BAB 49

Humor Completed 44234

Pang! Satu tamparan kuat melekat dikedua belah pipi Shah. Shah meraba pipinya yang terasa perit.

“Ini balasan untuk tamparan kau pada aku tempoh hari!”

Gedebuk! Satu tapak kaki singgah di perut Shah menyebabkan Shah terpelanting seperti sampah yang melayang mengenai dinding konkrit dalam bilik itu. shah memegang-megang kepala kirinya, tompokan darah kelihatan pada jarin-jarinya.

“Ini sedikit balasan untuk kau kerana memperdaya Mira selama ini!” gumam Saiful. Kemarahannya tidak dapat di tahan-tahan lagi.

“Bertenang Encik Saiful, ini pejabat polis,” kata petugas polis di situ. Saiful bagaikan dirasuk singa ketika itu.

“Bang, minta maaf bang, saya tak tahu semuanya berakhir begini, saya terpaksa bang,” rayu Shah. Dia tidak tahan lagi diperlakukan seperti anjing kurap oleh Saiful. Semua kerana kebodohannya.

“Kalau bukan kerana engkau itu dipertanggungjawabkan kepada aku, aku dah lama bagi kau makan kepada anjing pemburu di luar sana tu!” amuk Saiful.

Shah melutut di kaki Saiful, darah menitik dari kepalanya kerana hantukan kuat di dinding konkrit itu. saiful pula hilang perikemanusiaannya kepada Shah. Dari awal pertemuaannya dengan Shah, dia sudah syak ada agenda buruk Shah terhadap Mira, namun tidak pula dia tahu yang Shah ini adalah adik tiri yang sedang dicarinya. Sekarang, semuanya sudah terungkai. Kiram Shah adalah empunya diri di dalam gambar simpanan Saiful.

Melalui risikan Saiful daripada Diya melalui Nek Timah selaku penduduk kampung pinang, shah dijaga oleh Doktor Nelly sejak dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang teruk kerana merempit, oleh kerana tiada sesiapa pun ahli keluarga yang datang menjenguknya di hospital, maka Doktor Nelly mengambil keputusan untuk menjaganya sehingga sembuh dan mengambilnya sebagai orang suruhan merangkap anak angkatnya. Kisah ini berlaku selepas Shah melarikan diri daripada rumah kerana bergaduh besar dengan ayahnya. Doktor Nellylah yang membentuk dirinya. Dengan perasaan sebal, akhirnya Saiful bersetuju mengikat jamin Shah untuk membebaskannya daripada pertuduhan bersekongkol dalam cubaan membunuh Mira. kalau bukan kerana neneknya, jangan harap!

Doktor Nelly juga disahkan bebas daripada penyakit mental. Sabit kesalahan, Doktor Nelly akan dikenakan hukuman kerana mencederakan mangsa.

Mira pula ditempatkan di sebuah wad hospital sementara luka parah di bahagian pehanya beransur pulih. Satu jahitan panjang dan beberapa lagi jahitan kecil diterimanya. Sewaktu kejadian itu, Mira menjadikan kakinya sebagai senjata untuk melawan Doktor Nelly yang dirasuk syaitan ketika itu sebelum pisau itu benar-benar merodok di peha kanannya.

Doktor Nora dan rakan-rakan setugas di hospital itu sangat terkejut dengan kejadian itu. pada pengetahuan mereka, Doktor Nelly adalah seorang doktor yang dedikasi, namun kehadiran Mira membuatkan doktor itu berubah tanpa diketahui sebabnya. Doktor Nelly sememangnya sangat licik, tiada siapa yang dapat menghidu apa yang mahu dilakukannya.

Haih…doktor yang sepatutnya menjadi penyelamat, boleh pula berniat membunuh dan mencederakan orang semata-mata kerana dendam yang disebabkan salah faham. Parah! Parah!

Imbas kembali di Kampung Pinang…

“Nek Timah pun dengar cerita orang aje mulanya, tapi bila dah tanya Pak Seman dan jelaskan perkara yang sebenar barulah Nek Timah yakin yang anak angkat Doktor Nelly tu anak Pak Salim ayah Saiful,” jelas Nek Timah.

“Ayah Saiful memang penduduk sini ke nek?” soal Diya.

“Ayah Saiful memang penduduk asal di Kampung Pinang ni tapi deorang pindah kat kampung seberang sana tu, kampung isteri keduanya tapi tak ramai juga org yg kenal dia termasuklah nenek dan keluarga Pak Seman tu. Sebaik dia berkahwin dengan Zaiton dulu yakni ibu kepada Saiful mereka berhijrah sehinggalah bertemu dengan isteri keduanya yakni ibu kepada Kiram Shah merangkap adik tiri Saiful tu. Selepas Shah melarikan diri dari rumah, dari situlah dia mula merempit dan berhenti sekolah selepas menamatkan tingkatan duanya.” Panjang lebar Nek Timah meriwayat.

“Aala..kan nek, Shahlah yang suka buli Abang Zul kat sekolah tu dulu.” Diya mengimbau nostalgia buruk abangnya itu.

“Tapi macam mana dia bertemu dengan Doktor Nelly ya?” Diya kehairanan.

“Budak Shah tu sebenarnya bergaduh dengan bapanya sebelum dia keluar rumah dan terus meninggalkan kedua orang tuanya tu, sewaktu ibubapanya meninggal pun dia tak tahu tu, dia tak balik pun sebab dia juga sebenarnya berada di hospital, kemalangan sebab merempit, di situlah dia bertemu dengan Doktor Nelly tu. Bila semua orang tak tahu mana nak cari keluarga Shah ketika itu, Doktor Nelly pun ambil keputusan untuk mengambil Shah itu sebagai anak angkatnya,” jelas Nek Timah lagi.

“Doktor Nelly tak tahu ke yang Shah tu sebenarnya orang kampung ni?” soal Diya masih ingin tahu.

“Tak tahulah tu agaknya, kalau dia tahu masakan dia jadikan orang kampungnya sendiri sebagai orang suruhannya untuk berbuat jahat.” Balas Nek Timah bernada kesal.

Betul juga, takkan doktor tu mahu terkantoi perbuatan jahat dia tu, fikir Diya mengiakan kata-kata neneknya, dengan itu tahulah Diya bahawa rumah banglo di hujung kampung mereka itu adalah rumah Doktor Nelly.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience