Bab 56: Jealous

Romance Series 10664

Audrey selamba masuk ke hospital. Dengan senang hati dia dah tak sabar mahu jumpa dengan Puteri. Tupun hanya dua kali dia melawat Puteri di wad. Hari ni masuk kali ketiga baru dia ada untuk melawat Puteri.

Seperti biasa, dia akan ketuk pintu bilik wad Puteri terlebih dahulu sebelum masuk. Audrey mencantumkan kening. Hairan pun ada. Kenapa tak ada orang sahut? Jangan-jangan Puteri berada dalam bilik air tak? Hmm..

Perlahan-lahan Audrey menguak pintu bilik wad tersebut. Bertambah hairan Audrey apabila katil tersebut seperti kosong. Macam orang dah tak tidur di situ. Selimut yang telah dilipat terletak elok di atas katil.

Kebetulan nurse yang mahu lalu sini, Audrey segera menegur.

"Nurse, ada tak pesakit yang bernama Puteri Ilynia di dalam wad ini? Sebab saya tengok wad ni macam sepi tak ada orang duduk je. " Tanya Audrey berserta kerutan di dahi.

"Ohh patient tu dah lama discharge dari wad ini. Kalau Encik mahu jumpa..Encik boleh terus telefonnya terus. Saya minta diri dulu ye? " Ujar nurse tersebut.

Audrey pula terkedu, terkelu dan macam-macam ter lagi. Puteri tak bagitahu pun dia yang dia dah discharge.

Audrey berjeda.

***********
"What?! Mommy..upah maid?" Tanya Zain dan Kyran hampir serentak.

Masing-masing memandang Camelia a.k.a bibik mereka.

"Iye nak. Kita kena tolong dia. Lagipun, dia yang mohon dekat aunty minta kerja sebagai tukang gaji. Dan dia pun tak ada tempat tinggal sekarang. Jadi, mommy terpaksalah setuju untuk upah dia sebagai maid kita. Lagipun, Nek Jah dah lama berhentikan kerja. Kita pun hanya percayakan Nek Jah untuk jadi bibik kita sebab mommy memang dah kenal luar dan dalam dia. Tapi, kali ni..mommy terpaksa ambil orang gaji lain yang kita tak kenal asal-usulnya kerana dia memang perlukan kerja. Camelia ni..bukannya tak pernah minta kerja lain. Katanya, dia dah rasa penat dan putus asa kerana pekerjaan lain ditolak termasuk kerja-kerja seperti membersih.Yelah, kamu dua tahu kan sekarang susah nak cari kerja." Kata Datin Arina panjang lebar.

Manakala Camelia hanya terkelip-kelip memandang Kyran dan Zain sambil tersenyum.

'Alahaii handsome pula anak Datin dengan Dato' ni. Sampai aku pun dah tercair hati.' getus Camelia di dalam hati. Siap tersengih nakal lagi.

"Hmm okaylah. Kalau mommy cakap macam tu. Kyran tak kisah." Kata Kyran.

"Hmm..Zain pun tak kisah." Kata Zain lemah dan cukup perlahan di pendengaran orang. Kyran menatap wajah abangnya yang kelihatan sedikit pucat dan mata sedikit bengkak. Terbit rasa simpati di dalam hatinya.

Datin Arina hanya tersenyum sebelum bersuara lagi.

"Haa Camelia. Perkenalkan ini anak saya Kyran. Ini pula Zain, abang Kyran. Zain ni pula dah kahwin. Isterinya berada di Switzerland. Manakala Kyran ni pula still single lagi. Tapi, tak lama lagi dia akan jadi suami orang." Kata Datin Arina memperkenalkan Zain dan Kyran kepada Camelia. Siap terus-terang lagi sama ada mereka single ataupun tidak.

'Oohh, jadi.. inilah Kyran ye? Patutlah Balqish tergila-gilakan sangat. Hehe jap...patutlah Balqish berusaha sangat nak dapatkan Kyran. Rupanya tak lama dia dah nak kahwin. Haih, Balqish..Balqish..aku tak rasa kau akan berjaya dapatkan Kyran.' batin Camelia yang menatap Kyran dengan lama. Dia menyembunyikan senyumannya.

"Ohhh handsome betul anak-anak datin ni. " Kata Camelia sambil tersenyum.

Datin Arina tersenyum ramah.

"Mari. Saya bawakan awak untuk kenal selok-belok rumah ni." Kata Datin Arina mendahului Camelia.

Camelia hanya menturuti saja tanpa banyak bunyi.

'Wahh.. serius. Rumah Datin dengan Dato' memang besar! Pfft! Untunglah aku dapat duduk di rumah agam besar ni. Hehe..' batin Camelia yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

*************
Sambungan Farah pov

"Be my bodyguard."

"What? What do you mean, cik Farah? Be your bodyguard? Are you serious??" Kata Karen mengangkat sebelah keningnya memandang aku.

"Yeah, I'm serius. But... jadi bodyguard untuk saya sementara saja. I really need someone to protect me. Someone yang benar-benar boleh lindungi saya dari orang jahat lain seperti mereka semua tadi. Dan orang tu.. adalah awak sendiri." Kata aku membuat reaksi seperti berharap padanya.

"Huh, why?"

"What?" tanya aku balik tanda tidak mengerti.

"Why me, cik Farah?" Tanya Karen memandang tepat ke arah aku.

Aku sedikit tersentak.

"Because you're my friend." Kata aku tersengih kambing.

Karen tersenyum sinis.

"Friend? Ohoh? Friend you say? Awak fikir kita kawan? Saya panggil awak pun dengan gelaran 'cik Farah'. Sedangkan kawan..tak perlu untuk beri gelaran hormat cik atau encik bagai ni." Kata Karen tajam.

Aku menggaru kepala tidak gatal. Mulut tersengih nakal.

"Yelah² mulai sekarang awak panggil saya Farah saja. Starting today..we are friend." Kata aku yang menghulur tangan aku padanya.

Karen hanya melihat saja tangan aku yang dihulur di hadapannya.

"Saya tak kata pun saya setuju kawan dengan awak. So, we aren't friend, okay? Hehe." Kata Karen tersenyum. Dia mahu pergi lagi tapi terus kakinya terhenti secara mendadak apabila aku tiba-tiba muncul di hadapannya. Aku mendepakan tangan ku.

"Karen, please...Be my bodyguard? Saya..saya takut.." kata aku menunduk kepala perlahan ke bawah. Kedua-dua tangan kini aku letak ke bawah di sisi aku.

Karen tersentak. Hatinya tersentap mendengar perkataan 'saya takut' di mulut gadis itu. Seakan tersentuh dan tercuit.

Karen perlahan-lahan mahu mengangkat tangan mahu memegang lembut kepala gadis itu yang tertunduk ke bawah tetapi tangannya terhenti untuk berbuat demikian. Dia mengenggam tangannya dan meletak kembali tangan ke bawah.

Aku mendongak memandang Karen. Wajah aku cuba beriak simpati padanya. Aku tayang puppy eyes padanya.

"Please..." Aku mencantumkan tangan aku sambil memandangnya.

Tiba-tiba dahi terasa ditunjal oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan Karen! Hamboih...tunjal dahi dia juga baru tau.

"Eihh awak! Apa ni tunjal dahi orang?" Kata aku mengusap lembut dahi aku. Muka usah dikata. Dah macam cekodok basi dah! Eei tak puas hati betul.

"Ingat comel ke? Okeylah fine! I will be your bodyguard..and your friend." Kata Karen menahan senyum.

"Dia ke awak?! Ohh yeayy.." kata aku yang bersorak riang. Aku tersenyum manis.

"Hi five.." kata aku sambil mengangkat tangan untuk hi five dengannya.

"Hahh?"

"Kali ini saya nak hi five dengan awak sebagai awak setuju untuk jadi bodyguard saya. Tak naklah asyik bersalam tangan saja." Kata aku tersengih menampakkan gigi ku yang tersusun cantik.

Karen ketawa kecil sambil kepalanya ditundukkan sedikit ke bawah. Memandangkan aku sedikit rendah darinya. Karen menguntum senyuman menggodanya. Terkelip-kelip aku memandangnya. Hampir saja hati ini luluh gara-gara senyuman menawannya itu.

Papp!

Akhirnya Karen berhi five dengan aku sekilas. Aku meletak kembali tangan aku ke bawah.

"Haa macam tulah! Karen, sebagai bodyguard saya...saya akan bagi upah awak bila awak jalankan betul-betul tanggungjawab awak tu. Okey?" Kata aku sambil berjalan beriringan dengannya di langit malam yang cerah itu.

"Ermm..awak kata saya hanya bodyguard sementara awak. Jadi...tak perlu lah kut untuk awak upah saya bagai ni. Anggap saya lindungi awak sebagai kawan." Kata Karen yang berjaya menghentikan langkah ku. Aku terkebil-kebil memandangnya.

"Karen, are you serious?"

Karen menghentikan langkahnya. Dia memandang aku.

"Yelah, kan awak cakap hanya sementara saja. Jadi, tak perlulah awak mahu upah saya bagai untuk jadi bodyguard awak. Saya boleh lindungi awak as a friend but..."

"But...??" Tanya aku sambil menjongket kening ke atas.

"But, saya tak boleh janji untuk sentiasa bersama dengan awak. Hehe." Kata Karen yang terus berjalan pergi ke hadapan. Sempat dia menghamburkan gelaknya pada aku

"Eiii! Awak!" Aku menghentak kaki ke atas tanah tanda protes sambil memandang belakang Karen dengan riak tidak puas hati.

Ketawa Karen masih tersisa.

Aku cuba menyaingi langkahnya. Bila aku sudah dapat berjalan beriringan dengannya.

Aku menyilangkan tangan ke dada.

"Tak apa. Lagipun, saya bukanlah orang yang lemah nak lindung 24 jam." Kata aku mula dengan nada bongkak di situ.

"Hek eleh. Yelah tu. Tadi saya nampak orang tu kan..bukan main lagi takut muka tu. Sampai saya sekali dijeratnya." Kata Karen tersenyum penuh makna.

"Cuih, dah siapa suruh awak tak nampak saya punyalah lari laju kat depan. Tapi, macam kebetulan pula kita dua serempak kat sini eh?" Kata aku melanggar bahunya manja. Ahak.

Karen pula seperti badan tersenget ke tepi sekejap apabila bahu kami berlanggar. Sengaja aku buat macam tu. Hehe rasa syok la kacau dia macam ni.

Karen menjeling sekilas di sebelahnya. Dia menggeleng kecil dan menahan senyum.

Tiba-tiba...

Ada beberapa orang lelaki datang muncul di hadapan kami berdua. Masing-masing berpakaian hitam dan tersenyum sinis. Aku ingat lagi muka mereka. Mereka ni..orang jahat yang ekori aku tadi! What?!..Macam mana boleh..

"Karen, hati-hati..Inilah mereka yang ekori kita tadi." Kata aku berbisik perlahan di tepinya. Tak sangka, walau cuba untuk mengelak atau bersembunyi mereka tetap boleh mencium kehadiran aku. Adoii..bijak dan licik mereka ni.

Karen yang berwajah pelik memandang muka seorang demi seorang tiba-tiba muncul dan memandang kami bertukar riak apabila mendengar bisikan aku tadi.

Matanya juga kini melotot pada seorang lelaki yang familiar baginya. Itulah lelaki yang dia nampak di belakang Farah sebentar tadi.

Sekumpulan lelaki mula mengepung kami berdua dalam bentuk bulatan. Aku dengan Karen berjaga-jaga dulu. Belakang kami bersentuhan kerana aku berada di belakangnya. Masing-masing mengangkat tangan seperti sudah bersedia untuk berlawan.

"Huh! Kat sini pun kau! Puas kiteorang cari kau Farah. Hmphh! Kauorang bunuh dia! Serang siapa saja yang halang!" Kata lelaki itu memberi arahan.

"Farah jom berlawan." Kata Karen dengan wajah serius. Dia hanya menoleh sedikit ke belakang memandang aku dan mengerling sekilas. Aku tersenyum sinis dan mengangguk.

"Jom..."

"Hiyarghh..." Jerit mereka semua yang mahu menyerang kami.

"Yarghh..." Aku dengan Karen terus ke depan dan berlawan dengan mereka semua.

Karen berlawan dengan tiga orang sekaligus. Dia berlawan tanpa sebarang beban sedikitpun. Lincah mengelak dan dalam masa yang sama memukul setiap orang yang menghampirinya.

Manakala aku pula, memulas tangan orang itu sekuat hati dan tolak badannya ke bawah sehingga mendarat ke tanah. Aku membengkok badan aku memandangnya sambil kaki aku memijak perutnya supaya dia tidak bangun. Terbit senyuman jahat di bibir aku.

Tangannya pula sempat lagi bergerak-gerak mahu mengambil batu berdekatan dengan kami.

"Huh! How dare you!" Kaki aku yang satu lagi terus memijak tangannya sekuat hati membuat dia menjerit kesakitan.

"Huh, tell me! Siapa upah kau hah?! " Jerit aku padanya. Memaksa untuk dia berkata.

Karen hanya tersenyum mengerling aku sekilas. Manakala tangannya lincah menumbuk dan menendang orang-orang di hadapan.

Tiba-tiba muncul dua orang dari arah belakang mahu menyerang aku dengan pisau. Aku berwajah pucat.

Pisau? M-Mereka..ada pisau?

Aku tidak berdiam diri. Dan mengambil batu yang cukup besar berdekatan dengan aku dan terus melempar pada tubuh salah seorang dari mereka berdua.

"Arghhh.."

"Garfield!" Jerit salah seorang kawannya. Kelihatan dia memandang aku dengan tajam. Mungkin marah kerana aku berbuat begitu pada kawannya. Pisau digenggam seerat mungkin bersedia mahu menikam aku. Tapi sempat aku mengelak dengan menunduk tubuh aku. Dia kelihatan tidak puas hati dan terus menyerang aku bertubi-tubi membuat aku gelisah dalam menangkis serangannya. Dia ada senjata tapi aku?

Entah silap mana langkah aku terjatuh di atas jalan tar.

"Erghh.." cecair merah keluar dari tapak tangan aku. Aku memandang dirinya yang semakin mendekati ku. Mahu menikam aku dengan pisau.

Berkerut dahi aku memandangnya.

"Karen.." spontan terbit nama itu di bibir ku. Manakala dia sudah melayangkan pisau pada aku. Sudah bersedia mahu membunuh aku dengan pisau tersebut.

Aku memejamkan mata. Adakah..ini adalah penghujung riwayat aku? Mati kerana dibunuh oleh orang jahat seperti dia?

"Farah!!" Kedengaran suara itu menjerit memanggil nama aku.

Karen mendesir mulutnya apabila pisau itu menoreh ke lengannya. Karen menendang perut lelaki itu dengan kuat sehingga dia terpelanting sedikit jauh ke belakang.

Manakala aku masih memejamkan mata. Jap, kenapa aku langsung tak ada rasa sakit pun? Entah-entah aku dah mati tak?! Ohh no...

Aku menjerit di dalam hati. Dalam masa yang sama, cuba membuka mata secara perlahan-lahan.

"Karen?" Aku mencantumkan kening. Dia.. yang tolong aku ke tadi?

Kulihat Karen masih berlawan dengan mereka semua. Aku bangun dari duduk.

Dup dap..dup..dap..Aku memegang dada kiri ku.

Kenapa aku rasa...sesuatu yang lain? Melihat Karen berlawan.. membuat hati aku berdebar-debar. Adakah..ini namanya cinta pandang pertama?

Entahlah melihat Karen berlawan..dia nampak begitu kacak. I mean, kacak dia lain dari kebiasaan. Boleh nampak ketangkasannya dalam berlawan.

Aku menggeleng perlahan. Farah.. sempat lagi eh kau berangan?

Tiba-tiba mereka semua lari. Ada yang lari dengan kaki yang tercapit-capit. Mungkin, dah give up untuk berlawan. Ahh..punah harapan aku untuk tahu siapa yang upah mereka. Namun, aku hanya syak pada seorang ini. Mungkin dialah dalangnya dalam semua ni. Atau.. Aku sendiri silap? Takpe.. Kite tengok dulu.

Aku menghampiri Karen dengan senyuman di wajah.

"Karen, awak ke yang selamatkan saya tadi? Terima kasih.." kata aku tersenyum terharu.

Karen tidak memandang aku. Dia memandang ke bawah dengan kerutan di dahi. Seperti menahan sesuatu.

"K-kan..saya dah janji nak lindungi awak." Kata Karen cukup perlahan.

Aku mencantumkan kening dan semakin merapatinya. Kenapa dengan muka Karen? Macam menahan sesuatu saja.

"Karen, awak tak apa-apa?"

Karen memegang lengan kirinya. Dia mendesirkan mulutnya. Mukanya seperti pucat menahan sakit.

Mata melirik ke lengan kirinya. Terus aku membulatkan mata.

"Karen, awak cedera ni!" Kata aku yang sudah cemas. Aku menarik lengannya dan menggenggamnya lembut. Karen menepis tangan aku.

"Tak ada apalah. Sikit saja ni." Kata Karen.

"What?! Sikit awak cakap? Darah keluar banyak ni awak cakap sikit? Karen, luka ni mesti sebab awak selamatkan saya tadi kan? Ohh no..apa yang saya harus lakukan?" Kata aku dengan riak takut dan cemas. Aku menekan lengan Karen dengan tangan aku supaya darah tidak banyak keluar. Tanpa aku sedar, setitis air mata mengalir ke pipi gebuku.

Karen tersentak.

"Awak..menangis?" Aku memandangnya.

"Hiss..hiss..mestilah. Awak kan..hhuhu cedera hu disebabkan saya. Huhu.." kata aku yang sudah menangis seperti budak kecil. Bahu aku terhinjut-hinjut. Hidung aku mula menjadi merah.

Karen pula yang tidak keruan melihat aku menangis.

"Ala awak ni.. janganlah nangis. Sikit saja ni. Tengoklah saya masih hidup kan? Tak apa. Luka macam ni saya boleh tahan lagi. Dah² janganlah nangis. Nanti muka tu dah tak cantik." Kata Karen cuba memujuk.

'Aduhh..time² ni juga dia nak nangis. Aku...dahlah tak reti pujuk orang ni.' batin Karen di dalam hati. Dia menggaru belakang leher yang tidak gatal.

Esak tangisku serta merta terhenti. Badan aku terkaku seketika. Karen.. mengusap perlahan pipi aku?

Perlahan-lahan mata melirik memandangnya. Karen tersenyum. Manakala jari runcingnya membelai lembut pipi aku yang basah dengan air mata. Aku berkedip mata perlahan memandang dirinya.

"Awak kalau menangis pun comel kan? Hehehe." Kata Karen sambil ketawa kecil. Tangannya masih memegang pipi aku lembut. Selepas itu, sempat dia membelai rambut panjang ku dengan lembut. Anak rambut yang hampir menutupi mata dia selitkan ke telinga ku.

Aku memandang ke arah lain. Degupan jantung semakin lama semakin laju pula berdegup.

Karen meletak tangannya ke bawah. Keningnya bertaut apabila memandang aku yang sedang cuba mengoyak cebisan baju di lengan bahu.

Aku mengoyak baju lengan bahu ku sedikit panjang. Kedengaran bunyi baju dikoyak. Bahu lengan aku yang terdedah tidak aku hiraukan. Aku mengikat cebisan kain tersebut ke lengan Karen yang cedera itu. Hanya dengan ini, mampu menghentikan darah Karen daripada keluar dengan banyak.

"Okey, done! Darah awak tak akan keluar dengan banyak kalau saya ikat macam ni." Kata aku tersenyum.

Karen pula terpandang kulit putih aku yang terdedah. Dia membuang jaket dari tubuhnya dan terus memakaikan jaket ke tubuh aku.

"Pakai jaket saya ni." Kata Karen. Kami bertentang mata lama. Tanpa kami sedar, cik jantung mula sudah berdebar sakan.

"Thank you. Nanti saya pulangkan balik jaket awak ni." Kata aku tersenyum. Aku memegang jaket yang sudah tersarung ke tubuh.

Karen hanya mengangguk. Dia melirik ke arah lain.

'Boleh terlompat jantung ni kalau asyik tengok dia. Pfft!' getus Karen di dalam hati.

Karen terpandang tangan aku yang sedikit luka dan berdarah. Sekali lagi aku tersentak apabila dia memegang tangan aku lembut.

"Awak... cedera?" Tanya Karen lembut. Dia melirik ke arah aku.

"Eh tak ada apalah. Kalau nak dibandingkan dengan luka di lengan awak dengan tangan saya.. Luka awak lagi teruk. Tak apa. Nanti balik nanti saya lekatkan plaster kat tangan saya ni. Jangan risaulah. " Kata aku tersenyum kekok. Aku melepaskan tangan aku dari genggaman tangannya.

Karen hanya mengangguk.

Kami berjalan perlahan secara beriringan.

Tiba-tiba..bang..!!

"Karen²! Tengok tu!" Kata aku ceria menuding ke langit. Ada bunga api lah.

Karen memandang ke arah langit yang aku tunjukkan.

Dia tersenyum.

"Wahh..cantiknya.." gumam aku perlahan memandang langit dengan reaksi takjub. Aku dengan Karen memandang ke arah langit. Tiba-tiba ada bunga api kat sini waktu malam-malam pula. Wahh, tak sangka.

Bunga api mengembang berwarna-warni bertubi-tubi. Menyerlahkan lagi keindahannya.

Tanpa aku sedar, Karen memerhati aku dengan lama. Dia tersenyum apabila melihat reaksi aku yang tersenyum gembira sambil mendongak ke langit.

Perasaan aneh mengalir ke hati.

'Farah, saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang ini. Tapi, yang saya tahu...saya akan tetap lindungi awak walau apapun yang terjadi. Awak..sudah menjadi amanat saya.' batin Karen yang sudah tanam tekad di dalam hati. Dia tersenyum lagi memandang ke wajah cantik itu.

************
Keesokannya..

Puteri pov

Pada waktu petang yang lenggang..beserta deruan ombak yang kedengaran. Hari ini cuaca petang sangat baik. Pancaran cahaya matahari tidak terlalu terik. Kalau main petang-petang ni kat tepi pantai memang best lah jawabnya.

Cuba teka aku bersama dengan siapa? Muahehe.

"Awak, hari ni cuaca baik kan? Sejuk saja kat sini." Kata aku memulakan bicara.

"Yepp, betul tu. Kalau awak nak tahu..hati saya sebaik cuaca waktu petang ni lah. Rasa gembira saja. Rasa aman dan tak ada yang siapa akan kacau." Kata Kyran. Yeah, aku dengan Kyran bersama berduaan pada petang ni. Kami berdua berjalan perlahan-lahan secara beriringan di tepi pantai. Kasut kami dua tanggalkan dan pegang.

"Kenapa awak rasa gembira?" Kata aku tersengih comel. Saja aku menanyakan soalan tersebut walau aku tahu jawapannya.

"Sebab saya dapat dating dengan awak dan berduaan dengan awak." Kata Kyran mencuit hidung aku manja.

Aku ketawa kecil.

"I know." Kata aku merapati wajah aku dengannya. Aku mencubit pipinya manja.

"Aik, kalau awak tahu kenapa tanya?" Kata Kyran sambil memandang aku.

"Saja." Kata aku memandang ke hadapan. Aku menahan senyum.

"Eeii nakal kan? Saya cium pipi awak baru tau?" Kata Kyran.

"Ciumlah." Kata aku yang sudah berjalan laju menjauhinya.

"Eeii takpe, saya kejar awak. Bila dapat, siaplah awak nanti." Kata Kyran yang sudah berlari anak mahu mendapatkan aku.

"Ahhh! Tidak.." kata aku terjerit kecil. Aku berjalan laju ke hadapan sambil memandang dirinya yang tertinggal ke belakang. Aku ketawa kecil.

"Bluerk! Yeayy² tak dapat. Saya dah jauh dari awak. Kalau larat, mehlah tangkap saya." Kata aku yang menjerit kecil padanya. Sekarang ni, jarak aku dengan Kyran hanya beberapa meter saja.

Karen tersenyum.

"Siapa cakap saya tak akan dapat?! Saya sajalah lari slow macam ni. Saya tahu awak takkan lari laju sebab awak ada asma. Takpe, kali ni saya takkan biar awak lari dari saya Puteri!" Kata Kyran.

"Alamak.." habislah aku nanti. Mesti dia akan dapat kejar aku ni. Kelihatan Kyran sudah memulakan lariannya laju ke arah sini.

"Arhhh.." belum sempat aku mahu lari Kyran sudah berlari ke sini mendapatkan aku. Dia terus memeluk aku membuat aku hilang pertimbangan dan terjatuh terguling sedikit bersamanya.

Aku terduduk di atasnya manakala Kyran di bawah. Aku dengan Kyran bertentang mata lama. Terbit senyuman di bibir kami berdua.

Cuppp! Kyran terus mencium pipi ku lembut. Aku tersenyum malu dan menampar bahunya.

"Saya dah dapat awak, Puteri. Awak tak akan lari dari saya." Kata Kyran menatap bebola mata biruku dengan dalam.

"Jangan risau. Saya adalah milik awak. Selamanya tetap akan jadi milik awak. Saya tetap tak akan dapat lari dari awak Kyran. Sebab kita.. bagaikan sudah terikat kejap antara satu sama lain. Cinta kita menjadi satu dan erat tercantum. Tidak ada yang akan dapat memecahkan atau memisahkan cinta ini. "Kata aku perlahan. Bibir ku menguntum senyuman manis padanya.

Kyran dengan aku akhirnya bangun dari terbaring di atas pasir. Malula nanti dipandang orang. Aku dengan Kyran di atas pasir saling duduk menyebelah.

"Auch! Puteri. Please don't show that smile. Saya takut..saya tak dapat tahan pula nanti. Awak..selalu buat saya cair lah." Kata Kyran tersenyum.

"Auch! Awak pun sama. Jangan pamer senyuman tu kat saya. Takut saya tak tidur lena pula malam ni." Kata aku. Gelak ketawa kami tercantum.

Aku menyandar kepala aku ke dadanya. Manakala Kyran pula memeluk bahu aku lembut.

Sungguh, begitu indah perasaan cinta ini. Apabila ia sudah mekar di dalam hati. Sehinggakan buat aku takut.. sekiranya aku tidak bertahan berada di sampingnya. Aku takut... seandainya aku pergi dulu darinya. Pergi buat selama-lamanya.

Terkasih..
Kiranya siang bukan milikmu..
Biarkanlah malam menjadi dakapanmu
Andainya malam bukan milikku
Lantas biarkan siang jadi bayanganku

Aku dan kamu..
Ingin dekat selalu

***********
Camelia pov

Mata aku asyik terkerling-kerling memandang Datin Arina dan juga Dato' Johansson yang sedang makan di dapur. Manakala aku berada di ruang tamu. Tempat ruang tamu dengan dapur hanya dekat saja.

Nasib aku pandai masak. Tadi pun, Datin Arina dan Dato' Johansson sempat memuji aku pandai masak. Fuhh! Masa yang ada ni lah untuk aku call Balqish.

Aku mula menaip nombor Balqish a.k.a kawan aku. Tapi kawan pun taklah rapat. Just kawan kenalan.

"Hello..hmm? Kenapa kau call aku ni? Dah tahu bila Datin Arina keluar dari rumah?" Tanya Balqish bertubi-tubi sebaik saja mengangkat call aku. Ish dia ni..tak menyempat betul!

"Taklah. Cuma...aku saja call kau. Aku rasa..tikus tu lambat lagi mahu keluar dari sarangnya. Aku takut..kau pula yang kena tunggu lama nanti untuk jalankan rancangan kau tu. " Kata aku dengan suara perlahan di talian.

"Hmm..tak apa. Macam ni..apa kata kau buat apa-apa rancangan supaya 'tikus' tu keluar dari sarangnya. Kalau boleh secepat yang mungkin ya?"

"Okey, boleh. Tapi, upahnya mesti lumayan ya?" Kata aku tersenyum miring.

"Hmm..yeah aku tahulah. Tak perlu untuk ingatkan aku." Kata Balqish dengan nada malas.

Terus aku letak panggilan aku dengan Balqish. Selepas itu, minda mula menerawang berfikir macam mana mahu buat Datin Arina keluar dari rumah ni? Takkan barang dapur tak pernah habis? Takpun, dia baru beli tak? Aduhh..

"Abang tak marah ke tiba-tiba Rina upah maid kat rumah kita?" Kata Datin Arina memulakan perbualan apabila sudah lama diam. Yeah, Datin Arina sudah bagitahu pada suaminya apa yang berlaku. Dan macam mana dia boleh upah maid kat sini. Semuanya terpaksa. Bukan sebab sayang duit nak upah maid tapi...dia dan juga keluarganya yang tak suka orang luar masuk dalam rumah ni. Kalau macam Nek Jah tu tak apalah sebab keluarga Johansson sudah kenal luar dan dalamnya.

"Taklah. Lagipun, awak dah bagitahu semua pada saya apa yang terjadi saat itu. Bukan salah awak pun. Jadi, buat apa saya nak marah. Ermm, tapi Zain dengan Kyran tahu tak hal ni?" Tanya Dato Johansson.

"Tahu, saya dah perkenalkan Camelia pada mereka berdua. "

Fikir punya fikir tiba-tiba aku dipanggil oleh datin Arina di dapur.

"Camelia! Ohh Camelia! Sini jap.." jerit Datin Arina dari dapur.

"Ye datin? Ada apa ya Datin panggil saya?" Kata aku dengan sopan.

"Ermm..kamu tolong panggil anak saya sekejap. Suruh dia turun makan. Yang sulung tu. Dia ada dalam bilik sekarang." Kata Datin Arina.

"Baik datin." Kata aku ringkas. Aku terus menapak tangga ke atas. Sesampainya aku di depan pintu lelaki itu. Atau lebih dikenali nama Zain. Tapi, aku harus panggilnya dengan gelaran 'tuan muda'. Yelah. Aku ni hanyalah bibik saja. Jadi, mestilah panggil dia tuan muda. Nanti Datin dengan Dato' kata apa pula.

Tukk..tuk..

"Tuan muda, Datin ada suruh saya panggil tuan muda untuk turun makan. Tuan muda bukalah pintu ni. Kalau tuan muda tak makan nanti..tuan muda jadi lemah dan kalau nak berjalan pun perlahan tau macam kura-kura." Kata aku di muka pintu.

Aduhh..Camelia. Apalah yang kau merepek ni Camelia oihh! Pfft!

Manakala Zain yang baring di atas katil sambil selimut menyelimutinya tersentak apabila pintunya diketuk bertalu-talu dari luar.

"Haish! Bibik baru ni pun..ketuk pintu macam nak roboh. Haa selagi aku tak buka pintu selagi tulah dia nak ketuk." Omel Zain seorang diri.

Dengan langkah malas, dia turun dari katil dan menggagahkan diri untuk membuka pintu juga.

"Awww..apa ni bibik? Kan saya dah buka pintu. Tak semena-mena dahi saya juga yang awak nak ketuk. Sakit tahu tak?" Marah aku perlahan padanya.

Aku tersentak. Alamak!! Macam mana boleh ketuk pintu sampai tak nampak muka dia pula?! Ish..kau ingat dahi tuan muda tu pintu ke? Aduhh..kau la ni.. Camelia. Fikiran jauh melayang ke arah lain. Sampai tuan muda dah buka pintu pun kau tak perasan. Haa mulalah aku nak bebel dalam hati.

"Opss! Sorry..tuan muda. Sorry sangat-sangat. S-saya..ingat dahi tuan muda tu pintu tadi ehehe sorry ye tuan muda?" Kata aku mengerdip-ngerdip mata berkali-kali. Haih ingat comel ke.

"Hmmm.. it's okay." Kata Zain perlahan.

"Amboih tuan muda..masamnya muka tu huhu. Senyumlah sikit..tuan muda. Nanti sejuk juga hati saya." Kata aku terlebih mesra pula dengan tuan muda aku yang sorang ni. Padahal, ini first day aku jadi bibik kat rumah Dato'Johansson ni.

'Haih periang juga Camelia ni eh?' getus Zain dalam hati. Nak tak nak dia terpaksa senyum juga. Padahal, kalau nak ikutkan tak nak senyum pun. Macam mana nak senyum kalau ada beribu-ribu kesakitan yang dia rasa sekarang ini dalam hati. Dia masih teringatkan peristiwa itu.

"Haa, macam nilah tuan muda saya yang hensem ni." Kata aku ketawa kecil.

"Awak ni... apa-apa jelah." Kata Zain yang terus berjalan menurun tangga ke bawah dengan langkah longlai. Nak tak nak terpaksa juga dia makan malam ni.

Aku hanya memandang belakang tuan muda. Aduhh..dah apasal dengan dia tu eh? Pucat semacam je muka tu. Haa! Gaduh dengan si isteri tak? Haih apa-apa jelah.

*************
Kyran pov

Aku hanya tersenyum memandang ke hadapan. Sambil tangan aku ligat mengusap lembut rambut panjang Puteri. Kepalanya disandarkan ke dada ku. Kami berdua berpelukan erat sambil duduk di atas kerusi batu.

Mata aku mengintai memandang wajah Puteri. Kelihatan matanya tertutup rapat dan terlelap dibawa mimpi. Aku tersenyum kecil. Wajah Puteri yang tenang dan cantik saja di pandangan mata. Semakin hari cinta aku padanya semakin bercambah. Cinta aku padanya begitu besar. Aku takkan lepaskannya walau ia seketika.

Puteri mengingau kecil. Dia tersenyum di dalam tidur membuat aku ketawa kecil. Aku mencuit pipinya perlahan.

Mimpi indah ler tu.

Tak lama kemudian, Puteri membuka matanya perlahan. Dia mendongak memandang aku. Aku hanya tersenyum manis memandang wajahnya yang begitu hampir denganku.

Perlahan-lahan Puteri mencarik senyuman lembutnya membalas senyuman ku.

"Awak..mimpi apa tadi? Sampai tersenyum-senyum dalam tidur." Kata aku mencuit pipinya lembut. Senyuman manis tidak lekang-lekang dari bibir aku.

"Saya..mimpi...awak. Awak tersenyum pada saya macam ni. Perfectly, memang betul-betul macam ni." Kata Puteri sambil menekan kedua pipi ku membuat wajah aku membujur. Dia tersengih nakal pada aku.

"Hehe lawaklah awak ni. Bila saya buat macam ni.." Kata Puteri ketawa kecil. Ohh..dia ketawa kat kita ye?

Tak lama kemudian, dia melepas tangannya dari pipi aku.

"Puteri..."

"Ya?"

Aku memandangnya di tepi aku. Kini, kami tidak berpelukan lagi.

"Kalau suatu hari...saya dirampas oleh perempuan lain daripada genggaman awak macam mana? " Kata Kyran yang berjaya membuat aku mencantumkan kening.

Aku berwajah keliru. Apa maksudnya?

"Awak.. Sudah saya anggap sebagai milik saya. Jadi..kalau ada orang yang mahu rampas awak.. Saya tidak akan berdiam diri. Saya akan cuba ambil awak semula dalam hidup saya. " Kata aku.

"Hmm betul ni? Janji?" Kata Kyran yang sudah menghulurkan jari kelingkingnya.

"Hehe janji. " Kata aku yang bertaut jari kelingking aku dengannya. Aku tersenyum kecil.

Tiba-tiba.. Ada beberapa orang wanita datang ke sini. Gadis-gadis itu terjerit kecil apabila ternampak wajah Kyran di sini.

"Ahh Kyran lah! Hehe awak..boleh minta autograf? Ahhh.. Tak sangka dapat jumpa dengan awak di sini. " Kata salah seorang gadis tersebut sambil menjerit gedik. Kelihatan dia menyua sebuah buku nota untuk di sign. Almaklumlah Kyran kan artis yang popular kat tv. Pfft!

Perasaan cemburu mula menyentik ke tangkal hati. Aku mengerling tajam ke arah gadis-gadis itu. Kyran pula layan saja gadis-gadis itu. Erghh, geramnya kita. Entah kenapa Aku rasa tak selesa dengan pandangan gadis-gadis itu terhadap Kyran. Jolok biji mata tu dengan lidi kang baru tau! Asyik tertengok-tengok je.

Kyran menyua kembali buku nota mini pada gadis itu selepas sign. Dia tersenyum kecil apabila gadis-gadis itu memujinya.

"Ermm.. Awak. Boleh kami ambil foto bersama dengan awak? " Kata salah seorang gadis tu. Woah.. Tadi suruh sign sekarang mahu photo pula? Hmmph!

Kyran boleh pula mengangguk. Setuju saja. Pfft!

Aku pula seperti tunggul kayu kat sini sambil lihat gadis-gadis itu bergedik dengan Kyran.

Akhirnya gadis-gadis itu pergi beserta senyuman di bibir mereka. Seronok lah tu..dapat jumpa dengan artis kan? Pfft!

Kyran pula yang perasan wajah kelat aku tertawa terbahak-bahak.

Lagilah bertambah masam wajah mimik aku.

"Eeihh awak! Kenapa gelak? Suka la tu. " Kata aku yang sudah menyilangkan tangan ke dada. Aku menjeling tajam ke arahnya.

"Puteri, comelnya awak bila jealous. Hahaha. " Kata Kyran yang masih dengan sisa ketawanya.

"Hmmph! Bila masa saya jealous? " Nafi aku.

"My sweetheart, awak tak reti berbohong. I know. " Kata Kyran tersenyum kecil.

"Hmmm.. "

Whatever!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience