BAB 47

Humor Completed 44234

“Maaflah Shah, tak sempat jumpa Shah semalam, penat sangat,” rengek Mira dalam talian.

“Eh, tiada pun Shah kata nak jumpa Mira semalam, ada ke?” soal Shah bingung.

Seingat Shah, tiada temujanjinya dengan Mira semalam, kalau ada pun dengan bosnya saja.

“Shah kan SMS Mira semalam, kata nak jumpa di tempat biasa!”

Mira bengang. Penat-penat dia memikirkan permintaan Shah yang terpaksa diketepikannya itu sebab hilang mood, Shah pula kata tak SMS. Penipu! Semua lelaki penipu! Mira naik angin tiba-tiba.

Tempat biasa…tapi tempat biasa mana pula aku dan Shah selalu bertemu? Mira kalut.

“Orang salah nombor agaknya, tapi takpe nanti kita jumpa hari ni ya,” pujuk Shah pula.

Puii…macamlah kita ni terhegeh-hegeh sangat nak jumpa dia! Aku layan engkau tu pun sebab engkau tu Arif Mulia, kalau tak, pergi berhambuslah! Sumpah Mira dalam hati. Dia rasa seperti dipermain-mainkan pula oleh Shah.

“Takpelah, betullah mungkin orang silap nombor,” putus Mira.

Untuk memuaskan hatinya, Mira cuba memeriksa kembali SMS yang dihantar kepadanya itu semalam. Sah! Memang bukan Shah yang hantar. Tiada tertera nama Shah mahupun nombor telefonnya. Hanya nombor asing yang tertera di situ. Aku yang angau! Mira mengutuk dirinya, tapi siapa pula? Lelaki yang halang kereta aku semalam ke? Mira menerka-nerka. Teringat pula dia dengan kata-kata Cikgu Ashraf dulu, bila kita stress tindakan kita juga akan jadi tak betul. Inilah mungkin yang berlaku kepada diriku sekarang ini, omel Mira dalam hati.

“Shah ke yang menghalang kereta Mira semalam sewaktu Mira dalam perjalanan ke tempat kerja?” soal Mira pula.

Tiba-tiba rasa nak siasat Shah pula dengan kejadian yang menimpanya semalam.

“Shahlah tu, Nampak Saiful muncul, Shah pun lari, takut dia balas tumbukan Shah tempoh hari,” akui Shah.

Sengaja dia memperbodohkan dirinya dengan alasan yang menjatuhkan air mukanya itu. semua kerana bosnya. Itu pun sebab Mira tanya, kalau tak dia tak akan mengaku pun kewujudannya itu semalam.

“Tapi nampak macam penyamun aje, Shah kan selalu naik motor?” ujar Mira pula.

“Itu andaian Mira aje, kebetulan memandu di belakang Mira, itu yang halang kereta Mira tu, rasa nak berbual sekejap, tapi Mira tak buka pintu pula,” jelas Shah.

Kalau tak pandai kelentong, takut kepalanya akan di gantung oleh bosnya pula. Sebenarnya ada agenda rapi yang mahu dilunaskan Shah ketika itu namun hajat itu tak kesampaian.

Mira memutuskan talian. Kadang-kadang perangai Shah ni pelik juga. Patutkah halang laluan kereta kita di tengah jalan raya semata-mata nak berbual! Telefon kan ada! Mira kebingungan.

HAIH…..kata nak SMS kita nak jumpa kat mana, hingga sekarang SMS tak kunjung,” keluh Nina.

Janjinya untuk bertemu dengan cikgu Kamal dan Cikgu Badrul selaku superior dalam bidag sastera tidak kesampaian. Janji semalam, sampai sekarang SMS mahupun panggilan tak kunjung tiba!

“Shahir dah jumpa kekasih baru agaknya,” sampuk Mira, mengusik.

“Mulut tu nak kena cili…kalau betul Shahir ada kekasih baru, itu sebab mulut kau, aniaya kau nanti!” Nina menggumam.

“Hisy..dashyat! ada pula sebab mulut aku,” ujar Mira lagi.

“Aku serius apa, cikgu tu janji dari semalam, kata nak SMS tempat nak bertemu di mana, sampai sekarang tak dapat, janji melayu betul! rungut Nina.

“Oh ye ke…tapi aku pula lain, aku ingatkan Shah yang SMS nak jumpa, rupa-rupanya orang lain yang tersalah hantar, entah orang mana tersalah nombor, buat suspens aje,” ujar Mira pula.

Nina yang sedang asyik googling sejak tadi, kini bangun mendekati Mira yang sedang asyik melayan drama korea kegemarannya.

“Bagi aku tengok nombornya.”

“Apasal nak tahu, bukannya ada kaitan dengan kau pun,” ujar Mira pula.

“Bagi ajelah...” Nina memaksa.

“Nah,” Mira menghulurkan telefonnya yang tertera nombor penghantar SMS sesat semalam kepadanya ke arah Nina.

Nina membuka senarai contactnya, cuba membandingkan nombor penghantar sesat di telefon Mira dengan nombor superiornya. Sah! Dia salah hantar SMS. Dah terlampau angaulah tu, hingga sesat hantar mesej! Nina tersenyum sendiri.

“Dua kali lima,” ucap Nina sambil tersenyum.

“Apa yang dua kali limanya,” soal Mira yang sedikit pelik dengan sengihan Nina ketika itu.

“Tiada apalah, angaulah kalau dah sesat hantar mesej,” balas Nina bersahaja.

Mira yang keasyikan menonton drama korea kegemarannya itu hanya membiarkan Nina melayani angaunya. Kebetulan ini episod terakhir, jadi dia tak mahu ketinggalan mengikuti pengakhiran kisah drama itu. Apakah akhirnya mereka akan berpisah atau berbaik semula? Mira menerka-nerka ending drama itu.

“Haih…dia kalau dah melekat dengan drama korea dia tu, tsunami datang melanda pun dah tak peduli,” omel Nina.

Hilang moodnya nak merapu dengan Mira yang macam tak berkelip mata memandang skrin TV.

“Hei..diamlah!”

Itu sajalah ungkapan yang Nina dengar daripada mulut Mira. sekali sekala bantal dibaling apabila Nina mengasaknya bercakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience