Jantung aku bagaikan terhenti. Seperti terhenti masa, aku memandang wajah tampannya tanpa berkelip. Kenapa mesti dia lagi? Kyran. Yeah Kyran. Macam mana aku nak buat dia berjauhan dengan aku? Macam mana aku nak buat dia benci pada aku? Patutkah aku bersikap kejam padanya walau ianya sangat menyakitkan. Please tell me..
Kyran mencantumkan keningnya. Dia melambai-lambai tangan ke arah muka aku.
"Puteri..hello? Kenapa nih? Jauh termenung. Dah sampai ke mana?" kata Kyran lalu ketawa kecil. Lagilah membuat jantung aku berdebar-debar. Kenapa setiap kali dia ketawa..ianya asyik membuat hati aku semakin mengalah? Membuat aku semakin mahu mendekatinya. Arghh..ini buat aku makin susah untuk aku berjauhan dengannya.
Aku dengan kembali wajah kosong memandang ke arahnya.
"Kenapa awak ada kat sini?" kata aku dengan biasa dingin.
"Saja. Can I come in?" kata Kyran. Dia hanya tersenyum lembut menampakkan lesung pipitnya pada aku. Arghh don't show that smile please..
Aku tak berkata apa. Hanya pergi ke tepi sedikit memberi laluan untuknya masuk. Aku hanya lihat dia meneliti rumah aku. Pintu aku biar terbuka sahaja.
Aku tanpa mempedulikan si dia yang berada di sini sambil menatap aku dengan dalam hanya pergi ke dapur. Mahu bancuh Nestum pula. Lapar lah pulak Nestum waktu-waktu nih. Cuaca di luar pula mendung. Rasanya mahu hujan. Wahh syok makan waktu hujan-hujan nih.
"Puteri, kut awak mahu layan saya sebagai tetamu. Tak tanya saya ke nak minum apa. Awak terus buat saya macam halimunan pula. Sakit tau bila awak buat acuh tak acuh dengan saya nih." kata Kyran cuba meraih simpati.
Serta-merta tangan aku terhenti daripada kacau Nestum yang aku bancuh kala ini. Kyran..saya lebih sakit bila saya tahu awak adalah abang kepada pembunuh yang bernama Zain. Orang yang telah langgar kereta ibu dan ayah saya dulu. Namun kata-kata ini hanya tersemat di dalam hati saja.
"Puteri.." kata Kyran yang terus memeluk aku dari belakang. Dia meletakkan dagunya di bahu aku membuat aku sedikit tersentak.
"Puteri, dahlah tu merajuk. Saya minta maaf sangat-sangat tapi saya tak tahu kesilapan saya kat mana pada awak. Saya buat apa sampai-sampai awak jadi macam nih? Tolonglah janganlah jadi macam nih. Janganlah buat saya macam nih. Awak lukakan hati saya tau. Awak langsung tak kesiankan saya ke? Puteri tolonglah.. jadilah macam dulu. Saya rindu awak yang dulu. Puteri yang suka senyum, Puteri yang ceria dan bersemangat. Tak macam nih. Lagipun.. lagipun kalau betul saya buat awak marah awak boleh jer pukul saya sepuas hati kalau awak mahu. Mungkin ini boleh buat awak puas hati dan akan maafkan saya. Saya rindu awak my princess. I miss you so much." kata Kyran. Dia memperketatkan lagi pelukannya.
Aku memejam mata aku. Maafkan saya Kyran..tapi saya tak boleh. Saya tak boleh jadi Puteri yang dulu yang awak mahu. Pukul? Tak. Saya takkan sesekali pukul awak atau naik tangan pada awak sekalipun. Mana sampai hati saya nak lukakan awak apatah lagi cederakan awak. Cuma awak terpaksa tahan. Dengan luka yang berada dalam hati awak Kyran. Saya terpaksa lukakan hati awak. Dan..saya pun. Sangat rindukan awak Kyran. Andai saja kita boleh bersama dengan senang tanpa rintangan. Andai saja kalau kita dapat bersama sampailah ke ajal maut.
Kyran memejam mata sambil memegang tangan aku dengan erat dari arah belakang. Dia menyendol mukanya dengan pipi aku dengan lembut seperti kucing yang menyendol kaki orang. Sangat manja.
Serta-merta aku membuka mata aku. Bagaikan tersedar dari mimpi. Aku dengan Kyran sangat dekat sekarang nih. Puteri apa yang kau buat nih?! Kau tak boleh termakan dengan pujuk rayu Kyran! Erghh sekali lagi cinta membuat aku mengalah.
"Kyran.. Kyran lepaskan saya. Lepaskan saya please.." kata aku yang meronta-ronta dalam pelukannya. Aku tak nak dekat dengan dia! Tapi aku rindu dia. Tak² aku tak boleh. Aku harus berjauhan dengan dia.
"Kyran..saya kata lepas kan? Kenapa awak degil nih?" kata aku.
"Syyy! Jangan gerak. Saya tak puas lagi peluk awak. I miss you Puteri.." kata Kyran masih dengan mata tertutup. Dia malah makin memperketat pelukannya di tubuh aku.
"Erghh Kyran! Saya kata lepas lepaslah!! Apa awak buat nih?!!" kata aku meronta sekuat hati dan menjerit membuat dia terjatuh terduduk di atas lantai. Kyran merasa terkejut dengan tindakan aku yang menolaknya. Aku turut terkejut dengan tindakan aku tadi. Spontan aku menutup mulut aku. Tak sangka boleh buat dia terjatuh sampai macam nih sekali.
"Kyran.." gumam aku perlahan. Aku mahu pegang tangannya untuk membantu Kyran berdiri tetapi spontan aku turunkan balik tangan aku. Kyran mampu apa kalau bangkit sendiri tanpa bantuan aku. Yeah. Lebih baik aku tak bantunya berdiri.
Kyran memandang ke arah aku. Dia masih terkejut dengan tindakan aku tadi. Spontan dia menggeleng kepalanya perlahan. Dia memandang ke arah aku dengan reaksi tidak percaya.
Kyran bangkit daripada duduk. Kini, dia berdiri setentang dengan aku.
"Puteri, awak tolak saya? Saya..saya tak sangka. Bukan awak cakap awak sayang saya ke? Puteri awak langsung tak rindu saya ke?" kata Kyran menatap wajah aku dengan dalam. Reaksi sedihnya jelas terpancar.
Aku tidak berkata apa. Sebaliknya tangan di sisi
aku ramas baju aku dengan kasar.
"Puteri saya tanya awak nih jawablah." kata Kyran yang memegang kedua-dua bahu aku. Dia mendesak aku untuk menjawab pertanyaannya itu.
"Kalau saya cakap...saya langsung dah takde hati dengan awak? Kalau saya cakap...saya langsung dah tak cinta dengan awak Kyran? Dan kalau saya cakap... yang hati saya dah berubah begitu juga diri saya. Awak..nak cakap apa?" kata aku yang turut balas pandangan matanya. Air mata sedaya-upaya cuba untuk ditahan. Manakala hati ini pula sangat sakit apabila terpaksa berkata begitu.
Jantung Kyran seakan-akan berhenti. Kata-kata aku sangat mendalam dan akhirnya terus menusuk kuat ke hati. Kyran menggeleng kepalanya. Matanya berkaca-kaca memandang ke arah aku.
Aku semakin meramas baju aku dengan kasar. Sungguh. Aku dah buat dia menangis. Dan hal itu.. membuat aku semakin sakit. Wajah aku sedaya-upaya kekal untuk menjadi reaksi kosong. Reaksi tanpa belas kasihan.
"No³. Awak tak boleh cakap macam tu. Kan saya cakap. Walau apapun yang terjadi walau awak sakitkan hati saya macam mana sekalipun..saya takkan berpisah atau tinggalkan awak. Itu janji saya pada awak! Kenapa awak masih tak faham? Tiba-tiba awak jadi macam nih disebabkan Balqish eh? Perempuan tak guna tu lagi kan? Yang rasuk awak sampai macam nih sekali." kata Kyran.
"Tak. Bukan sebab dia. Awak tak percaya cakap saya ke Kyran? Awak tu yang tak faham. Kyran Andrew. Awak dengar sini." kata aku.
Aku makin mendekatinya sehingga membuat dia sedikit terundur ke belakang.
"Saya langsung dah tak cintakan awak! Kenapa awak masih tak percaya?! Awak boleh belah dada saya nih kalau awak mahu. Kyran hati saya dah matilah. Dah mati! Cinta saya terhadap awak..dah tak hidup. Cinta tu hanya datang sekejap saja. Baru saya tahu yang saya masih tak suka lelaki. Kalau suka pun sekejap saja. Dan kalau awak nak tahu saya bukan Puteri yang awak kenal. Nih. Ini adalah Puteri yang baru! Inilah! Orang yang berada di hadapan awak sekarang nih." kata aku yang menepuk dada aku dengan kuat.
"Puteri yang awak cintakan sangat tu yang awak rindukan sangat tu dah pupus dah lah. Dah MATI! Puteri yang lama tu dah MATI! Awak dengar kan Kyran?" kata aku yang menekan perkataan mati.
Kyran menggeleng kepalanya dengan laju berkali-kali. Air matanya laju berkali-kali jatuh menuruni pipi. Hatinya sangat sakit seperti dipetir oleh kata-kata Puteri.
"Saya tak percaya. Puteri. I know you lah. Awak terpaksa buat macam nih kan? Saya tahu sama ada awak bercakap benar ataupun tidak. Dan saya tak nak awak sebut lagi pasal mati. Saya tak suka. Jadi please.. jangan cakap macam nih lagi please..kita boleh bincang dengan baik. Saya tak nak hubungan kita jadi retak Puteri. Please.." kata Kyran. Dia memegang kedua-dua tangan aku sambil menatap aku dengan dalam.
"Kyran, awak cintakan Puteri Ilynia. Dan Puteri Ilynia tu adalah orang yang baik, tidak ego, naif, ceria tapi tu takde pada diri saya sekarang nih. Malah..malah keadaan saya sekarang nih amat menyedihkan you know. Dan awak kena percayakannya. Puteri tu dah mati. Dan benda yang mati takkan hidup semula. Bahkan hubungan awak dengan dia dah lama retak. Dan retak dia bukan hanya retak biasa tapi retak yang tidak akan mungkin dapat bercantum lagi. Bahkan hubungan nih sudah dianggap hancur berkecai menjadi abu saja. Abu yang sangat menyedihkan.." kata aku yang memandang tepat ke arah matanya. Aku memandang lirih padanya. Mata aku hanya sayu. Sayu dengan penuh kelukaan dan kesedihan.
Kyran tidak berkata apa. Perlahan-lahan tangan Kyran naik ke pipi aku. Dia memegang pipi aku dengan lembut. Mata aku berkalih memandang tangannya yang berada di pipi aku.
"Puteri, walau apapun yang terjadi awak tetap milik saya seorang saja. Dan hubungan nih..takkan retak walau beribu-ribu halangan sekalipun. Saya takkan biarkan hubungan nih hancur berkecai menjadi abu seperti yang awak cakap tadi. Awak tetap my princess. Dan my princess saya akan kembali. Kalau bukan sekarang...mungkin nanti." kata Kyran. Aku hanya menatapnya.
Kata-katanya sedikit demi sedikit sangat menyentuh hati ini.
"Ohh sebelum terlupa.." Kyran menyeluk tangan di poket seluarnya. Dia mengambil sesuatu dari poketnya. Dia mengeluarkan sebuah kotak ala-ala seperti kotak cincin dari poketnya. Perlahan-lahan dia membuka kotak tersebut dan terpampanglah cincin cantik di dalamnya.
Aku terpaku seketika. Cincin nih..cincin nih begitu cantik.
"Cantik bukan?" kata Kyran. Dia mengelap pipinya yang basah dengan air mata tadi dan memandang ke arah aku.
"Tapi tak dapat menandingi kecantikan si pemakainya lagi. Batu di cincin nih kalau nak dibandingkan dengan mata awak. Mata awak lah yang paling bersinar dan cantik daripada seribu mutiara berkilau sekalipun takkan dapat lawan daripada penangan mata awak. Dan mata awak juga lebih memukau daripada batu permata ataupun berlian." kata Kyran. Dia tersenyum manis kepada aku membuat aku hampir menangis.
Dan awak.. adalah orang yang paling bermakna dalam hidup saya. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup saya kecuali awak. Dan awak bagaikan sinar buat saya. Dan saya harap sinar yang awak curahkan pada saya nih takkan hilang sampailah ajal menjemput sekalipun.
Kyran.. sungguh tulus cinta awak pada saya. Malah sikap baik hati dan tulus hati awak terhadap saya membuat saya rasa teruk. Rasa diri ini teruk sangat sebab layan awak macam nih.
Kyran memegang tangan aku dengan lembut. Dia menyarungkan cincin tadi ke jari manis aku. Jap² adakah ini lamaran? Aku tak mimpi ke? Tapi ini bukan masanya untuk dia lamar aku. Malah hampir mustahil untuk aku bersama dengan dia.
Sebelum sempat dia menyarungkan cincin di jari manis aku sudah tarik tangan aku sedikit daripada pegangan tangannya.
"Jangan risau my Princess...ini bukan tanda lamaran. Sebenarnya cincin ini memang untuk lamar awak dan saya sudah bersedia. Cuma tak sangka pulak..hal ini pulak yang berlaku. Takpe, awak anggap saja ini adalah hadiah daripada... daripada apa-apa pun asalkan awak terima cincin nih. Please... Puteri. Tolonglah..janji dengan saya yang... cincin nih akan terus tersarung di jari manis awak walau apapun yang terjadi. Please..ini adalah satu permintaan dari saya." kata Kyran yang memohon pada aku untuk mengambil cincin ini.
Aku memandang ke arahnya. Lama. Tidak lama kemudian aku mengangguk kepala aku perlahan tanda setuju. Kyran yang nampak anggukan dari aku tersenyum kecil. Perlahan-lahan dia mula menyarungkan cincin ke jari manis aku.
Dan...ianya muat. Betul-betul muat di jari manis aku. Spontan air mata aku jatuh. Aku memandang ke arah Kyran dan tersenyum pahit.
"Terima kasih.." kata aku perlahan namun cukup dapat didengari oleh Kyran.
Tiba-tiba Kyran memeluk aku dengan erat. Dia mencium rambut aku. Aku hanya terkaku statik saja tidak membalas pelukannya. Biarpun hati ini..meronta-ronta untuk memeluknya.
***********
I am faded! Iam faded! Ohhh ~~
Kedengaran lagu Faded dari Alan Walker di telefon aku menandakan panggilan masuk.
Erghh asyik-asyik nombor nih call aku. Dah apasal dengan orang nih? Aku lihat nombor telefon asing yang telefon aku. Pagi, siang malam asyik nombor nih jer aku tengok. Haih orang tengah lah badmood tiba-tiba jer nombor asing nih asyik jer call! Tak bosan kut. Hmm mungkin ada benda yang penting. Hmm angkat jelah adihh.
"Hello, siapa di sana?" kata aku formal.
"Finally...saya call awak banyak kali kut tapi baru hari nih awak mahu angkat? How could you.." kata orang di talian sana. Aku mengerut dahi tanda tidak faham.
"Excuse me. Encik, saya rasa encik salah nombor nih. Saya tak kenal pun Encik." kata aku. Aiyoyo nombor siapa pulak nih?
"Hey nih sayalah Puteri. Audrey. Kenapa? Baru beberapa hari kita tak jumpa awak dah lupa saya eh?"
Spontan mata aku menjadi terbuntang. What?! Audrey?! Ohh. My. God. Serius ah. Ingatkan urusan aku dengan dia dah habis. Hmm betul juga tu. Aku terhutang budi dengan dia! Dia kan pernah bantu Kyran. Kalau bukan disebabkan dia pasti Kyran tak hidup sampai sekarang.
"Ohh Audrey. Saya minta maaf tak kenal suara awak. Almaklumlah kebelakangan nih saya rasa stress sangat sebab tulah. Hehehe." kata aku ketawa kecil. Supaya tidak jadi kekok dengan perbualan kami nih.
"Hehe it's okay. But, can we meet again? I really want to meet you Puteri. So, can we meet?" katanya. Aku terkebil-kebil seketika. Tanpa berfikir panjang aku terus bersetuju untuk berjumpanya esok.
"Betui nih Puteri? Awak nak jumpa dengan saya?" kata Audrey dengan ceria di talian sana. Aku hanya mengangguk. Opss terlupa pula dia mana boleh nampak anggukan aku pun dari sini. Aku mengetuk dahi aku perlahan.
"Yepp. Lagipun saya terhutang budi dengan awak Audrey. Awak kan pernah selamatkan Kyran. Saya akan buat apa-apa saja asalkan saya dapat lunaskan hutang tersebut. Please..just accept it. Saya memang tak suka berhutang budi dengan orang nih. Ianya membuat saya tak tenang." kata aku.
"Hmm kalau awak cakap macam tu takpelah. Cuma.. betul nih yang awak akan buat apa saja untuk saya semata-mata untuk balas budi saya?" kata Audrey. Di talian sana dia tersenyum sinis seakan-akan ada sesuatu yang tidak elok yang tersembunyi.
"Yeah." kata aku ringkas.
"Kalau macam tu esok..saya akan minta hutang tu." kata Audrey penuh makna.
"Okey." kata aku ringkas dan terus tutup perbualan kami berdua. Aku hanya termenung saja. Langsung tak ada perasaan curiga terhadap Audrey. Harap-harap dia tak suruh buat benda yang tak elok sudah.
**********
"Boss, Puteri masih belum pergi. Dia masih lagi berada kat sini. Tadi saya nampak dia dan juga Kyran bersama dalam rumah. Lepas tu barulah Kyran keluar. Tapi.." belum sempat Kurl mahu menghabiskan boss nya sudah menyamuk.
"Kurang ajar!! Dasar b****! Perempuan tak guna! Dia masih berada di sini rupanyee. Beraninya dia langgar janji dari aku!! Arghhh!!" jerit Balqish terus melempar barangnya yang berada di atas meja. Habis kaca pecah dan barang berkecamuk.
"Arghhh!!" tidak cukup dengan itu. Balqish menumbuk kuat dinding rumah itu sehingga tangannya merah di belakang. Kurl berasa terkejut. Dia cuba menghalang bossnya itu.
"Boss! Apa yang boss buat nih?! Sabar boss! Kita boleh bunuh jer perempuan tu senang sikit. Berani saja dia langgar janji dia dengan boss. Dia memang patut dihapuskan!" kata Kurl.
Balqish berhenti daripada menumbuk dinding. Dia menyapu raut wajahnya dengan kasar.
"Jangan harap mahu bunuh dia dengan senang macam tu jer! Dia dah buat Balqish Sofea marah! Sangat marah sehingga sanggup lukakan diri sendiri. Hati ini sangat sakit disebabkan perempuan tu! Hahahaha.. Puteri Ilynia akan diseksa secukup-cukupnya. Ada masa nanti baru aku bunuh. Huh! Kurl! Aku nak kau tangkap perempuan tu! Now!" kata Balqish. Matanya merah kala ini. Dah macam hantu dah tengok. Menakutkan.
"Baik boss. Err..boss yang kedua minum arak lagi. Dia berada di pub sekarang nih boss. Macam mana?" kata Kurl teragak-agak. Dia menunduk ke bawah.
"Pasal Jack tu biar jelah! Yang penting kau tangkap perempuan tu." kata Balqish.
"Baik boss!" kata Kurl yang membengkok badannya tanda hormat sebelum pergi.
"Tunggu." kata Balqish.
"Ye boss?"
"Aku nak kau tangkap Kyran sama. Huh! Tak lama lagi drama yang tersedih akan bermula. Hahahaha.." kata Balqish sambil ketawa jahat. Hatinya sangat panas kala ini. Pasti mangsanya akan mendapat sengsara nanti.
"Baik boss." kata Kurl turut tersenyum jahat.
**********
"Puteri! Tolong belikan garam dan santan boleh? Dah habis pula lah." kata aunty yang berada di dapur.
Aku yang berada di ruang tamu hanya menonton kosong di kaca tv berkalih pula memandang ke arah aunty aku di dapur.
"Dah habis? Okey aunty takpe. Puteri pergi beli sekarang ye?" kata aku yang terus tutup tv dan mahu naik bilik untuk bersiap.
Hmm patutkah aku beli ais krim sama? Wahh good idea! Lama aku tak makan ais krim.
"Puteri pergi dulu!" kata aku terus menyarung kasut. Aku terus pergi dengan basikal kesayangan aku. Lagipun kedai runcit tidaklah mengambil masa yang sangat lama pun untuk sampai.
Ohh basikal.. terasa lama pula aku tak guna kau huhu.
Sepanjang perjalanan untuk ke kedai runcit aku menikmati angin yang segar. Tiba-tiba aku terasa ada perasaan asing. Seperti terasa diekori. Yeah aku pandang belakang sekilas. Kereta hitam tu lagi! Kereta hitam tu asyik-asyik berada kat belakang aku seolah-olah dia mengekori aku. Basikal aku lagi laju daripada dia ke atau dia saja perlahankan ejen semata-mata nak aku berada di garisan hadapan? Eih mustahil. Ini mesti orang jahat nih. Aku harus buat sesuatu. Huwaa what I must do?!
"Puteri you can do it.." gumam aku perlahan sebelum mengayuh basikal dengan lebih laju. Aku sudah kenal jalan nih dan nanti akan ada lorong kecil yang aku akan jumpa kalau aku straight lagi. Dan lorong tu takkan dapat muat untuk masuk kenderaan kereta. Jadi inilah kesempatan aku.
Dada aku mula tercungap. Alamakk penyakit asma aku dah datang. Pffft! Puteri kau boleh..tarik nafas hembus..tarik nafas hembus..
Selepas terasa seperti mahu tercabut nyawa apabila mengayuh basikal dengan cepat gamaknya akhirnya aku jumpa juga lorong kecil tu. Ohh yeah!
Aku masuk dalam lorong tadi sebelum tu sempat aku lihat ke belakang. Kereta hitam tu makin slow dan berhenti. Mungkin buntu sebab tak dapat lalu dari lorong nih. Sempat aku lihat dari biasan cermin kereta hadapan yang dia seperti tengah menghentak streng. Marah benar.
Aku pandang ke hadapan semula. Terbit senyuman sinis di bibir aku.
"Padan muka.." gumam aku perlahan.
Srekk..
Fiuhh! Akhirnya sampai juga ke kedai runcit. Dengan penuh rintangan dan dugaan pula tu. Ceyy gitewwww. Tapi aku rasa tak sedap hati. Macam mana aku nak balik? Aku tak terasa yang aku boleh balik dengan selamat nanti.
Huhu takde siapa ke nak tolong aku? Walaupun aku berjaya terlepas dari kereta tadi tapi aku rasa seperti berada dalam bahaya. Mereka bila-bila masa saja boleh tangkap aku. Siapa lagi kalau bukan tadi ialah orang Balqish. Mungkin dia dah tahu yang aku masih berada di sini. Perempuan tu mesti dah crazy mad sekarang nih. Yelah dah aku langgar janji dengan dia. Aku pun satu apasal lah buat janji dengan dia. Bijak betul..Dan aku pulak pasti akan..ergh tak dapat bayangkan.
Takpe nanti pandai-pandailah aku balik. Sekarang nih baik aku cepat beli santan dan garam yang aunty aku suruh tu. Aku masuk ke kedai runcit. Selepas beli apa yang patut aku terus ke kaunter. Aku mahu cepat. Aku tak beli aiskrim sebab mood mahu makan aiskrim dah hilang dari radar. Gara-gara kejadian tadi.
Tiba-tiba dahi aku mula berpeluh. Seorang customer yang berada di belakang aku buat aku tak selesa. Aku tahu dia tengah pandang aku sekarang nih.
"Lima dollar dik." kata seorang pak cik di kaunter. Aku terus berinya sepuluh dollar. Tangan aku mula sedikit tergetar.
"Keep the change." kata aku tersenyum kelat pada pak cik tadi.
Aku terus pergi. Kepala aku pusing sedikit tapi tak sepenuhnya memandang dia dari sipi² dan yepp aku rasa dia tengah pandang aku saja. Tu orang Balqish lagi ke? Tapi kenapa? Arghh macam mana boleh ada kat sini pula nih?! Orangnya terlalu ramai. Rupa-rupanya mereka lebih bijak dari aku. Bagai berada di kandang singa aku terasa sangat takut sekarang nih.
Apabila aku mahu menunggang basikal ada seseorang yang berada di hadapan aku. Habislah..mati aku. Tahniah Balqish kau dah berjaya tangkap aku.
"Tunggu. Awak nih Puteri kan?" kata seorang lelaki yang berjaket hitam di hadapan aku. Customer yang tadi nih.
Aku masih menunduk ke bawah tidak memandang ke arahnya.
"Tak kiralah rusa tu lari dekat celah mana sekalipun akhirnya terserempak juga dengan sang singa. Dan bila sang rusa berada di cengkaman singa pasti nyawanya sangat nipis untuk diselamatkan. Tangkaplah kalau kau nak tangkap aku sangat. Aku dah dapat teka yang nyawa aku pasti akan melayang selepas sampai dekat boss kau." kata aku masih menunduk ke bawah. Tangan aku bergetar. Air mata mula menuruni ke pipi. Aku sangat takut. Aunty, Farah, dan juga my love pasti Puteri takkan dapat jumpa dengan korang lagi. Huwaaa!
"Rusa? Singa? Errr..saya tak faham. Tapi nih Cik Puteri lah. I know. Nih suara cik Puteri saya pun dah dapat cam. Dengan gaya cik Puteri lagi. Sungguh saya peminat setia cik Puteri. Suara cik Puteri sedap sangat. Sampai buat saya tercair hati hehe. Err saya nak minta tandatangan cik Puteri boleh?" kata lelaki tadi dengan suara gembira.
Spontan aku memandang ke arahnya. Jadi..nih bukan orang Balqish? Syukur nasib baik. Pakaian dia nih hampir buat aku rasa ini adalah orang Balqish.
Aku mengelap laju air mata di pipi aku dan menghadiahkan senyuman lembut pada fan aku.
Lelaki tu bertambah berbunga hati apabila melihat senyuman dari aku. Dia mengeluarkan kertas dan juga pen dari poket bajunya dan menyua ke arah aku untuk disain.
Aku hanya menyambutnya dan tersenyum lembut.
"Err..pinjam belakang awak sekejap yer? Saya nak sain." kata aku.
Lelaki tu hanya tersenyum dan mengangguk seperti burung belatuk.
"Okey, dah. Nah. This is your." kata aku yang menyua kertas sain aku.
Lelaki itu tersenyum lebar. Dia memandang ke arah sain aku tanpa berkelip.
"Wahh! Terima kasih cik Puteri. Saya memang betul-betul peminat awak sejak saya jumpa awak pernah nyanyi di atas pentas di club malam. Saya selalu pergi ke club malam untuk lihat awak nyanyi tapi.. tengok-tengok cik Puteri tak ada kat club malam dah. Cik Puteri dah tak nyanyi ke? Saya betul-betul suka dari nyanyian cik Puteri." kata lelaki itu berseloroh.
Aku hanya tersenyum kecil saja. Memang aku pasti akan terserempak peminat macam dia. Terutamanya lelaki. Terasa diri ini popular pula padahal aku bukan pelakon atau model pun. Cuma...mungkin sebab nih kut aku ada ramai musuh. Dengan orang yang dengki kat aku lagi. Ada yang peminat yang jenis obses dengan aku sangat sampai buat aku rasa macam naik tangan kat dia. Tapi takpe. Aku tengok lelaki fan nih dia hanya peminat tak terlalu obses dengan aku. Jadi mungkin dia takkan ambil kesempatan pada aku.
"Ohh sebelum tu nih.." kata aku menggantungkan ayat.
"Faris nama saya Faris." kata dia. Tengok nama dan raut wajah pun dah tahu yang dia nih dalam lingkungan umur belasan tahun.
"Faris saya dah tak menyanyi. I am so sorry. Dan terima kasih sangat sebab sudi minat saya." kata aku tersenyum nipis. Faris yang tadinya gembira akhirnya semakin luntur senyumannya.
"Hmm okeylah cik Puteri. Takpe, saya faham. Lagipun mesti ada sebab cik Puteri mahu berhenti menyanyi. Saya bersyukur sangat-sangat sebab dapat jumpa dengan cik Puteri kat sini. Rasa sangat bertuah. Impian saya dah tercapai mahu jumpa dengan cik Puteri dan minta tandatangan." kata Faris tersenyum manis pada aku.
"Tahniah akhirnya impian awak tercapai." kata aku.
"Okeylah cik Puteri. Saya pergi dulu. Terima kasih. Jumpa lagi." kata Faris mahu mengundur diri. Aku hanya mengangguk saja dan membalas senyuman darinya. Akhirnya selepas kelibatnya sudah tiada dari pandangan aku menghela nafas lega.
Nasib bukan dia orang Balqish. Aku tersenyum sendiri. Aku mula mahu mengundur basikal untuk pergi. Tetapi malangnya tiba-tiba ada seorang lelaki yang berjaket hitam juga mencengkam kuat lengan aku.
"Eih apa nih Faris??" kata aku gelabah. Tapi malangnya lagi nih bukan Faris. Nih..nih.orang aku kenal. Nih kuncu-kuncu Jack yang aku pernah pukul! Ohh tidak nih barulah orang upahan Balqish. What the fish!
"Eihh lepaslah! Aku tak naklah jumpa boss kau!" kata aku yang meronta-ronta untuk dilepaskan. Lengan aku sakit kerana dicengkam kuat olehnya. Langsung takde belas kasihan walaupun sedikit.
"Huh! Dah buat salah pastu suruh orang lepas pula? Eihh banyak cantik muka kau pompuan! Kau dah berani tipu janji dengan boss aku sekarang kau cuba mahu lari pula?! Heyyy kau takkan terlepaslah kali nih! Akhirnya aku dapat juga kau! Huh habislah kau nanti pompuan! Hidup kau pasti akan jadi sengsara! Hahaha.." kata Kurl ketawa jahat.
Air mata aku mula menitis ke pipi. Kali ini aku memang betul-betul terasa tewas depan mereka.
"Hidup aku dah lama merana. Aku dah lama sengsara dah pun. Dan rasa sakit sengsara ini sudah jadi sebahagian daripada hidup aku." kata aku perlahan.
"Huh! Masih lagi pandai mahu bermukadimah sedih dengan aku. Dah kau mari sini! Masuk dalam kereta cepat!" kata Kurl yang menarik paksa aku untuk masuk ke dalam kereta.
Dia menarik aku seperti anjing.
"Arghh! Tak nak! Aku tak naklah! Lepaslah aku! Erghh pak cik! Tolong! Tolong saya!" kata aku berteriak, menangis, merintih. Aku melihat pak cik di kaunter kedai runcit nih. Dia mesti nampak aku namun lebih memeranjatkan aku mereka mengajukan pistol kepada pak cik tu. Ohh tidak! Nih tak boleh jadi. Mereka tak boleh bunuh pak cik tu!
"Jangan! Jangan tembak dia! Dia langsung tak bersalah! Please don't.." jerit aku dan mohon pada mereka supaya tidak tembak pak cik tu. Pak cik tu tak bersalah. Tak semena-mena jadi mangsa. Aku tak boleh biarkan mereka bunuh pak cik tu. Raut wajah pak cik tu jelas terpancar sangat ketakutan.
Namun semuanya terlambat. Mereka tidak hiraukan jeritan dan rintihan dari aku dan..
Bangg! Bunyi tembakan membuat aku terkejut sehingga ternaik sikit bahu aku. Mereka tembak pak cik tu betul-betul di hadapan kepala. Dan pak cik tu terus jatuh dan mati. Secara spontan air mata aku jatuh. Aku melihat pak cik yang berbaring di atas lantai dalam keadaan yang tidak bernyawa.
"Pak cik?" seakan-akan tidak percaya dengan mata kepala aku sendiri aku menggeleng kepala aku dengan laju. Air mata sudah banyak kali mengalir di pipi. Kedua-dua tangan aku masih lagi dipegang oleh orang suruhan Balqish. Kurl ketawa jahat pada aku.
Aku memandang ke arah mereka dengan tajam. Mata yang penuh dendam dan sengsara aku tujukan kepada mereka.
"Argh dasar lelaki jahat! Kau bunuh dia? Hiss hiss kau memang bukan manusia! Sangat jahat melebihi iblis! Kau sanggup bunuh pak cik tu? Kau tahu tak dia langsung tak bersalah?! Kenapa bunuh dia?! Erghh..." jerit aku dengan keras pada mereka. Kedengaran tangisan kecil dari aku.
"Kau tahu tak...ini kali pertama..aku menyaksikan orang mati depan aku. Sampai hati korang kan..takpe..korang tunggu. Korang akan dapat karmanya nanti atas perbuatan korang!" kata aku menangis dan menjerit. Tangan pula aku sedaya-upaya meronta untuk dilepaskan. Sangat sakit pergelangan tangan aku kala ini. Dua orang pula tu pegang tangan aku. Takde siapa yang faham aku sekarang nih. Aku betul-betul trauma dengan semua nih.
"Opss Puteri Ilynia sudah marah lah. Berani juga eh kau jerit dan tengking pada kiteorang. Kau memang tak sayang nyawa eh? Kau tak fikir ke kiteorang akan buat apa nanti dengan kau nih kalau kau biadap sangat dengan kiteorang. Huh?" kata Kurl ketawa sinis. Dia mencengkam rambut aku dengan kuat membuat aku sedikit merintih. Kelihatan lelaki nih sedang tengok aku dari atas dan bawah. Erghh dasar lelaki miang! Jijik jer aku rasa sekarang nih. Kalau boleh nak jer aku belasah dengan dia kat sini tapi tak boleh. Mereka terlalu kuat. Nak dibandingkan dengan aku yang perempuan nih.
Aku memandang ke arah lelaki di depan aku dengan tajam. Mata aku merah sekarang nih. Dada aku tercungap memandang ke arahnya. Nafas aku sedikit tidak stabil. Kalau aku berada dalam kondisi yang membuat aku sangat takut dan trauma atau juga dalam keadaan terlalu tertekan dan sedih dada aku pasti akan tercungap-cungap. Terasa seperti sesak dan sukar untuk bernafas. Aku memandang ke arah bawah pula.
"Kurl, jomlah cepat kita culik perempuan nih nanti boss kata apa pula. Nanti ada seorang lagi yang kita kena culik." kata seorang lagi pada lelaki di hadapan aku ini.
Manakala aku hanya menunduk ke bawah. Tidak ambil peduli apa yang mereka cakapkan. Kini, mata aku melotot ke arah jasad pak cik tadi.
Pak cik... maafkan saya. Rintih aku di dalam hati. Perasaan aku bercampur-baur kala ini. Aku harap sangat akan ada orang jumpa mayat pak cik dan kebumikannya dengan baik. Air mata aku mengalir lagi. Seolah-olah tidak mahu berhenti. Aku berasa sangat sakit dan trauma dengan semua nih.
"Huh! Nampaknya aku kena cepat culik dan bawa kau ke boss aku. Dah masuk! Aku cakap masuk masuklah!" jerit Kurl dengan keras. Kini, mereka pula cuba untuk masukkan aku ke dalam kereta. Kasar dia memang tak boleh cakaplah hingga buat aku terjatuh. Yeah badan aku terasa lemah pula sekarang ini. Dengan kejadian tadi.. sungguh itu adalah pengalaman yang tak pernah aku alami. Iaitu pengalaman apabila nampak orang jahat bunuh orang yang tak bersalah. Sungguh menusuk ke kalbu.
Disebabkan aku terjatuh, dia malah menarik tangan aku dengan kuat hingga paksa aku untuk berdiri juga.
"Tak naklah! Lepaslah! Sakit tau tak?!" kata aku merintih. Namun dia tidak hiraukan dan akhirnya berjaya memasukkan aku ke dalam keretanya. Kurl menutup pintu dengan cepat dan mereka semua masuk ke dalam kereta dan mahu pergi dengan segera. Kereta mula meluncur laju dari sini.
Aku mengetuk pintu kereta berkali-kali dan cuba untuk membuka pintu di kanan aku ini.
"Bukalah pintu! Aku tak nak ikut koranglah!" kata aku masih meronta dan menjerit.
"Hey perempuan! Aku kata diam! Kalau kau tak nak pisau ni tembus kulit kau baik kau diam!" kata Kurl marah sambil mencelur tajam matanya ke arah aku. Dia menghala pisau ke leher aku sebagai ugutan.
Aku sedikit terkejut apabila dia menghala pisau ke arah leher aku. Membuatkan aku mendongak sedikit. Aku hanya diam. Mata terlekap pada pisau dan juga si lelaki jahat di tepi aku nih. Sambil air mata mula menitis ke pipi.
***********
"Kau dah tangkap dia?"
"Sudah boss. Cuma hanya tinggal lagi seorang je lagi. Kyran. Takpe boss. Pasal tu boss jangan risau Kyran akan diculik oleh kawan saya nanti dalam kereta yang berlainan. Nanti tak lama lagi mereka akan menghadap boss." kata Kurl di talian sana.
Serta-merta senyuman sinis mula terbit di bibir Balqish.
"Okey bagus. Kau... telefon aku nih dia dengar tak?"
"Tak boss. Perempuan nih tengah tidur sekarang. Menentang sakan dia tadi." kata Kurl sambil ketawa sinis.
"Huh! Nampak sangat dia takut kan? Bagus. Aku nak dia sentiasa takut. Malah hidup dia akan sentiasa diselubungi ketakutan lepas nih! Kalau boleh aku nak takut dia hingga ke tahap kritikal sehingga jadi gila hahaha." kata Balqish ketawa jahat.
"Betul tu boss." kata Kurl hanya mengiyakan.
"Okeylah settlekan kerja kau bagi habis dulu. Nanti kita jumpa." kata Balqish.
"Okey boss." Kurl menamatkan panggilannya dengan boss nya itu. Dia memandang ke arah Puteri yang terlelap di tepinya itu dengan pandangan sinis.
Dia mengambil telefonnya dan cuba untuk call kawannya pula.
"Hello Jojo. Bila kau culik dia nanti pastikan kau buat dia pengsan. Lelaki tu aku tahu pasti sangat susah untuk culik dia dalam keadaan sedar. Kalau ugut pun tak guna. Jadi aku nak kau pengsankan dia. Buatlah apapun asalkan dia tidak sedarkan diri. Okey?" kata Kurl.
"Baik. Yang tu aku akan buat. Cuma kena tunggu masa jer." kata Jojo di talian sana. Nampaknya dia sekarang tengah memerhati Kyran di luar tempat syuting Kyran. Yeah sekarang nih Kyran sedang syuting.
"Okey bagus. Apa-apa roger." kata Kurl sebelum meletakkan panggilan. Dia melihat ke arah Puteri sekali lagi.
"Tak lama lagi..kau dengan kekasih kau akan berjumpa." kata Kurl tersenyum sinis.
Share this novel