BAB 42

Humor Completed 44234

Diya mengusap-ngusap perutnya, benih yang tumbuh subur di dalam rahimnya itu adalah lambing kasih antara dia dan suami. Namun sejak pertemuannya dengan Nina dan Saiful tempoh hari, fikirannya sentiasa saja dirasuk kebimbangan. Keinginannya untuk bertemu Mira semakin mendesak. Sudah beberapa kali niatnya itu ditangguh.

“Bang, abang sayang Diya?” rengek Diya manja.

Ditatapnya wajah suami yang duduk di sebelah itu lalu menyandarkan kepala di dada suami yang sangat dikasihi itu. Aroma haruman lavender dan sinaran lampu malap dalam bilik tidur mereka itu membangkitkan mood romantik pasangan ini. damai seketika perasaannya yang dilanda resah.

“Siapa tak sayang isteri abang yang comel ni, sayang tahu tak yang abang sukakan sayang sejak kita bertemu di sekolah kat kampung tu dulu, ingat tak lagi kisah cucur udang dulu tu?” soal Si suami meyakinkan isterinya itu sambil tersenyum mesra.

Rambut Diya yang terhurai panjang dibelai lembut lalu dikucup dahi isterinya itu sebagai tanda dia benar-benar mengasihi. Sengaja dia mengimbas kenangan lalu untuk meyakinkan hati isterinya yang kadang-kadang meragui ketulusan cintanya. Mungkin sebab dia berbadan dua, moodnya menjadi jadi, Si suami cuba membaca fikiran isterinya.

“Err.. malunya..” Diya menekup wajahnya dengan telapak tangan sambil tersenyum. Terimbau memori lucu cucur udang yang disambar kucing ketika dia menghulurkan bekas plastik berisi cucur udang yang cuma tinggal sekeping kepada dambaan hatinya waktu itu yakni suaminya ketika ini.

“Tapi Diya bukanlah orang pertama hadir dalam hidup abang,” katanya lagi setelah melepaskan tawa bersama mengimbau memori itu.

“Diyalah orang pertama hadir dalam hidup abang, cuma keadaan tak membuatkan kita bersatu. Kadang-kadang kita perlu akur pada desakan yang tiada pilihan dan kadang-kadang juga kita tersilap langkah sebab godaan-godaan syaitan yang sentiasa menjerumuskan kita ke jalan yang salah. Dahlah, sayang jangan fikir banyak tentang hal tu, baby dalam perut ni kena jaga,” tutur si suami lembut dan panjang lebar.

“Bang, sakitlah bang….argh…” Diya mengerang manja sambil memegang perutnya.

“Sayang kenapa! dah nak bersalin ke?” soal Si suami cemas.

Bahu isterinya itu dirangkul sambil memegang perut yang memboyot itu.

“Ngee…acah aje la…abang ni cemas semacam aje…kalau betul-betul Diya bersalin bagaimana?”

Diya menyengih. Lucu melihat suaminya itu yang macam tak keruan aje gayanya tadi.

“Apesal main-mainkan abang, risau abang tau. Tarikh bersalin lama lagi, ini tiba-tiba mengadu sakit. Tentulah abang risau,” balas si suami bersungguh-sungguh.

Haih…perempuan bunting ni macam-macam ragam! Sekejap begitu, sekejap begini, fikir si suami pula.

“Sorry…abang marah ya?” Diya mendongak manja wajah suaminya.

“Tak..risau aje,” balas si suami mengulum senyum bermakna.

Pinggang isterinya itu di rangkul menuju ke tempat beradu bagi menikmati malam mereka yang masih panjang.

“ENGKAU nikan, sama ajelah dengan Mira, perkara yang belum berlaku sudah beranggapan yang bukan-bukan!” selar Nina geram.

Malas dia menjadi kambing hitam antara Mira dan Diya. Tahu buat hal tapi takut berdepan dengan realiti! Yang jadi mangsanya aku, gerutu hati Nina

Alaa..awak tukan kawan susah senang dia, tentu kau tahu macam mana nak pujuk dia.,” rayu Diya.

Sebenarnya Diya takut kalau Mira enggan menemuinya. Kalau Pasang orang tengah mungkin akan memudahkan urusan pertemuan aku dengan Mira, fikir Diya.

Diya menyedari akan kesalahannya, jika perkara itu berlaku kepada dirinya pun, dia pasti akan sakit hati juga.

“Beginilah, baik kau tunggu anak engkau tu keluar dulu, aku takut anak kau tu keluar sebelum masanya kalau engkau kusutkan fikiran dengan hal dulu tu,” momok Nina pula.

Ya la…fikiran manusia ni kadang-kadang kita tak duga. Kalau perkara lepas berlalu begitu saja tanpa dendam di pihak yang merasa teraniaya O.K, tapi kalau spesies Mira yang suka berdendam ni macam mana? Fikir Nina. Walaupun dia tahu dendam Mira itu taklah sampai ke tahap gaban tapi perlu juga beringat. Kut-kut kesarungan menyerang, kesian pula Diya yang tengah sarat mengandung tu! Nina melepaskan keluhan.

“Sebab aku mengandunglah aku nak bersemuka dengan dia, kut-kut dia kesian kat aku,” ujar Diya manja.

Nina mengerutkan dahinya. Walaupun tak Nampak muka kesian Diya sebab hanya suara yang kedengeran di corong telefonnya tapi ada benar juga kata Diya. Takkan Mira tergamak nak menyerang perempuan mengandung kalau dia marah sekalipun.

“Ya la..nanti aku fikirkan. Kalau kau terpaksa tunggu dua atau tiga tahun lagi pun, sabar ajelah! Aku dengan Mira ni pun jarang ada masa nak berborak. Aku sibuk dengan kerja aku, dia lagilah, doktorlah katakan,” putus Nina bosan.

Tahu menayang muka kesian! Sewaktu dia sakitkan hati orang lain, tak terfikir pula dia kesiankan orang. Diya…diya…dasar suka tunjuk muka kesian!

Sudahlah aku berdebar menanti saat bahagia bersama Shahir, kini ditambah pula debaran aku ni dengan menjadi perantara bagi menyelesaikan masalah korang! Dah nasib aku selalu jadi orang tengah. Nina menelan air liur.

Tak habis lagi kes Diya, datang pula panggilan Saiful bertanyakan perihal Shah dan Mira. pasal Mira lagi! Adoi….bertubi-tubi permintaan rakan-rakan ini. ingat aku ni ejen CSI ke? Mahu tak mahu Nina terpaksa juga melayannya.

“Tak tahu la Saiful, sekali itu aje saya dan Shahir lihat Mira dengan lelaki yang bernama Shah itu. lepas tu aku dah tak ambil tahu sangat lagi. Aku Cuma bagi pesan kat dia agar tidak percaya sangat dengan shah itu,” jelas Nina.

“Kau tu, kan kawan serumah dia, masakan dia tak cerita apa-apa,” Saiful seakan mendesak.

“Mira tu selalu sibuk la Saiful, jarang kami ada masa nak bercerita, lagi pun, kan dia jenis manusia yang suka memendam, malaslah nak paksa dia,” balas Nina.

Haih…macam tak tahu pula perangai sepupu dia tu! Nak diasak macam mana pun kalau belum tiba masanya dia nak berkongsi perasaannya, jangan haraplah Mira tu nak buka mulut. Nina menggumam geram.

“Awak tu, kan cikgu, pasti ada ilmu psikologi engkau nak tundukkan ‘tanduk’ dia tu,” ujar Saiful lagi.

“Hah, kau ingat Mira tu budak sekolah ke? dia doktor ape Saiful!” balas Nina pula.

Nak guna psikologinya apanya kalau dah tua! Entah entah kita pula yang di anggapnya psiko sebab menyibuk hal dia, Nina memprotes dalam hati.

“Cuba-cubalah pancing dia, apa hubungan dia dengan Shah,” Saiful masih mahu memaksanya.

“Yalah, yalah..tapi kenapa Saiful macam risau sangat dengan mereka tu, macam O.K aje pun.”

Nina pula yang rasa tak seronok dengan asakan demi asakan Saiful itu.

Macam aje ejen perisik, aku ni pula nak dijadikan saksi! Aniaya aku kalau kes ni kes jenayah. Terpampang nanti muka basi aku ni kat akhbar-akhbar. Haih..gerun, omel Nina dalam hati.

“Shah tu kaki pukul! Dia tiba-tiba datang tumbuk saya sewaktu saya dan Mira duduk di sebuah kedai makan tempoh hari.” Saiful memuntahkan kebimbangannya.

“Eh, biar betul! “ Nina tersentak.

Tak pernah pun Mira ceritakan hal ni pada aku, ini mesti kes cemburu ni! lelaki, kalau dah mula melayang penumbuk kat lelaki lain, nak gelar apa lagi kalau bukan cemburu buta! Mira..Mira..engkau ni memang betul pemendam tegar la, dengan aku pun kau tak beritahu hal ni. Hati Nina berkicau.

“Ha, baru kau tahu?”

Saiful seakan memperlekehkan keprihatinan Nina sebagai rakan yang sepatutnya lebih tahu tentang Mira.

Janganlah ada apa-apa yang berlaku ke atas Mira. sempat doa itu Nina panjatkan untuk sahabat kesayangannya itu walaupun dia sentiasa bertekak dengan Mira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience