Kedebukk!!
Puteri terjatuh pengsan di atas lantai. Tubuh badannya yang lemah tidak mampu bertahan.
"Puteri!!"
"Puteri.. kenapa ni?? B-Bangunlah.." Audrey sudah memangku kepala Puteri ke atas ribanya. Dia cuba menggerakkan tubuh Puteri berkali-kali namun Puteri masih terpejam mata rapat.
Karen turut berlari ke arah kakaknya dengan hati cemas dan risau. Semua orang mula banyak mengurumuni tempat Puteri. Kyran mencantumkan keningnya.
Dia hanya memerhati lama ke arah kerumunan orang ramai itu.
"Mungkin ada pesakit pengsan atau jatuh maybe.." gumamnya perlahan sambil mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Namun, ada sesuatu yang sedikit mengganggunya.
Tumpuan Kyran kini ke arah hadapan. Kyran, Balqish dan Datin Arina mula menapak keluar dari hospital. Tiba-tiba Datin Arina ternampak wajah Karen dan Farah di situ.
"Korang dua tunggu di kereta dulu ye? Kyran, nanti mommy sampai." kata Datin Arina.
Kyran hanya mengangguk dan tersenyum.
"Balqish tolong bawa Kyran ke kereta ye?"
"Baik, datin. Kyran..jom." ajak Balqish. Kyran hanya mengangguk. Selepas itu jadilah mereka berdua keluar dari hospital. Datin Arina pula pergi ke arah lain.
Terus mulutnya ditekup kerana terkejut apabila terpandang tubuh Puteri yang lemah dicempung oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
"Karen, kenapa dengan kakak kamu ni?" Datin Arina memegang pipi Puteri yang berada dalam dukungan. Karen di sebelah bersuara.
"Karen pun tak tahu, Datin. Sedar-sedar saja Karen nampak kak terus rebah pengsan kat sini." Sementara Karen menjawab soalan Datin Arina Audrey sudah mencempung tubuh Puteri ke bilik wad.
Sepanjang ke bilik, sayu matanya memandang Puteri dalam dukungannya.
Dengan secara lemah-lembut dan perlahan Audrey meletak Puteri di atas katil. Tangan yang memangku kepala Puteri perlahan-lahan dia letak kembali ke bawah. Dia pandang wajah Puteri dengan lebih dekat.
"Rehatlah Puteri.." katanya perlahan.
Audrey kini mengangkat kepalanya dan berdiri tegak. Di belakangnya ada seorang lelaki dan juga seorang wanita.
Wanita itu dia kenal. Siapa tak kenal dengan datin Arina? Anak selebriti terkenal.
Audrey menunduk sedikit kepala kepada Datin tanda hormat. Dia mengukir senyuman segaris.
Manakala Karen sedikit tercengang memandang tubuh Puteri yang banyak luka lebam dan bengkak itu. Baru dia sedar. Dia perlahan-lahan mendekati ke katil kakaknya.
"Si..siapa yang buat kakak aku seperti ini?" kata Karen dengan bergetar menahan gelora di dada. Tangan di sisinya sudah digenggam seerat mungkin.
"Tak tahu..kalau kau mahu tahu macam mana aku jumpa dia? Jawapannya, tak. Bukan aku yang jumpa dia. Ianya kawan aku. Kau boleh jumpa dia dan tahu perkara sebenar dari mulut dia." kata Audrey selamba.
'Jadi dialah adik Karen..'
Manakala Karen sudah menitiskan air matanya. Melihat tubuh kakaknya seperti itu, membuat hatinya begitu koyak.
"Kak.. maafkan dik..Sebab gagal lindungi kak dengan baik.." kata Karen sudah menangis tersedu-sedan di tepi kakaknya. Manakala Datin Arina yang melihat sudah berasa sebak di dada.
"Maafkan adik..kak.. maafkan adik.." Hanya itulah kata-kata yang keluar dari mulut Karen berkali-kali. Dia berasa menyesal dan malu kerana tak dapat melindungi kakaknya dengan baik.
**********
Kyran pov
Aku termenung kecil di tepi tingkap dalam bilikku ini.
Teringat lagi dengan kata-kata mommy tu.
Imbas kembali~
"Kyran, kamu tidak mahu lawat Puteri ke nak? Dia..dia sakit. Sekarang ni dia berada di hospital sama dengan kamu." kata Datin Arina yang ketika itu sudah berada dalam kereta begitu juga Kyran dan Balqish. Balqish hanya terdiam sepi menadah telinganya mendengar perbualan Kyran dengan mommynya.
"Puteri? Entahlah mommy.. lagipun Kyran tak ingat dia. Nanti Kyran cuba jumpa dia dan cakap dengan dia ye mommy?"
Imbas kembali tamat~
"Siapa Puteri tu eh? Aku kenal ke dengan dia?" gumam aku sendirian. Jari telunjuk di bawa ke bibir manakala lengan siku aku letak ke atas di mana dedaun tingkap yang sudah terbuka.
"Ermm.. Puteri.. Puteri.. siapa kau sebenarnya?" Gumam aku lagi. Aku termenung lagi. Kini pandanganku jatuh tepat ke hadapan.
"Puteri..kenapa aku rasa nama tu familiar sangat? Ahh..aku tak boleh ingat lah. Serius dia macam.. perempuan misteri. Lagipun aku tak pernah nampak dia lagi." Spontan minda teringat kejadian tadi di hospital.
"Jadi.. betullah dia Puteri.." sebab mommy cakap dia berada dalam hospital. Dialah orang tu.
Imbas kembali lagi..
"Puteri!!"
Aku tersentak. Jantungku seakan terhenti mengepam seketika. Terasa masa seperti berlalu dengan perlahan.
"P-Puteri?" Gumam aku apabila terpandang seorang lelaki yang menjerit memanggil nama 'Puteri'. Suaranya hingga kedengaran ke sini.
Selepas itu aku toleh kepala ke arah lain. Sempat ku lihat tubuh seseorang yang sudah rebah jatuh ke lantai. Aku tergamam.
Tidak sempat kulihat wajahnya. Hanya sekujur tubuh perempuan yang sudah pengsan ke lantai hospital. Orang ramai mula mengurumuni dirinya.
Imbas kembali tamat*
Sedang aku ralit termenung kecil di sini tiba-tiba bahuku ditepuk lembut oleh seseorang. Terperanjat aku dibuatnya sehingga ternaik sedikit bahuku. Pfft! Nasib baik aku tak termelatah tadi.
"Mommy? Haih.. terkejut Kyran.." Kata aku perlahan. Aku mengusap-usap dadaku berkali-kali. Terasa jantung hampir mahu tercabut saja tadi.
Kelihatan mommy aku sudah tertawa kecil padaku. Aku mencebik mulut ke tepi.
"Hehehe jauh termenung, nak. Kamu fikirkan Puteri ye?" kata mommy yang sudah menghenyak punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan aku.
Erk! Mommy ni..macam tahu-tahu saja aku memang fikirkan dia.
"Mommy..siapa dia sebenarnya?" Soal aku akhirnya terluah juga pertanyaan ini dari mulutku.
Mommyku tersenyum nipis.
"Puteri.. dia ialah perempuan yang baik sangat pada mommy. Kamu ingat tak..dulu..kamu dengan dia rapat sangat. Macam tidak mahu berenggang. Seperti dakwat dengan kertas." kata-kata mommy sedikit membuatku tersentak.
"Tak, Kyran tak ingat. Jadi..apa hubungan kami berdua mommy?" kata aku seperti sudah tidak sabar ingin tahu. Hanya mommy saja orang yang aku ingat dan percaya selain daddy. Jadi, apa-apa yang dia kata aku pasti akan ikut dan percaya.
Belum sempat mommy ku mahu menjawab pertanyaanku. Seseorang sudah menyampuk di muka pintu.
"Datin..boleh saya cakap dengan datin sebentar?" kata Balqish.
"B-boleh..Err..Kyran nanti kita cakap lagi ye sayang?" kata mommy yang sudah berdiri tegak di hadapan ku. Dia menepuk lembut pipiku sebelum pergi mengikut Balqish.
Aku hanya ikut kelibat mereka dengan ekor mata sebelum hilang dari pandangan.
Aku mengeluh kecil perlahan seorang diri. Mata kini melotot ke luar tingkap.
************
"Apa yang kamu nak cakapkan Balqish? Penting ke?" Soal Datin Arina kepada Balqish sebaik mereka berdua berada di beranda.
Balqish tersenyum penuh makna.
"Datin..Datin..huh, datin tak ingat saya ke? Saya ni. Balqish Kenisha. Anak kepada Puan Kyla Florence." kata Balqish tersenyum senget.
Datin Arina terkejut, terkedu dan terkilan. Terasa panas cuping telinganya terngiang-ngiang dengan kata-kata Balqish sebentar tadi.
"A-Anak K-Kyla Florence? T-tapi..bukan kamu kata nama kamu ialah Balqish Sofea?" Soal Datin Arina menekup mulutnya. Kepala digeleng kecil berkali-kali. Tersandar tubuhnya ke dinding secara tidak langsung apabila dia seakan tidak dapat mengimbangi diri kerana terlalu terkejut.
Matanya yang penuh bertakung dengan air mata memandang Balqish dengan rasa tidak percaya. Pandangan semakin kabur. Spontan masa silamnya menerjah kembali ke ingatan apabila mendengar satu nama itu. Nama yang dia cuba untuk tidak ingat lagi dan mahu lupakannya. Dan sekarang..gadis itu anaknya pula? Memang ini.. mengejutkan baginya.
"Balqish Sofea. Heh, itu hanyalah nama samaran aku. Kenapa? Terkejut? Baru teringat dosa-dosa kau dulu pada kami? Huh? Datin Arina.." kata Balqish dengan sinis. Sudah bertukar panggilan hormatnya pada datin Arina. Terus bertukar kepada nada kasar. Walaupun dia tak hormat datin Arina sebagai datin tapi dia malah tak kisah kalau tak hormat orang tua. Nadanya begitu biadab seolah-olah dia bercakap dengan kawannya sendiri. Semua ini ada sebabnya. Bagaimana Balqish tiba-tiba cakap seperti ini? Apa hubungan dia dengan Datin Arina di masa lalu?
Dia tersenyum jengkel. Perlahan-lahan setapak demi setapak dia menghampiri Datin Arina.
Datin Arina sudah mengalirkan air matanya.
"J-jadi..ka..k-kamu adalah anak dia? Ma..macam boleh? Balqish.. k-kamu adalah anak yang hilang pada 18 tahun yang lalu tu ke? Di mana kamu menghilang selama ini, Balqish?"
Balqish tersenyum sinis. Tak lama kemudian, senyumannya kian pudar di bibirnya.
"Kau tak perlu pura-pura ambil tahu lah pasal aku. Aku tak suka betul dengan orang yang pura-pura ini. Ia..membuat aku jijik. Kau tahu?"
Datin Arina tersentap dengan kata-katanya. Dia mahu memegang pipi Balqish tapi dengan cepat Balqish memalingkan wajahnya ke tepi. Raut wajahnya penuh dengan kebencian dan dendam.
"Jangan kau cuba-cuba pegang aku dengan tangan kau tu. Ia membuat aku rasa jengkel kau tahu? JENGKEL SANGAT." kata Balqish mencerlung tajam wajahnya memandang wajah orang tua di hadapan.
"Kamu dah besar, Balqish. Kamu tumbuh dengan begitu baik. Kamu dah jadi perempuan yang sangat cantik macam ibu kamu. Qish.."
Tiba-tiba Balqish mencengkam rambutnya dengan kuat. Dia menutup kedua-dua telinganya dengan telapak tangan. Bibir bawahnya bergetar. Dengan mata yang merah, dia memandang tajam ke arah Datin Arina.
"Arghhh! Jangan pernah panggil nama aku macam tu lagi! Hanya ibu aku saja yang layak panggil macam tu! Bukan orang yang macam kau!"
Datin Arina terkejut mendengar jerkahan dari Balqish sehingga ternaik sedikit kedua-dua bahunya. Terasa terpempan. Datin Arina sudah menangis teresak-esak. Dia cuba menyentuh tangan Balqish.
"Jangan cuba sentuh aku lah!"
"Nak..kamu tak tahu..siapa cakap aunty tak pernah cari kamu? Sejak itu lagi..aunty cuba untuk tebus dosa aunty pada ibu kamu. Aunty mahu jaga kamu. Mahu besarkan kamu, dan anggap kamu sebagai anak aunty. Tapi..belum sempat aunty mahu pergi ke panti asuhan untuk ambil kamu.. tiba-tiba heboh mengatakan kamu tiba-tiba hilang. A-Aunty..aunty rasa sangat down! Aunty rasa menyesal sangat. Tolong jangan salahkan aunty..aunty mohon..aunty yang alpa masa tu. Lagipun..ia kisah lama. Tolong lupakan ya?"
"Kisah lama ini juga yang akan perlahan-lahan memakan diri kita sendiri. Kita buka hidup baru ya? Hanya pandang ke depan. Sama-sama..aunty..mohon pada kamu sangat-sangat.." Datin Arina sudah menyusun sepuluh jarinya ke mulut seperti gaya memohon pada Balqish. Keningnya tercantum. Dan air mata mengalir berkali-kali ke pipi.
Balqish secara tiba-tiba ketawa.
"Hahahaha..kau kata apa? Lupakan ia? Ohoh, senangnya kau cakap. Heyy, dengan segala luka pilu.. dengan.. berjuta-juta sakitnya yang aku tanggung selama ini..aku menderita seorang diri selama ini macam orang gila..kau suruh aku lupakan macam tu saja? Kau memang orang tak sedar diri, datin." kata Balqish tersenyum sinis.
"Kau pernah kejam dengan ibu aku! Ibu aku mati disebabkan kau! Kau tahu..kau dah seperti ibarat bunuh separuh jiwa dan nyawa aku bila ibuku dah tiada.. kalaulah kau sempat datang ketika itu..Kau dah tahu.. yang aku hanyalah ada dia. Dialah satu-satunya batu permata yang paling berharga buat aku. Tapi..kau..kau dengan senangnya.. dengan senangnya kau buat ibu aku macam tu. Selepas kau 'bunuh' ibu aku..sejak itu dendam, sakit, perit aku tanggung sorang-sorang diri tau? Aku dah laluinya..begitu banyak duri dan rintangan aku laluinya sendiri."
"Datin!! Kau yang paksa aku..kau lepaskan panah dengan begitu banyak dalam hati aku...orang yang aku anggap sebagai aunty aku sendiri..buat aku macam tu..Aku sakit lah! Sakit sangat! Hisk.. hiskk..kenapa..kenapa kau buat aku macam ni hah? Hisk.. hisk..dalam banyak-banyak orang kenapa mesti ibu aku?"
Balqish sudah terduduk lemah di atas lantai. Dia melepaskan tangisan peritnya di situ juga. Datin Arina turut terduduk dihadapannya. Dia asyik menggeleng kepalanya berkali-kali.
"M-Maafkan aunty nak..dulu..aunty begitu alpa. Aunty tak ingat pasal ibu kamu. Maafkan aunty.." Datin Arina mengenggam erat lutut Balqish. Terpejam matanya apabila bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis.
Balqish tersenyum sinis lagi. Dia memandang tepat ke arah lain. Kepalanya disengetkan sedikit seraya mendongak ke atas. Langsung tidak teringin mahu menatap wajah di hadapan.
"Kau nak tahu tak.. sebelum ibu melepaskan nafasnya terakhir..dia asyik sebut nama kau. 'Arina..Arina..' waktu tu dia begitu tenat tapi kau buat apa? Kau pergi bercuti seronok dengan keluarga kau. Aku waktu tu yang baru 8 tahun..8 TAHUN.. punyalah telefon kau bagai nak mati. Ketika aku perlukan kau ..kau tiada. Ibu aku tenat pun..kau langsung tak ambil kisah? Kau matikan telefon kau. Aku mahu tanya..waktu tu kau manusia apa eh?" Balqish tersenyum dalam kepedihan. Air mata yang asyik mengalir ke pipi dia seka kasar dengan telapak tangan.
"Ibu aku dah muntah darah waktu tu...dan akhirnya..tanpa apa-apa lagi dia dah meninggal. Kalaulah waktu tu..kau sampai awal dan tolong ibu aku..ibu aku takkan mati kau tahu? Dan aku.." Balqish menepuk dadanya.
"Dan aku..tak perlu rasa sesakit ini. Kita pun..takkan jadi macam ni. Aku takkan jadi orang jahat macam ni. Semuanya berpunca dari kau."
"Hidup kau mesti puas kan? Kau mesti bahagia sepanjang hidup kau. 'Datin' huh? Kau tak layak..dapat gelaran hormat tu. Kau tak layak hidup bahagia seperti ini! Ibu aku mati disebabkan kau! Sebagai balasan..kau kena pulangkan balik ibu aku! Pulangkan dia balik!" Jerit Balqish tiba-tiba secara histeria. Dia tiba-tiba mencekik leher Datin Arina di hadapannya.
"N-Nak..S-Ss..sa..kit.." Datin Arina cuba mengambil oksigen. Mulutnya ternganga seolah-olah terdesak mahu mengambil nafas. Dia memegang kedua-dua tangan Balqish yang erat mencekik lehernya itu. Hampir terputus nafas dibuatnya.
"Sakit huh? Apa yang kau buat pada aku lebih sakit dari inilah..hisk..hisk..luka yang kau beri pada aku tak seperit ini!!" Balqish makin mempererat cekikan ke leher Datin Arina.
"Erghh..ka..mu..b-b..bu..k-kan o-orang s..se..perti..i-ini.. B-Bal..qish." kata Datin Arina dengan nada tersekat-sekat.
Aku tersentak. Tangan yang menggigil terhenti dari mencekiknya dengan kuat. Bibir bawah bergetar pilu. Mata tidak bekerdip lama. Spontan air mata mengalir ke pipi tanpa terpejam mata.
Balqish seperti nampak menakutkan. Bila lihat sekilas lalu, pasti orang akan anggap dia orang gila.
Akhirnya tangan Balqish perlahan-lahan melurut ke bawah. Terus Datin Arina mengambil nyawa dengan tercungap-cungap seraya memegang lehernya yang sedikit merah sebaik saja Balqish melepaskannya.
"Huh.. huhh..huhh.." cungap datin Arina.
Balqish tersenyum sinis lagi. Dia mendekatkan wajahnya ke sisi Datin Arina. Mulutnya didekatkan ke telinga datin seraya berbisik.
"Aku..tak boleh bunuh kau..kau..aku akan hukum..hanya tunggu dan lihat. Datin Arina.." ketika berbisik, air mata Balqish terus-terusan mengalir ke pipi. Sebaik berkata begitu, Balqish terus bangun dari duduk meninggalkan Datin Arina yang menangis kesal itu.
"K-kamu..tak tahu..s-sejak ibu kamu meninggal..hidup aunty selama ini.. langsung tak tenteram nak. Ergg..hisk..hisk.." tangan Datin yang berada di lantai digenggam beserta tangisan mendayu darinya yang seperti tak henti-henti. Malah, makin lebat tangisannya apabila teringat akan hal itu.
Satu per satu air mata menitis ke lantai.
Yeah! Dia berasa menyesal. Namun, menyesal sambil menangis air mata darah pun tidak ada gunanya. Kalau mahu tanya dia menyesal atau tidak? Dia betul-betul menyesal sangat akan perbuatannya itu. Namun..sudah terlambat..masa sudah berlalu..usia kian melanjut..itu memang benar-benar kisah lama..tapi seakan-akan ia baru terjadi dan masih segar di minda.
Tanpa dia sedari, perbuatannya itulah yang membuat Balqish seperti ini. Yeah, betul tu. Balqish juga orang yang teraniaya. Dulu, dia begitu miskin dan tinggal bersama ibunya.
Siapa kata dia tak ada pengalaman itu? Dia ada..dan pengalaman itu cukup membuatnya begitu derita. Ditambahkan, dengan kisah silamnya dengan Datin Arina.. menambahkan lagi duka dan lara dalam hatinya.
Balqish ketika ini sedang berdiri menghadap cermin tingkap yang lebar dan panjang di suatu bilik.
Mulutnya ditekup. Bahunya asyik terhinjut-hinjut kerana menangis. Dia memejam matanya rapat seraya menunduk sedikit kepala ke bawah.
Teringat dia dengan kenangan bersama mendiang ibunya dulu.
"Ibu..ibu dah lah tu menyulam kain. Ibu asyik bekerja dari pagi sampai ke petang. Letih la ibu kalau macam ni..Ibu rehatlah.." kata seorang anak kecil yang sudah petah dalam berkata-kata. Dia menggoyang lengan ibunya manja.
Puan Kyla tertawa kecil. Dia memandang anaknya dengan mata yang redup itu. Seraya mengelus lembut rambut anaknya yang pendek separas bahu ini.
"Qish..ibu kenalah bekerja keras nanti ibu nak bagi apa untuk suap makanan ke mulut anak ibu yang tersayang ni. Hmm?" katanya lembut saja apabila menjamah telinga.
Kelihatan kanak kecil itu seperti berfikir sejenak.
"Ohh, maknanya kalau ibu tak kerja keras..Qish takkan dapat makan lah ni. Macam tu?" soal kanak kecil itu dengan polosnya.
"Boleh dikata begitu sayang.."
"Alooo..kalau macam tu..bila Qish dah besar nanti..Qish nak senangkan hidup ibulah. Supaya ibu..tak perlu kerja keras macam ni lagi..Sebab ibu dah buat macam-macam untuk Qish. Ibukan ibu Qish?" kata kanak kecil itu tersengih comel menampakkan gigi hadapannya yang tidak ada satu. Comel saja bila dilihat.
Puan Kyla tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Terus tubuh kecil anaknya ditarik dalam pelukannya.
"Ibu sayangkan kamu..nak." kata Puan Kyla perlahan. Di dalam pelukan, tanpa disedari anaknya..dia menangis dalam diam. Andai saja anak dia tahu.. yang dia takkan dapat hidup lama lagi. Suatu hari nanti, dia dah tak dapat bersama, didik dan menyara hidup anak tersayangnya lagi. Sungguh, penyakit kansernya sudah merebak hingga ke tahap 4.
Dia pun baru tahu yang dia ada kanser. Sekarang, tidak ada gunanya untuk dia tahu. Kerana, peluang untuknya hidup amat tipis. Tidak ada gunanya lagi untuknya bertungkus-lumus mencari rawatan.
"Qish pun sama..lagi sayang ibu!" katanya ceria dalam pelukan.
Setitis air mata hangat mengalir ke pipi insan yang bergelar ibu. Sungguh, hati Puan Kyla begitu rasa sebak saat ini. Namun, dia cuba kuatkan diri demi anaknya.
"I-Ibu.. kenapa ibu tak beritahu pada Qish.. yang ibu ada kanser? Kenapa bu? Kenapa.." gumam Balqish seorang diri. Setitis air mata jatuh menuruni ke pipinya. Teringat akan kenangan ketika bersama dengan mendiang ibunya lebih membuatnya begitu rasa perit.
"Semua ini salah Datin Arina! Sudah tak ada gelar untuk dirinya sebagai aunty! Dia bukan aunty aku..dia perlu dihukum..aku nak dia berasa menyesal bagai nak gila..hehe." Balqish tiba-tiba tertawa kecil seorang diri. Malah, air mata masih setia mengalir ke pipi.
Dia ingat lagi betapa.. susahnya dia mahu telefon Datin Arina pasal ibunya yang tiba-tiba tenat.
Imbas kembali~
"I-Ibu..kenapa ni bu? Hisk..hisk..ibu nampak sakit sangat..I-Ibu sakit apa bu? Hiss.. hiss..." Tangis kanak kecil itu pecah jua apabila melihat ibunya yang terbatuk-batuk darah tanpa henti.
"Uhuhkk..uhuhkk..." Terbatuk-batuk Puan Kyla sehingga terbangun sedikit dari perbaringannya dan memuntah darah ke lantai di situ juga.
"Ibu!!! Kenapa ini ibu??" Bertambah kuat tangis anaknya apabila melihat ibunya yang semakin tenat ini.
"I-Ibu..Qish call aunty ye? Aunty..pasti tolong ibu bawa ke hospital. Ibu bertahan dulu ye? Hisk..hisk..Qish tak nak kehilangan ibu.." kata si kecil itu lalu cuba mencari telefon ibunya. Apabila sudah ditemukan, dia terus cuba mencari nombor telefon aunty.
Apabila terpandang nama 'Arina' di list nombor panggilan terus dia menekan butang hijau untuk telefon.
Namun, hampa. Apabila talian tidak bersambung. Ketika ini pula, Datin Arina meng off handphonenya supaya dapat bercuti dengan keluarga tanpa gangguan.
"A-Aunty.. jawablah.." kanak kecil itu cuba telefon lagi, lagi dan lagi. Namun talian tetap tak dapat bersambung. Ketika ini, budak sekecil Balqish tidak tahu lagi cara mahu mendail nombor ambulans.
Balqish menjadi lebih takut dan panik. Dengan bunyi batuk ibunya, dengan bunyi telefon yang asyik masuk voice mail memang boleh buat dia panik secara tiba-tiba.
"Kenapa..bila nak telefon dengar suara orang lain. Orang nak dengar suara aunty la..aunty..Hisk..hisk..aunty jawablah telefon. I-ibu nampak makin teruk. Hisk..hisk.." suara dan tangisan kanak kecil itu bercampur.
"Q-Qis..hh.." Panggil ibunya dengan nada tersekat-sekat dan susah.
Balqish menoleh memandang ibunya. Pipi anak kecil itu sudah lebat dengan air mata. Kedengaran selang-seli esak tangis kecilnya.
"Q-Qish..ma..maaf..kan..i-bu uhukk.. uhuhkk..I-Ibu..t..ta..k d-da..pat a..a..da.. d-de..ngan...k-kam..u..uhukk..uhukk..j-jaga..d-diri..b-baik..ba..ik.." selepas melafazkan sepatah dua kata itu.. terus Puan Kyla menghembuskan nafas terakhirnya.
Papp..!!
Kedengaran telefon yang dalam genggaman kanak kecil itu secara tidak langsung terus terpecah ke lantai.
Kerana hal itu, disaksikan olehnya sendiri di hadapan mata. Melihat ibunya meninggal seperti itu. Tangan kecilnya menggigil. Dia cuba menyentuh ibunya itu.
"I-I..bu?" Kanak kecil itu cuba menghampiri ibunya. Tubuh ibunya yang kaku itu digerak olehnya berkali-kali.
"Ibu..hisk..hisk.. bangunlah.. Kenapa ibu tidur? Ibu.. janganlah tidur.."
"Ibu!! Hisss..hisss..bangunlah..!! Jangan tinggalkan Qish..hisk..hisk..ibu..!!!" Kanak kecil itu berteriak, menangis dan meraung.
Melihat ibunya seperti ini..baru dia sedar.. yang ibunya takkan bangun. Tak sampai esok..tak juga lusa tapi buat selama-lamanya.
"Ibu..Qish dah janji..nak senangkan hidup ibu. Kalau ibu tak ada nanti... siapa nak jaga Qish i-ibu? I-Ibu.. janganlah macam ni..hiskk..ibu?!!! Huwarghhh..ahhuh.. hisk.."
Jiran-jiran dan penduduk di situ terus menerjah masuk ke rumah apabila terdengar jeritan, tangisan, raungan, rintihan daripada kanak kecil ini.
Masing-masing yang melihat pemandangan di hadapan terus ada yang menekup mulut kerana tak sangka, ada yang terus membuat panggilan ambulans, ada yang sudah menitiskan air mata, ada yang berasa sebak dan kasihan dengan nasib malang anak kecil itu. Ada juga yang cuba untuk memujuknya. Namun, masih kedengaran laungan dan rintihan gadis kecil itu seperti tidak mahu melepaskan ibunya pergi.
Ibu-ibu lain yang cuba memujuk dan memegang lengannya, terus anak kecil itu menepis kasar dan bertindak agresif. Air mata semakin lebat membasahi pipinya. Dia menjerit lagi.
Imbas kembali tamat~
*********
"Kak... bangunlah.." Karen sudah menangis melihat kakaknya yang masih tidak sedarkan diri. Keadaan kakaknya ini benar-benar menguris hatinya.
Manakala Farah yang turut berada di tepi kiri katil Puteri berhadapan Karen mengenggam jemari Puteri lembut.
Dia turut mengalirkan air matanya. Walaupun, dia tak dapat melihat. Cukup, dia tahu. Betapa cukup malang dan deritanya Puteri tanggung. Bukan hari ini saja. Dari dulu.. sehingga sekarang.
Tiba-tiba kelopak mata Puteri mula bergerak-gerak. Dengan perlahan-lahan Puteri membuka matanya. Jari jemarinya yang berada dalam genggaman Farah turut bergerak-gerak membuat Farah sedar yang Puteri sudah terjaga. Dia tersenyum.
"Puteri dah sedar.."
Karen dengan Farah sudah tersenyum kerana Puteri sudah sedar.
Puteri cuba mendudukkan dirinya dibantu oleh Karen.
"Kak.."
"Adik..Farah? Korang dua pun ada di sini?" kata Puteri dengan perlahan. Dia mengerdip mata dengan lemah.
Terus Karen dan Farah memeluk Puteri erat. Puteri tersentak. Tak lama kemudian, dia tersenyum dalam pelukan. Kini, tangannya memeluk lembut bahu Farah dan Karen dalam pelukannya.
Puteri pov
"Kak..siapa yang buat kak macam ni? Kenapa kak selalu jadi macam ni? Balqish kan yang buat kak macam ni?" kata-kata adikku sedikit menyentak diriku.
Kini pelukan kami bertiga terlerai.
Aku tersenyum kelat.
"Sampai bila..kak pun tak tahu. Tapi..adik dengan Farah janganlah nangis. Kak kuat.. Puterikan ialah seorang yang kuat?.. Walaupun dia kadang-kadang rasa mahu hampir putus-asa dan lemah tapi dia cuba kuatkan demi korang dua. Cuma.. Balqish cuba mahu buat kak sakit dan merana. Kak takkan putus-asa. Kak..hanya harus bertahan sekejap saja lagi. Sekejap saja.. walaupun terpaksa alami semua ini..ini sudah buat kak jadi lebih kuat.." mataku sudah bergenang dengan air mata.
Begitu juga Farah dan Karen.
"Adik takkan biarkan kak tanggung semua ni dorang-sorang..kami dua sentiasa ada dengan kak..dan juga aunty.." Kata Karen yang berjaya membuat air mata aku mengalir jua.
Buat kedua kalinya, kami bertiga berpelukan lagi.
"Terima kasih..terima kasih.." kata aku perlahan. Kami bertiga sudah menangis teresak-esak bersama.
Tanpa aku sedar, Audrey yang berada di sebalik muka pintu sudah memejamkan matanya sambil menyandar kepala ke pintu. Telinganya hanya mendengar tangisan kecil dari kami bertiga.
**********
Datin Arina termenung kecil di ruang tamu atas sofanya. Puan Kyla. Adalah seorang kawan rapat baginya dulu. Sangat rapat macam adik-beradik. Tapi... malangnya, dia tidak ada ketika kawannya betul-betul memerlukannya di sisi. Dia tidak ada..ketika kawannya sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Kerana itu, Balqish begitu benci dengannya.
Dia masih teringat amanat terakhir yang diberi oleh mendiang kawannya dulu ketika masih hidup dan sihat.
"Rina...bila aku mati nanti..aku nak kau tolong jagakan anak aku tu. Walaupun dia nakal, tapi dia satu-satunya anak perempuan yang aku ada. Tolong didik dia menjadi orang yang lebih baik. Hanya dia darah dagingku dan keluargaku yang aku anggap selama ini. Tolong jagakan dia untuk aku ya nanti?"
"Eihh kenapa kau macam tu? Tak payahlah cakap pasal mati..aku tak sukalah. Takpe, kau jangan risau..aku akan jaga dan sayang anak kau seperti anak aku sendiri. Tak kira kau hidup atau mati. Dah jangan cakap pasal mati lagi tau?"
"Betul ke ni? Terima kasih..Rina..terima kasih.." Persahabatan indah dua orang wanita itu menjadi lebih erat. Mereka memeluk sesama sendiri sambil tersenyum.
Setitis air mata hangat terus mengalir ke pipinya apabila teringat akan kenangan itu.
"Kyla..kau jangan risau. Sekarang aku dah jumpa anak kau. Akhirnya selepas beberapa tahun, tak sangka. Anak kau begitu cantik Kyla..ketika besar. Cantik macam kau. Patutlah bila lihat Balqish..terasa seperti aku lihat kau. Rasa begitu dekat dengan kau..ternyata dia adalah anak kau."
"Aku akan tunai permintaan kau, Kyla. Balqish akan aku jaga sebaik mungkin. Seperti anak aku sendiri. Cuma..aku rasa..aku terlambat mahu didik dia. Dia sudah dewasa.." datin Arina menangis lagi.
Tiba-tiba terasa seseorang berada di depan mata. Perlahan-lahan dia dongak memandang siapa.
Takkan suaminya sudah balik?
"Aku nak anak kau sebagai ganti penderitaan aku..Datin Arina."
Share this novel