BAB 22

Humor Completed 44234

“Betullah kau ni, kan, licik betul nak sembunyikan perasaan kau tu.”

“Apa hal pula licik-licik ni.”

“Yalah…kan kau dengan Cikgu Ashraf tu pasangan dot, dot, dot…hisy…pura-pura pula tak tahu, karang aku cakap terang-terang kau juga yang marah.”

“Malaslah nak ingat benda tu, biarlah ia berlalu, tak guna berharap pada perkara yang mustahil.”

“Mustahil? Tak faham aku cakap kau ni, banyak betul la...berselindung!”

“Berselindung apanya, Nina, kau dah nampak aku dan cikgu tu tak lagi macam dulu, kan.”

“Sebab tu aku nak tahu Mira sayang oii….”

“Tiada apa benda nak diberitahu kau pun, kau aje tu yang pura-pura tak tahu. kau pun nampak, kan macam mana layanan cikgu tu pada aku sekarang. Bukan kita ke yang nampak dia dengan perempuan lain kat dataran esplanade tu tempoh hari? Tulah tu sebabnya mungkin dia berubah, saja nak ambil kesempatan kat aku! Mira menjongketkan bahunya. Buat-buat diri cool padahal hatinya patah seribu.

“Kau aja yang perasan agaknya, cikgu tu saja-saja minat kau kut, bukannya cinta seperti yang kau sangka.” Mulut Nina yang tak berinsurans itu lancang pula buat tuduhan.

“Kau jangan tambah sakit hati aku ni, karang ada orang terbang melayang kat bumbung rumah tu, jangan salahkan aku.” Mira menunjukkan penumbuknya. Geram diselar sebegitu oleh Nina. Kalau ia pun aku perasan, tak payahlah nak heboh-heboh. Inilah yang buat aku tak suka bercerita soal hati dengan Nina ni, ada aje caranya nak menempelak orang. Mira mengetap bibirnya pula.

“Yalah, yalah…main-main pun tak boleh, cepat naik uban tau kalau suka marah-marah,” balas Nina sambil menyengih.

“Eh, Balan dan kawan-kawan dia tu apa hal aa…jumpa kau tiba-tiba. Hari tu bukan main lagi naik hantu nak tunjuk kuat,” soal Nina melompat ke topik perbualan yang lain pula.

“Pelik, kan..tiba-tiba aje pula nak Minta maaf.” Mira menjongketkan bahu.

“Kau tak tanya ke apesal dia minta maaf, masakan samseng tegar tu dah insaf pula.”

“Malaslah nak ambil tahu, pedulilah dia tu. Buang masa aku aje sibukkan diri dengan hal yang tiada kena mengena dengan aku.” Semakin rancak tangan Mira menyuap kerepek pisang yang dihidangkan oleh Nina di hadapan mereka itu.

“Kalau ia pun, takkan tak bernafas makan kerepek tu, tinggallah untuk aku juga.” Nina yang ratu kerepek pisang itu turut rancak juga menyuap kerepek itu ke mulutnya.

“Tapi, dia ada kirim salam dengan kau, dia nak minta maaf juga sebab kau pun ada sama, kan waktu tu.”

“Ye ke…hmm..tahu pun dia rasa bersalah tapi aku rasa macam ada berlaku sesuatulah yang menyebabkan deorang tu berubah mendadak, kut-kut sebab Cikgu Ashraf.” Nina menayangkan sengihnya.

“Aku tahulah kau tu Nujum Pak Belalang tapi dari mana pula sangkaan kau tu berpunca, sebarang aja nak tuduh orang,” Omel Mira.

“Aii..aku kata kut-kut aje…tapi kalau benar pun sebab cikgu tu apa salahnya, kan dapat pahala tu buat orang berubah menjadi baik.” Nina menjongketkan keningnya, konon-konon dialah orang yang berfirasat tinggi.

“Banyaklah pahala kau, jadi yang cikgu tu patahkan hati aku pahalalah tu!” pantas Mira menjawab terkaan Nina itu.

“Yalah…tapi janganlah pula fikir negatif sangat, kut-kut ada benda yang lebih dahsyat berlaku kat kau kalau korang berdua teruskan juga untuk bercinta. Benda tu kadang-kadang perlu kita fikir juga untuk menghilang kekecewaan dalam hati tu.” Nina dah jadi pakar motivasi pula.

“Banyaklah cantik kau, kau tak rasa apa yang aku rasa, memanglah kau boleh cakap,” tempelak Mira pula.

Dia menongkat dagunya, menelan semua apa yang dikatakan Nina sebentar tadi. Kalau difikirkan secara rasional, benar segala apa yang dikata Nina itu. kadang-kadang Allah menguji kita dengan kekecewaan kerana kita mungkin akan lebih sakit jika sebaliknya yang kita dapat. Walaubagaimanapun aku ini insan tak sempurna yang tak lepas daripada perasaan azali yang dicipta bersama ke atas makhluk yang bergelar manusia ini. Mira mengakui kedaifannya.

“Natasya dan Umairah pun ada minta maaf dengan kau juga ke? Yalah…kut-kut deorang pun insaf juga sebab dah nak hampir SPM ni, nak ambil berkatlah katakan… “

Satu persatu masalah dalam hidup Mira Nina bangkitkan, dari Cikgu Ashraf, Balan dan gengnya dan kini soal budak sengel bernama Natasya dan Umairah itu pula. Satu saja yang Nina tak sentuh iaitu mengenai Cikgu Badrul. Biarkan sajalah, fikir Nina. Karang aku sentuh soal cikgu yang dibencinya itu, takut tak tidur pula Mira malam ni mengenangkannya. Nina menyengih.

“Jangan mimpilah, rupa bentuk batu lagi boleh berubah daripada hati budak sengal berdua tu,” balas Mira.

Memang benar bukan senang nak mengubah hati manusia, tapi keras hati manusia ini tak lebih daripada kerasnya sebiji batu sebenarnya. Kalau batu boleh berubah disebabkan hakisan inikan pula hati manusia. Lambat-laun ia akan berubah juga sesuai pada waktunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience