BAB 26

Humor Completed 44234

“Awal balik hari ini.” Khairul tersenyum.

“Lapang sikit hari ni, tu yang balik awal tu,” jawab Nina sambil tersenyum.

Angin apa pula dia ni tiba-tiba pula datang menyapa. Selalu isteri dia aje yang selalu nampak kat luar. Nina menjongketkan bahu.

“Abang Khairul nampak ada perempuan siram pokok bunga pagi tadi, tu yang nak tanya Nina tu, Nina, kan tinggal seorang,” tambah Khairul lagi. Terbantut langkah Nina yang mahu segera masuk ke dalam rumahnya.

“Oh…tu teman serumah Nina, dia baru sampai kemarin. Sekarang ni kami berdualah.” Nina menanggalkan kasutnya. Selangkah kakinya sudah memijak lantai rumah.

“Siapa namanya.” Khairul masih terjenguk-jenguk dari sebelah pagar rumah.

“Namanya Mir…”

“Abang…cepatlah bang, tolong Intan angkat baldi ni, berat tau!”

Suara Intan dari dalam rumah yang membingitkan telinga, menghentikan pebualan mereka. Tak sempat lagi Nina menyebut sepenuhnya nama Mira dah ada pula gangguan dari dalam rumah sebelah itu.

“Yalah, yalah…abang masuk,” jawab Khairul.

Hmm…padan muka kau, sibuk tanya hal orang, hal bini kau tu kau tak tahu. Nasib baik Intan melaung memanggil tadi, kalau tak, berkulat aku kat luar ni menjawab soalan dia. Haih….pantang nampak dahi licin, mulalah nak naik miang. Mentang-mentang kaya, senanglah konon nak beli hati perempuan. Nina mencebik.

“Tak apa, nanti kita bual lagi ya, Nina.” Pantas kaki Khairul melangkah memenuhi panggilan isterinya itu.

“Abang buat apa kat luar, buang sampah kat depan tu aje pun dekat setengah jam baru masuk rumah.” Soal Intan.

“Abang tolong kucing tadi tu, jatuh dalam longkang besar depan tu, sebab tu abang lambat, kan Intan pun selalu pungut kucing kat luar tu…nuh, kucing dalam sangkar tu, dah hampir sepuluh ekor kucing liar Intan jaga tu.” Khairul meriwayat.

“Dah tu mana kucingnya?” Intan bercekak pinggang.

“La….abang dah lepaskan, lupa pula yang ada penternak kucing kat rumah ni.” Khairul tersenyum sambil mengibas-ngibas bajunya. Konon-kononlah ada bulu kucing yang melekat.

“Abang ingat, Intan percaya sangat ke dengan muka abang tu, isy….muka dia ni nak pegang kucing, tu, kucing banyak tu, dah lama mati kebulur kalau bukan Intan yang bagi makan, harapkan abang tu, belanja kucing miang kat pejabat abang tu bolehlah!” tempelak Intan.

“Tak baik tau Intan tuduh abang macam tu, jadi kucing yang ada kat rumah ni kucing apa? Kucing manjalah ya, yang kat pejabat abang tu kucing miang.” Khairul menekup mulut menahan tawa.

“Isy…orang tua ni, dah tua Bangka pun nak menggatal lagi, rambut dah nak beruban, ada hati nak pikat anak dara.” Intan melangkah galak menuju ke dapur.

“Baldi ni nak letak kat mana pula, tadi melaung nak minta tolong angkat.” Khairul terpinga-pinga.

“Abang bawa kat luar tu, tolong Intan siram longkang, jangan lupa sapu sekali.” Selamba Intan menjawab.

“Haih…bini, kalau dah hampir menopause beginilah, asyik nak mengiau aje, ini tak betul, itu tak betul, bila angin dah naik satu badan, suami sendiri pun nak didera. Ai…..senangnya dalam hati kalau dapat bini muda…..” Khairul menyanyi lagu P.Ramlee dengan liriknya sendiri sambil mengangkat baldi yang diarahkan oleh isterinya itu.

Hmm…beranganlah engkau nak berbini muda…. Intan mencebik. Geli hati pun ada mengenangkan perangai suaminya itu. dalam geram pun ada juga lucunya.

“ASSALAMMUALAIKUM……”

“Waalaikumssalam….”

“Nah, Kak Intan bagi, baru aja masak, panas lagi ni.” Intan menghulurkan mangkuk.

“Terima kasih Kak Intan, cium bau pun sedap, rasa lagilah ni.” Nina menyambut huluran Intan. Semangkuk ayam masak merah yang kelihatan sedap membuatkan Nina hampir terliur.

“Nina beli kereta baru ke? nampak dah ada dua buah kereta terpakir kat depan rumah ni,” soal Intan sambil terjenguk-jenguk kepalanya di muka depan pintu rumah Nina, ataupun ada teman berkunjung, detik hatinya.

“Yang satu lagi ni kereta kawan serumah Nina, Kak Intan. Manalah Nina mampu ‘bela’ kereta sampai dua,” jelas Nina.

“Dah ada kawan…Kak Intan ingat, Nina masih tinggal seorang, dah tu mana orangnya?” soal Intan lagi.

“Dia sedang mandi, kak, baru aje balik kerja sebentar tadi, akak tak nak masuk rumah kita orang ke?” Nina berbasa-basi.

“Mmm…tak apalah, lain kali aje, akak pun sibuk kat dapur ni, sebentar lagi mungkin abang Khairul balik, maklumlah kita ni pun bukannya ada pembantu rumah, semua kena buat sendiri,” balas Intan lalu beredar memasuki rumahnya kembali.

Nina juga menutup kembali pintu rumahnya, menatang mangkuk sambil menuju ke meja makan.

“Seronok nampak,” Sergah Mira.

“Tengoklah apa yang ada kat meja ni, kita tak perlu masak malam ni, dah ada lauk percuma…” Nina menjawab, teruja.

“Shahir hantar ke?” Mira menyengih.

“Tak…Kak Intan yang bagi.” Nina menjawab sepatah.

“Kak Intan tu siapa?” memanjang pula Mira menyoal.

“Jiran kita tulah, kau baru sampai memanglah kau tak kenal lagi.” Nina menyudu sedikit kuah ayam masak merah itu lalu menghirupnya.

“mmm…sedap giler Kak Intan masak ni, tapi tak pula aku Nampak Khairul tu berbadan dua.” Nina menyengih.

“Haah, sedaplah, tapi mak masak lagi sedap.” Mira pula menyengih.

“Memanglah…kalau dah percuma sedaplah namanya…” Nina semakin rancak menyudu kuah ayam masak merah itu ke nasinya.

“Kau tu memang, kaki free…eh, Khairul berbadan dua kau kata tadi tu siapa, kan Khairul tu nama lelaki.” Mira menarik kerusi lalau duduk.

“Haha…memanglah lelaki, suami Kak Intan tulah….” Terlepas tawa Nina seketika.

“Kau ni pun satu, cakaplah elok sikit, berbadan dua tukan gelaran kau nanti kalau kau hamil.” Mira tersenyum.

“Eloklah tu, kalau aku cakap boroi macam kedengaran buruk pula, isy…kau ni pun…” Nina menyengih.

“Dah lama ke kau jiran dengan deorang ni?” soal Mira saja nak memanjangkan cerita.

“Hampir setahun dah tapi jarang juga aku bersemuka dengan deorang ni sebab aku pun bukan selalu ada kat rumah tapi Abang Khairul tu memang handsome tau kalau kau nampak, Cuma lucu sikit orangnya,” jelas Nina sambil tersenyum.

“Ye ke, janganlah pula kau pikat dia, kesian nanti Kak Intan tu,” balas Mira, berseloroh.

“Isy…ke situ pula dia ni, aku bukannya single lagi tapi, ada orang baru kat sini tu yang masih single.” Nina meronggengkan kening.

“Ha, mulalah tu…kalau aku single pun tak terniat aku nak kebas laki siapa-siapa.” Mira memasamkan mukanya.

“Acah ajelah…sikit-sikit nak masam, tapi abang Khairul ada tanya fasal kau semalam.” Sekali lagi Nina meronggengkan keningnya.

“Jangan nak memandai-mandailah nak buat cerita, rumahtangga orang tu, karang apa-apa terjadi aku tak nak terlibat!” Mira memberi amaran.

“Betullah…dia kata nampak kau siram pokok bunga pagi tu, betul ke?” soal Nina.

“Betullah aku ada siram pokok bunga tapi tak ada pula aku aku nampak dari mana-mana kelibat lelaki waktu tu,” jawab Mira selamba.

“Dia intai dari dalam rumahnya kut.” Nina menduga.

“Itu pun kau nak sibuk, biasalah tu dia nak ambil tahu siapa jiran-jiran dia, haih…jadi isu pula.” Seteguk air ditelannya. Takut makanan tak lepas ke dalam perut. Berborak dengan Nina ni dua puluh empat jam tak akan habis ceritanya.

Mira mengangkat punggungnya, meninggalkan Nina yang masih menghabiskan sisa makanannya di situ.

“Hei, nak kemana pula tu, ni tolong cuci mangkuk Kak Intan ni, aku nak hantar balik,” arah Nina.

“Amboi, amboi…dia yang belakang makan, kita pula yang nak disuruh, cuci sendiri!” Mira melangkah besar menuju ke dapur tanpa mempedulikan arahan Nina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience