Puteri pov
"Puteri..apa awak buat di sini? Heyy, kenapa nangis ni? " Lembut saja percakapan Kyran di pendengaran aku.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Lihat-lihat saja wajah Kyran memenuhi kornea mata. Kyran mengusap perlahan pipi aku yang sudah basah dengan air mata.
Aku mencarik senyuman lembut padanya.
"Tak ada apa-apa." Perlahan saja pertuturan aku.
Kyran mencantumkan keningnya.
"Tipu. Balqish ada buat sesuatu pada awak kan? Kurang ajar. Biar saya yang ajar dia pula. " Kata Kyran yang sudah bangun dari duduk.
Aku tersentak. Terus aku memegang tangannya supaya tidak pergi.
Kyran kembali duduk di hadapan aku.
"Puteri, takkan awak mahu berdiam diri saja? You know me right? Saya takkan biarkan siapa-siapa sakitkan hati awak apatah lagi biar awak disakiti. Saya tengok reaksi muka awak pun...saya dah tahu mesti dia ada cakap sesuatu kan? Saya lihat awak pergi tandas tadi pun saya dah rasa tak sedap hati." Kata Kyran. Mukanya merah seperti menahan rasa.
Sekiranya Puteri sakit..dia pasti akan rasa sakit juga. Inilah dipanggil cinta.
Aku tersenyum tawar.
"M-Memang dia ada sakitkan saya tapi..kalau awak marah dia sekali pun...apa bezanya? Ia takkan ubah apa-apapun Kyran. Malah saya takut..kalau awak sakitkan hati dia nanti dia akan berdendam dengan awak pula nanti. Saya tak nak keruhkan keadaan. Awak fahamkan maksud saya?" Kata aku lembut. Aku mengerdip mata perlahan.
Kyran menghela nafas berat. Dia memandang aku dengan tepat.
"Okey, but..just this time. Kalau saya nampak awak nangis macam ni lagi disebabkan dia. Saya takkan berdiam diri, Puteri. " Kata Kyran.
Aku mengangguk perlahan dan tersenyum.
"Alah janganlah buat muka ketat macam tu. Awak kalau marah pun handsome juga kan? Hehehe.." Kata aku sambil ketawa kecil.
"Eihh² gelak pula ye? Tadi nangis sekarang gelak. Saya tak main-main lah Puteri. " Kata Kyran yang menarik pucuk hidungku.
"Awww² sakitlah. " Aku mengusap hidungku lembut. Haih nasib tak patah hidung.
Wajah beriak tidak puas hati.
"Alo² meh sini. Sakit ye? Sorry." Kyran mula tunjuk reaksi seperti bersalah.
Aku tertawa kecil.
"Eihh takpelah awak ni. Saya tak marah punlah." Kata aku yang sudah tertawa terbahak-bahak apabila terpandang reaksi wajahnya tadi. Kelakarlah.
"Ohh main-main lagi ye? Takpe² meh sini saya geletek awak baru tahu. " Kata Kyran yang sudah memggeletek aku.
"Ahhh.. " Aku terjerit kecil. Geli pun ada. Aku turut geletek Kyran.
Ohh..nak geletek sangat ye?
"Hahahaha.. " Gelak ketawa kami tercantum.
Tanpa kami sedar, ada aura kecemburuan yang melihat pemandangan di hadapan. Dia menggepalkan buku limanya.
"Erghh.. " Dia mendengus kasar. Hatinya yang panas tadi belum reda bertambah panas hatinya lagi apabila terpandang wayang free di hadapan mata.
Manakala Zain yang berada di hadapan terus dilanggar bahunya kasar.
"Haish, takde adab betul! Sakit bahu aku dilanggarnya." Omel Zain perlahan.
Namun dia tersenyum apabila terpandang dua pasangan sejoli itu sedang bermain dan gelak ketawa.
'Syukurlah hubungan mereka tidak terjejas disebabkan aku.' Desisnya dalam hati.
Perlahan-lahan dia menapak ke hadapan.
Aku dengan Kyran yang bermain sambil ketawa tiba-tiba terhenti apabila memandang figura yang berdiri di hadapan kami.
Tiba-tiba keadaan menjadi diam dan sepi. Aku berdehem kecil.
"Haii.. " Aku cuba tersenyum.
"Haii.. Ermm..Puteri, adik boleh kita berbincang? " Kata Zain menggaru leher yang tidak gatal. Kepalanya tunduk sambil memandang aku dan juga Kyran.
Aku dengan Kyran bangun dari duduk di lantai. Kini, kami dua berhadapan dengan Zain.
Aku tersentak apabila terasa tangan seperti disentuh hangat oleh seseorang. Aku memandang Kyran di tepi dan tersenyum.
Aku rasa sudah tiba masanya untuk selesaikan perkara ini hari ni juga. Memandangkan kami tiga sudah bertentang mata.
"Zain.. " Belum sempat aku berkata apa Zain sudah memotong percakapan aku.
"Puteri..saya tahu saya salah. Bahkan, saya rasa saya tak layak pun untuk memohon maaf daripada awak. Saya..saya sudah sedar kesilapan saya. Saya jahat kan Puteri? Saya takkan lupakan perbuatan saya pada awak. Saya dah.."
Aku terus memotong percakapannya.
"Shhh, don't say anything. Awak tak perlu ungkit kisah lama lagi. Saya...dah maafkan awak. But, I'm so sorry..walaupun begitu.. saya...tak dapat lupakannya. Cuma..saya nak kita buka buku baru. Kita conteng perkara yang baru dalam hidup kita. Hidup bersama tanpa rasa bersalah atau dendam. Zain..awak tak lama lagi akan jadi abang ipar saya jadi saya nak..awak lupakan konflik yang pernah terjadi antara kita berdua. Lupakan kisah silam yang pahit itu. Semua orang layak diberi peluang kedua." Ujar aku dengan lembut. Aku tersenyum kecil memandangnya.
Manakala Zain pula sudah bergenang air matanya. Dia sudah tidak dapat tahan sebak di dalam hati.
"Terima kasih Puteri..thanks a lot. Hati awak..begitu baik dan mulia. Awak sanggup maafkan orang yang dah lama jadi punca kematian ibu dan ayah awak. S-Saya...I feel so bad. Ssaya...tak terkata. Dan tak tahu lagi mahu berkata apa. Hiss..hiss.. " Melihat wajah Zain yang merah seperti menahan sedih . Aku terus membawanya ke dalam pelukan aku.
Terasa panas pula tubir mataku.
Kyran pula sudah terbit senyuman di bibirnya. Sesekali dia menyeka air mata dari pipinya. Time-time macam ni rasa sensitif sungguh.
Zain memeluk aku erat. Akhirnya terlepas juga tangisannya di situ. Aku tersenyum sambil tangan menepuk-nepuk perlahan belakangnya seperti budak kecil.
Sempat aku kerling wajah Kyran di hadapan. Aku memberi isyarat mata padanya supaya ikut peluk sekali.
Kyran mengangguk. Dia faham isyarat itu dan terus menghampiri ke arah sini. Dia sudah mendepakan tangannya dan memeluk tubuh aku dengan Zain. Dia tersenyum. Manakala tangannya mengusap lembut bahu Zain.
Manakala tangannya yang lagi satu pula mengusap lembut kepala aku. Aku memejamkan mata. Cuba menahan gelora di dada. Kami bertiga masih berpelukan. Kyran juga memejamkan matanya perlahan. Hanya kedengaran esak tangisan kecil dari Zain di pelukan kami.
Ibu..ayah..
Ternyata memaafkan orang..
Adalah perasaan yang menyenangkan..
Kenapalah aku baru maafkan dirinya hari ini?
Andailah aku sedar dari awal..
Betapa indahnya perasaan selepas memaafkan orang lain
Ia..tidak dapat terungkap dengan kata-kata
Rasanya begitu tenang
Kerna, tidak perlu lagi untuk berdendam
Lepaskanlah segala perasaan dendam dan sakit itu
Kerna ia..adalah satu-satunya jalan penyelesaian yang lebih baik
Tidak ada manfaatnya sekiranya berdendam
Sebab Ia juga..boleh memakan diri kita sendiri
Bukan untuk dirinya saja..tapi untuk kita sama
Memaafkan adalah kemenangan terbaik.
Takut nanti bila kita sudah tenggelam dengan perasaan dendam itu..
Kita pula yang tidak dapat merasai manisnya kehidupan
Kerna, hati kita yang tidak dapat merelakan
Saat kau memaafkan orang lain, berarti kau telah memulihkan hati dua orang sekaligus. Hati dia yang berbuat salah, dan hatimu yang ikhlas menerima.
Kemarahan membuatmu lebih kecil, sementara memaafkan memaksamu untuk berkembang melampaui dirimu sebelumnya.
Tak perlu bersusah payah untuk membalas dendam, cukup maafkan setiap kesalahan. Kerana memaafkan adalah pembalasan yang terbaik.
Memaafkan, kadang-kadang bukan kerana kita terlalu baik tetapi kerana hati tak mampu lagi diisi dengan kebencian. Hidup terlalu singkat untuk diisi dengan benci dan buruk sangka sesama kita.
Kata maaf tidak boleh mengembalikan yang telah pergi. Menghapus salah menjadi benar, yang rosak seketika menjadi baik. Tidak boleh.
Tapi kata maaf yang tulus dan ikhlas, melampaui ukuran itu semua, melewati ukuran dunia.
Kata maaf boleh menyiram hati menjadi lebih cemerlang. Bening. Damai. Dan itulah hakikat memaafkan.
**********
Siapa sangka langit malam yang dicerahi bulan purnama itu akan menghamburkan air hujan derasnya. Menambahkan lagi gusar di dalam hati pada seseorang untuk pulang.
"Karen, kamu tidurlah di sini untuk satu malam. Lagipun hujan lebat kat luar tak elok pandu sorang-sorang waktu malam pula tu. Takut nanti lain pula yang jadi. Untuk elakkan benda yang buruk berlaku kamu bermalamlah di sini. " Kata Puan Maria.
Farah yang elok meneguk air di gelasnya tersedak dia dibuatnya.
"Uhukk! Uhuk!" Puan Maria dengan Karen terus terpandang ke arah Farah.
Puan Maria sudah menggeleng kecil manakala Karen pula menahan senyum.
"Okeylah, kalau aunty dah ajak..tak eloklah pula untuk saya tolak. Takpe, malam ni saya boleh tidur di ruang tamu." Kata Karen.
Terus terbuntang mata Farah apabila mendengar persetujuan dari Karen.
"What?! "
"Ohh, aunty baru nak ajak Farah tidur sekali dalam bilik aunty memandangkan ayah Farah pergi kursus ada kerja. Nanti bolehlah Karen tidur dalam bilik Farah untuk malam ni. " Kata Puan Maria yang lagi sekali membuat Farah membulat mata. Rasa terkejut dan terkilan masih belum habis lagi bila ibunya suruh Karen tidur di biliknya pula lagilah menambahkan kejutan untuknya malam ini. Susah untuk dia menghadam kata-kata ibunya sebentar tadi.
"Ala.. Tapi ma.." Baru Farah mahu merungut Karen sudah mencelah.
"Takpe aunty, malam ni Karen tidur sini. Tapi, biarlah Karen tidur di ruang tamu. Karen tak naklah sampai berkongsi bilik dengan orang ni. " Kata Karen tersenyum.
Terus Farah mengangguk kepalanya berkali-kali seperti burung belatuk. Gila. Gila kalau Karen tidur di biliknya. Aduhh..bilik perempuan kut. Mau ternampak 'barang' yang tidak sepatutnya di lihat macam mana?! Ahh..tak sanggup Farah nanti. Minta simpanglah kalau tu terjadi! Dia juga perlukan privacy.
"Haa okeylah kalau kamu cakap macam tu..aunty pergi masuk bilik dulu lah ye?" Kata Puan Maria meminta diri. Karen hanya mengangguk dan menunduk sedikit.
Farah dan Karen secara serentak berpandangan. Masing-masing terkelu lidah untuk berkata apa.
************
Aku tersenyum kecil apabila angin menampar lembut wajahku. Sekali-sekala terkena biasan air hujan yang menurun deras ke bumi. Sekarang ini aku dengan Kyran berada di balkoni menatap langit malam yang dipenuni dengan cahaya bintang. Ahh aku suka dengan bintang.
"Awak, berbaloi juga eh mommy saya suruh awak bermalam kat sini bolehlah saya dapat spend time masa dengan awak banyak-banyak malam ni. " Kata Kyran tersenyum. Dia memeluk bahu aku manja sambil kepala dilentokkan ke bahu kananku.
Aku tersenyum kecil. Ya, disebabkan malam ni hujan lebat mommy dengan daddy Kyran membenarkan aku dan Balqish untuk bermalam di sini untuk sementara. Memandangkan bilik tetamu cukup-cukup ada dua.
Imbas kembali~
"Ermm, Kyran. Boleh hantar I ke rumah tak? Please..." Kata Balqish dengan nada yang cuba untuk dilembutkan. Dia mengerdip mata berkali-kali seolah-olah meminta simpati.
'Ingat comel ke? Meluat ada lah. Muka macam nak makan penampor je. Ahak.' Sempat lagi Kyran mengutuk Balqish dalam hati. Aiyork!
"No. Malam ni aku nak hantar Puteri ke rumah. Kalau kau nak balik...suruh jelah Pak Mat yang hantarkan. Takpun, boleh je balik dengan teksi. Kan senang. Tak payah nak harapkan aku. " Kata Kyran kasar. Dia menjeling sekilas pada Balqish. Balqish pula sudah mengetap giginya.
"Ahh, takpa. Macam ni..memandangkan malam ni hujan lebat Puteri dengan Balqish boleh tidur sini for one night. Nanti esok pagi baru boleh balik. Haa kan senang. Tak payah nak gaduh-gaduh. " Kata Datin Arina dengan nada pujuk cuba untuk leraikan pertelingkahan itu.
Aku pula menggeleng kecil. Tangan menepuk dahi perlahan.
Imbas kembali tamat~
"Alah awak ni..kita boleh je spend time bersama bila-bila masa." Kata aku tersenyum.
Aku menoleh badan ke arahnya. Begitu juga Kyran.
"Ermm...takpelah. You know what Puteri..kalau saya berpisah dengan awak walau seketika. Cukup buat hati saya rasa resah tau? Jiwa dan hati saya takkan tenang selagi tak nampak awak walau sesaat. Gitu. " Kata Kyran sambil menepuk-nepuk dadanya. Boleh nampak feeling di matanya. Kyran tersenyum.
"Tsk, awak ni. Drama je lebih. Hmm yelah. " Kata aku tertawa kecil. Kyran turut ketawa.
"Hmm...tapi kan..tak bestlah kalau ada dia kat sini awak. Saya nak awak sorang saja yang ada kat sini teman saya. " Kata Kyran sambil memegang kedua bahuku.
"It's okay lah. Lagipun kita kan dah nak kahwin. " Kata aku memegang tangannya lembut. Bibir menguntum senyuman lembut. Aku faham maksud tersirat di sebalik kata-katanya itu.
"Hmm..saya harap majlis perkahwinan kita akan berjalan lancar nanti. Tanpa ada kesedihan atau kesakitan. Hanya ada kebahagiaan dalam benih-benih cinta kita. " Kata Kyran. Dia mengusap lembut rambut panjangku.
"Kita doa yang baik-baik saja ye? Dengan izin Tuhan, pasti majlis kita akan berjalan lancar nanti. Omong-omong, saya mahu tanya awak. Apa impian yang terbesar awak dalam hidup yang awak mahu sangat kecapi? Yang awak rasa sekarang. Yelah, semua orang pasti ada setiap impiannya bukan? " Kata aku.
Kyran meletakkan kedua tangannya ke sisi aku. Dalam posisi tubuh aku dikurungnya. Kyran membengkok sedikit tubuh badanku. Mata memerhati ke dalam anak mataku dengan dalam.
"Entahlah, sweetheart. But...apa yang saya rasa sekarang ini kan.. Impian terbesar saya ialah...mahu mengahwini awak Puteri. Saya mahu mengikat awak sebagai isteri. My beloved wife. " Kata Kyran yang berjaya membuat aku terkedu.
Kyran tersenyum.
"Dan..bila saya dapat tahu yang kita akan berkahwin..tak lama lagi. Saya rasa...bertuah sangat Puteri. Kerana, impian terbesar saya akan tercapai tidak lama lagi. " Kata Kyran tersenyum gembira.
Aku terdiam tidak berkata apa. Sedang berfikir sesuatu. Mata merenungnya dengan lama. Kelihatan raut wajah tampan itu sedang tersenyum ke arah aku. Senyuman yang begitu mekar dan seperti berharap.
Jadi..macam mana kalau perkahwinan tu tidak jadi, Kyran? Saya takut..Kita tidak tahu masa yang akan datang nanti. Tidak semua apa yang kita inginkan akan dikabulkan. Tidak semestinya harapan yang hampir berjaya akan dikabulkan. Semua itu kita tak tahu. Boleh saja dalam masa terdekat ini..mampu mengubah segala-galanya. Dan itu..adalah ketakutan terbesarku.
Tak. Aku takkan biarkan harapan dan impian Kyran menjadi musnah begitu saja. Walau apapun yang terjadi..aku harus kahwin dengan Kyran. Ini..adalah impian terbesarnya. Aku mahu..dia happy. Walaupun ke hujung nyawa sekalipun, aku akan tetap kahwin dan menjadi isterinya.
Aku tersenyum.
"Dan walau apapun terjadi..saya akan pastikan impian awak itu tercapai. Saya berani jamin." Kata aku tersenyum.
Kyran tersentak. Namun, senyuman kembali meniti ke bibirnya. Kyran menegakkan tubuhnya. Dia merapati aku.
Kyran menunduk kepalanya memandang aku. Rambut aku yang berterbangan dek angin yang menutupi wajah aku separuh dia elus dengan lembut.
Selepas itu, tangannya memegang daguku lembut. Tanpa aku sangka, ciuman hangat terasa di dahi. Dia mencium dahi aku lembut sambil memejamkan matanya.
Perlahan-lahan aku turut memejam kelopak mata.
Lama. Lama kami berkeadaan begini sebelum dia melepaskan ciuman di dahi.
"Terima kasih Puteri. Sungguh, kenangan indah kita ini akan saya semat kukuh di minda. Sampai ke hujung nyawa. Begitu juga dengan cinta kita berdua. Saya nak cinta kita sentiasa berkekalan. Biarpun kita sudah tidak bernyawa. " Kata Kyran tersenyum.
Dia mengelus kedua tanganku dengan lembut.
"Sepatutnya saya yang perlu berterima kasih pada awak Kyran. Kerana, sudi mencintai dan setia bersama dengan saya. Bagi saya, kita macam langit dan bumi. Sangat jauh beza tarafnya. Tapi, awak memilih saya..menerima saya seadanya. Dan itu..membuat saya cukup terharu. Dan, tak sangka kan..waktu pertama kali kita berjumpa..kita macam bergaduh dan saling membenci. And now, kita dah jadi pasangan kekasih. Takdir Tuhan..memang tidak tentu dan tanpa dijangka. " Kata aku tersenyum menampakkan lesung pipitku.
"Heyy, perempuan sebaik awak..mustahil saya tak jatuh cinta. " Kata Kyran mencuit pipiku membuat aku tertawa kecil.
"Tapi kan..dulu waktu saya pertama kali jumpa awak..awak macam gangster dan garang eh? Kuat melawan dan kuat memberontak. Ehehe saya masih ingat lagi yang dulu awak pernah malukan saya. Dan hal tu, saya mula rasa jengkel dan mahu balas dendam. Tapi...bila saya selalu bersama dengan awak..bila saya tahu awak bukanlah perempuan yang lain saya jadi terpikat dengan awak. Awak tahu tak macam mana saya jatuh cinta dengan awak? "
"Ermmm tak tahu. "
"Sebab awak tak terhegeh-hegeh dekat saya macam perempuan lain. Remember? Dulu, waktu sekolah kan saya orang yang popular. Malah, digelar sebagai lelaki yang paling kacak dan digemari oleh ramai perempuan. Tapi, sejak saya kenal awak. Baru saya tahu..yang awak bukan macam perempuan lain. You're different and that's why I fell in love with you, Puteri. Dan bila waktu besar cinta tu makin besar. Tak pernah kurang cinta saya dekat awak, Puteri." Kata Kyran tersenyum dan menatap aku dengan dalam.
"Ohh, jadi sebab tu rupanya. " Kata aku tersenyum.
"Awak pula macam mana boleh terjatuh cinta dengan saya? " Tanya Kyran.
"Ermm sebab penangan cinta dari awak. " Kata aku ringkas tapi padat.
Kyran hanya beroo dan tertawa kecil. Dia masih mengusap tanganku lembut. Kelihatan kepalanya ditundukkan memandang tangan aku.
Dia mengelus lembut parut di tangan aku.
"Masih sakit? " Kyran mengangkat kepala.
Aku hanya menggeleng kecil dan tersenyum.
Kini, tangannya berkalih pula ke lengan aku yang juga berparut.
Inilah lengan aku yang terkena bara api itu. Masih nampak dengan jelas parut yang tertinggal. Bukan sekadar parut kecil. Dah macam jadi tanda pula kat lengan aku ni.
Aku ingat lagi betapa rasa sakit dan pedihnya apabila kulit aku terkena bara api. Sakitnya tak terkata sehingga membuat aku menjerit nyaring. Gara-gara Balqish yang meletak bara api di lengan aku. Masih ingat lagi..aku dengan kenangan pahit dan buruk itu.
Sehingga parut ni..kadang-kadang buat aku rasa gatal. Tapi, cuba menahan diri daripada garu. Takut, makin parah dan tak hilang parut tu nanti.
Kyran melekapkan bibirnya ke parut aku. Dari lengan hingga ke tapak tangan. Sentuhannya begitu hangat dan lembut. Aku terpaku seketika.
Bibir menguntum senyuman lembut. Mata mengerdip perlahan memandangnya sambil tertunduk. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya sambil melirik aku.
"Sekiranya awak berasa sakit dan pedih biarlah saya jadi penawarnya. Mungkin dengan sentuhan lembut dan ciuman dari saya mampu membuat luka awak segera pulih." Kata Kyran tersenyum.
Aku tertawa kecil.
"Awak memang penawar dan painkiller untuk saya, Kyran. " Kata aku menatapnya dengan penuh cinta.
Kyran pula seperti sudah terjatuh cinta berkali-kali. Dia mengerdip mata lembut.
"Awak nak tidur dah? "
"Ermm..saya selalu tidur lewat. Ehehe. " Kata aku tersengih nakal.
Kyran tersenyum.
"Kalau macam tu jom kita tengok tv. Kita tengok movie malam ni. " Kata Kyran menarik tangan aku lembut.
"Okey jom.." Aku hanya tertawa kecil.
************
"Huwarghh.. " Karen menguap kecil. Matanya terpisat-pisat menahan nyantuk. Sekarang dia berada di atas lantai berlapikkan toto. Dia melirik ke arah Farah yang masih segar mata sambil kusyuk menonton televisyen.
"Farah...awak tak nak tidur lagi ke? Saya dah nyantuk lah. " Kata Karen. Matanya terkebil-kebil memandang Farah. Comel saja bila lihat Karen ni bila nyantuk.
Farah yang siap tengok tv sambil makan keropok Meruku menggeleng sekilas. Matanya hanya tertancap pada kaca tv. Sibuk benar gamaknya.
Karen mengeluh perlahan. Gaya macam penat sangat ni.
'Haih, menyesal aku terima tawaran aunty untuk tidur sini. Rupanya Farah jenis 'burung hantu' rupanya yang tidur lewat. Aduhh, macam mana aku nak pujuk dia supaya tidur ye? ' desis Karen dalam hati.
Tiba-tiba terbit sengihan nakal di bibir Karen.
'Haa! Aku tahu apa yang aku harus lakukan! Jeng³.. '
Farah yang terleka menonton televisyen berasa terganggu apabila ada seseorang menghalang pandangannya. Terteleng-teleng kepalanya kiri kanan mahu menonton tv.
"Eeii saya takde masa nak main dengan awaklah Karen Anderson Khan. Can you move your body? I can't watch tv." Kata Farah mula dengan wajah cemberutnya itu.
Karen tersenyum.
"Kalau saya tak nak..awak nak buat apa? " Kata Karen saja mahu sakitkan hati Farah.
Farah sudah memandangnya tajam.
"Kalau awak tak nak tepi juga saya tolak awak. " Ugut Farah. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Farah sudah bangun dari duduknya berdiri setentang dengan Karen. Mereka berlawan pandangan tak kalah tajam. Boleh nampak aura dingin dan mahu gaduh dalam diri masing-masing.
Karen mengangkat keningnya.
"Nak tolak ye.. " Karen berjalan selangkah demi selangkah ke arah Farah. Dia tersenyum nakal.
"Haa sekarang tolaklah. Saya dah ada depan awak ni. " Kata Karen menguji Farah lagi.
Farah sudah mencekak pinggangnya. Tersentak dia apabila wajah Karen benar-benar dekat dengan mukanya.
Farah mahu mengundur ke belakang tetapi tidak boleh apabila dihalang oleh sofa.
Lagi seronok Karen memandang wajah takut Farah. Dia semakin merapati wajahnya ke arah Farah membuat Farah terpaksa membengkok tubuhnya ke belakang. Dia terjerit kecil apabila punggungnya dengan kasar terhenyak di atas sofa. Farah mendongak memandang Karen.
Karen terus-terusan mengusiknya.
"Farah..are you scared? " Karen sudah tertawa kecil. Dia mengurung Farah di sofa. Badannya dibengkok sedikit mendekati muka Farah lagi membuat tubuh Farah terpaksa tersandar ke sofa.
"A-Apa yy..yang awak mahu buat?"
"Tsk..tsk..wrong question dear. Sepatutnya awak tanya soalan macam ni pada saya 'Apa yang awak nak? ' haa macam tu. Senang je Farah. Saya nak.." Karen mula bernari-nari jari jemarinya ke lengan Farah dan bergerak ke bahu Farah dan akhir sekali ke pipi gebunya.
Farah pula menahan nafas. Tergamam apabila pipinya disentuh lembut oleh Karen.
"N-Nak..apa? "
"Saya nak awak bangun dari sofa, naik atas tangga dan tidur boleh? Kalau tak.." Karen sengaja menggantungkan ayatnya. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Farah.
"Kalau tak..habis awak nanti saya kerjakan malam ni. " Bisik Karen dengan nada menggodanya. Dia tersenyum kecil apabila terpandang wajah pucat Farah. Ni kalau toreh gerenti tak ada darah.
Terus Farah menolak Karen kasar membuat dia terundur sedikit ke belakang.
"Gila.." Farah terus berlari anak memanjat tangga dan masuk ke biliknya. Pintu dihempap dengan kuat sehingga dapat Karen dengar dari bawah.
Karen tersenyum kecil. Dia menggeleng perlahan.
"Farah..Farah..senang rupanya mahu buat kau turuti kata aku." Gumam Karen sendirian.
Dia menutup televisyen yang terpasang. Lampu ruang tamu sudah lama tertutup.
Karen membaringkan tubuhnya di atas toto. Tubuhnya menghadap ke siling rumah. Sambil sebelah tangan menekap ke dahi.
"Fuhh! Akhirnya dapat juga aku tidur dengan aman. Tapi kan..lucu juga eh muka dia bila jadi takut dan pucat tu. Mesti dia betul-betul ingat aku mahu buat apa dengan dia. Sebab tu bukan main pucat tu. Ehehehe seronok juga mengusik dia ni. " Gumam Karen sendirian. Dia tertawa kecil lagi.
Hari ini mudah sangat dia tersenyum dan tertawa seorang diri. Dah macam orang angau dah.
Manakala Farah pula menyandarkan tubuhnya ke pintu. Dia menekup wajahnya. Terkeluar juga jeritan kecil Farah di situ.
Farah bila fikirkan kedekatan mereka tadi terus membuatnya blushing. Entah kenapa dia pula yang berasa happy.
Farah menekap tangan ke dada kirinya. Terasa berdebar-debar laju di situ.
"Adakah ini..dipanggil cinta? "
*************
"Kyran, awak masuklah dulu tidur. Lagipun, awak dah menguap banyak kali dah saya tengok. Saya pun dah nyantuk ni nak tidur dah. " Kata aku sambil menguap kecil.
Entah kenapa malam ni rasa nyantuk awal kalau tidak selalunya tidur lewat. Lagipun, tak naklah aku tengok tv dekat rumah orang sampai lewat malam. Ish³ tak sopan tu walaupun Kyran yang ajak.
Kelihatan Karen mengerdip mata perlahan dan aku tahu dia juga nyantuk. Tengoklah mata tu kuyu saja. Ehehehe.
"Hmm? Okey. Good night. "
"Good night. "
Aku tersenyum nipis apabila dirinya sudah memanjat tangga ke atas. Tangan mula mengambil rimut tv dan menutupnya. Aku mula bangun dari sofa dan mahu tidur.
Aku menenyeh mata perlahan. Tersentak aku apabila terpandang tubuh seseorang berada di hadapan. Hampir terlanggar aku dengan tubuhnya tadi.
Kus semangat! Ingatkan hantu tadi.
Kulihat Balqish memandang aku dengan tajam.
Adehh, dia nak apa lagi ni? Apa yang dia tak puas hati dengan aku? Haih, kalau ye pun tunggulah sampai esok matahari terbit dulu. Ni tak, malam buta pula nak cari gaduh dengan aku. Huwarghh!! Nyantuk..
"Balqish, kita gaduh esok jelah ye? I want to sleep. Good night. " Kata aku yang mahu melangkah pergi tetapi tidak jadi apabila lengan aku dicengkamnya dengan erat.
Aku mendesir mulut. Tangan meronta-ronta untuk lepaskan cengkaman darinya.
"Apa ni Balqish? Sakitlah. Lepaslah! " Kata aku yang sudah mula mahu angin. Nak saja aku tendang dia sampai ke planet Pluto. Biar mati sorang-sorang kat sana. Erghh!
Balqish tersenyum sinis.
"Kau guna ilmu apa eh sampai Kyran tergila-gilakan kat kau? Heran. Aku yang secantik ni pun dia tidak hiraukan. Apa kurang aku dengan kau eh? Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. Setiap kali berfikir pasal tu pasti akan buat hati aku sakit. Puteri, this is not fair! Kyran layan kau macam princess tapi aku?! Macam sampah dia layan. Argh kenapa eh? " Kata Balqish tercantum keningnya memandang aku.
Aku tersenyum sinis. Tangan tidak lagi meronta-ronta.
"Kau nak tahu sebab apa? Let me tell you. Sebab. Hati. Kau. Busuk. Hadam kata-kata aku tu. " Kata aku satu per satu dengan nada cukup sinis. Bibirku pula mencarik senyuman sinis. Sengaja mahu sakitkan hatinya. Biar dia sedar. Tapi, aku tahu pasti dia takkan berdiam diri.
Balqish pula sudah turun-naik dadanya. Dia mencerlung tajam pada aku.
"Kau...! Memang nak kena! "
"Arghh.." Terkejut aku apabila dia menolak tubuh aku dengan kuat dan kasar. Aku memejam mata. Bersedia untuk pinggang aku sakit.
Aku beriak hairan. Terasa pinggang dirangkul kemas oleh sepasang tangan.
Aku membuka perlahan kelopak mataku. Wajah yang aku kenali memenuhi kornea mata. Dia melirik aku dengan pandangan risau.
Kyran? B-Buat apa dia kat sini? Bukankah dia dah tidur dalam bilik?
Balqish yang memandang scene itu turut tersentak. Mukanya menjadi pucat. Habislah dia nanti..kalau Kyran tahu apa yang dia buat.
Selepas aku berdiri tegak setentang dengannya Kyran melepaskan perlahan tangannya dari merangkul pinggang. Kini, dia berhadapan dengan Balqish.
Matanya mencerlung tajam menikam ke dalam anak mata hijau Balqish.
"Balqish! Apa masalah kau dengan Puteri hah? Kau memang suka cari nahas dengan aku betullah. Tak habis-habis..nasib aku datang sini semula sebab tertinggal phone, kalau tidak..Waktu aku tak ada sekejap di samping Puteri kau laju eh mahu ambil kesempatan cederakan dia? Kau fikir..dia ni pelepas nafsu kemarahan kau ke?! " Kyran mula hilang sabar. Dadanya turun naik. Api kemarahannya betul-betul berada di puncak sekarang.
Aku cuba menenangkannya. Lengannya aku usap perlahan.
"Kyran, mommy dan daddy awak tengah tidur dalam bilik tu. Nanti-nantilah awak marah Balqish ye? " Kata aku yang berjaya membuat Kyran berpaling ke sini.
Haa sudah Puteri! Kau cakap apa?! Tak pasal-pasal kau pula yang kena marah dengan Kyran.
Kyran mencantumkan keningnya. Dia pandang aku dengan riak tidak puas hati.
"Apa awak cakap ni? Puteri..awak terlalu baik la dengan dia. Kalau saya tak ada tadi dan tak sempat tolong awak..sakit pinggang awak nanti ditolaknya. " Kata Kyran perlahan. Dia mengurut dahinya. Gayanya seperti berserabut.
Balqish tertawa sinis.
"Hehehehe." Terus aku dengan Kyran memandangnya yang tertawa tak henti-henti itu.
"Hehehe Kyran..Kyran..kau memang lelaki sejati eh? Takkan biarkan wanita yang kau sayang disakiti. But, you're too much Kyran! Aku jadi jahat macam ni disebabkan kau tau? " Kata Balqish dengan nada bergetar. Matanya sedikit berair.
"Tak ada siapapun yang harus dipersalahkan Balqish. Kau saja yang terlalu mengikut nafsu dan emosi. Belajarlah terima hakikat. Aku faham kau Balqish. Kau..perlukan cinta dan kasih sayang kan? Tak Balqish, itu bukan cinta atau kasih. Itu obsesi namanya. Kau sendiri tidak tahu apa itu erti cinta. Yang kau tahu..kau mahu rampas saja. Sebelum diri kau sendiri yang tak belajar mengenalnya. " Nah, ambik. Mukadimah panjang berjela dari cik Puteri. Ahak.
Manakala Kyran hanya diam memdengar aku berkata-kata.
Balqish mendengus geram.
"Kau..takkan faham Puteri. Semua orang pun sama! Takkan faham perasaan dan apa yang aku pernah alami.."
Balqish hanya menggeleng perlahan. Dia tertawa sinis. Walaupun begitu, dapat aku lihat perasaan derita dan sakit melalui matanya. Jadi, betullah cakap Jack. Balqish..sebenarnya orang baik. Tapi, cuma keadaan yang memaksanya untuk jadi seperti ini. Dia perlukan seseorang untuk menyedarkannya. Balqish harus cepat-cepat sedar yang perbuatannya selama ini adalah salah. Dan aku..sendiri..dianggap sebagai musuh dan mangsa untuknya. Ahh..itu tidak adil bagi aku. Aku..nampak menyedihkan.
"Balqish, aku mohon pada kau. Stop kacau kami berdua. Tak boleh ke lihat kami dua hidup aman sikit tanpa gangguan kau? Please..I'm begging you. Jangan sakiti Puteri lagi. Kenapa kau kejam sangat Balqish? Kenapa kau tetap berusaha mahu dapatkan aku? Sedangkan semuanya seperti mustahil. Hati aku takkan jatuh pada kau. " Kata Kyran perlahan.
Satu per satu air mata mengalir ke pipi Balqish. Buat masa ini, keadaan tidak memihak padanya. Terasa maruahnya seperti tercalar. Balqish ketawa lagi.
"Selagi ada peluang selagi tu aku akan miliki kau Kyran. Walau ia mustahil akan aku buat ia tak mustahil. Lagipun, aku hairan. Siapa Puteri bagi kau Kyran? Nak kata wife takpun.. " Balqish semakin menghampiri Kyran.
"Ohh takpun perempuan simpanan huh? Ohh bukan..takpun Puteri ni sebagai pelepas nafsu kau tak. " Kata Balqish dengan pedas. Dia tertawa kecil.
Kyran sudah menggepal penumbuknya. Kata-kata Balqish betul-betul tajam menusuk ke hati. Aku turut terasa hati. Seperti hati dihiris berkali-kali. Balqish..kata-katanya tak pernah tak melampau.
Kyran mula melayangkan tangannya mahu menampar Balqish. Aku tersentak.
Terus aku melangkah setapak menghalangnya dengan mencengkam lembut lengan Kyran daripada menampar.
Kyran turut tersentak. Begitu juga Balqish. Masing-masing memandang ke arah aku. Kyran melirik lengan aku yang mencengkam lengannya lembut.
Aku menggeleng kecil supaya dia tidak berbuat begitu.
"Jangan Kyran..jangan." Kata aku cukup perlahan di cuping telinga.
"Balqish..kalau kau terus mahu hancurkan hubungan kami berdua. Okey just going on..dengan niat kau tu. Aku mahu tengok sejauh mana kekejaman kau dan sejauh mana kau boleh jadi jahat. Aku mahu tengok sampai bila kau akan berniat untuk hancurkan hubungan kiteorang. Aku akan biarkan kau menyakiti aku. Tapi..kalau orang lain yang kau sakiti jangan harap aku nak biarkan. "
Aku tersenyum sinis. Kaki menapak perlahan-lahan ke arahnya.
"Kau hanya kenal aku sebagai perempuan lemah. Tapi..kau tak tahu. Perempuan sebaik aku boleh jadi jahat lebih dari kau Balqish. Aku boleh mencarut. Aku boleh jadi jahat lebih dari itu. Kau..memang kena ajar. Aku tak kisah kalau kau tak takut dengan aku. Tapi, aku dah bagi amaran keras pada kau, Balqish. Jangan sampai aku jadi pembunuh!" Gertak aku berjaya membuat dia tersentak dengan kata-kata aku.
Aku hanya tersenyum sinis.
"Kyran, biarkan saja dia. Dah lewat malam awak masuk dalam bilik awak tidur. Saya pun nak tidur ni. " Kata aku pada Kyran. Namun mata hanya terlekat pada wajah Balqish.
Kyran hanya mengangguk. Sebelum tu sempat dia mengambil telefonnya yang tertinggal di atas sofa.
"Good night sweetheart. " Aku tersenyum kecil.
"Good night my handsome. " Kyran hanya tertawa kecil dan naik ke atas. Aku pula sudah masuk dalam bilik tetamu meninggalkannya seorang diri yang sedang menahan rasa.
Balqish..kau fikir aku ni lemah sangat huh? Kau silap..Balqish.
***********
Farah bangun di awal pagi. Ketika subuh lagi dia sudah siap berpakaian elok seperti mahu pergi ke suatu tempat.
Farah turun dari tangga. Matanya terintai-intai ke arah ruang tamu di mana Karen tidur di situ. Mahu tengok sama ada dia masih ada di situ ataupun tidak.
Ibunya pula sudah pasti sedang berperang di dapur waktu pagi-pagi ni. Dengar bunyi kuali pun dah tahu dah.
Farah tersengih seorang diri. Kakinya perlahan-lahan menapak ke ruang tamu.
Tersenyum Farah hingga ke telinga apabila melihat tubuh Karen yang masih terlentang di atas toto. Matanya dipejam rapat.
Farah sudah tersengih nakal dia duduk bersimpuh bersebelahan dengan Karen.
Farah mendekatkan wajahnya ke arah Karen.
"Psk..psk.. Karen..Karen.." Panggil Farah dengan perlahan. Wajahnya begitu hampir dengan Karen.
Terpaku dia sekejap. Farah menongkat pipi memandang Karen. Tersenyum-senyum dia.
"Karen..waktu awak tidur pun..awak tetap handsome. Ahh kenapa hati saya selalu berdebar-debar dari kebiasaan apabila terpandang awak. " Gumam Farah perlahan.
Sedang ralit memerhati wajah tampan Karen tiba-tiba terbit idea nakal di mindanya.
Farah sudah tersenyum jahat. Dia sudah tidak lagi menongkat pipi sebaliknya kini duduk tegak sambil bersila di tepi Karen. Farah mula mengeluarkan sesuatu dari begnya.
"Farah! Oh my god..apa yang kamu buat dekat muka Karen tu?! Haish, bertuah punya anak! " Puan Maria mula bercekak pinggang sambil memandang Farah dengan wajah garang. Senduk yang sedia ada dalam genggaman terus memukul bahu Farah.
Farah yang ketawa mengekek-ngekek terus berlari anak daripada dikejar oleh Puan Maria.
"Aduhh ma..sakit..sakit.. Aduhh..ampun ma.." Desir Farah perlahan. Dia menggosok perlahan bahu kirinya dek dipukul senduk oleh ibunya.
Muka Farah sudah beriak cemberut. Dia memuncungkan bibirnya.
Manakala Puan Maria pula sudah memberi amaran keras pada anaknya supaya tidak berbuat begitu lagi sebelum berlalu ke dapur. Sempat telinga Farah mendengar ibunya membebel tak henti-henti. Farah menggaru telinganya. Haih, nasib tak cair tahi telinga dengar ibunya terus membebel.
"Haih Farah..siapa suruh kau nakal sangat kan.." Gumam Farah perlahan. Namun, dia tertawa kecil lagi apabila melihat wajah Karen yang sudah dia perlakukan.
Karen yang merasa bising di sekelilingnya terus membuka mata perlahan. Dia duduk dari baring. Karen menenyeh mata perlahan.
"Hmm Farah..dah pukul berapa ni? Kenapa tak gerakkan saya? " Kata Karen. Terkebil-kebil matanya apabila Farah yang ketawa tidak henti-henti.
"Hehehehe.. Hahahahaha! " Amboi Farah gelak tak hingat dunia nampak! Sampai tak sedar Karen yang asyik memperhatikannya.
'Haih, dia ketawa pula. Apa muka aku ni hodoh sangat ke bila bangkit tidur. ' batin Karen. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
Namun, apabila terpandang skrin TV yang kelam terus terbuntang mata Karen memandang wajahnya yang dipantulkan ke skrin tv tersebut.
"Farah..apa yang awak buat pada muka saya ni ha? " Kata Karen menahan geram. Dia mencerlung tajam ke arah Farah.
Habis wajahnya dilukis oleh lipstik Farah. Semuanya pasti kerja perempuan tu!
Gelak Farah masih tersisa.
"Awak jangan risau..walaupun muka awak macam tu..awak tetap handsome. Haa gitewww. Hahahaha. "
Aku tersenyum. Ohh jadi ni memang kerja dia ye? Takpe..takpe...
Karen mula bangun dari duduk. Farah yang perasan hal tersebut berlari anak di sekeliling rumah.
"Ahhh ma.. Tolong!! Ada si monster muka merah sedang kejar! Ahh.. "
"Farah! Mari sini! " Jerit Karen. Dia turut berlari mahu dapatkan Farah.
"Bluerk! Tak dapat..tak dapat.. " Farah menjelir lidahnya nakal. Dia berada di hujung meja manakala Karen pula berada di hujung meja lagi satu. Lagilah membuat Karen berasa geram.
Puan Maria hanya menggeleng kecil. Tidak menyampuk urusan mereka langsung. Biarlah Karen mahu kejar pun salah anaknya juga. Farah memang dari dulu sampai sekarang masih dengan sikap nakal dia tu. Ikut siapa pun tak tau.
"Alamakk.. " Farah sudah terhalang oleh sesuatu benda. Dia tak boleh lari dari Karen lagi kerana Karen sudah mendekatinya dari arah hadapan.
Karen sudah mencarik senyuman sinis.
"Huh, nak pergi mana budak nakal? Awak dah tak boleh lari dari saya. " Kata Karen dengan nada meleret. Dia tersenyum.
Farah pula sudah panik wajahnya. Minda sedang mencari idea mahu lari ke mana lagi.
Tiba-tiba Farah mahu lari dari arah kanan secara mengejut tetapi lariannya seakan tidak cukup tanah apabila Karen memegang kolar baju belakangnya.
"Ehehehe.. " Farah sudah tayang senyih sambil kepala ditoleh ke belakang perlahan. Wajah Karen memenuhi kornea mata. Karen sudah mengangkat keningnya.
"Awak tengok tu..ayah saya dah balik. " Kata Farah menunjuk ke suatu arah. Karen tersentak. Dia terus menoleh ke arah yang Farah yang ditunjukkan.
Namun, tak ada siapa pun di muka pintu. Jangan-jangan..baru Karen mahu pandang ke arah Farah.. Farah sudah menggigit tangan Karen sekuat hati.
"Ahhh² sakit Farah! Ahh..lepas! " Karen menyeringai kesakitan membuat tangan yang elok mengenggam kolar baju Farah terlepas. Farah sudah tersengih nakal. Dia terus mengambil kesempatan ni mahu lari dari Karen.
Namun, malangnya kakinya pula tersilap langkah dan terbengkok sedikit jari kakinya ke lantai membuat Farah menjerit kesakitan. Tubuhnya mahu jatuh ke lantai tapi sempat tangan Karen melingkar ke pinggangnya membuat dia tidak jadi daripada terjatuh.
'Kus semangat! Nasib baik tak jatuh. ' Farah mendongak pandang ke arah wajah itu. Tersentak dia apabila wajah masing-masing begitu dekat.
Karen turut tersentak.
Masing-masing terpaku dan bertentang mata dengan lama.
'Ahh! Kenapa jantung aku terasa mahu terlompat keluar saja ni?! Ahh..tak selesa betullah dengan perasaan ni. '
'Farah..kenapa aku selalu berdebar apabila berada dekat dengan kau? '
Share this novel