuju dengan keputusan aku nih.
"Puteri..." panggil Farah dengan lembut. Farah memeluk aku dengan erat. Rambut panjang aku dia usap dengan lembut.
"Farah aku buntu...apa yang aku harus lakukan?" kata aku dengan lirih. Aku membalas pelukan Farah. Mata aku pejam dengan erat.
"Beb, setiap keputusan kau...aku sokong. Tapi biarlah keputusan tu...boleh mendapat kesan yang baik pada kau nanti. Bukan kesan yang buruk atau buat kau menyesal. Aku tak nak kau menyesal Puteri..." kata Farah turut sedih.
Aku terdiam seketika.
Cut!
"Kyran! Shoot kau dah habis. Nanti malam nih ada pula. Takpe sekarang nih kau balik dulu rehat. Dari pagi tadi kau asyik buat shoot. Risau aku tengok tau?" kata Zoey menasihati kawan baiknya itu. Dia menepuk bahu Kyran dengan lembut.
"Hmm okey. Aku pergi dululah ye?" kata Kyran. Zoey hanya mengangguk saja membuat Kyran hanya tersenyum nipis. Tiba-tiba dia ternampak dua orang kelibat perempuan yang sangat dikenalinya. Mereka berdua sekarang tengah berada di atas bangku.
"Tu bukan... Puteri dengan Farah ke? Hmm tak sangka boleh jumpa kat sini." gumam Kyran sendirian. Dia tersenyum secara tiba-tiba. Sempat lagi menyeluk tangannya di dalam poket seluarnya dan menapak pergi ke arah mereka berdua.
"Farah hanya dua saja pilihan yang aku kena lakukan sekarang nih. Cuba kau fikir satu...tetap berada di sini dan sentiasa dapat bersama Kyran dan juga adik aku. Walau dalam masa yang sama membiarkan Kyran dalam bahaya kalau aku terus bersama dengan dia. Kedua...pergi daripada sini sejauh mungkin dan membiarkan hati ini tersiksa apabila berjauhan dengannya tapi dalam masa yang sama membuat hidup dia dan juga keluarganya aman daripada segala bahaya. Dan dalam masa yang sama membuat aku berpisah juga dengan adik aku. Farah cuba kau fikir antara kedua-dua pilihan nih yang mana lagi tepat? Yang mana lagi matang? Aku tak ada pilihan yang lebih baik lagi Farah. Pilihan kedua yang terbaik bagi aku. Walau hakikatnya aku yang akan lebih menderita. Dan hanya buat aku sangat sesak dan sangat sakit hati ini. Tak ada pun yang boleh memberi apa-apa makna dalam hidup aku Farah. Dan aku lebih memilih pilihan yang kedua..kerana aku mahu dia dan juga keluarganya sentiasa selamat. Walau terpaksa berkorban sekalipun." kata aku dengan nada sedih. Tangisan aku tiada bunyi. Hanya air mata saja yang laju menuruni pipi.
"Maksud awak cinta kita memang langsung tak bermakna?" tiba-tiba Kyran mencelah. Dia sudah dengar segala-galanya.
Aku yang memandang ke arah Farah dengan terus sepantas kilat memandang ke arah si dia. Begitu juga dengan Farah. Masing-masing menunjukkan reaksi terkejut. Kyran? Macam mana dia boleh ada kat sini? Alamakk...bencana..dia sudah tahu. Apa yang aku harus lakukan?
Aku hanya memandang ke arahnya. Kata-katanya tadi betul-betul menghiris hati. Kyran kenapa awak cakap macam tu? Saya tak bermaksud pun macam tu.
Aku hanya memandang ke arahnya yang sedang menangis. Air mata aku jatuh berjurai berkali-kali. Manakala mata masih setia memandang dirinya.
"Memang cinta kita langsung tak beri kebahagiaankah pada awak? Malah cinta ini lebih memberi kesengsaraan pada awakkah? Puteri Ilynia..." kata Kyran. Air mata jantannya berkali-kali menuruni ke pipi. Dia memandang ke arah aku dengan tajam.
Aku mengusap sekilas pipi aku yang basah dengan air mata dan terus bergerak mendekatinya.
Muka aku sedaya-upaya kawal. Manakala hati aku pula meronta-ronta untuk memeluknya. Tapi aku takkan buat macam tu. Aku harus tetap dengan ego aku. Sangat sakit melihat dia menangis. Semuanya berpunca disebabkan aku. Kyran dah salah faham. Akulah yang membuat dia menangis. Jahatnya aku. Tapi dia tak tahu aku buat semua nih untuk kebaikannya juga. Takde siapa pun yang dapat faham keadaan aku sekarang nih.
"Kyran awak... kenapa awak cakap macam tu? Cinta kita? Bukan cinta awak seorang je ke? Bukankah awak jer yang selama nih...menaruh kasih dan cinta daripada saya? Malah awak sentiasa dahagakan kasih sayang dari saya pun. Tapi saya pula tak dapat nak kabulkan permintaan awak tu. Maaf. Hanya perkataan tu saja yang saya mohon sekarang nih. Kyran Andrew Johansson..saya Puteri Ilynia langsung tak cintakan awak. Jadi, jangan lagi paksa saya untuk cintakan awak. And...pasal challenge saya tu...sudah terang-terang yang awak gagal membuat saya jatuh hati pada awak. Dah masuk hari nih tempoh dua bulan tu sudah berakhir. Maknanya berakhir jugalah antara saya dengan awak. Takde apa-apa lagi ikatan antara kita berdua. Sama ada kawan ataupun kekasih." kata aku menipu. Sangat sakit hati ini apabila menipu diri sendiri.
Ya tuhan...aku tak dapat tahan lagi. Air mata aku degil juga mahu turun dari pipi. Mintak-mintak Kyran percaya apa yang aku cakap tu. Tolonglah...aku mahu dia benci pada aku.
"Pembohong." kata Kyran ringkas tapi sangat padat. Aku meramas baju aku berkali-kali. Seperti tusukan pisau yang padu yang menikam hati aku berkali-kali.
"Penipu! Awak penipu Puteri Ilynia! Mulut boleh menipu tapi mata tak boleh menipu. Awak boleh cakap apa-apa pun...tipulah macam mana sekalipun. Tapi awak tak boleh nak tipu mata awak. Awak tak boleh tipu hati awak. Awaklah yang menipu diri sendiri. Bukan saya yang awak tipu sekarang nih. Puteri saya tahulah. Saya faham. Awak terpaksa lakukan semua nih. Dan ianya sangat menyakitkan kalau awak buat semua nih. Awak lukakanlah hati saya macam mana sekalipun tetapi saya tetap tak akan bencikan awak. Saya tahu awak sayangkan saya Puteri. Tapi awak...takut untuk pertahankan cinta awak...awak takut untuk mempertahankan cinta kita. Awak pengecut Puteri. Sangat pengecut..." kata Kyran.
Farah pula sudah buntu. Dia tidak mahu masuk campur antara urusan mereka berdua. Biarlah dia hanya sebagai tontonan. Macam penonton bagi drama hangat. Tapi kali ini bukan drama tapi realiti. Realiti pun macam dalam drama.
Farah turut menangis. Dia tak tahu kenapa. Tapi yang dia tahu dia sangat kesian pada mereka berdua.
'Kenapa susah sangat untuk mereka bersama? Kenapa tak seperti orang lain? Yang hidup bahagia. Walaupun aku tak berada di tempat mereka tapi aku tahu ianya pasti sangat perit.' batin Farah.
Aku menggenggam buku lima aku dengan erat. Bukan sebab geram pada Kyran. Tapi geram pada diri sendiri.
"Ye memang saya pengecut! Saya sangat pengecut! So what? Saya terpaksa buat semua nih Kyran..." kata aku. Dada aku turun naik dibuatnya. Sedikit sesak nafas. Mungkin tahap tertekan aku semakin kritikal.
"See? Awak pun cakap macam tu. Puteri... tolonglah...awak akan lebih menyiksa hati saya dan awak kalau awak pergi. Puteri, kenapa awak mesti takut dengan musuh kita sedangkan awak cintakan saya?" kata Kyran.
"Apa yang buat awak rasa sangat yakin yang saya nih cintakan awak?" kata aku dengan angkuh.
"Semalam. Semalam saya hanya pura-pura tidur. Dan saya sudah dengar segala-galanya. Saya pun terkejut bila awak cakap macam tu dalam masa yang sama sangat gembira apabila cinta saya berbalas. Maknanya selama nih saya langsung tak bertepuk tangan sebelah." kata Kyran.
"Aa..awak...sudah tahu?" kata aku terkejut. Aku menoleh ke arah lain. Sekarang dada aku semakin sesak.
"Jadi kalau awak tahu... tinggalkanlah saya..padam nama Puteri Ilynia dalam hati awak..cuba lupakan saya dan juga kenangan kita." kata aku menoleh ke arah lain. Air mata masih setia menuruni pipi. Hidung aku mula merah akibat terlalu banyak menangis. Yeah aku tahu.. sia-sia saja aku mohon pada Kyran untuk lupakan aku. Lagipun ianya hampir mustahil untuk lupakan orang yang kita sayang. Sangat susah.
Kyran terkejut. Dia tidak menyangka bahawa Puteri akan berkata begitu.
"What? Tinggalkan awak? Puteri senangnya awak cakap. Puteri kenapa awak tiba-tiba jadi macam nih? Syaitan mana yang rasuk awak untuk jadi macam nih? Awak dah gila ke? No, saya takkan tinggalkan awak Puteri. Bukankah saya dah bagitau awak hari tu. Tak, awak cakaplah macam mana sekalipun..saya tetap takkan tinggalkan awak. Muktamad." kata Kyran tetap dengan pendiriannya.
"Kalau macam tu...saya akan tinggalkan awak Kyran Andrew. Lagipun..saya sudah tempah tiket untuk pergi ke London esok pagi nih. So, awak tak boleh halang saya." kata aku kini bertentang mata dengan Kyran. Kata-kata aku membuat Kyran dan juga Farah terkejut.
Farah menggeleng kepala beberapa kali. Puteri.. awalnya kau bertindak...nampak sangat kau betul-betul mahu tinggalkan dia..kata Farah di dalam hati.
"Kalau macam tu saya akan tetap halang awak. Awak takkan pergi tanpa izin saya." kata Kyran. Mukanya mula merah begitu juga matanya. Dia mengenggam buku limanya. Saat ini, Puteri lebih mementingkan egonya daripada dirinya.
Aku yang mula mahu memberontak tapi Kyran sudah mengangkat tangannya tanda menyuruh aku diam saja. Menunjukkan kalau aku membuka suara bila-bila masa saja gunung berapi akan meletus. Jadi...lebih baik aku diam.
Kyran mendekati aku perlahan-lahan. Dia mengambil tangan aku dan membawa tangan aku ke pipinya dan mengusapnya dengan lembut. Hati aku menjadi tersentuh dengan kelakuannya. Kyran yang air matanya sudah kering mula mengalirkan air mata lagi.
"You know what...Puteri I love you...I want to be with you sampailah saya tutup mata buat selama-lamanya.." kata Kyran.
Kata-katanya membuat aku lebih banyak menangis. Aku mengetapkan bibir aku dengan kuat. Terasa sangat sakit dada ini.
"Kyran..Hiks..Hiks...saya...saya.." kata aku yang sudah tidak tahan. Lebih banyak air mata yang keluar menuruni pipi.
"Syyy... Puteri...saya mohon..I beg you.. please jangan buang saya dalam hidup awak. Awak sepatutnya kesian pada saya tau dan tak buat keputusan sampai macam nih sekali. Awak memang langsung tak teringin nak bersama dengan saya ke?" kata Kyran yang menyapu air mata di pipi aku dengan lembut. Dia turut menangis tapi tidak mengeluarkan suara. Malah dia sempat lagi menghadiahkan senyuman pada aku. Dan aku lebih sedih lihat dia tersenyum macam tu.
"Kyran.. please don't say like that. I want to be with you always.. Kyran I love you. I love you so much. Saya bahkan hampir jadi gila disebabkan awak tahu?" kata aku yang akhirnya..buat pertama kalinya meluahkan perasaan sebenar aku padanya. Jadi... perasaan inilah yang orang selalu sebutkan tu bila dah luahkan perasaan. Rasa yang sangat lega.
Tiba-tiba Kyran melutut di hadapan aku membuat aku menutup mulut kerana terkejut.
"Kyran apa yang awak buat nih?!" kata aku yang cuba mahu buat dia berdiri tetapi tiba-tiba saja dia mendepakan tangannya di hadapan aku.
"Puteri Ilynia! Adakah awak memang betul-betul terima cinta saya? Batu yang kosong akhirnya sudah jadi batu permata ke? Andai awak betul-betul terima cinta saya..maka dakaplah saya seerat-eratnya." kata Kyran memejam matanya dengan perlahan. Dia berharap aku masuk ke dalam pelukannya sekiranya aku betul-betul cintakan dia.
Aku sedikit tersentak. Aku tengok Kyran sedikit takut-takut. Bukan apa mungkin dia masih lagi ragu-ragu dengan luahan aku tadi. Yelah mungkin dia betul-betul terkejut.
Tetapi aku tak kisah. Hati aku dah berubah. Kyran..mahal kita..(Saya sayang awak) I love you..
Tanpa membuang masa aku terus memeluknya dengan erat.
"Kyran I love you.." kata aku dalam pelukannya. Kyran membuka matanya. Serta-merta senyuman terukir di bibirnya. Akhirnya Puteri Ilynia telah meluahkan segala-galanya.
"I love you too.." kata Kyran. Dia mencium rambut aku dengan lembut.
Farah pula menangis kerana terharu. Tisu yang berada dalam begnya dia sempat ambil dan terus menghamburkan hingusnya di situ. (Haha lawaklah cute Farah)
"Hehe so korang dah bersama! Dah settle ohh yeahh! Congratulations!" kata Farah seronok.
Kami bertiga sekarang nih berada di atas bangku.
"Tak settle lagi. Nih baru permulaan." kata aku.
"Kyran.. Balqish ada ugut saya. Kalau saya masih bersama dengan awak dia akan hilangkan ingatan awak..saya takut. Dan saya tak nak benda tu terjadi." sambung aku lagi. Aku memandang ke arah Kyran.
"Pasal dia awak jangan risau. Puteri kita boleh hadapi semua nih. Saya takkan biarkan dia buat macam tu pada saya dan juga awak." kata Kyran.
Hmm harap macam tulaah. Aku betul-betul tak nak Kyran diapa-apakan. Balqish boleh buat apa pada aku tapi bukan dengan Kyran. Lagipun.. lagipun Balqish kan cintakan Kyran. Tak mungkin dia akan buat macam tu. Orang yang kita sayang kita takkan buat apa-apa padanya tapi malah sedaya-upaya cuba untuk melindunginya. Yeah betul tu..
*********
"Puteri... Puteri...sedar sayang. Hiks..Hiks..jangan terus macam nih sayang...jangan tinggalkan aunty.." kata aunty Puteri yang menangis teresak-esak. Dia menyusung katil Puteri untuk pergi ke bilik kecemasan. Puteri sekarang nih dalam keadaan yang matanya terkatup rapat. Terlihat darah keluar sedikit di kepalanya dan juga tubuhnya. Walaupun aunty nya memanggil dan merintih dia tetap tidak sedar.
"Sayang..sabarlah." kata suami aunty yang mengusap lembut bahu isterinya itu. Suami aunty Puteri ketika ini masih hidup dan tak meninggal lagi.
"Hiks..Hiks..macam mana saya mahu sabar abang? Sedangkan anak buah kita masuk hospital. Dia baru kecil lagi kut. Tapi, sudah kena hadapi semua nih. Lagipun saya sangat sayangkan dia bang..mak ayah dia baru saja meninggal. Saya dah sedih dengan kehilangan Merry dan juga Khan. Kali ini saya tak mahu menangisi kerana kehilangan Puteri pula. Hiks hiks.. lagipun Puteri tu kita dah anggap sebagai anak kita. Dan janji dah dengan Merry dan juga Khan yang kita akan selalu menjaga dan mendidik Puteri dengan baik. Tidak sekali-kali mengabaikannya..." kata aunty yang menangis sehingga terhinjut-hinjut bahunya.
Encik Airil memeluk isterinya. Dia cuba untuk menenangkan isterinya yang sedang sedih dan kacau sekarang nih walaupun hatinya turut sedih dengan kehilangan ibu dan ayah Puteri dan juga Puteri yang tidak sedarkan diri.
"Arghh..." serta-merta aku bangkit daripada tidur. Aku mengusap raut wajah aku dengan kasar.
Mimpi tu lagi. Tapi kenapa aku selalu mimpi tu balik? Masih mimpi kejadian yang menimpa aku dan juga keluarga aku. Selepas sekian lama akhirnya dia datang balik mimpi tu. Hairan bin pelik.
Aku lihat cermin di pantulan bilik aku. Cermin tu lebar dan juga tinggi jadi tak hairanlah kalau aku yang berada di atas katil nih pun cermin dapat memantulkan diri aku.
Tiba-tiba aku terfikir mahu lihat parut di bahu aku. Aku cuba untuk menyinsing lengan baju tidur aku sehingga ke paras bahu. Aku lihat luka parut kecil di bahu aku. Ya, kejadian hitam tu meninggalkan parut untuk aku. Aku juga tercedera akibat kemalangan tu. Parut tu tak terlalu panjang dan tak juga terlalu pendek.
Cuma...you know what... selalunya parut yang orang kena pasti akan hilang juga selepas beberapa tahun kan? And yeah sebenarnya parut tu sudah hampir tidak berbekas selepas beberapa tahun. Tapi aku tak biarkan itu terjadi. Aku mahu parut nih sentiasa lekat di tubuh aku. Jadi, aku selalu toreh bahu aku dengan benda yang tajam supaya aku sentiasa ada parut di bahu. Itulah kerja aku juga. Kalau parut makin hilang aku akan buat parut aku semula. Tragis kan?
Ini kerana supaya aku sentiasa ingat yang disebabkan orang yang langgar kereta ibu dan ayah aku tulaah aku jadi macam nih. Supaya nanti...aku dapat jumpa dengan orang yang langgar kereta ibu dan ayah aku tu. Supaya aku tak lupa pada dia.
Memang aku tak mahu kejadian tu menghantui aku lagi. Entahlah..aku pun tak faham dengan diri aku. Ada masa aku tak nak ingat dah kejadian hitam tu...tapi dalam masa yang sama aku tak nak lupa terus dengan kejadian kemalangan tu.
Dan aku pernah cakap yang aku ada gambar orang tu. Sebab kawan dia aku dah dapat lihat muka sebenar dia. Cuma tulaahh aku ingat-ingat lupa dah sekarang muka dia. Gambar tu pula...berada dalam telefon aunty aku yang hok lama. Tapi walaupun telefon tu lama dia masih dapat on kan lagi. Lagipun telefon hanya khas untuk gambar dia tersimpan di dalam galeri telefon tu.
Hmm tiba-tiba aku rasa macam nak tengok baliklah pula gambar dia. Sebab aku sekarang dah ingat-ingat lupa muka dia macam mana.
Aku keluar daripada bilik. Hanya terlihat lampu dapur saja yang terbuka. Kat ruangan lain semua gelap sebab tak buka lampu.
Aku jalan ke ruang tamu dan buka lampu di situ. Kalau tak silap aku aunty ada simpan telefon lama dia tu kat ruang tamu atas rak nih.
Dan sekarang aku betul-betul berdiri di satu rak yang agak tinggi bagi aku. Terdapat banyak buku-buku, cd, kotak dan sebagainya di rak nih.
Aku mendongak melihat rak tersebut. Pffft! Banyaknya barang. Adihh jenuhlah aku nak cari satu-satu. Macam lagu 1511 pula. Haih mengarut jer aku nih. Jom tepuk dai. Muahehe..
"Huwaah nyantuk lah pula. Hmm takpelah esok jelah cari." kata aku yang dah menguap banyak kali. Aku masuk dalam bilik tidur aku semula sebelum tu sempat aku tutup lampu terlebih dahulu. Pffft! Nasib bawa telefon dan buka lampu tochlight kat phone nih kalau tidak..ish³ habihlahh kena langgar dengan barang sana-sini sebab tak nampak.
Keesokan paginya...
"Puteri! aunty nak pergi pasar nih nak beli keperluan apa yang patut. Kamu duduk sini sekejap ye nak takpun suruh je Farah teman kamu kat sini." kedengaran suara aunty aku di luar bilik.
Aku keluar bilik aku dengan pakaian yang sudah aku tukar. Hehe baru mandi je nih.
"Ooo aunty nak Puteri teman tak? Takpe ke kalau aunty pergi sorang-sorang?" kata aku.
"Eihh takpelah..kali nih biar aunty pula yang pergi sorang-sorang. Kamu duduklah sini kalau bosan ajaklah Farah datang rumah." kata aunty aku.
"Hehe boleh jer aunty. Memang plan nak ajak dia pun datang sini." kata aku yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Hmm yelah..aunty pergi dulu tau? Nak aunty beli apa-apa tak?" kata aunty.
"Hmm alang-alang tu aunty belilah kek coklat moist kat Puteri..Puteri lapar kek lah pula hehe." kata aku tersengih lagi. Almaklumlah aku nih spesies yang malas mahu masak.
"Hehe okey." kata aunty aku yang sudah melangkah keluar dari rumah. Aku hanya mengekorinya dengan ekor mata saja.
Okey! Sekarang jom kite cari gambar tu..muahehe...
Sebelum tu aku dah call Farah suruh datang sini hehe cepat kan? Hehe tapi takpe Farah kata dia mungkin lambat sikit nak datang sini sebab ada hal katanya. Aku pula ok² jelah.
Okey aku mula dengan pencarian aku iaitu memeriksa kotak satu per satu untuk mencari telefon tu.
15 minit kemudian...
Fiuhh! Habih berpeluh! Hehe taklah peluh sangat.
"Jap² yang nih? Yang nih ke telefonnya?" kata aku. Tanya diri sendiri pula.
Tiba-tiba aku menutup mulut.
"Ha'aalah telefon nih! Aku ingat lagi telefon nilah kalau tak silap aku yang simpan gambar dia tu." kata aku menjerit kecil.
Aku cuba on kan telefon tu dan jeng³ ianya dah on! Wahh...lama bebeno telefon nih kat kotak nih. Adalah habuk sikit kat skrin telefon nih.
Aku berjalan di sofa. Mata hanya terlekap pada telefon nih saja. Kotak yang berselerakan aku biarkan dulu. Aku nak tengok yang nih dulu.
Cari punya cari akhirnya ada juga galeri. Duhai telefon agak-agaknya kau dah umur berapa eh masuk tahun nih?
Aku cuba cari gambar dia di galeri. Tak ambil masa yang lama aku tekan gambar seorang lelaki di skrin telefon nih.
Dan spontan mata aku terbeliak. Mulut aku ternganga. Manakala dada aku sudah berombak kencang seolah-olah jantung nih mahu terlompat keluar saja. Spontan bulu roma aku meremang. Mata aku mula berair. Tak...tak mungkin..oh tak nih tak boleh jadi..tak mungkin dia orangnya.
Tangan aku mula bergetar sehingga telefon yang aku pegang pun turut bergetar sama. Telefon aku lepas ke atas karpet di lantai. Jadi dia takkan pecah. Cuma hati aku yang rasa pecah sekarang nih. Pecah berderai.
Aku menggenggam sofa di kerusi aku dengan kuat. Mata aku pejam. Kening aku bercantum cuba menahan perasaan. Iaitu perasaan terkejut, perasaan yang seolah tak percaya, perasaan yang sangat sakit hingga buat air mata aku mengalir.
"Jadi... rupa-rupanya..orang yang langgar kereta ibu dan ayah aku tu..adalah Zain rupanya. Iaitu abang kepada Kyran. Orang yang aku paling sayang."
Tak sangka...memang tak sangka... kenyataan nih membuat jantung aku seolah-olah mahu berhenti. Aku betul-betul terkejut. Ini adalah perkara yang sangat mengejutkan sampai aku sendiri rasa tidak mahu percaya. Aku mula sesak nafas. Seperti kurang oksigen. Mata aku sudah merah kerana banyak menangis.
"Zain Johansson..kenapa mesti kau orangnya? Disebabkan kau.. hubungan aku dengan Kyran akan musnah begitu saja. Kebahagiaan yang kami baru mula akhirnya sudah hancur lebur. Hanya disebabkan ini saja. Sungguh... sedangkan pokok yang tinggi dan besar pun boleh jatuh disebabkan angin yang kuat apatah lagi anak pokok bukan? Sakitnya...Ya tuhan sakitnya... kenapa benda nih harus terjadi pada aku? Why must me? Sesungguhnya aku dah letih..aku dah penat.." aku merintih seorang diri.
Aku menangis seorang diri. Kala ini aku rasa sangat kelam. Aku tahu tak lama lagi hidup aku pasti akan kelam buat selama-lamanya. Masih ada lagi ke cahaya walaupun hanya selubang? Masih ada harapan lagi ke? Tak.. semuanya dah musnah.
Huh tak sangka kan... kisah percintaan antara Kyran Andrew dengan Puteri Ilynia akan berakhir begitu saja. Sedangkan aku baru mula mahu cipta kenangan kami ketika bersama. Ketika kami sudah meluahkan perasaan. Dan you know what...aku sampai berangan mahu kahwin dengan Kyran. Dan aku rasa dia akan melamar aku nanti tapi tu semua hanya angan-angan aku saja. Benda tu takkan berlaku..
Ya, aku rasa ego aku makin menaik dan tinggi. Tinggi mencacak hingga ke langit. Aku dengan Kyran takkan bersama selagi ego aku masih ada. Aku rasa sangat down. Dan tahap down aku sangat dalam. Seolah-olah aku terjatuh dalam lembah yang sangat dalam sehingga aku tak tahu bila penghujungnya.
"Puteri...I am here.." kata Farah terjerit-jerit di luar pintu. Dia membuka pintu dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat aku menangis.
Beg yang dia sandang turut terlepas sama.
"Puteri..." kata Farah. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah aku dan terus memeluk aku.
"Farah..kenapa nih terjadi pada aku? Aku memang tak layak untuk bersama dengan Kyran ke? Sangat banyak rintangan untuk kami bersama Farah... Mungkin..Mungkin kami memang tidak ditakdirkan untuk bersama." kata aku menangis di dalam pelukan Farah. Bahu aku terhinjut-hinjut menangis.
"Puteri..kenapa kau macam nih? Bukankah kau dengan Kyran dah buat keputusan mahu tetap bersama? Dan korang takkan berpisah lagi. Tapi tengok-tengok kau kata macam nih pula." kata Farah menepuk perlahan belakang aku cuba menenangkan aku.
Aku meleraikan pelukan Farah. Mata aku sudah merah dan sembab. Aku melihat ke arah Farah.
"Farah..tengok nihh...tengok gambar nih. Inilah gambar orang yang melanggar kereta ibu dan ayah aku tu." kata aku yang menyua telefon tadi yang terpampang gambar dia pada Farah.
Farah menbuntangkan matanya. Terkejut. Terkelu dan sebagainya. Dia memandang ke arah gambar itu dengan lama.
"Puteri...betul ke nih apa yang aku dengar? Dia adalah orang tu? Tapi..tapi ini kan abang kepada Kyran? Macam mana.." kata Farah yang tergantung ayat. Dia menggeleng kepalanya beberapa kali.
'"Ini tak boleh terjadi.." kata Farah perlahan.
"Tapi inilah yang terjadi... inilah kenyataannya Farah.." kata aku.
"Tapi beb...kau tak bolehlah macam nih. Orang tu adalah abang Kyran tapi bukan Kyran kan? Puteri..kau masih berdendam dengan dia lagi ke? Bukankah dia tak sengaja langgar kereta ibu dan ayah kau?" kata Farah. Dia turut menangis.
"Dia tak sengaja kau cakap? Farah..dia mabuk..Dia mabuk! Dia bukan tak sengaja tapi dia sengaja. This is his fault. Dan aku sangat benci pada dia! Kalau bukan disebabkan dia mabuk..pasti dia takkan pandu kereta dengan tak terkawal sampai-sampai boleh langgar kereta ibu dan ayah aku. Dan Farah kau dah lupa ke apa yang aku cakap hari tu? Aku Puteri Ilynia benci pada dia dan akan terus benci pada keturunannya, keluarganya mahupun kawannya sendiri! Dan apa-apa yang seangkatan dengannya! Dan Kyran pula? Adalah adik kandung dialah Farah! Maknanya aku pun akan sangat benci dengan orang yang bernama Kyran Andrew. Disebabkan dia jugalah Farah! Aku sudah benci dengan keluarga Johansson." kata aku dengan lirih.
"Puteri.. sampai macam nih sekali ke kau masih berdendam dengan mereka?" kata Farah menangis. Nampaknya Farah takut dengan aku. Yeah kalau aku mula marah..orang sekeliling aku akan jadi takut dengan aku.
"Yeahh...Farah maafkan aku.." kata aku yang tidak kering dengan air mata.
"Tak apa..cuma aku rasa sangat sedih...bila ini yang terjadi... sungguh ini lebih menyakitkan bagi kau bukan? I know that.." kata Farah perlahan. Dia memeluk aku dengan erat.
Aku turut membalas pelukannya dengan erat..
"Ye Farah..ini lebih menyakitkan...tak sangka perasaan cinta pada seseorang tu akhirnya..hanya dalam sekelip mata saja bertukar perasaan benci dan dendam." kata aku.
"Tapi kau masih cintakan dia kan?" kata Farah.
"Yeah..aku masih cintakan dia.."
Share this novel