BAB 9

Humor Completed 44246

Kini Mira banyak berubah. Dia tidak lagi seperti dulu yang kuat mengusik dan selalu berkumpul belajar bersama rakan-rakannya. Bermula dengan kehadiran guru baru yang bernama Ashraf dan kemalangan yang menimpa ibunya, seolah-olah memberi impak pada kecelaruan emosi yang bersarang di kepalanya.

“Mengelamun nampak!”

Suara Diya mengejutkan Mira dari lamunan. Mira yang tiba awal di sekolah pada pagi itu tersentak seketika oleh suara Diya yang menyergahnya tiba-tiba.

“Ye la..apa masalah awak ni? Awak banyak berubah la… rindu la dengan Mira yang dulu!” Celah Nina pula, cuba-cuba memancing kalau-kalau Mira mengena dengan umpan soalannya itu.

“Tiada apa yang berubah la, aku seperti dulu juga, cuma aku banyak memikirkan peperiksaan kita yang bakal tiba, itu saja,” jawab Mira.

Dia menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Nina bukanlah orang yang sesuai untuk dia menceritakan masalah dalam diri yang dihadapinya kini. Nanti tidak fasal-fasal pula kecoh satu sekolah! Mira cuba mempertahankan apa yang dirasakannya terhadap Cikgu Ashraf itu dirahsiakan buat sementara waktu.

“Kalu ada apa-apa masalah, beritahu kami ajalah, takkanlah dengan kawan sendiri pun nak berahsia, sulit sangat ke masalah kau tu,” giat Diya pula.

“Haah la…macam masalah negara pula, takkanlah peperiksaan yang bakal tiba tu buat engkau jadi buta gurau sampai ke tahap ni,” tambah Nina, berseloroh.

“Tu la…orang dah memang pandai, masakan stress tahap gaban pula, lainlah kalau kita ni,kan Nina?” giat Diya masih mahu Mira berterus-terang.

TATKALA bulan berlabuh di kotamu

Kerdip-kerdip rindu pun mulai bersinari

Ternyata aku seperti pungguk dari jauh

Yang telah terasing dari memorimu

“Macam mana dengan puisi cikgu, boleh dapat markah tinggi tak,” soal Cikgu Ashraf.

Bagai nak koyak mulutnya tersenyum! Bait-bait puisinya diungkap bagaikan seorang pemuisi yang terkenal.

Wow….semua pelajar bertepuk tangan.

“Tapi apa maksud puisi itu, cikgu?”

Kedengaran suara daripada sebahagiaan pelajar ingin tahu.

“Maksudnya…jangan seperti pungguk yang rindukan bulan, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi,” jawab Cikgu Ashraf sambil tersenyum cuba berkias dengan para pelajarnya.

“Tapi bagaimana pula kalau bulan yang rindukan pungguk, cikgu?”

Kedengeran suara pelajar memberi respon diselang seli ketawa. Siapa lagi kalau bukan para pelajar lelaki yang pantang terkuit hatinya. Dengar perbualan menyimpang sikit, mulalah nak naik miang.

“Cikgu, ada bulan yang rindukan pungguk kat kelas ni, cikgu.” Natasya dan Umairah mengekek. Sengaja nak kenakan Mira yang konon-kononnya merindui Cikgu Badrul yang hilang tanpa pesan.

“Natasya yang rindukan pungguk tu, agaknya,” balas Cikgu Ashraf selamba.

Semua pelajar ketawa, Natasya pula tersipu-sipu malu diketawakan rakan-rakan sekelas. Mira mencebik bibir. padan muka kau! Bisik hatinya.

“Dah! banyaklah kamu punya bulan rindukan pungguk tu,” ujar Cikgu Ashraf lagi.

Jika dilayan takkan habis ocehan para pelajarnya itu. Ada saja cara nak menyimpang pergi topik lain. Tak kuasa nak layan soalan yang tak masuk akal tu. Cikgu Ashraf membiarkan saja persoalan nakal para pelajarnya itu.

“Baiklah class, cikgu mahu anda semua menghasilkan sebuah puisi moden atau sajak. Luahkanlah apa saja yang anda rasakan melalui puisi. Mungkin mengenai cita-cita anda atau harapan anda pada peperiksaan SPM yang bakal tiba.” Arah Cikgu Ashraf.

“Cikgu, puisi cinta boleh tak, cikgu?”

Kedengaran suara-suara sumbang daripada pelajar-pelajar lelaki dalam kelas itu. Rasa tak sempurna lagi Cikgu Ashraf menyebut suku kata perkataan terakhir soalan itu, pelajar dah mula menyampuk. cakap fasal puisi, semua orang pasti ingat cinta saja. Ya la…kan ayat-ayat puisi itu sinonim dengan luahan hati yang dalam. Sudah semestinya cintalah yang terfikirkan dalam kepala budak-budak remaja.

“Boleh, tapi imaginasi tu jangan berlebih-lebihan pula. Sensitiviti cikgu sebagai pemeriksa hasil kerja kamu itu harus diambil kira,” balas Cikgu Ashraf separuh bergurau.

Pantas jari telunjuknya melekat dibibir memberi isyarat diam kepada para pelajar. Kalau tak buat macam tu. Adalah tu suara-suara sumbang yang akan mempersoalkannya lagi. Pelajar-pelajar hanya tersengih. Hilang peluang mereka untuk memanjangkan isu imaginasi berlebihan itu.

Kata malas nak layan karenah pelajarnya. Dia juga pula penyebab sebenar pelajarnya suka menokok tambah. Cikgu…cikgu…

Mira ‘seperti orang mengantuk yang disogokkan bantal’. Dia benar-benar teruja dengan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Ashraf itu. Bunga-bunga yang tumbuh mekar di dalam hatinya semakin berkembang. Inilah masa yang sesuai untuk aku sampaikan apa yang tersirat di dalam hatiku ini terhadapnya, getus hati Mira.

Diya juga turut teruja menghasilkan puisi. Dia sudah berkira-kira tentang puisi apa yang akan di tulisnya nanti.

“Jangan tension sangat dengan peperiksaan yang bakal tiba tu! Nanti kalau stress, tindakan dan keputusan anda juga akan stress macam ni.”

Cikgu Ashraf tersenyum sambil melukis muka Spongebob stress di papan hijau. Semua pelajar melepaskan gelak. Suasana dalam kelas menjadi gamat seketika bagaikan berada di gelanggang Maharaja Lawak. Guru sebeginilah yang pelajar mahukan. Bukan hanya tahu bercakap panjang berjela tapi interaksi dengan pelajar kurang. Macam Cikgu Badrul….

“WOW…hebat! Tapi lain macam saja bunyi puisi ini.” Diya cuba bergurau dengan Mira setelah dia membaca puisi Mira secara senyap-senyap.

“Eh! Kenapa engkau baca puisi ini tanpa pengetahuan aku?” sergah Mira.

Kurang senang dengan tindakan Diya ‘menceroboh’ bukunya. Dia beraksi menarik bukunya daripada pandangan Diya. Pandangan matanya ditancapkan ke wajah Diya seolah-olah Diya seorang pesalah jenayah yang bakal dipancung lehernya.

“Aii…biasa pun baca latihan awak! biasa pun share kerja masing-masing! Kenapa pula kali ini tiba-tiba ‘naik angin’?” soal Diya.

Dia memulangkan paku buah kerasnya. Pelik dengan perangai Mira yang sentiasa berubah-ubah. Diya seperti sudah membaca sesuatu rahsia yang Mira sembunyikan daripadanya.

Mira hanya diam. Dia tulihkan sahaja pendengaran dengan kata-kata yang Diya sumbatkan ke telinganya.

“Kau ada perasaan cinta pada Cikgu Ashraf ke?” bisik Diya.

Rasa ingin tahunya melonjak-lonjak. Matanya mencerlung memandang wajah Mira. Kesempatan untuk mengorek rahsia hati Mira itu diambil apabila dia melihat Mira sudah kelihatan tenang dari kemarahannya. Sejak cikgu tu hadir, Mira juga seperti orang baru dalam kelas itu.

Mira termenung seketika memandang wajah Diya. Dia memikirkan apakah waktu itu adalah waktu yang sesuai untuk dia mengongsikan rahsia hatinya yang disembunyikan daripada pengetahuan Diya dan Nina selama ini. Sampai bila aku nak sembunyikan perasaan ini, Diyakan kawan aku! Tapi boleh percaya ke dia ni? karang bocor rahsia aku ini, percuma jadi bahan gelak rakan-rakan dan guru-guru. Hati Mira berbolak-balik. Lebih-lebih lagi kecut perutnya kalau cerita itu sampai ke pendengaran Natasya dan Umairah.

“Ya, aku cintakan Cikgu Ashraf dalam diam, aku percayakan kau dan aku harap engkau seperti itu,” bisik Mira tenang.

Dia menongkat dagunaya sambil memandang wajah Diya. Sekali-sekala matanya menjeling kiri dan kanan, takut ada rakan-rakan lain yang mencuri dengar perbualan mereka.

Diya tergamam seketika, namun dia berasa lega mendengarnya, dia tak perlu lagi mengorek-ngorek rahsia Mira. dia dah tahu penyebab perubahan Mira. kini antara dia dan Mira tiada lagi rahsia.

“Bagaimana dengan tugasan puisi anda, sila hantarkan ke meja guru sekiranya sudah siap.” Cikgu Ashraf mengingatkan para pelajarnya.

Kelihatan Diya mengoyak sesuatu di dalam bukunya sebelum dia terburu-buru menghantar ke meja guru. Hanya senyum yang di lontarkan ke arah Mira yang kebetulan terlihat tingkahnya ketika itu. Salah tulis agaknya! teka Mira dalam hati.

Sementara menanti waktu kelasnya berakhir. Cikgu Ashraf menyempatkan diri menyelak-nyelak tugasan puisi yang dikarang para pelajarnya. Dia kemudiannya mengambil sebuah buku lalu membukanya.

Tajuk puisi: Robot

Andai aku menjadi sebuah robot

Tidak perlu lagi aku ke sekolah

Aku tidak perlu makan dan minum……

Lantas Cikgu Ashraf mengukir senyum. Dia tidak berminat membaca puisi itu sampai habis. Ini puisi darjah satu ke tingkatan lima! macam malas aja pergi sekolah! Cikgu Ashraf menyimpan buku itu kembali.

Lalu dia membelek pula buku yang lain. Tertera tajuk yang di tulis huruf besar dan diukir cantik.

SUSUK TUBUH LAMPAI

Di atas bangku sana

Di tepi pantai yang indah

Mataku terpanah oleh

Susuk tubuh lampai

Dari jauh segak mengukir senyum

Dengan tekad aku mendekat

Mata bertentang mata

Saling menguntum mengukir senyum

Dan degup jantung mula mengencang

Mungkinkah hati itu milikku?

Kujatuh hati padanya.

Cikgu Ashraf membaca satu persatu bait puisi itu sampai habis. Boleh tahan puisi cinta ini! puji Cikgu Ashraf dalam hati. Ini pasti orangnya sedang dilamun cinta! Cikgu Ashraf menerka-nerka sendiri. Kemudiannya, dia menutup dan menyimpan kembali buku itu, namun belum pun sempat dia meletakkan buku itu pada timbunan buku-buku di atas meja, matanya sempat menangkap nama yang seperti familiar di matanya. Mira binti Malik. Cikgu Ashraf memandang sekilas wajah Mira yang sedang duduk dalam kelas itu. Diya yang duduk di sebelah Mira sempat menjeling curi perilaku Cikgu Ashraf terhadap Mira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience