Bab 40: You must survive

Romance Series 10664

Jojo melihat sekeliling. Tidak ada orang. Hanya Kyran saja yang ada dan berjalan seorang diri.

"Yeah ini adalah kesempatan aku." gumam Jojo sendirian.

"Kai, kau dah sedia?" kata Jojo. Kai melihat Jojo dan mengangguk perlahan.

"Dalam kiraan satu dua tiga kita mulakan plan kita. Satu.." kata Jojo mula mengira.

"Dua.."

"Tiga.." lepas saja perkataan tiga disebut Kai dan Jojo menerpa ke arah Kyran dari belakang dan terus memukul kepala Kyran dengan kayu. Kyran akhirnya jatuh terjelepuk dan tidak sedarkan diri.

"Okey, jom. Kita bawak dia sekarang." kata Jojo kepada Kai. Mereka berdua memapah Kyran dan memasukkan Kyran ke dalam kereta. Kyran diletakkan di tempat duduk belakang.

************

Balqish berjalan perlahan-lahan ke arah Puteri yang terlelap sambil bersandar ke satu tiang. Kedua-dua tangannya diikat di belakang tiang begitu juga dengan kedua kakinya.

Di tangan Balqish sudah ada sebaldi air untuk dituang ke tubuh Puteri. Tanpa berlengah lagi Balqish terus menuang sebaldi air di atas kepala Puteri membuat Puteri serta-merta tersedar.

Puteri pov

Dada aku tercungap-cungap. Air yang sejuk menimpa ke tubuh aku. Membuat aku terkejut dan kesejukan. Aku terbatuk kecil. Aku lihat ada sepasang kasut tumit tinggi perempuan yang berhadapan dengan aku. Perlahan-lahan aku mendongak ke arahnya.

Balqish! Yeah itu adalah Balqish. Balqish tersenyum sinis memandang ke arah aku.

"Tsk! Tsk! Kenapa? Sejuk? Takut? Huh! Nih baru sedikit aku kerjakan kau. Tengok lah nanti apa yang aku akan buat lebih teruk lagi kat kau! Berani saja kau mungkir janji kau pada aku buat hati aku jadi panas! Kau berani saja mungkir janji dengan aku. Sekarang kau akan terima balasannya nanti! Malah lebih dari itu." kata Balqish mencerlung matanya memandang ke arah aku.

Aku tersenyum hambar.

"Kau boleh terus bunuh aku Balqish. Lagipun aku kan mungkir janji dengan kau. Jadi, kau boleh jer bunuh aku terus. Kan senang." kata aku membalas balik. Aku rasa aku boleh pergi dengan tenang. Mungkin Kyran ada boleh jagakan aunty aku lepas aku mati. Yeah tak mungkin dia akan biarkan aunty aku hidup keseorangan nanti.

"Huh! Senangnya kau cakap. No. Aku takkan sesenang macam tu jer bunuh kau Puteri. Aku akan pastikan seluruh genap tubuh kau akan merasakan kesakitan dan berasa terseksa. Seolah-olah kat sini..kau akan anggap yang sini bagaikan neraka. Kau ingat tu! Kau akan bila tiba masanya nanti. Lepas kau rasa terseksa cukup-cukup barulah aku akan bunuh kau." kata Balqish. Dia membengkok tubuhnya ke arah aku dan memegang rahang aku dengan kasar membuat aku mengaduh sakit.

"Huh! Tunggu sini. Jangan risau. Nanti akan ada orang teman kau." kata Balqish.

Selepas itu Balqish mula memulakan langkah pergi dari sini.

"Selain perasaan dendam dan benci dalam hati kau Balqish..langsung takde secalit perasaan simpati walaupun sedikit ke?" kata aku membuat langkah Balqish berhenti seketika.

Dia membelakangi ke arah aku.

"Huh! Tak ada. Dan..takkan pernah ada." kata Balqish selepas itu menapak langkah terus pergi tanpa melihat ke arah aku lagi.

Dada aku turun naik. Dia memang langsung tak ada perasaan simpati. Lagipun kenapa aku mahu meraih simpati darinya pulak kan sedangkan aku dah tahu yang dia takkan sesekali maafkan aku.

"Balqish..I am sorry." gumam aku perlahan. Hati aku sedikit bersalah kerana mungkir janji dengannya. Tapi walaupun begitu kenapa dendam dia terhadap aku begitu dalam? Takkan hanya disebabkan oleh Kyran..

Mata aku melihat sekeliling. Dekat sini kat mana ya? Nih bukan tempat bangunan lama tu tapi tempat yang berlainan kali ini. Dengan lantainya yang sedikit berhabuk, air arak aku lihat tersusun rapi di satu rak. Dinding pula macam dinding lama dan nampak rapuh. Hmm takkan..takkan ini bilik bawah tanah? Dalam masa yang sama aku bersyukur sebab kat sini dipasangkan lampu. Lagipun aku fobia dalam suasana kegelapan. Kat sini pula sangat sunyi dan sepi sama dengan hati aku yang sepi. Hanya aku saja berada di sini.

"Boss, ini dia Kyran. Saya dah culik dia dan bawa ke sini." kata Jojo. Sekarang nih Jojo dan Kai memapah Kyran yang masih tertidur pengsan. Kepala Kyran menunduk ke bawah.

Balqish tersenyum. Dia pergi ke arah Kyran yang dipegang oleh orangnya.

Dia mengangkat dagu Kyran. Mata Kyran hanya tertutup rapat. Balqish menatap muka Kyran dengan wajah kagum. Kyran begitu handsome. Sangat kacak sehingga buat hatinya meronta-ronta untuk memiliki lelaki itu. Takde siapa yang dapat menghalangnya untuk bersama dengan lelaki itu.

"Korang letak dia dulu dekat atas sofa. Sementara dia masih terlelap..aku mahu manja-manja dengan dia sekejap. Peluang nih tidak boleh aku sia-siakan." kata Balqish. Yeah, dalam setiap peluang untuk dia menyentuh Kyran dia pasti tidak lepaskan peluang itu.

Jojo dan Kai hanya mengangguk dan meletakkan Kyran di atas sofa.

"Korang boleh pergi turun ke bilik bawah tanah. Tengokkan perempuan tu. Aku akan telefon kau jojo kalau dia sudah sedar. Lagipun pintu rumah nih terkunci dan tertutup rapat. Tak mungkin dia akan dapat lari dengan mudah." kata Balqish.

"Baik boss." kata Jojo dan Kai secara serentak. Mereka membengkok badan tanda hormat sebelum pergi ke bilik bawah tanah.

Balqish memandang ke arah Kyran yang tidak sedarkan diri. Dia tersenyum penuh makna.

"Hari nih..buat sementara waktu. Kau jadi milik aku Kyran." kata Balqish tersenyum. Dia duduk di atas sofa bersebelahan dengan Kyran.

"Balqish memegang tangan Kyran dengan lembut. Dia mendekatkan wajahnya dengan muka Kyran.

Sentuhan lembut dia berikan pada Kyran. Balqish mengelus lembut mata Kyran yang tertutup rapat. Dan hidung mancung Kyran sehingga ke bibir Kyran. Dari mata hingga turun ke bibir. Dia melekap lama tangannya ke bibir Kyran.

"Kyran, dah lama saya impikan ini. Kenapalah awak tak faham Kyran? Saya begitu cintakan awak. Malah saya lebih sayang awak daripada nyawa saya sendiri. Tapi awak...awak malah pilih Puteri dari saya! Awak yang buat saya macam nih. Saya tak ada pilihan lain selain bersikap kejam pada awak dan juga Puteri. Semua nih salah awak Kyran. Kalau dari awal awak pilih saya..semua nih takkan terjadi. Puteri pula takkan saya seksanya. Tapi semuanya sudah terlambat. Saya tahu awak akan tetap pilih dia. Heran. Apa yang baik sangat pada diri dia? Apa kelebihan dia yang saya tak ada?" kata Balqish seorang diri.

"Kyran, hanya ada satu saja yang saya boleh curi dari awak. Ciuman pertama. Saya akan curi first kiss awak dan sayalah orang pertama yang awak kiss. Yeah saya takkan biarkan Puteri mendapat first kiss dari awak Kyran." kata Balqish.

Balqish semakin mendekatkan wajahnya dengan Kyran. Dia mahu mencium Kyran tapi Kyran sempat sedar daripada pengsan.

Air mata menuruni ke pipi Balqish. Hanya satu inci saja lagi bibir mereka mahu bersentuh Kyran sudah membuka matanya.

Dia terkejut apabila Balqish mahu menciumnya dan terus menolak Balqish berjauhan dengannya.

"Apa kau buat nih?! Dah gila ke?!" marah Kyran. Dia menyentuh mulutnya. Hanya sedikit saja lagi ciuman pertamanya dirampas oleh Balqish.

Balqish terkejut. Rancangannya untuk mencium Kyran terus lesap dan hilang. Dia menggenggam buku limanya. Berani saja Kyran menolaknya.

"Balqish! Kau dah melampau. Dasar wanita tak sedar diri! Aku cintakan Puteri lah bukan kau! Bukankah aku dah gitau kat kau dari dulu waktu persekolahan dulu? Kenapa kau masih degil nak kacau hidup aku! And sekarang kau mahu kacau Puteri pula? Lepas tu kau culik aku pulak dan mahu curi first kiss aku?! Woah kau dah melebih Balqish. Lepas nih apa pula yang kau akan buat." jerit Kyran. Dirinya begitu marah apabila Balqish cuba-cuba mahu menciumnya.

"And nasib baik aku cepat sedar. Kalau tidak..dah lama aku kena kiss dengan kau. Eiii jijik la kalau cium kau. Hanya Puteri saja yang boleh kiss aku. Not you!" kata Kyran yang menambah lebih sakit dan luka dalam hati Balqish.

"Kyran, kau dah melampau! Takpa² kau akan dapat balasannya nanti Kyran! Suatu hari nanti aku akan buat kau dengan relanya mencium aku. Dan buat kau melutut pada aku! Pada hari itu kau akan menyesal kerana menghina Balqish Sofea!" jerit Balqish. Habis merah mukanya kala ini. Dia begitu marah dengan Kyran kerana menghinanya.

"Huh! We will see.." kata Kyran tersenyum sinis memandang ke arah Balqish.

Kata-kata Kyran membuat Balqis mengenggam semakin erat buku limanya menampakkan urat-urat yang timbul di nadi.

"Jojo, aku nak kau datang sini cepat! Bawa Kyran ke bilik bawah tanah!" kata Balqish dengan tegas di telefon.

"Err..baik boss." kata Jojo seperti takut-takut. Mesti Kyran sudah sedar sekarang nih dan sakitkan hati boss. Fikirnya.

Balqish meletakkan telefonnya. Dia memandang Kyran dengan senyuman sinis.

"Kau tak tahu Kyran yang sekarang nih...orang yang kau cinta sangat tu berada kat sini. Huh! Aku kurung dia dalam bilik bawah tanah." kata Balqish menyilangkan tangannya ke dada.

"What? Puteri ada dekat sini? Dia berada di bilik bawah tanah. Kau nak buat apa dengan dia ha?!" kata Kyran. Dia menggenggam buku limanya memandang ke arah Balqish.

"Tahulah aku nanti mahu buat apa kat dia. And kau...tak boleh halang aku. Hahaha aku akan balas balik perbuatan kau tadi Kyran!" kata Balqish ketawa jahat.

Kyran terdiam sejenak. Dia memikirkan sesuatu.

'Ohh no. Balqish mesti akan pergunakan Puteri. Dia pasti akan mengugut aku untuk bersamanya dengan menggunakan Puteri. Oh my god. Apa yang aku harus lakukan sekarang?!' jerit Kyran di dalam hati. Manakala hatinya resah takut apa-apa yang terjadi pada Puteri nanti.

***********

"Balqish kau buat apa dengan Puteri ha?! Kalau kau lukakan dia walaupun sedikit tahulah aku nak kerjakan kau nanti!" Suara yang aku kenali sayup-sayup kedengaran dari sini. Kyran? Suaranya semakin lama semakin dekat. Adakah Balqish bawa dia kat sini? Aku tengok orang Balqish pun tiba-tiba pergi tadi.

Ohh no...

Aku baru tersedar. Balqish kan pernah cakap dengan aku tadi...

"Huh! Tunggu sini. Jangan risau. Nanti akan ada orang teman kau."

Yeah! Balqish pernah cakap yang..akan ada orang teman aku nanti. Dan tak sangka orang itu adalah Kyran sendiri. Ohh tidak... Kyran mesti berada dalam bahaya.

Akhirnya Kyran mula muncul di pandangan mata aku. Tangannya dipegang erat orang-orang dari belakang.

"Puteri!" panggil Kyran pada aku. Kelihatan raut wajahnya sangat risau pada aku dalam masa yang sama dia mahu mendekat ke arah aku tetapi tak boleh. Orang-orang Balqish malah menolaknya sehingga jatuh melutut.

"Kyran.." panggil aku dengan lemah.

"Puteri awak tak apa-apa? Kenapa baju awak basah dan lencun?" kata Kyran. Aku hanya mengangguk lemah saja.

"Saya tak apa-apalah. Jangan risau okey?" kata aku perlahan. Badan aku hanya sandar ke tiang sambil mata melirik ke arah Kyran. Aku hanya mempamerkan senyuman hambar padanya.

"Tsk! Tsk! Tsk! Pasangan yang sangat romantik." kata Balqish mula berjalan perlahan ke arah sini. Perkataan sangat ditekankan.

"Balqish, aku mohon. Lepaskan Kyran. Jangan cederakan dia. Tolonglah. Biarlah aku seorang saja yang hadapi rasa sengsara ini." kata aku dengan lemah. Mata redup aku kini berkalih memandang Balqish.

Kyran menggeleng perlahan.

"Tak Puteri, awak tak boleh cakap macam tu. Balqish! Kau boleh buat apa dengan aku tapi aku nak kau lepaskan Puteri dulu!" kata Kyran memandang tajam ke arah Balqish.

"Huh! Korang dua lah yang akan tetap ada kat sini! Takde siapa pun yang akan terlepas! Jojo, mana Jack? Panggil dia. Aku perlukan dia kat sini." kata Balqish.

"Tak perlu panggil. Sam Jackson sudah sampai." kata Jack yang perlahan berjalan ke arah sini. Dia tersenyum pada bossnya.

"Huh! Ingatkan dah lupa dengan kerja sendiri." kata Balqish dengan nada perli.

"Mana mungkin saya akan lupa dengan kerja saya sendiri termasuk boss bukan?" kata Jack tersenyum penuh makna. Kata-katanya ada maksud yang tersirat.

"Jack.." gumam aku perlahan. Serta-merta Jack memandang ke arah aku yang terikat ke tiang.

Aku tak pasti reaksi apa yang ditunjukkan Jack pada aku tapi... seolah-olah dia dah langsung tak ambik peduli dengan aku. Jack menunduk ke bawah. Dia tidak mahu bertentang mata dengan aku ke?

Sah! Dah sah kalau dia sudah jadi Jack yang dulu. Jack yang kejam. Huh memang lah kan. Dia lebih patuh pada arahan bossnya. Kalau Balqish suruhnya untuk bunuh aku...aku rasa dia pasti akan sanggup untuk bunuh aku.

"Okey, memandangkan semua orang sudah ada kat sini..aku nak tonton drama hangat cinta yang paling sedih secara live. Aku nak korang semua pukul Kyran sampailah korang puas dan penat. Okey? Hari nih aku bagi peluang pada korang untuk enjoy dengan membelasah Kyran Andrew." kata-kata Balqish serta-merta membuat mata aku menjadi terbeliak. Apa maksud Balqish suruh orangnya pukul Kyran? Bukankah Balqish cinta sangat dengan Kyran? Kenapa dia beri arahan untuk pukul Kyran pulak?! Ohh tidak nih tak boleh jadi!

Kyran turut tergamam. Dia memandang ke arah Balqish dengan riak sedikit tidak percaya.

'Nampaknya Balqish sangat marah pada aku sampai-sampai beri arahan untuk memukul aku. Aku tahu kenapa. Ini mungkin kerana...kerana kejadian di ruang tamu tadi.' batin Kyran.

Jack dan orang-orang nya memandang ke arah boss mereka.

"Maksud boss.. pukul? Pukul macam mana pun takpe?" kata Jack.

"Yeah pukul. Pastikan korang bekerjasama pukul Kyran dengan kuat. Sampai dia jadi lunyai." kata Balqish sambil memandang ke arah Kyran.

"Tapi..tapi kan.." kata-kata Jack tergantung apabila Balqish membidas balik kata-katanya.

"Tak ada tapi-tapi Jack! Aku nak kau dengan orang-orang kita pukul Jack sekarang juga! Ini adalah satu perintah!" kata Balqish dengan tegas memandang ke arah Jack.

Tangan Jack sedikit bergetar. Dia melihat ke arah aku.

"Tak²! Don't do that Jack! Aku mohon jangan pukul Kyran! Balqish! Kenapa kau nak pukul dia ha?! Bukankah kau cinta sangat pada Kyran?" kata aku menjerit. Aku mahu hampir menangis. Kyran..Kyran dalam bahaya! Dia boleh mati kalau dipukul tanpa henti.

"So what? Do I care? Jack, buat kerja kau sekarang juga." kata Balqish memandang ke arah Jack.

Jack hanya mengangguk tanda mengiyakan. Dan hal itu membuat jantung aku seakan-akan mahu berhenti.

Jack dan orang-orangnya mengelilingi Kyran dalam satu bulatan. Mereka sudah bersedia untuk memukul Kyran. Aku menggeleng kepala beberapa kali. Air mata menitis ke pipi.

"Jangan!! Jack aku mohon jangan.. Kyran..no.." kata aku merintih dan merayu. Terasa amat sakit dan pedih hati ini.

Di celah-celah orang Balqish yang mengelilingi Kyran..dapat aku lihat wajahnya. Begitu juga Kyran yang memandang ke arah aku. Kyran berdiri di tengah-tengah bulatan. Dia memandang ke arah aku sambil tersenyum hambar menandakan yang dia pasti akan baik-baik saja.

Aku menggeleng. Tak Kyran..ianya tak baik-baik saja. Awak boleh mati dipukul oleh mereka.

"Kyran, kau tak boleh balas. Kau hanya boleh mengelak saja. Hanya orang-orang aku saja yang boleh pukul kau. Ingat tu. Okey, mulakan sekarang!" kata Balqish sudah memberi arahan untuk bermula.

Orang-orang Balqish yang beranggar jumlah berpuluh-puluh orang sama-sama mahu memukul Kyran.

"Tak, tak. Jangan!! Jangan!! Please.." kata aku yang menjerit histeria. Aku menangis apabila Kyran sudah tidak dapat mengelak. Orang Balqish terlalu ramai. Dia dipukul bertalu-talu. Ada yang memukulnya dengan kayu, ada yang menumbuknya, ada yang menendangnya, dan ada juga yang menguris kulitnya dengan pisau membuat Kyran menjerit kesakitan.

Aku menangis menyaksikan kejadian di hadapan mata.

"Kyran! Kyran! Jangan! Korang tak boleh pukul dia! Tolong jangan!" jerit aku sambil menangis.

"Balqish! Kenapa kau tak bunuh aku je?Aku sanggup. Aku sanggup buat apa saja asalkan kau lepaskan dialah Balqish!" kata aku menangis sambil memandang ke arah Balqish.

"Huh! Kau...aku minta. Cuma kena tengok jer Kyran dipukul. Biar hati kau diuji
secukup-cukupnya apabila melihat Kyran sengsara." kata Balqish tersenyum sinis. Hati aku menjadi semakin sakit dengan kata-kata Balqish.

"Arghh kenapa Kyran? Kenapa awak selalu korbankan diri awak pada saya? Saya tak nak semua tu. Saya tak nak lah. Kyran, dari dulu lagi kita memang tidak boleh bersama. Tapi awak degil. Awak tetap juga mahu bersama dengan saya. And now..awak..awak dipukul oleh mereka pula! Arghh Kyran saya tak sanggup lihat awak terus dipukul macam nih. Berhentilah! Sudahlah tu!" aku masih menjerit seperti histeria.

"Uhuk uhukk.." aku terkejut apabila Kyran terbatuk darah. Darah banyak keluar dari mulutnya membuat aku semakin menjerit histeria. Aku cuba meleraikan tali yang mengikat kaki dan tangan aku tapi tak boleh. Ianya terlalu ketat.

Tuhan.. semoga aku dapat lepaskan tali yang terikat di tangan dan kaki aku ini supaya aku dapat halang Kyran daripada tercedera lagi.

Tiba-tiba tanpa ku sangka Jack datang mendekat ke arah aku. Aku mengerutkan dahi. Paling memeranjatkan aku bila dia terus memotong tali yang mengikat tangan dan kaki aku dengan pisau. Aku melihat ke arah Balqish. Dia tengah ralit melihat Kyran disakiti oleh orang-orangnya sampai aku yang terlepas nih pun dia tak perasan.

"Thank you." kata aku perlahan padanya.

"Okey, Puteri kau kena pura-pura diikat. Balqish tak boleh tahu yang kau telah terlepas disebabkan aku." kata Jack membisik perlahan pada aku. Dia terus pergi kepada orang-orangnya yang sedang memukul Kyran.

Aku menggeleng. Jangan harap aku akan buat macam tu! Tiba-tiba aku ternampak sebilah pisau berdekatan dengan aku. Mungkin pisau dari orang-orang Balqish yang tercampak ke sini.

Serta-merta idea mula keluar. Aku ada rancangan untuk hentikan mereka daripada memukul. Walaupun idea nih...boleh mengancam nyawa aku sendiri. Tapi hanya ini saja pilihan yang aku ada untuk aku hentikan mereka.

Tanpa berlengah lagi aku terus mengambil pisau tadi dan sorok ke belakang aku.

"Balqish! Ini ke yang kau cakap cinta! Kau cakap kau cintakan Kyran! Malah kau yang sakitkan dia! Kau buat dia cedera! Cinta apa tu Balqish?! Cinta apa tu?! Konon kau cintakan dia. Meh aku bagitau kat kau Balqish Sofea. Kau bukan cintakan dia! Tapi kau hanya obses pada diri Kyran! Kau langsung tak tahu apa itu erti cinta. Huh! Yang kau tahu cuma nak penuhi nafsu kau jer!" kata aku berteriak pada Balqish. Balqish memandang aku dengan tajam. Lebih memeranjatkan apabila dia mendapat tahu yang aku sudah terlepas dari ikatan. Dalam masa yang sama membuat dia sangat geram dengan kata-kata aku tadi.

"Balqish kalau kau tak lepaskan Kyran aku akan tusuk pisau ke dada aku! Dan kau..takkan sempat untuk seksa aku secukup-cukupnya sebelum aku mati. Sekarang kau pilih kau nak biarkan aku mati hari ini dengan mudah ke atau...just biar aku mati selepas rasa terseksa apabila bersama dengan kau?" kata aku yang menghala pisau ke dada. Semua orang memandang aku kala ini. Orang-orang Balqish sudah berhenti daripada memukul Kyran.

Kyran yang sudah lunyai dan darah sana sini hanya terbaring kaku. Badannya lemah kala ini. Penglihatannya semakin kabur. Dia berkelip mata memandang ke arah aku dengan lemah.

"Puteri.. jangan..jangan.." kata Kyran dengan suara yang lemah dan perlahan tetapi cukup dapat didengari oleh semua orang. Jack turut terkejut dengan tindakan aku yang sewenangnya.

Aku memandang ke arah Kyran. Dada aku dah sangat sakit dan sesak lihat tubuh dia ada banyak luka dan calar-balar. Aku dah tak sanggup..

Aku tak main-main. Hati aku nekad untuk cederakan diri demi Kyran. Walau apapun yang terjadi... Kyran mesti keluar dari tempat nih!

"Huh kau ugut aku Puteri?" kata Balqish memandang sinis ke arah aku.

"Yeah kenapa? Kau tak percaya? Kau tak percaya aku akan tusuk pisau nih ke dada aku? Takpe aku akan buat sekarang." kata aku yang terus menusuk pisau ke dada aku. Aku menahan kesakitan. Semua orang yang menyaksikan terkejut dengan tindakan aku tadi termasuk Kyran.

"Erghhh...." aku membengkok badan sedikit cuba menahan sakit.

"Puteri.." panggil Kyran. Dia mengengsot badannya mendekati aku.

"Kyran..." kata aku menangis.

Tidak apa. Sakit ini hanya sementara lagipun aku tusuk dada aku tidak terlalu dalam jadi aku masih boleh bertahan. Pisau yang sedikit berlumuran darah perlahan-lahan terlepas jatuh menghempap lantai. Aku memegang dada aku. Nampaknya darah yang keluar semakin banyak tapi aku tak kisah. Aku mendekati Kyran dan terduduk di hadapannya.

Kepala Kyran aku letak di atas riba.

"Kyran.." rintih aku perlahan. Mata aku berkaca-kaca melihat keadaan Kyran sekarang ini.

"Kyran sayang awak mesti bertahan..." kata aku sambil memegang pipinya. Mulutnya yang berdarah aku lap dengan tangan aku yang tidak kena darah. Aku menangis melihat keadaannya kala ini.

"Tidak apa, saya boleh bertahan lagi. Jangan risau. Cuma..kenapa awak buat macam tu?" kata Kyran lemah. Ibu jari Kyran perlahan-lahan menyapu air mata di pipi aku dengan lembut. Aku memegang tangannya yang berada di pipi aku.

"Saja. Saya mahu selamatkan awak. Walaupun saya terpaksa cederakan diri saya demi awak. Dah² awak jangan bercakap lagi. Awak jangan banyak bergerak. Walau apapun yang terjadi saya akan pastikan awak keluar dari sini. Dan lepas keluar dari sini...saya nak awak terus pergi ke hospital ye? Please.." kata aku berbisik padanya perlahan.

"T..tapi.." aku meletakkan jari telunjuk aku di bibirnya.

"Shhh! Takde tapi-tapi. Awak tetap kena ikut cakap saya." kata aku dengan tetap pendirian aku.

Kyran ketawa kecil sehingga membuat dia terbatuk kecil.

"Awak memang macam nih. Suka buat benda yang di luar kawalan. Sangat degil dan suka mengarah orang." kata Kyran tersenyum. Aku hanya tersenyum hambar.

Kini, mata aku berkalih memandang ke arah Balqish.

"Balqish!" jerit aku padanya. Balqish yang masih shock memandang ke arah aku.

"Tolong lepaskan Kyran.. sebelum terlambat.." kata aku yang memohon ke arahnya.

Balqish menyerabutkan rambutnya. Dia meraut wajahnya dengan kasar.

Melihat Balqish masih tetap diam. Aku meletakkan kepala Kyran di atas lantai perlahan.

"A..awak nak pergi mana?" tanya Kyran lemah.

Aku tak jawab soalannya.

"Tunggu sini." kata aku perlahan.

Aku mengambil pisau tadi dan berjalan perlahan-lahan mendekati Balqish. Orang-orang British mula menghalang membuat langkah aku terhenti.

"Huh! Aku takkan bunuh boss kau lah. Cuma.." kata aku.

"Cuma mungkin boss kau memang tak peduli kalau aku tusuk pisau nih lagi sekali ke dada aku." kata aku tersenyum sinis memandang ke arah Balqish.

"Tunggu. Tunggu dulu. Kau fikir kau boleh senangnya mati? Okey fine. Aku akan bawa Kyran ke hospital secepat mungkin. Kau fikir aku akan biarkan Kyran macam nih saja? Don't worry la he's mine. Dan benda yang milik aku...lepas jer aku rosakkan dia pasti aku akan rawatnya dengan sebaik mungkin. Jojo, Kai aku nak korang dua bawak Kyran ke hospital. Cepat! Pastikan dia dapat rawatan yang terbaik di hospital." kata Balqish.

Aku menggenggam tangan aku erat. Rasa sangat sensitif bila Balqish cakap seolah-olah Kyran tu barangnya pula. Apabila dibeli dan disuka terus dijaga dengan baik, tapi bila benci terus merosaknya. Seakan-akan disebalik kata-katanya itu..Kyran bagaikan barangnya pula.

"Baik!" kata Jojo dan Kai secara serentak. Mereka memapah Kyran.

"Puteri..."

Aku memandang ke arah Kyran. Aku hanya mengangguk menandakan yang dia harus pergi.

"Tak apa. Nanti saya lawat awak kat hospital ye? Sekarang pergi. Awak perlu segera dapatkan rawatan." kata aku pada Kyran. Aku tersenyum hambar padanya.

Kyran tidak berkata apa. Sebaliknya hanya memandang ke arah aku sambil dipapah oleh Jojo dan Kai. Wajah Kyran akhirnya hilang dari pandangan.

Kini, aku memandang tajam ke arah Balqish.

"Kenapa kau suruh orang-orang kau pukul Kyran?" kata aku memandangnya tajam.

"Dia hina aku. Jadi, hari nih...dia perlu diajar sikit." kata Balqish dengan malas. Dia mengerling ke arah aku dengan tajam.

"Huh! Sikit? Kau tengok keadaan Kyran tadi..tu kira sikit ke?! Balqish, aku tak nak benda nih terjadi lagi. Kalau kau sayang dengan dia dan mahu dia jadi milik kau..kau kena sabar. Langsung tak pelik kalau dia memang tak layan kau..jadi kau harus sabar dengan dia. Dia hina kau tadi..sebab mesti kau ada buat salah kan? Kyran takkan hina orang kalau orang tu tak buat salah." kata aku dengan sinisnya.

"Okey takpe, kalau kau cakap macam tu. Tapi...kau langsung tak ambil peduli pasal diri kau ke Puteri?" kata Balqish dengan sinis.

"Maksud kau?"

Balqish menapak ke arah aku perlahan dan berhenti. Jarak kami hanya beberapa meter.

"Maksud aku...hidup kau akan lebih hancur dan menderita selepas ini. Kau akan aku jadikan sebagai hamba." kata Balqish ketawa jahat.

"Hamba?" kata aku. Seakan-akan terkena panahan petir aku memandang ke arahnya dengan lama. Apa maksud dia? Pisau yang berada di tangan aku genggam.

"Yeah hamba. Aku akan layan kau sebagai hamba aku Puteri. Maruah kau akan dipijak-pijak. Kau takkan dapat pertahankan maruah kau. Kau akan dilayan sebagai hamba oleh aku dan juga orang-orang aku." kata Balqish tersenyum sinis. Hatinya menjadi suka apabila melihat wajah pucat aku.

Hati aku semakin sakit. Nampaknya hidup aku akan benar-benar hancur selepas ini..Aku semakin mengenggam pisau di tangan aku. Mata aku pejam menahan sakit yang teramat di dalam dan juga di luar. Darah di tangan aku mula menitis perlahan ke atas lantai.

Aku semakin erat mengenggam pisau. Darah semakin banyak mengalir dan menitis. Aku tak kisah kala ini. Hati aku lebih sakit dan berdarah kala ini. Perlahan-lahan air mata jernih mula jatuh ke pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience