Bab 46: Accept me

Romance Series 10664

Puteri pov

Aku hanya menanti dengan penuh sabar kata-kata yang akan keluar dari mulut adik aku.

"Sebenarnya...ibu dan ayah Karen. Mereka berdua adalah mafia. Tapi aunty jangan salah faham.. mereka mafia yang baik. Dan Karen salah satu sebahagian dari mereka." Kata Karen menunduk perlahan.

"Mafia?! Maknanya Karen kamu selama nih kerja sebagai mafia? Yang bunuh-bunuh tu?" Tanya aunty tidak percaya. Aku turut terkejut. Mafia? Hmm..

"Tapi aunty. Kiteorang mafia yang baik.. yang cuma bunuh orang jahat dan mempertahankan orang baik. Itulah kerja Karen selama nih." Kata Karen.

"Karen, mafia baik atau jahat dia ada musuh jugak kan? Kamu pasti akan dimusuhi oleh banyak orang. Hidup kamu boleh dalam bahaya tahu tak?! Nyawa kamu bila-bila masa saja terancam. Dan kami ada yang kat sini pun boleh terancam sama." Kata aunty.

"Tak, Karen takkan biarkan itu terjadi. Karen berani jamin. Korang takkan diapa-apa. Mereka takkan tahu yang Karen punya keluarga lagi. Iaitu keluarga kandung Karen sendiri." Kata Karen mendongak memandang ke arah aunty.

"Tapi..macam mana dengan adik?" Tanya aku tiba-tiba bersuara. Spontan mereka semua memandang ke arah aku.

"Kakak tak kisah adik mahu kerja apa. Asalkan kerja adalah benda yang baik. Cuma..diri adik macam mana? Kakak tak dapat maafkan diri kakak kalau berlaku apa-apa yang buruk pada adik." Kata aku memandang tepat ke arah Karen.

Karen bangkit daripada duduk. Dia berjalan perlahan ke arah aku di tepi katil.

"Kak.." kelihatan Karen terduduk di tepi katil sambil memegang kedua-dua tangan aku dengan erat.

"Jangan risau pasal adik ya? Kak pun tahu kan..macam mana kuatnya adik dalam pertahankan diri. Kak pernah saksikan semua tu sendiri." Kata Karen.

"Hmm okeylah kalau dik cakap macam tu. Aunty..tak apa. Biarlah dik nak kerja macam tu. Kita tengok dulu. Kalau pekerjaan dik boleh buat dik berada dalam bahaya kak tak nak adik kerja macam tu lagi. Okey?" Kata aku tersenyum kecil. Aku mengusap kepalanya dengan lembut.

"Okay." Kata Karen mengenyit mata sebelahnya manja.

"Hmm betul cakap kakak kamu tu Karen. Okey baik. Aunty setuju kalau kamu kerja macam tu." Kata aunty.

"Haih tak sangka last².. aunty dapat anak buah yang jenis kerja mafia. Bukannya calang-calang orang anak buah aunty nih." Kata aunty ketawa kecil.

"Memang bukan calang-calang pun aunty. Puteri pun tak sehebat adik." Kata aku ketawa kecil.

"Eh kak pun hebatlah adik tengok. Kak pandai menyanyi bukan? Kan bagus kalau kak gunakan bakat kak tu dengan menjadi penyanyi terkenal di Hollywood. Haa mesti meletop kebaboom nih." Kata Karen tersenyum sambil membuat nada Boom seperti meletop.

"Ahahaha ada² jelah adik nih. Kak mana minat jadi penyanyi terkenal. Tak suka jadi popular nih. Susah. Nanti ada yang fan suka lah ada para haters la eih tak mahu lah kakak." Kata aku tersenyum kecil.

Farah, aunty dan Kyran hanya tersenyum mendengar perbualan kami berdua.

"Puteri, akhirnya kita dapat berdua-duaan juga." Kata Kyran tersenyum. Yeah aunty dan juga Farah sudah balik. Jadi yang tinggal sekarang nih hanyalah aku dan juga Kyran. Aku tidak berkata apa sebaliknya mata aku hanya terlekap pada lengan aku yang sudah aku selak sedikit. Lengan yang terkena bara api selepas..maruah aku dipijak-pijak. Selepas kejadian yang membuat diri aku.. begitu trauma dengan semua ini.

Tiba-tiba Kyran membengkok badannya menghadap ke arah aku dan memeluk aku dengan erat di dalam keadaan aku yang tengah bersila di atas katil. Aku sedikit terkejut dengan tindakannya yang secara tiba-tiba itu. Aku tidak membalas pelukannya. Aku di dalam posisi kepala hanya diletakkan di atas bahunya. Dan mata hanya memandang kosong ke hadapan. Tanpa ku sedar air mata mula bertakung dalam tubir mata.

Kyran yang langsung tidak merasakan pelukan balas dari Puteri mencantumkan keningnya. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan. Kyran memandang tepat ke dalam anak mata ku.

Mata aku yang berair berkalih memandang ke arahnya. Tidak lama setitis air mata mutiara jatuh ke pipi. Kyran berasa terkejut. Jari runcingnya menyapu air mata di pipi aku dengan lembut.

"Heyy what's wrong? Why are you crying?" Tanya Kyran dengan lembut. Dia memegang kedua-dua tangan aku dengan lembut. Aku mengerdipkan mata aku dengan sayu.

"Kyran, maruah saya..sudah dipijak-pijak. Awak masih mahukan perempuan seperti saya? Langsung tak berasa jijik dengan saya? Saya..rasa sangat jijik dengan diri sendiri." Kata aku dengan suara perlahan dan lemah. Mata aku berkaca-kaca memandang ke arahnya.

"Puteri, kenapa awak cakap macam tu? Apa maksud awak maruah dipijak-pijak? Balqish..dia buat sesuatu pada awak? Dia hina awak?" Tanya Kyran bertubi-tubi. Dia menatap aku dengan dalam.

Aku hanya mengangguk.

"Lebih dari tu." Kata aku perlahan. Akhirnya aku menceritakan apa yang berlaku padanya. Satu per satu atas segala perbuatan hina Balqish pada aku. Aku juga menyelak baju di lengan aku dan menunjukkan kesan yang Balqish tinggalkan.

Kyran mengusap perlahan lengan aku di mana Balqish meletak bara api di lengan aku. Kyran menggepalkan penumbuknya. Kalau la Balqish ada di depan mata pasti dia akan terus menumbuk muka perempuan tu sampai kemik dibuatnya. Ergh perasaan geram menusuk ke kalbu gituw.

"Perempuan tu.. memang nak kena." Kata Kyran sebelum mahu bangkit tapi sempat aku menarik tangannya supaya tidak pergi. Kyran memandang ke arah aku. Aku menggeleng kepalanya supaya jangan pergi. Dia..tak boleh pergi pada Balqish. Punyalah susah untuk kiteorang keluar daripada rumah tu.

Kyran menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Cuba untuk menenangkan dirinya sendiri. Dia kembali duduk di hadapan aku. Tangan kami berpegangan. Tidak dia lepaskan.

"Puteri, awak tatap mata saya nih dalam-dalam. Awak lihat apa?" Tanya Kyran menatap wajah aku.

"Cinta?" Tanya aku balik padanya. Iye, mata tu.. adalah dipenuhi dengan cinta dia pada aku. Dapat aku rasakan itu.

"Betul. Puteri.. you're my girl and always be my princess in my heart forever and ever. Saya takkan biarkan lagi orang pijak maruah awak my princess. Mulai hari nih saya nak jaga awak. Saya nak ubati luka di hati awak. Saya tak nak hati awak terluka lagi disebabkan orang lain terutamanya Balqish. Dan saya takkan biarkan lagi dia cederakan awak selagi saya berada di sisi awak. Okay? Jadi jangan lagi cakap yang diri awak jijik. Bagi saya, awak tetap Puteri yang suci. Dan saya..akan tetap bersama dengan awak walau apapun yang terjadi." Kata Kyran. Lengan aku dipegangnya lembut. Manakala tangannya yang lagi satu memegang pipi aku dengan lembut.

Aku memegang tangannya yang berada di pipi aku. Kata-kata Kyran tak pernah tak buat aku tersentuh. Pfff!

"Terima kasih Kyran sebab awak tetap anggap saya princess di hati awak. Dan sentiasa menerima saya. Kyran saya nak.." kata aku yang memegang dada kirinya.

"Saya nak hati ini hanya saya saja yang dapat bertakhta di hati awak. Tiada orang lain. Hanya saya seorang." Kata aku. Tangan aku masih terlekap di dada kirinya.

Kyran tersenyum manis dan mengangguk perlahan. Dia memegang tangan aku yang berada di dadanya.

"Yeah, hanya awak seorang puteri." Kata Kyran memandang tepat wajah aku. Aku hanya tersenyum memandangnya. Aku fikir selepas nih hidup aku dah musnah dan rasa putus-asa tapi rupanya tidak. Aku masih belum putus-asa selagi ada Kyran di sisi aku.

Bukankah aku pernah cakap yang dia.. adalah bagaikan sinar kebahagiaan untuk aku? Yeah kalau hidup aku hanya ada hitam dan putih Kyran la orangnya yang akan warna-warnikan hidup aku. Dan akhirnya.. menjadi warna yang sangat cantik.

Tapi... selepas aku lalui semua nih.. penderitaan yang aku alami selama ini..akan terus terpahat di minda aku. Dan..aku tak boleh lupakannya. Aku dengan Kyran mungkin akan terus tetap bersama. Tapi kiteorang tak tahu masa depannya nanti. Aku harap sangat hubungan ini akan terus berkekalan dan kami dapat bersama. Bukan macam cinta Romeo dan Juliet.

"Hmm tapi awak tak pakai cincin saya tu. Ala saya nak merajuk la kalau macam nih." Kata Kyran saja membuat muka masam. Melihat wajahnya aku ketawa kecil.

"Alolo merajuk pulak dia nih. Kyran, nih kira nasib baik saya tak pakai tau. Mau saya pakai waktu Balqish culik saya mestilah dia akan rampas cincin cinta kita tu. Lagipun saya sayang cincin tu. Tak naklah pakai lagi nanti hilang pulak." Kata aku.

"Cincin cinta kita?" Tanya Kyran lagi.

"Iya, cincin cinta kita. Habis tu awak ingat tu cincin apa?" Kata aku mengangkat kening sebelah.

"Hehe, maknanya...awak setujulah dengan lamaran saya Puteri? Betul ke nih?" Tanya Kyran dengan nada teruja.

Aku ketawa kecil.

"Awak rasa?" Kata aku yang mengenyit mata sebelah padanya.

Terus Kyran memeluk aku dengan erat.

"Yes! Thank you my princess. I love you so much!" Kata Kyran teruja dan mencium ubun-ubun di rambut aku.

"I love you too my sweetheart." Kata aku membalas pelukannya. Aku memejam mata dan tersenyum sendiri dalam pelukannya begitu juga Kyran. Masing-masing tersenyum gembira.

Ya Tuhan..aku harap sangat perasaan gembira nih akan terus kekal dalam hubungan cinta kami berdua. Aku harap Kyran dan juga aku tidak akan berpisah lagi..

***********
Zain pov

Aku rasa.. inilah tiba masanya untuk aku bagitahu perkara yang sebenar pada mommy dan daddy. Selepas itu.. barulah aku akan bagitahu hal yang sebenar pada Kyran dan juga..pada keluarga Puteri bahawa betapa teruknya diriku ini. Dan..lepas tu aku akan pergi ke Newzealand. Dekat sana isteri dan anak aku yang akan tunggu nanti.

Kebetulan mommy dan daddy berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memanggil mereka perlahan.

"Mommy..daddy.." panggil aku perlahan. Hari nih adalah hari minggu. Jadi daddy akan luang masa di rumah pada cuti minggu begitu juga dengan aku.

"Ya?" Sahut mereka secara serentak. Mereka kini menumpu ke arah aku. Aku duduk di atas single sofa di tepi mereka.

"Kenapa? Kyran dah nak balik ke nak?" Tanya mommy. Yeah, aku dah bagitahu perkara sebenar pada mereka mengenai Kyran dan Puteri yang berada di hospital lagi sekarang nih.Mereka pun sudah tahu yang Kyran sudah boleh balik asalkan dapat berehat di rumah secukup-cukupnya.

"Belum mommy. Kyran masih stay kat sana. Nanti dia balik lah. Cuma..ada sesuatu yang lain yang Zain nak cakap pada mommy dan juga daddy nih." Kata aku mula berasa gugup.

"Apa tu? Macam bunyi serius je." Kata daddy.

Aku menelan air liur kasar.

Hehe chapter kali nih masih sikit lagi ke? Huhu sorry ye untuk my readers miya nnti miya cuba pnjgkan lgi chapter. Cuma.. apalah nnti yg Zain nk ckp tu ye? Jeng³...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience