Bab 72: Awake

Romance Series 10664

Dua bulan kemudian...

Karen pov

"Farah bagaimana, aunty? Dia masih kurung dalam biliknya ke?" Soal aku. Hampir setiap minggu aku pergi ke rumah Farah semata-mata mahu tahu kondisinya. Malangnya, dari sejak Farah keluar dari wad lagi..tak pernah lihat dia keluar dari biliknya setiap aku datang ke rumah ini.

Tapi, kalau nak jumpa dia..aku selalu intai senyap-senyap dari bilik dia. Jangan risau dia takkan perasan. Kalau perasan..pfft! Habislah nanti..

"Macam tulah nak. Tiap-tiap minggu hanya kurung dalam bilik dan murung seorang diri je. Dia hanya akan keluar dari bilik bila perlu. Selera makannya juga berkurang. Bila orang tanya, dia hanya jawab sepatah sepatah. Aunty pun dah tak tahu nak buat apa lagi, nak. Aunty risau keadaan dia akan terus jadi macam tu."

"Aunty rindu dengan Farah yang dulu. Kadang-kadang aunty rasa..macam Farah tiada di rumah saja. Sebab dulu, kalau tidak rumah ni hanya riuh saja dengan suara Farah. Hmm, sekarang.. semua tu hanya jadi kenangan indah saja." kata Puan Maria dengan nada sebak.

Tersenyum sendiri dia apabila teringat kenangan dulu. Sekarang..Farah yang ceria dan cakap banyak sudah tiada. Rindunya aku dengan Farah yang dulu. Sepanjang dua bulan juga..aku langsung tak dapat tatap wajahnya depan-depan. Hanya diam-diam aku dapat lihatnya dari jauh. Dia hanya mengurung diri dari dalam bilik.

"Aunty Maria.." panggilku perlahan.

"Farah..dah makan?"

"Alamak, ha'aalah aunty lupa. Kalau nak ikutkan, ini time makan dia. Takpe, aunty nak sediakan makanan dulu kat Farah." kata Puan Maria bangun dari duduk.

"Eh, Farah selalu makan dalam bilik ke aunty?" Soal aku.

"Tak selalu sangat. Kenapa?"

Aku tersenyum kecil.

"Tak ada apa aunty. Cuma..boleh kali ni saya beri dia makan dalam bilik? Boleh aunty Maria?" soal aku.

"Boleh. Kenapa pula tak boleh? Cuma..aunty takut dia akan jadi agresif macam dulu bila tahu kamu ada di sini." kata Puan Maria risau.

Aku berjeda seketika. Memang betul cakap aunty Maria.

Hari tu, aku pernah cuba mendekati Farah dan cuba berbual dengannya..tapi tiba-tiba dia jadi mengamuk dan tak mahu aku mendekatinya lagi.

Imbas kembali~

"Pergi! Pergi...saya tak nak jumpa awak, Karen! Pergi!!" Jerit Farah sekuat hati. Satu rumah bergegar dengar jeritan darinya.

"Farah..kenapa jerit-jerit ni?" Soal Puan Maria risau. Dia terus memeluk erat anaknya itu cuba menenangkan Farah.

"Mama...suruh dia pergi.. Farah..Farah tak nak jumpa dengan dia.." Kata Farah perlahan. Dia menuding jari ke hadapan. Kelihatan tangannya sedikit menggigil.

Manakala Karen sudah menunduk pandangan ke bawah sambil menumpahkan air mata. Puan Maria yang melihatnya turut berasa kasihan dengan Karen.

"Apalah salah Karen nak? Dia cuma datang sini jenguk kamu. Hari tu, kat hospital kamu nampak okey saja dengan dia. Kenapa tiba-tiba jadi berubah macam ni?" Soal Puan Maria mengusap lembut bahu anaknya.

Karen mengangkat kepalanya memandang Farah. Dia cuba untuk tersenyum.

"Tak apa aunty. Mungkin, saya datang tak tepat waktu..Saya pergi dulu. Nanti saya datang lagi ya?" kata Karen yang sudah membelakangi Farah mahu pergi tetapi terhenti langkahnya apabila terdengar suara Farah.

"Tak perlu datang ke sini lagi. Saya..dah tak perlukan awak Karen. Lepas ni..awak dengan saya tak akan berjumpa lagi. Ini..ialah pertemuan terakhir kita. Kalau awak datang lagi ke sini.. jumpa saya..jadi jangan salahkan saya kalau bersikap kasar dengan awak." kata Farah perlahan.

Cukup membuat hati Karen seperti dicabik-cabik beberapa kali.

Dia menoleh kepala sedikit memandang wajah Farah sayu yang berada dalam pelukan ibunya.

Puan Maria turut tergamam dengan kata-kata anaknya tadi. Dia tak terkata sebaliknya memandang Karen dengan riak simpati.

Karen mengerdip mata perlahan. Sedihnya rasa apabila Farah berkata begitu.

'Aku akan datang lagi Farah..aku akan tetap datang lagi. Aku takkan biarkan ini akan jadi pertemuan terakhir kita.'

Imbas kembali tamat~

"Takpe aunty, saya tak akan biar Farah tau ini saya. Kalau saya masuk..Farah akan fikir saya ialah aunty." kata aku perlahan.

"Okeylah, kalau kamu cakap macam tu nak.."

Aku tersenyum teruja. Akhirnya..aku dapat jumpa Farah depan-depan. Farah aku rindu sangat dengan kau.

"Nah, bawa makanan pada dia. Aunty pergi dulu. Ada hal sikit kat dapur."

Aku hanya tersenyum.

"Terima kasih..aunty." kelihatan Puan Maria hanya mengangguk dan tersenyum sebelum kelibatnya hilang di sebalik dinding.

Perlahan-lahan aku mengangkat tangan mahu mengetuk pintu.

Aku menarik nafas dalam terlebih dahulu sebelum mengetuk pintu.

Tuk..tukk..

"Masuk je ma!!" Kedengaran suaranya dilaung dari dalam. Aku tersenyum. Rindunya aku mahu dengar suara tu..

Perlahan-lahan aku menguak dedaun pintu dari luar. Kelihatan Farah hanya duduk menjulur kaki di atas katil. Dia seperti beriak kosong.

Aku tersenyum kecil dan mula menghampirinya ke birai katil. Aku duduk di sebelahnya.

Tanpa bersuara apa-apa aku mahu menguapnya makan. Farah yang terasa bibirnya disentuh makanan bersuara.

"Takpe ma..biar Farah makan sendiri." kata Farah perlahan. Keningnya tercantum. Macam tak biasa pula mamanya kali ini. Dia bukannya suka sangat susahkan orang. Cukuplah ibunya asyik susah-susah bawa makanan ke sini.

Aku tersenyum. Tangan Farah aku genggamnya dengan sudu membiarkan dia makan sendiri.

Sepanjang Farah menyuap makanan ke dalam mulut aku hanya menongkat dagu memandangnya. Bibir mengukir senyuman lembut.

Farah.. memang tak berubah. Wajahnya sentiasa cantik dan comel. Nak saja aku cubit pipinya itu dan peluk dia erat-erat. Tapi..boleh ke? Takut diketahui oleh Farah pula.

Tapi dia anggap aku sebagai ibunya. Kalau aku tiba-tiba peluknya tak ke pelik tu?

"Ma..mesti ma sedih kan? Asyik lihat Farah macam ni." kata Farah perlahan. Terhenti suapannya seketika.

Tiba-tiba Farah menangis teresak-esak sehingga terhinjut sedikit bahunya. Aku tersentak dan tergamam.

Ohh..ohh.no..Farah janganlah nangis..

"Maafkan Farah ma.."

"Pasal Karen pula..Farah sebenarnya rindu dia. Rindu sangat-sangat. Tapi dalam masa yang sama Farah tak nak jumpa dia..Farah tak nak dia lihat Farah macam ni. Ma..Farah malu. Itulah sebab Farah tak nak jumpa dia."

"Karen, mesti marah dan bencikan Farah kan ma? Sebab Farah banyak berkasar dengan dia. Farah tengking dia. Macam-macam. Farah.. Farah tak bermaksud nak marah dia.." kendur saja nada suara Farah.

Air matanya yang banyak bercucuran ke pipi aku seka lembut dengan jari runcingku.

Farah..saya tak salahkan awak punlah. Perasaan marah bahkan rasa benci sedikitpun tiada dalam hati saya. Saya cuma.. berasa sedih. Sedih dengan perlakuan awak terhadap saya..sedih lihat awak terus macam ni..

Manakala Farah yang terasa pipinya diusap lembut oleh aku tersentak.

'Sentuhan ni.. sentuhan ni familiar sangat bagi aku..' batin Farah. Fikirannya menerawang ke arah kenangannya bersama Karen.

Kenangan yang setiap kali Karen memegang pipinya.

Farah terkedu. Dia cuba memegang tanganku di pipinya. Aku hanya tersenyum kecil memandangnya.

"I-ini..ini ialah sentuhan dari Karen. Awak..awak ialah Karen!" Farah sudah sedar. Aku pula terkesima. Macam mana Farah boleh tahu ini adalah aku? Walaupun hanya dengan sentuhan??

"Arghh Karen! Pergi..siapa suruh awak datang sini lagi hahh? Pergi..hiss..hiss..saya tak nak jumpa awaklah!" Farah mula bertindak agresif. Dia terus-terusan menolak aku pergi.

Aku menangkap tangan kecilnya itu.

"Shhh, Farah.. kenapa ni? Calm down.. please..jangan jadi macam ni? Awak tak kesiankan saya ke? Hmm? Saya rindukan awak. Dan begitu juga dengan awak. Betul tak? Awak rindukan saya juga kan?" kata aku lembut cuba untuk tenangkannya.

Manakala Farah sudah memejam matanya. Air mata sudah berjuraian berkali-kali ke pipinya. Keningnya tercantum.

Farah melepaskan cengkaman aku dari tangannya.

Tanpa ku sangka, dia tiba-tiba bangun dari katil membuat makanan di dalam mangkuk di atas ribanya terjatuh pecah berderai ke lantai. Aku terkejut.

Farah yang cuba bangun dari katil entah silap mana langkahnya, dia terjatuh terjelupuk di atas lantai.

"Farah! Awak..awak tak apa-apa?" Aku duduk mencangkung di tepinya dan cuba memegang lengannya tetapi Farah dengan pantas menepis kasar tanganku.

"Karen pergilah! Kenapa awak masih berada di sini?!" kata Farah menolak tubuhku berkali-kali sehingga terundur sikit tubuhku ke belakang.

Aku tidak mengalah dan terus menariknya ke dalam dakapan aku.

"Eyyy lepaslah! Apa yang awak buat?!" Farah terus-terusan meronta-ronta dalam pelukan aku. Seperti biasa dia menumbuk kuat dadaku apabila aku memeluknya.

Aku sudah menitiskan air mata.

"Farah..awak kata awak tak nak jumpa saya sebab awak malu. Awak malu kenapa? Sebab awak buta macam tu? Farah..saya nak awak tahu. Tak kira apapun keadaan awak..saya akan tetap berada di samping awak. Saya tak nak tinggalkan awak. Jadi..jangan cuba-cuba paksa saya lagi untuk berjauhan dengan awak. Hmm? Kerana, saya takkan sesekali ikut kata awak itu." kata aku perlahan.

Aku memejam kelopak mataku perlahan. Menangis sambil memeluknya erat.

Farah sudah berhenti dari meronta dalam pelukanku. Dia terkedu dan terkelu mendengar kata-kataku. Tanpa berkelip, air mata mengalir dari tubir matanya.

"B-betul ke? Awak tak kisah lihat saya begini?" soal Farah lagi.

"Kenapa pula saya mahu kisah? Awak tetap Farah..orang yang saya sudah anggap sebahagian dari hidup saya. Jadi, jangan lagi fikir macam tu. Kami semua sentiasa ada dengan awak. Kami semua tak nak awak terus-terusan begini." kata aku perlahan yang berjaya membuat hati Farah tersentuh.

Perlahan-lahan tangan Farah membalas pelukanku.

Aku tersenyum sendiri. Farah turut mengukir senyuman kecil.

Manakala Puan Maria yang melihat pemandangan di hadapannya sudah tersenyum-senyum. Mula-mulanya dia jadi risau sebab dengar bunyi mangkuk pecah dari dalam bilik Farah. Tapi, kali ini berbeza pula dari dia fikir.

Nasib aku berjaya memujuk hati Farah. Lepas ni..Farah dah tak boleh paksa aku pergi.

"Farah..I miss you.."

"I miss you too.." balas Farah perlahan. Aku tersenyum dan menyeka lembut air matanya yang bersandar ke dadaku. Air mataku turut kuseka dengan jari runcingku di pipi.

Terasa berbunga-bunga hati ini mendengar balasan kata-kata darinya tadi.

Puteri pov

Aku dengan tergesa-gesa masuk ke perkarangan rumah Puan Maria. Tangan mengetuk-ngetuk pintu utama berkali-kali.

Tuk..tukk..tuk..

Kelihatan pintu terkuak dari dalam dan terjengul wajah yang aku kenal di muka pintu. Aku tersenyum manis.

"Aunty Maria..Farah macam mana keadaan dia?" Soal aku apabila diri sudah dipelawa masuk oleh Puan Maria. Sekarang ini aku duduk di atas sofa di ruang tamu ini.

Puan Maria turut menghenyak punggungnya ke atas sofa di tepi aku.

"Baru saja keadaan Farah tiba-tiba membaik. Farah dah mula tunjuk perubahannya. Hari ini pun dia dah keluar dari biliknya." kata Puan Maria tersenyum berseri-seri.

Aku turut tersenyum senang.

"Dia ke aunty? Wahh.. akhirnya. Dah dua bulan akhirnya Farah dah keluar dari biliknya. Bukan senang juga ye mahu buat Farah keluar dari bilik ni."

"Puteri, memang tak senang pun. Cuma... patutlah. Aunty dah tahu siapa yang boleh pujuk Farah keluar dari bilik. Karen. Dialah yang berjaya buat Farah keluar dari bilik hari ini. Sekarang mereka berdua berada di tepi kolam luar tu." kata Puan Maria yang berjaya membuat aku sedikit terkejut.

Farah dengan Karen berada di tepi kolam? Ahh..tak perasan pula aku bila diluar tadi. Lagipun, kolam tu agak jauh sedikit dari perkarangan rumah Puan Maria. Dalam beberapa meter baru sampai.

"Karen ada datang sini ke aunty? Puteri tak tahu pun.." soal aku. Risau juga. Kalau tidak, setiap kali Karen jumpa Farah..Farah akan tiba-tiba bertindak agresif. Aku pun tak tahu kenapa Farah jadi macam tu. Farah banyak diam dan menyepi. Dengan aku pun, dia tak terlalu cakap banyak.

"Iya Puteri..tadi dia datang sini.." Puan Maria mula buka cerita pasal kejadian tadi. Dia bercerita pada aku dari A hingga ke Z.

"Jadi macam tulah ceritanya.."

"Ohhh..pandai juga Karen pujuk Farah. Hehe, takpe aunty. Puteri nak tengok diaorang sekejap kat tepi kolam. Boleh kan aunty?" kata aku meminta izin.

"Eh boleh." kata Puan Maria tersenyum.

Kaki menapak perlahan ke luar. Terbit senyuman di bibirku apabila terpandang Farah dan Karen yang bermain-main air di kolam dengan kaki.

Tiba-tiba idea nakal terbit di benak fikiranku.

Aku sudah tersenyum miring penuh makna. Kaki terjengket-jengket menghampiri mereka berdua.

Satu..dua..tiga...

"Bahhh!!" Jerit aku secara tiba-tiba mengejutkan Farah dan juga Karen.

Terus gelak tawa tercetus juga dari bibir aku apabila melihat muka pucat dan terkejut dari mereka berdua.

"Eeihh Puteri!!"

"Eihh kakk!!" jerit mereka berdua hampir serentak. Riak ketidakpuashatian dipamerkan apabila aku secara tiba-tiba mengejutkan mereka.

"Hahahahahaha..!!" Aku sudah tertawa terbahak-bahak. Adehh, sakit perut aku ni asyik ketawa. Terkeluar sedikit air mata di pelupuk mataku kerana asyik ketawa tanpa henti.

Kyran yang melihat aku tertawa tersenyum.

'Lamanya tak lihat kak ketawa macam ni..' desis Karen dalam hati.

"Hehehehe lawaklah bila korang terkejut. Haa korang dua buat apa ni? Dating ehh? Amboihh tak cakap pun kat kite." kata aku terus mengusik sambil tersengih kerang busuk.

"Eihh mana ada lah! Kau ni Puteri! Ke situ pula dia ye?" kata Farah. Malu apabila diusik sebegitu.

"Uwuu dia ler tu. Tu pipi dah merah tuu.." kata aku semakin mengusik.

Karen pula aku lihat sudah tersenyum hingga ke telinga memandang Farah. Aku tertawa kecil.

"Farah.. rindunya aku dengan kau..Lama tak usik kau macam ni." kata aku yang terus memeluk belakang Farah. Daguku letak ke bahunya.

Farah tersenyum. Dia memegang tanganku yang melingkar di pinggangnya.

"Aku pun rindu kau.." kata Farah perlahan.

"Farah..kau jangan buat perangai macam tu lagi tau? Mengurung diri bukan jalan penyelesaiannya. Sepanjang dua bulan, aku dengan Karen risau sangat dengan kau. Apatah lagi mama dengan papa kau. Aku tak nak..kau murung-murung lagi. Nanti kesihatan kau akan lebih terjejas." kata aku menasihatinya lembut.

Aku melanggar pipinya dengan pipiku manja.

Farah pula sudah serba-salah.

"Terima kasih..korang. Sebab dah banyak bersabar dengan aku sepanjang dua bulan ni. Sepanjang dua bulan ni..aku rasa sangat down dan rasa sangat sepi dan sunyi. Bila aku keluar dari bilik ni, baru aku tahu.. bersendirian bukanlah satu-satunya perkara yang terbaik untuk aku. Dua bulan aku asyik menyepi. Untuk aku terima semua ini, bukannya mudah Puteri."

Aku tersenyum.

"Aku tahu. Sebab itulah aku dengan Karen tidak mahu paksa kau. Kami beri kau masa. Dua bulan tu bukannya masa sekejap tau? Lama bagi kami. Sebab itulah, bila tahu-tahu kau dah keluar dari bilik ni..terus hati aku jadi senang dan gembira, Farah." Kata aku tersenyum.

Farah turut mengukir senyum.

"Farah kau nak tahu something tak? Karen kan.. sepanjang dua bulan ni asyik termenung dan fikirkan kau aje. Farah.. agak-agaknya tu tanda apa ya?" kata aku yang sudah tertawa kecil apabila terasa peha ditampar oleh adikku.

Papp!

"Adoiii..adik ni. Peha kak bukannya bola tampar yang nak tampar bagai." kata aku yang sudah muncung mulut sambil mengusap perlahan pehaku.

"Kak.. janganlah cakap macam tu. Malulah adik nanti.." bisik Karen perlahan. Aku menahan senyum.

"Iya? Ermm itu tanda sebab Karen ambil berat pasal aku sebagai kawan dia aje. Tak lebih dari itulah, Puteri." kata Farah tersenyum segaris.

Aku memandang Karen di sebelah. Kelihatan wajah itu sedikit keruh apabila Farah berkata begitu.

'Farah..jadi selama ini awak anggap saya sebagai kawan?' getus hati kecil Karen.

Aku hanya tersenyum kelat.

"Ohh ya? Puteri, Kyran macam mana? Masih tak sedarkan diri di hospital lagi ke?" Soal Farah padaku.

"Iye..aku pun baru dari hospital ni. Pasal Kyran, kau tak perlu risau. Datin Arina tolong jagakan. Aku datang sini terus jumpa kau bila dapat tahu yang kau dah keluar dari bilik. Aku as your bff kenalah datang sini jenguk kau sekali sekala." kata aku memeluk bahu Farah manja di tepinya.

"Dah dua bulan..tapi Kyran masih tak sedar? Puteri..esok tolong bawa aku pada Kyran please? Walaupun..aku tak boleh nampak dia. Sekurang-kurangnya aku lawat dia di hospital. Hari tu cuma sekali aku lawat dia. Aku pun harap dapat beri sokongan pada Kyran walaupun koma. Orang koma ni kan..selain diberi rawatan. Dia juga perlukan sokongan orang lain di sekelilingnya untuk dia sedar dari koma." kata Farah panjang dan lebar.

Aku tersenyum.

"Sepanjang dua bulan, aku, datin dengan Dato' sentiasa berbual dengan dia, beri dia sokongan yang sepenuhnya. Kami..kami tidak pernah berputus-asa Farah..Aku yakin..dia akan sedar. Cepat atau lambat..dia akan sedar." kata aku sayu dengan rasa sebak.

Aku menyeka bawah mataku yang sudah berair.

Aku tersenyum manis pada Karen yang hanya memerhati aku dari tadi dengan lama.

Tiba-tiba terasa poket seluarku berdering. Aku menyeluk poket seluarku mengambil handphone yang berdering.

Datin Arina..spontan aku lihat nama itu muncul di skrin telefonku.

"Hello datin.."

"Hello, Puteri! Nak, boleh datang ke rumah saya? Saya ada sesuatu nak suruh kamu ni. Sekejap saja. Boleh sayang?" kata Datin Arina di talian sana.

"Bo..boleh saja mommy. Ermm.. mommy Kyran macam mana?"

"Ohh Kyran. Kamu jangan risau nak. Camelia ada tolong tengokkan."

Aku mengeluh nafas lega. Fuhh! Ingatkan tiada siapa yang ada di sisi Kyran saat ini.

"Okey mommy. Nanti dalam 20 minit Puteri sampai rumah mommy ye?" kata aku tersenyum.

"Okey sayang." Aku meletak panggilanku. Bibir spontan mengukir senyuman.

Hubungan aku dengan Datin Arina semakin rapat. Katanya, walaupun aku tidak sah lagi jadi menantunya..tapi datin Arina tetap akan anggap aku sebagai anaknya. Auww, so sweet kan?

Aku setiap kali bersama dengan Datin Arina pasti akan terkenang arwah ibu. Arwah ibuku macam Datin Arina jugalah. Baik, penyayang, cantik.

Ibu.. sekarang Puteri dah ada mommy yang Puteri anggap sebagai ibu. Sekarang..hehe..Puteri dah ada dua ibu. Walaupun ibu dah tiada..tapi ibu tetap wanita pertama yang Puteri sayang..

Terasa hati ini tiba-tiba jadi sebak pula. Aku cuba untuk tersenyum.

Kepalaku kini toleh memandang mereka berdua.

"Karen, Farah. I need to go now. Datin Arina panggil aku. Tak mengapakan?" kata aku.

Farah tersenyum begitu juga Karen.

"Tak apalah. Puteri, aku tumpang happy lah. Sekarang bermommy bagai ye kau dengan datin? Hehe, takpe. Depan kiteorang kau boleh panggil mommy. Okey?" kata Farah lembut.

"Betul cakap Farah tu kak.." Kata Karen turut bersetuju dengan kata-kata Farah. Aku tersenyum manis.

"Hehe, okey. Aku pergi dulu ye? Adik, kak pergi dulu ye? Tolong temankan Farah tau kat sini? Takut Farah sunyi pula."

Karen tertawa kecil.

"Of course kak. Jangan risau. Adik akan teman Farah. Kak naik teksi hati-hati tau?" kata Karen sempat menitipkan pesan.

"Okey bye².." sempat aku melambai tangan ke arah mereka sebelum pergi.

Sebelum tu, kulihat Karen dengan Farah yang mesra bermain air. Alooo.. sweetnya korang. Haih, nasib mommy call. Kalau tidak..akulah yang jadi pengacau korang dua nak bersama pula. Hehehe..

Aku tertawa kecil sendirian.

"Aku harap.. hubungan korang dua akan lebih jauh lagi.."

***********
"Puteri, tengok ni!" kata Datin Arina sambil menunjukkan baju gaun putih cantik itu pada aku. Gaun itu pula seperti gaun pengantin.

"Cantiknya mommy. Baju gaun pengantin untuk siapa ni?" kata aku tersenyum ceria. Aku cuba menyentuh kain gaun yang bertali halus itu. Kainnya lembut. Tak terlalu tebal. Tak juga terlalu nipis.

"Untuk Puterilah."

"Hahh?? U-Untuk Puteri?" Soal aku sambil menunjuk diri sendiri. Terkejut.

"Yelah, disebabkan Kyran tak bangun lagi dari koma..lepas beberapa minggu Kyran sedar kamu dua dah boleh kahwin. Mommy yakin, Kyran pun pasti akan jadi tak sabar nanti mahu kahwin dengan kamu lepas dia sedar." kata Datin Arina tersenyum simpul.

Dia cuba memandankan baju gaun pengantin itu di tubuh aku.

Sekarang ini aku menghadap cermin besar di bilik datin. Baju pengantin ini memang nampak betul-betul padan dan sesuai dengan aku.

"Puteri, apa kata kamu try dulu pakai baju ni? Takut nanti kamu pula yang tak selesa bila pakai untuk perkahwinan kamu dengan Kyran nanti.."

Aku hanya mengangguk kecil dan tersenyum kelat. Itupun, kalau Kyran sedar dan ingat Puteri mommy..

Klakk..

Aku membuka pintu bilik pakaian dengan gaun pengantin ini yang sudah tersarung elok ke tubuhku.

Datin Arina terkedu.

"Puteri, I-Ini kamu ke nak? Cantiknya. Baju ni betul-betul sesuai dengan kamu. Kamu betul-betul cantik dengan pakaian tu. Macam secantik bidadari di kayangan saja." kata Datin Arina memuji aku dengan ikhlas.

Aku pula sudah tersenyum malu.

"Mommy ni..puji lebih-lebih pula. Malulah Puteri nanti." kata aku berjalan menghampirinya.

"Ehh betul apa cakap mommy. Kamu betul-betul cantik nak. Mommy yakin, lepas Kyran nampak kamu ni..buat keberapa kalinya habislah cair meleleh dia nanti." kata Datin Arina tertawa kecil.

Aku menyentuh lembut tangan datin.

"Mommy.. duduk sini sekejap." kata aku mengajak Datin Arina untuk duduk di birai katil.

Datin Arina hanya akur.

"Puteri..kenapa ni?" Datin Arina membalas balik sentuhan lembut ke tanganku.

"Macam mana..kalau..lepas Kyran sedar nanti..dia tak akan ingat kita? Puteri.. Puteri takutlah mommy." Aku mengetap bibir bawahku. Kepalaku tunduk ke bawah.

Yeah, Datin Arina sudah tahu pun pasal kata-kata doktor tu. Akulah yang memberitahu padanya dan juga Dato' Johansson pada hari tu.

"Puteri.." panggil datin lembut. Dia mengangkat daguku perlahan supaya memandangnya.

"Mommy pun takut kalau hal itu terjadi. Tapi..perkara tu tak jadi lagi nak. Ia hanya kemungkinan yang itu akan terjadi. Tapi..itu belum terjadi lagi kan? Jadi.. mommy nak selagi perkara tu belum terjadi pada Kyran selagi tu kita fikir positif. Kyran masih tak sedar dari koma. Yang kita cuma perlu risaukan.. adalah bila dia akan sedar dari koma nanti. Sama-sama kita doakan dia ye nak?" kata Datin Arina sambil tersenyum manis. Lembut saja suaranya di pendengaranku.

Aku mengangguk kecil dan membalas senyumannya. Aku terus memeluknya erat. Begitu juga datin membalas pelukanku tidak kalah erat.

"Puteri yakin..dia akan sedar. Mommy jangan risau eh? Kyran orang yang kuat. Dia boleh lalui semua ni. Dia..takkan biarkan kita tertunggu-tunggu lama.." kata aku perlahan turut memberi kekuatan padanya.

Datin hanya mengangguk kecil dalam pelukan. Dia memejam matanya perlahan.

Aku mengelus lembut belakangnya. Mataku ikut terpejam dalam pelukannya. Lama kami berdua berkeadaan begini sebelum pelukan kami terlerai.

Kami dua saling berpandangan dan tersenyum.

"Dah² jangan nangis.." katanya sambil mencuit daguku mesra.

"Mommy pun sama.." Kata aku sambil memegang pipinya lembut.

Akhirnya kedengaran tawa kecil dari bibir kami.

"Puteri, bagaimana dengan gaun ni? Okey tak? Selesa?" kata Datin Arina. Sekarang ini kami dua sudah bangun dari duduk.

"Iye mommy. Sesuai sangat. Tak terlalu ketat dan tak terlalu seksi. Pandai mommy pilih. Macam mana mommy tau saiz Puteri?" kata aku ceria. Badan memusing-musing tubuh sendiri.

"Mommy tengok tubuh kamu pun mommy boleh tahu. Cuma..kain di bahagian lengan kamu ni perlu dilonggarkan sedikit. Mommy tengok macam ketat sikit je."

"Ha'aalah mommy. Pandai mommy teliti. Hehe baru Puteri nak cakap." kata aku tersengih comel.

"Of courselah. Mommy kan mommy Puteri juga." kata datin sambil mengengit matanya.

Akhirnya kedengaran gelak tawa kecil bahagia dari kami berdua.

**********
"Kyran..saya dah datang ni!" kata aku ceria di muka pintu. Namun, tidak ada maklum balas dari Kyran pun. Hanya tubuh Kyran yang masih kaku terlantar di atas katil.

"Eh Puteri." tegur Camelia tersenyum di atas kerusi tepi katil Kyran. Telefon yang dipegangnya diletak ke tepi dulu.

Aku membalas senyumannya dan menghampirinya.

"Terima kasih Camelia. Tolong jagakan Kyran waktu saya dengan Datin tiada." Kata aku tersenyum.

"Eh tak apalah. Lagipun, saya kan bibik datin." kata Camelia dengan ramah.

"Camelia, takpe. Awak boleh pergi. Saya ada akan tolong jagakan Kyran."

"Okey Puteri. Saya pergi dulu ye?" kata Camelia yang sudah menjinjit beg sandangnya.

Aku hanya mengangguk kecil. Sebelum sempat ekor mata mengekori kelibatnya sebelum hilang dari pandangan.

"Kyran..apa khabar sayang?" kata aku lembut memulakan bicara. Aku duduk di tepinya. Seperti biasa, aku menyentuh tangannya lembut.

"Kyran, awak nak tahu tak? Saya ada berita baik ni. Hari ni kan..Farah akhirnya keluar dari bilik. Saya dah boleh tengok perubahan dalam diri dia. Saya rasa gembira sangat sebab Farah tak kemurungan lagi. Cukuplah sepanjang dua bulan dia asyik memerap dalam bilik. Ohh ya, Karen dengan Farah pun saya tengok mereka dah makin rapat tau awak?" kata aku ceria.

Suasana hening seketika. Aku menghembus nafas perlahan.

"Awak..Farah dah berubah awak pula bila mahu sedar? Hmm? Saya dah rindu sangat mahu dengar suara awak. Tak apa, saya akan tetap tunggu awak. Saya yakin awak akan sedar juga nanti. Awak kena kuat ya?" kata aku cuba untuk tersenyum.

Aku menyeka air mata di pipiku.

"Hehe apalah saya ni. Cakap banyak pula. Sampai tak sedar, ni time untuk awak mandi. Hehe.." Aku cuba tertawa kecil. Namun, Kyran hanya tetap diam tanpa reaksi. Matanya masih dipejam rapat.

Aku merenung sekilas ke arah alat vital di tepi Kyran. Walaupun aku cakap seorang diri, tapi aku yakin dalam tidur Kyran dapat dengar suara aku.

"Saya mandikan awak eh?" aku mula bangun dari duduk. Baju di kancing Kyran aku buka perlahan. Di dalam besen kecil aku menukar air lain di bilik air. Tuala kecil turut ada sekali. Selepas itu, aku keluar dari bilik air beserta besen kecil dan tuala di tangan aku. Aku mendekati katil Kyran.

Aku mengelap lembut tangan Kyran hingga ke bahagian lengan berkali-kali. Baju lengannya aku sudah sinsing sehingga ke paras bahu begitu juga kakinya sehingga ke paras betis. Selepas itu aku mengelap dadanya, mukanya, kepalanya dan akhir sekali kaki dan betisnya.

Inilah rutin harian aku buat setiap hari pada Kyran. Aku tak boleh tukar bajunya kerana aku perempuan. Lagipula, aku bukan siapa-siapa lagi bagi Kyran. Selalunya yang akan tolong tukar baju ialah nurse lelaki.

Lagipula, aku bukan pandai sangat mahu uruskan orang koma ni. Takut tersilap langkah pula. Baju bahagian lengannya dan kaki aku sinsing ke bawah pula.

Selepas memandikan Kyran, aku turut merenggang-renggangkan otot di lengan dan kaki Kyran. Menurut doktor, pesakit koma yang asyik terlantar di katil ini perlulah direnggangkan sedikit otot mereka. Kalau kita pun asyik baring dan duduk lama pun dah rasa lenguh apatah lagi mereka yang sedang koma tidak boleh buat apa-apa ini kan? Mereka pun macam kita juga.

Aku naikkan lengan Kyran dan membengkok sedikit ke belakang. Begitu juga kaki Kyran. Aku ulang beberapa kali.

Balqish pov

Aku berjalan perlahan-lahan dengan tumit kasutku ke bilik wad Kyran. Baru aku buka sedikit pintu, aku dah melihat dia bersama dengan Kyran. Terus aku menutup kembali pintu tanpa dirinya sedar.

"Haih, dia pula ada kat sini.." gumam aku perlahan. Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar.

Akhirnya, aku membuat keputusan untuk terus membuka pintu dengan luas dan masuk ke dalam.

Kulihat Puteri memandang aku lama. Tiba-tiba senyuman dicariknya lembut padaku. Aku tersentak. Kenapa..dia tiba-tiba senyum? Hairan. Mereng dah ke?

"Kau nak lawat Kyran kan? Tak apalah, kau duduklah sini dulu. Aku duduk di sofa tu. Lagipun, kau nak duduk sini sekejap je kan?" kata Puteri yang sudah bangun dari duduknya seperti memberi ruang pada aku untuk duduk di tepi Kyran.

Aku hanya mengangguk kecil tanpa senyuman di bibir. Wajahku hanya beriak datar memandangnya.

Puteri sudah duduk di tempatnya. Manakala aku, duduk di tepi Kyran.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefonnya berdering.

"Hello..aunty Maria?"

"A-Apa?? Farah jatuh tangga??" kelihatan di reaksi muka Puteri yang terkejut dan risau itu. Dia sudah menekup mulutnya.

"Okey aunty, Puteri datang sekarang. Ye okey aunty." Puteri menamatkan panggilannya.

"Errr.. Balqish. Boleh kau duduk sini sebentar? Tolong duduk bersama Kyran sepanjang aku pergi? Aku mahu pergi ke rumah Farah sekejap. Ada hal mustahak.." katanya perlahan. Dia sudah bangun dari duduk. Matanya seperti berharap pada aku.

"Hmm, boleh." kata aku perlahan. Kini menatap sayu wajah Kyran yang kaku ini.

"Terima kasih.." katanya perlahan sambil menunduk ke bawah. Tanpa apa-apa, dia terus mengambil begnya dan keluar dari bilik Kyran.

Aku mengeluh kecil. Bibir cuba tersenyum memandang Kyran.

Perlahan-lahan aku menyentuh lembut tangan Kyran.

"Kyran saya datang ni. Awak..bila mahu sedar?.." Kata aku perlahan.

Tiba-tiba..

"Erghhh..hmmhh.." terdengar erangan kecil dari bibir Kyran. Dia seperti tidak senang duduk. Kepalanya terteleng ke kiri dan ke kanan.

"Kyran, awak dah sedar?" kata aku gembira. Aku menekup mulut kerana terlalu teruja. Kyran perlahan-lahan menggerakkan jarinya. Dan aku dapat rasakan itu.

Aku tersenyum sendiri. Mata kini melotot ke wajahnya menanti dia membuka mata.

Dan yepp! Betul sangkaan aku. Kelihatan Kyran membuka kelopak matanya perlahan.

Mula-mula dia seperti beriak keliru. Matanya asyik memandang sekeliling.

Aku bersuara lagi.

"Kyran? I-Ini saya. Balqish. Dan awak sekarang berada di hospital." kata aku perlahan.

Beserta alat pernafasan di hidungnya, Kyran bersuara perlahan sambil memandang aku lama.

"Si..siapa kau??"

Aku tergamam.

Kyran..tak ingat aku???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience