BAB 20

Humor Completed 44234

Nah, ambil! Jangan cari aku lagi lepas ni. saya dah bagi semua yang kamu nak. Jalankan tugas dan telefon saja kalau ada apa-apa perkembangan," kata wanita itu.

Sekeping sampul surat tebal berwarna coklat dalam genggamannya dihulurkan.

"Baik puan, kami faham maksud puan," jawab Balan.

Terburu-buru dia meninggalkan tempat itu sejurus menerima sampul surat tebal daripada wanita tersebut.

"Hei 'mangkuk'! bukalah dulu, yang engkau terhegeh-hegeh nak pergi tu apa hal? Hari ni tak sekolahlah! Lupakan dulu mangsa engkau tu!" pekik Along.

Dahlah kita berkulat menanti dia kat sini, dia pula sedap aje pergi bila dah dapat habuan! Asap rokok yang keluar dari mulut Along sengaja dihembuskan ke arah Balan.

"Bisinglah engkau ni,tahulah aku apa nak buat. Nah, duit! Dimana korang berdua nak cari duit seribu ni, korang tak ingat hutang kita dengan Si Botak tempoh hari!" bentak Balan.

Duit selembar bernilai seratus dibaling ke muka Along dan Pijat. Duit selebihnya pula dikipas-kipaskan ke muka gengnya berdua itu.

"Aalaaa...muka gangster tapi nak dapat duit seribu pun bagai nak rak! Apesal sikit sangat?" perli Pijat.

Duit seratus itu dibaling kembali ke muka Balan. Dia yang duduk bertenggek diatas sebatang kayu tadi bangun menghampiri Balan dan Along di situ.

"Hoi nak ke tak nak! Kau ingat bapa engkau boleh bagi duit sebanyak ni ke? Kita bukannya nak bunuh orang, kita kasi takut dia saja! Nak sembelih ayam pun peluh jantan engkau tu bagai nak kering, ada hati nak dibayar lebih!" jawab Balan memulangkan paku buah kerasnya pula.

"Mari sini duit tu. Nah, dua ratus untuk Pijat, dua ratus untuk Balan dan dua ratus untuk aku. Bayar hutang! Adilkan? Yang selebihnya ini kita belanja sama-sama. Sudah, jangan bertekak!" jerkah Along.

Duit dua ratus setiap seorang itu dimasukkan ke dalam kocek seluar rakannya. Duit selebihnya dimasukan ke dalam kocek seluarnya pula.

"Hoi! Siapa ketua, engkau ke aku?" pekik Balan.

Terkejar-kejar dia mendapatkan Along dan Pijat yang laju saja jalannya meninggalkan tempat persembunyian mereka itu.

"Ikut saja kalau engkau tak nak orang lain dapat tangkap kita di tempat ni! engkau nak masuk lokap?" herdik Along pula cuba menakut-nakutkan Balan.

Seperti pemburu yang sudah mendapat hasil buruannya, mereka segera keluar dari tempat persembunyian itu.

"FUYOO...bila lagi nak rasa ni, jomlah mencekik," ajak pijat kepada kedua gengnya.

Kedua belah tapak tangannya digosok-gosok sambil tertelan-telan air liur. Nampak sangat tak pernah rasa KFC. Pernahlah juga tapi taklah sampai tiga empat ketul peha ayam naik atas pinggan, ini dah kira makan mewah ni! pijat menimbang-nimbang nilai hidangan di hadapannya itu.

"Hei, hei..sabar! makan sama-sama. Jangan engkau tercekik tulang ayam tu sudah," ujar Balan.

Seketul peha ayam digigitnya rakus. Tadi menyabarkan orang, dia pula yang tak reti sabar! Pijat dan Along pun apa lagi, sekilas aje ketulan ayam itu jadi rangka.

Tanpa mempedulikan soal halal haram duit yang di belanjakan itu. Mereka sepakat mengalas perut di Restoran KFC setelah kepenatan bertekak dengan duit seribu ringgit.

"Heh, berhenti makan, cuba korang tengok tu! Cikgu Ashraf dengan seorang perempuan la...jom kita ekori mereka!" kata Balan.

Dengan makanan yang masih bersisa di mulut, dia bangkit dari kerusi sambil memerhati di sebalik dinding kaca restoran itu dengan isyarat tangan mengajak gengnya berdua. Entah dari mana Cikgu Ashraf tiba-tiba muncul bersama seorang perempuan melalui restoran KFC itu.

"Aku tak siap makan lagi la..tunggulah dulu, bukannya urusan kita dengan dia pun!" kata Pijat.

Disiatnya lagi paha ayam yang tinggal seketul di tangannya. Rugi kalau tak habis. Dahlah boleh kira dengan jari berapa kali makan di Restoran KFC dalam masa sepuluh tahun, bayar mahal pula tu! Entah bila lagi la... boleh makan sini. Omel Pijat dalam hati.

"Apalah engkau ni fikiran singkat betul la...ikut ajelah!" gumam Balan.

Pijat terkocoh-kocoh mengejar Balan dan Along yang sudah pun meninggalkannya di restoran itu. Haih...cakap dia sajalah betul, cakap kita ni jarang nak diambil peduli. Karang cikgu tu tahu, nak jawab apa? Lantaklah kau Balan! Tertanggal-tanggal selipar Pijat mengejar Balan dan Along yang sudah jauh meninggalkannya di hadapan.

Dari celah-celah jejeran kereta yang terparkir di tepi jalan, Balan dan geng-gengnya bersembunyi sambil bergerak perlahan mendekati Cikgu Ashraf dan seorang perempuan yang sedang menuju ke sebuah kereta Hilux berwarna merah yang terparkir agak jauh daripada orang ramai.

"Jom kita serbu, cepat! Sebelum mereka masuk ke dalam kereta." Balan mengerah penuh semangat.

Bajunya yang berlengan panjang disingsing berlagak handal. Lagaknya tak ubah seperti samseng dalam filem Tamil. Agaknya kalau dia pakai doti, doti pun disingsing hingga ke pinggang. Yang tinggal hanya celana dalam bercorak jalur versi celana dalam MR.Bean.

"Hoi nanti! Perempuan tadi tu suruh kita belasah siapa? Yang nak belasah orang yang kita tak kenal ni bikin apa?" soal Pijat.

Tak tercapai dek akalnya apa yang difikirkan Balan ketika itu. Dah mereng agaknya kepala dia ni! pandai-pandai aje pula tukar arahan. Pijat cuba membetulkan kepala Balan.

"Perempuan yang upah kita tu isteri dia, Mira kekasih dia, yang ini siapa pula? Baik kita belasah saja Cikgu Ashraf yang kaki perempuan tu!" tegas Balan yang sudah pun bersiap sedia menyerang Cikgu Ashraf dan perempuan itu.

Buat apa nak selidik, lelaki kalau dah ada bini dan kekasih, tak mustahil boleh pasang kekasih gelap pula. Entah berapa ramai la kekasih dia ni. patut pun bini dia tu naik bengong hingga tahap mengupah samseng untuk membelasah kekasihnya. Beginilah pula gaya cikgu ni! Balan mengutuk tahap tak sedar diri sendiri.

Pang! Pang! Satu pukulan kuat hinggap di bahu dan kepala Cikgu Ashraf dari arah belakang. Satu lagi pukulan hampir menyinggahi bahu wanita itu namun tangkas tangan wanita itu menyambar sebatang kayu yang di arahkan kepadanya.

Cikgu Ashraf tersungkur di situ. Ketukan kuat di kepalanya membuatkan Cikgu Ashraf rebah tak mampu menyerang balas. Akhirnya dia lentok tak sedarkan diri.

"Hoi pengecut! Ini akulah. Aku bukan suruh kamu belasah Cikgu Ashraf, aku suruh kamu belasah budak Mira tu, bodoh!" Pekikan perempuan itu mengejutkan Balan dan geng-gengnya.

Ha, Perempuan ni! dia yang upah ni tadi, kenapa dia di sini? Tak guna punya perempuan! Buat kita tersasul saja. Kenapa pula aku boleh silap pandang dia ni! gerutu Balan dalam hati. Perempuan yang ada di hadapan mereka itu sebenarnya yang mengupah mereka untuk membelasah Mira. Bukan perempuan lain yang mereka sangkakan.

"Jom lari cepat!"

Mereka berlari memecut bagaikan pecutan Watson Nyambek di atas padang. Kalaulah catatan masa di kira waktu itu, mungkin telah tercipta rekod baru pelari pecut. Balan sudah tentu pemegang rekodnya. Lagak macam samseng seantero, dah kantoi baru rasa menggigil lutut.

Setelah mendapat tempat persembunyian yang selamat, Balan dan geng-gengnya berhenti untuk melepaskan penat seketika. Degup jantung jangan nak kata la, kalaulah jantung itu umpama seekor katak yang dikurung dalam tempurung lalu diangkat tempurungnya, dah lama ia terlompat keluar.

"Ini sebab ikut kepala engkau la ni, kalau tak kita takkan jadi macam ni, tahu pun engkau takut!" sergah Pijat.

Jarinya ditunding ke arah Balan yang masih tercungap-cungap menahan mengah. Hampir terkencing pijat berlari ketakutan. Kalau Cikgu Ashraf mati, bukankah kepalanya juga akan di gantung bersama Balan dan Along! Semakin kecut perut Pijat memikirkan akibat perbuatan mereka itu.

"Manalah aku tahu, aku fikir orang lain. Sewaktu perempuan tu jumpa kita bagi duit upah, dia pakai baju lain, tu yang tersasul tu," jawab Bala mengakui kesilapannya.

Peluh jantannya deras mengalir kerana ketakutan. Yang paling menakutkannya apabila duit upah mereka itu akan ditarik balik oleh perempuan itu. Mana nak dapatkan duit ganti yang dah dibelanjakan di KFC tadi. Sepuluh ringgit pun susah nak dapat, inikan pula ratus-ratus. Balan menarik nafas panjang. Huh, belanja makan KFC sampai beratus!

Perempuan yang mengaku isteri Cikgu Ashraf itu terpaksa memapah Cikgu Ashraf yang pengsan itu naik ke dalam keretanya untuk di bawa ke bilik hotel penginapannya.

"AWAK datang sini atas urusan apa sebenarnya, dua tiga hari lepas awak dah jumpa saya, kan? Yang awak menelefon nak jumpa saya lagi dan kemudiannya berakhir dengan kejadian sebegini, apa hal!"

Cikgu Ashraf yang semakin pulih ingatannya cuba memohon penjelasan daripada isterinya yang sedang duduk menghadapnya di sofa bilik hotel itu. dua tiga hari lepas, sengaja dia melayan kehendak isterinya yang tidak bersekedudukan dengannya lagi itu untuk minum petang di dataran esplaned sambil-sambil membincangkan hal mereka berdua yang perlu diselesaikan. Merekalah yang dilihat oleh Nina dan Mira di dataran itu tempoh hari. Tangannya meraba-raba kepalanya yang berbenjol dan masih berdenyut sakit akibat pukulan tadi.

"Saya datang sini atas urusan kerja, kebetulan di tempat abang, nak ajak abang la lunch sekali," tutur wanita itu, manja.

Senyuman paling manis di hadiahkan kepada Cikgu Ashraf. Cikgu Ashraf pula buat tak kisah. Tiada secarik senyuman pun terukir di bibir.

Bagaikan tidak merasa kesakitan sedikit pun yang ditanggung suaminya itu, wanita itu sengaja berlagak manja merangkul pinggang Cikgu Ashraf pula. Cikgu Ashraf hampir saja menamparnya. Mujur perasaan marahnya masih mampu dikawal. Tangan wanita yang merangkul pinggangnya itu dileraikan segera. Tiada selera aku dengan wanita ganas macam ni! nak dibuat guard bolehlah. Cikgu Ashraf mengalihkan duduknya. Kali ini benar-benar menghadap muka wanita di hadapannya itu.

"Awak ingat saya tak tahu apa yang berlaku tadi? Awak mengupah samseng Balan dan geng-gengnya untuk cuba membelasah Mira bukan? Budak itu tiada kaitan dengan masalah kita. Kita ni pun sedang dalam proses perceraian. Tolong jangan masuk campur dalam hidup saya lagi!" pinta Cikgu Ashraf dengan nada suara yang keras.

Giginya di ketap menahan marah. Pandangan tajam yang menikam wajah wanita di hadapannya itu membuatkan wanita itu tunduk mengalah. Putus sudah mungkin jari kalau ada di dalam mulutnya ketika itu.

"Tapi saya masih sayangkan abang..," rayu wanita itu.

Dia melutut sambil memegang tangan Cikgu Ashraf. Sebab sayanglah dia selalu bertindak melulu. Tapi tak pula terfikir tindakannya itu akan hanya menambahkan kebencian Cikgu Ashraf terhadapnya. Bukan berlaku sekali tapi dah banyak kali. Lelaki mana lagi boleh bersabar. Khabar angin pun dianggap serius.

"Kenapa abang benci sangat dengan saya aa.., saya buat semua tu sebab sayang saya pada abang, kenapa abang tak pernah faham!?" wanita itu mengeraskan suaranya. Ada ke orang siuman macam aku ni yang sanggup buat kerja gila ni semata-mata kerana sayang. Saya aje yang sanggup buat, abang sepatutnya rasa beruntung! Itu pun abang tak pandang, gerutu hati wanita itu. tak pula dia terfikir dengan tindakan bodohnya itu akan hanya mengundang gelaran tak siuman pada dirinya. Ah, beginikah penangan sebuah cinta, sanggup menggadai nama baik kerana mahu memilikinya, ataukah ini namanya dendam kesumat yang telah hilang rasa belas di dalam diri.

"Sudah! Sebab sikap awak yang beginilah buat saya tak tahan hidup dengan awak lagi, cemburu buta dan melulu buat tindakan bodoh! Jika awak ganggu saya dan budak-budak sekolah tu lagi, saya laporkan kepada pihak polis apa yang berlaku tadi."

Cikgu Ashraf menghamburkan kekesalannya yang berbaur ugutan, lantas membuka pintu bilik dan meluru keluar meninggalkan isterinya dalam bilik hotel itu. Terkebil-kebil wanita itu di situ bagaikan orang tak siuman.

Kalau bukan kerana orang tuanya yang nak sangat menyambung ikatan silaturahim dengan keluarga dia ini, tak mungkin aku menanggung risiko menghawini perempuan yang sudah ditalakkan dua kali ini. Masalahnya pun, masalah yang sama. Pantang tercabar! Terdetik penyesalan di hati Cikgu Ashraf ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience