Balqish memberhentikan keretanya di parking kereta yang mahu menuju ke restoran.
Dia diberitahu oleh orang-orangnya yang mereka ternampak Puteri di sini bersama seorang perempuan muda.
Balqish melarik senyum di hujung bibirnya.
Dia memegang sebuah bekalan makanan di tangannya.
Dalam bekalan makanan pasti ada isi makanan di dalamnya. Korang rasa apa yang dia akan lakukan?
Ianya satu rancangan jahat.
"Huh, makanan ini sudah aku letak racun. Yang penting, buat sekarang ni..aku harus pastikan yang Puteri makan makanan ini. And, lepas tu..dia akan mati. Hahahaha. " Gumam Balqish seorang diri. Dia ketawa jahat seorang diri. Dah gelak macam mak lampir pula bila dilihat balik.
Manakala mata Balqish hanya tertumpu ke bekal makanan tersebut.
Sambungan Puteri pov
Aku dengan Farah berpandangan. Masing-masing tidak terkata.
A-Apa dia buat di sini? Adakah..ini hanya kebetulan?? Semua tu menjadi persoalan di minda aku.
Akhirnya Farah bersuara selepas agak lama berdiam diri.
"Heyy, Balqish. Apa kau buat kat sini hah?? Tak cukup ke..kau dah buat macam-macam kat Puteri? Heh, kau dengar sini. Aku..takkan biarkan kau sakiti Puteri lagi. Selagi aku bernyawa dan mampu..Puteri takkan berjaya disakiti oleh kau lagi! Sungguh, aku takkan lupakan perbuatan kau Balqish pada kawan baik aku sendiri.." kata Farah dengan nada keras. Dia sudah bangun dari tempat duduknya. Begitu juga aku.
Aku meramas baju sisiku kasar. Mulut mengetap bibir. Cuba menahan rasa gelora di dada.
Balqish senyum senget.
"Apa maksud kau? Kebetulan aku nampak korang dua kat sini. Aku tegurlah. Why? Salah ke? " kata Balqish dengan nada pura-pura baik di situ.
Farah mengecilkan matanya.
'Apa lagi yang dia mahu rancang sebenarnya ni?' Desisnya dalam hati.
"Kau cakap apa ni?? Takkan dah insaf kot. Mustahillah. Orang macam kau ni..kalau dah jahat akan sentiasa selama-lamanya jahat tau? Nak tau sebab apa? Sebab hati kau busuk sangat. Lagi busuk dari tong sampah kat jalanan tu dan longkang busuk kau tau tak? " Kata Farah pedas. Tersenyum sinis dia. Seronok sakitkan hati Balqish. Bagi Farah..she deserves it! She's too much!
Balqish memejamkan perlahan matanya. Dia mengenggam buku lima erat di sisinya cuba untuk bersabar dan bertahan.
Aku pula menunduk ke bawah. Tidak tahu lagi mahu bicara apa. Tangan di sisi semakin meramas baju.
Tiba-tiba Balqish tertawa sinis. Farah tersentak melihatnya.
"Hehehehehe..Farah..Farah..kau..lebih baik jaga mulut kau sikit ye?"
Farah mencarik senyuman sinis. Dia berjalan merapati Balqish.
"Kenapa? Kau..nak seksa aku macam Puteri juga? Kau..sakit hati? Heh, kau fikir..aku ni takut ke? Aku tahu kau lain Balqish. Kau..wanita gila. Kau tau tak? Wanita gila plus psiko. Heh! " Kata Farah dengan sinisnya.
Balqish tersentak. Dia memandang tajam ke arah Farah.
'Nak saja aku koyak-koyakkan mulut kau tu Farah! Kau..memang nak kena! ' jerit Balqish di dalam hati dalam kegeraman.
Aku mendongak perlahan memandang Farah dan juga Balqish yang saling bertentang mata tajam antara satu sama lain. Terasa ada aura asing di sekeliling.
Kening aku tercantum. Aku berjalan sedikit ke arah mereka dan berada di tepi Farah. Tangan Farah aku tarik lembut.
Farah memandang aku. Aku menggeleng perlahan padanya.
Farah mengeluh kecil. Dia faham dengan isyarat itu.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya kasar. Mata memerhati tepat ke dalam anak mata hijau Balqish.
"Apa yang kau nak Balqish? "
Balqish tersenyum.
"Nothing, just..mahu sampaikan amanat Datin Arina pada kau. " Kata Balqish.
Aku beriak keliru bercampur tidak mengerti.
"A-Amanat apa? "
"Ni. Datin Arina suruh aku bagi bekalan makanan ni dekat kau. Katanya, saja dia bagi buah tangan untuk bakal menantunya. Kau kan..selalu cakap yang masakan Datin Arina sedap and you love it. So, dia yang suruh aku jumpa kau untuk bagi kau bekalan makanan ni. Jangan risau, dia pun bagi juga pada aku. Cuma kau..special sikit. " Kata Balqish menyembunyikan senyuman jahatnya.
Dia sudah menyua beg kecil yang aku pasti mesti berisi bekalan makanan seperti yang dicakapkan oleh Balqish.
Teragak-agak aku mahu mengambil. Belum sempat aku mahu menyambut beg kecil itu Farah sudah memegang tangan aku supaya tidak mengambilnya.
Aku mengangkat kening memandang Farah.
"Puteri, jangan ambil. Entah-entah..ini memang rancangan dia tak? Sengaja kata Datin Arina yang suruh konon. Padahal, boleh saja Datin Arina bagi pada Kyran untuk Puteri. Kenapa pula dia susah-susah nak bagi pada kau? Huh, nampak sangat ni mesti kau ada muslihat jahat lain kan? Heyy, mengaku cepat! "
Aku memandang Balqish. Betul juga apa yang Farah cakap tu.
"A-Apa maksud kau? Datin Arina bagi pada aku..sebab Kyran sibuk dengan syuting dia. Macam tu pun salah ke? Sejahat-jahat aku..takkanlah aku nak tolak pertolongan seseorang dekat aku. Terutamanya, apatah lagi orang tua. "
Farah mengecilkan matanya.
"Jangan bagi alasan boleh tak? Heh, aku kenallah kau macam mana Balqish. Kau pasti akan buat apa saja untuk sakiti Puteri. Makanan ni..sebenarnya ada racun kan? Kau ada letak racun kan? " Teka Farah sambil menuding jari ke arah beg kecil yang masih dipegang oleh Balqish. Matanya jelas beriak jengkel dengan Balqish.
Balqish hanya tersenyum. Air mukanya cuba untuk dikawal. Walau dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu.
"Ada bukti ke yang mengatakan makanan ni beracun? Ada bukti yang aku letak racun kat dalam ni? " kata Balqish selamba.
Farah tersenyum sinis.
Tanpa bersuara apa. Dia terus rampas beg kecil itu dari tangan Balqish dan mengeluarkan bekalan makanan itu.
Selepas itu, Farah membuka penutup bekal makanan tersebut. Terpampang makanan sushi yang enak tersusun di bekal tersebut.
Farah tersenyum sinis. Dia melirik ke arah Balqish.
"Bukti memang tiada. Tapi, kau sendiri yang boleh buktikan yang aku salah. Apa kata..kau makan sushi ni? Just one bite? Hmm? " Farah tersenyum.
Balqish sedikit tersentak. Dia memandang ke arah aku dan Farah silih berganti.
Wajahnya beriak sedikit pucat.
"Heyy, kenapa dengan muka kau? Jadi, betullah kau cuba untuk racunkan Puteri? " Soal Farah lagi.
Balqish melirik ke arah Farah. Lama. Sebelum dia kembali bersuara.
"Makanan ini..hanya khas untuk Puteri. Kau..tak boleh sesuka hati suruh aku makan." Kata Balqish perlahan.
Farah mengetap bibir bawahnya. Geram. Geram dengan kata-kata Balqish tadi. Heh, semua tu hanya alasan!
Farah melanggar gigi atas dan bawahnya. Akhirnya dia terus membuat keputusan melulu dengan membuang makanan di dalam bekal tersebut ke dalam tong sampah berdekatan situ.
Terkejut beruk aku dengan tindakan melulu Farah. Begitu juga Balqish.
"Kau buat apa hah?! "
"Farah.. " Panggil aku lembut dan cukup perlahan.
Farah tidak mempedulikan aku dan juga Balqish. Dia hanya teruskan perbuatannya tadi yang terus membuang semua makanan sushi tersebut ke dalam tong sampah dari dalam bekal.
Farah datang ke sini semula. Terkelu lidah aku apabila melihat matanya seakan berair dan berkaca-kaca.
Farah terus memberi bekal tersebut ke tangan Balqish dengan kasar. Dia menuding jari betul-betul di hadapan Balqish.
"Kau...kau fikir aku ni dungu? Sampai mahu biar kawan baik aku sendiri makan racun kau? "
Farah menggeleng perlahan.
"Kau silap. Kau buatlah apa saja pun, kau bagilah alasan apapun untuk sakiti Puteri...aku takkan biarkan kau buat apa-apa pada Puteri lagi! Cukup-cukuplah tu Balqish. Cukuplah Puteri sudah menderita disebabkan kau..Aku tak nak..dia menderita lagi..Aku takkan biarkan dia disakiti lagi oleh orang macam kau! " Kata Farah dengan nada keras memberi amaran. Suaranya sedikit bergetar.
Tanpa dirinya sedar, setitis demi setitis turun ke pipinya. Hati aku tersentuh apabila melihatnya.
Aku tersenyum lembut dan mengusap perlahan bahunya di sisi aku.
Balqish sudah merah mukanya menahan rasa.
Sementara orang yang berada di restoran ini ada yang perasan dengan suasana tegang kami bertiga. Masing-masing ada yang curi-curi dengar, ada yang terkerling-kerling ke arah kami, ada yang siap berbisik lagi. Ianya, membuat aku tak selesa.
Tak selesa jadi perhatian orang.
Aku memandang ke arah Balqish. Begitu juga dia. Dia pandang aku dengan Farah dengan pandangan tajam. Mungkin, berasa terancam dan sakit hati dengan perbuatan Farah. Nampak dengan jelas, dia...masih tak puas hati dengan aku.
"Farah, kau tunggu. Kau berani sangat eh lawan aku? Kau mahu pertahankan kawan kau ni kan? Huh, okey. Masa kau takkan lama lagi! Kau tunggu..Farah. Aku akan buat kau menyesal. " Kata Balqish dengan suara menahan marah dan gelora di dalam hati.
Tangannya masih digenggam erat membentuk buku lima.
Farah tidak berkata apa. Langsung tidak menunjukkan reaksi takut atau gelisah.
Balqish kini memandang aku seorang. Dia mengangkat jari telunjuk di hadapan aku.
"Dan kau..aku benci kau! " Terkejut aku apabila dia terus menolak aku kuat dan kasar sehingga tubuh belakangku mengena ke bucu meja. Membuat aku mendesir mulut perlahan menahan sakit. Terduduk aku di atas lantai selepas terlanggar bucu meja.
Farah yang tadi sibuk menyeka pipinya terperanjat dengan tindakan Balqish yang tiba-tiba itu.
Belum sempat Farah mahu membalas balik, Balqish sudah pergi dari sini. Dia terus mendapatkan aku dan duduk bercangkung di tepi aku.
"Puteri, kau..kau tak apa-apa?? Aku minta maaf. Aku tak tahu kalau..dia akan tolak kau macam ni. Kalau tidak, mesti aku dah halang dan kau tak akan ditolak macam ni. " Kata Farah perlahan.
Perasaan bersalah bersarang ke hati.
Aku tersenyum.
"It's okay la Farah. Sikit saja ni. Aku tak apa-apalah. " Kata aku lembut. Manakala Farah cuba menolong aku untuk bangun.
Selepas kaki dapat berdiri dengan baik, aku sentuh belakang pinggang aku. Rasa sakit sikit.
"Farah, lepas ni..aku tak nak kau cari pasal dengan si Balqish tu. Kau tau kan..dia orang macam mana? Jenis mudah simpan dendam. Aku tak nak..dia sakiti kau. Cukup-cukuplah dia sakiti aku tapi kalau kau dia sakiti..aku takut..aku tak mampu pula untuk hadapi. Kau tahu kan..yang aku sayangkan kau? " Kata aku perlahan.
Farah mengusap perlahan tangan aku dalam genggamannya lembut.
"Aku tau..tapi kau pun kena tau juga..yang aku pun tak kuat lihat kau asyik disakiti oleh dia. Aku..sebagai bff sejati kau..mana boleh biarkan perempuan macam dia senang-senang sakiti kau. " Kata Farah yang berjaya membuat aku terharu.
Aku tidak berkata apa terus menariknya ke dalam dakapan aku.
Farah hanya tersenyum dan mengusap lembut tengah belakang aku.
"Terima kasih..Farah. Aku terharu.. "
***********
Author pov
Farah tersenyum melihat aunty, Datin Arina, Camelia, Zain dan pembantu-pembantu yang lain sibuk menyediakan persediaan yang cantik untuk kejutan istimewa malam ni. Kejutan tu adalah untuk Puteri.
"Haih tak sabar pula aku mahu tahu reaksi Puteri nanti bila malam ni. Ahh..mesti dia teruja giler ni. " Gumam Farah sendirian. Dia sudah tersenyum-senyum sampai ke telinga sendiri. Haih, dah macam diri dia pula yang kena kejutan malam ni nanti. Farah..Farah..
Farah terpandang sosok tubuh yang dia kenali. Tengah sibuk pasang banyak kain di ampaian kayu..tiba-tiba dia ternampak sosok muka yang dia kenali. Akhirnya wajah itu tersembunyi di sebalik kain putih yang banyak di ampaian ini.
Farah ingin mendekati dia. Manalah tahu tu orang lain tapi..kalau betul tu orang tu..dia mesti tegur ni.
Farah menyelak kain sehelai demi sehelai yang menghalang pandangan matanya. Akhirnya dia betul-betul berada dia hadapan mata.
Karen sedikit terkejut pandang Farah yang tiba-tiba memunculkan diri di hadapannya. Begitu juga Farah. Entah kenapa, dia terasa lidahnya terkelu pula untuk berkata-kata.
Kain yang saling berterbangan menghalang pandangan mereka berdua.
Kain itu sentiasa berterbangan sedikit kerana angin yang meniup dan akhirnya membuat mata mereka sesekali bertembung kerana kain tersebut.
Perlahan-lahan terbit senyuman di bibir mereka berdua.
Share this novel