Bab 52: Heart

Romance Series 10664

Sambungan Farah pov

Aduhh gelisahnya kite... Aku menunduk kepala ke bawah sambil jalan mundar-mandir. Tanpa aku sedar seseorang mahu datang ke sini. Aku yang jalan tanpa tengok di hadapan terasa dilanggar oleh seseorang. Kepala aku terhantuk di dadanya.

Alamakk! Terlanggar orang pula. Aku mengangkat kepala aku perlahan memandang figura di hadapan.

"Err.. maafkan saya.." kata aku perlahan. Namun, yang lebih membuat aku terperanjatnya ialah figura yang berada di hadapan aku ialah Karen.

Fuhh! Dia datanglah. Finally...

Karen yang perasan aku berada di sini terus dengan cemas mengutarakan soalan pada aku membuat aku buntu mahu jawab apa.

"Cik Farah? Macam mana keadaan kakak saya?!" Tanya Karen dengan cemas. Dia asyik tertengok-tengok bilik wad kakaknya.

"Err..ermm..err..ermm." aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aduhh..mahu kata apa ni?

Macam mana nak jawab kalau ini hanyalah tipuan semata-mata. Dan hakikatnya Puteri langsung tidak kritikal.

Melihat aku yang masih tergagap-gagap mahu berkata Karen terus pergi mendahului aku dan masuk ke bilik wad Puteri.

Woahh..laju². Boleh masuk sukan olimpik ni Karen. Ehehe..

Manakala aku hanya terkebil-kebil memandang pintu bilik wad yang telah dimasuki oleh Karen. Hehe nampaknya dia begitu cemas ni. Habislah kau Farah..kalau dia tahu kau hanya main-main saja. Mampusss...

Aku mengetuk kepala aku ke dinding perlahan berkali-kali. Mulut mula berceloteh menyalahkan diri sendiri. Semuanya gara-gara idea aku yang mengarut lah ni. Tapi..idea apa lagi mahu umpan dia kat sini? Nak tak nak aku terpaksa guna idea ni. Hmm betul tu!

Tapi, rasa seronok la pula main-main dengan dia ni. Hehehe..aku tersengih-sengih seorang diri.

"Kakak!" Jerit Karen yang terus menerjah masuk ke dalam bilik wad kakaknya.

Puteri pov

Aku beriak terkejut dan membulatkan mata apabila terpandang adik aku yang menjerit memanggil namaku. Aku mengusap dadaku perlahan. Haih! Boleh luluh jantung ni nanti.

"Aduhhh dik..kenapa jerit-jerit ni? Mau kak ada heart attack macam mana? Haa kakak tak nak mati kat sini, dik." Kata aku memarahinya dengan lembut.

Karen beriak keliru.

'Aik! Bukan Farah kata..kakak aku dalam keadaan kritikal ke? Habis tu kenapa aku tengok.. keadaan kakak aku biasa saja. Tak teruk pun.' getus Karen di dalam hati.

Kelihatan adik aku menghampiri aku perlahan. Aku hanya tersenyum.

"Kak..betul-betul okey sekarang ni?" Kata Karen dengan berhati-hati.

"Iyelah, kakak okey je dik. Macam biasa. Kenapa adik nampak cemas ni? Ada apa-apa ke?" Tanya aku balik. Aku mengecilkan mata memandang adik aku.

'Kurang asam punya cik minah Farah! Pfft! Dia main-main dengan aku rupanya. Takpe, siaplah dia nanti!' batin Karen dalam kegeraman.

"Ermm..tak ada apa-apa kak. Cuma..Farah dia sengaja main-main dengan Karen tadi. Dia bagitau kat Karen yang kak..dalam kritikal. Ermm.. takpelah. Sorry sebab kacau kak. Dik minta diri dulu." Kata Karen yang mahu pergi.

Teringat dia tadi terjumpa dengan Farah. Hehe.. Spontan terbit senyuman nakal di hujung bibirnya. Tahulah dia nanti mahu buat apa dengan Farah. Namun kakinya terhenti apabila dipanggil lembut oleh kakaknya.

"Adik.." panggil aku apabila sudah tersedar sesuatu.

Kalau..ini adalah rancangan mahu buat Karen jumpa dengan aku. Itu bermakna ini adalah masanya untuk aku berbaik semula dengan adik aku. Hanya aku yang boleh pujuknya. Yeah, baik aku halang adik aku daripada pergi sekarang.

Karen menoleh badannya ke belakang memandang kakaknya. Aku mencarik senyuman hambar.

Dan Karen tak suka dengan senyuman yang kakaknya tunjukkan. Ini kerana senyuman tu.. nampak menyedihkan dan buat hatinya menyakitkan.

"Adik boleh duduk sini sebentar? Hanya sebentar.." kata aku perlahan.

Karen hanya menuruti aku. Dia duduk di atas kerusi di tepi katil kakaknya. Karen sedikit tersentak apabila aku memegang kedua-dua tangannya dengan lembut.

"Karen..adik kakak. Masih merajuk dengan kakak lagi ke? Hehe bukan apa. Sejak kes tu..adik dah macam teragak-agak mahu datang sini. Adik datang hari ni pun..kerana Farah bukan? Kak yakin..ada sebab Farah main-main dengan adik. Dia mahu kita berbaik. Berbaik seperti dulu. Tidak lagi memendam perasaan. Tidak lagi diam membisu antara satu sama lain. Malah jadi seperti orang lain." Kata aku perlahan. Mata aku berkaca-kaca memandang adikku.

Karen tidak berkata apa. Sebaliknya hanya berkerdip mata perlahan memandang kakaknya. Manakala hatinya.. berasa sakit dan pedih melihat kakaknya sedih disebabkan dirinya.

"Adik tahu.. kadang-kadang kita kena belajar memaafkan seseorang itu. Walaupun..dia dah buat salah dengan kita. Bukankah dia juga manusia sama seperti kita? Kita pun..buat kesilapan juga. Malah, tak ada pun manusia ke atas muka bumi ni.. yang tak pernah membuat kesilapan. Adik, masih dengan ego adik ke?" Kata aku. Air mataku mengalir laju ke pipi dan menitis ke tangan Karen.

Karen terpandang tangannya yang terkena air mata kakaknya. Dia..dia jadi terkelu lidah mahu berkata apa. Hatinya begitu sayu melihat kakaknya seperti ini.

"Andai jikalau sakit ini sudah tidak dapat ditahan lagi..sampai..ia sukar sekali untuk dihilangkan. Dan satu-satu ubatnya adalah menahan rasa sakit ini. Adik tak kisah. Walaupun ia membuat diri adik terjejas dan down dengan rasa sakit ini. Dan jikalau jodoh kakak dengan Kyran memang ada. Adik tak kisah. Kalau kakak mahu bersama dengan dia. Tapi kak..adik tetap dengan pendirian dik. Abang dia. Takkan sesekali adik maafkan. Adik..takkan rapat dengan keluarga Johansson. Dan kakak..kena faham adik sama. Kak..kena faham hati adik ni. Hati adik dengan kakak tak sama. Hati dik keras. Keras seperti batu. Kak cakaplah apapun tapi dik...akan selalu simpan dendam terhadap keluarga Johansson." Kata Karen satu per satu menatap wajah kakaknya dengan pandangan nekad dengan pendiriannya.

Terasa panas tubir mata Karen.

"Jadi, dik lebih rela rosakkan hati dengan melayan dendam dan sakit ini? Walaupun..ibu dan ayah kita tidak menginginkannya? Walau hakikatnya..ibu dan ayah kita. Orang yang tersayang kita tidak mahu kita berdendam? Adik...masih tetap dengan ego adik?" Kata aku menatap mata adikku dengan tepat.

"Yeah.." satu perkataan yang keluar dari mulut Karen sudah membuat hati aku begitu retak dan sakit. Aku tidak sangka. Adikku..begitu lain dari jangkaanku. Hati adikku seakan keras. Tapi aku percaya...walau sekeras mana sekalipun hati seseorang itu..ia akan lembut juga nanti.

Karen selepas mengucap perkataan 'yeah' air mata terus mengalir laju ke pipi. Dia hanya memandang wajah kakaknya dengan mata yang bergelinangan. Karen kini mengenggam lebih erat tangan kakaknya.

"Maafkan dik..kakak." kata Karen tersenyum dalam kesedihan. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esak tangisan.

Aku tidak berkata apa. Terus mendakapi tubuh sang adik di hadapanku.

"Kakak akan tunggu saat itu adik. Kakak akan tunggu.. bila nanti hati adik akan jadi lembut dan terbuka pintu kemaafan dekat orang lain. Walaupun ianya mengambil masa yang lama. Kakak akan tunggu..jadi..adik jangan risau ye? Kak..tak marahkan adik." Kata aku dengan nada lirih menahan sedih di dalam hati. Suara aku bergetar. Bibir aku turut bergerak-gerak menahan diri dari mengeluarkan tangisan. Aku mengetap bibir bawah ku.

Aku menepuk lembut belakang adikku. Membuat Karen semakin menangis mengeluarkan tangisan.

"Hiss..hiss.." aku hanya memejamkan mataku erat mendengar tangisan dari adikku di dalam pelukan. Aku turut mengalirkan air mata secara diam.

Manakala Farah pula yang mendengar perbualan mereka di dalam hanya menyandarkan tubuh ke pintu. Tersungging senyuman kelat di bibirnya. Kepalanya hanya memandang ke atas siling hospital.

Hatinya turut sebak mendengar suara tangisan dari Karen. Dia memegang dada kirinya. Sangat sakit di situ. Farah mengenggam buku limanya di atas dadanya itu.

"Perasaan apakah ini? Kenapa hati aku begitu sakit mendengar dirinya menangis?" Gumam Farah perlahan. Dia masih menyandarkan kepalanya di pintu. Keningnya tercantum sambil memejamkan mata erat. Senyuman sudah pudar di bibirnya.

Farah masih menyandarkan tubuhnya ke pintu. Dia menghela nafas berat. Kepalanya dia tundukkan ke bawah. Topi hitam masih setia di kepalanya. Dia pakai topi pun kerana takut Karen mengecamnya pula. Tapi, malangnya padahal baru saja Karen ternampak wajahnya di sini.

************
Seorang perempuan cantik hanya berseorangan diri meminum air arak di bar rumahnya sendiri. Manakala orang-orangnya sedang berjaga-jaga di tempat lain. Ada yang di luar dan ada yang berada di dalam.

Balqish mula bergumam perlahan. Yang pastinya kata-kata yang tidak difahami.

"Hehehe...I will ... ruin your relationship! Hihihi...Puteri..Kyran! Ergh..we will see." Gumam Balqish seorang diri dalam kemabukan.Tiba-tiba dia ketawa seorang diri.

"Hehehehe..hahaha.." tidak lama kemudian suaranya bertukar sedih dan mendayu. Dia murung seorang diri. Air mata terbit ke pipi gebunya.

"Hiss..hiss..Kyran...darling..where are you..I..I lonely. Sayang..hiss..hiss.. jangan tinggalkan I.. duduklah sini..teman I di sini..I..hiss..hiss..really need you." Kata Balqish berserta esak tangisnya perlahan.

"Kyran..I love you. Kenapa you selalu.. abaikan I...I'm so lonely..hiss..hiss.." Balqish menangis sehingga bahunya terhinjut-hinjut sedikit.

Tanpa dirinya sedar ada seseorang yang memperhatikan gerak-gerinya di belakang. Jack memandang belakang Balqish dengan sepi. Air mata kelakiannya akhirnya jatuh jua. Dia tidak dapat menahan air mata melihat Balqish seperti begitu.

Jack menggepalkan buku limanya. Dia cuba menahan perasaan sedih dan sakit di dalam hatinya. Kejadian seperti ini..sudah berkali-kali berlaku. Dia asyik melihat bossnya selalu mabuk-mabuk dan menangis. Kadang-kadang ketawa secara tiba-tiba dan selepas itu menangis secara tiba-tiba. Orang yang tengok ni mesti akan rasa dia gila. Tapi hakikatnya..dia gilakan cinta. Yeah, dia haus akan cinta. Dia pasti sentiasa mahu menagih cinta dari seseorang. Tapi dari seseorang yang salah. Kyran. Siapa lagi kalau bukan Kyran Andrew Johansson yang dia tergila-gilakan.

Tapi, kejadian ini akan terjadi buat kali terakhir. Selepas ini..Jack tidak akan lagi berjumpa dengan bossnya. Dan hal itu..sudah pasti buat Jack sedih. Tapi..takpe, mungkin...ini sudah cukup sampai di sini pertemuan antara mereka berdua. Lagi pula, Balqish hanya menganggap hubungan antara mereka berdua sebagai boss dan kuli saja. Not more than that.

Mesti boss pasti tidak berat untuk lepaskan aku. Padahal aku..hanyalah seorang upahan saja baginya. Fikir Jack begitu.

Perlahan-lahan Jack menapak mendekati ke arah Balqish. Dia duduk di tepi Balqish. Botol arak yang berada dalam genggaman Balqish dia ambil dan tuang ke dalam segelas kecil putih kosong.

"Siapa..." Kata-kata Balqish terhenti apabila memandang raut wajah tampan yang dia kenali. Wajahnya kembali mendung apabila orang yang tidak disangkanya adalah Jack. Andai saja itu adalah Kyran. Pasti dia happy dan senang.

Balqish hanya membiarkan Jack mengambil botol arak di tangannya. Jack menuang arak ke gelas tersebut dan langsung minum satu teguk air arak tersebut. Kening tercantum. Dia menyelap kasar bibirnya. Orang yang sudah biasa minum air arak hanya satu teguk saja sudah cepat habis untuk satu gelas.

"Boss..saya ada perkara penting mahu bagitau boss." Kata Jack memandang tepat ke wajah Balqish.

Balqish tidak diam duduk. Badannya asyik ke kanan dan ke kiri kerana terlalu mabuk. Balqish tersenyum.

"What is that?" Tanya Balqish. Disebabkan dia tidak diam duduk dia tersandar ke dada Jack. Jack sedikit tersentak.

"Hehe sorry²." Kata Balqish menepuk perlahan pipi Jack. Dia asyik tersengih menayangkan gusinya.

"Boss..boss mabuk ni. Dah², berhenti minum lagi. Nanti badan boss panas sebab minum terlalu banyak arak." Kata Jack.

Baru Balqish mahu minum lagi Jack sudah menghalang dengan menarik botol arak tersebut ke tepi.

"Boss, saya rasa ini adalah pertemuan terakhir kita." Kata Jack memandang ke bawah. Dia cuba untuk menahan air mata daripada terkeluar.

Balqish terus memandang Jack.

"M-maksud kau?" Tanya Balqish dengan suara sedikit bergetar.

"Maafkan saya Balqish..tapi..sudah tiba masanya untuk saya pergi dari hidup awak. Maafkan saya.." kata Jack tidak dapat tahan lagi. Akhirnya air mata jantannya mengalir jua ke pipi.

Jack kini membahasakan diri Balqish sebagai 'awak'. Dia tidak mahu mengucap selamat tinggal sebagai hubungan antara orang upahan dan boss. Ini kerana, dia..mahu pergi terus dalam hidup Balqish. As a friend or..as a family. Yeah, mereka berdua seperti family juga. Tetapi, disebabkan Jack yang mahu membalas budi Balqish pada dirinya dulu. Dia membuat keputusan untuk menjadi orang upahan gadis itu.

Dan sejak itu dia mula melakukan kerja-kerja kotor itu. Dia terpaksa atas kehendak dirinya sendiri. Mahu jadi orang upahan kenalah latih diri untuk buat semua kerja kotor tu. Ini kerana, sejak itu..Balqish sudah mula menyuruhnya untuk memusnahkan atau memisahkan hubungan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Puteri Ilynia dan juga Kyran Andrew. Sejak itulah, dia sudah tahu yang Balqish sudah lama cintai lelaki itu.

Kalau dia sudah buat semua kerja kotor tu barulah orang kenalnya sebagai lelaki yang terkenal dengan kekejamannya. Sam Jackson. Orang yang seperti samseng tapi seakan lebih teruk dari itu. Dengan selalu membuat kejahatan. Selepas itu, mengutip orang-orang samseng jalanan yang lain untuk menjadi orangnya. Tetapi, hanya satu saja kerja kotor yang dia tidak lakukan. Merogol atau menyentuh perempuan lain. Ini kerana..dalam hatinya sudah ada nama. Orang itu..adalah Balqish sendiri.

"But..but why Jack?" Kata Balqish dengan mengerdip mata seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.

"Mungkin..sudah tiba masanya.. u-untuk saya pergi dari hidup boss. S-saya..dah tak sanggup mahu bersekongkol dengan boss. Dan.. seksa² orang ni. Boss..saya harap..boss..faham saya?" Kata Jack dengan suara yang bergetar. Dia mencantumkan keningnya menahan rasa getar di dada. Matanya terpejam rapat.

Balqish hanya memandang ke arah Jack yang memejamkan matanya. Hati dia..seakan dihiris berkali-kali. Dia tidak dapat terima apa yang Jack baru katakan tadi.

Dia menggeleng perlahan.

"Kau..buat lawak kan? Kau.. main-main saja kan?" Kata Balqish yang serupa seperti mahu menangis. Kalau orang lihat dia kuat orang tu salah. Sebab dia kuat pun disebabkan Jack. Disebabkan keturunan, harta, pangkat. Dia boleh jadi sekejam itu pun kerana disebabkan Jack. Sebab dia tahu.. apa-apa Jack selalu menenangkan hatinya, selalu menemaninya disaat dia kesepian, selalu mengisi ruang kosong dalam hatinya, selalu membuat dia tersenyum dan buat dirinya bersemangat dalam menjalani kehidupan. Dan akhir sekali..selalu melindunginya daripada segala apa yang berlaku. Jack...bagaikan pain killer bagi dirinya.

And now? Jack mahu pergi dari hidupnya? Ohh dia tak sanggup. Betul-betul tak sanggup..apa mungkin sikapnya yang kebelakangan ni.. membuat Jack meluat? Apa mungkin..Jack sudah bosan hidup bersamanya? Sebagai orang upahan? Atau..as a friend and as a family? Balqish mula membuat andaian.

Tanpa Balqish sedar.. setitis air mata mutiara jatuh mengalir ke pipi.

Jack membuka matanya. Dia tersenyum dalam kesedihan. Jack perlahan-lahan menyentuh pipi kanan Balqish dengan lembut. Air mata di pipi Balqish dia seka dengan jari runcingnya. Jack..cuba untuk tersenyum.

"Ke mana Balqish yang kuat melenting dan tidak cepat menangis? Ke mana Balqish yang sentiasa tersenyum ceria dan bersemangat? Balqish..saya tak buat lawak apatah lagi main-main. Saya serius. Awak..jaga diri ya? Saya yakin awak..boleh hidup tanpa saya." Kata Jack tersenyum pahit.

Belum sempat Balqish mahu berkata apa. Jack sudah bangun dari duduk dan mahu melangkah pergi. Balqish tidak berdiam diri. Dia terus bangun dan berlari anak menghampiri Jack. Lengan Jack direntapnya membuat langkah Jack terhenti. Namun, Jack hanya statik berdiri tidak bergerak menoleh memandang Balqish.

"Jack! Hiss hiss..don't leave me Jack..please I'm begging you. Don't leave from my life. I..I can't live without you..Jack." kata Balqish sambil menangis. Matanya sudah berkaca-kaca. Bila-bila saja air mata boleh jatuh lagi ke pipi. Mana mungkin dia akan biarkan Jack pergi dari hidupnya.

Hidupnya yang dulu bagaikan gelap, suram dan sepi Jack lah orangnya yang seperti memberi sinar dalam hidupnya. Di saat dia jatuh..Jack la orang yang mula menghulurkan tangan padanya untuk bangun semula.

"No, you can live without me. Balqish, you know what.. kadang-kadang kita terpaksa berpisah dengan seseorang tu.. walaupun kita tak mahu. Balqish, saya nak awak tahu sesuatu. I love you." Kata Jack sambil menatap mata hijau Balqish dalam. Balqish tersentak.

'Jack... cintakan aku??' batin Balqish.

"I love you so much, Balqish. You..are the first person to make me fall in love. But, awak saja yang tak sedar. Sungguh, hati ini begitu sakit dan pedih mahu tinggalkan awak. Hehe kelakar kan? Saya terjatuh cinta pada orang yang salah. Awak..mesti terkejut kan..saya luahkan perasaan saya dekat awak? Tapi..inilah yang buat saya lega. Lega akhirnya.. selepas beberapa tahun lamanya..saya sudah mengaku perasaan cinta saya dekat orang tu..di hadapannya pula tu. Awak. Awaklah orang tu." Kata Jack tersenyum sambil menangis.

Jack memandang tepat ke tangan Balqish yang memegang erat lengannya. Jack mengalirkan air mata lagi.

"I am..sorry.." kata Jack perlahan. Air mata keberapa kali menurun laju ke pipi. Dia menunduk sedikit kepalanya.

Beberapa saat kemudian, Jack mengangkat kepalanya semula.

Perlahan-lahan matanya kini berkalih memandang ke arah Balqish beserta senyuman hambar di bibirnya. Reaksi Balqish seperti tidak terkata..dan masih terkejut dengan luahan aku tadi. Jack hanya tersenyum. Dia hanya melihat air mata Balqish dengan lajunya menuruni kedua pipinya di hadapan Jack. Tanpa Balqish sedar..tangan Jack yang satu lagi menggepalkan buku limanya. Dia buat begitu kerana melihat Balqish menangis.. betul-betul mengoyak hatinya.

"T-tapi..kenapa Jack? Kenapa..awak mesti tinggalkan saya? Di..disebabkan perangai saya? Saya..selalu buat perkara yang awak tak suka ke? Awak..meluat dengan perangai saya kan? Disebabkan saya..pernah hukum awak kan? Jack..saya janji." Kata Balqish dengan nada lirih. Dia sudah mengangkat tangannya seperti membuat ikrar.

"Saya janji...saya akan ubah perangai saya menjadi lebih baik. Saya..tak akan buat perkara yang awak tak suka. Saya akan cuba buat awak...selalu senang dengan saya. Hiss..hiss..jadi...jangan pernah rasa bosan hidup dengan saya Jack? Please.." Kata Balqish. Matanya kembali berkaca-kaca memandang Jack.

Balqish tidak senang duduk melihat Jack yang hanya diam membisu. Dan hanya tepat memandang wajahnya.

Kali ini Balqish mengambil kedua-dua tangan Jack dan mengenggamnya erat. Dia bawa kedua tangan Jack ke pipinya.

"Saya..tak main-main Jack. Saya..saya pasti tidak akan langgar janji saya. Oleh itu, jangan tinggalkan saya ye? Hmm?" Kata Balqish lagi.

"Hmm?" Balqish menyoal lagi. Air mata yang keluar dari tubir matanya mengena ke tangan Jack.

"Kalau... saya suruh awak hentikan niat awak untuk memiliki Kyran dan stop merancang benda yang buruk pada Puteri. Awak boleh buat macam tu?" Kata Jack merenung tepat bebola mata hijau cantik di hadapannya.

Balqish tidak terkata. Dia memandang Jack dengan riak terkejut dan tak percaya. Tak percaya.. disebabkan hal itu..Jack mahu tinggalkan dirinya?

Balqish melepaskan tangan Jack. Dia memandang tajam ke arah Jack.

Jack tersenyum sinis.

"Sudah tentu...awak...tak dapat buat macam tu." Kata Jack ketawa dalam tangisan.

"Hehe..takpe.. semoga awak bahagia dan berjaya memiliki dia ye?" Kata Jack ketawa yang dibuat-buat. Hakikatnya, dia begitu sedih sekarang.

"Ohh sebagai kata-kata yang terakhir dari saya.." kata Jack sengaja menggantungkan ayatnya.

Dia melangkah setapak demi setapak ke arah Balqish. Jack tersenyum meneliti setiap inci wajah Balqish. Dia mahu menatap wajah Balqish sepuas-puasnya sebelum dia pergi. Perlahan-lahan air matanya jatuh lagi di hadapan Balqish.

"Thanks a lot for everything Balqish Kenisha. Terima kasih...sebab.. selamatkan saya hari itu.Terima kasih...sebab ambil saya menjadi sebahagian daripada hidup awak. Sejak kita jumpa lagi..awaklah orang yang buat saya untuk bertahan hidup sampai sekarang. Selepas saya...kehilangan adik tercinta saya...Thank you and forgive me for everything. Good bye...my.. sweetie." Kata Jack tersenyum pahit.

Dia mencuit pipi gebu Balqish sekilas dan tersenyum.

Dia tidak dapat menahan air matanya dari keluar. Biarlah dikatakan tidak macho menangis di hadapan perempuan sekalipun. Ini.. membuat hatinya begitu retak dan hancur. Mana taknya..orang yang dia paling sayang terpaksa dia tinggalkan. Hanya Balqish orang yang dia sayang dan cinta selepas adiknya.

Balqish..bagaikan melebihi seorang adik atau kakak. Balqish...is his love.

Balqish menggeleng perlahan. Air matanya sudah berkali-kali mengalir ke pipi.

Jack mengundur setapak demi setapak ke belakang. Tetapi senyuman masih tidak pudar di bibirnya. Membuat Balqish makin tidak keruan apabila melihat Jack semakin mengundur ke belakang.

"Selamat tinggal..my love." selepas mengakhiri tiga empat patah ayat tersebut Jack terus pergi meninggalkan Balqish yang menangis tanpa suara.

"Tak..tak..tak.. don't leave me Jack! Jack!" Jerit Balqish dengan suara lirih dan takut. Sambil berlari anak mahu dapatkan Jack. Dia rasa takut..untuk merasa kehilangan seseorang yang dia sayang lagi. Jack..sudah dia anggap sebagai abang.Tapi entah macam mana dia tersalah langkah dan tersepak kaki kerusi membuat Balqish terjatuh tertiarap.

"Arghh.." Jack yang mendengar kerusi terjatuh dan suara Balqish yang seperti menahan sakit terhenti seketika langkahnya.

Dia menggenggam kedua tangan membentuk buku lima di sisinya. Jack sedang menahan rasa. Jack memejamkan matanya erat. Keningnya bertaut. Dia cuba untuk tidak mempedulikan Balqish.

"Don't leave me Jack.." kata Balqish dengan lirih. Jack tidak memandang Balqish. Hanya mendengar butir perkataan yang keluar dari mulut Balqish berserta tangisan. Tanpa Jack sedar, air mata buat keberapa kalinya jatuh lagi ke pipi.

Jack terus pergi tanpa menolong Balqish. Disebalik wajahnya sudah lencun dengan air mata. Dia.. terpaksa pergi..walau hatinya menidakkan hal tersebut. Yeah, kalau boleh dia mahu terus berada di sisi Balqish. Tetapi, bila teringatkan Balqish yang seperti orang lain yang sudah tidak seperti dulu. Tidak seperti Balqish yang dia kenal lagi sejak berniat mahu hancurkan hubungan Puteri dengan Kyran dia batalkan hasrat mahu tetap terus berada di samping Balqish.

Manakala Balqish yang sudah tidak lagi melihat kelibat Jack di ruang mata mengeluarkan tangisan derasnya. Sambil dirinya yang masih tertiarap ke atas lantai.

"Hiss..hiss..kenapa Jack? Kenapa? Kenapa kau tinggalkan aku?" Rintih Balqish perlahan. Orang-orang Balqish yang mendengar suara tangisan kuat dari Balqish pergi ke arah bossnya.

"Boss.." seorang lelaki salah seorang upahannya menolong bossnya untuk bangun.

Balqish menahan rasa pedih di lutut. Cecair panas terasa mengalir keluar dari lututnya. Mana taknya Balqish hanyalah memakai dress separas peha. Dia lebih suka pakai dress dan gaun.

"Boss, boss berdarah ni." Kata lelaki tersebut cemas.

"Takpa, boss tunggu sini. Biar saya ambilkan kotak kecemasan di bilik rawatan." Kata lelaki tersebut yang terus pergi. Sebelum tu, sempat dia dudukkan bossnya di atas kerusi.

Pipi Balqish yang sudah basah dengan air matanya dia seka dengan jari runcingnya kasar. Tiba-tiba Balqish menggepalkan tangannya.

"Shit..ini semua.. disebabkan kau Puteri. Ini semua salah kau! Salah kau..kerana buat Jack tinggalkan aku. Orang yang aku sudah anggap sebagai abang. Kenapa kau tak habis-habis rosakkan hidup aku ha perempuan? Kau..kau memang suka buat hidup aku merana. Sekurang-kurangnya biarlah orang yang memahami aku..sentiasa bersama dengan aku." Kata Balqish dengan nada sedih seorang diri. Seolah-olah Puteri berada di hadapan mata.

"Tapi sekarang...orang tu dah tak ada! Semuanya disebabkan kau Puteri! Sial punya perempuan! Takpe²...kau tunggu. Siap kau nanti! Erghh.." Kata Balqish lagi seorang diri menahan geram. Dia mengetap bibirnya erat. Tangan dia genggam membentuk buku lima. Air mata buat kesekian kalinya berhenti ke pipi.

***********

"Kak, kak masih tak nak berterus-terang dengan adik siapa orang yang cederakan kakak? Adik dengan aunty dah puas tanya kak. Tapi macam-macam alasan yang kakak bagi." Kata Karen sambil memandang aku.

Aku hanya tersenyum dan menggeleng kecil.

"Hmm.. takpelah. Adik nak pergi dah ni. Kak ingat ya? Kalau adik dapat tahu siapa orang tu. Siaplah dia nanti!" Kata Karen membuat muka.

"Hamboihh! Garangnya. Hehe okey." Kata aku yang hanya mengiyakan.

"Adik pergi dulu. Ada sesuatu yang adik nak kena settlekan ni. Eh sebelum tu kan kak..adik..ada good news!" Kata Karen kembali dengan wajah ceria.

"Wow, good news. Apakah itu?" Kata aku.

"Adik..dah tidak jadi ahli mafia. Now, adik dah bebas." Kata Karen. Aku mengerdip mata teruja padanya.

"Adik, betul ke ni?" Kata aku tersenyum gembira. Macam tak percaya pun ada. Dalam diam..aku menarik nafas lega.

"Ye kak. Panjang ceritanya. Nanti adik cerita semua dari A sampai Z ye? Adik..ada sesuatu yang perlu disettelkan kan ni." Kata Karen.

"Okey." Kata aku tersenyum. Ni mesti pasal Farah ni.

Karen membalas senyuman dari aku. Kelibatnya semakin hilang di ruang mata. Karen sudah menutup pintu dari luar.

Manakala aku.. mengeluh senang. Kini, hati ini takkan risau lagi kalau Karen masih kerja kat situ.

Perlahan-lahan terbit senyuman di bibir aku. Aku tersenyum sendiri.

Kyran pov

Aku menutup pintu perlahan. Mata mula menerawang sekeliling mencari seseorang. Tiba-tiba aku terlihat seorang perempuan tidak jauh dari sini sedang membelakangi diri aku. Rambutnya yang panjang mengurai ke belakang beserta topi hitam yang berada di atas kepala.

Aku tersenyum sendiri. Tahulah itu mesti dia sebab terserempak tadi.

Tiba-tiba senyuman sinis mula terbit di bibir aku. Farah..Farah.. berani sungguh dia main-main dengan aku ye? Takpe..takpe..tunggu kau.

Aku berjalan perlahan-lahan mahu mendekatinya. Setapak demi setapak. Senyuman sinis masih tidak lekang dari bibir aku.

Farah yang masih berdiri terpacak seperti tunggul terasa seperti dicuit bahu oleh seseorang.

Farah mengerling menoleh ke belakang. Dia berwajah keliru apabila tiada siapapun di belakang.

"Aik, tiada? Tapi..aku rasa betul-betul ada orang cuit aku tadi." Gumam Farah sendirian. Dia mencantumkan keningnya berwajah keliru. Farah menggaru kepala yang tidak gatal.

Aku menahan senyum melihat dia yang terteleng-teleng ke kiri dan kanan seperti mencari sesuatu. Selepas mencuit bahunya aku terus sembunyikan diri di sebalik dinding.

Kelihatan Farah sedang duduk bertinggung mengikat tali kasut sambil membelakangi aku. Aku tersenyum sinis. Peluang jangan dilepaskan.

Aku berjalan perlahan ke arahnya. Apabila sudah dekat dengannya aku membengkok sedikit badan ke arahnya tanpa diketahui oleh Farah.

Aku mencuit pipi gebunya perlahan. Farah yang terasa pipinya kali ini dicuit membulatkan matanya. Aku mendekatkan muka aku di sebalik sisi wajahnya.

Farah menoleh memandang aku membuat jarak kami berdua sangat dekat. Namun, wajah aku hanya bersahaja. Aku tersenyum sinis.

Farah terkelu. Jantungnya mengepam laju. Terkejut pun ada apabila toleh sahaja wajah di hadapan sudah memenuhi ruang mata. Betul-betul dekat dengan wajahnya.

Farah seperti faham dengan senyuman sinis tu. Kulihat matanya yang masih membulat besar memandang aku. Cute la pula. Ish Karen! Apa yang kau merepek ni?! Sedar². Pffft!

Aku mengusap lembut keningnya sambil tersenyum.

"Cik Farah.." belum sempat aku berkata apa Farah sudah bangun secara mengejut. Dia mengundur ke belakang.

Kelihatan wajahnya sedang tersengih nakal dan..takut. So..funny cik Farah.

Aku tersenyum sinis. Dengan sepantas kilat aku menarik tangan kecilnya itu keluar dari hospital ini.

"Eihh awak..awak nak bawa saya pergi mana ni?" Tanya Farah yang sudah berwajah cemas. Namun, Farah terpaksa akur juga mengikut aku ke mana.

Aik, macam tu je? Dia tak takut ke kalau aku bawa dia pergi mana nanti? Hmm apa-apa jelah.

Farah terkebil-kebil memandang tangan aku yang memegang lembut pergelangan tangannya.

Farah beriak keliru.

"A-awak..bawa saya kemana ni??" Tanya Farah beserta kerutan di dahinya. Farah beriak keliru.

Aku tidak berkata apa. Sebaliknya terus bawa dia pergi. Aku membawanya ke belakang hospital yang sunyi tiada orang.

Apabila sudah sampai terus aku menolak tubuh kecil itu ke dinding. Namun, hanya tolakan kecil dan perlahan. Aku...bukanlah sampai sejahat tu mahu cederakan perempuan atau bersikap kasar dengan dia.

Farah sudah cemas. Dia sudah tahu ini tempat apa. Suasana kat sini pun hanya sunyi sepi bagaikan tiada orang.

"Awak! Awak jangan berani nak buat apa dengan saya eh? Saya tinju muka awak nanti!" Kata Farah mengugut. Wajahnya cemas dan takut apabila aku semakin merapatinya. Jarak aku dengan dia hanya satu inci.

Farah sudah mengangkat buku limanya. Seolah bersedia mahu menumbuk aku.

Aku tersenyum miring. This girl...so funny.

Aku memegang tangannya yang membentuk buku lima. Farah tersentak.

'Setiap sentuhannya begitu lemah lembut. Apa motif Karen ye? Hmm..tak..tak..Karen bukan orang yang jenis ambil kesempatan. Walaupun aku tak kenal dia tapi aku dapat tahu itu. Kerana dia..memang langsung tak sesuai jadi lelaki miang ni.' batin Farah.

Aku tersenyum. Sempat lagi mengelamun gadis ni.

"A-awak..n-nak aa..apa d..dari saya..ni?" Tanya Farah tergagap-gagap.

"Awak." Kata aku sepatah. Ringkas dan padat.

Lagilah membuat mata Farah membulat memandang aku. Dia terkejut dan terkedu.

"What?!" Aku tersenyum sinis. Dah agak dia akan terkejut.

Tiba-tiba dia menunduk kepalanya ke bawah. Aku menoleh ke arah lain, menahan senyum. Selepas itu mengerling nya sekilas.

Aku terus membuang topi hitam yang berada di atas kepalanya membuat rambut Farah berserabut dan kacau sehingga menutupi wajahnya. Sekali lagi Farah tersentak.

Aku tersenyum. Dengan penuh lemah-lembut aku memperluruskan balik rambutnya yang serabut. Aku menyelit rambut yang menutupi wajahnya ke telinga.

Farah hanya diam terpegun membiarkan aku mengemas balik rambutnya. Farah perlahan-lahan mengangkat kepalanya mendongak memandang aku.

Setelah selesai kegiatan aku tadi aku kini mengurungnya ke dinding dengan kedua-dua tangan aku. Sambil memandangnya dengan tepat. Aku tersenyum.

"Cik Farah dah main-main dengan saya. Jadi..cik Farah cuba fikir..apa denda bagi orang yang khabarkan berita palsu ni ye?" Kata aku tersenyum sinis lagi.

"Hahh? Apa? B-berita palsu? Bila? Di mana? Kenapa? Entah, s-saya tak tau pun." Kata Farah berpura-pura tidak tahu.

"Cik Farah jangan berpura-pura eh? Cik Farah tengok sekeliling ni. Hanya kita berdua saja tau? Baik cik Farah mengaku sebelum.."

"Sebelum apa?" Kata Farah dengan laju memotong percakapan aku. Aku tersenyum nakal. Wajah aku semakin merapatinya. Farah pula sudah semakin tidak senang duduk.

"Before I.." kata aku saja menggantungkan ayat. Menyuruhnya untuk teka. Aku mengusap lembut bibir mungilnya. Saja aku berbuat begitu.

Farah tersenyum sinis membuat kening aku bertaut.

"Awak ingat saya takut? Awak..nak kiss saya? Kiss la kalau berani. Awak pun..bukannya minat perempuan kan? Heh ingat orang tak tahu?" Kata Farah menunjukkan reaksi paling berani dan angkuh. Tahap confident sudah 100%. Yakin, dirinya tidak akan dicium.

"Haa nah, kiss la kalau berani." Kata Farah yang merapati aku membuat aku sedikit ke belakang. Dia menayangkan bibir merahnya di hadapan aku.

Farah menjuihkan bibirnya. Dia tersenyum sinis. Perempuan ni...menguji aku pula.

Aku pula yang terasa dicabar. Perempuan ni...so different. Dia..tak takut dengan aku ke? Pfft! Dia tahu.. yang aku bukannya nak ambik kesempatan? Woahh..this girl..

"Okey fine, saya mengaku." Kata Farah. Aku menjongket kening ke atas.

"Saya mengaku..saya yang main-main dengan awak dengan beritahu kakak awak dalam kritikal. I am so sorry okay? Saya buat macam tu pun..sebab..saya nak awak dengan kakak awak berbaik. Tu je!" Kata Farah.

Kening aku bertaut. Are you serious?

"You know what cik Farah.. disebabkan rancangan awak tu..awak hampir buat saya accident." Kata aku dengan selamba.

"What?! S-saya tak tahu pun yang awak accident! Mana? Awak ada cedera tak? Ada patah tulang tak?" Kata Farah sambil mengecek badan aku kut ada luka.

Memang la aku accident dan hampir melanggar kereta. Tetapi waktu tu...

Imbas kembali~

Pin..pin..!

Eeeeeeetttt...

"Arghh.." Karen menghentikan keretanya secara mengejut. Membuat tubuhnya ke hadapan dan akhirnya ke belakang. Fuhh! Nasib sempat brek. Nasib baik juga dia sempat pakai tali pinggang tadi. Dia mengusap dadanya.Kalau tidak...tentu kepalanya sudah terhentak ke stereng kereta.

Tingkap kereta aku buka.

"Woii! Bawak kereta tu hati-hati lah! Ni tidak...macam biawak saja bawa kereta. Kalau tak reti bawa kereta baik duduk rumah je!" Jerit seorang lelaki di sebalik tingkap keretanya. Di hadapan kereta aku. Kereta lelaki itulah yang hampir aku langgar tadi. Haih, memang patut pun dia marah. Pfft! Sikit je lagi kena langgar. Hanya beberapa inci saja lagi kereta mahu dilanggar.

"Ohh sorry bang! Sorry sangat-sangat. Saya nak cepat ni. Sorry ya?" Kata aku yang menyua kepala sedikit ke luar tingkap menjengok lelaki tu.

"Haiyaa, sorry naik lori la." Kata lelaki itu. Masih kedengaran suara dia dari sini. Selepas itu, kereta lelaki tadi sudah bergerak ke tepi dan mahu jalan. Sebelum tu, sempat dia tengok kiri dan kanan terlebih dahulu.

Aku menghembus nafas lega perlahan.

Imbas kembali tamat~

'Habislah aku kalau dia tercedera. Aku pula yang kena tanggungjawab nanti.' getus Farah di dalam hati.

Farah membelek wajah aku lagi kut ada luka atau calar membuat aku sedikit tersentak dengan kelakuan spontannya.

"Saya..saya mintak maaf. Karen, awak ada cedera kat mana tak? Beritahulah saya." Kata Farah yang masih membelek wajah aku.

Aku memegang tangannya yang berada di muka aku. Wajah aku beriak datar. Farah terhenti kegiatannya tadi apabila tangannya disentuh.

Dia memandang aku dengan mata redupnya itu. Kami berdua bertentang mata. Masing-masing terdiam tanpa suara.

Tangannya yang sudah aku sentuh aku tarik sehingga membuat tubuh kecilnya itu sedikit mahu terlanggar ke dada aku. Membuat dirinya semakin rapat dengan aku.

Dia masih mendongak memandang aku dengan mata cantiknya itu.

Begitu juga aku yang menunduk sedikit memandangnya disebabkan dia lebih rendah dari aku. Terbit senyuman sinis di bibir aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience