BAB 29

Humor Completed 44234

“Kau ni menggelabah betullah, apesal kau nak aku mengaku kenal Doktor Nelly tu, sejak bila aku cakap dengan kau, dahlah tu pijak kaki orang macam guna tapak kaki gajah?” Mira menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Teringat tingkah Nina ketika mereka duduk makan bersama Kharul semalam.

“Aku ni nak tolong engkau supaya tak jadi objek untuk menambah dosa Si Khairul tu, kau tak perasaan ke dia pandang kau macam nak terkeluar air liur saja gayanya.” Nina membuntangkan matanya.

“haha….kau ni cakap Si Khairul tu macam sajalah anjing yang terjelir-jelir lidahnya menanti makanan masuk dalam mulut, tak berlapik langsung!” Mira membaringkan tubuhnya di atas sofa itu. lucu pun ada melihat kesungguhan Nina melindunginya daripada pandangan liar Si Khairul, tapi dalam masa yang sama bersyukur sangat dapat sahabat baik macam Nina walaupun seringkali berlaku tempelak menempelak sesama mereka.

“Hei, buku aku atas sofa tu, aku tahulah engkau tu kurus kering, tapi jangan kau fikir buku ini tak ronyok nanti kena tindih oleh punggung kau tu.” Nina menepis punggung Mira yang sedikit menindih kertasnya itu.

“Aku rasa Abang Khairul tu tak adalah seperti yang kau sangka tu, aku nampak dia macam seorang ayah je, yalah aku pun sangka juga macam tu pada mulanya tapi nampak macam menyimpan kasih di dalam dirinya itu untuk seseorang yang bergelar anak. Miang-miang sikit tu biasalah kut, lelaki…” Mira menyelam jauh keperibadian Khairul.

Nina menjongketkan bahu, seperti merasai juga sesuatu yang pelik pada jirannya itu, dah lama dia duduk situ tapi tak pernah jumpa kanak-kanak ataupun orang lain yang boleh digelar anak kepada pasangan di sebelah rumahnya itu.

“Aku setuju cakap kau tu, mustahil tak ada riuh-rendah anak-anak dia tu kedengaran, kan kalau memang ada anak kat dalam rumah tu.” Nina menyokong usul Mira.

“Tulah kau tu nama aje jiran deorang tapi tak tahu apa-apa soal jiran, anak dia pun kau tak kenal.” Mira menyelar pula.

“Aku ni bukan macam kau, penyibuk! dah kita tak tahu macam mana juga, Kak Intan tu pun bukannya jenis yang suka bergosip aku tengok, senyap je selalu, bercakap bila ada tujuan saja.” Balas Nina bersungguh. Geram pula di selar oleh Mira tak tahu menahu soal jirannya itu.

“Ala…gurau sajalah, sikit-sikit nak bersungguh, bukannya masalah Negara pun, jomlah nak pergi ke tidak ni, nanti datang malas aku, egkaulah kena pergi seorang beli barang dapur tu.” Mira mengukir senyum nakal.

“KAULAH tolak troli ni, badan kecil sesuailah tu bawa troli, karang aku yang bawa, susah pula nak muat nanti di celah-celah kedai ni.” Nina menolak sebuah troli ke arah Mira.

Selesai bersoal jawap pasal jiran yang nampak pelik-pelik sikit tu, mereka berdua sepakat untuk membeli-belah barangan dapur di pusat membeli-belah yang berhampiran. Kebiasaannya Nina lebih kerap membeli barangan dapur sendirian kerana kesibukan Mira, waktu itulah mereka bertekak siapa yang perlu guna duit lebih. “ Aku yang nak kena pergi kedai, duit kaulah kena keluar lebih, upah untuk aku jadi kuli kau!” ayat itulah yang selalu Nina lontarkan pada Mira, tapi sebab mulut laser dua-dua, tiada apa pun yang perkara yang menyinggung hati masing-masing.

“Cakap ajelah kalau malas bawa, nak beralasan pula padahal dialah yang patut bawa, orang kurus macam aku ni mana ada kudrat nak bawa troli berat ni.” Nak bertekak isu troli pula.

“Tolong! Tolong! Beg saya!” seorang wanita yang berniqab hitam melaung sambil menunjukkan jarinya ke arah seorang lelaki yang cuba meloloskan diri dari kedai itu. Mira meluru ke arah perempuan itu, cuba juga meminta perhatian agar ada orang lain yang tampil untuk membantu.

“Cik, ini beg cik, pencuri tadi tinggalkan di atas lantai, periksalah kalau ada apa-apa yang hilang.” Seorang guard dalam kedai itu menyerahkan beg yang diragut itu tadi kepada perempuan yang hampir ditutupi seluruh wajahnya itu.

“Terima kasih banyak-banyak….” Wanita berniqab itu menundukkan wajahnya ke arah guard itu.

“Mira, terima kasih, tolong saya jerit tadi, kalau tak mungkin beg saya ni dah dibawa lari oleh peragut tu, dalam kedai pun berani nak meragut.” perempuan itu melahirkan kekesalannya.

“Sama…puan kenal saya ke?” Mira mengukir senyum. Mana mungkin dia mengenali wanita yang ditutup hampir keseluruhan wajahnya itu.

“Yang itu Nina, kan?” wanita itu mengarahkan wajahnya ke arah Nina. Nampak sedikit kerutan pada matanya menandakan dia sedang tersenyum di sebalik niqab itu.

“Ya, tapi puan ni siapa ya?” Mira memanggil Nina yang terkulat-kulat menyaksikan kejadian itu.

“Saya Umairah, ingat tak lagi?” salam dihulur kepada Mira dan Nina.

“Umairah kawan Natasya yang berperangai teruk kat sekolah…” Nina mengarahkan jari telunjuknya ke muka yang mengaku Umairah itu tapi Mira pantas menyiku punggungnya membuatkan ayat Nina tak sampai ke noktahnya.

Haih…kalau ia pun kawallah sikit mulut tu! Mira memandang muka Nina dengan pandangan yang bermaksud. Nina pula pura-pura mengulum senyum. Mengakui keterlanjuran mulutnya itu di hadapan wanita yang terlihat gambaran keperibadiannya melalui penampilan pakaiannya itu.

“Muka saya kena simbah asid, angkara suami sendiri yang ketagihan dadah.” Umairah menyimpul kemungkinan persoalan yang timbul di kepala Mira dan Nina melihat penampilannya itu tanpa disoal.

“Oh, sebab tu ke engkau memakai niqab tu?” soal Nina mahu mengorek sedalam-dalamnya isi hati Umairah yang berlainan sungguh dengan Umairah yang pernah dikenalinya dulu itu.

“Betul Nina, selalunya orang memakai niqab sebab menutup paras daripada menjadi fitnah tapi aku pula sebaliknya, menutup cela agar tak terlihat hodoh pada pandangan orang lain, anggap ajelah ini satu hijrah bagi saya. Kadang-kadang kita rasa hidup kita ini selalu sahaja dilimpahi nikmat sehinggalah datang musibah yang memaksa kita untuk berubah. Saya harap hati saya ikhlas dengan apa yang saya lakukan ini kerana Allah, bukan semata-mata kerana menutup cela pada wajah saya ini.” Umairah mengesat air jernih yang mula turun dari tubir matanya yang bening itu.

“Mira dan Nina terkedu. Terasa seperti menanggung beban Umairah itu di atas bahu sendiri tapi berat lagi bahu empunya diri yang memikul musibah itu.

“Sabar ya Umairah, engkau pasti orang yang kuat sebab tu Allah memilih engkau untuk menerima musibah ini. Nina dan Mira menyuntikkan kata-kata semangat.

“Saya dah lama memasang niat untuk menemui kamu , mujur jumpa kat sini, saya minta maaf banyak-banyak atas kesalahan yang telah saya lakukan dulu kepada korang berdua.” Suara Umairah bernada kesal.

“Tak apalah tu, benda dah lama berlaku, lupakan ajelah.” Mira menggenggam jemari Umairah sambil mengulum senyum nipis. Kita bukan tuhan untuk menghukum kesalahan manusia, detik hati Mira. keinsafan Umairah itu seakan menundukkan juga segala dendam-dendam yang terbuku di hatinya.

“Dah lama saya tak jumpa Natasya tapi saya pasti dia pun tak jauh daripada kita, saya pergi dulu, insya Allah panjang umur kita jumpa lagi.” Umairah berlalu pergi. Nina dan Mira terkebil-kebil, kiri dan kanan mata melilau mencari kelibat Natasya yang dikata Umairah tak jauh daripada mereka itu, tapi hampa. Tak sempat mereka bertanya lebih, Umairah dah terburu-buru pergi pula.

Nina dan Mira saling menjongketkan bahu, pelik dengan perilaku Umairah itu. berlainan sungguh dengan Umairah yang dulu. Direct kata-katanya membentangkan Sudoku pada peta minda Nina dan Mira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience