Bab 81: Survive or dying?

Romance Series 10664

Sambungan Farah pov

"Karen Anderson Khan..do you love me?"

Karen tersentak.

'D-dia..dah sedar? Baguslah kalau macam tu..sudah lama aku tunggu saat ini. Sekarang, waktunya sudah tiba.' desis Karen dalam hati.

Dia memandang tepat ke arah aku.

"Yeah..I love you Farah." kata-kata pengakuan darinya membuat aku serta-merta terkesima dan tergamam.

"W-What?? Tapi..sejak bila? K-kita..bukan kawan ke?" kata aku perlahan.

"Sejak lama lagi saya mula sukakan awak Farah. Rasa suka bertukar jadi cinta. Saya pun..tak tahu bagaimana saya boleh terjatuh cinta dengan awak. B-But why?? Salah ke kalau persahabatan kita boleh pergi jauh lagi?" Soal Karen dengan berani. Dia mengusap lembut tanganku yang berada dalam genggamannya itu.

"T-Tapi...ia..ia tak salah. Cuma, bukankah terlalu cepat untuk awak jatuh cinta dengan saya? Saya..saya sekarang bukan lagi perempuan sempurna. Bukan lagi Farah yang dulu. Bukan lagi Farah Mikayla yang berani dalam melawan atau menentang..tidak lagi menjadi penyiasat persendirian. Hanya banyak duduk rumah menghabiskan waktu dengan termenung." kataku tertawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat.

"Sekarang, awak masih tetap lagi mahu.. cintakan saya?"

"Yeah, sekali saya cinta pada seseorang itu..maka selama-lamanya saya cinta pada dia. Dan orang itu.. adalah awak sendiri." Aku menahan nafas. Terkedu.

Tangan yang berada dalam genggamannya aku lepas. Kedua-dua tangan meraba-raba mukanya.

Aku tersenyum kecil. Air mata yang bertakung di tubir mata mengalir juga ke pipi.

Karen hanya merenung aku dengan lama.

"Awak..saya dapat rasakan..awak masih tak berubah." Aku tersenyum sendiri. Manakala tangan masih meraba di wajahnya. Karen tersenyum memandang aku yang berada dekat dengannya.

"Hidung kempis, dahi lebar..hehe."

"Farah! Mana ada..awak sorang saja cakap macam tu..Ni nak kena cubit ni." Karen mencubit kedua-dua pipiku.

Kedengaran tawa kecil dari bibir kami dua.

"Yelah², awak handsome Karen. Handsome sangat sampai buat saya terjatuh cinta dengan awak." kataku masih dengan tawa sisaku.

Karen tersentak.

"B-betul ke ni??"

Aku tersenyum nipis.

"Memang betul..tapi awak mahu ke orang yang buta macam saya ni.." aku menunduk wajah ke bawah. Setitis air mata yang menurun ke pipi akhirnya menuruni ke dagu.

Karen memegang kedua pipiku lembut dan mengangkat wajahku supaya bertentang dengan wajahnya.

Pipiku yang basah dengan air mata dia seka lembut dengan jari runcingnya.

"Farah..saya tak suka awak kata macam tu. Saya tak kisahlah keadaan awak sekalipun. Yang penting sekarang, awak dengan saya saling mencintai. Hehe saya tak tahu pula awak cintakan saya. Yelah, selama ni kan ada orang tu jual mahal." kata Karen tertawa kecil.

"Eihhh, awak..!!" Aku menampar lembut dada bidangnya. Karen menangkap tanganku dan menarik tubuhku ke dalam pelukannya.

Dia mengelus lembut rambutku.

"Farah..you know what? Bagi saya, awak adalah wanita yang istimewa dalam hidup saya. Saya harap, lepas ni kita akan terus kekal bersama sampailah rambut kita beruban dan menghembuskan nafas yang terakhir. I love you, Farah."

Aku membalas pelukannya dengan erat. Rasa terharu dengar kata-katanya.

"I love you too..Karen." kataku perlahan.

Karen hanya tersenyum mendengar aku membalas luahan hatinya.

"Lepas ni..saya akan beritahu daddy saya untuk ikat awak sebagai isteri saya. Dan kita..akan jadi pasangan yang perfect dan sweet sekali. Just wait and see." Bisik Karen perlahan secara romantik di telinga aku.

Aku hanya tertawa kecil dan tersenyum.

Tak sangkakan jodoh dan takdir aku bersama dengan dia? Apatah lagi dia adik kawan baik aku sendiri. Hehe, betullah cakap orang..takdir Tuhan memang tak terduga. Siapa tahu.. pertemuan pertama kali aku dengan dia yang begitu dingin dan selamba badak akan berubah seperti ini selepas dia jatuh cinta denganku. Malah, cinta aku terhadap dia semakin bercambah.

'Aku mencintai bukan kerana kau terlihat sempurna sebagai ciptaan-Nya, Farah. Tapi..kerana keberadaan kau, membuatku rasa sempurna sebagai peribadi.'

'Ketulusan kau membuat ku tak boleh lagi menemukan alasan untuk pergi. Terima kasih untuk cinta kau yang cuba ditunjukkan selama ini, Karen.'

********
Puteri pov

Beberapa minggu kemudian..

Sudah berminggu-minggu aku selalu lawat rumah Kyran.

Sepanjang dua tiga minggu ini juga aku cuba untuk bersamanya membantu dia ingat semula. Huh, korang tanya Balqish macam mana? Of course lah dia tak suka plus benci giler bila aku bersama Kyran. Setiap kali aku ada dengan Kyran setiap kali tulah dia nak asyik berkepit dengan Kyran. Macamlah Kyran tu boleh lari dari dia. Tak sukalah tu aku berduaan dengan Kyran. Ohh ya, sebelum terlupa Kyran dah masuk industri berlakon balik. Jadi, sekali-sekala aku dengan dia akan berjumpa.

"Kyran.." aku memanggilnya dengan ceria. Kaki melangkah masuk ke dalam biliknya. Bila dapat tahu, hari ni Kyran ada di rumah oleh mommy terus aku datang sini.

Kelihatan Kyran seperti membersihkan mulutnya yang luka dengan kain yang basah sambil berdiri.

"Kyran! Kenapa ni??" Terkejut aku apabila ternampak bawah bibirnya yang sedikit berdarah itu.

Aku terus menghampirinya. Aku menilik wajahnya sehingga tidak perasan jarak kami yang begitu dekat.

"T-Tak ada apa-apa.."

"Tak ada apa-apa awak cakap? Meh duduk sini. Biar saya yang rawat dan bersihkan luka di bibir awak tu." kataku yang menekan kedua-dua bahunya supaya duduk di atas birai katil.

Kyran mengalah. Dia terus membiarkan aku merawat luka di bibirnya.

Sedang ralit dengan kerja aku, mata Kyran tidak lekang dari menatap wajahku. Tanpa Kyran sedar, jantungnya sudah berdetak laju disebabkan kedudukan kami yang begitu dekat.

'Puteri, cantiknya kau..'

"Awak beritahu saya..kenapa awak boleh terluka ni?" kataku sambil tangan masih sibuk merawat perlahan bibirnya yang luka itu. Mata sekali-sekala melirik ke arahnya.

"Saya terjatuh tadi. Lepas tu terkena mulut saya gara-gara terhempap atas lantai. Nasib tak tercabut gigi."

"Eihh awak ni.. cuainya! Macam budak-budak. Itulah awak ni lain kali hati-hatilah. Sekarang tengoklah kan dah berdarah.." aku mula memberi mukadimah panjang berjela padanya. Dah macam mak nenek asyik membebel.

Tanpa Kyran sedar, dia sudah mengulum senyum. Tercuit hatinya melihat aku dari tadi membebel. Comel saja bila dilihat.

Tiba-tiba dia kembali mengingati sesuatu.

"Ish awak..tak apalah saya ada tangan boleh rawat sendiri."

"Puteri, jangan melawan boleh tak? Biar saya yang rawat luka di bibir awak tu." kata Kyran.

Puteri mengalah. Dia berpeluk tubuh dan memuncungkan mulut. Dalam keterpaksaan aku relakan akhirnya dia hanya membiarkan Kyran merawat bibirnya itu.

Teringat akan hal itu tiba-tiba Kyran memegang tanganku menghentikan kegiatan aku tadi.

Aku sedikit tersentak. Mata Kyran yang terpaku ke dalam anak mataku lama membuat aku sedikit hairan.

"Kyran..kenapa ni?" Soalku perlahan.

"Puteri, saya tanya awak ni..awak mesti jujur dengan saya."

"I-Iye?"

"Saya ke yang pernah rawat bibir awak seperti yang awak rawat saya sekarang ni dulu?"

Aku terdiam sejenak. Kyran..dah ingat aku ke?

Melihat aku asyik diam dia bersuara lagi.

"Puteri, jawablah!" Desaknya.

Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar. Baik aku beritahu hal sebenar pada dia.

"Ye, awak pernah buat macam ni pada saya dulu. Kenapa? Awak sudah teringat ke Kyran? Awak..dah ingat saya?"

Kyran tergamam.

"Jadi...setiap kali ingatan saya muncul.. perempuan yang berwajah kabur tu adalah awak?" kata Kyran memegang kepalanya.

"Ye, memang saya. Sebenarnya, bukan Balqish orang yang awak rapat dulu tapi saya. Saya bukan sekadar kawan awak Kyran tapi saya juga..orang yang awak cintakan sangat dulu. Kita berdua bahkan hampir berkahwin. Tapi, malangnya. Bila tarikh perkahwinan kita mahu dekat..awak hilang ingatan Kyran. Awak dah tak ingat saya. Malah, sekarang? Lepas je awak sedar.. Balqish orang yang salah awak anggap saya. Itu.. membuat saya sedih." kataku akhirnya meluahkan segala-galanya.

Percaya atau tidak..itu terpulang padanya. Aku tak perlu lagi rasa tak tenang sebab tidak beritahu hal sebenar pada dia. Aku..baru beritahu dia hari ni pun sebab aku tahu..dia pasti akan lebih percayakan Balqish dari aku. Malah, aku cuma sedang tunggu masa. Tunggu dia cepat-cepat sedar dan dapat ingat semula. Walau hanya secebis kenangan indah aku dengan dia..aku harap sangat dia akan ingat itu sampai bila-bila.

Tak kira ingat aku sebagai kawan..atau sebagai cinta sejatinya.

Kyran menatap wajahku dengan rasa terkilan. Dia seakan terkejut dengar pengakuan aku tadi.

Kyran memegang kepalanya. Keningnya berkerut sambil mata dipejam. Dia cuba berusaha untuk mengingat lagi.

Aku menyentuh bahunya lembut.

"Kyran, jangan paksa diri awak untuk ingat. Takut..ia akan lebih menjejaskan kesihatan awak nanti.." aku sudah beriak risau dengannya.

Kyran membuka matanya dan kami bertentang mata lama.

"Jika benar awak adalah orangnya yang sebenar di mana awak ketika saya bangun dari koma hari tu? Saya hanya lihat wajah Balqish. Muka awak.. langsung saya tak nampak. Lepas beberapa hari saya sedar koma baru kita berjumpa." kata-kata Kyran membuat aku terkedu.

"Kyran..saya..saya minta maaf tapi waktu tu saya.." belum sempat aku mahu explain Balqish sudah menyampuk di muka pintu.

"Tak usah percayakan dia Kyran. Nampak sangat dia menipu." kata Balqish seraya senyum senget. Dia berpeluk tubuh. Dengan lagaknya, dia menghampiri sini. Pandangan mata kami bertembung. Dia seolah tersenyum mengejek padaku.

Manakala Kyran pula sudah menunduk wajahnya.

"Betul ke Puteri awak tipu saya?" Soal Kyran perlahan.

Mataku sudah bergenang dengan air mata. Aku menggeleng perlahan. Mata silih berganti memandang mereka berdua.

"Tak! Ia tak betul..saya tak menipu awaklah Kyran!" Aku cuba untuk mempertahankan diri.

"Huh, tengoklah wajah ni. Wajah yang penuh dengan topeng kebohongan." Balqish menghampiri wajahnya dengan mukaku. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga aku.

"Kau takkan dapat Kyran, Puteri.. Perkahwinan kami sudah tidak lama pun. Hubungan kau dengan dia sudah lama berakhir. Kau..takkan dapat buat dia percaya dan ingat lagi pada kau. Kau kena ingat tu. Langkah mayat aku dulu sebelum berangan mahu rampas Kyran dari aku." Bisik Balqish tajam di telinga aku.

Air mata yang ditahan dari tadi akhirnya menitis juga kedua belah pipiku. Aku memandang Balqish.

"Opss! Puteri.. Puteri.. hebatlah tipuan kau. Sampai menangis air mata palsu. Wow, hebat sungguh lakonan kau ye, Puteri Ilynia? Huh?" Kata Balqish mengenyetkan sedikit kepalanya memandang aku seraya tersenyum sinis.

Tangan di sisi aku ramas baju dengan kasar. Kelihatan Kyran hanya diam membisu dan membatu di situ.

Aku tersenyum dalam kepedihan.

Kyran memandang aku dengan pandangan kosong.

"Kyran, tolong beri saya penjelasan." kataku perlahan. Aku memandang tepat ke arahnya. Air mata laju saja mengalir ke pipi.

Baru Kyran mahu bersuara Balqish sudah potong line.

"Tak ada apa yang perlu dijelaskan, Puteri. Semua orang tahu yang kau..memang penipu yang hebat. Perempuan macam kau begitu banyak muslihat jahat." Aku memejam kelopak mataku. Hanya termangu berdiam diri mendengar dia sedap saja menfitnah aku. Dia tak tahu ke.. yang dikata tu sebenarnya berbalik pada dia sendiri?

Puteri.. takkan kau nak biar dia saja terus-terusan caci maki dan hina kau? Takkan kau nak berdiam diri saja? Balqish dah cemarkan maruah kau di hadapan Kyran dan cuba buat kau tampak teruk di hadapan Kyran. Kenapa kau masih cuba bertahan sedangkan kau sekarang sedang difitnah? Yeah, betul tu aku tak boleh berdiam diri macam ni. Puteri, kau kena lawan..Lawan..

"Kau hanya perempuan tak sedar diri, yang tak bermaruah suka terhegeh-hegeh nakkan Kyran. Yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan Kyran. Bila difikirkan semula, kau tak rasa malu ke dengan Kyran?? Yelah, kau dah tipu dia lepas tu kau mahu hasut dia supaya dia tinggalkan aku pula? Kau mahu ambil kesempatan ke atas dia dalam keadaan dia macam ni ke Puteri?? Opss! Terlupa..kaukan perempuan yang memang tak tahu malu. Kau. Memang. Perempuan. Tak. Guna. Perempuan. Kejam. Perempuan sihir. Perempuan.."

"Cukup Balqish!! Enough.." aku memejamkan mata. Air mata laju mengalir ke pipi. Tangan di sisi aku genggam sekuat hati. Kata-katanya begitu perit menusuk ke hati. Aku tak boleh biarkan dia menghina dan menfitnah aku di hadapan Kyran lagi. Sudah cukup lama aku bertahan.

Kyran dan Balqish yang mendengar aku menjerit lantang tersentak sehingga ternaik sedikit bahu mereka. Datin Arina yang mendengar dari bawah mahu mendaki tangga ke bilik Kyran mahu lihat apa yang terjadi. Tapi, bila terfikirkan lauk yang sedang dimasaknya di atas gas dapur tidak jadi untuk dia melangkah.

Aku membuka kelopak mata perlahan. Mata merenung tajam ke arahnya.

"Don't crossed the line. Kau dah melampau. Kaulah perempuan yang tak sedar diri.." aku semakin menghampirinya.

"Lagi teruk dari tong sampah yang busuk kau tahu? Kau hina aku.. padahal kata-kata tu sebenarnya menyebalik pada kau sendiri. Kau bukannya hina aku pun. Tapi.. sebenarnya kau hina diri kau sendiri. And.. that's the truth. Am I wrong, Balqish?" Kataku dengan sinisnya. Sekarang ni kami berdua betul-betul menghadap antara satu sama lain dengan dekat.

Aku tertawa dalam keperitan. Tertawa dibuat-buat. Balqish sudah turun-naik dadanya menahan geram. Tangan digepalkan. Nak saja dia tumbuk perempuan di hadapannya ini.

"Kau hanya perempuan lemah. Apapun yang terjadi..kau tetap perempuan lemah. Kau takkan dapat lawan aku, Puteri." Gumam Balqish perlahan. Cukup hanya kami berdua yang dengar. Dia seakan-akan mahu lebih menyemarakkan api kemarahan dalam diriku lagi.

Manakala Kyran seakan buntu seketika. Dia memandang aku dengan Balqish silih berganti.

'Apa yang aku harus lakukan ni?? Mereka berdua macam nak gaduh je..Ohh, tolonglah..'

Tawa kecil aku terhenti serta-merta. Senyuman sinis semakin pudar di bibir aku. Kata-kata pedas dan tajamnya membuat aku terdiam dan tak terkata.

Tiba-tiba Balqish memegang kedua-dua pergelangan tanganku dengan kuat membuat aku mendesir mulut menahan sakit.

"Kau tolak aku cepat..tolak aku." Bisik Balqish perlahan.

"What? Ahh Balqish lepaslah..sakit.." aku cuba untuk meronta-ronta tanganku dari genggamannya.

Akhirnya disebabkan dia tidak mahu melepaskan tanganku juga aku terus menolaknya sedikit membuat dia serta-merta terlepas dari menggenggam tanganku.

Namun, sedar-sedar saja Balqish sudah terjatuh terjelupuk atas lantai.

"Balqish.." Kyran yang dari tadi mendiamkan diri terus meluru mendapatkan Balqish. Dia duduk mencangkung di tepi Balqish.

Aku mengerutkan dahi. Pelik kenapa dia tiba-tiba jatuh.

"Puteri, kenapa awak tolak dia sampai macam ni? Kalau ye pun marah janganlah sampai tolak dia macam tu." bengang Kyran.

"Ahh.. sakit." Desir Balqish sambil memegang pinggangnya dengan penuh kepura-puraan menahan sakit.

Aku menggeleng perlahan.

"T-Tak, saya tolak dia perlahan saja kenapa pula dia boleh terjatuh terduduk atas lantai?" Aku memandang Balqish. Sekarang aku faham..Hujung bibirku mencarik senyuman sinis.

"Awak! Balqish yang sendiri jatuh. Bukannya sebab saya. Dia sengaja je nak buat awak marah dengan saya." kataku perlahan serupa seperti mahu menangis dah. Aku cuba untuk mempertahankan diri sendiri.

Kyran melarik senyum sinis. Aku menggeleng kecil. Senyumannya sudah jelas terang-terang yang dia tak percayakan aku.

Setitis demi setitis air mata jernih mengalir lagi ke pipi. Kyran..

"Saya memang marahkan awak. Dan lepas awak tolak Balqish macam ni tadi saya lebih marahkan awak Puteri." Aku tersentak. Rasa terkedu dan terkelu. Apakah reaksi tu? Reaksi tak percaya pada aku? Kyran..bila awak hilang ingatan ni awak dah lain. Hari ni hati saya begitu remuk dikerjakan awak. Awak boleh percayakan perempuan psycho ni tapi dengan saya awak tak boleh percaya?

Dia langsung tak dengar ke betapa banyak kata-kata hina yang dilontarkan Balqish pada aku seolah-olah aku memang perempuan perampas dan bersikap keji.

Aku tersenyum dalam kepedihan.

"Takpe, huh sia-sia je saya cuba untuk jelaskan pada awak Kyran.. sedangkan awak langsung tak percayakan saya. Saya kecewa pada awak.. benar-benar kecewa." selepas aku berkata begitu terus aku melangkah laju keluar dari bilik Kyran.

Kulihat mommy yang terserempak dengan aku kebetulan mahu ke bilik Kyran memanggil nama aku. Namun, aku tidak menghiraukannya seakan tidak mendengar panggilan darinya. Aku terlalu melayan perasaan aku sendiri. Hanya kedengaran sayup-sayup suaranya menanya pada Kyran tentang apa yang berlaku.

Apa yang aku rasa sekarang memang tidak terungkapkan. Perasaan ini bercampur-baur. Sedih, kecewa, geram semua ada.

*********
"Puteri, kenapa awak senyap saja ni??" Soal Audrey. Sekarang ini aku dengan dia berjalan keluar seiringan di kota. Sengaja mahu ambil angin. Tapi peliklah, dia ajak aku macam tiada apa yang berlaku antara kami dua. Dia tak rasa sedih ke aku tolak cinta dia? Sekurang-kurangnya tak ada rasa marah langsung ke pada aku? Walaupun sedikit? Atau..dia sengaja tidak mahu tunjuk? Hmm..

"Saya? Senyap? Hehe nothing. Just..cuma ada kadang-kadang rasa sakit kat dada ni." kataku menekan dadaku perlahan. Sakitnya seperti membuat aku tidak dapat bernyawa. Macam tulah yang aku rasa.

"Sakit? Laa..kenapa awak tak beritahu saya? Kita boleh.."

"Ehhh, tak perlu bawa saya ke hospital. Biasalah sakit ni...nanti dia hilanglah." kataku terus memotong percakapannya. Seraya tersenyum kelat.

"Okay, kalau macam tu..awak lapar tak? Kalau lapar..kita boleh pergi makan." Belum sempat aku mahu membalas ajakannya tiba-tiba mata ini ternampak kemesraan pasangan di hadapan.

Mataku bertukar sayu memandang ke hadapan.

Audrey yang terperasan air muka aku seperti berubah cuba melihat ke arah lirikan mataku di hadapan.

'Patutlah..ada 'pasangan panas' rupanya..Kyran kau tunggu.' desis Audrey dalam hati.

Kyran dan Balqish yang asyik berbual sambil bergelak tawa ternampak aku dan juga Audrey. Suasana bertukar senyap seketika. Hanya orang lalu-lalang yang riuh-rendah saja kedengaran di kota ini. Aku menunduk wajah. Tidak mahu bertentang mata dengan Kyran. Erghh! Kenapa kami berdua selalu bertembung?? Huhu..

Aku dengan Kyran saling bertentang mata lama.

Kyran mahu mendekati aku tetapi dihalang oleh Balqish.

Kyran menyentuh tangan Balqish yang memaut lengannya lembut dan lepaskannya.

"Sekejap.." katanya lalu dia mendekati aku perlahan-lahan. Sekarang ini aku berada di antara Audrey dan juga Kyran. Kami bertiga saling menatap.

Aku memandang Kyran. Kelihatan lelaki itu seperti mahu berkata-kata.

"Puteri, saya tahu..awak memang cintakan saya kan?" Aku terkedu.

"But, sorry. Saya..saya rasa keliru. Keliru dengan semuanya. Jikalau memang benar kata-kata awak maka buktikanlah pada saya. Mungkin dengan bukti saya boleh percayakan awak." kata Kyran perlahan.

Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum dalam kepahitan.

"Apa yang awak cuba cakapkan ni? Cinta tak perlukan bukti Kyran. Kalaulah awak lihat sendiri kebenaran itu dengan mata hati awak...dan bukannya dengan pancaindera awak. Awak lebih percayakan Balqish. Entah saya pun tak tahu kenapa. Tapi baru saya sedar Kyran..awak..awak memang dah berubah sejak hilang ingatan. Awak. Bukan. Lagi. Kyran. Yang. Saya. Kenal." kata aku menyebut satu per satu sambil menatapnya dengan tepat.

"Awak takkan menyangkal kebenaran jikalau awak memang lihat itu dengan hati. Pejamkan mata awak seketika dan tanya pada diri awak sendiri. Saya rasa..saya rasa teruk. Teruk sangat. Saya rasa..saya dah hampir putus-asa. Mungkin, pasangan awak yang sebenar di masa akan datang adalah Balqish sendiri." kataku tersenyum memandangnya. Namun, senyuman ini kelihatan hambar.

Aku menyeka air mata yang hampir mengalir dari bawah mata seraya tersenyum manis.

Kyran pula tidak terkata. Dia bertentang mata denganku lama. Manakala Balqish di hadapan tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.

'Kisah cinta yang menyedihkan, huh?'

Tiba-tiba ada beberapa batang kayu yang besar dan panjang mahu terjatuh dari atas atap bumbung rendah mahu menimpa aku tanpa aku sedari. Ketika ini, aku dengan Audrey sedang berhampiran dengan kedai yang sedang dibina.

Audrey dan Kyran yang sedar akan hal itu berasa terkejut dan cuba mahu menyelamatkan aku.

"Puteri!" Tersentak aku apabila Kyran dan Audrey secara serentak memanggil nama aku cemas.

Terasa masa berlalu begitu cepat. Dapat ku rasa seseorang sedang memeluk aku dengan erat sehingga kami terduduk di atas tanah.

Buukkk..!!

Aku membulatkan mata. Audrey..dia..dia tahan badan dia semata-mata mahu menyelamatkan aku dari terhempap dengan kayu? Jap ² dari mana datangnya kayu tu.

Aku dengan cemas menepuk perlahan pipi Audrey.

"Audrey..Audrey..!! A-Awak tak apa-apa?" Audrey tersenyum kecil namun dalam masa yang sama aku tahu dia cuba menahan sakit di belakangnya gara-gara terhempap dengan kayu-kayu itu. Keningnya berkerut.

Aku terus memeluknya erat. Tanpa ku sedar, air mata sudah laju membasahi pipi.

"Audrey..awak tak apa-apa..awak takkan apa-apa.." aku bergumam perlahan.

"Puteri, awak..awak tak apa-apa? Awak tak terkena kan?" Aku sudah menangis teresak-esak.

"Kenapa nangis?"

Aku menggeleng kecil namun jantung masih berdetak laju akibat kejadian tak tersangka tadi.

"Tak, awak tak perlu risaukan saya. Yang awak perlu risaukan adalah diri awak sendiri." Audrey tak berkata apa. Dia membalas pelukanku cuba untuk tenangkan aku.

"Shhh! Saya tak apa-apalah. My little sweetie.. don't worry okay?" Gumamnya perlahan sambil mengelus lembut rambutku. Kedengaran dia masih tertawa kecil walaupun dalam sakit. Hisy, Audrey ni..orang tengah risau dia boleh tertawa pula.

Balqish kulihat dia menghampiri Kyran. Wajah itu ditiliknya.

"Kyran, awak tak apa-apa?" Kyran hanya menggeleng kecil namun matanya asyik terlekap memandang aku dengan Audrey yang sedang berpelukan itu.

Aku meleraikan pelukan apabila sudah lama memeluknya. Air mata di pipi diseka lembut oleh Audrey. Namun, mataku mengerdip perlahan memandang Kyran secara diam. Kelihatan wajah itu begitu mencuka melirik ke sini.

Kyran tanpa sedar sudah mengetap rahangnya. Entah kenapa dia begitu tak selesa melihat kedekatan aku dengan Audrey. Rasa rimas.

"Awak kata saya tak dapat lihat dengan mata hati, huh? Sedangkan awak yang tak dapat lihat atau hadam kebenaran itu sendiri." kata Kyran datar secara tiba-tiba membuat aku sedikit tersentak.

A-Apa maksudnya?

Kyran dengan wajah tegangnya terus menarik tangan Balqish pergi dari sini tanpa berkata apa.

Aku menekur wajah ke bawah.

*********
Kulihat Audrey perlahan-lahan membuka baju kemejanyanya. Sekarang ini, Audrey bertelanjangkan dada.

Tergamam aku apabila terpandang tubuh belakangnya yang lebam-lebam dan merah itu.

"Audrey, saya nak rawat luka kat belakang awak ni. Awak tahan sikit ye?" Audrey hanya mengangguk perlahan. Dia memejam kelopak matanya.

Manakala aku cuba untuk menyapu ubat di belakangnya melalui kapas. Sekali-sekala terdengar desiran sakit dari mulut Audrey.

"Ahh.." aku mengetap bibir bawah. Melihatnya sakit macam ni buat aku rasa serba-salah. Dia sakit begini kerana semata-mata mahu selamatkan aku. Sungguh, aku tak sangka ini yang akan terjadi.

Seriau aku melihatnya cuba menahan pedih di belakangnya apabila aku meletak ubat. Tanganku sedikit menggigil mahu menyapu ubat di belakangnya.

Selepas menyapu ubat Audrey menoleh badannya berhadapan dengan aku.

Dalam keadaan Audrey bertelanjangkan dada membuat aku sedikit malu mahu bertentang mata dengannya. Aduhh..berdegup jantung aku ini tak tenang apabila terpandang sicpack di badannya. Adoiii..

"Awak.. terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Kalau tak ada awak ...saya tak tahu apa yang akan terjadi pada saya nanti. Dah tiga kali awak selamatkan saya..a-apa lagi yang saya harus lakukan untuk balas budi awak Audrey? Saya..dah buntu. Disebabkan saya awak sakit pula.. Sekarang beritahu saya.. bagaimana saya mahu balas budi awak." kataku perlahan menunduk wajah ke bawah. Kening tercantum.

"Puteri..pandang saya apabila awak mahu cakap." kata Audrey seraya mengangkat daguku lembut memandangnya.

Aku bertentang mata dengannya lama.

"Awak tak perlu balas budi saya Puteri. Tak perlu." Audrey memeluk aku secara tiba-tiba. Aku sedikit tersentak.

"Saya cuma mahukan awak. Saya mahu awak untuk sentiasa berada di sisi saya, belajar mencintai saya, dan kita boleh menjadi pasangan yang romantik." kata-katanya membuat kepalaku tergeleng kecil.

Aku memejam mata dengan rapat. Kening tercantum lagi. Terus aku menolak tubuhnya sedikit membuatnya terundur ke belakang. Spontan pelukan dileraikan.

Aku menggeleng kecil berkali-kali.

"Maafkan saya.." kataku yang terus pergi meninggalkannya di situ. Hanya perkataan maaf yang aku mampu untuk ucapkan sekarang ni.

Audrey tak terkata. Dia menggepalkan tangannya sekuat hati. Setitis air mata jantannya mengalir ke pipi.

"Kalau begitu, terpaksalah aku guna cara kasar untuk dapatkan kau Puteri."

*********
Kyran keluar dari kamar mandinya. Dia berpakaian bathrobe sambil sebelah tangan mengelap rambutnya yang basah dengan kain tuala putih itu.

Kyran membuka laci meja tulisnya. Saja mahu lihat-lihat. Selama ni, dia tak ada masa mahu lihat barangnya sendiri. Manalah tahu, ada barangnya yang dulu yang boleh buat dia kembali ingat sesuatu.

Sebaik membuka laci, tiba-tiba dia ternampak sebuah buku.

"Macam buku diari.." gumamnya perlahan. Baru sempat dia mahu ambil buku itu seseorang sudah mengetuk pintu biliknya.

"Itu mesti Balqish.." gumamnya seorang diri lagi.

"Sekejap! Saya mahu pakai baju.." laung Kyran dari dalam bilik. Dia terus kembali menutup lacinya itu tidak jadi mahu mengambil buku tadi.

Ketukan di pintu bilik Kyran sudah tidak kedengaran.

"Takpe, nanti aku baca. Mungkin, ada sesuatu yang boleh buat aku ingat." gumam Kyran lagi.

Dia terus membuka almarinya mahu menyarungkan baju.

*********

Malam ni..aku nak keluar rumah jalan-jalan asalkan tidak jauh dari rumah. Entah keberanian mana aku rasa nak berjalan kaki seorang diri. Aku nak lepaskan rasa 'lain macam' dalam hatiku ini. Aku tak boleh asyik berada di rumah kerana aku boleh mudah dapat depresi.

Depresi dengan semuanya. Aku rasa nak lepaskan tension dengan semuanya. Yeah, itulah yang aku rasa sekarang ini.

Namun, sedang ralit aku berjalan sambil memandang bintang yang banyak di dada langit tiba-tiba terasa mulutku ditekup oleh seseorang dari belakang.

"Ermmhh..ermmh.." aku cuba untuk meronta-ronta namun tarikannya begitu kuat sambil tangannya lagi satu mencengkam lenganku kasar membuat tubuh aku serta-merta terpaksa mengikutnya. Bulat mataku apabila dia membawa aku ke tempat yang tiada orang, sunyi dan yang paling sadis apabila tempat ini sudah jauh dari rumah aku.

Aku mula berfikiran yang bukan-bukan. Takutnya aku rasa saat ini apabila tiba-tiba ditarik oleh orang asing. Entah-entah dia penculik, perogol, pembunuh bersiri!?! Ahhh..aku dah mula fikir bukan-bukan. Aku rasa dia ialah orang jahat. Tengoklah tempat mana yang dia bawa aku ni? Tuhan..aku takut! Aku takut dia akan buat perkara buruk pada aku. Sama ada..mahu ambil organ aku kat sini, seksa atau..rogol aku. Arghh! Tak kurela itu terjadi!

Belum sempat aku mahu menggigit tangannya yang masih menekup mulutku dan mahu cabut lari dia telah lepaskan tangannya dari mulut aku. Terus aku berjauhan dengannya mahu melihat siapa yang berani buat aku begini.

Aku terkedu. A-Audrey??

"Audrey? Kenapa? Kenapa awak tarik saya ke sini?" kataku sedikit cuak. Yelah, Audrey ni.. bukannya aku kenal sangat pun luar dan dalam dia.

Audrey tersenyum sinis.

"Puteri..kau rasa?" Sudah bertukar panggilan 'awak dan saya' jadi 'aku kau'

Aku menggeleng perlahan. Pandangan mataku sudah kabur dengan air mata.

**********
Beberapa jam kemudian..

Aku masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lemah. Jalan aku sedikit terhuyung-hayang. Manakala mataku sudah merah asyik merembeskan air mata.

Pakaianku robek sana-sini. Rambutku begitu serabai seperti orang gila.

Mulut aku yang memuntahkan darah hingga menitis ke lantai membuat tubuhku terbengkok sedikit. Aku memegang dadaku. Sangat mencucuk di situ.

Aku menyeka darah di tepi bibirku. Tangan yang terkena darah tidak aku hiraukan.

"Huhh..huhh..." nafas aku kembali tidak stabil.

"Erghh..erggg.." aku memejam mata seketika. Berkerut dahiku cuba menahan sakit.

"Puteri, kau ke tu? Hehe aku rasa tu kau. Puteri, malam ni aku tidur rumah kau tau?" Kedengaran suara Farah di atas kerusi sofa. Namun, aku tidak menghiraukannya. Keadaan aku nampak menyedihkan. Aku rasa nak mati.

Sepanjang aku berjalan, Aku terus masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan panggilan Farah.

Farah yang sedang memegang tongkat cuba berjalan tetapi baru setengah langkah dia sudah terpijak darah Puteri di atas lantai.

Farah membongkok badannya dan cuba mencalit ke jarinya sendiri.

"Cecair apa ni?" Farah berkata sendirian. Dia cuba menghidu. Alangkah terkejutnya dia apabila terasa bau darah.

"Cecair yang pekat.. baunya yang tak bagus. I-Ini..ini adalah darah.." Farah bergumam perlahan. Dia mengundur setapak ke belakang.

"A-Adakah ini memang betul darah?"

"Aunty..!! Aunty..!!" Laung Farah memanggil aunty. Tongkatnya serta-merta terjatuh atas lantai. Tersentak. Aunty yang sedang menyelongkar barang di dapur cuba mencari makanan untuk dikunyah terus tergesa-gesa ke ruang tamu menghampiri Farah.

"Farah..kenapa ni? Ada apa-apa ke kamu panggil aunty?"

"Aunty..darah.." mulut Farah terketar-ketar. Aunty yang baru perasan darah di atas lantai terkejut dan tergamam.

"Darah siapa ni??! Kamu terluka ke Farah?" Soal aunty cemas cuba membelek tubuh Farah.

"T-Tak aunty..Farah rasa..I-Ini darah Puteri."

"Hah?!" Aunty menekup mulutnya. Tergamam.

"Farah dengar pintu dibuka tadi dan Farah yakin itu Puteri baru balik dari berjalan keluar. Tapi bila Farah panggil.. Puteri cuma diam saja. Dan Farah dengar pintu biliknya dihempap kuat atas sana. Farah yakin dia ada bilik sekarang ni." kata Farah berterus-terang. Suaranya sedikit terketar-ketar menahan gelora di dada. Risau sangat apa yang berlaku pada Puteri sebenarnya.

"Farah tunggu sini..aunty mahu tengok Puteri kat bilik." Farah hanya mengangguk kecil. Dia cuba meraba-raba kerusi sofa dan cuba duduk di atas sofa di ruang tamu itu seketika.

Manakala aunty yang sudah beriak risau dan cemas mengetuk pintu bilik Puteri bertalu-talu.

"Puteri..kamu tak apa-apa nak? Puteri.."

Aku menutup kedua-dua telingaku. Tidak menghiraukan panggilan aunty dari luar. Dia tak boleh lihat aku dalam keadaan macam ni. Kedua-dua tanganku menggigil. Esak tangis kecilku kedengaran. Aku mengetap bibir bawahku.

Terasa tubuhku turut menggigil.

"Hiskk..hisk.." air mataku terus-terusan menurun ke pipi. Aku memejam mata dengan erat. Trauma dengan kejadian tadi.

"Kau memang jahat Audrey..kau memang jahat.." aku bergumam halus perlahan.

Peluh merenik ke dahi. Aku cuba menahan rasa. Cuba untuk melupakan kejadian tadi. Tapi...tak boleh. Ia asyik berlegar di minda aku. Aku rasa..sangat trauma dan takut.

Kegelapan, kesedihan dan ketakutan menyelubungi diriku.

Aku cuba untuk tenangkan diri. Cuba menarik nafas panjang dan menghembusnya kasar. Panggilan risau aunty masih kedengaran dari luar bilik aku.

"A-Aunty.. Puteri..tak apa-apa. A-Aunty jangan risau.."

"Betul ke? Aunty tak percayalah. Aunty nampak darah kamu kat atas lantai. Kamu sakit ye nak?" Soal aunty risau.

"Puteri tak apa-apa.. percayalah aunty..kalau aunty risau sangat..aunty boleh suruh Farah masuk dalam bilik Puteri.."

**********
"Uhukk..uhukk.." Farah sudah menangis teresak-esak apabila mendengar aku asyik batuk.

"Hiskk..hisk.. Puteri kenapa ni?? Ni mesti sebab penyakit kau kan.." kata Farah. Dia memegang tanganku.

Aku menekup mulut. Darah masih membuak-buak keluar dari mulutku.

Aku menurun tanganku. Aku tersenyum dalam kepedihan. Darah semakin banyak berada atas telapak tanganku.

Tepi mulutku terkena darah. Setiap kali aku batuk. Dalam masa yang sama, aku sekali-sekala memuntahkan darah. Darah pula semakin banyak keluar. Nampaknya aku semakin teruk.

Setitis air mata mengalir ke pipi aku.

Farah bertambah terkejut apabila dia mahu menyentuh tanganku.. tangannya tak sengaja terkena darahku.

"P-Puteri..hisk..hisk.." tangisan Farah semakin menjadi. Aku hanya tersenyum dan terus menariknya ke dalam pelukan aku.

"Jangan nangis...nanti aunty dengar dan syak bukan-bukan..aku tak nak dia tahu keadaan aku macam ni. Hanya kau saja yang tahu.." Aku berkata perlahan sambil menangis dalam diam.

"Uhuk..uhukk.." aku terbatuk-batuk lagi.

"Puteri...hisk..hisk..kenapa kau macam teruk ni? Hmm? Bukan kau dah buat rawatan ke? Puteri..aku tanya ni. Kalau kau dah buat rawatan kau takkan seteruk ini.." kata Farah beserta tangisannya. Desahan nafas kuat dari aku menjamah ke cuping telinganya.

"A-Aku tak tahu..mungkin sebab aku terlalu berada dalam kesedihan. Hati aku begitu sakit dan perit, Farah. Dada aku begitu menyesakkan. Ia buat aku sukar sekali untuk bernafas. Aku terasa begitu terseksa dan sakit dalam dada ini." kataku perlahan.

"Farah, aku mahu beritahu kau sesuatu ni..dan aku tahu kau akan marah." Aku tersenyum kecil.

"Aku rasa..aku tak mampu untuk bertahan lagi, Farah. Suatu hari nanti..aku tak akan dapat bertahan lagi..a-aku pun manusia biasa juga Farah. Aku dah lalui segala-galanya. Tapi sekiranya, ia sudah terlalu sukar untuk aku hadapi maka aku akan jatuh tanpa rasa mahu bangun lagi.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience