Bab 83: The Marriage

Romance Series 10664

"Balqish!!" Belum sempat Balqish mahu memijak tangan aku yang masih kuat memegang sesuatu ada seseorang yang menjerit memanggilnya. K-Kyran?

Balqish terkedu. Kyran menghampiri ke arahnya. Terkejut dan terpempan Kyran apabila memandang ke bawah melihat aku yang mahu jatuh dari jambatan. Terus dirinya panik mahu menghulurkan tangan untuk bantu aku.

Kening aku tercantum. Pegangan tangan aku mahu terlepas.

Manakala Balqish pula cuba menghalang Kyran daripada membantu aku.

"Kyran!! A-Apa yang awak buat ni?" Balqish menarik lengan Kyran.

Kyran tidak berkata apa. Dia terus menolak kasar tubuh Balqish sehingga gadis itu terduduk terjelupuk di atas jalan tar. Balqish meringis kesakitan. Bukan Kyran bermaksud mahu berkasar dengan perempuan tapi tindakan Balqish ini sudah terlalu melampau.

"Kau nak bunuh Puteri ke?!" Jerit Kyran juga di situ dengan turun naik dadanya. Mencerlung tajam pandangannya menikam ke arah Balqish. Balqish sudah menangis teresak-esak sambil terduduk di situ.

Kyran dengan cemas cuba untuk menghulurkan tangan pada aku.

"Puteri, pegang tangan saya. Awak mesti boleh. Tolonglah bertahan." Kyran menghulurkan tangannya.

Aku tersenyum kecil. Air mata laju membasahi ke pipi. Aku menggeleng kecil.

"S-saya dah tak kuat Kyran.." gumam aku perlahan. Pegangan sebelah tangan sudah longgar dan mahu terlerai.

Kyran menggeleng kepalanya beberapa kali. Dia seperti tidak rela kalau aku jatuh di sini. Kelihatan Kyran sudah menumpahkan air matanya.

"Puteri! Awak kena bertahan! Tolonglah..jangan macam ni. Awak mesti boleh. Pegang tangan saya. Saya akan bawa awak naik. Saya yakin kita boleh laluinya. Kalau awak sudah putus-asa macam mana dengan saya?! Saya tak boleh hidup tanpa awak Puteri!" Jerit Kyran sambil mengalirkan air mata. Kelihatan wajah itu begitu takut dan cemas.

Aku tersentak. Kyran.. Melihat wajahnya yang seperti terdesak itu membuat aku ingin untuk hidup. Aku mahu mengisi waktuku dengan bersamanya.

A-Aku..aku perlu kabulkan impiannya mahu kahwin dengan aku. Aku dah janji dengannya..walau apapun terjadi aku tak boleh tinggalkannya seperti ini. Janji harus ditepati bukan dimungkiri.

Memandang huluran tangannya aku cuba untuk kuatkan diri untuk menggapai tangan itu.

"Ahhh.." sebelah tangan lagi cuba mencapai tangan itu. Namun, apabila tangan kami sudah bersentuhan sedikit tetapi masih tidak dapat berpegangan tiba-tiba pegangan tangan aku jadi sudah tidak kuat. Terasa tubuh tergawang ke udara. Dan selepas itu..aku lemas di dalam sungai ini.

"Puteri!!!!" Jerit Kyran di situ juga. Sambil menangis.

Tanpa berfikir panjang, Kyran terus melompat tubuhnya ke jambatan itu dan jatuh sekali bersama Puteri di dalam sungai.

Balqish tergamam. Terus dia berdiri dan menunduk ke bawah. Balqish menekup mulutnya dengan rasa terkilan dan tak percaya.

"Kyran? Kyran!! Arghh!" Balqish sudah menangis.

Dia mencengkam rambutnya sekuat hati.

"Tak..tak...Kyran..hisk..hisk.." mata Balqish merah kerana menangis. Dia menangis lagi di situ. Terasa lututnya longgar. Balqish terduduk di situ.

"Hisk.. hiskk..Kyran.." dia cuba memanggil nama Kyran. Tidak menyangka Kyran akan lompat seperti itu.

Author pov

Manakala Kyran menyelam tubuhnya ke dalam air. Dia berenang-renang cuba mencari tubuh Puteri.

Matanya tidak senyap meliar ke dalam air. Namun, malangnya. Tubuh Puteri tidak dapat dikesan. Bukan itu saja dia langsung tidak nampak sekujur tubuh orang lain selainnya dirinya di sini buat masa ini.

Tanpa Kyran sedari, Puteri sudah tenggelam lemas di dalam sungai. Puteri meronta-ronta di dalam air. Dia tidak boleh bernafas. Betapa terseksa dirinya saat ini hanya Tuhan saja yang tahu.

Tak sampai 5 minit akhirnya tubuh gadis itu sudah lemah dan langsung tidak bergerak seperti meronta macam tadi. Tubuhnya yang tenggelam hanya dibawa air.

Kyran naik ke atas dasar air cuba mencari oksigen selepas sudah merasakan lama berada dalam air.

"Huhh..huhh.." tercungap-cungap Kyran. Matanya sudah merah.

"Puteri..where are you?!" Kyran cuba menjerit memanggil nama Puteri.

"Kyran!" Balqish yang terdengar suara Kyran berdiri dan memandang tubuh Kyran di dasar air. Namun, Kyran tidak hiraukan panggilan dari Balqish dia dengan cemas cuba mencari Puteri lagi tanpa putus-asa.

Tiba-tiba matanya terlekap pada tubuh seorang gadis yang lemah dibawa air pergi.

"Puteri!!" Kyran terus berenang ke arah tubuh yang terapung itu dan memeluknya.

"Puteri.." Kyran memegang kedua-dua pipinya yang tidak sedarkan diri itu.

"Puteri sedarlah.. Puteri..jangan buat saya risau." Kyran sudah mahu menangis. Dia menepuk perlahan pipi Puteri beberapa kali tetapi tetap tidak ada tanda-tanda gadis itu mahu sedar.

Kyran memegang sesuatu dan cuba mengangkat Puteri ke daratan di tepi sungai itu.

Tubuh Puteri yang tidak sedarkan diri sudah terbaring lemah di atas rumput. Kyran duduk melutut di tepinya.

Kyran cuba menekan dada Puteri berkali-kali dan cuba mendengar desahan nafas dari hidung Puteri. Selepas itu dia cuba membuat CPR pada gadis malang itu.

"Puteri... sedarlah..huhh...huhh.." Kyran tercungap-cungap sambil tangan tidak putus-asa menekan dada Puteri beberapa kali sekuat hati. Sekali-sekala dia pasti membuat CPR.

"Kyran...dahlah tu." Balqish yang tiba-tiba memunculkan diri menghampiri Kyran.

"Diamlah kau! Ini semua salah kau tau tak?" Tengking Kyran. Dia masih cuba menekan dada Puteri.

"Kyran, dia dah matilah! Dah tak bernyawa!" Jerit Balqish secara tiba-tiba.

"T-Tak..tak..dia tak boleh mati! Puteri takkan mati! Kiteorang dah janji akan sentiasa bersama. Akan membina rumahtangga. Dia takkan mungkir janji tu. Dia bukanlah orang yang akan mungkir janji. Puteri akan tetap hidup." kata Kyran dia masih cuba menekan dada Puteri. Air matanya sudah menitis ke pucuk hidung hingga mendarat ke wajah mulus Puteri.

"Puteri.."

Manakala Balqish pula sudah tersenyum senang melihat mata Puteri yang masih tertutup rapat.

Tiba-tiba...

"Uhukkk..uhukk..ahakk.." Puteri terbatuk-batuk kecil sambil terkeluar air dari mulutnya. Puteri duduk dari pembaringan.

"Puteri.." Kyran sudah tersenyum gembira. Terus tubuh Puteri dipeluknya erat. Puteri hanya tersenyum kecil seraya membalas pelukan Kyran. Manakala riak wajah Balqish pula seperti berubah. Dia sedikit tersentak melihat Puteri masih hidup.

'D-Dia masih hidup lagi?'

"Puteri..awak buat saya takutlah. Awak hampir buat jantung saya berhenti berdegup tahu?" kata Kyran. Dia menyeka air mata di pipinya.

Puteri sudah tertawa kecil.

"Hehehehe.." Kyran meleraikan pelukannya.

"Ahhh².. sakitlah." Puteri memegang pucuk hidungnya yang ditarik kuat oleh Kyran. Gadis cantik itu sudah memuncungkan mulutnya.

"Saya tak main-mainlah. Janganlah gelak." kata Kyran.

"Hehe bertuah sungguh saya ye? Yelah, Kyran Andrew yang handsome ni risaukan saya." Kata Puteri sambil mengusap lembut pipi Kyran dengan jari runcingnya. Kyran menatap lama wajah Puteri.

"Puteri..janji dengan saya..yang awak takkan tinggalkan saya macam tadi. Janji?" kata Kyran mengangkat jari runcingnya.

"Ermmm..jap nak fikir dulu." kata Puteri sambil meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Dia tersengih nakal.

"Eyyhh awak!" Kyran sudah membuat muka cemburutnya. Puteri tertawa lucu.

"Saya tak boleh janji, Kyran. Who knows right? Kita tak boleh agak ajal maut kita nanti. Dan kalau betul pun..saya akan pergi dulu nanti awak kenalah terima hakikat tu. Saya yakin awak boleh laluinya. Awak kan adalah Kyran saya yang kuat." kata Puteri mengelus lembut pipi Kyran.

Kyran sudah beriak keruh. Dia tak suka kalau Puteri berkata tentang hal kematian.

Puteri tersenyum kecil.

"Tapi...saya boleh janji yang kita akan terus bersama sampai ke hujung nyawa saya." kata Puteri memandang tepat ke wajah Kyran.

Kyran tersenyum manis.

"I love you, Puteri." Kyran memeluk erat gadis itu.

Puteri mengerutkan dahi. Aik, lain macam saja. Kyran.. cintakan aku? Bukan dia lebih sukakan Balqish ke?

Namun Puteri tetap tersenyum di dalam pelukan Kyran.

"I love you more." Balqish sudah menjeling tajam ke arah pasangan sejoli itu. Dia berpeluk tubuh. Meluat! Terus kakinya dibawa pergi dari situ. Sekali-sekala kaki dihentak kuat ke tanah tanda protes.

'Tak mati juga ye kau Puteri? Huh, liat juga nyawa kau eh?' desisnya jengkel dalam hati.

Manakala Puteri di dalam pelukan terpandang tubuh Balqish yang kian menjauh. Dia mencantumkan keningnya.

Sebaik mereka berdua berdiri tegak menghadap sesama sendiri Kyran tiba-tiba mendukung Puteri ala bridal style.

Puteri terjerit kecil.

"Kyran! Apa yang awak buat ni?" Disebabkan Kyran dengan selamba mencempung tubuhnya membuat dia serta-merta terpeluk leher Kyran.

"Dukung awak pergi keretalah." kata Kyran selamba.

Puteri mengeluh kecil.

"Saya boleh jalan sendirilah."

"Dengan keadaan awak yang lemah macam ni? No.." kata Kyran yang terus mencempung tubuh Puteri ke kereta tanpa mempedulikan kata-kata gadis itu lagi.

Puteri sudah menggeleng kecil. Dia tersenyum malu di dalam dukungan Kyran.

Puteri pov

"Awak..kenapa kali ini awak macam lain eh? Balqish pergi macam tu je pun awak tak ambil peduli. Kenapa? Korang bergaduh eh?" kata aku seraya meliriknya ke tepi yang sedang fokus memandu kala ini.

Kyran tersenyum. Secara tiba-tiba dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia melepaskan tali pinggang kereta seraya mendekati tempat duduk aku.

Kyran memegang lembut tangan aku.

"Puteri..saya dah tak kisah pasal dia." Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa?" Soal aku polos. Kyran tertawa kecil.

"Sebab saya dah ingat segalanya. Termasuk memori kita berdua." kata Kyran mencuit pucuk hidung aku manja.

"Iya ke awak? T-tapi macam mana?" kata aku seperti tidak percaya pula.

"Puteri, sebesar mana pun masalah kalau jodoh kita kuat maka kita tetap akan bersama juga. Termasuk ingatan saya pada awak yang sudah kembali."

Aku hanya tersenyum malu apabila Kyran berkata begitu.

"Puteri.." panggil Kyran perlahan setelah berdiam diri seketika.

"Hmm?"

"Ini mesti sukar kan untuk awak hadapi sepanjang saya koma dan hilang ingatan. Dahlah saya koma selama dua bulan lepas tu hilang ingatan pula."

"Lepas tu yang paling sadisnya awak lebih percayakan Balqish dari saya." kata aku menuding jari dan jari digoyangkan di hadapannya. Acah-acah buat muka marah dan gangster.

Kyran mengangkat tangan ke mulut.

"Ampunkan patik Tuan Puteri. Waktu tu entah apalah yang merasuk patik untuk lebih percayakan dia? Tapi kan...di mana Tuan Puteri berada sewaktu patik sedar dari koma hari tu?" Soal Kyran.

Aku tertawa kecil tapi meneruskan memainkan peran sebagai tuan Puteri.

"Beta tiada waktu tu sebab ada alasan yang kukuh. Beta pergi melawat kawan beta yang sakit." kata aku dengan lagak seperti Tuan Puteri. Tak lama kemudian, terdengar tawa kecil dari kami berdua.

"Puteri, maafkan saya? Sebab sudah lukai hati awak.." kata Kyran perlahan sambil menunduk wajah.

Aku tersenyum kecil. Dagu Kyran diangkat lembut sedikit memandang aku.

"Awak, bukan salah awaklah. Lagipun, waktu tu awak tak sedar lagi. Saya dah maafkan awak." kataku menghadiahkan senyuman paling comel padanya.

"Cuma...tulah tak sangka awak dengan dia siap berkiss bagai." kata aku memandang ke arah lain. Pura-pura merajuk.

Masih teringat di minda ini bagaimana Balqish tiba-tiba mencium Kyran di hadapan aku. Terluka hati kite ni tau.

"Alooo.. janganlah merajuk my princess. Entahlah tiba-tiba dengan perempuan tu. Gila kut dia. Haih, dia memang suka ambil kesempatan pun terhadap saya. Awak pun tahu kan dia macam mana? Tak kira peluang ada walaupun nipis pasti dia tak akan lepaskan begitu saja." kata Kyran cuba memujuk aku.

Aku menahan senyum.

"Hmm..yelah.." kataku perlahan.

"Awak..dah tak merajuk lagi dengan saya?"

"Hmm.."

"Betul ni?" Kyran memandang tepat ke arah aku.

"Betul sayang.." kata aku dengan nada meleret. Kyran mengelus lembut lesung pipit di pipi aku.

Dagu aku didekat olehnya. Satu ciuman lembut hinggap ke dahi aku. Aku memejamkan kelopak mata perlahan apabila dia mencium dahi aku lama.

Kyran melepaskan ciumannya. Dia memandang aku dengan redupan mata yang lembut.

"Lusa kita akan berkahwin tau?" kata Kyran.

"Hahh? Betul ke ni?? Bukan tu perkahwinan.."

"Puteri..tak mungkinlah saya nak lanjutkan perkahwinan saya dengan Balqish tu. Lagipun kita dua pun dah rancang dan bersedia untuk kahwin. So..." Kyran memegang tangan aku seraya membawa ke dadanya.

"Awaklah yang akan mengganti tempatnya dan akan menjadi suri hati saya sepenuhnya. Ahh..tak sabar pula saya rasanya mahu kahwin dengan Cik Princess Ilynia yang cantik lagi terpesona ni." kata Kyran mencuit dagu aku manja.

Aku hanya tertawa kecil. Dapatku dengar rentak jantungnya yang berdegup apabila tangan masih melekap ke dadanya.

Kami tersenyum kecil bahagia sambil memandang antara satu sama lain.

**********
"Kyran, kau dah ingat semuanya ke?" soal Farah tersenyum. Yelah, dari tadi Kyran asyik berkepit dengan aku dari pagi tadi di rumah sini. Yeah, sekarang ni Kyran berada di rumah aku.

"Yepp..tapi tulah aku bersimpati dengan kau. Maafkan aku, Farah..sebab kemalangan hari tu kau jadi begini.." kata Kyran perlahan.

"Tak apalah, bukan salah kau pun. Eh kalau kau dah ingat semula ni kira baguslah. Lega aku dengar. Sekarang ni korang bolehlah kut kahwin cepat-cepat ye? Tak sabar aku nak ada anak buah aku sendiri. Orang katakan kalau lambat kahwin ni tak elok sangat." kata Farah yang terlebih pula dia. Haih, Farah ni..

"Haa aunty sokong sangat kata-kata Farah tu."

"Haa tengok aunty pun sokong kite tau? Hehe.."

Kyran tertawa kecil.

"Jangan risau. Lusa juga kami dua kahwin. Kan sweetheart?" kata Kyran sambil memeluk bahu aku manja di sebelah. Aku hanya tersenyum kecil.

"Woah..serius ah? Hehe.." Farah tersengih kecil. Tangannya tergawang-gawang ke udara cuba mencari tangan Karen.

Karen dengan cepat menyambut tangan itu.

"Karen, kakak awak dah nak kahwinlah.." kata Farah gembira. Karen berjeda. Dia hanya tersenyum kecil.

"Baguslah kalau macam tu. Aunty doakan perkahwinan kalian berdua akan berjalan dengan lancar dan baik saja." kata aunty lembut.

Aku dengan Kyran berpandangan seketika sambil mengukir senyum.

"Terima kasih aunty.." hampir serentak kami berdua berkata terima kasih.

"Sama-sama. Err..tapi takpe ke aunty tinggal kamu semua kat sini sebentar? Sebab kerja aunty tak selesai lagi kat butik tu." kata aunty.

"Eh takpe aunty. Kami semua okey je." kata aku.

"Yeah, betul tu aunty.." kata Farah pula.

"Kalau macam tu..aunty pergi dululah. Bye².."

"Bye².." kami semua membalas lambaian aunty. Akhirnya tubuh aunty sudah hilang dari pandangan di muka pintu.

Aku pula memerhati lama Farah dan Karen. Hmm..ada sesuatu sangat di sini. Tapi apa ya? Jap², let me think. Aha!

"Aik², ahem..ahem..adik dengan Farah ni ada apa-apa ke? Uish, nampak makin rapat je. Aha².." aku sudah mengangkat kening ke atas berkali-kali sambil tersenyum mengusik.

Farah pula sudah tergamam.

'Cepatnya budak ini tangkap. Pandai betul kawan aku ni.' desisnya dalam hati.

Karen dengan Farah aku lihat sudah tidak senang duduk.

"Farah, saya beritahu jelah yang sebenar ye pada kakak saya?" kata Karen berbisik di tepi Farah.

"Ikut awaklah.." Farah turut berbisik. Dia sudah tersipu-sipu malu di situ. Dia tahu mesti Puteri akan lebih mengusiknya nanti. Habislah...nanti dia nak sorok muka dia kat mana? Takpe...takpe..nasib baik dia tak boleh nampak. Taklah nak malu sangat.

"Sebenarnya..kami berdua memang ada apa-apa pun." kata Karen mula membuka mulut. Aku sudah tersenyum penuh makna. Tahulah apa maksud dia tu. Wahh.. akhirnya mereka berdua menjadi juga eh?

Manakala Kyran sudah tersenyum keliru. Dia mengangkat keningnya memandang aku yang seperti asyik tersenyum-senyum seperti orang tidak siuman ini.

"Kami dua... saling berkongsi kasih. Dan tak lama lagi..kami dua akan kahwin selepas kakak kahwin dengan Kyran." kata Karen.

Aku dah tersenyum lebar.

"Wahh..kakak sokong sangat-sangat. Haih, kamu dua kalau bersama memang secocok dan sepadanlah. Seperti pinang dibelah dua!" kata aku tersenyum mengusik.

"Tahniahlah untuk korang. Farah, tak lama lagi kita akan jadi sebahagian keluargalah ni?" kata Kyran. Farah hanya mengangguk dan tersenyum kecil.

Kami berlima berbual mesra sesama sendiri. Perbualan kami juga sekali-sekala diselangi dengan ketawa bahagia dari kami.

Ahh... nikmatnya rasa ni. Alangkah bagusnya kalau aku dapat lihat anak Farah nanti sekiranya umur aku masih panjang. Bukan anak Farah tapi teringin juga untuk aku lihat anak aku nanti. Mesti comel macam ibu dia. Haih Puteri, belum kahwin dengan Kyran dah fikir pasal anak. Gatai ye kau?

Aku memandang wajah-wajah mereka semua. Terasa masa berlalu dengan perlahan. Terasa telinga berdesing dan tidak mendengar suara mereka biarpun bibir itu berkata-kata.

Cuma...ada satu rasa asing yang buat aku rasa sangat tak selesa. Perasaan itu ialah seperti perasaan..seperti aku semakin mahu berjauhan dengan mereka semua. Entahlah kenapa aku rasa begitu. Sedangkan aku dengan mereka semua dekat saja di sini sambil berbual dan bergelak tawa bagai. Tapi hati ini.. entahlah rasa semakin jauh dari mereka semua.

Kyran memegang tangan aku. Aku tersenyum manis apabila pandangan kami bertembung. Kyran..saya tak tahu apa yang akan terjadi nanti..tapi yang saya tahu saya nak awak bahagia Kyran.. walau apapun yang terjadi. Biarpun diri ini sudah tiada di sisi awak nanti tapi rasa cinta kita takkan hilang begitu saja. Saya akan selalu berada di hati awak dan akan selalu berada 'dekat' dengan awak. Hal ini kerna, hati kita dua yang seperti tercantum dan susah sekali untuk pecahkannya.

**********
Bang..!! Pang..!!

Di luar bilik, Jojo and the geng sudah beriak risau. Ada yang asyik terkejut sehingga ternaik sedikit bahu mereka kerana asyik mendengar bunyi barang dari dalam bilik boss mereka seperti dilontar dan dibaling.

Jojo sudah merasa takut. Dia mula menelefon seseorang. Hanya orang itu saja yang boleh menolongnya dan dan tenangkan boss mereka saat ini.

"Hello boss.." Jojo bersuara perlahan dengan nada sedikit bergetar. Kedengaran suara di corong sana sedang tertawa.

"Haih Jojo. Aku bukan boss lagilah. Jadi, tak perlulah kau panggil aku dengan gelaran nama macam tu lagi, hehe. Tapi..kenapa dengan suara kau ni? Ada apa-apa yang berlaku ke? Kenapa macam riuh je kat sana?"

"Abang Jack, tolong datang sini cepat. Tolong balik sini.. Sepertinya boss macam makin teruk je. Dari tadi boss asyik memerap dalam bilik tak mahu keluar. Saya takutlah. Saya rasa penyakit dia datang lagi dan kali ini sudah melarat." kata Jojo mula menyuarakan kebimbangannya.

Jack di sana sedang mengeluh kecil.

"Ini..mesti pasal Kyran lagi kan? Takpe, aku balik sana sekarang. Kau tunggu aku di sana. Jangan beritahu Balqish tentang aku nak balik. Aku rasa..dia dah makin teruk. Dan aku..perlu datang sana sekarang." kata Jack di talian sana. Dapat dia dengar dari telefon suara seperti seseorang melempar barang dan menjerit dari kejauhan. Siapa lagi kalau bukan Balqish.

"Baik, saya tunggu.." kata Jojo seraya meletak telefonnya. Jojo mengetap bibir bawahnya.

"Hanya abang Jack yang boleh tenangkan boss. Aku tahu.. sepatutnya abang Jack tidak tinggalkan boss dari dulu." gumam Jojo sendirian.

*********
Jojo tersenyum apabila terpandang seorang lelaki yang berpakaian hoodie serba hitam yang dia sangat dikenalinya.

Lelaki itu yang sedang mengheret beg roda yang berisi pakaian diletaknya seketika di atas lantai di situ dalam keadaan berdiri.

"Di sini?" Soal lelaki itu ingin meminta kepastian. Padahal, dia sudah tahu bilik Balqish di mana. Jojo hanya mengangguk menggiyakan.

Kelihatan lelaki tampan itu sedang memperbetulkan sedikit kedudukan topi di atas kepalanya. Selepas itu, tangan mula memulas tombol pintu. Nasib pintu itu tidak dikunci dari dalam.

Pintu dikuak dari luar. Balqish tidak berpaling. Hanya duduk di atas lantai di tepi katil sambil memeluk lutut menangis seorang diri. Lututnya digerak ke belakang dan ke depan berkali-kali. Apabila dilihat sekali imbas Balqish memang begitu deppressed saat ini.

Jack menatap tubuh belakang itu dengan pandangan sayu. Sudah lamanya kian berlalu dia tidak memandang sekujur tubuh itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa rindunya dia pada gadis itu. Sepanjang dia berada di Amsterdam pun fikirannya asyik menerawang memikirkan gadis itu.

Jack melangkah setapak demi setapak perlahan ke hadapan. Apabila sudah mendekati tubuh itu bahu Balqish menjadi tempat sasarannya disentuh lembut.

Balqish yang terasa bahunya disentuh tersentak. Tiba-tiba dia mengamuk tak tentu pasal dan bertindak agresif.

"Pergilah! Jangan kacau aku untuk bersendiri!" kata Balqish tergawang-gawang tangannya memukul angin seperti berlawan sesuatu. Membuat topi di kepala Jack terjatuh ke lantai.

"Balqish.. Balqish..! Enough..Calm down..shhh! Jangan nangis. I'm here. Saya sudah ada di sini bersama awak..awak tak keseorangan." kata Jack perlahan. Lembut saja nada bicaranya. Kedua-dua pergelangan tangan Balqish disentuhnya erat membuat gadis itu tidak lagi meronta-ronta.

Balqish terdiam dan terkedu. Suara tu..sudah lama tidak menjamah telinganya. Suara tu juga membuat hatinya bergetar lirih. Suara yang dia rasa tidak mahu dengar lagi apabila tubuh itu sudah lama kian meninggalkannya begitu saja dulu.

Balqish perlahan-lahan mengangkat wajahnya. Buat keberapa kalinya, setitis air mata jernih mengalir ke pipi dari mata yang sudah merah itu.

"J-jack?"

********
"Awak..dah lama kan kita tak pergi pantai bersama? Kali terakhir pun waktu saya jumpa awak sedang berpelukan dengan Audrey di tepi pantai." kata Kyran yang ketika itu sedang ralit menikmati pemandangan indah di hadapan. Kedua-dua tangannya didepakan sambil menghirup udara yang segar di sini.

Aku tersenyum kecil.

"Dan waktu tu..awak tahu? Saya rasa macam nak tergelaklah pula. Yelah, awak cemburu tak bertempat." kata aku menekup mulut sambil tertawa kecil.

Kyran menghadap ke arah aku.

"Of courselah. Tapi awak nak tahu tak? Walaupun saya hilang ingatan..jantung ni masih berdebar-debar untuk awak tau? Itu bermakna, awak selalu buat hati ini terjatuh pada awak Puteri walaupun saya hilang ingatan."

"Iya?" kataku macam tak percaya pula.

Kyran mengangguk kecil.

"Iya, waktu tu..saya tak faham apa yang saya rasa. Tapi, saya tahu itulah perasaan cinta saya untuk awak. Walaupun Balqish selalu bersama saya ketika itu tapi awak tetap berada dalam fikiran saya Puteri." kata Kyran menatap tepat ke wajah aku.

"Auww, so sweet awak Kyran. Ni yang buat saya selalu cair ni." kata aku tertawa kecil.

Kyran tersenyum. Dia menarik tubuhku ke dalam pelukannya.

"Saya harap hubungan kita akan terus bertahan biarpun dilanda ribut taufan sekuat mana pun. Hal ini juga, membuat hubungan kita semakin kukuh dan buat cinta kita berdua semakin kuat. Terima kasih.. Puteri. Kerana masih bertahan sampai sekarang untuk kita bersama." kata Kyran sambil tersenyum terharu.

Aku tidak berkata apa. Sebaliknya, bibir aku tidak lekang dengan senyuman berada di dalam pelukannya.

"Wahh awak.. sunsetlah! Tengok tu.." kata aku menunding jari ke hadapan. Bibir tersenyum ceria dan gembira. Lamanya tak tengok sunset.

"Cantiknya.." aku dengan Kyran tersenyum kerana dapat menikmati matahari terbenam di sini. Di tepi pantai pula tu.

Tangan aku melingkarkan pinggangnya manja dari belakang. Kyran masih memeluk bahu aku mesra.

Kami berpandangan seketika sebelum mata masing-masing merenung ke hadapan melihat matahari terbenam dengan riak wajah yang menghiasi senyuman di bibir masing-masing. Kyran menyenget dan menyandarkan kepalanya dengan kepala aku manja.

Tanpa kami berdua sedar, ada seseorang yang mengintai sepi ke arah kami.

Hehe agak-agaknye siapalah org yg intai tu ye >< hehe get ready for the ending korang..(^~)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience