Sambungan Karen pov
Kulihat tubuh Farah yang terkaku terbaring di atas katil hospital lama. Aku berdiri menghadap hujung katilnya sambil berpeluk tubuh. Mata mengerdip risau memerhati kedua-dua matanya ditutupi dengan kain putih lembut.
Manakala ibu dan ayah Farah setia menanti anak mereka daripada sedar.
Ibu Farah yang duduk di tepi katil anaknya memegang lembut tangan Farah yang berbalut itu. Sekali-sekala dia mengalir air mata. Tak dapat menahan sebak di dada apabila melihat anaknya terpaksa melalui semua ini.
Nanti kalau anaknya sudah terjaga bagaimana dia mahu katakan pada anaknya apabila mata Farah sudah tidak dapat melihat lagi? Pertanyaan itu dia tidak ada jawapannya. Hatinya sudah berasa sedih dengan keadaan anaknya. Ibu mana yang tak sedih lihat anaknya terlantar di katil hospital seperti ini. Memang menyentap ke hati dan jiwa raga.
Manakala Puteri pula berada di samping Kyran di dalam wad lain. Datin Arina dengan Dato' Johansson berada di oversea kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Mereka tak dapat datang ke hospital menjenguk anak mereka untuk masa yang terdekat ini. Tapi, kata datin Arina.. mereka akan sampai tiba ke Amerika pada esok pagi nanti.
Macam biasa.. mereka pasti terkejut besar dengan berita ini. Anak mereka Kyran selalu bernasib malang kerana asyik terlantar di hospital. Sehingga membuat.. Puteri dah betul-betul rasa enough. Enough dengan semuanya.
Puteri sempat menjenguk keadaan Farah di dalam wad itu sebelum datang ke sini.
Dia masih teringat keadaan Farah yang terkaku atas katil hospital ini.
Puteri pov
"Sayang, cepatlah sedar ya?" gumam aku perlahan. Mata mengerdip lembut memandang wajah Kyran yang pucat dengan mata yang tertutup rapat. Aku menangis tanpa suara. Bibir menguntum senyuman kecil.
"Awak..tarikh perkahwinan kita dah nak dekat tau? Kalau awak terus macam ni..siapa yang mahu kahwin dengan saya?" suasana hening seketika.
Aku mengetap bibir bawahku. Kening tercantum. Cuba menahan tangisan dari terkeluar.
"Awak..hari kebahagiaan kita nanti akan disaksikan oleh orang ramai. Hari perkahwinan..hari yang menandakan bahawa awak akan mengikat saya menjadi milik awak sepenuhnya. Awak tau..saya..hiss..hiss saya selalu mimpi yang saya berkahwin dengan awak. T-tapi mimpi tu..mimpi tu.." aku menekup mulutku. Akhirnya tangisan keluar juga dari situ.
Aku tak boleh..tak boleh. Aku tak kuat di hadapan Kyran. Aku memejamkan mata aku rapat. Air mata berjuraian ke pipi sehingga titisan air mata terkena tangan Kyran.
Aku memegang tangan Kyran lembut. Bibir cuba untuk tersenyum.
Teringat kata-kata doktor pada aku tadi.
Imbas kembali~
"Doktor, macam mana keadaan Kyran?"
"Awak keluarga pesakit ini ke?"
"Bakal akan jadi keluarganya." Ujar aku perlahan.
"Okey, macam ni..pesakit ini mengalami kecederaan yang serius di kepalanya. Disebabkan hentakan kuat pada kepalanya ia mengalami kecederaan otak. Hal ini boleh berlaku kerana pendarahan dalaman otak. Bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana di dalam otak."
"Cuma..pesakit yang mengalami pendarahan dalaman otak ini..boleh mengalami simptom-simptom tersebut. Termasuk..amnesia."
Aku menekup mulutku. Mata memandang ke arah doktor itu dengan riak tidak percaya. Air mata laju menuruni kedua pipiku.
"A-Amnesia doktor?"
Kelihatan doktor itu menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar sebelum bersuara lagi.
"Iya. Berkemungkinan besar selepas sedar dia akan hilang separuh ingatan. Saya harap cik bersabar." kata doktor itu turut bersimpati dengan nasib diriku.
Terasa lutut bergetar lemah. Aku terjatuh tersandar di dinding. Badan melurut ke bawah. Air mata berkali-kali menitis ke pipi gebuku.
"T-Tak mungkin..K-Kyran akan amnesia? D-dia..tak akan dapat ingat aku lagi? Perkara yang aku paling takutkan akhirnya i-itu akan terjadi?" Gumam aku seorang diri dengan nada tidak percaya. Aku menggeleng kecil.
Kenangan indah dan manis yang kami berdua bina..selama ini d-dia akan lupa? Kyran..akan lupakan aku? Sukar untuk aku hadam semua ini. Ia.. menyakitkan.
Aku memegang dada kiriku.
"Erghh.."
"Cik..cik tak apa-apa?" Soal doktor risau. Dia memegang bahuku lembut cuba memberi kekuatan padaku.
Aku cuba tersenyum namun malangnya ini senyuman yang hambar.
"D-doktor, boleh saya tahu..mengikut anggaran doktor..Kyran akan terjaga bila?" kata aku mendongak memandang doktor itu dengan bebola mata yang bertakung penuh dengan air mata.
"Berkemungkinan..sebulan..dua bulan..atau.. bertahun-tahun." kata doktor itu yang berjaya membuat aku lebih terkilan dan rasa teruk.
Aku memukul dada aku sekuat hati. Hati ini..terasa mahu pecah. Aku rasa teramat sakit di dalam sana.
"Terima kasih doktor.." kata aku perlahan.
"Cik boleh lawat dia..saya pergi dulu ye?" kata doktor itu. Aku mengangguk kecil.
Melihatkan aku saat ini membuat sesiapa saja pasti akan simpati.
Aku dengan jalan sedikit tercapit-capit sambil bertahan tangan ke dinding cuba berjalan untuk ke bilik wad Kyran. Kyran sudah berjaya dipindah ke wad biasa.
Sepanjang berjalan, air mataku tidak henti-henti mengalir.
Sekali sekala aku asyik mengelap kasar pipiku dengan telapak tanganku. Aku terus cuba untuk berjalan tapi entah silap mana langkah aku terjatuh terjelupuk di atas lantai dalam keadaan tertiarap.
"Ahhh..." Aku mendesir kecil. Bagaimana aku boleh jatuh? Aku..tak tahu. Kepala aku..kepala aku asyik fikirkan dia.
"Cik..cik tak apa-apa." kata seorang nurse yang kebetulan mahu lalu ke sini. Dia terus beriak cemas mendapatkan aku cuba untuk membantu aku bangun.
Aku cuba untuk tersenyum.
"T-terima kasih.." kata aku perlahan.
Baru aku mahu pergi tiba-tiba nurse itu menahan aku dari pergi.
"Cik..lutut cik.. berdarah tu." kata nurse itu yang memerhati lutut aku lama.
Aku menunduk bawah melihat lututku. Memang betul. Patutlah aku rasa sakit di bahagian lututku. Lagipun aku hanya baju dress separas lutut.
"Tak apa..sikit saja ni." kata aku lemah.
Nurse itu hanya mengangguk. Ekor matanya memerhati tubuh belakang aku yang sudah pergi mendahuluinya.
Perlahan-lahan aku masuk ke bilik wad Kyran masih dengan langkah tercapit-capit.
Dengan lutut yang berdarah, aku menghampiri katil Kyran. Setelah dapat mendekatinya, aku memegang tangan Kyran lembut.
"Hiskk..hiskk.." kedengaran tangisan mendayu aku memenuhi ruang bilik wad ini. Aku membengkok sedikit badanku dan masih memegang lembut tangan Kyran yang mempunyai infus itu. Tangan Kyran yang kupegang aku cium lembut. Spontan terbit air mata ke pipiku. Aku memejam kelopak mata. Lama aku berkeadaan begini sebelum lepaskan ciumanku dari tangannya.
"Ba.. bagaimana ini boleh terjadi? A-awak sudah banyak kali terlantar di hospital, Kyran.. I-Ini sudah kali ketiga saya melihat awak tertidur kaku atas katil hospital.."
Imbas kembali tamat~
Teringat lagi kenangan aku ketika bersama Kyran.
"Sekiranya awak berasa sakit dan pedih biarlah saya jadi penawarnya. Mungkin dengan sentuhan lembut dan ciuman dari saya mampu membuat luka awak segera pulih."
"Puteri, memang awak selalu jadi perhatian lelaki eh? Dari dulu lagi? Haih mereka pun satu! Langsung tak ada kerja lain ke selain nak mengurat perempuan orang."
"Hehe biasalah tu. Saya dah terbiasa dah pun. Memang banyak orang lelaki yang tegur saya tapi saya tak layan sangat pun. Tapi saya terlebih cantik eh? Sampai mereka terus tegur saya lepas nampak saya. Lepas tu banyak mengusik dan ambil kesempatan pun ada."
"Eihh awak ni..kalau cemburu pun comel tau?"
"Kyran..kenapa awak ajak saya jalan-jalan makan angin kat sini ni? Nak kata rindu..pagi tadi kita kan dah jumpa. Takkan rindu lagi. "
"Of course la saya rindu. Puteri, saya tak boleh berganjak jauh dari awak walau sesaat. Nanti rindu."
"Kalau awak nak tahu..awak ialah seperti bulan purnama itu, Puteri. Cantik, bersinar dan nampak menyerlahkan. "
"Dan awak juga ialah peneman hidup saya yang sejati. Awak..bagaikan terus bersinar dan meresap ke hati saya apabila setiap kali orang memandang. Macam bulan tu. "
"Kalau macam tu..okey kuda nakal, jom kita jejajah satu dunia!! Yeaheaaaa.."
"Kuda ini tak boleh jelajah satu dunia tapi boleh jelajah sekeliling hati awak. Jom!!"
Terdengar gelak ketawa bahagia dari aku dan Kyran..
"Kalau awak nak tahu..hati saya sebaik cuaca waktu petang ni lah. Rasa gembira saja. Rasa aman dan tak ada yang siapa akan kacau."
"Hehe, kenapa awak rasa gembira?"
"Sebab saya dapat dating dengan awak dan berduaan dengan awak." Kata Kyran mencuit hidung aku manja. Aku hanya tertawa kecil apabila Kyran berkata begitu.
"Ermm awak. Saya nak pakai cincin yang mana satu untuk setiap hari? Esok, baru saya mahu rancang mahu pakai cincin cinta kita tu tiap-tiap hari..tengok-tengok awak dah sarungkan cincin yang baru pada saya pula. Haa macam mana tu? "
Kyran tertawa kecil. Kami bertentang mata lama.
"Awak boleh pakai cincin perkahwinan ni selalu mulai sekarang. " kata Kyran mengangkat tanganku sehingga ke paras dadanya.
Dia tersenyum. Tangan aku kini dibawa ke bibirnya. Ciuman lembut hinggap ke cincin di jari manisku.
Aku memandang jari manisku yang memakai cincin yang bertakhta batu cantik yang menghiasi jari manisku ini.
"Kyran..saya dah pakai cincin ini. Dan hari-hari akan saya terus pakai. Saya kan dah pernah gitau awak? Awak tak nak lihat ke? Hmm?" Tanpa aku sedar, setitis air mata mutiara jatuh lagi menitis ke cadar katil.
Aku memejam kelopak mataku perlahan. Membiarkan air mata menitis ke pipi. Gelora di dadaku seperti ombak yang menghanyut hati ini ke dalam lembah gelap dan kesedihan. Aku..aku tak boleh tahan diri dari menangis. Rasa sakit ini.. betul-betul mencengkam hati.
Tanganku masih setia mengenggam lembut tangan Kyran.
"Terima kasih Puteri. Sungguh, kenangan indah kita ini akan saya semat kukuh di minda. Sampai ke hujung nyawa. Begitu juga dengan cinta kita berdua. Saya nak cinta kita sentiasa berkekalan. Biarpun kita sudah tidak bernyawa. "
Teringat lagi aku dengan kata-kata Kyran dulu.
"Kyran, a-adakah..awak lepas sedar nanti..apa benar awak memang akan lupakan saya? Kyran..awak dah kata pada saya. Yang awak takkan sesekali lupa kenangan kita. Adakah..itu akan jadi sekadar hanya kata-kata saja?"
"Saya akan tunggu. Saya akan tunggu awak, Kyran untuk saat itu tiba. Saya akan tunggu awak sedar. Doktor hanya cakap berkemungkinan awak akan lupakan saya..tapi itu hanyalah sekadar kata doktor. Selagi awak tak buka mata dan pandang saya selagi tu saya tak dapat percaya sepenuhnya pada doktor.."
"Awak...saya harap sangat lepas awak sedar..awak tak acukan pertanyaan 'siapa awak?' lepas lihat saya. Tapi kalau tidak..hisk hisk..hati saya akan lebih hancur kalau itu memang terjadi.."
"Saya..cintakan awak, Kyran. Cinta sangat-sangat."
"Hisk..hiskk..saya dah jadi rindu nak dengar suara awak.. 'My princess'. Gelaran itu. Awak selalu panggil saya macam tu. Kyran tolonglah sedar..saya dah mula rindu dengan awak. My handsome Kyran.." kata aku perlahan dengan suara getar. Dada ini. Sungguh berasa sesak.
Setitis air mata jatuh lagi ke pipi.
***********
Sambungan Karen pov
Aku berdiri terpacak setia menunggunya terjaga dari tidur di hujung katil. Jari telunjuk dibawa ke bibir sambil mata hanya terlekap pada wajah Farah.
Ibu Farah yang terperasan akan hal tersebut menegur.
"Karen, kamu..tak nak duduk atas sofa tu dulu ke? Dari tadi aunty tengok kamu asyik terpacak berdiri di situ." kata aunty Maria perlahan.
Aku yang ralit dan termenung memandang tubuh Farah yang terlentang di atas katil tersentak apabila mendengar aunty Maria bersuara.
"Err..aunty Maria cakap dengan saya tadi ke?" kata aku menunjuk ke arah diri sendiri.
Aunty Maria tersenyum kecil dan hanya mengangguk.
Aku menggaru belakang leher yang tidak gatal.
"Maaf aunty..Karen tak dapat tangkap apa yang aunty kata tadi. Boleh aunty ulang semula kata-kata tadi?" kata aku tersenyum serba salah.
"Kamu tak duduk ke? Asyik berdiri saja kat situ aunty tengok. Tak lenguh kaki ke?" ujar aunty Maria tersenyum mengulangi balik pertanyaan tadi pada aku.
Dalam hati, dia tahu yang lelaki itu pasti risau pada anaknya juga.
Belum sempat aku mahu membalas kata-kata aunty Maria tiba-tiba aku terlihat gerak-geri jari runcing Farah di atas katil perlahan. Farah mula bergerakkan jarinya!
"Aunty..uncle..Farah dah jaga." kata aku tersenyum gembira. Akhirnya..Farah..
Mendengar kata-kata aku ibu dan ayah Farah terus menghampiri anak mereka. Aunty Maria memegang lembut lengan Farah.
Manakala aku hanya berdiri di sini sambil tersenyum senang.
"Nak..kamu dah sedar?" gumam ibu Farah yang hampir menangis terharu lihatnya.
Kedengaran erangan kecil dari mulut Farah.
Tangan Farah mula bergerak meraba-raba sesuatu. Ibu Farah terus digenggamnya tangan itu.
"I-Ibu ke tu? Ibu.. kenapa Farah tak nampak apa-apa." kata Farah tergerak sikit kepalanya ke kiri.
Manakala aunty Maria sudah menekup mulutnya dengan tangan yang lagi satu. Dia mengalirkan air mata tidak dapat menahan rasa sebak di dalam hati. Begitu juga uncle.
"Biar ayah panggilkan doktor.." katanya lalu mahu pergi tetapi sempat aku halang ayah Farah daripada pergi.
"Uncle, takpe biar Karen yang panggil doktor." kata aku yang berjaya membuat ayah Farah tidak jadi melangkah pergi.
"Doktor! Doktor! Farah dah sedar!" Laung aku di muka pintu.
Akhirnya doktor bersama nurse masuk juga ke dalam bilik wad ini. Sebelum itu, aku berlalu pergi untuk ke wad Kyran mahu menemui kakakku. Dia perlu tahu hal ini.
"Kak.." panggil aku perlahan di muka pintu bilik wad Kyran. Mata terpandang tubuh yang aku kenali itu.
Kelihatan kakakku menoleh kepala ke pintu memandang aku dengan penuh tanda soal. Kelihatan dia menyeka pipinya lembut.
"Ya?"
"Kak, Farah sudah sedar.." kata aku yang berjaya membuat kakakku terus bangun dari kerusi. Terkejut dalam masa yang sama berasa lega akhirnya Farah sudah sedar..
Tanpa banyak kata, kakak terus keluar dari wad Kyran beserta aku di belakangnya. Sebelum tu sempat kakak bergumam di tepi telinga Kyran.
"Awak tunggu sini..nanti saya datang lagi."
Akhirnya kami berdua sudah berjaya masuk ke dalam bilik wad Farah. Kelihatan doktor buka penutup kain putih di matanya secara perlahan. Aku dan semua yang berada di sini berdiri di hujung katil hanya memerhati apa yang doktor lakukan. Jantung sudah berdebar-debar.
"Kamu boleh buka mata secara perlahan-lahan." kata doktor itu. Maka Farah membuka secara perlahan-lahan kelopak matanya.
Aku tersentak dan memandang Farah dengan pandangan sayu. Kening tercantum. Rasa hati dicengkam dengan kuat.
Farah terteleng-teleng kepalanya ke kiri kanan perlahan. Keningnya tercantum.
"D-doktor..kenapa saya tak boleh nampak apa-apa?" kata Farah yang berjaya menyentak hati kami semua di sini. Pertanyaannya membuat kami di sini tidak terkata. Masing-masing beriak sedih.
Doktor hanya memandang Farah dengan riak yang simpati.
"Maafkan saya cik Farah. Mata awak tak dapat diselamatkan. Awak jadi buta kerana kemalangan." kata doktor lelaki itu perlahan.
Farah tersentak. Dia tergamam. Terkejut, terkedu, terkelu, terkesima dan macam-macam lagi ter. Perasaannya bercampur-baur sekarang ini.
Farah menggeleng perlahan.
Dia meraba-raba ke matanya.
Farah masih tidak percaya. Sukar untuknya menerima semua ini. Sedar-sedar saja matanya sudah tidak dapat melihat. Semuanya kelam. Tak ada cahaya walaupun sedikit. Tangan Farah sudah menggigil ketakutan.
Tiba-tiba..
"Arghhh!!!" Farah menjerit keras sambil mencengkam kuat rambutnya. Puteri sudah mengalir air mata melihat Farah begitu. Kami semua tersentak di situ juga. Masing-masing menghampiri ke arah Farah.
"Farah..."
"Pergi! Semua orang pergi! Leave me alone!!" Jerit Farah histeria. Dia meraba-raba mengambil bantal di atas katil dan melempar tanpa tujuan arah.
Dan bantal itu terkena ke muka aku.
"Nak.. janganlah begini.." Aunty Maria cuba memujuk. Hati tuanya begitu tersentap dan sedih melihat anaknya seperti ini.
"Farah.." Puteri pula cuba untuk memegang tangan Farah tetapi tanpa disangka Farah menepis kasar. Dia mula bertindak agresif. Puteri tersentak. Tidak menyangka Farah akan berbuat demikian.
"Aku kata pergilah! Hiskk.. hiskk..semua orang pergi! Pergi..aku kata pergilah.." kata Farah menunduk kepala ke bawah. Dia mencubit pehanya sekuat hati.
Bibir diketapnya sehingga mengeluarkan darah. Terdengar esak tangisan mendayu keluar dari mulutnya. Tubuhnya seperti menggigil ketakutan..
"Saya rasa..baik kita semua pergi. Saya tak nak Farah semakin tertekan." kata aku pada semua orang.
"Betul cakap Karen tu. Yang, jomlah kita keluar. Beri dia ruang. Anak kita perlukan masa untuk terima semua ni.." pujuk ayah Farah pula.
Dengan hati yang cukup berat, aunty Maria akur juga. Akhirnya ibu dan ayah Farah keluar dari bilik wad ini. Sekarang hanya tinggal aku dan juga kakakku.
"Farah..walau apapun yang terjadi..kami semua sentiasa ada dengan kau." kata Puteri perlahan. Kelihatan dia seperti mahu menangis lagi apabila melihat Farah seperti ini.
Aku menghampiri kakakku dan membisik sesuatu di telinganya.
"Kak..kak jangan risau. Adik akan tetap berada di sini dengan Farah.." kata aku perlahan daripada didengar oleh Farah.
Kelihatan Farah hanya menunduk ke bawah seperti memandang lutut. Rambut panjangnya turut terurai ke bawah. Wajahnya turut ditutupi rambut panjang.
Puteri hanya mengangguk kecil.
"Kakak percayakan adik.." kata Puteri turut berbisik perlahan. Aku hanya mengangguk dan tersenyum nipis.
"Kami dua pergi dulu ye?" kata aku sengaja berkata begitu.
Kulihat Farah hanya terdiam sepi.
Puteri berjaya menerobos keluar dan menutup dedaun pintu.
Farah yang terdengar pintu ditutup dari luar terus tangisannya terhambur di situ juga.
Perlahan-lahan aku mendekatinya tanpa membuat suara.
"Hisk..hiskk..kenapa benda ni mesti terjadi pada aku?! Arghh..Apa salah aku sehingga Engkau hukum aku seperti ini?! Aku takut.. penglihatan aku dah tak ada! Aku rasa..sangat gelap. Betul-betul gelap. Hiskk.. hiskk..hidup aku juga sudah mulai gelap! Semuanya hitam..Aku..lebih baik aku matilah!" Jerit Farah histeria sambil menangis mendayu.
Tiba-tiba Farah melempar barang-barang di atas meja tepi katil secara agresif. Cawan kaca yang turut berada di situ turut dilemparnya sehingga pecah berderai ke lantai.
Papp!! Kedengaran bunyi kaca kuat pecah ke lantai sehingga ternaik sedikit bahu aku kerana terkejut. Perasaan simpati, sebak, sedih semakin kuat dirasakan.
"Abang..betul ke anak kita akan baik-baik saja?" kata Puan Maria sudah beriak cemas dan risau apabila terdengar bunyi kaca pecah dari dalam sana. Jeritan dari Farah tadi cukup menyayat hati ibunya.
"Aunty Maria jangan risau. Karen ada di dalam. Dia akan cuba untuk tenangkan Farah.." kata Puteri turut beriak risau. Puteri memeluk bahu Puan Maria lembut.
Titisan air mata mengalir ke pipinya. Melihat keadaan Farah yang begitu sedih sekali sungguh menyayat hati Puteri.
"Itu tak benar Farah. Awak tak boleh cakap macam tu. Saya. Saya ada untuk awak. Saya akan sentiasa berada di sisi awak." kata aku akhirnya mengeluarkan suara. Aku menghampirinya setapak demi setapak perlahan.
Farah terkejut.
"Awak? Awak tak pergi lagi??" soal Farah masih terkejut. Mungkin dia fikir semua orang sudah pergi dari sini.
Farah mula bertindak agresif.
"Tak..tak..jangan dekat! Pergi! Pergilah!" Jerit Farah apabila merasakan aku semakin hampir dengannya.
Aku menghiraukan kata-katanya dan semakin menghampirinya. Aku memegang lembut tangannya dan terus menariknya ke dalam dakapan hangatku.
"Lepas!! Lepaskan sayalah! Karen!" Farah meronta-ronta di dalam pelukan aku.
Terdengar bunyi pukulannya di dada aku bertubi-tubi. Aku tidak mengalah malah semakin mempereratkan pelukan aku dengannya hanya membiarkan dia meronta-ronta dalam pelukanku.
Setitis air mata jernih akhirnya menurun ke pipi aku tanpa aku sedari.
"Hisk..hisk..lepas..lepaslah.." Rontaan Farah di dalam pelukan semakin lemah. Dia sudah tidak terdaya mahu melawan. Akhirnya dia menangis teresak-esak di pelukan aku.
"Hiskk..hiskk.." aku memejam kelopak mataku. Kening tercantum. Mendengar dia menangis dan menggigil badan seperti ini.. benar-benar mengguris ke hati. Sepertinya dia sudah cukup trauma dan takut dengan semua ini.
Aku mengelus lembut rambut panjangnya.
'Farah..aku akan sentiasa berada di sisi kau mulai hari ini..Aku akan jaga kau. Aku..takkan biarkan kau merana lagi Farah. Kau..kena kuat.' aku sudah tanam tekad dalam hati. Farah Mikayla..aku takkan biarkan kau merana lagi.
Share this novel