BAB 12

Humor Completed 44234

“Wah, boleh tahan Mira kita ni ya, pakai susuk ke apa engkau ni aa…lepas Cikgu Badrul, Cikgu Ashraf pula kau nak pukau,” ejek Natasya.

“Ye ke, jealous?” tempelak Mira pula. Dalam hatinya menjawab, kenapalah kalau kau nak telan Cikgu Badrul tu, tak kempunan sikit pun aku, tapi Cikgu Ashraf jangan harap kau dapat!

“Cuba kau bandingkan muka aku dan muka Mira ni, lawa sangatkah dia ni, Umairah?” Natasya selangkah maju mendekati Mira.

“Huh, muka Natasyalah yang cantik, muka dia yang macam korea ni, cantikkah!” jawab Umairah.

Tapi jawapan Umairah itu seakan satu pujian, sebab muka Mira yang macam korea tu jugalah salah satu kecelakaan bagi Natasya. Puas sudah dia menyolek mukanya supaya kelihatan seperti gadis korea tapi tak ada juga bayang korea walaupun sedikit.

Menurut Mira pula, Natasya memiliki kecantikan tersendiri, tinggi lampai dan bermata bulat adalah salah satu kelebihan Natasya, tapi begitulah manusia tak pernah rasa puas dengan apa yang dimiliki sehingga tiba satu saat semua kelebihan itu akan ditarik kembali. Waktu itu nak menangis air mata darah sekalipun tak mungkin akan mengembalikan keadaan asal.

“Kenapa dengan kau ni aa…anti sangat dengan aku, aku tak buat salah dengan kaulah, kau aja tu yang mangsa perasaan sendiri,” balas Mira, geram.

Apa pun yang dilakukannya semua tak betul di mata Natasya. Sedangkan kebenciannya pada Cikgu Badrul dulu pun dianggap sebagai kegairahannya mahu mencari nama untuk mendahului nama Natasya, kini dia dengan Cikgu Ashraf pula dicemburui Natasya.

“Haha..ada aksi pegang tangan kat tepi kolam sekolah kita ni, nak bagi tontonan wayang free, apa macam kawan-kawan, korang suka tak?” Natasya memetik jarinya ke atas, cuba meminta perhatian daripada rakan-rakannya untuk menyokong tingkahnya bagi menyakiti hati Mira.

“Free! Nak, nak…bila?” rakan- rakan yang mendengar begitu teruja. Mereka berpusu mendekati Natasya untuk mendapatkan informasi dengan wayang percuma itu.

“Free kepala otak koranglah, kamu jangan percaya dengan mulut Si Natasya tu, dia tu pendengki, tak habis-habis nak cari masalah,” tingkah Nina yang memerhatikan gelagat rakan-rakan sekelasnya itu.

“Hei, bengong! Kau diamlah, sibuk aja nak masuk campur.” Natasya dan Umairah mencebik.

“Hei, korang dengar sini…Si Mira tu dah angau dengan Cikgu Ashraf, jangan korang tak tahu pula!” semakin lantang suara Natasya menghebohkan ceritanya.

“Betul ke? Eh, biar betul Mira ni nak bercinta dengan Cikgu Baru tu, tapi tak hairanlahkan, cikgu tukan kacak Mira pun lawa padanlah tu.” Natrah pula tergedik-gedik.

“Eii…padan kepala hotak engkaulah!” Natasya menolak kepala Natrah.

“Betul ke begitu, Natasya atau engkau ni saja nak bergosip?” yang lain pula masih ingin tahu.

“Betul la…aku nampak Mira dan cikgu tu berpegang tangan kat tepi kolam ikan tu…” Natasya dengan mulut lancangnya itu tak mahu lagi berselindung.

Diya yang duduk sedikit jauh itu, turut sama memasang telinga.

DARI jauh Mira tersenyum memandang kereta Cikgu Ashraf meluncur perlahan mendekatinya di simpang jalan, segera Mira menghentikan langkahnya, menanti apa yang dimahukan cikgu itu.

“Silakan naik, cikgu tolong hantar Mira balik rumah.” Cikgu Ashraf turun dari keretanya lalu membuka pintu depan di sebelahnya.

“Eh, tak apa cikgu, Mira naik bas aja, menyusahkan cikgu aja,” jawab Mira cuba menolak.

“Naiklah, tak ada pun susahnya, rumah Mira bukannya jauh, kan,” pujuk Cikgu Ashraf.

Teragak-agak Mira naik, duduk depan pula tu! Hatinya berdetik. Dek kerana keasyikannya nak sentiasa berada dekat dengan Cikgu Ashraf, dia menuruti sahaja.

“Mira nak pergi mana-mana, cikgu boleh hantarkan sebelum balik rumah atau kita makan sama kat Restoran Bahagia.” Dengan lunak suara dalam senyuman, Cikgu Ashraf menawarkan Mira makan bersamanya di restora milik keluargan Mira itu.

“Restoran Bahagia? Err…” Mira tercari-cari ungkapan apa nak dijawab, ya atau tidak. Kalau mak nampak berdua-duaan dengan cikgu ni, tak ke dia berfikiran yang bukan-bukan nanti, fikir Mira.

“Kenapa, takut dengan mak ya, Restoran lain nak?” Cikgu Ashraf masih mahu mengharap.

Pada fikirannya, tiada apa pun sekadar nak duduk makan bersama kat tempat awam tu. Mak Leha tu pun dah cukup kenal dengan aku, takkan sekadar nak belanja makan anak dia ni pun tak boleh.

“Okeylah, kat restoran kami,” putus Mira.

Kalau orang nak bergosip tentang kami pun, aku duduk makan bersama dengan Cikgu Ashraf kat restoran mak aku, mak tentu faham. Mira membetulkan tanggapannya. Walaupun masih terdetik di hati tentang tanggapan orang lain mengenai kemunculan mereka berdua di sana nanti, tapi Mira mengenapikan semua perasaan itu kerana tak mahu lepas peluang berada disamping Cikgu Ashraf. Jiwa remajalah katakan……penuh dengan bunga-bunga.

Sesampainya mereka di restoran tersebut, mereka berdua turun bersama. Mak Leha adalah orang pertama yang menyaksikan mereka. Dari jauh Mak Leha tersenyum.

“Ha, tengok tu, senyum pun Mak Leha lihat kita datang berdua di sini, tak ada pun dahi berkerut cikgu nampak tu.” Cikgu Ashraf membalas senyuman Mak Leha itu dari jauh sambil bercakap dengan Mira. Mira juga turut tersenyum. Senyum, senyum juga kut-kut ada agenda di sebalik senyuman mak tu mampus aku, hati Mira masih menyimpan curiga.

“Tak menyusahkan cikgu ke tumpangkan Mira ke sini? Mira ni pun satu nak datang sini tak beritahu mak, makkan boleh ambil,” tegur Mak Leha.

Mira terkedu, ingatkan nak cakap apa. Nyatanya fikiran mak ini lebih positif daripada aku. Dia tak tahu yang anak dia ni kemaruk dengan Cikgu Ashraf. Mira rasa terlepas daripada tanggapan negatif daripada maknya. Yalah, Mak Lehakan sangat mengambil berat soal pelajaran Mira, jadi Mira memang tak sangka maknya itu sesporting itu.

“Eh, tiadalah menyusahkan, Mak Leha, saya yang tumpangkan dia, nak Minta Mira belanja saya makan kat sini,” jawab Cikgu Ashraf, berseloroh.

Mira mengulum senyum, pandai pula Cikgu Ashraf ni nak cover line ya. Mira dengan gayanya tersendiri mempersilakan Cikgu Ashraf duduk di sebuah meja di sudut restorannya itu.

“Ye ke, tak apalah Mak Leha belanja kamu berdua makan ya. Mira, kalau cikgu Ashraf perlukan apa-apa jangan pula punggung tu berat nak bangun,” pesan Mak Leha. Mira tersipu-sipu. Apalah mak ni…

“So, macam mana, risau lagi?” tutur Cikgu Ashraf, lembut setelah punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

“Tak…terima kasih sebab buat mak saya tak fikir yang bukan-bukan,” balas Mira berbasa-basi sambil mengulum senyum. Bukan apa, hati mak tu harus kena jaga. Yang mangsa buah mulut orang keliling, bukankah mak nanti bila anaknya dicap salah laku? Bukan tak peduli pandangan orang lain tapi pastikan tanggapan mak adalah yang utama melihat kita betul.

“Tulah…cepat sangat beranggapan yang bukan-bukan.” Cikgu Ashraf merenung wajah Mira dengan pandangan redupnya.

Argh…kalau dua tiga minit lagi cikgu ni merenung aku sebegini, gerenti aku dah pengsan menahan debar asmara. Mira menundukkan pandangannya. Malu direnung sebegitu walaupun hatinya mahu.

“Susah, kan kalau kita terlalu memikirkan kesempurnaan pandangan orang lain terhadap kita?” tutur Cikgu Ashraf lagi.

Pandangan mula dibuang ke luar, ke arah orang ramai yang yang berpusu memasuki restoran itu. Mira pula yang tercuri curi pandang kepadanya. Nampak macam feeling pun ada pada gaya dan nada suaranya.

“Sal cikgu cakap macam tu.” sekali sekala Mira menghirup air lemon teh di hadapannya. Cikgu Ashraf juga begitu. Seakan ada sesuatu yang menghambat hatinya dan mahu segera dilepaskan dari dalam rengkungannya.

“Aii…Mira, kan risau tanggapan orang yang melihat kita datang berdua-duaan ke sini.” Bibirnya mengukir senyum lagi. Memandang anak mata Mira yang selalu mengelak ditenung.

Haih….bikin saspens betul la…mamat ni, baru aku nak feeling dengan dia, dah nak putuskan line pula. Mira melirik senyum.

Kring! Kring! Telefon bimbit Cikgu Ashraf tiba-tiba berbunyi, lantas renungan matanya ke anak mata Mira terlerai. Siapa pula ‘kacau daun ni’, bisik hatinya. Segera telefon itu diangkatnya.

“Ash jangan lupa temujanji tu, jangan tak datang pula.” Suara yang sangat dikenalinya itu memberi peringatan.

“Yalah…tapi tak boleh ke kat kedai makan ni aje, jauh sangatlah tu, malam-malam nak memandu jauh, macam berat pula tangan ni nak memandu,” jawab Cikgu Ashraf.

Entah apa agenda sepupunya itu, tiba-tiba pula nak jumpa. Yang peliknya nak jumpa kat tempat yang jauh daripada tempat tinggalnya, jumpa kat gualah, alang-alang…Cikgu Ashraf menggelengkan kepala.

“Cikgu ada urusan penting ke,” soal Mira yang diam mendengar perbualan telefon Cikgu Ashraf sebentar tadi. Tak naklah konon mencuri masa penting Cikgu Ashraf.

“Takde…, silakan makan,” jawabnya pendek sambil tersenyum nipis. Makanan kegemaran mereka bersama sudah terhidang di depan mata. Bekas sudu yang terletak sedikit jauh dari Cikgu Ashraf dirapatkan oleh Mira.

“Mmm…sedapnya..kalau isteri dapat masak sedap setiap hari macam ni, gerenti suami terkejar-kejar balik rumah setiap masa.” Cikgu Ashraf melirik senyum ke arah Mira.

Mira tersipu-sipu, macam nak kenakan aku pun ada! rasalah masakan aku nanti, sahut hatinya. Berangan pula nak jadi isteri Cikgu Ashraf.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience