Bab 42: Dignity

Romance Series 10664

Kyran pov

Terasa tubuh masih sengal-sengal dan sakit. Kedengaran seperti suara orang asyik bercakap. Aku memaksa mata aku untuk buka dan benda yang pertama aku nampak adalah siling hospital.

Aku lihat Farah di tepi sedang termenung. Manakala abang aku dan juga Mark ada di sini juga. Mereka tengah berbual.

Farah yang baru sedar aku terjaga serta-merta terbit senyuman teruja di bibirnya.

"Wehh kau dah sedar! Syukur kau dah tak apa-apa.." kata Farah tersenyum. Mendengar kata-kata Farah yang aku dah sedar abang aku dan juga Mark serta-merta berdiri di tepi katil aku. Masing-masing terukir senyuman manis.

"Syukur adik dah sedar. Abang lega lihat adik dah sedar. Tadi mommy dan daddy datang. Mesti mereka lagi lega bila dapat tahu yang adik dah sedar." kata abang aku di tepi aku. Aku hanya tersenyum kecil memerhatikan mereka bertiga.

Aku sentuh pipi aku yang sedikit basah. Aku lihat jari aku yang basah sedikit. Serta-merta minda mula teringat apa yang berlaku. Puteri. Yeah nih adalah air mata Puteri. Walaupun waktu tu aku tak sedarkan diri tapi aku dapat dengar suaranya apabila bercakap.

Imbas kembali~

"Kyran, saya dah datang nih. Harap awak sedar secepat mungkin ya? Keluarga awak sangat risau dah tu. Saya pun risau tau?" kata Puteri dengan nada lirih. Namun hanya Puteri seorang saja yang berkata-kata. Suasana kembali sunyi.

Perlahan-lahan dia mencapai tangan Kyran dengan lembut.

"Kyran, untuk kedua kalinya.. situasi nih berlaku lagi. Dan saya tak nak situasi nih berlaku untuk kali ketiga pulak." kata Puteri menangis tanpa suara.

Puteri menggenggam erat tangan Kyran.

Perlahan-lahan dia bangkit dari duduk. Dan membengkok sedikit tubuhnya. Dia mencium lembut kelopak mata Kyran yang terpejam rapat. Dia memejam matanya spontan air mata jernih mengalir laju dan jatuh ke pipi Kyran.

Lama. Lama dia berkeadaan begitu.

Akhirnya dia kembali menegakkan tubuhnya. Dia menatap wajah Kyran dengan sayu. Tangan Puteri yang bercantum dengan tangan Kyran masih tidak lepaskan.

"Kyran, saya pergi dulu. Saya tak boleh lama-lama kat sini." kata Puteri perlahan.

"Awak jaga diri ya?" kata Puteri lirih sambil tersenyum hambar. Dia mula menapak selangkah demi selangkah untuk pergi dan tangan Puteri dengan tangan Kyran semakin dilonggarkan dan akhirnya dia lepaskan tangannya juga. Dengan cukup berat hati dia tinggalkan bilik wad tersebut.

Imbas kembali tamat~

"Puteri..ohh tidak..dia..dia dalam bahaya. Aku kena selamatkan dia." kata aku yang mahu bangkit tapi dihalang oleh mereka bertiga. Masing-masing beriak terkejut melihat aku mahu bangkit dari terbaring.

"Apa yang dik buat nih? Adik kena rehatlah. Luka adik belum sembuh lagi." kata Zain menahan tubuh ku daripada bangkit.

"Kyran, jadi kau tahu apa yang terjadi pada Puteri? Boleh explain apa yang berlaku sebenarnya? Kenapa Puteri boleh hilang? Dan Puteri berada di mana? Semua tu please..tell me apa yang berlaku sebenarnya?" kata Farah. Hatinya sesak kala ini.

"Farah..dia..dia berada di tempat Balqish. And I know tempat tu kat mana. Balqish boleh buat apa-apa saja pada dia! Jadi..kita kena pergi ke rumah Balqish cepat sebelum dia buat benda yang lebih teruk pada Puteri nanti!" kata aku mula cemas.

Farah tersentak dan terkejut. Balqish tu lagi?! Salah besar betul kalau dia seksa Puteri!

"Tak mungkinlah..tadi abang nampak dia datang sini ziarah adik. Cuma... keadaan dia macam tidak terlalu baik. Tangan dia macam kena balut. Nampak dengan jelas yang muka dia sangat pucat. Tapi tak sangka dia.." abang aku tidak menyambung kata-katanya malah dia memandang ke arah aku dan juga Farah beberapa kali.

Farah yang mendengar kata-kata dari Zain teringat pulak dia tadi.

Tadi..waktu dia mahu lawat Kyran..dia sempat ternampak kelibat seorang perempuan yang persis macam Puteri. Sangat sama. Dari segi fizikal memang sangat sama tiada pun yang tak sama. Cuma dia tak terlalu nampak wajah perempuan tu siapa. Cuma...dia fikir tu orang lain rupa-rupanya betullah Puteri pernah datang sini. Alangkah bagusnya kalau masa dapat diundurkan tapi tu sangat mustahil. And now..dia berasa menyesal sebab tak tegur perempuan tu.

"Kalau macam tu kau bagilah alamat rumah Balqish. Biar aku dan juga Mark pergi sana. Kita lapor polis. Senang sikit. Geram betul aku dengan Balqish nih." kata Farah yang seperti membuat gaya penumbuk.

Aku terkejut mendengar kata-kata Farah. Are you serious?!

"Tak, tak boleh. Kau tak boleh report polis Farah." kata aku hanya menunduk kepala ke bawah.

"Kenapa pula tak boleh?" tanya Farah. Dia mengangkat kedua keningnya ke atas. Wajah ditunjukkan tanda tidak puas hati.

Aku teringat dengan kata-kata Balqish. Sebelum aku dibawa ke hospital dia sempat beritahu pada aku yang..

"Ingat Kyran. Bila kau berada dalam hospital..kalau kau berani suruh orang atau kau sendiri telefon polis suruh datang sini semata-mata nak selamatkan Puteri.. maknanya tak lama lagi mayat Puteri akan kau nampak nanti! Malah lepas jer aku dengar bunyi kereta polis aku takkan teragak-agak untuk bunuh Puteri. Ingat tu!"

Kata-kata Balqish masih lagi terngiang-ngiang di kepala. Aku takkan biarkan Puteri dibunuh olehnya!

"Farah..kau tak faham. Dia pernah cakap kat aku yang dia akan terus bunuh Puteri! Kalau dia dengar atau perasan kereta polis berada di pekarangan rumahnya. Aku tak nak tu berlaku Farah! Aku takkan biarkan Puteri mati Farah...aku takkan biarkan tu terjadi.." kata aku menggenggam buku lima dengan erat. Terasa panas tubir mata aku.

"Habis tu macam mana? Takkan kita nak duduk diam macam nih saja?" kata Farah. Hatinya semakin sakit dan sesak apabila mendapat tahu Puteri bersama dengan Balqish.

"Perempuan tu sangat kejam! Dia tak boleh dipercaya! Bila-bila masa saja dia boleh buat macam-macam pada Puteri nanti! Tambah dengan dendam dia dari dulu lagi pada Puteri! Eeii geramnya aku." kata Farah mengenggam buku limanya erat. Manakala Mark di sampingnya cuba untuk tenangkannya.

"Kita takkan duduk diam macam nih saja. Aku akan pergi ke sana. Aku akan mohon pada perempuan tu untuk dia lepaskan Puteri!" kata aku.

"Tapi adik kan baru bangkit dari tidur. Masih belum sembuh luka adik. Doktor takkan bagi adik balik lagi percayalah.." kata Zain menyampuk.

Aku hanya terdiam. Betul juga apa yang dikatakan abang aku tu. Ianya takkan jadi mudah kalau doktor tidak benarkan aku keluar dari hospital nih.

"Kalau la kau boleh keluar dari hospital nih..aku dan Mark akan ikut kau sekali. Tapi secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh Balqish. Jangan risau. Aku dan Mark pandai jaga diri. Kami dua tahu untuk berlawan dengan orang nih. Cuma... yang jadi halangan besarnya adalah doktor mesti takkan bagi punya kau check out keluar dari hospital nih." kata Farah.

Mark hanya mengangguk apa yang dikatakan oleh Farah. Manakala fikiran aku asyik menerawang ke arah lain. Puteri..awak mesti bertahan..

"Kalau begitu..apa kata kalau kita mohon pada doktor untuk lepaskan aku." kata-kata aku membuat abang aku, Farah dan juga Mark memandang antara satu sama lain. Kini, mereka bertiga memandang ke arah aku secara serentak.

**************
Puteri pov

Okey, tarik nafas.. hembus..okey Puteri..get ready for punishment. Huhu..rasa macam berada di atas tali di atas tempat yang tinggi pulak. Bila-bila saja boleh 'pakk' dan terjatuh. Ohh my! Aku harap lepas aku jatuh aku tak jadi arwah terus.

"Puteri, shh..kita ikut pintu belakang dulu. Nasib hanya menyebelahi kita saja. Bila-bila masa saja kita boleh ketahuan oleh Balqish." kata Jack meletakkan tangan ke bibir tanda menyuruh aku diam.

Aku hanya mengangguk perlahan. Dah macam perompak bersiri pulak yang berjalan terjengket-jengket ikut pintu belakang. Pffft!

Jack cuba membuka pintu belakang yang terkunci. Jangan risau dia dah curi kunci rumah pintu belakang Balqish. Wouu nama pun Sam Jackson pasti akan buat plan dengan teliti.

Belum sempat tubuh aku dan juga Jack mahu menerobos masuk sudah terserempak kelibat Balqish yang berada di dapur. Pintu belakang nih bila terbuka pasti akan terus menuju ke dapur. Dan walaupun kami berdua nampak Balqish tapi kelihatan dia seperti tidak nampak sebab dinding yang sedikit menghalang. Fiuhh! Nasib baik Balqish tak nampak!

Kelihatan seperti Balqish duduk di atas kerusi sambil memegang telinga cawan. Dia meniup-niup lembut terlebih dahulu air yang diisi cawan tu. Dan diminumnya secawan air dengan begitu gaya anggun sekali. Woahh Balqish nih..sopan betul gamaknya. Minum air pun masih ada gaya cantik dan anggun di situ. Aku pun tak boleh sesopan macam tu tau. Manakan tidak selalunya gelojoh saja minum air macam tak minum sebulan. Kadang-kadang tertumpah air ke atas baju.

Aku lihat Jack yang berada di bawah sambil bertinggung turut memerhati gerak-geri Balqish. Wouu pandangan Jack nih macam nak timbus Balqish jer.

"Deyy..kalau mahu bercinta kat tempat lain la. Sekarang ni kita kena buat apa? Macam mana nak pergi kalau Balqish duk situ?" kata aku berbisik di telinga Jack. Jack berasa terkejut. Manakan tidak tiba-tiba makhluk mana yang tiba-tiba bisik di telinganya. Punyalah tekun dia memerhati Balqish sampai nak tertembus.

Disebabkan angkara terkejutnya itu tidak semena-mena kepala aku menjadi mangsa habuan dihentaknya. What the fish! Sakit nye! Kepala manusia ke kepala hantu nih? Ohh macam kepala batu jer.

"Weyy ko nih Jack. Kepala kau nih batu ke ape ha? Sakit tau tak." marah aku pada Jack perlahan. Walaupun marah tapi sedaya-upaya mengawal suara supaya tidak didengari oleh Balqish.

Payah beno dengan halangan di hadapan mata. Siapa lagi kalau bukan Balqish. Nak saja aku jadi halimunan daripada susah payah bersembunyi di sini.

"Ohh sorry², garangnya. Janganlah marah. Mengalahkan singa pulak mak cik nih." kata Jack berbisik perlahan.

What?! Mak cik dia cakap? Muka cantik macam nih dia panggil mak cik?! Habis tu dia tu pak cik?

Aku tak berkata apa hanya tunjuk genggaman tangan di hadapan mukanya seperti mahu menumbuk orang. Jack hanya mengangkat kedua-dua tangannya tanda surrender. Sempat dia menayangkan gigi gusinya yang tersusun elok tu.

Wow berita baik! Kelibat Balqish sudah hilang daripada pandangan. Mungkin dia minum di tempat lain.

"Jack, dia dah takde." kata aku berbisik.

"Apa? Tak dengar." bisik Jack lagi. Haih dia nih pekak badak ke ape.

"Balqish dah takde!! Sekarang what must we do now?" kata aku berbisik betul-betul di telinganya dengan kuat. Pffft! Mesti dia pura-pura tak dengar nih.

Jack hanya tersengih. Dia menggaru-garu telinganya. Terasa geli di situ.

"Hehe okey². Kita jalan perlahan-lahan ke hadapan. Okey? Boleh?" kata Jack berbisik.

"Okey boleh." kata aku perlahan.

Kami berdua mula keluar dari tempat persembunyian dan terus jalan ke hadapan dengan terjengket-jengket. Tanpa membuat bunyi.

"Ehemm²." tanpa ku duga seseorang berdehem mengejutkan aku dan Jack. Terasa jantung mahu terkeluar dah sekarang nih.

"Ohh mak kau!" telatah aku.

"Puteri? Jack?! What?! Korang dua ada kat sini?! Macam mana boleh.." kata-kata Balqish tergantung seketika. Dia tidak menyangka firasat orang yang seperti memerhatinya rupa-rupanya mereka berdua! Erghh.. mereka nak cuba lari ke ape ha!

Balqish menghadiahkan pandangan helangnya. Sungguh tajam hingga menusuk ke kalbu gitu. Aku meramas baju di sisi aku dengan kasar. Bersedia untuk menghadapi malabencana nanti. Gunung berapi di hadapan bila-bila masa saja akan tercetus dan meletop jadi boom!

Balqish mendekati aku perlahan-lahan.

"Heyy perempuan! Kau memang saja kan buat aku angin dengan kau! Waktu-waktu macam nih kau masih lagi berani eh mahu keluar dari sini?! Huh nampaknya kau masih belum cukup takut dengan aku! Kau..memang patut diajar!" jerit Balqish di hadapan aku. Dia menarik rambut aku dengan kuat bagaikan mahu tercabut membuat mulut aku berdesir. Sakitnya tak terkata!

"Balqish, bukan salah dia seorang saja! Aku pun salah. Kau boleh hukum aku juga kalau kau mahu." kata Jack.

Mata Balqish yang menikam ke dalam mata aku kini berkalih memandang ke arah Jack. Dia menolak aku dengan kasar sehingga membuat kepala aku terbentur di bucu meja.

"Awww sakit.." aku memegang kepala aku. Sangat sakit di situ. Dia nak bagi kepala aku pecah kut. Dapat aku rasakan cecair panas yang keluar dari kepala aku.

Kini, Balqish mendekat ke arah Jack. Dia menghamburkan kemarahannya di situ juga di muka Jack.

"Sial. Kau..Kau.. memang melampau Jack! Dah lama aku perhatikan kau! Mana sisi kejam kau ha! Kau boleh tolong perempuan tu keluar dari sini?! Are you crazy?! Kepala kau letak kat lutut kut sampai-sampai kau dah hilang akal sampai macam nih sekali!" kata Balqish. Habis merah padam wajahnya.

Jack tidak berkata apa. Hanya diam membisu. Tidak mungkin dia akan lawan balik cakap bossnya itu. Lagipun tak guna kalau lawan. Ibarat kau letak bahan logam dalam api yang membara. Malah sekiranya bersatu akan jadi meletup nanti.

Balqish mengenggam erat buku limanya. Suaranya yang bergema membuat orang-orangnya di luar masuk ke dalam rumah untuk mencari tahu apa yang berlaku.

Semua orang terkejut kerana mendapat tahu Jack, boss kedua mereka lepaskan Puteri. Iaitu tawanan Balqish sendiri.

"Sam Jackson! Kau akan dapat hukumannya! Jojo! Kai! Kau pukul Jack nih dengan kayu beribu-beribu kali dalam bilik penyeksaan. Biar dia rasa terseksa secukup-cukupnya!" kata Balqish memberi arahan.

Jojo dengan Kai masing-masing berpandangan.

"B-Baik boss." kata mereka hampir serentak. Masing-masing sedikit tergagap.

Mendengar kata-kata Balqish tentang hukuman Jack membuat aku terkejut beruk. Perempuan nih.. memang gila! Dia nak bunuh anak orang ke ape! Jack... kalau kau tak tolong aku semua nih pasti takkan terjadi! Semua nih salah aku juga.

Aku hanya melihat Jack dan orang-orangnya pergi. Kelihatan Jack dengan relanya akan dipukul. Bilik penyeksaan? Huh! Nampaknya rumah nih begitu besar sehinggakan ada bilik penyeksaan! Entah apa-apa pulak yang ada dalam rumah agam besar nih.

"Dan kau..." Balqish menuding jari ke arah aku. Kelihatan jarinya sedikit bergetar.

"Akan dapat hukuman lebih teruk lagi." kata Balqish pada aku. Dia tersenyum sinis.

Aku meramas baju aku dengan kasar.

"Pindahkan dia ke dalam bilik bawah tanah. Heret dia macam mana sekalipun! Sekarang!" kata Balqish memberikan arahan pada orang-orang nya yang lain.

"Baik!" kelihatan dua orang lelaki memegang aku dengan kasar. Mereka mahu menarik aku ke bilik bawah tanah. Balqish pula sudah pergi terlebih dahulu.

"Ahhh lepas!! Aku tak nakk! Dasar syaitan!Lepaaass!" jerit aku dengan kuat.

Aku menahan kaki aku di atas lantai. Saja aku lembikkan badan aku. Huhu aku tak nak tolonglah..

"Aku tak nak pergi!! Lepaskan aku!" jerit aku. Aku merintih. Tanpa sedar air mata mengalir laju ke pipi. Tapi mereka tetap mengheret aku juga. Tidak peduli akan rintihan dan rayuan dari aku. Mereka hanya terus mengheret aku seperti binatang. Aku tidak berputus-asa. Malah aku cuba sedaya-upaya untuk tidak pergi bersama mereka. Tapi mereka teramat kuat. Aku tak boleh..

Kaki aku yang digesel di atas lantai berkali-kali membuat darah mula keluar.

Aku makin memperlembikkan tubuh aku malah mereka hanya menarik sebelah tangan aku dalam posisi aku terbaring.

"Arghh! Tak nak!! Aku tak nak!!" jerit aku terlolong-lolong. Aku meraung supaya mereka lepaskan aku. Air mata mula menitis ke pipi lagi.

Orang-orang Balqish memberhentikan aku di depan tangga turun yang menuju ke arah bilik bawah tanah.

"Heyy diam! Kau nak aku tolak kau kat tangga curam nih ke?! Kalau aku tolak patah riuk kut tulang kau nanti!" kata salah seorang lelaki tersebut membentak aku. Dia mengacah-acah mahu menolak aku.

"Amacam? Kalau kau tak mahu duduk diam aku lepaskan tangan aku dan biar kau jatuh terguling atas tangga nih kau nak tak?!" katanya lagi yang menolak tubuh aku ke hadapan. Aku sekarang nih dalam posisi akan terjatuh dari tangga tapi lengan aku dipegang erat. Kalau dia lepaskan.. maknanya aku akan terjatuh tergolek di tangga nih. Aku lihat ke bawah. Arghh seram..

Aku menggeleng kepala aku laju sambil air mata menuruni ke pipi memandang lelaki itu.

"Aku mohon..jangan.." kata aku perlahan.

"Haa kalau macam tu duduk diam!! Bagi penampar dulu kut baru tau!" kata lelaki itu. Kedua-dua lelaki itu memegang erat kedua-dua lengan aku. Mereka memaksa untuk turun dari tangga. Aku hanya mengikut mereka dalam penuh keterpaksaan. Dalam hati..sudah rasa sangat takut. Buat keberapa kalinya air mata jatuh lagi.

"Boss, ini dia perempuan yang boss suruh heret nih." kata salah seorang lelaki tadi dan terus menolak aku dengan kasar. Membuat aku terjatuh duduk di depan Balqish.

"Huh! Kenapa? Dah rasa terseksa? Nih baru sikit aku kerjakan kau! Kau dah rasa sesakit nih dah? Huh? Hahaha lihat kau menderita macam nih..ianya membuat aku menyenangkan. Rasa sangat seronok lihat kau macam nih Puteri." kata Balqish ketawa sinis.

Aku memandang tajam ke arahnya.

"Semua orang!! Lihatlah perempuan nih. Langsung tak terdaya dan sangat lemah. Sampai terduduk di hadapan aku. Huh! Memang dasar lemah bukan?" kata Balqish tersenyum sinis. Manakala orang-orang Balqish yang berjumlah berpuluh-puluh orang yang berada di sini ketawa besar pada aku. Mereka seolah-olah memperlekehkan aku.

"Kesian. Orang macam kau langsung tak ada orang tolong? Memang sangat kesian." kata Balqish tersenyum sinis.

Aku cuba bangkit dari duduk. Tidak mahu terduduk lemah di hadapannya. Aku harus berdiri tegak. Tidak boleh tunduk lemah padanya.

"Dah berdiri dah pun. Ingatkan kaki tu dah lumpuh dah nak berdiri. Huh!" kata Balqish. Semua kata-katanya membuat hati aku semakin berdarah. Aku meramas baju di sisi aku dengan kasar.

"Puteri.. Puteri..I know what things you love the most and always take care of." kata Balqish sengaja menggantungkan ayatnya. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati ku. Dan berbisik perlahan di telinga ku.

"Your dignity right?" kata Balqish perlahan sambil tersenyum sinis memandang ke arah aku. Serta-merta membuat aku mendongak memandang ke arahnya. Apa maksud dia?

"What? Apa yang kau nak buat? Kau..kau jangan berani buat macam tu." kata aku memandangnya dengan tajam.

"Huh..why not?" kata Balqish ketawa sinis. Hatinya bertambah seronok apabila terpandang wajah takut aku.

Aku menggenggam buku lima dengan erat. Nak jer aku tumbuk perempuan nih dengan penumbuk padu aku.

"What? Why not you say?! Balqish..kau pun perempuan tau. Dan bagi perempuan maruah ialah segala-galanya. Ohh aku tau kau lain. Kau lain dari perempuan di luar sana. Habis? Kau nak hancurkan maruah aku pulak? Don't you dare Balqish!" kata aku. Kedua-dua tangan yang berada di sisi aku sedikit bergetar.

"Of course I dare! Pakaian kau nih..akan aku robek. Supaya kau.. ditelanjang depan konco-konco aku. Haha baru puas hati aku sikit! Bila lihat keadaan kau.. apabila dipijak-pijak maruah oleh aku. Wahh this is will be more fun! Right korang?" kata Balqish pada konco-konconya.

"Betul tu betul!" kata mereka semua. Semua orang ketawa berdekah-dekah. Aku menggeleng kepala aku laju. Aku tutup kedua-dua telinga aku. Bunyi ketawa mereka sangat jelas kedengaran.

Aku memeluk tubuh aku sendiri. Air mata mula menitis ke pipi berkali-kali. Aku memandang ke arah Balqish dengan wajah kasihan.

"Balqish! Aku susun sepuluh jari di hadapan kau! Aku mohon.. don't do that." kata aku yang membuat gaya tangan memohon padanya. Aku rasa sangat takut..aku tak nak maruah aku.. senang-senang dipijak oleh mereka semua!!

"Tsk..tsk.. Puteri.. Puteri..cara kau mohon pada aku. Nampak sangat kau betul-betul terdesak kan? Ala kau masih ada maruah lagi ke Puteri? Lepas aku hina kau depan semua khalayak lelaki kau tak rasa yang maruah kau memang dah lama dipijak ke?" kata Balqish dengan senyuman mengejek. Dia tersenyum sinis pada aku yang menangis.

"Kau..kau memang dah melampau Balqish! Perempuan apa kau nih ha?! Sanggup kau mahu hancurkan maruah perempuan lain? Tak, tak aku takkan biarkan maruah aku dipijak remuk oleh kau!" kata aku yang cuba lari. Namun apakan daya. Orang-orang Balqish terlalu ramai.

Mereka menghalang jalan aku. Sangat mustahil untuk aku pergi. Aku lihat khalayak lelaki ramai di hadapan aku. Mereka semua pakat-pakat ketawa apabila memandang wajah takut aku.

Aku berkalih memandang ke arah Balqish.

Tiba-tiba.. bagaikan masa yang terhenti.

Balqish terus merobek pakaian aku di atas sehingga mendedahkan aurat di bahu aku. Membuat aku tidak terkata. Dia terus merobek pakaian aku buat kali kedua sehingga membuat semua aurat aku terjejas.

Aku bagaikan tidak percaya memandang ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience