BAB 23

Humor Completed 44234

Beberapa tahun kemudian………

Lampu jalan dan kerlipan lampu hiasan di bangunan kompleks-kompleks membeli belah memeriahkan suasana ibu kota. Bandaraya Kota Kinabalu yang tidak pernah lengang daripada manusia menggambarkan hakikat kesibukan penghuninya sepanjang masa.

Nina membetulkan duduknya di hadapan Shahir. Sengaja mereka memilih restoran yang terdekat. Orang ramai pun taklah berasak ketika itu. Senyum Nina jelas terukir mesra kepada Shahir yang baru bergelar tunangnya seminggu yang lepas. Dia sengaja berlagak ayu di hadapan lelaki itu. hakikatnya dia bukanlah perempuan seperti itu.

“Sayang nak makan apa?”

Shahir memecahkan kebisuan mereka setelah Nina duduk tenang di hadapannya. Jus epal yang terhidang di atas meja di sedutnya. Terasa lega tekak yang kekeringan. Tiga jam menemani Nina membeli belah, kaki pun dah mula kebas. Haih..perempuan kalau shopping, beli baju sehelai aje pun hampir sepuluh kedai nak kena servey.

“Apa yang abang nak makan, itulah yang Nina makan,” jawab Nina.

Hilang taste sendiri bila bersama dengan Shahir. Malu la tu..takut kantoi suka makan peha ayam! Sedaya upaya Nina bersuara lembut dengan tunangnya itu. macam malu pula nak tunjuk diri yang sebenar. Tapi aku bukannya jahat pun, cuma mulut laser aje. Nina masih tak mahu kantoi depan tunangnya itu. lantaklah.. tak suka ke suka ke, dia punya hal la tu. Janji aku tetap aku. Hati Nina berbolak balik.

“Nasi Ayam Singapore, nak?” Shahir tersenyum menampakkan giginya.

Nasi Ayam Singapore? Nina mengangkat wajah melihat ke hadapan kaunter. Isy…apesal pula aku tak tahu yang kami ni masuk Restoran Nasi Ayam Singapore, mamat ni memang sengaja nak buat aku menggelabahlah. Pantas anak matanya menjeling curi perilaku Shahir di hadapannya itu.

“Aa...yalah, Nasi Ayam Singapore,” jawab Nina selamba. Menutup perasaan malu dek dikenakan Shahir. Mentang-mentanglah aku ni masih ada perasaan segan dan gementar kat dia sengaja pula nak ditokok tambah. Nak makan apalagi kalau bukan Nasi Ayam Singapore kat restoran ni! Nina pura-pura cool.

“Suka ke makan nasi ayam ni, kalau tak kita cari kedai lain ajalah,” Shahir memandang wajah Nina yang masih kelihatan malu-malu memandang wajahnya.

“Eh, tak apa..saya bukannya jenis yang cerewet fasal makan,” jawab Nina. Tadi tak tanya kita nak makan apa, sekarang baru nak sibuk. Redah ajelah..yang aku ni pula tak perasan dengan nama restoran ni apa hal. Haha…begini rupanya angau, gelak hati Nina. Bukan soal pilihan makanan yang dikisahkannya tapi bagaimana pula dia tak perasaan dengan maksud sebenar pertanyaan Shahir nak makan apa tadi. Kan awal-awal dah kantoi…

“Sayang kata ada kawan baru nak tinggal serumah nanti, siapa?”

Shahir membuka topik baru.

Ini yang buat aku hilang akal ni, bersayang-sayang pula! lagi naik kembang aku dibuatnya. Nina masih berlagak ayu. Pertemuan pertama mereka di meja makan itu selepas bergelar tunangan, membuatkan Nina hilang punca untuk berkata-kata. Memang terasa benar canggungnya di hadapan Shahir. Perkenalan singkat mereka yang diatur keluarga dan terus saja pula mengikat tali pertunangan, nyata tidak mengizinkan mereka untuk memperkenalkan diri lebih jauh. Karang laser aku terkeluar, lintang pukang Shahir berlari, lawak hati Nina.

“Oh..itu kawan lama Nina. Habis je zaman sekolah dulu, masing-masing membawa haluan. Kebetulan Nina tinggal seorang, ajak dia la tinggal sekali,” jelas Nina.

“Mmm…baguslah tu, risau pula abang kalau sayang tinggal seorang. Ada juga orang tolong nak tengok-tengokkan sayang.” Shahir menjawab separuh mengusik.

Aalaa…nak curiga la tu..takut kita kena kebas. Tapi kalau dia pula yang buat hal kat belakang kita, pandai betul nak cover. Hmm…tapi harap-harap benarlah apa dikatanya, jangan bertukar pula kerisauannya menjadi ketakutan. Takut lihat diri aku yang sebenar. Haha…

“Maaf bang, mungkin Nina yang abang lihat sekarang ini bukanlah Nina yang sebenar. Jadi kalau abang tak berapa berkenaan dengan perangai Nina, dipersilakan untuk menegur.”

Nina menayangkan sengihnya. Lupa sebentar yang dia sekarang sedang berlagak ayu di hadapan tunangnya itu. siapa tak sayang tunang, masakkan aku terima dia kalau aku tak sayang. Tapi nak control ayu tu payah sikit la…Nina rasa tak selesa pula dengan dirinya.

“It’s okay Nina…abang pun tak sempurna. Apa pun kekurangan Nina abang terima dan abang harap Nina juga begitu terhadap abang,” jawab Shahir jujur.

Perkenalan singkat dan terus saja pula bertunang, tak ubah macam mee segera. Terpaksalah belajar menyesuaikan diri dengan pasangan macam masak mee segera juga.

Sebenarnya Shahir ni taklah sukar difahami, dari bahasanya boleh tahu dia seorang yang penyayang. Cuma yang confuse sikit tu nak bezakan antara kelakar dan miangnya. Mahu tak mahu Nina kena baca juga profil bernama Shahir di hadapannya itu.

“Nak baca profil Nina pula ke? abang pandang Nina lain macam je,”

Nina mencerlungkan matanya ke arah Shahir. Terasa malu pula dia pada Shahir yang macam tak berkelip mata je merenungnya. Kalau ya pun janganlah tenung macam nak tembus muka aku ni. kalah kuasa peluru berpandu. Karang aku pengsan kat sini, tak ngam saiz engkau tu nak mengangkat saiz aku! Gumam Nina dalam hati.

“Ha..ha…kan dah kedapatan baca profil diri abang, apa yang sayang dah baca tentang diri abang? Mai, bagi tau abang sikit.”

Shahir menyuakan telinganya ke arah Nina. Nina pula cuba menepis telinganya. Nak kena tarik telinga agaknya mamat ni. main sua-sua pula kat tempat awam ni. malu la orang tengok! Nina menarik muka masam.

“Apalah abang ni, tak sporting betul la….”

Nina memuncungkan bibirnya. Shahir pula seronok mengusik Nina yang masih malu-malu kucing di hadapannya. Bukan susah nak jinakkan perempuan, tunjukkan saja perasaan sayang dan kemesraan, gerenti cair. Shahir tersenyum nakal.

“Kita tengok wayang lepas makan, sayang nak?”

Shahir buat muka teruja. Dari baca membaca profil, nak tukar pergi tonton wayang pula. Entah apalah lagi dia nak kenakan aku kali ini. Biar betul mamat ni, berani betul nak tunjuk diri. Baru nak kenal-kenal barang seminit, dah naik miang satu badan. Gulp! Nina menelan air liur pekat. Nasib baik dah jadi tunang, kalau tak, aku tak nak jadi bahan eksperimen dia ni.

“Wayang apa abang nak tengok, Asrto kan ada, susah-susah je pergi panggung wayang,” keluh Nina.

“Ini tontonan yang istimewalah sayang…kan ini pertemuan berdua kita yang pertama…mestilah cerita yang hebat.”

Senyuman nakal Shahir membuatkan Nina hilang minat nak bercakap panjang. Karang Shahir masuk topik yang lebih dahsyat. Percuma ‘laser’ aku menyambarnya nanti. Mahu tak mahu Nina akur saja dengan ajakan Shahir. Kalau nak tolak pun, rasa tak sampai hati. Kan tunang sendiri tu yang ajak! Karang dia ajak pula perempuan lain, aku juga yang merana! Fikir Nina.

Selesai makan, mereka sepakat untuk mencari panggung wayang yang berdekatan dengan tempat tinggal Nina. Sengaja Nina memutuskan demikian kerana tidak mahu mendera tunang kesayangan itu memandu jauh untuk menghantarnya balik. Shahir pula menurut saja kehendak Nina. Kesudian Nina untuk menemaninya menonton wayang pun sudah cukup menggembirakan hatinya. Yang paling seronoknya, dapat mengusik Nina yang pantang terkuit hati dengan kenakalannya itu.

“ABANG rasa, kita kena kahwin cepat la sayang, kita ni pun bukannya muda sangat lagi. Nanti kita tak sempat cukupkan empat orang anak, sayang dah menopause pula. Jadi macam dalam filem ni, kisah anak dara tua yang terdesak mencari pasangan kerana mahukan anak,” bisik Shahir ke telinga Nina.

“Isy…apalah abang ni, gatal!”

Pantas jari Nina mencubit lengan Shahir yang sedang duduk di sebelahnya. Shahir pula ketawa mengekeh dengan tindak balas Nina yang sengaja menekankan perkataan gatal di situ.

Haih…..kalau aku tahu mamat ni pilih cerita lapuk macam ni, aku tukar tiket ni tadi! Ingatkan bestlah sangat cerita yang dia nak tonton ni, rupa-rupanya saja nak kenakan aku! Gumam hati Nina.

“Lelaki, kalau dah usia tiga puluh tahun tapi masih tak kahwin lagi sah, Miangnya mengalahkan miang keladi!”

Nina cuba pula mengenakan Shahir. Geram dengan Shahir yang seakan-akan menuduhnya anak dara tua. Anak dara tua pun yang dapat engkau juga, oii…abang Shahir.

Shahir pula syok saja Nina membisikkan kata-kata itu ke telinganya. Bukan syok apa, syok sebab bibir Nina hampir menyentuh cuping telinganya. Shahir…Shahir…

“Haah kan sayang, pandai pun sayang menilik.”

Shahir menjawab selamba. Nina semakin geram. Mahu saja dia memulas telinga tunangnya yang tak tahu malu itu. Nasib baik orang tua kalau budak-budak, dah lama aku pancing dengan gula-gula supaya datang segera untuk dikerjakan. Nina mengumam geram.

“Bang, jom balik, tak best la tengok cerita ni, tak mencabar langsung!” ujar Nina.

Dah la cerita tak menarik perhatiannya. Tak habis-habis lagi pula dia dikenakan Shahir. Hilang mood terus nak berlama-lama duduk dengan tunangnya itu. layan Fac lagi best!

“Eh..kan tak habis lagi cerita ni, rugi aje abang bayar,” balas Shahir.

Pandangannya masih tak berkalih daripada skrin wayang. Karang aku suruh orang yang handle wayang ni supaya segera menutup, baru tahu. Nah! nikmatilah keuntungan engkau tengok wayang tu, untung bersama dengan aku tak pula diambil kira. Nina bangun mencapai beg tangannya lalu berjalan meninggalkan Shahir di situ.

Shahir yang menyedari keadaan itu segera mengejar Nina yang sedang berjalan di celahan duduk orang ramai dalam panggung itu. Ai…biar betul dia ni, kalau dah kata bulat, bulat! Bahaya perempuan ni! omel Shahir. Segera dia mencapai lengan Nina setelah berjaya dikejarnya.

Ha… baru kau tau ‘penangan’ aku, aku kata tak suka, tak suka la. Cerita lapuk siapa nak tengok. Buang masa aku je! Nina bersorak menang dalam hati. Selajur dia menayangkan senyuman nakal kepada tunangnya. Tak fasal-fasal giliran Shahir pula yang mengena pada umpannya kali ini. Haha..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience