Bab 57: What is she doing here?

Romance Series 10664

"Eh datin, datin nak pergi mana ni? " Tanya Camelia yang kebetulan memandang Datin Arina seperti mahu keluar.

"Ermmm.. Saya nak pergi rumah kawan saya. Katanya ada majlis persaraan anak dia. Dia sebenarnya jemput saya dengan suami. Tapi, dah suami saya busy. Jadi, saya lah yang seorang akan pergi. " Kata Datin Arina panjang dan lebar.

'Wow, nampaknya tikus akan keluar dengan sendiri daripada sangkarnya. ' batin Camelia sambil sungging senyuman miring.

"Okey datin, selamat perjalanan datin ye nanti pulang? " Kata aku penuh makna.

Datin Arina hanya mengangguk sebelum keluar dari rumah tersebut.

Terus Camelia menceluk poket seluarnya mencapai telefon.

"Hello Balqish... "

*************
Karen pov

Hari ni Farah kata mahu pergi ke sesuatu tempat. So, as her 'bodyguard yang tak berbayar' aku kena ikutnya bersama.

Belum sempat kaki ku mahu menapak keluar dari rumah daddy aku yang berada di ruang tamu menegur.

"Ye daddy. Ada apa? Karen nak keluar dah ni. " Kata aku memandang daddy yang duduk santai di atas sofa. Surat khabarnya diletakkan ke tepi atas meja yang telah disediakan di ruang tamu itu.

"Ermm..maaf kalau daddy tanya ni. Tapi...kamu tak nak kerja dekat company daddy ke? Yelah nak harapkan pengurus daddy tu. Kesian pula kat dia mahu uruskan sorang-sorang." Kata Encik Jonathan pada aku.

"Ermm.. " Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Bibir tersengih sendiri.

Sebenarnya daddy aku ni ada buat perniagaan dekat company nya. Boleh dikatakan company ayah aku agak popular di sini. Tapi.. Sejak ayah aku dah decided untuk berhenti kerja kerana faktor umur.. Dia menguruh pengurusnya untuk uruskan. Sebenarnya, daddy aku berharap supaya aku berkerja di syarikatnya tapi tulah.. Cuma aku saja yang tak bersedia lagi.

"Daddy... Karen tak ready lagi la nak kerja di situ. Give me time ye daddy? " Kata aku dengan riak seperti berharap.

"Ohh, it's okay. Cuma.. Daddy tak naklah paksa kamu nak. Kalau kamu memang tak suka kerja kat syarikat daddy. Kamu boleh ambil pekerjaan lain yang kamu suka. " Kata daddy.

"Eh tak apalah dad. Bukan Karen tak suka.. Cuma Karen tak bersedia lagi je. " Kata aku tersenyum.

Haih.. Tak sedia lagi sebab nak spend time dengan Farah ler tuu.

"Okey lah kalau kamu kata macam tu. Daddy tak kisah bila kamu mahu bekerja kat situ tapi boleh daddy tahu kenapa kamu tak sedia lagi? " Kata Daddy.

Erk! Daddy tanya banyak la pula. Aduhh.. Nak jawab apa ni eh?

"Ermm.. Karen dah ada tugas daddy buat sementara ni. "

"Tugas apa? "

"Tugas mahu melindungi si dia. " Kata aku tersenyum.

"Errr.. Si dia? " Encik Jonathan pamer wajah keliru.

Aku tidak berkata apa sebaliknya mengeyit mata comel pada daddy aku dan tersenyum sebelum mula menapak keluar dari rumah.

Encik Jonathan hanya menggeleng kecil dan tersenyum.

************
Farah pov

"Bang, tolong putarkan semula rakaman tu. " Kata aku. Berkerut dahi aku seakan tidak percaya dengan apa yang berada di depan mata sebentar tadi.

Karen yang berada di sebelah aku mencantumkan keningnya. Dia menjungkit bahu dan membiarkan aku membuat kerja. Namun, matanya turut terpandang kamera CCTV tersebut.

Yeah, sekarang aku sedang melihat rakaman CCTV untuk beberapa minggu yang lalu iaitu ketika tarikh kematian Alby. Aku mahu lihat ada tak someone masuk dalam rumahnya. Tetapi..tidak sangkanya inilah yang aku nampak. Bulat mataku apabila rasa terpandang wajah sisi seseorang yang aku kenal sedang masuk ke dalam rumah Encik Andy selepas ketiadaan Encik Andy dan juga isterinya di rumah.

"Stop.. " Kata aku pada seorang lelaki untuk menghentikan video rakaman tersebut daripada terputar.

Yep! Inilah dia! Orang tu.. Yeah aku dah tak salah tengok. Memang sah inilah dia!

Aku terus pergi dari situ. Sempat aku berterima kasih pada orang tersebut. Karen pula hanya mengikut saja kemana aku mahu pergi.

Dah macam kekasih yang tidak bertali. Ish.. Merepek je aku ni.

Tuk.. Tuk..

Aku mengetuk pintu rumah Encik Akhtar berkali-kali. Mata mengerling sekilas pada Karen di tepi. Kelihatan mata tu hanya memandang ke hadapan. Aku menahan senyum.

Kedengaran pintu dikuak oleh seseorang dari dalam.

"Buat apa kau kat sini? Tak habis lagi ke mahu soal selidik kami dua?" Soal Encik Akhtar terus apabila ternampak wajah aku di sini. Dia membuka daun pintu sedikit.

Aku tidak berkata apa. Sebaliknya, menolak dedaun pintu tersebut dengan luas dan terus menerjah masuk ke dalam rumahnya. Begitu juga Karen.

"Heyy Farah, awak ni tak ada sopan santun ke sampai terus terjah masuk rumah orang? Mana adab kau ha? " Marah Encik Akhtar dengan nada kasar.

"Maaf Encik Akhtar. Tapi sekali lagi saya mahu soal anak encik. Boleh kan? " Kata aku melirik tepat ke arahnya.

Encik Akhtar terkedu. Dia melirik ke arah lain. Dalam hati sudah berkata.

'Aku upah orang untuk bunuh dia. Tapi kenapa.. Dia masih hidup lagi?? Malah, aku tengok dia sihat walafiat saja di depan aku sekarang. Erghh.. Ini semua salah diaorang! Diaorang tak reti buat kerja ke apa ha?! Setakat seorang perempuan saja aku suruh bunuh...macam tupun tak reti ke?! Erghh.. Geramnya aku.. ' jerit Encik Akhtar di dalam hati dengan geram.

Aku sempat ternampak tangannya yang digenggam erat membentuk buku lima. Huh! Aku tersenyum sinis. Dah nampak tanda-tanda tu. Hari ini.. Aku kena huraikan juga kes kematian Alby ni.

"Encik.. Kenapa nampak geram saja? Huh, tak apa. Saya tak perlu minta izin dari encik. Tapi.. yang saya hairan..kenapa setiap kali saya datang sini.. riak wajah encik seperti berubah. First saya jumpa, muka encik macam gelisah tapi cuba untuk dikawal. Anak encik pun sama. And then, kali kedua saya datang sini.. Saya nampak encik cuba menahan marah pula? Ada apa yang tak kena dengan encik sebenarnya ini? " Tanya aku padanya. Tangan aku silangkan ke dada. Aku menjongket kening memandangnya. Mulut mencebik senyuman sinis.

Tanpa aku sedar, Karen memerhati aku dengan lama.

"Tak adalah. Farah.. Awak boleh soal anak saya. Silakan.. Anak saya berada dalam biliknya. " Kata Encik Akhtar sambil tersenyum palsu.

"Terima kasih.. " Aku tersenyum nipis. Kaki melangkah ke arah depan satu pintu di sebuah bilik ini.

"Ini.. Bilik Arvin? " Tanya aku sambil menuding jari ke arah pintu di hadapan aku.

Encik Akhtar mengangguk kecil.

"Okey, biar saya yang seorang masuk. Encik..tunggu di luar ye? Karen awak pun sama. " Kata aku tersenyum pada Karen. Pada Encik Akhtar.. Aku hanya tersenyum palsu.

"Tapi.. " Belum sempat Encik Akhtar mahu berkata apa aku terus membuka pintu bilik Arvin dan menutupnya dari dalam. Bibir menguntum senyuman puas.

Aku lihat tubuh Arvin di atas katil sambil melayan phone. Apabila matanya terpandang ke tubuh aku terus dia duduk dengan tegak di atas katil. Aku hanya tersenyum dan melabuhkan punggung di atas katil berhadapan dengannya.

"Arvin...kak nak tanya sikit boleh? " Kata aku dengan lembut.

"Ermm.. Pasal Alby lagi ke? Okey. " Kata Arvin.

"Boleh saya tahu kenapa Arvin datang ke rumah Alby pada hari kematian Alby sebelum dia meninggal? " Ujar aku sambil melirik matanya tepat.

Arvin terkejut.

"Macam mana.. " Aku terus memotong percakapannya.

"Macam mana saya boleh tahu perkara tu? Hmm..itu tak penting. Tapi, yang pentingnya Arvin kena bagitahu kat kak kenapa Arvin pergi ke rumah Alby? Ingat, Arvin kena jujur. Sebab orang yang pembohong ni.. Dia lagi jahat dari syaitan tau? " Kata aku sengaja berkata begitu.

Arvin tercengang seketika. Dia mengetap bibirnya kuat.

"Huhuhuhu.. Huwaa..." Terkejut aku apabila memandang Arvin yang tiba-tiba mengeluarkan tangisan. Dia menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahunya membuat aku serta-merta menjadi panik.

Aduhhh.. Aku salah cakap ke? Huhu.. Ala.. Kite mana reti pujuk budak ni. Ermm.. Nak acah-acah dia dengan muka lucu ke? Aduh Farah..kau merepek apa ni? Dia bukannya budak kecik lagi nak acah-acah bagai. Huwaa... Habis tu apa yang aku harus lakukan! Urgent dah ni.!!

"Ala.. Ala.. Arvin janganlah nangis huhu. Kak ada sakitkan hati Arvin ke? Ala Arvin.. Kalau Arvin nangis kak pun nak nangis la kalau macam ni.. " Kata aku yang sudah berair mata.

Aduhh Farah.. Drama queen nya kau!

Arvin menenyeh matanya. Bibirnya kemam. Esak tangisannya mulai reda.

Aku mengeka air mata di pelupuk mata dengan jari. Mata memandang Arvin dengan hati-hati. Takut dia menangis lagi. Habis lah nanti.. Kalau ayah dia tahu aku buat apa dekat anak dia. Ermm.. Melihat dia diam saja aku rasa.. Buat masa ni tak payah paksa dia lagi untuk cakap. Takpe, esok aku datang lain ke sini. Hmm.. Punahlah harapan dan tekad aku untuk selesaikan kes ini hari ni juga.

"Tak apalah, Arvin. Esok kak datang lagi. Arvin, maafkanlah kak ni. Huhu kalau buat Arvin sedih. Kalau Arvin sedih.. Kak pun akan sedih tau? Huhu.. Hmm..ini first time kak buat budak menangis. Tak apa. Esok kak datang lagi. Tapi, kak tak nak Arvin nangis lagi bila esok kak datang ye? Sebagai balasan, esok kak bawa coklat Cadbury kat Arvin ye? Hmm? " Aku membelai lembut pipinya. Cuba untuk memujuk lagi. Serius, terkejut monyet aku bila dia tiba-tiba nangis. Jadi, aku sebagai orang dewasa kenalah bertanggungjawab dan bertolak- ansur. Pfft! Gitewww!

Arvin tidak berkata apa. Sebaliknya, memandang ke bawah.

'Aku takut.. Benar-benar takut.' Gumamnya di dalam hati berkali-kali.

Tangannya yang dicantumkan ke bawah sedikit menggigil.

Aku yang perasan tangannya menggigil sambil menunduk ke bawah membengkokkan sedikit badan ku mendekati Arvin.

Aku menyentuh tangannya yang menggigil itu.

Arvin tersentak. Dia mendongak memandang aku. Aku hanya tersenyum lembut padanya.

"Arvin nak tahu tak? Kadang-kadang kita perlu jujur dengan seseorang itu. Sebab.. Kita tak tahu sama ada dia perlukan kebenaran di sebalik perkara yang kita simpan. Dan tak tahu, melalui kebenaran jugalah kadang-kadang dapat mengadili seseorang.. Walaupun diri kita juga yang akan merana nanti. Walaupun begitu, kita akan berdosa dengan orang lain kalau menyembunyikan kebenaran tersebut. Malah, hidup kita pula yang tidak akan aman dan tenteram kerana berdosa dengan orang lain. Cuba Arvin fikirkan balik..kalau kita buat hidup seseorang itu mati dalam keadaan tidak adil.. Mesti rasa kesian kan? Roh yang akan mati juga yang tidak akan tenang. Kak yakin.. Alby tak salahkan Arvin jika memang benar ini salah Arvin. Sebab Arvin tak sengaja kan? Kalau Arvin terus diam macam ni.. Itu bermakna Arvin bersikap kejam pada orang tu. Rohnya tak akan tenang Arvin. Dan dia tahu apa yang Arvin lakukan. Jadi..kak rasa Arvin tahu apa yang Arvin perlu lakukan. Kak pergi dulu ya? Nanti esok kak datang lagi jenguk Arvin. " Aku hanya tersenyum apabila terpandang air mata Arvin yang bergenang.

Perlahan-lahan tubuh ku menerobos keluar dari biliknya. Aku menutup pintu biliknya beserta perasaan yang aku sukar untuk tafsirkan.

Aku cuba tersenyum apabila terpandang wajah Encik Akhtar.

"Terima kasih, Encik Akhtar. Esok saya datang sini lagi. Maaf kerana menganggu Encik Akhtar dengan si anak. Saya pergi dulu. " Kata aku padanya.

Encik Akhtar tidak berkata apa. Namun, sewaktu mendahuluinya.. Sempat aku berbisik sesuatu di telinganya.

"Encik Akhtar jangan ingat saya tak tahu apa yang encik lakukan. Saya Farah Mikayla tak akan biarkan kes ini bergantung macam tu saja. Kematian Alby harus cepat diadili dengan baik." Kata aku perlahan. Aku hanya tersenyum apabila terpandang wajah keruh Encik Akhtar.

Aku terus keluar dari rumah tersebut dengan diekori Karen di belakang.

Karen mengerling sekilas wajah aku di tepinya. Aku hanya termenung sambil berjalan perlahan. Kedua tangan aku silangkan ke dada. Bibir sudah tidak menguntum senyuman.

"Kenapa..dengan muka awak tu Farah? " Kata Karen berhati-hati. Matanya asyik mengerling ke tepi.

"Hello.. Hello! " Karen melambai ke muka aku yang berjaya mematikan lamunanku.

"Ya? Awak cakap apa tadi?" Kata aku melirik ke arahnya.

"Haih, berangan nampak. Awak fikirkan pasal tadi eh? Awak tengah uruskan kes apa pula kali ni? " Soal Karen sengaja.

"Kes budak bunuh diri.. Eh tak.. I mean.. Kes budak yang dituduh sebagai bunuh diri. " Kata aku perlahan.

"Ohh..bunuh diri. Ermm.. Kesian kat budak tu."

"Hmm.. Memang kesian. " Kata aku perlahan.

"Dan orang yang siasat kes ni pula.. Hebatkan dia? Saya dah boleh nampak semangatnya untuk selesaikan kes ni. Kagum saya dengan dia. "

"Hmm.. Betul tu. Eh..? Awak cakap tentang saya? " Kata aku menunjukkan diri sendiri. Langkah ku terhenti dari berjalan. Begitu juga Karen. Aku menjungkit kening ku.

"Yelah, awaklah yang saya cakap tu." Kata Karen tersenyum menatap mata hazel ku dengan dalam.

Aku sedikit tercengang. Tiba-tiba terasa membahang pipi.

"M.. Mana.. a.. ada hebat pun. " Nafi aku. Aku menunduk kepala ke bawah. Tidak mahu bertentang mata dengannya. Malu pula apabila dipuji sebegitu.

"Kejap, awak blushing Farah? Eh² comelnya dia bila blushing. " Kata Karen mengusik lagi. Dia memegang kedua pipi ku yang menunduk ke bawah. Sekali-sekali Karen turut menunduk mahu bertentang mata dengan aku.

"Eihh awak ni! " Aku menepuk bahunya kuat. Terus aku berjalan laju meninggalkannya.

Malu.. Malu.. Malu!

"Awww kasarnya. " Kata Karen. Dia tersenyum mengusik. Tak lama selepas itu.. Dia ketawa kecil memandang aku yang sudah jauh di hadapan.

"Eh, tunggu lah! Farah comel ni.. " Panggil Karen yang terus berlari anak mahu dapatkan aku.

************
Author pov

Kereta Toyota Granace tiba-tiba terhenti secara mendadak apabila beberapa motor berada di hadapan. Penumpang yang berada di dalam kereta tersebut terkejut dan ke depan sedikit tubuh mereka apabila terhenti secara mendadak.

"Kenapa tu, Pak Mat? " Soal Datin Arina pada drivernya. Ketika ini, mereka berdua saja berada di dalam kereta. Jelas terpancar riak wajah takut dan cemas pada wajah mereka.

"S-saya pun tak tahulah datin. Tiba-tiba saja diaorang berada kat depan kita. Nasib baik tak terlanggar. " Kata pak mat sebagai driver Datin Arina.

Gulp! Pak Mat menelan air liur kasar apabila salah seorang mula mendekati ke arah kereta mereka.

Tuk.. Tukk.. (Bunyi ketukan di cermin kereta belah pemandu)

Pak Mat tidak menaikkan cermin kereta di tepinya. Perasaan takut menyelubungi diri nya apabila wajah seorang lelaki yang ditutupi separuh mukanya menerjah kornea matanya.

'Ini mesti orang jahat ni. " Desisnya dalam hati.

Jojo yang di sebalik mask hitam tersebut smirk. Dia mengerling sekilas ke belakang tempat duduk dalam kereta. Sasarannya adalah pada Datin Arina.

Datin Arina pula mukanya usah di kata lagi. Memang habis takut dan cemas dibuatnya. Dalam diam, dia cuba untuk menekan sesuatu di telefon tanpa diketahui oleh orang jahat tersebut.

Namun, malangnya Jojo sudah perasan akan hal tersebut. Apabila dia cuba membuka pintu kereta belakang dan juga di depan tetapi tak boleh. Pak Mat lebih cepat mengunci pintu kereta di belakang dan juga di depan.

Bagus pak mat, hehehe.. Ini barulah boleh diumpamakan seperti sediakan pinggan sebelum makan gitewww.

Namun, Jojo lebih bijak. Dia terfikirkan idea yang lebih licik.

"Guys! Kita pecahkan cermin pintu kereta ni sekarang! " Jerit Jojo pada kawan-kawannya yang juga memakai mask hitam di wajah mereka.

Mereka hanya mengangguk. Kayu besbol memang sudah mereka bawa. Mereka mula melayangkan kayu besbol itu untuk memecahkan cermin kereta. Jojo hanya berdiri diam di situ menyaksikan permainan di hadapannya. Tidak lama lagi, orang tu akan sampai.

Tiba-tiba..

"Woii! Korang buat apa huh?! Mau aku report polis? Baik korang pergi sekarang, sekarang! " Jerit seorang perempuan sambil memegang telefonnya. Dia mengerdip mata memberi isyarat pada Jojo supaya pergi.

Jojo mula memainkan lakonannya. Terpancar jelas riak wajah cemas di wajahnya.

"Weh² jom blah cepat! Ada orang nak report polis! " Jerit Jojo dengan nada cemas. Jojo dan yang lain cepat-cepat menaiki motosikal. Ada yang berkongsi dan ada yang . Selepas itu, beberapa motosikal tersebut dengan laju pergi dari situ. Sehingga boleh nampak asap motosikal mereka selepas pergi.

Woah... Boleh jadi pelakon popular yang terkenal dan dapat hadiah untuk anugerah piala bagi pelakon popular di Amerika. Gitewww.

Datin Arina yang melihat scene itu terus menarik nafas lega kerana bagaikan nampak hantu mereka sudah menunggang motosikal pergi cepat dari sini. Semuanya jasa gadis itu yang tolong selamatkannya. Kalau tidak.. Ish nayo. Fikir Datin Arina begitu.

Reaksi Datin Arina turut sama dengan Pak Mat.

Tiba-tiba perempuan tadi datang mengetuk cermin tingkap kereta. Pak mat terus menaikkan cermin tingkap kereta di tepinya kerana sudah yakin benar gadis itulah yang menyelamatkan mereka berdua tadi.

Sebaik saja pak mat menaikkan cermin keretanya terus gadis itu bersuara.

"Korang dua tak apa-apa? Saya dah halau mereka semua. Jangan risau ya? Mereka semua sudah lari." Kata gadis itu.

"Terima kasih banyak-banyak nak. Kalau tak disebabkan kamu.. Apalah yang akan terjadi pada kami berdua nanti. Cuma.. Kamu berani juga eh selamatkan kami tadi? " Kata Datin Arina tersenyum lega.

Gadis itu memandang Datin Arina yang berada di tempat belakang pemandu kereta.

"Tak ada apalah sangat, puan. Hanya ugut mahu report polis larilah mereka tu nanti. " Kata gadis itu tersenyum sopan.

"Eih tak apalah. Lagipun, saya dah terhutang budi pada kamu sebab selamatkan saya tadi. Apa kata.. ermm.. Awak naik kereta saya. Sebagai balasan, saya mahu jemput awak datang ke rumah saya untuk makan malam nanti. Lagipun dah nak malam dah ni. " Kata Datin Arina mengajak gadis itu untuk ke rumahnya.

"Tapi... Datin ajak saya ni.. Tak mengusahkan keluarga datin nanti ke? Seganlah saya datin. Lagipun saya tolong ikhlas. " Kata gadis itu.

"Taklah. Nak segan apa. Lagipun, biarlah saya beri sesuatu pada kamu. Sekurang-kurangnya hati saya akan jadi lega sebab dapat balas balik jasa cik. " Kata datin Arina sambil tersenyum.

"Ermm.. Serba salah la pula saya nanti. " Kata gadis itu menggaru kepala yang tidak gatal.

"Laa tak serba salah la cik. Please.. Kalau cik tolak juga tawaran saya untuk makan di rumah saya..saya bagi duit kat awak ye sebagai balasan? " Kata Datin Arina yang sudah mengeluk beg Pradanya.

"Aduhh Puan.. Tak usah bagi duit. Okey, saya terima tawaran Puan untuk makan malam di rumah Puan. " Kata gadis itu menyembunyikan senyuman sinisnya.

"Haa okeylah kalau kamu cakap macam tu. Lega saya. Meh la duduk tepi saya ni. " Kata Datin Arina.

Gadis itu hanya tersenyum saja dan membuka pintu kereta belakang. Sebaik menghenyak punggung ke kerusi kereta..lalu dia menutup kembali pintu kereta.

"Namu cik siapa? " Tanya Datin Arina sebaik saja kereta Toyota Granace nya bergerak.

"Balqish Sofea. Panggil Balqish saja. " Kata Balqish memperkenalkan dirinya.

Datin Arina terkejut.

"Balqish? Laa.. Kita dah kenal rupanya. Saya lah Balqish. Datin Arina. Mommy kepada Kyran. " Kata Datin Arina. Entahlah dia tak tahu mahu rasa apa sekarang. Sama ada gembira berjumpa dengan Balqish atau tidak. Lagipun, Balqish ketika remaja dulu kan pernah berjumpa dengan datin.

"Datin Arina?! Woah.. Datin rupanya. Sorry datin, bila dah besar ni saya tak ingat la pula muka Datin. Almaklumlah, Datin sampai sekarang masih cantik sama first time saya jumpa datin dulu. " Kata Balqish berseloroh.

Balqish.. Balqish.. Sempat lagi tu bodek Datin.

"Eh kamu ni ada-ada je kata saya cantik. "

"Dah memang betul, datin. "

Akhirnya Datin Arina membuat keputusan untuk diamkan diri.

'Datin.. Datin.. Akhirnya buat kali kedua saya akan jejakkan kaki ke rumah datin juga. ' getus Balqish dalam hati.

**********
Puteri pov

"Silakan tuan Puteri yang cantik lagi mempesona." Kata Kyran mempersilakan aku masuk ke rumahnya.

Aku hanya menggeleng kecil dan tersenyum. Kyran ni..sajalah tu nak mengusik aku.

Aku masuk ke rumahnya. Kata Kyran dia nak ajak dinner malam ni. Pfft!

Kyran memeluk bahu aku.

"Aik, kenapa rumah awak macam sunyi je Kyran? " Tanya aku sambil melilau sekeliling. Ye, memang sunyi rumah ni. Macam tak ada orang je.

"Sekejap ye awak? Mungkin mommy saya ada kat dapur tu. Abang saya dengan daddy saya macam biasa mereka balik dari kerja sampai malam. Nanti mereka baliklah tu. Haa awak pula.. Meh duduk sini. Buat macam rumah sendiri tau? Lagipun, tak lama lagi awak akan jadi sebahagian dari keluarga Johansson juga nanti.Uwuu tak sabar pula saya mahu menanti saat itu. " Kata Kyran yang menarik tangan aku ke sofa.

Dia menekan bahu aku untuk duduk di atas sofa yang empuk ni.

Aku hanya ketawa kecil mendengar kata-kata darinya.

"Saya pun tak sabar mahu jadi sepenuhnya milik awak, Kyran. " Kata aku mendongak memandangnya sambil tersenyum comel. Kyran mengeyit mata manja sekilas pada aku.

Selepas itu Kyran melilau mencari mommy nya.

Tak lama kemudian, dia datang ke sini lagi.

"Tak adalah awak. Mommy saya keluar sekejap kut nanti dia baliklah tu. " Kata Kyran.

Erk! Maknanya aku.. Dengan kyran berduaan di sini?! Oh my..

"Err.. Bibik awak pergi mana? "

"Ermm ada dalam bilik dia lah tu. " Kata Kyran.

"Oooooooo.. " Aku hanya beroo saja.

"Hamboih, panjangnya oo tu. " Kata Kyran.

Tiba-tiba Kyan membengkok badan ke arah aku membuat muka kami berdua menjadi dekat. Macam biasa jantung pasti akan berdebar laju apabila mendekatinya. Aku..sedikit tercengang. Memang jatuh cinta beberapa kalilah gamaknya dengan Kyran ni.

Kyran mencuit dagu aku manja.

"Puteri, saya lagilah tak sabar. Kalau boleh.. Esok juga saya nak kahwin dengan awak tau? Lepas tu manja-manja dengan awak, sentiasa peluk awak, cium awak.. Memang selalu kalau boleh nak berkepit dengan awaklah 24 jam. " Kata Kyran tersenyum.

Aku mencubit perutnya.

"Aww² Puteri sayang sakitlah saya awak cubit. " Kata Kyran sambil membuat muka bayi seperti meminta simpati. Tangannya laju menggosok perutnya selepas dicubit oleh aku.

"Haa gatal sangat kan awak ni? Nanti, kalau kita selalu berkepit tak ke bosan tu? 24 jam asyik je tengok muka orang yang sama." Kata aku dengan polos. Aku tersenyum kecil apabila Kyran membuat muka macam tu. Haih, dia tetap handsome walaupun buat muka macam monyet.

"My princess sweetheart.." Kyran memegang kedua-dua pipi ku.

"Perempuan secantik bidadari macam awak ni.. Awak kata saya akan bosan? Tsk. Awak jangan risau lah. Hati dan jantung saya akan selalu berdebar-debar laju apabila bersama dengan awak. Dan itu..menandakan yang saya masih cintakan awak. Nah, cuba pegang dada saya. Dapat dengar tak bunyi degupan jantung seperti mengepam laju? " Kata Kyran. Dia menatap anak mata biru ku dengan dalam.

Aku tersenyum. Sengaja aku berkata begitu. Lagipun, samalah dengan aku. Aku..tak akan bosan dengan dia. Lelaki sebaik dia mana mungkin aku akan bosan. Sesungguhnya, cinta kami begitu kuat. Sangat kuat sehingga tak ada siapa yang dapat menghancurkannya.

Aku perlahan-lahan mengangkat tangan memegang dada kirinya. Memang betul..dapat aku rasakan degupan yang laju di situ.

Tangan aku lekap ke dadanya dengan lama. Begitu juga kami yang saling menatap dengan lama.

Kyran meletakkan kedua-dua tangannya ke belakang sofa seperti mengurung aku di sofa menyebabkan tubuhku tersandar di sofa. Kyran menunduk sedikit kepalanya ke arah aku. Kami masih berpandangan sambil tersenyum.

Tangan aku yang lekap ke dadanya kini beralih ke pipinya pula.

"Kyran, kalau awak tak suruh saya tekap ke dada awak pun tak apalah. Saya sengaja mahu bercakap begitu. Saja mahu menguji awak. Kalau awak bosan dengan saya nanti pun.. Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya. Berkali-kali pun tak apa. Tapi, kalau saya pula.. Tak mungkin akan bosan dengan awak Kyran. Malah saya bersyukur sangat.. Sebab Tuhan pertemukan kita berdua. Saya harap.. Jodoh kita akan sampai ke akhir hayat." Kata aku sambil membelai pipinya lembut.

Kyran mengerdip mata perlahan. Tangan aku yang memegang pipinya dia sentuh dan membawa tangan aku ke bibirnya.

Ohh sebelum terlupa, kedua tangan aku ni dah boleh buang balutan dia. Jadi, yang hanya tinggal parut sajalah.

Cupp! Satu ciuman lembut singgah ke tangan aku.

Aku hanya tersenyum melihat dia mencium tangan aku dengan lama.

"Ehem².." Kami berdua memandang ke empunya suara. Kyran sudah melepaskan ciumannya.

Terpandang riak wajah bibik di hadapannya.

'Ish³..scene apakah ini? Aku fikir cerita Korea saja yang ada scene ni. Woah.. Boleh tengok secara live di depan mata pula tu. " Desis Camelia dalam hati. Dia memandang kedua makhluk tuhan di hadapan.

"Ish, awak ni. Kacau saja saya nak beromantik dengan bakal isteri saya ni. " Kata Kyran sudah bercekak pinggang. Aku hanya tertawa kecil memandangnya. Aku berdiri dari duduk.

"Awak, siapa tu? Awak tak perkenalkan saya pun. " Kata aku perlahan.

Aku hanya memandang gadis di hadapan aku sambil tersenyum nipis.

"Ni..bibik saya. Nama dia Camelia. Camelia ni Puteri..my future wife. " Kata Kyran.

'Wahh, jadi inilah bakal isteri Kyran? Mak aihh.. Cantiknya dia. ' desis Camelia dalam hati.

"Haii.. " Aku bertegur sapa dengannya. Bibir menguntum senyuman manis menampakkan lesung pipitku.

"Haii.. " Camelia juga membalas teguran aku dan tersenyum.

Kami saling berjabat tangan. Tiba-tiba dia memegang kedua bahu aku.

"Wahh Puteri, mata awak warna birulah. Kulit pun putih gebu. Mata awak pun bulat. Ahh saya tengok awak ni pun dah jatuh suka dengan penampilan awak. Apatah lagi kalau orang lelaki. Tuan muda, tuan muda pasti ada banyak saingan kan nak dapatkan Puteri? Kalau tak banyak pun pasti ada saingan. Tak mungkinlah tuan muda sorang yang jatuh cinta dekat Puteri ni. " Kata Camelia memegang dagu aku.

Kyran hanya menjungkit bahunya.

Aku hanya tersengih kekok. Tiba-tiba dia pusingkan tubuhku seperti ala-ala princess. Aduhaii terlebih ramah dah Camelia ni.

Tapi bukan itu saja, habis pipi ku dia cubit-cubit. Aduhh.. Macam Farah pula.

"Eihh dah-dah lah tu. Awak ni.. Macam tak pernah nampak manusia cantik pula. Dah² shuh..jauhkan diri awak dari dia. Haa, saya nak tanya. Mommy saya pergi mana? Kita bertiga saja ke dalam rumah ni? " Tanya Kyran. Dia menolak tubuh Camelia sedikit berjauhan dengan aku.

Aku menghembus nafas lega perlahan. Pfft! Nasib ada Kyran tolong jadi penyelamat aku.

Camelia mencebik mulut. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Tsk tuan muda ni..kecil hati saya ni bila tuan muda cakap macam tu. Hmm, datin Arina keluar ke majlis persaraan kawan anak dia. Nanti baliklah tu. " Kata Camelia dengan malas. Dia membuat muka masam seperti baru telan buah lemon.

"Awak tak payah buat muka macam tu. Ingat comel ke?" Kata Kyran sengaja menyemarakkan lagi kemarahan Camelia.

Aku hanya tertawa kecil memandang mereka.

Belum sempat Camelia mahu berkata lagi. Ada seseorang yang membuka pintu dari luar. Hmm...mesti ni Datin ni.

Namun, senyuman aku luntur apabila terpandang wajah yang aku sangat kenali di tepi Datin Arina.

What?! Dia..? What is she doing here?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience