"Kyran.." aku terkejut, terkedu dan tergamam apabila melihatnya berada di sini. Pelukan Audrey terlerai. Aku memandang Kyran tepat. Rasa terkejut masih berbekas di hati apabila melihat dia berada di sini. Tak sangka pula kalau ini kebetulan.
Kyran tersenyum sinis. Aku hanya melihatnya dengan pandangan sayu sambil tersenyum hambar.
"Puteri let's talk.." tiba-tiba Kyran menarik pergelangan tangan kiri aku mengajak aku pergi tetapi dihalang kerana tangan kananku turut dipegang oleh Audrey. Masing-masing bertentang mata dengan tajam. Ada aura dingin dan semacam di situ. Aku memandang mereka berdua silih berganti. Gaya seperti berperang mata.
Keadaan hening seketika.
"Err..Kyran.. awak nak cakap apa sebenarnya?" Namun pertanyaan aku tak dijawab apabila Kyran bersuara lain.
"Lepaskan dia.." Kyran cuba menahan rasa.
Audrey tersenyum sinis.
"Kaulah yang patut lepaskan dia. Kau dah ada perempuan lain sekarang kau nak dia pula? Ohh tolonglah..dia bukan mainan yang boleh dimain begitu saja. Lepas habis diguna lepas tu buang macam tu saja? Kau..memang lelaki yang tak setia Kyran." Aku hanya menunduk wajah mendengar kata-kata dari Audrey.
Kyran mengetap rahangnya.
"Apa maksud kau? Aku cuma nak cakap dengan dia. Kau tu siapa? Layak ke nak halang dia nak cakap dengan aku."
Audrey sudah menggepalkan tangannya. Terasa dicabar di situ. Lirikan maut masing-masing amat menggerunkan.
"Aku..aku kekasih dia!" Aku tersentak. Terus pandangan jatuh pada Audrey.
Audrey tidak memandang aku. Sebaliknya, hanya memandang tajam ke arah Kyran.
"Audrey.." aku cuba memanggilnya. Meminta penjelasan. Semua tu tak benar. Lirikan mata memandang Kyran pula. Kelihatan lelaki tampan itu sedang merenung sinis ke arah aku.
"Kyran..ia..ia tak benar. Saya.." belum sempat aku mahu menghabiskan ayat Kyran sudah mencelah.
"Huh, mungkin aku jadi penganggu buat korang dua malam ni. I'm so sorry." Kyran berkata perlahan. Dia tersenyum sinis.
Secara perlahan-lahan dia lepaskan pergelangan tangan aku dari genggamannya. Aku sudah menitiskan air mata.
"Selamat bersama korang. Semoga sampai ke akhir perkahwinan ye? Tak bermaksud mahu kacau pun." Kyran mengangkat kedua-dua tangan. Gayanya seperti rasa bersalah sangat sebab 'kacau'.
Dia tertawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat.
Selepas itu, dia pergi meninggalkan kami berdua di sini. Aku merenung sedih tubuh belakang Kyran lama.
Kyran..sampainya hati awak..
"Puteri, saya..saya tak bermaksud nak mengaku macam tu. Kyran patut sedar. Yang dia tak bolehlah senang-senangnya mahu campak dan ambil awak sesuka hati. Awak bukanlah lagi orang terpentingnya." Lagilah menambah risau dan gusar dalam hati Audrey apabila melihat aku hanya terdiam sepi.
Dia cuba mengintai wajahku.
"Puteri ..saya minta maaf.." katanya perlahan. Terkejut Audrey apabila melihat aku menitiskan air mata di hadapannya.
Aku memandang Audrey dengan tajam. Tangannya yang masih erat menggenggam pergelangan tangan aku rentap dengan kasar.
"So, what?! Dia bukannya nak rujuk balik dengan saya..dia bukannya dah ingat balik tentang saya..dia bukannya..hisk..hiskk..terjatuh cinta lagi dengan saya. Tapi dia..dia cuma nak beritahu sesuatu nak cakap sesuatu dengan saya. Itu saja!" Aku bersuara lirih.
Terkejut Audrey apabila mendengar aku tiba-tiba melenting. Ternaik sedikit bahunya. Aku tersenyum dalam kepedihan. Kepala digeleng perlahan.
Air mata yang menurun hingga mengena ke bibir tidak aku hiraukan.
"Kenapa awak mesti kata macam tu, Audrey?? Kenapa awak mesti tipu dia? Hmm?" Air mata semakin lebat menuruni ke pipiku. Aku memandangnya dengan rasa tak percaya dan terkilan.
"Saya..saya tak tahu..tapi, kenapa awak masih pedulikan dia? Awak tahu kan..dia dah tak hiraukan awak. Kenapa awak masih tak faham??" Audrey cuba memegang tanganku tapi dengan pantas aku menepis tangannya itu.
"Sebab saya masih cintakan dia.." kataku perlahan. Mataku terpejam. Keningku berkerut. Audrey tak faham apa yang aku rasa.
Audrey tersentak.
"Cinta huh? Tapi sampai bila? Sampai bila awak mahu jatuh cinta dengan dia? Sampai bila Puteri?!"
"Sampai saya mati sekalipun.." jawab aku membuat dia sekali lagi tersentak.
Dia memandang aku dengan rasa tak percaya. Air matanya dapat kulihat sedikit berair seperti mahu menangis.
"Maafkan saya..tapi saya langsung tak boleh balas perasaan awak tu. Maafkan saya..tapi saya memang tak boleh.." kataku perlahan. Aku mahu pergi meninggalkannya tetapi baru setengah jalan Audrey sudah memeluk aku dengan erat dari belakang.
Terasa bahuku basah terkena air matanya. Dagunya diletak ke bahuku. Aku membiarkan dia sekejap memeluk aku.
"But, I love you Puteri. Really love you. Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tak boleh tolak saya macam ni. Awak sungguh kejam Puteri.." katanya perlahan.
"Tapi cinta tak boleh dipaksa.."
"Cinta juga boleh dipupuk Puteri.."
"Itu..kalau boleh kerana dia tidak terlalu mencintai orang lain..tapi kalau hati dia sudah terpaut pada orang lain? Ia..takkan mudah untuk dipupuk. Dan saya..tak dapat boleh paksa hati saya untuk cintakan awak sedangkan hati saya sudah terpaut pada orang lain, Audrey. Awak kena faham itu.."
Audrey menggeleng perlahan.
"Tak.. kenapa awak masih harapkan dia? Selama ni..orang yang sentiasa bersama dengan awak ..selalu lap air mata di pipi awak..cuba selalu untuk hiburkan dan gembirakan hati awak adalah saya. Bukannya lelaki tu. Kenapa awak masih tak sedar itu?"
Aku tersentak. Kata-katanya menyentak ke tangkal hatiku. Buat keberapa kalinya air mata satu per satu menitis lagi ke pipiku.
"Maafkan saya..tapi saya hanya anggap awak sebagai kawan baik saya. Awaklah orang yang selalu buat saya rasa lebih baik. Tapi, hubungan kita hanya sekadar kawan. Tak boleh lebih dari itu.."
Audrey semakin memperketatkan pelukan ke pinggang aku.
"Tapi.."
"Tak ada tapi-tapi, Audrey. Saya hanya anggap awak sebagai kawan. Dan kita..tak boleh melampaui batas. Sekali lagi..saya minta maaf sangat-sangat. Sebab saya.. terpaksa lukakan hati awak." kata aku yang cuba untuk melepaskan lingkaran tangannya ke pinggang aku.
Aku meronta-ronta dalam pelukannya. Dan akhirnya pelukan terlepas. Aku berjalan pergi meninggalkannya tanpa menoleh ke belakang. Aku menghiraukan panggilannya dari belakang. Air mata semakin lebat ke pipi.
Maafkan saya..Audrey. Maafkan saya..sebab tak dapat terima cinta awak. Awak orang yang baik. Dan lebih layak dengan perempuan lain yang lebih baik dari saya.
*********
Aku berjalan longlai seorang diri di langit malam sambil menangis dayu seorang diri.
Disebabkan aku terlalu berada dalam kesedihan, dadaku kembali sakit.
Aku memegang dadaku. Teringat dengan kata-kata doktor.
"Awak tak boleh berada dalam keadaan terlalu sedih atau depresi..kerana penyakit kanser awak boleh semakin teruk. Sebaiknya, awak banyakkan rehat tanpa bersedih atau fikirkan lain yang boleh buat awak sedih. Jangan terlalu serabut dan stress kerana itu boleh mengganggu kesihatan awak sendiri."
Yeah, doktor pernah kata begitu padaku. Lagipun, setiap hari..setiap hari aku terpaksa menanggung sakit dan perit kat dada aku ni. Ini memang sukar untuk aku hadapi tapi aku kan perempuan kuat? Yeah Puteri, kau kena kuat. Kau tak boleh sedih-sedih..Kau bukan perempuan lemah.
Aku cuba menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar. Cuba bertenang diri. Sakit di dadaku masih tidak hilang. Kadang-kadang ia akan datang secara tiba-tiba tanpa kita sangka.
Tiba-tiba terasa gatal di kerongkong. Aku mula batuk tetapi kali ini tiada darah. Mungkin, sebab aku selalu ambil rawatan kemoterapi kut. Cuma.. adalah kesan sampingannya sikit.
Disebabkan asyik batuk-batuk..aku terduduk secara mencangkung
seketika di atas jalan tar. Cuba berehat sekejap.
"Ahh..sakit.." desir aku perlahan. Aku mengurut dadaku berkali-kali. Mataku terpejam rapat sambil berkerut dahi.
Tiba-tiba terasa bahu disentuh lembut oleh seseorang.
Dia membengkok badan sedikit padaku cuba mengintai wajahku. Spontan, aku menoleh kepala perlahan mahu melihat siapa yang begitu berani memegang aku. Audrey ke?
Namun, sangkaan aku meleset apabila ternampak wajah seseorang yang memenuhi ruang mataku. Melihat dia di sini membuat air mata kembali bertakung di tubir mata. Bukan apa.. tiba-tiba hati ini rasa sebak.
Aku terus memeluknya erat. Sudah lama aku tidak peluk dia begini..Biarlah dia mahu kata apa. Tapi, aku begitu rindu sangat dengan dia. Perasaan rindu ini memang menyeksakan hati.
Kyran yang terpandang aku di sini terkejut apabila aku tiba-tiba memeluknya. Membuat tubuhnya serta-merta terdorong sedikit ke belakang dan terhempap punggung ke jalan tar.
"A-Awak...okay?" Kyran tidak membalas pelukan aku. Dia cuba mengintai ke wajah aku yang sedang memeluk pinggangnya erat.
"Saya tak apa-apa. Cuma...rasa sakit saja." kataku perlahan.
"Sakit? Sakit kat mana? Kalau macam tu.. jomlah kita pergi hospital." kata Kyran baru mahu berdiri tetapi terhalang apabila aku terus memeluknya erat bagai tidak mahu lepas.
"Tak perlu. Saya akan rasa baik nanti. Biar saya peluk awak? Tolonglah..hanya sekejap saja.." aku memejam mataku lama. Mengharapkan dia untuk membalas pelukan aku tapi itu..agak mustahil.
Kyran sedikit tercengang dengan permintaan pelik aku ini namun dia tetap membenarkan.
"O-Okay..saya boleh tunggu sini sekejap." Kyran berjeda seketika. Dia hanya membiarkan aku memeluknya erat.
Aku memejamkan mata dalam pelukannya. Bila lagi..saya dapat peluk awak Kyran? Hati ini rasa sayu dan sebak. Sungguh, dia. Dialah pencuri hatiku. Hanya dia satu-satunya yang berjaya menambat hatiku. Dia lelaki teragung buat aku. Kehilangannya bagaikan ibarat kehilangan belahan jiwaku. Tapi..aku harus terima. Jikalau jodoh dia adalah Balqish dan bukannya aku. Aku harus terima itu. Walaupun...ia sangatlah perit sama sekali.
Sungguh, aku cintakan Kyran sangat. Sangat cintakan dia. Sanggupkah aku nanti mahu lepaskan dia pergi pada Balqish? Aku..A-Aku pernah mimpi Kyran tinggalkan aku dan pergi bersama dengan perempuan lain. Tak sangka perempuan itu adalah Balqish sendiri.
Manakala Audrey pula...
"Ahhhhh!!" Jeritnya sekuat hati di situ juga seorang diri.
"Arhhhhhh!!" Audrey menjerit, berteriak lagi sehingga air mata yang ditahan menitis ke pipinya. Dia seakan melepaskan segala-galanya melalui jeritan. Terus terduduk dirinya di atas pasir. Dia menumbuk dadanya sekuat hati seakan tidak dapat terima Puteri sudah menolak cintanya.
"Hiskk..hiskk.." kedengaran esak tangis kecilnya perlahan. Audrey memejam mata erat.
Selepas ditolak cinta oleh seseorang..itu memang perit. Dan inilah yang dihadapi oleh Audrey saat ini. Kali pertama, kali pertama dia rasa seteruk ini.
"Puteri..walau apapun terjadi..walau cara apapun..aku akan tetap dapatkan kau." Lirihnya seorang diri di situ.
Dia meraup wajahnya kasar.
Aku cuba curi-curi memandangnya yang ketika ini sedang menumpu perhatian terhadap pemanduan.
Terselit senyuman kecil di bibirku setiap kali memandangnya.
Kyran menoleh ke arah aku tanpaku sangka spontan pandanganku toleh ke arah lain. Tidak mahu kantoi tengok dia secara diam-diam. Haih Puteri.. kenapa dengan kau ni? Tengok dia macam nak telan saja.
Tanpa ku sedar, Kyran menahan senyum. Tahu siapa yang curi-curi pandang dia tadi.
'Puteri..Puteri.. cute juga kau eh?'
Akhirnya kereta Kyran sudah selamat sampai ke destinasi iaitu ke rumah aku.
"Terima kasih sebab hantarkan saya.." kataku perlahan. Aku menghadiahkan senyuman manis padanya sebelum mahu membuka pintu untuk keluar.
"Tunggu dulu.." secara tak sedar, Kyran terpegang lenganku. Mataku jatuh pandang ke arah tangannya yang erat memegang lengan aku ini.
Kyran yang terpegang tanganku seperti rasa kejadian ini pernah berlaku tiba-tiba cebisan ingatannya datang lagi menerjah fikiran.
Di dalam fikiran Kyran..
Dia ada juga menarik tangan seorang perempuan ini di dalam keretanya. Benda ni seperti berlaku perkara yang sama. Cuma Kyran sedang menarik tangan perempuan itu sehingga badan mereka menjadi lebih dekat. Ia seperti berulang di mindanya.
Kyran tersentak. Dia memegang kepalanya. Tiba-tiba rasa sakit di situ.
Aku yang terperasan terus menegurnya.
"Awak..awak tak apa-apa? Awak okey tak? Kepala awak sakit?" Aku berwajah risau. Sakit kepala Kyran masih belum reda. Mungkin, ada sesuatu yang mengacau mindanya.
"Saya...saya rasa saya ada ingat sesuatu."
"Sesuatu apa?"
"Macam yang saya lakukan tadi. Ia.. seperti berulang." Aku tersentak. Itu adalah ingatan aku dengan dia. Aku ingat lagi dia pernah tarik tanganku macam ni.
Aku tersenyum gembira. Kyran..hampir mahu dapat ingatannya. Syukurlah!
"Itu mungkin ingatan yang awak pernah lakukan hal yang sama seperti yang awak lakukan pada saya tadi."
"Hmm boleh jadi. Ianya seorang perempuan. Awak rasa dia siapa eh?" kata Kyran mencantumkan keningnya.
"Siapa tu..awak akan tahu nanti Kyran. Siapa yang sebenarnya yang awak cintai dulu..siapa pencuri hati awak yang sebenarnya. Awak akan tahu nanti." kataku perlahan seraya tersenyum kecil.
"Apa-apapun awak nak cakap apa tadi?" Soal aku cuba mengalih topik.
"Saya mahu cakap yang ...awakkan pernah beritahu pada saya. Bahwa awak akan bantu balik saya untuk ingat semula. Jadi, inilah saatnya untuk awak buktikan pada saya Puteri. Mungkin awak boleh buat ingatan saya kembali sepenuhnya secara perlahan-lahan. Ini kerana.. kadang-kadang walau hanya cebisan ingatan ia selalu muncul dalam fikiran saya apabila setiap kali bersama dengan awak, Puteri."
kata Kyran memandang aku dengan tepat.
Aku berjeda seketika.
"O-Okay..jadi, awak nak saya sentiasa bersama dengan awak?" kata aku sambil menunjuk diri sendiri.
Kyran mengangguk kecil.
"Yepp, mulai esok kita buat ujian. Bawa saya pergi ke tempat yang awak atau saya pernah jumpa dulu. Atau..buatlah saya terfikir apapun." kata Kyran.
"O-Okay... tapi awak tak boleh beri harapan sepenuhnya pada saya."
Kyran tersenyum kecil.
"Okey cool?" Aku menunjukkan tangan hi five padanya.
Kyran mengangkat keningnya.
"Cool?"
"Yeah, cool. Hi five dengan saya dan kata cool. Itu bermakna..tanda kita berdua dah setuju." kataku tersenyum comel.
Kyran tertawa kecil.
"Okey cool."
Papp!
"Ahh..tak kenalah. Sekali lagi hi five. Kali ni..kena betul-betul kena." kataku tersenyum lucu.
Kyran tersenyum kecil dan melayankan saja dengan karenah aku.
Papp! Sekali lagi kami berdua hi five.
Akhirnya terbit senyuman dan tawa kecil dari bibir kami berdua.
********
"Datin.." kataku tersenyum manis sambil berpelukan dengannya.
"Puteri.." Datin Arina turut membalas pelukan aku dengan erat.
Pelukan kami terlerai.
"Datin..kenapa nangis ni?" Tersentak aku apabila melihat mata Datin Arina berair.
"Kenapa kamu dah tak panggil mommy dengan panggilan 'mommy'? Walau apapun yang terjadi kamu tetap anak mommy.." kata Datin Arina sekali lagi memeluk aku.
Dadaku menjadi sebak melihatnya seperti ini.
"Puteri kenalah panggil datin..orang yang akan jadi menantu kepada Datin bukannya saya. Tapi Balqish.." kataku perlahan. Air mata yang hampir menitis ke pipi aku seka. Tidak mahu terlalu beremosi.
"Tapi.. walaupun begitu. Kamu tetap 'anak mommy'.. walaupun bukan kamu yang akan jadi menantu mommy nanti..dan juga bukan anak kandung mommy." aku meleraikan pelukan kami.
Pipi datin Arina aku pegang dan belai lembut seolah dia mommy aku. Air mata yang berada di pipinya turut aku seka lembut.
"Shhh, mommy jangan nangis lagi. Takpe, Puteri akan panggil mommy. Cuma..bila Balqish dan Kyran tak ada. Bila hanya kita berdua... Mommy jangan risau ye? Puteri akan tetap anak perempuan mommy. Walaupun..Balqish akan jadi menantu mommy nanti.." kataku perlahan.
Sungguh hati ini rasa sensitif sangat. Mahu menangis.
"Terima kasih..kamu adalah anak yang baik Puteri." kata Datin Arina turut memegang pipiku lembut. Kami saling berdakapan lagi.
Kyran yang baru mahu melangkah turun tangga ternampak aku berpelukan dengan mommynya.
"Puteri.." panggilnya. Terus Datin Arina meleraikan pelukan dan menyeka cepat-cepat air mata di pipinya.
"Ohh Kyran? Kamu ada rancang nak pergi bersama dengan Puteri ke hari ni? Mommy okey saja kalau macam tu." kata Datin Arina perlahan mengharapkan aku dengan Kyran sentiasa lebih banyak bersama.
Aku terkedu sejenak. Mulut tersekat-sekat mahu bicara. Tetapi Kyran terlebih dahulu bersuara.
"Yeah, kami dua rancang nak keluar hari ni. Mommy jangan risau.. kitaorang keluar pun hanya mahu pergi ke tempat yang Kyran pernah pergi dengannya. Mungkin, ingatan Kyran akan semakin lama muncul." kata Kyran yang membuat aku sedikit tersentak. Aik, bila kitaorang rancang nak keluar? Hmm..tak apalah. Lagipun, aku keluar dengannya bukan mahu berdating sekadar membantu dirinya ingat semula.
Aku hanya tersenyum nipis menggiyakan kata-kata Kyran itu. Wajahku ditunduk sedikit ke lantai. Anak rambut yang berjuntai di dahi aku selit ke belakang telinga.
"Okey kalau macam tu. Pergilah.. mommy tak kisah pun." kata Datin Arina tersenyum manis. Dia menggosok perlahan lengan aku.
"Kami pergi dulu ye mommy.." Kyran dan aku mula berganjak pergi tetapi baru beberapa langkah keluar dari muka pintu Balqish secara kebetulan tiba-tiba muncul di hadapan kami. Mungkin dia munculkan diri kerana mahu menjenguk Kyran di rumah. Dia kan..selalu saja bersama dengan Kyran.
"Kyran, awak nak pergi mana? Hmm?" Soal Balqish gedik terus menolak aku ke tepi membuat aku sedikit lagi mahu terjatuh. Kus semangat! Dia ni..tak nampak ke aku yang sebesar gajah berdiri kat sini. Pfft! Aku meniup anak rambut atas dahi aku seraya berpeluk tubuh. Mata menatap kemesraan Balqish dengan Kyran. Balqish yang memeluk lengan Kyran mengerdip mata lembut memandang Kyran.
Kyran hanya tersenyum. Matanya sekali-kala mengerling ke arah aku yang memandang ke arah lain. Tak nak tengok mereka bermesra. Ia buat aku sedih..
Aku acah-acah melihat kuku di jemari aku. Kutlah kuku dah panjang macam pontianak ke..uish tak naklah ceq!
"Taklah, saya nak pergi dengan Puteri sekejap ke suatu tempat. Awak duduklah sini dulu. Nanti saya balik dan borak-borak dengan awak ye?" Ujar Kyran lembut saja bicaranya dengan Balqish.
"Ala..saya tak naklah awak asyik dengan dia. Awak tahu kan dia orang macam mana? Awak masih lagi mahu jumpa dan keluar dengan dia ke?" kata Balqish mengerling tajam ke arah aku. Amboih..amboih..kerling maut nampak. Menusuk ke hati kite ni tau.
Belum sempat Kyran mahu membalas seseorang sudah menyampuk. Mommy..
"Biar jelah mereka berdua nak pergi pun. Sekejap saja pun. Kenapa? Tak boleh hidup ke kalau tak ada Kyran walaupun sekejap?" kata Datin Arina dengan tajam. Ohh mommy.. kata-katamu begitu tepat sekali. Tapi...dulu aku dengan Kyran macam tu juga. Pabila sudah dilamun cinta..memang tak boleh berjauhanlah. Nak berkepit saja memanjang. Macam pizza dengan air pepsi tu ehehe..menyempat kau lagi Puteri!
Balqish yang sedikit terasa dengan kata-kata sinis Datin Arina sudah memuncungkan bibir.
Kyran tertawa kecil. Sempat dia kenyit mata pada mommynya tanda terima kasih tanpa disedari Balqish.
Kyran tanpa berkata apa terus menarik tangan aku pergi di hadapan Balqish. Woah..tak terkata aku dibuatnya. Pandanganku jatuh pada tangan Kyran yang erat memegang pergelangan tanganku. Tanpa ku sedar, bibir mula mengukir senyuman manis. Tiba-tiba rasa hati berbunga-bunga gitu.
Selepas kereta Kyran pergi dari perkarangan rumah dan hilang dari pandangan maka bermulalah perdebatan antara Balqish dengan Datin Arina.
"Eyhh! Kenapa kau biar mereka berdua bersama eh? Heyy, kau dengar sini datin. Kalau Kyran dah jatuh cinta dengan Puteri dan akhirnya mereka bersama kau akan lihat mayat aku yang tak bernyawa dulu! Atau.. Puteri yang akan mati!" kata Balqish tajam. Matanya mencerlung tajam ke arah Datin Arina.
Datin Arina sudah terpempan dan tergamam.
"Apa yang kamu cakap ni, Balqish? P-Puteri..akan mati?"
Balqish tersenyum sinis.
"Kau fikir Balqish Kenisha tak boleh membunuh ke?" Soal Balqish menjeling tajam ke arah Datin Arina sebelum pergi dari sini. Kata-katanya begitu tajam menusuk ke hati. Tak ada makna dia nak tunggu Kyran kat sini!
"Balqish!! Balqish.." Balqish hanya menghiraukan panggilan dari Datin Arina. Mata dinginnya hanya merenung ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.
Terus Datin Arina terduduk di atas kerusi sofa di situ.
"Ergg Balqish..apa yang kamu nak buat pula ni hah? Kenapa kamu tak boleh lihat Puteri bahagia? Dia dah begitu sengsara disebabkan kamu Balqish! Dia dah begitu menderita disebabkan kamu....kenapa Balqish..kenapa..urgh.hiss..hiss.." gumam datin Arina dengan lirih. Matanya yang memberat dengan air mata seperti awan yang memberat dengan air hujan akhirnya mengalir dengan deras jua.
Genggaman pada sofa semakin dieratkan. Matanya bertukar merah.
Takut, rasa takut jika memang benar Balqish akan membunuh gadis sebaik itu. Gadis sebaik itu yang dia telah anggap sebagai anaknya. Selama ini..dia sudah sangat menginginkan anak perempuan. Yeah, Puterilah orangnya. Balqish ni bukannya..boleh agak sangat. Dia sendiri pun tidak mengenal lagi Balqish. Anak kawan baik lamanya itu.
********
"Kyran..awak tahu tak? Dulu kita pernah ke sini tau?" kata aku tersengih comel padanya. Aku berjalan undur ke belakang sambil berhadapannya. Manakala Kyran hanya teruskan berjalan ke hadapan menatap aku.
"Oh yeah? Saya dengan awak buat apa waktu tu?"
Aku berjeda seketika.
"Waktu tu..awak ajak saya pergi makan. Saya ingat lagi. Haa kat situlah tempatnya." kataku menunding jari ke suatu tempat. Ia adalah sejenis pohon tua yang akar tunjang nya banyak menjalar.
Namun, disebabkan berjalan ke belakang tanpa henti tanpa melihat jalan membuat aku terpijak batu yang agak besar sehingga membuat aku hampir tersungkur jatuh.
"Hati-hati.."
Aku hampir terjerit kerana mahu terjatuh membuat aku terpejam mata seketika. Bersedia untuk rasa sakit di punggung.
Aik, tak sakit pun. Tapi terasa pinggangku dirangkul kemas oleh seseorang membuat aku tidak jadi untuk jatuh.
Perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku. Wajah Kyran memenuhi kornea mataku. Sedikit tersentak. Rupa-rupanya Kyran yang sambut aku.
Kyran perlahan-lahan mendirikan aku semula.
"Awak tak apa-apa?" Aku tayang sengih kerang busuk.
"Hehe tak apa-apa." Kedua-dua tanganku mencubit perlahan sesama sendiri. Malu..malu! Nak letak mana muka ni? Argh..Nak saja aku sembunyikan diri di sebalik pokok tu.
Tanpa Kyran sedar, dia sudah mengukir senyum. Mungkin lucu dengan sikap gadis di hadapannya.
"Jom kita pergi ke pokok tu." Aku tak berkata apa. Hanya mengikutnya ke hadapan. Kali ini, berjalan terus ke hadapan. Dah tak nak dah kejadian tadi berlaku. Nanti terpaksa menebal muka berinci-inci. Buku pun tak setebal macam ni tau.
Aku dengan Kyran akhirnya selamat tiba di bawah sepohon besar yang redup ini. Kat bawah pokok ni sejuk sikit. Tak adalah panas atau silau dengan terikan cahaya matahari.
"Awak..kat sinilah. Awak ada teringat apa-apa tak?" Soal aku menanti apa yang akan Kyran kata.
Kyran termangu seketika. Matanya kembali bertentang denganku.
"Entahlah, kali ini tak ada teringat apapun. Lagi..ada tempat yang mana tak lagi kita pernah pergi?" Soal Kyran.
"Ada. Tak jauh dari sini. Jom!" Tanpa aku sedar, aku sudah menarik tangannya mengikut aku.
Manakala Kyran pula sepanjang berjalan melirik lama tangannya yang disentuh lembut oleh aku.
********
Farah pov
"Hello Farah.."
"Hello Puteri, haa ingat juga kau ye pada aku? Aku punyalah tunggu kau telefon aku. Haa sekarang kau kat mana? Seorang diri ke?"
"Eh taklah. Aku ada dekat taman ni dengan Kyran. Kau jangan risau ye? Setakat ni..aku masih okey."
"Yelah tu okey. Dengar suara kau macam lemah semacam je."
"Lemah? Are you serious? Entahlah hehe." Aku yang mendengar tawa kecil dari Puteri di talian sana tersenyum.
"Puteri, seronok aku lihat kau ketawa macam ni. Ni mesti kau happy sebab bersama dengan Kyran kan sekarang? Weh, dia dah ingat kau ke beb?"
"Eh kau ni. Ke situ pula. Tak semudah itu dia akan ingat baliklah Farah. Aku bersama dengan dia ni pun..sebab nak tolong dia ingat balik ingatan dia tula. Kami pergi ke tempat yang kami selalu luangkan waktu dulu. Manalah tahu..dia ada teringat apa-apa ke...tak gitu?"
"Hmm betul..betul.." aku hanya menggiyakan seraya tersenyum seorang diri seperti orang angau.
"Farah, kau pula macam mana sekarang?"
"Hehe macam nilah. Tiada apapun yang berubah pun. Cuma..adik kau selalu ambil berat dan selalu lawat ke rumah aku, Puteri. Aku rasa terharu sangat dengan dia, hehe."
"Iye? Itu bermakna dia mahu tunjuk sesuatu pada kau." Aku mencantumkan kening. Sedang tertanya-tanya.
"Tunjuk apa?"
"Cinta. Kau tak rasa yang layanan dia pada kau terlalu istimewa untuk hanya sekadar kawan? Yelah, cuba kau fikir balik. Kalau kawan baik pun taklah sampai nak lawat rumah kau hari-hari. Kawan baik pun mesti dia ada kerja dia juga kan? Macam aku. Haa kau tak perasan something fishy di situ ke Farah? Selalu lawat kau...selalu luangkan masa dengan banyak bersama kau. Kau tak rasa itu layanan special melebihi kawan ke?" Kata-kata Puteri membuat aku terkedu seketika. Cinta? Tak mungkinlah Karen cinta dengan aku.
"Tapi, kau kan sibuk dengan Kyran, sibuk ambil rawatan, sibuk tolong aunty kau kat butik memanglah tak sempat nak lawat rumah aku hari-hari. Karen..mungkin.. mungkin..dia.."
"Kau nak cakap dia mungkin ada banyak masa dan sengaja luangkan masa dengan kau disebabkan kau kawan dia? Kau nak cakap macam tu ke Farah?" Sekali lagi aku terkedu dan terkelu. Kata-kata Puteri memang buat aku tak terkata.
"Farah, Karen pernah beritahu aku tau? Yang ayah dia pernah offer dia untuk kerja di suatu syarikat ayahnya. Kau tahu tak..siapa yang dapat pegang syarikat tu dia boleh kaya besar. Sebab syarikat ayah dia popular. Banyak client luar negara datang masuk. Tapi, kau tahu tak dia kata apa kat ayah dia? Dia kata..dia mahu tunggu dulu. Ini semua hanya semata-mata kerana kaulah Farah. Sebab kau."
Aku tergamam. Tangan menekup mulut.
"D-dia kata begitu?"
"Yeah, takkan kau tak percaya kat aku kot Farah. Farah, aku nak kau sebaiknya fikir-fikirlah. Kenapa Karen buat macam tu? Kenapa dia lebih pilih mahu kisahkan kau berbanding menguruskan syarikat ayahnya yang megah tu? Sebab dia tahu..kalau dia jadi pengusaha syarikat ayahnya nanti..dia takkan cukup masa untuk selalu bersama dengan kau Farah. Masa dia untuk bersama dengan kau akan menjadi lebih terhad."
Kata-kata Puteri membuat aku sekali lagi tergamam.
"Baiklah my bff. Kau buat aku sedar tentang sesuatu." kataku perlahan.
"Good. Okeylah aku letak telefon dulu ye? Nanti aku telefon kau lain kali tau?"
"Okay bye² my love."
"Bye² my sweetie."
Selepas aku meletak panggilan aku dengan Puteri..aku melepaskan keluhan kecil seketika.
Betul cakap kawan aku tu..Hairan. Karen memang ada simpan perasaan ke pada aku? Kenapa selama ni..aku langsung tak sedar? Atau..memang Puteri yang tersilap?
********
Puteri menutup panggilannya dengan Farah. Dia tersenyum kecil.
"Ehemm..ehem.." tiba-tiba dia mendengar deheman kecil dari seseorang yang disengajakan. Puteri terus mengangkat wajahnya memandang Kyran.
"Hmm?" Kyran membuat isyarat mata pada tangan Puteri yang masih erat memegang tangannya.
"Opp.." Puteri terus dengan kelam-kabut melepaskan tangannya yang masih mengenggam tangan Kyran. Haih, Puteri.. Puteri..sampai waktu call Farah pun kau tak sedar yang kau masih tak lepaskan tangan Kyran.
"Hehe, sorry awak..so sorry sangat. Entah macam manalah saya boleh tak perasan terpegang tangan awak." kata Puteri tersengih comel sambil tayang piss nya.
Kyran hanya menggeleng kecil. Senyumannya disembunyikan.
"Haih, Puteri..macam mana kau boleh tak perasan kau masih pegang tangan dia tadi?! Haihh bolehlah kau telefon sambil pegang tangan dia ye?" Puteri berceloteh seorang diri sambil menggerutu kesal dalam hati. Mulutnya tidak henti mengomel perlahan seorang diri. Tangannya asyik menepuk dahinya perlahan berkali-kali.
"Apa awak cakap tadi?"
"Hahh???" Hampir ternganga Puteri dibuatnya.
'Alamak dia dengar ke ni apa yang aku cakap?? Ohh no!!' Jerit hati kecil Puteri.
"Hehehe, tak ada apa-apa. Biasalah saya ni jenis suka bersikap mengarut sikit. Saya suka bercakap seorang diri sebab..bosan. Haa sebab tulah." Puteri sudah tersengih kecil. Dia menggaru pipinya yang tidak gatal.
"Kyran, kalau awak nak tahu..kat sinilah kita duduk sama-sama sebelum awak hilang ingatan." kata Puteri. Dia duduk di atas tanah yang sedikit tinggi dari tanah yang lain itu.
Teringat lagi dia dengan Kyran dulu kat sini. Waktu tu, Kyran manja sangat sampai tertidur atas ribanya. Teringat akan hal itu tiba-tiba membuat Puteri tertawa kecil seorang diri.
Kyran yang turut melabuhkan punggung di sebelah sudah mencantumkan kening. Pelik tiba-tiba Puteri gelak seorang diri. Eyyhh! Menyeramkan. Zaman sekarang bukannya boleh kira. Banyak saja orang asyik gelak sorang-sorang entah mana kelakarnya pun tak tahu. Baik dia tanya cepat.
"Err..kenapa awak gelak?" Soal Kyran dengan berhati-hati. Mukanya tidak usah cakaplah. Habis berkerut seribu dahinya apabila melihat gadis itu tiba-tiba ketawa.
"Hahh? Hehehe..tak ada apa-apa. Cuma..saya teringat kenangan kita dulu. Awak nak tahu tak? Dulu awak manja sangat dengan saya. Sampai tak mahu berjauhan dengan saya walaupun sekejap. Teringat hal tu..buat saya geli hati. Sebab..awak macam budak-budak dulu hehe."
"Awak tahu tak kat sini juga kan..awak mesti akan letak kepala atas riba saya dan tertidur. Macam ni.." kata Puteri yang secara tiba-tiba meletak kepalanya di atas riba Kyran. Hal itu juga, membuat Kyran terkejut monyet di situ.
Puteri yang baru tersedar akan hal itu terus bulat matanya memandang Kyran.
'Ahh!! Oh my god. Apa yang aku buat ni?! A-Aku baring atas ribanya?? Ahh.. Puteri! Sedarlah sikit! Dungunya kau. Macam mana kau boleh terlupa dia hilang ingatan. HILANG INGATAN. Astaga..' Hati kecil Puteri menjerit kesal.
Aduhh, Tuhan..makin malu lah aku jawabnya.
Pandangan mereka jadi kekok apabila bertembung. Terus Puteri bangun dari terbaring atas riba Kyran.
Muka Puteri sudah blushing teruk.
Kyran menahan senyum.
"Awak..awak blushing ye?"
"Ehh..mana ada." Puteri memegang pipinya.Terasa membahang di situ. Ahh, malu teruk ni! Nak saja aku tukar jadi monyet dan terus panjat atas pokok. Pfft!
Manakala Kyran yang mendengar sudah tidak dapat tahan tawanya lagi. Akhirnya tercetus juga tawa kecilnya.
"Hehe, tapi awak..kita memang serapat macam tu ke? Walaupun hanya berkawan? Sweetnya saya dengan awak dulu."
*********
"Karen, saya nak tanya soalan yang penting pada awak ni. Dan saya tahu..awak mesti tahu jawapannya." Aku mengetap bibir bawahku. Cuba menahan rasa. Tanganku tergawang-gawang ke udara cuba memegang tangannya.
"Apadia?" Karen tersenyum kecil dan terus menggenggam tanganku yang tergawang tadi.
"Saya ada di sini.."
"Karen, saya nak awak jawab dengan jujur. Ini melibatkan perasaan, nyawa dan maut." kata aku.
"Uish, seriusnya. Nampak sangat soalan tu penting kan? So, apakah soalan itu wahai cik Farah?" soal Karen lembut. Keningnya diangkat memandang Farah.
"Memang penting pun! Saya terus tanya straight to the point ya?" Aku memperbetulkan kedudukanku.
Karen yang duduk di hadapanku menanti dengan debar apa soalan yang aku akan lontarkan nanti.
"Karen Anderson Khan, do you love me?"
Share this novel