Keesokan paginya...
Aku duduk di atas birai katil sambil mata merenung kosong ke arah pantulan cermin di meja solek. Semalam aku tidak cukup tidur.
Semalam juga telah terjadi perkara yang hampir meragut 'mahkota' aku. Aku begitu takut semalam. Sehingga buat aku rasa trauma.
*Imbas kembali semalam*
"A-Audrey? A-Apa yang awak nak buat ni??" Aku sudah menggigil ketakutan. Peluh merenik ke dahi dan tangan aku walaupun di sini sangatlah sejuk ketika malam. Aku memang selalu peluh dalam kesejukan.
Audrey mencarik senyum sinis. Tak lama kemudian, senyumannya mula pudar dan memandang aku dengan tepat. Dia semakin melangkah setapak demi setapak ke arah aku.
"Ja..jangan dekat!!" Aku mengundur ke belakang dalam ketakutan manakala dia semakin ke depan.
"Puteri, I am very sorry to do this but I really love you. But you what? Don't want to give me a change..you love Kyran more than me do you? Now, we'll see. Sama ada kau boleh terlepas dari aku atau tidak malam ni. Aku akan buat apa saja untuk buat kau tidak lari dari aku Puteri. Kau yang paksa aku untuk buat begini. I don't have any choice." kata Audrey sambil semakin dekat dengan aku.
Aku dah mula rasa lain macam. Audrey dah nampak macam lain. Bukan Audrey yang aku kenal! Baik aku lari cepat. Lari Puteri..
Namun belum sempat aku mahu cabut lari Audrey sudah memeluk aku dari belakang.
"Eyyy lepaslah! Let me go..!! Hisk.. hisk.." tangis aku sudah pecah. Aku begitu takut saat ini. Aku cuba meronta-ronta dalam pelukannya namun kekuatannya lagi kuat dari aku membuat aku seakan tak dapat meronta atau menolaknya ke belakang. Air mata takut sudah lama mengalir ke pipi.
Audrey tersenyum kecil. Makin aku meronta dan cuba lari makin dia mahu untuk lakukannya malam ni.
Audrey mencium ubun-ubun aku.
"Kau..bau wangi Puteri.." bisiknya perlahan betul-betul di telinga aku. Hembusan nafasnya yang menampar lembut ke leher aku membuat aku geli. Menyeramkan! Berderau darah aku apabila dia begitu dekat dengan aku. Aku mengetap bibir sekuat hati.
"Lepaskan aku jantan tak guna!!" Maki aku juga di situ. Sekarang aku sudah sedar dia mahu buat apa.
"Erghh.." aku cuba untuk melepaskan diri namun kali ini dia begitu kuat pula. Aku terus menggigit lengannya sekuat hati yang sedang memeluk leher aku dari belakang. Audrey menjerit kesakitan.
"Ahhh.." selepas itu aku terus memijak sekuat mungkin kakinya itu. Kau salah orang, Audrey..
Dengan kesempatan ini tanpa berlengah lagi aku terus berlari sekuat hati. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan lelaki itu turut berlari laju mahu mendapatkan aku.
"Huhh..huhh.." aku tercungap-cungap. Aku tak boleh terlalu kuat berlari. Tak.. tak., dia semakin menghampiri aku. Tuhan, tolonglah aku..
Audrey yang berjaya berlari lebih laju dari aku menarik rambut aku kasar dari belakang.
"Ahh.." aku memegang rambut aku. Cuba melepaskan rambutku dari direntap kuat olehnya. Kedengaran Audrey sudah tertawa terbahak-bahak seperti orang gila.
"Hahaha.."
Audrey berhadapan dengan aku. Dagu aku dipautnya kasar. Sambil tangannya lagi satu mencengkam tangan aku kasar di bawah membuat aku tidak boleh untuk melarikan diri lagi. Aku mendesir kecil apabila dia mencengkam tangan aku dengan kuat.
"Puteri.. maafkan aku. Aku terpaksa..Aku terpaksa guna cara ini asalkan kau jadi milik aku, Puteri." Aku sudah menangis ketakutan. Bibir bawah yang bergetar aku kemam.
"Tak..j-jangan..kau tak boleh buat aku macam ni.." gumam aku lirih. Manakala, aku masih cuba untuk meronta-ronta dari cengkamannya.
Audrey tidak menghiraukan rayuan dari aku. Dia terus menolak tubuh kecilku ke dinding kasar.
Aku membulatkan mata tersentak bercampur takut tambah gelisah. Perasaan aku bercampur-baur saat ini. Hati aku menjerit. Tolonglah.. siapa-siapa saja tolonglah aku!! Aku tak rela. Aku tak rela dia menyentuh aku! Aku bersumpah kalau malam ini dia sentuh aku.. sampai mati aku takkan maafkan dia!
Air mata semakin lebat ke pipi. Jari runcingnya sudah menari-nari lembut ke pipi aku. Aku berpaling wajah ke tepi. Jijik!
Namun, Audrey terus menarik dagu aku kasar ke tepi membuat wajah aku serta-merta menghadapnya. Aku memandangnya dengan tajam.
"Audrey..kau akan menyesal..aku akan benci kau..sampai bila-bila.. kalau kau lakukannya." kata aku satu per satu sambil air mata terus-terusan mengalir ke pipi.
Audrey tidak berkata apa. Dia juga tidak mahu lakukan orang yang dia sayang seperti ini tapi dia terpaksa. Biarpun, Puteri akan lebih membencinya tapi dia tak kisah asalkan dapat memiliki gadis idamannya ini.
Kedua-dua lengan aku ditarik sehingga ke belakang bersandarkan dinding supaya aku tak lari sambil tangannya yang lagi sebelah mengusap lembut bibir aku. Dia semakin mendekatkan wajahnya ke arah aku. Aku sudah menangis dan meronta sekuat hati. Dia mahu mencumbu aku.
Semakin lama wajahnya semakin hampir dengan muka aku. Namun, hal itu terhalang apabila aku meludah air liur ke wajahnya.
Audrey tersentak. Dia memegang wajahnya yang disembur air liur oleh aku. Aku tersenyum sinis. Biarlah dikatakan pengotor sekalipun aku akan buat apa saja untuk lepaskan diri dari dia. Malam ni, terasa cukup bahaya bagi aku. Menyesal! Yeah menyesal sangat sebab aku keluar malam ni sorang-sorang. Kalau tidak ..semua ni takkan terjadi.
Sekali maruah aku diragut olehnya maka separuh nyawa aku juga diragut olehnya.
Audrey tertawa sinis tak lama kemudian tawanya terhenti dan memandang aku datar tanpa senyuman. Aku sudah menelan air liur yang terasa payau di kerongkong.
Dengan cepat, kaki yang masih dapat bergerak bebas terus aku tendang ke celah kangkangnya itu membuat dia terus menjerit kesakitan. Serta-merta cengkamannya di tangan aku terlepas. Aku terus berlari meninggalkan dirinya yang dalam kesakitan itu. Padan muka!
"Ahhh.." sedang ralit aku tengok belakang sambil sedaya-upaya untuk berlari terlanggar seseorang di hadapan. Aku mendongak sedikit memandang lelaki itu. Tercengang aku apabila Audrey tiba-tiba berada di hadapan mata aku.
"Ma..macam mana boleh.." aku mengundur setapak demi setapak ke belakang. Air mata satu per satu menitis ke pipi sambil kepala digeleng perlahan. Dia mesti ambil jalan pintas untuk lari lebih cepat dari aku dan sekarang sudah berada betul-betul di hadapan aku.
"Ahhh.." Audrey menjatuhkan aku. Badannya mula menindih ke tubuh aku. Aku menahan badannya.
"Urghh..lepas..aku takkan benarkan kau lakukannya pada aku! Kau memang lelaki sial! " Sudah terkeluar perkataan carut dari bibir aku.
Audrey tidak menghiraukan kata-kata caci makian, carutan, dan sumpah seranah dari aku. Audrey mengoyak lengan baju aku menampakkan bahu putih aku yang terdedah.
Aku membulatkan mataku. Terkejut dan tak terkata. Aku menangis dalam diam. Disebabkan aku tak dapat melepaskan diri darinya aku terus dengan selamba menampar pipinya dengan kuat membuatkan kepalanya sedikit terteleng ke tepi.
Pang!!
Audrey memegang pipinya. Pipinya yang nampak merah sedikit terasa menjalar pedih selepas ditampar oleh aku.
Audrey memandang aku. Kelihatan wajah itu merah seperti menahan diri dari marah.
Terus kedua-dua pergelangan tanganku dicengkam ke jalan tar. Aku sudah memejamkan mata. Kenapa..kenapa..?!
Audrey mendekatkan aku. Sekali lagi mahu memagut bibir aku tapi aku dengan pantas memalingkan wajah.
Cuppp!!
Disebabkan aku berpaling wajah ke tepi dia tercium pipi aku. Cium di pipi sudah buat aku rasa jijik!
Audrey berdecit. Dia memegang daguku dan cuba untuk mencium bibir aku lagi. Aku tersenyum sinis melihatnya semakin mendekatkan wajah dengan muka aku. Takpe², nak cium sangat huh?
Belum sempat Audrey mahu memagut bibir aku..aku terus menghentakkan kepala aku ke dahinya sekuat hati dan menolaknya kasar ke tepi.
Aku dengan keadaan yang agak lemah cuba untuk bangun dan berlari lagi. Namun, belum sempat aku mahu berlari Audrey terus mencarik pakaian aku dari kaki mendedahkan betis putih aku.
Aku dengan lari termengah-mengah cuba mencari tempat sembunyi.
Aku menyembunyikan diri di sebalik suatu tempat. Mulut aku tekup dengan tangan supaya tangisan aku tidak terkeluar. Tanganku sedikit menggigil. Bibir aku kemam. Aku memejamkan mata. Ketakutan begitu mengelilingiku saat ini.
Air mata semakin deras ke pipi.
Tolonglah..jangan biar dia tahu aku di sini.
"Puteri..hehe saya tahu awak bersembunyi di sekitar sini! Awak tak dapat pergi jauh Puteri." Laung Audrey yang berjalan perlahan. Matanya meliar mencari Puteri.
Mendengar suaranya yang seperti dekat dengan aku membuat jantung aku seakan berhenti berdepam.
Tubuh aku semakin kuat menggigil. Tolonglah.. siapa-siapa tolonglah aku .. aku takut ni. Tak ada langsung ke orang yang lalu kat sini? Hisk..hisk..hatiku merintih dan menangis.
Kalau boleh.. kalaulah boleh aku dapat tukar diri aku jadi Upin atau Ipin huhu..lepas tu ada tongkat ajaib yang boleh sumpah Audrey jadi burger ke.. lepas tu makan dia selumat-lumatnya huhu..biar dia mati dalam perut aku.
Mata mengintai dirinya yang seperti tidak kenal erti putus-asa sedang mencari aku.
"Puteri...hehehe I'm coming.." aku terkedu. Dia.. dia tahu ke aku berada di mana? Aku mengundur setapak ke belakang. Secara tak sengaja juga aku terpijak ranting pokok. Aku terkesima. Macam mana boleh terpijak ranting pokok pula ni?!
Audrey yang mendengar sudah tersenyum senget. Dia mengikut arah bunyi itu. Perasaannya yakin Puteri ada di sini.
Aku pula sudah cacing kepanasan di sini. Apa yang aku harus lakukan?! Aku tak boleh terus-terusan bersembunyi di sini. Audrey pasti tahu. Huhu adakah aku patut lari saja.
Namun, sudah terlambat Audrey sudah nampak aku di sini.
Audrey senyum. Senyuman yang penuh makna.
"Puteri ..kau takkan dapat lari dari aku.." kata Audrey dengan nada meleret-leret. Dia semakin mendekati ke arah aku.
Aku sudah mengundur beberapa tapak ke belakang. Lagilah menambah takut, debar dan gusar dalam hatiku apabila di belakang aku sudah tidak ada jalan lagi selain jalan mati.
Tangan di sisi aku sudah menggigil hebat. Terasa lutut aku turut sedikit bergetar. Terasa lemah saja lutut aku sekarang ni apabila melihat dirinya semakin menapak ke sini.
Tap..tap..tap..
Tiba-tiba mataku terpandang sebuah kayu yang hujungnya agak tajam tidak jauh dari tempat aku berdiri.
Aku tersenyum sendiri dalam ketakutan dan kesakitan.
Dengan pantas aku ambil kayu itu dan mengarah hujung kayu yang tajam itu pada leher aku.
"Jangan dekat!! Nanti saya kelar leher saya sendiri di hadapan awak. Saya tak main-main.." Audrey sudah terpempan. Dia berhenti melangkah dari mendekati aku.
"Puteri..letak kayu tu." Ujar Audrey perlahan. Takut sekiranya aku memang betul-betul akan kelar leher aku sendiri.
"You know what..kau adalah lelaki yang jahat dan pentingkan diri. Kau tahu kan betapa pentingnya maruah bagi semua wanita. Dan aku paling menghargai dan mementingkan maruah aku sendiri. Aku masih ada mahkota yang tak ternilai harganya pada diri aku. Seandainya hari ini kau dengan senangnya merampas 'mahkota' itu dari aku..maka kau akan lihat jasad aku yang tak bernyawa, Audrey!" Setitis demi setitis menitis perlahan ke pipi aku.
Aku menatap wajahnya dengan tepat.
"Jika kau masih punya hati maka kau harus lepaskan aku. Kalau tidak.. pilihan berada dalam tangan kau. Sama ada kau masih mahu mendekati aku..atau kau akan terus lihat aku tak bernyawa di sini. Audrey, aku akan buat apa saja asalkan aku tidak dirogol oleh orang yang jijik macam kau! So disgusting! Kau lebih teruk dan jijik dari iblis! Hari ni aku sudah tengok perangai belang kau sebenarnya. Kau fikir lepas apa yang terjadi ni..kita masih boleh berhubung atau kawan lagi ke?" Aku tersenyum sinis. Kepala menggeleng kecil.
"Puteri.." Audrey memandang aku dengan sayu. Dia cuba untuk mendekati aku lagi. Aku tersentak.
"I say don't come close! Or..I'll kill myself." kata aku yang semakin mendekatkan kayu tajam ini ke leher aku.
"Jangan!! Please don't..you deserve to live. Please .. don't kill yourself." katanya perlahan. Tangannya diangkat ke udara. Audrey beriak terkejut bercampur sedih.
"Then go! Go away from my sight!" Aku menunding jari ke suatu arah. Bibir bawah bergetar. Mata merenungnya tajam dan tepat. Kolam mataku buat keberapa kalinya penuh bertakung dengan air mata. Pandangan semakin tidak jelas.
"P-Puteri.."
"I say go!!" Tengkingan dari aku membuat kedua-dua bahu Audrey ternaik sedikit ke atas. Terkejut.
Audrey tersenyum kelat.
"Saya akan pergi. Tapi, saya mohon tolong jangan buat perkara gila. Saya boleh jadi lebih gila sampai nak mati kalau awak bunuh diri.." katanya perlahan. Aku tidak berkata apa. Hanya air mata yang setia mengalir ke pipi.
Audrey menoleh badannya ke belakang. Dengan langkah lemah dia berjalan pergi dari sini.
Aku memegang dadaku. Mata terpejam rapat.
"Erhh.. menghadapi ini seorang diri memang melelahkan.." gumam aku perlahan sendirian.
Lutut aku yang lemah terus terduduk di atas jalan tar.
Aku menyeka air mata di pipi dengan telapak tanganku kasar namun air mata ini masih degil mahu mengalir juga.
"Tolonglah..jangan nangis.." aku cuba untuk kuatkan diri. Cuba memberi semangat pada diri sendiri.
Aku memeluk kedua-dua lututku. Daguku letak ke lutut aku. Pandanganku hanya kosong merenung ke arah lain. Kedua-dua tanganku mengusap lembut kedua-dua bahu aku dalam posisi bersilang seperti memeluk diri sendiri.
Aku mahu untuk tenangkan diri dulu.
Tiba-tiba terasa bahuku ditepuk oleh seseorang. Aku tersentak. Hampir terlompat jantung aku dibuatnya. A-Audrey datang lagi?
Disebabkan tiba-tiba disentuh oleh seseorang tangannya yang masih berada di bahu aku terus aku pusing tangan itu sekuat hati membuat dia menjerit kesakitan.
"Ahhh.. Puteri apa yang awak buat?" Aku tergamam. Kyran?
Aku cuba berdiri secara setentang di hadapannya. Tangan mengusap bahu yang terdedah.
Kyran menilik aku dari atas dan bawah.
"Awak kenapa ni?? What's wrong? Anything's happen?" Aku hanya menggeleng seraya tersenyum kecil.
"Nothing.." kataku ringkas tapi padat.
Suasana kembali sepi. Angin di sini membuat aku sedikit sejuk.
Kyran dengan gentleman membuang jaket dari tubuhnya dan menyarungkan ke tubuhku.
"Thanks.." kataku perlahan.
"Nanti esok saya beri balik jaket awak ni..tak apa. Rumah saya dekat saja. Saya pergi dulu.." kataku perlahan mahu cepat-cepat pergi darinya. Entahlah, aku rasa dada aku semakin sakit dan mencucuk pula sekarang ini.
Dengan langkah yang lemah membuat jalanku sedikit terhuyung-hayang.
Kyran hanya memerhati tubuh belakang aku dengan sepi.
Aku menekan dadaku perlahan. Darah perlahan-lahan membuak keluar dari mulut aku tanpa Kyran sedari.
Di belakang pula, Kyran sedang mengikut Puteri dalam diam tanpa dirinya sedar. Berjalan perlahan-lahan tanpa membuat bunyi sepanjang Puteri berjalan.
Akhirnya aku masuk ke rumah begitu saja apabila sesampainya di rumah. Baju jaket aku buang dan letak atas sofa.
Manakala Kyran pula sedang bersembunyi di sebalik pokok. Dia tersenyum kecil apabila gadis cantik itu sudah masuk ke dalam rumah.
"Puteri, hairan. Kenapa kita selalu bertembung macam ni eh?" Gumam Kyran perlahan. Akhirnya dia berganjak pergi ke arah lain.
*Imbas kembali tamat*
Aku menekan dadaku. Teringat akan hal tu membuat dada aku lebih sesak.
Manakan tidak, semalam maruah aku hampir diragut oleh seseorang yang aku percayai selama ini. Ia membuat aku hampir hilang akal. Aku harap kejadian semalam tidak akan berulang lagi. Hati aku rasa pedih sebab Audrey adalah orang yang aku sudah anggap sebagai kawan mahu buat begitu pada aku. Tak sangka sampai macam tu sekali dia tidak dapat terima aku menolak cintanya.
Aku menggeleng kecil perlahan. Tanpa aku sedar, setitis air mata jernih sudah mendarat ke pipi.
Aku menyeka air mata di pipi aku kasar.
Cincin di jari manisku pandang dengan mata yang sayu.
Setiap kali aku melihat cincin ni dan pakainya ke jari manisku..pasti aku akan rasa Kyran seperti bersama dengan aku. Ia sedikit sebanyak memberi aku kekuatan.
Puteri..the past remains the past. Kau harus ke depan. Tak boleh asyik merenung ke belakang. Nanti kau pula yang lebih sakit seperti semalam. Kau tak nak sakitkan? Kau kata..kau nak kuat jadi kau mesti boleh.
Hati kecilku berbisik seperti memberi semangat dan sinar yang baru untuk diri ini.
Seperti bak pepatah lain..'mulakan hari anda dengan senyuman!' jadi aku tak boleh sedih-sedih. Keep smile.
Perlahan-lahan bibir aku menguntum senyuman manis seorang diri.
Yeah, good girl. Teruskan senyum seperti itu Puteri!
Aku memandang pantulan cermin meja solekku lagi.
Kelihatan mata aku seperti bengkak sedikit. Aku pergi ke meja solekku dan menilik wajah ke cermin. Memang betul. Nampak bengkak sikit.
Aku mengtouch-up sedikit make-up ke mata aku. Mungkin, dengan cara ini bengkak di mata aku tak nampak terlalu menonjol.
Aku turun dari tangga dengan wajah menghiasi senyuman di bibir delimaku. Cahaya yang samar-samar menesuri melalui dedaun tingkap sedikit menyinari tubuhku untuk turun. Seperti tidak ada apa yang berlaku.
Aku mengerutkan kening sebaik saja turun dari tangga.
"Kenapa sunyi saja ni??" Aku menyoal diri sendiri. Terpegun seketika di tengah-tengah ruang tamu ini.
"Aunty..Farah.. dimanakah kalian?" Mataku mengitari sekeliling rumah ini. Langsung tidak ada nampak batang hidung Farah atau aunty.
Tiba-tiba...
"Happy birthday to you! My pretty princess Ilynia!" Tiba-tiba aunty, Farah, Karen memunculkan diri dari ruang dapur sambil surprisekan pada aku.
Mata aku terkebil-kebil seketika. Hari ni.. birthday aku ke? Kelihatan Karen sedang membawa sebulat kek di atas piring kecil sambil menghampiri aku.
Aunty, Farah, Karen mula menyanyikan lagu birthday untuk aku.
Aku tersenyum ceria menampakkan lesung pipitku. Tak sangka hari ni hari birthday aku. Apalah kau ni Puteri, lupa hari jadi sendiri pula.
Sambil mereka menyanyi lagu hari birthday aku..aku turut menyanyi untuk diri aku sendiri. Terpejam sekejap mataku sambil tersenyum happy menyanyikan lagu hari jadiku. Selepas menyanyi, terkeluar juga tawa kecil dari kami semua.
"Hehe, sekarang kak boleh tiup lilin atas kek ni." kata adikku dengan ceria.
"Eh² sebelum tu jangan lupa buat hajat dulu, Puteri." kata Farah mengingatkan. Aku hanya tertawa kecil.
"Baik cik Farah yang cantik." Aku tersenyum. Kelopak mataku terpejam sambil jemari tangan tercantum mula membuat hajat untuk diri sendiri.
'Semoga senyuman di bibir Kyran dan orang-orang yang tersayang aku tidak lekang dan mendapat kebahagiaan masing-masing biarpun setelah aku menghembuskan nafas yang terakhir sekalipun. Jangan biarkan mereka terlalu dalam kesedihan sekiranya andai aku memang akan pergi nanti.'
Setelah membuat hajat dalam hati, aku membuka kelopak mataku perlahan dan meniup lilin di atas kek ini.
"Yeayy.." masing-masing menepuk tangan pada aku gembira.
Aunty mencalit sedikit kek pada jarinya dan menyuap ke dalam mulutku.
Aku hanya tersenyum dapat merasakan kek hari jadiku.
"Sedap?" Soal aunty pada aku.
Aku mengangguk ceria berkali-kali seperti burung belatuk.
Aunty mempamerkan senyum indahnya.
Tiba-tiba..
"Ahhh..adik." aku memegang pipiku yang dicalit kek oleh Karen.
Karen hanya menjelir lidah sedikit nakal pada aku. Kami dua beradik berkejaran sambil mencalit ke wajah masing-masing.
Aunty menggeleng kecil. Farah sudah tertawa kecil. Tak lama kemudian, tawanya mula hilang dibawa angin. Dia kembali senyum hambar apabila mendengar tawa kecil bahagia dari Puteri. Seperti menahan rasa dalam diri. Farah mengerutkan dahinya.
'Bila lagi aku dapat dengar tawa bahagia darinya? Puteri, aku tak nak kejadian seperti semalam berlaku lagi pada kau.' desisnya dalam hati. Tiba-tiba dadanya menjadi sesak dan sebak apabila memikirkan kembali penyakit kanser Puteri yang sudah ke tahap 4 itu. Sayu redupan matanya ketika ini.
**********
Kyran pov
Aku berjalan-jalan di rumah agam mewah besar milik ayahku ini.
Hanya jasadku yang berada di sini manakala fikiranku jauh termenung ke arah lain.
"Dialah perempuan yang aku cakap tu. Perempuan yang telah dilamar oleh Kyran, yang hampir mahu jadi kahwin tu. Tapi tak sangkalah pula, perempuan lain yang akan dikahwinnya pula. Ehh, Kyran ni..aku rasa dia lintah daratlah. Yelah, asyik tukar wanita je."
"Weh² tengok tu. Itulah perempuan yang bersama Kyran dulu. Wahh²..aku tengok dia dengan Balqish dah macam Queen of beautylah cantik saja aku tengok. Ehh² ni yang nak cair."
"Dialah Puteri tu. Aku dengar, tak lama lagi majlis perkahwinan Kyran akan diadakan. Sama ada Puteri.. atau Balqish yang akan jadi isteri Kyran nanti. Woah..tak sabar pula aku nak tahu.."
"Puteri Ilynia. Kali ni dia diganti oleh perempuan lain yang bernama Balqish pula, huh?"
Kata-kata yang pernah diucap oleh jemputan orang ke majlis aku kelmarin dulu masih berlegar-legar dalam fikiran ini sejak lama lagi.
Aku rasa keliru. Rasa kosong sangat. Aku tak faham dengan perasaan aku. Ketika bersama Balqish aku jadi gembira saja dengannya tapi..setiap kali bersama dengan Puteri hati aku rasa seperti asyik berdebar-debar tetapi dalam masa yang sama rasa tenang. Dialah yang buat aku makin keliru. Cinta? Huh, aku tak tahu siapa yang aku cintakan sebenarnya. Sama ada Balqish..atau Puteri?
Aku meraup rambut aku ke belakang. Rasa serabut pula bila fikirkan balik.
"Awak.." tiba-tiba ada seseorang yang berada di hadapan aku secara mengejut.
"Uishh! Sejak bila awak ada depan saya ni??" kata aku terkejut melihatnya tiba-tiba berada di hadapan mata. Dada aku usap beberapa kali. Masih tidak reda rasa terkejut ni. Haih, boleh heart attack terus kalau selalu macam ni.
Puteri tertawa comel. Lucu melihat wajah aku bila terkejut. Terpaku sekejap dengan dirinya.
Puteri..kau bila ketawa comel juga eh? Heyy Kyran, apa yang kau merepek ni? Sedar..sedar..
Puteri menumbuk dada aku manja.
"Saya datang sini ada hajat." katanya seraya tersenyum lembut.
"Hajat? Hajat apa?" Soal aku menanti jawapannya dengan penuh debar. Uish! Macam hajat nak meminang aku je.
"Awak tahu tak..hari ni hari jadi saya." kata Puteri ceria. Dia menggoyang badannya manja sambil mencantum kedua-dua tangannya ke hadapan. Puteri tersengih sendiri. Comel! Ahh..ni yang nak cair ni.
"Ohh, dia ke? Happy birthday to you, Puteri." kataku tepat merenung ke arahnya.
Puteri sudah tersenyum malu.
'Ini yang aku nak dengar. Ucapan hari jadinya pada aku. Hari jadi aku tahun ni..takkan lengkap tanpa kata ucapan darinya. Meskipun, aku lebih mengharapkan supaya dia dapat ingat aku hari ini. Supaya ingatannya kembali lagi seperti dulu. Pasti hari jadi aku tahun ini akan lebih happy dan tak terlupakan.' desis Puteri dalam hati.
Teringatnya pada Kyran yang pernah mengucap selamat hari jadinya tahun lepas dulu. Tersenyum-senyum Puteri apabila memikirkan balik.
Di dalam fikiran Puteri..
"Happy birthday to you, my love princess.” ucap Kyran dengan sweet sambil memeluk Puteri dari belakang.
Puteri menyentuh lembut lengan Kyran yang manja sambil memeluk lehernya dari belakang itu. Dia tertawa kecil.
"Ohh, thank you my darling. So...where is my gift?" kata Puteri tersenyum mengusik. Kepalanya ditoleh ke kanan cuba mengintai wajah Kyran di belakang.
Cuppp..
Satu ciuman lembut hinggap di pipi Puteri.
"Hadiah awak ialah jiwa, hati saya dan seluruh diri ini saya cuma beri pada awak sorang saja Puteri. Puteri. Nama itu akan terus tersemat di hati orang yang bernama Kyran Andrew Johansson." kata Kyran berbisik romantik di telinga Puteri.
Puteri tertawa malu.
"Itu hadiah awak yang sangat bererti dan tidak ternilai harganya. Terima kasih, Kyran. Hadiah ini terlalu besar bagi saya."
Aku mengerutkan dahi. Kenapa dengan dia ni?? Tiba-tiba senyap je. Aku melambai-lambai tangan di wajahnya.
"Puteri.." panggil aku lembut.
"Ahh? Ohh, sorry. Saya termenung tadi." kata Puteri meraup wajahnya kasar. Dia cuba untuk tersenyum.
"It's okay but..awak okey tak ni?" Soal aku mengambil peduli.
"Yeah, okay. Cuma..saya ada terfikir kata-kata awak tu."
"Hmm?"
"Kyran.." Puteri memandang aku dengan tepat.
"Awak kata kalau saya buktikan pada awak yang sayalah orangnya awak akan percayakan? Kalau begitu..saya akan buktikan."
"Saya akan beritahu semuanya."
"Puteri..."
"Shhh, awak dah banyak bicara Kyran. Saya mohon..kali ini biarlah saya bercakap panjang pula. Awak hanya perlu diam dan dengar saya cakap. Can you?" Soal Puteri memotong percakapan aku tadi.
'Aku kata cinta tak perlukan bukti huh? Tak, aku silap. Aku akan buat apa saja untuk ingatkan Kyran. Puteri kau tak boleh fed up. Selagi Kyran masih belum berkahwin dengan Balqish selagi tu ada peluang untuk kau cuba mengingatkan Kyran tentang kau.'
Aku hanya mengangguk kecil. Inilah yang aku tertunggu-tunggu ini.
"Satu..awak ingat lagi tak pokok yang kita pernah pergi bersama tu?"
Aku mengangguk kecil.
"Di pokok itulah saya dengan awak..kita sama-sama toreh nama dengan kayu di pokok tu. Ia tertulis..'KyranPuteri' di situ. Kalau awak pergi ke tempat tu lagi..awak akan lihat nama itu di belakang pokok itu di situ lagi."
"Lagi satu.." Puteri menggantungkan ayatnya seketika. Tangannya cuba menyelongkar sesuatu dalam bag sandangnya.
'Alah..tak bawa pula.' desis Puteri dengan kesal.
"Err..saya tak bawa telefonlah pula. Kalau tidak..dalam telefon tu ada video kita bersama. Dan itu..cukup menjadi bukti untuk membuat awak percaya dengan saya. Mungkin dalam telefon awak..cuma ada gambar kita. Tapi awak tak pernah terfikir ke..kalau dalam gambar tu..macam mesra melebihi kawan?" kata Puteri menyoal aku.
Yeah, betul cakapnya. Aku pernah tengok dalam gallery telefon aku. Penuh gambar aku dengan dia. Tapi..kalau gambar Balqish tiada pula? Aku tanya Balqish.. katanya dengan alasan dia tidak suka bergambar. Sejak itu, kepercayaan aku pada Balqish semakin berkurang. Dan aku...tidak terlalu melayannya.
"Tiga..cincin ni. Ini cincin yang awak beri pada saya. Cincin tanda cinta kita. Awak tak ingat ke?" Soal Puteri lirih sambil menayangkan cincin di jarinya di hadapan aku. Wajahnya nampak menyimpan seribu perasaan kepada aku.
Aku memegang kepala. Kening tercantum. Cuba mengingat sesuatu.
"Ahhh.." tiba-tiba sakit kepala aku menyerang semula.
"Kyran, Kyran..awak tak apa-apa? Tak perlu cuba ingat kalau itu menyakitkan awak." kata Puteri perlahan. Setapak dia mendekati aku. Dapat kulihat riak risau yang jelas terpancar di wajah itu.
"Saya tak apa-apa.." jawabku perlahan. Puteri menekur wajah ke lantai.
Lama kami berdiam diri seketika sebelum dia kembali bersuara dan mengangkat wajah.
"Dan.. yang terakhir pula..ia bukan bukti. Tapi..sebelum tu saya minta maaf dulu sebab lakukan ni tanpa izin awak." Aku mengangkat kening. Sedikit tidak faham dengan maksud katanya.
Puteri semakin menghampiri aku dan hal tu buat aku semakin berdebar. Terkejut dan tergamam aku dibuatnya apabila merasakan ciuman lembut darinya hinggap ke pipiku.
Puteri mencium pipiku lama sambil memejam kelopak matanya. Mataku hanya tertacap pada wajah cantiknya yang memenuhi ruang mataku. Tiba-tiba cebisan ingatan muncul di benak fikiranku.
Dalam fikiran aku, aku pernah mencium pipi seorang perempuan seperti ini.
Tanpa aku sedar, setitis air mata jernih mengalir ke pipinya. Puteri membuka kelopak matanya perlahan. Akhirnya dia melepaskan ciuman itu juga dari pipiku.
Puteri mengundur sedikit ke belakang. Kami bertentang mata lama. Aku memandangnya tanpa berkelip dan rasa tak percaya. Puteri, d-dia.. orangnya?
Aku mengundur setapak ke belakang.
"P-Puteri..awak ke orang tu?" Soalku perlahan. Puteri hanya memandang aku lama.
Tiba-tiba Balqish mengacau di sini.
"Kyran sayang. Kat sini rupanya awak. Awak kat mana tadi? Puas saya cari awak tau?" Tegur Balqish apabila terpandang aku dengan Puteri bersama. Riak wajah dipamer tidak senang hati.
Aku hanya tersenyum nipis. Namun, paling tidak disangkanya apabila Balqish secara tiba-tiba tanpa angin atau ribut melekapkan bibirnya dengan bibir aku. Aku tergamam. Terasa tubuh aku terpaku seketika di atas lantai seperti patung.
Manakala Puteri sudah menekup mulutnya. Tak sangka Balqish akan berbuat begitu di hadapan matanya.
Puteri menekur wajah ke lantai. Tak sanggup untuk melihat lagi. Hatinya terasa begitu terpukul saat ini. Aku menolak sedikit badannya ke hadapan. Sekarang ini kami dua menghadap wajah sesama sendiri.
Aku memandang Puteri. Kelihatan wajah itu seperti bertukar mendung dan sedih. Tanpa apa-apa lagi Balqish memeluk pula aku dengan manja. Tanpa aku sedar, Balqish sudah tersenyum puas di dalam pelukan.
'Huh satu aku dah dapat dari kau Kyran. Bukankah sudah aku beritahu dari dulu lagi, huh?' desisnya puas dalam hati.
Kepala Balqish dilentokkan ke dada bidang aku. Perlahan-lahan tangan membalas pelukannya dengan riak kosong. Namun, mata hanya tertumpu pada wajah Puteri.
Sementara Puteri yang hanya jadi pemerhati dari tadi tersenyum dalam kepahitan. Dia mahu pergi tanpa meminta diri.
Namun sebaik saja dia melepasi aku.. sempat pergelangan tangannya itu aku pegang lembut supaya dia tidak jadi pergi.
Puteri tersentak. Dia memandang tangan aku yang erat memegang pergelangan tangannya itu. Sambil sebelah tangan masih memeluk Balqish.
Air mata Puteri yang cuba untuk ditahan akhirnya menitis jua. Sayu matanya memandang hadapan.
Manakala Datin Arina yang terpandang scene itu tidak terkata. Dia memandang lama ke hadapan.
"Adakah ini..yang dipanggil cinta segi tiga?"
*********
Puteri pov
"Heyy perempuan. Kau memang tak reti bahasa ke? Dari dulu lagi aku beri amaran pada kau. Jangan datang rumah Kyran lagi. Kau pekak ke?!" Tengking Balqish pada aku. Sekarang ini kami dua di luar rumah Kyran di tepi jalan bersebelahan jabatan.
Aku tersenyum sinis.
"Siapa kau untuk aku ikut cakap? Kau.. bukannya ibu aku pun." kataku membalas balik paku buah keras padanya.
Balqish sudah mengetap rahangnya dalam kegeraman. Gayanya seperti mahu menelan aku hidup-hidup saja.
Balqish mahu menghamburkan api kemarahannya lagi tetapi tidak jadi apabila dia asyik terpandang cincin cantik yang tersarung elok ke jari manisku.
'Sudah lama aku terpandang cincin tu. Jadi.. betullah cincin itu Kyran yang bagi. Huh, Balqish. Kenapa kau dungu sangat ni? Kau lupa ke..Kyran pernah lamar perempuan ni? Ahh..' desisnya dalam hati dalam kekesalan.
Balqish yang memikirkan kejadian tadi di mana aku pernah menyebut cincin ini pada Kyran menjerit kesal dirinya dalam hati.
"Cincin tu..aku nak cincin tu. Beri pada aku!" Arah Balqish secara tiba-tiba.
Aku tersentak. Tangan diangkat sedikit ke paras dada. Cincin ini ke yang dimaksudkannya? Senangnya dia mahu arah orang. Dia fikir aku akan bagi ke? Ni cincin pemberian Kyran pada aku. Dia suruh aku jaga baik-baik cincin ni. Aku takkan biar cincin ni jatuh atas tangan dia. Tak, tak semudah itu.
"Cincin ni ke maksud kau? Sorrylah ye Balqish? Ni bukan cincin kau. Ini pemberian Kyran pada aku. Jadi kau tak ada hak nak suruh aku beri cincin ni pada kau. Sampai mati pun aku takkan bagi." kataku sinis merenung tajam ke arahnya.
Tangan Balqish digenggam tanda geram dan sakit hati. Kami dua saling merenung tajam seperti bilah pisau sesama sendiri. Seperti ada aura hitam yang mula menyelubungi kami. Bersedia untuk bergaduh lagi dengan dia.
Kyran termenung sejenak. Mengingatkan kata-kata Puteri buat dia mahu kembali lagi ke pokok itu.
Kyran bersiap ala kadar. Mahu pergi ke tempat itu untuk tahu sama ada kata-kata Puteri benar atau tipu semata-mata. Namun, belum sempat dia mahu keluar tiba-tiba dia terpandang laci meja tulisnya itu.
Lupa pula dengan buku yang dijumpainya hari tu. Kyran membuat keputusan mahu menelaah buku itu terlebih dahulu.
Manalah tahu ada sesuatu yang dia tulis yang buat dia teringatkan sesuatu ke..lagi bagus kalau ingatannya kembali sepenuhnya seperti dulu.
Aku cuba untuk bergelut dengan Balqish yang sedang cuba untuk menarik cincin dari jari manisku.
"Erghh Balqish.. hentikannya! Ini bukan milik kau! Cincin ni..Kyran yang beri pada aku. Kau tak boleh rampas macam tu je." Aku mengerutkan dahi. Masih cuba untuk bergelut dengannya.
Tangan yang aku genggam sedaya-upaya dia cuba untuk leraikan.
"Erghh.." kami seperti berlawan sesama sendiri. Dia yang mahu rampas cincin aku manakala aku yang cuba untuk pertahankan cincin ini.
Balqish sudah tidak tahan. Tiba-tiba dia memandang aku tepat dengan reaksi marahnya itu.
"Ahhh.." berdesir mulut aku cuba menahan sakit. Tangan cuba menyentuh pipi yang berdarah gara-gara dicakar kuat oleh Balqish. Dia ni.. manusia ke haiwan?
Balqish hanya tersenyum sinis. Dia mengambil kesempatan ini dengan terus menerus cuba merampas cincin dari aku. Akhirnya genggaman tangan aku secara tak sengajanya terlerai. Mulut masih mendesir kecil. Rasa perit dan sakit di pipi ini dicakarnya. Dasar perempuan psiko.
Serta-merta Balqish dengan cepatnya melucutkan cincin itu tanpa sempat aku cuba untuk berbuat apa lagi.
"My ring.." aku memandang lirih pada Balqish yang sudah ketawa terbahak-bahak sambil menyarungkan cincin aku itu ke jari manisnya.
"Hehehehe, sekarang ni cincin ni akan jadi milik aku. Termasuk Kyran. Kau..takkan dapatnya apatah lagi cincin lamaran kau padanya! Kini..ia sudah beralih pada aku. Mulai sekarang, cincin ini hanya milik aku. Just only mine." kata Balqish dengan sinis beserta tawa sisanya yang kedengaran.
Aku mengetap bibir bawahku.
"Balqish..kau memang selalu membunuh hati ini. Bunuh hati ini dengan kekejaman kau itu. Sedangkan hati ini berhak untuk bahagia. Tapi, kaulah yang merampas semuanya. Kerja kau hanya merampas. Aku pun berhak untuk bahagia, Balqish. Kau dah ambil Kyran. Sekarang..kau mahu ambil cincin aku pula? Tolonglah..hanya cincin itu yang mampu buat aku untuk bertahan sampai sekarang. Ia memberi kekuatan pada aku. Kalau tak adanya..pasti sukar untuk aku alami semuanya sendiri." kataku perlahan. Cuba memohon padanya. Kolam mata sudah penuh bertakung dengan air mata. Cuma tunggu tumpah saja.
Balqish tertawa sinis.
"Hahahaha, so what? Ada aku kisah dengan penderitaan kau tu. Pandai-pandai jelah kau hidup Puteri." kata Balqish lantas mahu pergi.
Tetapi dihalang oleh aku apabila aku menyentuh lengannya kuat dari pergi. Aku terduduk melutut di hadapannya. Air mata satu per satu menitis ke pipi.
"Tolonglah Balqish..aku merayu sangat-sangat. Cincin tu. Aku perlukan cincin itu. Kau tak boleh ambil cincin tu dari aku..." kataku menangis, merintih dan merayu padanya. Balqish terdiam. Dia hanya mempamerkan senyum sinisnya pada aku.
"Such a sad girl." Selepas dirinya berkata begitu terus dia pergi tanpa mempedulikan tangisan dan rayuan dari aku lagi. Aku cuba untuk memegang kakinya lagi supaya jangan pergi tetapi kaki Balqish yang disentuh oleh aku ditentangnya kasar sehingga membuat tubuh aku terundur sedikit ke belakang. Akhirnya dia meninggalkan aku yang terduduk lemah di sini tanpa rasa simpati walaupun sedikit.
Aku sudah menangis teresak-esak di sini sambil terduduk lemah di sini seorang diri di tepi jalan. Kereta yang lalu-lalang tidak mempedulikan aku di sini.
Aku memegang dadaku.
"Hiskk..hiskk..kau tak patut buat begitu Balqish...kau tak patut.." gumam aku lirih seorang diri.
Manakala Kyran yang sedang membaca satu per satu buku diarinya menekup mulut. Rasa terkilan, terkejut, terkesima dan macam-macam ter lagi. Spontan tiba-tiba mindanya didatangi kembali ingatannya yang dulu ketika bersama Puteri. Dari perjumpaan pertamanya dengan Puteri dari bangku sekolah hinggalah sampai ke kenangan yang terakhir.
Kyran yang mengingat satu per satu kenangannya bersama Puteri menitiskan air mata tanpa dirinya sedar.
"Puteri..my princess.."
Air mata mengalir lagi sehingga menitis ke buku diari.
Selepas itu, terus dirinya membolos diri keluar dari bilik.
Datin Arina yang terpandang anaknya seperti tergesa-gesa mahu keluar tanpa meminta izin terlebih dahulu menegur.
"Nak, duduk sini sekejap. Mommy ada sesuatu nak beritahu kamu ni." Melihat Kyran seperti termangu berdiri di situ bersuara lagi.
"Sekejap saja. Boleh ya sayang? Ini penting." kata Datin Arina lembut.
Kyran mengakur juga. Dia melepaskan keluhan kecil sebelum melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu ini.
"Perkara apa tu mommy?"
Datin Arina menggenggam erat jemari tangan Kyran.
"Mommy dah tak sanggup. Mommy betul-betul dah tak sanggup mahu simpan rahsia ni. Kyran berhak untuk tahu. Biarlah Balqish mahu buat apa tapi mommy akan pastikan dia tidak akan buat benda di luar kawalannya itu. Kyran, cinta sejati kamu adalah Puteri bukannya Balqish. Bila mommy cakap ni...kamu pasti akan percaya kan? Baju pengantin itu sepatutnya disarungkan ke tubuh Puteri di majlis perkahwinan nanti bukannya Balqish." kata Datin Arina perlahan.
Kyran tersenyum lirih. Dia membalas genggaman tangan mommynya.
"Mommy, Kyran tahu. Kyran dah ingat semuanya. Termasuk Puteri. Kyran dah ingat kenangan Kyran bersamanya. Dan sekarang.." Kyran menunduk wajah.
"Kyran rasa kesal dengan diri sendiri. Entah kenapa Kyran lebih percayakan perempuan psiko tu daripada Puteri princess di hati Kyran yang sebenar selama ini. Puteri, dia sudah cukup lama bersabar menunggu untuk Kyran ingat semula. Dan inilah masanya mommy.." datin Arina tersentak dengan kata-kata Kyran.
"B-betul ke ni nak? Kamu.. ingatan kamu sudah kembali sepenuhnya? B-Bagaimana? Eh tak, kalau macam tu kamu jumpalah dengan Puteri. Mommy yakin dia pasti akan sangat gembira bila dapat tahu kamu dah ingat semula." kata Datin Arina tersenyum gembira.
Kyran mengangguk kecil. Seraya tersenyum.
Aku berjalan longlai seorang diri tanpa hala tuju.Masih di sini.
Satu persatu air mata aku membiarkan dia mengalir ke pipi.
Kyran.. maafkan saya. Sebab tak dapat jaga cincin cinta kita dengan baik. Awak pun pernah beritahu saya walau apapun terjadi cincin itu harus terus tersarung di jari manis ini. Tapi sekarang?
Aku memandang jari manis aku yang kosong.
Dan sekarang semuanya dah tak ada. Tangkal hatiku berbisik lirih. Bibir bawah bergetar pilu.
"Balqish dah rampas semuanya. Termasuk awak dan juga cincin tu.." Aku bergumam halus seorang diri.
Tersenyum dalam kepedihan. Kaki terhenti dari melangkah.
Tangan perlahan-lahan mendarat menaik ke pipi yang berdarah dicakar oleh Balqish tadi.
Aku memejam rapat kelopak mata.
"Penantian ini.. sungguh menyakitkan. Aku harap Kyran cepat-cepat kembali ingatannya dan berada di hadapanku. Di sini..sambil tersenyum. Dan kami berpelukan erat sesama sendiri. Hehe, cinta mana yang tak menyakitkan? Manisnya pun pasti ada pahitnya juga." Aku bergumam perlahan sambil tersenyum nipis.
Setitis air mata jernih mengalir lagi ke pipi.
Kyran memandu kereta sehingga ke pekarangan rumah Puteri. Dia keluar dari perut kereta dan cuba mencari Puteri.
Namun, bila terpandang rumah seperti tiada orang dan pintu rumah kunci dia kembali ke kereta semula. Kereta membelah jalan ke butik pakaian aunty Puteri pula.
Namun, apabila sudah sampai dan bertanya pada aunty..aunty hanya menjawab..
"Puteri tiada kat sini. Bukankah dia pergi ke rumah nak tadi? Katanya dia mahu ke rumah Kyran. Tapi, kenapa tiba-tiba kamu carinya? Dia hilang?" Aunty pula yang berasa cemas.
"Aunty jangan risau. Puteri takkan ke mana. Mungkin sekarang ni dia sedang ambil angin cuba tenangkan diri. Takpe, biar Kyran cari dia. Bila dah dapat jumpa dia ..Kyran beritahu aunty ya?" kata Kyran lembut.
"Yelah." Kyran akhirnya keluar dari butik pakaian aunty seterusnya kembali ke kereta. Keretanya menyeberangi laju ke jalan raya cuba mencari Puteri lagi.
Kyran perlahan-lahan berjalan ke pokok ketika bersama dengan Puteri dulu.
Dia pergi ke belakang pokok itu yang tertulis namanya dan juga Puteri. Kyran mengangkat tangan menyentuh pokok yang tertulis nama itu. Kyran tersenyum hambar. Ingatannya kembali terlayar di mana dia dengan Puteri di sini dulu.
"Puteri, apa kata kita tulis nama kita kat pokok ni? Mesti akan jadi menarik nanti."
"Oh ya? Kalau macam tu..boleh juga. Tapi..tak naklah tulis depan pokok ni nanti orang tengok. Kita tulis kat belakang pokok ni. Nak tak?" kata Puteri tersenyum kecil.
"Okey, nak." kata Kyran mencuit nakal pipi gebu Puteri. Puteri tertawa kecil.
Akhirnya mereka berdua sama-sama menghakis pokok itu dengan kayu menulis nama mereka berdua.
Kyran meletak dagu di atas bahu Puteri dari belakang. Sambil tangannya menyentuh tangan Puteri menulis sesuatu di pokok itu.
Puteri hanya tersenyum kecil hanya mengikut gerak tangan Kyran.
"Puteri..saya dah ingat. Maafkan saya sebab boleh terlupa akan awak. Bukan tu saja..saya malah lupa semua kenangan indah kita bersama. Bagaimana saya boleh lupa akan hal tu.." Kyran bergumam sendirian. Tanpa dirinya sedar, air mata jantannya mengalir ke pipi sehingga mendarat ke bibirnya.
Dalam posisi tangan masih menyentuh belakang pokok itu Kyran menunduk wajah.
Terdengar esak tangis kecilnya di situ.
"Saya malah telah lakukan kesilapan besar dengan melukai hati awak tanpa saya sendiri sedar. Bodohnya saya Puteri..sebab baru ingat hari ini. Sedangkan awak dah lama menunggu saya." Kyran memejam kelopak matanya. Bibirnya dikemam.
Perasaannya bercampur-baur saat ini. Entah bagaimana dia mahu bersemuka dengan Puteri lagi setelah sekeping hati itu telah dia lukai.
Kyran mengangkat wajah. Wajahnya yang merah cuba menahan rasa. Di mana lagi dia harus cari Puteri? Di pantai, di taman dan semua tempat yang dia pernah pergi bersama Puteri dia sudah pergi. Namun, kelibat Puteri langsung tiada menjamah mata.
Kyran mengambil handphonenya dari dalam poket. Cuba menelefon Puteri lagi. Namun, malangnya. Talian tidak dapat disambungkan.
Dia telefon Balqish pula.
"Hello sayang.."
"Ehh, kau tak payah nak sayang bagai eh? Aku nak jumpa kau. Now!" Selepas berkata begitu Kyran terus menamatkan panggilannya.
Manakala Balqish di sana pula sudah terkejut beruk.
"A-Apa yang berlaku? Kenapa dia tiba-tiba jerit aku ni? Jangan-jangan..” Balqish menekup mulutnya.
"T-Tak...tak..takkan secepat itu..dia boleh ingat semula.."
Akhirnya Balqish dan Kyran berjumpa juga. Kyran berwajah masam. Sudah tidak lagi berwajah manis atau tersenyum di hadapan Balqish.
"K-Kyran..ke..kenapa ni? Awak marah dengan saya ke?" kata Balqish cuba mendekat.
"Jangan dekat dengan aku. Ehh perempuan macam kau ni memang sanggup buat apa saja eh? Maruah. Maruah kau pergi mana hahh? Kau sengaja ambil kesempatan ke atas aku waktu aku hilang ingatan. Aku pun bodoh sangatlah sebab percayakan kau. Pandai eh kau perdayakan aku? Dan sekarang.. Puteri bawa dirinya. Hatinya begitu terluka saat ini. Kau langsung tak kesian kat dia ke?"
"Balqish..aku tanya jawablah!" Kyran menggoyang kasar kedua-dua bahu Balqish. Balqish pula sudah serupa seperti mahu menangis.
"Jadi awak sudah ingat semuanya?"
Kyran tersenyum sinis.
"Yeah, aku dah ingat semuanya termasuk sikap kau yang gedik dan buat aku geli itu! Kau tahu?" kata Kyran mencerlung tajam matanya memandang Balqish.
Setiap kali melihat wajah Balqish pun sudah buat dia rasa muak dan benci. Manakan tidak, gadis itu selalu saja cuba untuk menyakiti hati Puteri. Bukan hanya sekeping itu dikoyak dan dicariknya namun gadis yang tidak bersalah itu pula menjadi mangsa. Mana boleh dia tidak benci oleh perempuan seperti Balqish yang telah menyakiti orang yang disayanginya.
Balqish tertawa kecil.
"Kau lebih pedulikan Puteri, sanggup buat apa saja deminya tapi kenapa kau langsung benci dan meluat bila bersama dengan aku? Kau tak boleh layan aku dengan baik ke? Walau hanya sebentar? Kyran, aku cintakan kau. Tapi dalam masa yang sama..kau selalu saja torehi hati ini sedalam-dalamnya. Kau tak faham apa yang aku rasa! Kau cuma tahu..lukakan hati ini dan terus melukai hati ini. Tanpa langsung tidak fikirkan perasaan, hati aku walaupun sedikit. Kau selalu lontarkan dengan kata-kata kasar kau pada aku. Aku pun manusia juga. Aku pun layak untuk diberi kasih sayang." kata Balqish dengan lirih. Air mata Balqish sudah banyak menitis ke pipi.
Balqish memegang lengan Kyran. Kyran menggeleng perlahan. Dia tersenyum sinis seraya menepis kasar tangan Balqish yang erat memegang lengannya itu sehingga membuat tubuh Balqish terundur sedikit ke belakang.
Balqish tersentak. Kyran begitu kasar dengannya.
"Habis tu..yang kau buat teruk pada Puteri tu..tak kira? Kau memang sendiri lupakan dosa kau. Kau yang aniaya orang lain diri kau jugalah yang merana. Kau tak fikir.. perbuatan kau tulah yang sendiri buat kau lagi sengsara. Aku tak boleh beri kasih sayang pada kau. Kalau kau tanya aku..aku memang tak boleh. Atas semua perkara yang buruk berlaku pada Puteri membuat aku dah rasa tak boleh. Tengok muka kau pun dah buat aku rasa jengkel sangat. Kau tahu kan perasaan itu? So please..stop loving me. Aku yakin ada lelaki yang lebih layak untuk beri kasih sayang pada kau. Bukan aku." ujar Kyran panjang dan lebar.
Mendengar kata-kata Kyran membuat tangkal hatinya bergetar sakit. Balqish memejam kelopak matanya. Susah untuk dia hadam kata-kata Kyran itu. Air mata menitis lagi ke pipi.
Balqish meramas kasar baju di sisinya itu. Keningnya berkerut.
"Langsung tak ada rasa cinta awak pada saya walaupun sedikit ke? Saya mahu tahu..awak langsung tak ada simpan perasaan saya selama ini?" Balqish bertentang mata lama dengan Kyran.
"I'm sorry.." cukup hanya jawapan itu yang menjawab pertanyaan Balqish. Balqish pula sudah seperti ditikam bertubi-tubi hatinya saat ini. Bibir bawah bergetar pilu.
Kyran memandang tepat ke arah Balqish.
"Berubahlah.. tolonglah move on. Aku dengan kau dah tak ada apa-apa lagi." kata Kyran sambil berlalu pergi.
"Senangnya.." langkah Kyran terhenti di situ mendengar suara Balqish. Namun, dia tidak menoleh badan ke belakang hanya termangu di situ.
"Senangnya kau cakap Kyran Andrew Johansson. Lagi lusa kita mahu berkahwin. Segala persiapan sudah lakukan dah pun. Dan kau takkan boleh lari dari perkahwinan kita." kata Balqish keras memandang tajam belakang Kyran. Kolam matanya penuh bertakung air mata.
Kyran smirk.
"So, what? Aku boleh je suruh mommy aku batalkan perkahwinan tu. Ohh wait, aku takkan batalkan perkahwinan tu tapi orang yang akan kahwin nanti bukannya kau. Tapi, sebaliknya Puteri. Ingat tu." kata Kyran selepas itu mahu berlalu pergi tetapi kali ini lengannya ditarik secara desak pula oleh Balqish.
"Tolonglah...Kyran. Hisk..hisk..jangan tinggalkan aku. Aku akan buat apa saja untuk kau. Tolonglah.. please don't leave me alone here. I-I.. lonely.." rayu Balqish dengan lirih. Air matanya sudah ke pipi. Tangisan kecil mendayu kedengaran.
Kyran melirik ke tangan Balqish yang erat memegang lengannya. Terus tangan gebu Balqish ditariknya paksa dari menggenggam lengannya. Selepas itu, terus dia pergi meninggalkan Balqish yang menangis tersedu-sedan seorang diri di situ.
Balqish sudah tumbang terduduk melutut di atas tanah.
"Arghhh!! Hisk..hiskk..kenapa? kenapa semua orang yang aku sayang semua tinggalkan aku? Kenapa semua orang benci aku? Aku ni...tak layak dibelai dengan kasih sayang ke? Tak layak untuk dicintai? Tak layak untuk bahagia? Gumam Balqish beserta tangisnya.
Tangisannya bertukar semakin lebat. Kepala Balqish didongakkan sedikit. Matanya dipejam rapat. Air mata membasahi ke pipi hingga ke leher.
"Arghhh!!" Jeritnya lagi bercampur tangis mendayu.
Akhirnya tangisan Balqish semakin reda dan terhenti. Dia membuka perlahan kelopak matanya yang sudah merah kerana menangis itu.
"Hehehehe..hahahaha.." tiba-tiba dia ketawa berdekah-dekah seorang diri seperti orang gila.
"Hehe, kau fikir kau akan senangnya bersama dengan Puteri, huh Kyran? Selagi aku masih hidup..takkan sesenang itu kauorang akan bersama. Kita tengok saja nanti." kata Balqish keras. Mencerlung tajam pandangannya ke hadapan seperti sebilah pedang. Tangannya yang sedikit bergetar menggenggam erat rumput di situ.
*********
Ahhh Puteri! Kau nak pergi mana ni? Dahlah jalan ni kau tak cam. Handphone pun dah tiada bateri. Kat sini pula langsung tiada teksi. Huhu.. apasallah Balqish tinggal aku di sini sorang-sorang? Huhu..Biar jelah dia tu. Jahat beno.
Sedang aku ralit asyik berjalan ke hadapan tanpa arah tuju tiba-tiba ada suatu kereta berhenti di belakang aku.
Aku menoleh ke belakang mahu melihat siapa. Eh jap, aku rasa aku kenal kereta tu. Takkan dia datang sini lagi semata-mata nak bawa aku balik kut. Ditambahkan lagi akulah orang yang dia paling benci. Dia bukan orang macam tu.
Balqish keluar dari perut kereta. Dia berjalan menghampiri aku. Turun-naik dadanya memandang aku. Tuhan...apa pula kali ini dia mahu lakukan pada aku? Ohh tolonglah, aku dah penatlah.
Pangg!!
Pangg!!
"Ahhh.." aku memegang kedua-dua belah pipi aku yang terasa hangat menjalar. Sakitnya..ditampar kuat olehnya sekaligus. Dia ingat pipi aku ni bola ke nak tampar-tampar bagai?
"Balqish! Kau dah kenapa tiba-tiba datang sini tampar aku hah?!" Tengking aku di situ juga. Tangan di sisi meramas kasar baju.
"Dasar perempuan bit*ch! I will kill you! I will kill you, arghh!!" Balqish menarik rambut aku kuat.
Aku turut menarik rambutnya. Tidak mahu mengalah.
"Kenapa kau jadi macam ni? Kau nak jadi pembunuh ke hah?" Soal aku cuba menahan sakit apabila rambut aku ditariknya dengan kuat seperti mahu terputus gamaknya dari kulit kepala aku.
"Ahhh kau diam! Hari ini aku akan bunuh kau juga Puteri! Aku tak kira..aku akan bunuh kau sebelum Kyran jumpa kau!" Jerit Balqish terus menghentak kuat kepala aku di jambatan jalan itu dengan kuat.
"Ahhhh!" Aku memegang kepala aku. Terasa cairan panas mengalir dari kepala aku. Kening aku tercantum. Kenapa dia buat aku macam ni? Dia langsung tak kesian kat aku ke?
Balqish masih mencengkam erat rambut aku yang sudah serabai.
Aku memegang tangannya dari mencengkam rambut aku.
"Lepas, Balqish! Kau memang dah gila lah! Aku tak kuat mahu lawan dengan kau. Aku sakit.." aku cuba bergelut dengannya. Dengan sakit dan pedih di dalam dada dan juga kepala membuat aku jadi lemah.
Balqish mahu menghentak lagi kepala aku ke jambatan. Tapi tidak jadi apabila aku sempat menendang perutnya dengan kuat membuat badannya tertolak ke belakang.
"Ahhh!!" Jerit Balqish dalam kesakitan. Dengan kesempatan ini, aku terus langkah kaki pergi cuba berjauhan darinya. Aku dah tahu. Balqish sudah gila. Tindakannya sudah tidak terkawal. Dia boleh bunuh aku kat sini juga. Hati kecilku menjerit sayu. Rasa begitu takut.
Dada tercungap-cungap kerana berlari. Aku memandang ke belakang. Kelihatan perempuan psiko itu sedang cuba untuk mengejar aku dari belakang. Darah di kepala mengalir ke tepi dahi aku.
Aku tak kuat dah untuk berlari. Ahh..macam mana ni? Tiada orang ke kat sini? Siapa-siapa tolonglah aku..dia dah gila. Betul-betul dah gila!!
Namun, sudah terlambat. Lari macam mana sekalipun dia dah berjaya dapat aku. Larian aku tak laju tak mengalahkan atlet wanita antarabangsa.
Kami sekali lagi bergelut. Dan... tiba-tiba..
"Arghh!!" Aku menjerit nyaring apabila tubuhku ditolak kuat olehnya dari jambatan namun sempat aku pegang sesuatu supaya tidak jatuh. Mata merenung ke bawah. Kelihatan di bawah ada air sungai yang mengalir deras.
Aku menggeleng kecil berkali-kali. Air mata berkali-kali tumpah ke pipi. Takutnya aku rasakan saat ini. Nyawa aku terasa seakan sudah berada di hujung tanduk. Kalau aku lepas tangan aku..aku akan jatuh dalam air sungai tu. Sama ada mati kerana terhantuk kepala di batu atau mati kelemasan. Yeah, aku tak boleh berenang.
Balqish sudah tertawa jahat.
"Selamat tinggal, Puteri. Ohh, ada kata-kata yang terakhir kau sebelum pergi? Sebelum...aku lepaskan tangan kau dari pemegang ni dan biar kau jatuh dalam air sungai yang dalam tu. Hmm?" kata Balqish tersenyum sinis memandang riak wajah aku yang penuh ketakutan itu.
Peluh merenik ke dahi. Mata mengerdip lemah. Jadi...aku mati seperti ini? Mati..kerana dibunuh olehnya?
"Tak kira apa yang kau lakukan, Balqish..aku harap sangat kau berubah. Kau akan menyesal kalau berbuat begini. Aku mohon jangan buat seperti ini. Kau perlukan seseorang untuk bimbing kau. Kau perlukan seseorang untuk sentiasa berada di sisi kau. Aku ada boleh jadi sahabat baik kau." kataku perlahan.
Balqish tertawa sinis.
"Sahabat huh? Jangan harap! Kita bukan sahabat tapi musuh. Dan kau akan tetap jadi musuh aku! Goodbye, Puteri. In next life, I hope we'll never meet again." kata Balqish kemudian mahu memijak tangan aku dari pemegang. Aku memejam kelopak mata. Bersedia untuk mati. Setitis air mata jernih mengalir laju ke pipi sehingga mendarat ke air sungai di bawah.
Semua orang tahu derita Puteri selama ini. Dan disebabkan seorang lelaki, Balqish sanggup mahu membunuh gadis seperti Puteri. Cinta memang buta tapi orang pecinta tulah lagi buta. Silap besar Balqish..kalau dia bunuh Puteri begitu saja. Apakah Puteri akan benar-benar mati begitu saja tanpa sempat Kyran jumpa? Atau...masih akan ada kesempatan lagi ke buat Puteri untuk hidup bahagia bersama dengan Kyran? Apakah kisah percintaan Puteri dan Kyran akan berakhir begitu saja?
Share this novel