BAB 25

Humor Completed 44246

“Betul ke aku ni masuk rumah orang, ke..masuk sarang tikus?”

Badan Mira terundur sekaki ke belakang sebaik kakinya melangkah masuk dalam rumah itu. Rumah tinggal pun taklah berselerak macam ni. tunggang-langgang macam dilanggar geroda je. Haih…macam manalah boleh tinggal dalam rumah yang sesak dengan barang macam ni. kalah stor hypermarket. Mira menutup mulutnya menahan tawa. Lucu pun ada, manakan tidak pakaian ‘puaka’ juga bergantungan sana-sini.

“Hei, aku ajak engkau tinggal sini pun dah cukup baik tau! Sedap je mulut tu cakap rumah aku ni dilanggar garuda.” Nina menggumam geram.

“Betul apa aku cakap, dengan pakaian puakanya menghiasi setiap sudut tingkap, kalau Shahir nampak macam mana? Dapat bahan percuma la dia nak gelakkan engkau nanti,” ujar Mira sambil ketawa.

Kalah rumah lelaki bujang. Jangan-jangan rumah Shahir lagi kemas dari rumah dia ni. bebel Mira lagi dalam hati.

“Datang malas aku nak mengemas beginilah keadaannya. Sebab itu aku ajak engkau tinggal sekali, adalah juga orang tolong nak kemaskan,” jawab Nina bersahaja lalu menayangkan sengihnya.

“Amboi, amboi…nak jadikan kita ni kuli dia pula. Jadi kau nak letak aku ni kat mana? Tak nampak pun bilik.”

“Tu! kau punya bilik la tu.”

Nina menjuihkan bibirnya ke arah tandas. Konon nak tempatkan Mira dalam tandas tu. Tadi gelakkan rumah orang, karang aku jadikan tandas ini bilik kau, baru padan muka. Nina pula tersenyum nakal.

“Kau biar betul, kalau ruang rumah pun serabut macam ni, tandas engkau tak tahu la.. apa pula penghuni di dalamnya, entah-entah lalat bermuncung tiga sebab tak cukup satu muncung untuk hidu bau busuk tandas engkau tu” balas Mira.

“Haha....bilik kat atas la... Bilik utama tu bilik aku. Kau pilih aje mana-mana dua bilik yang masih kosong tu, tapi pandai-pandailah kemas sebab bilik tu jadi stor barang aku juga.”

Nina mengarahkan telunjuknya ke atas sambil ketawa dengan lelucon Mira.

Haih…biar betul la Nina sengih ni, satu hal pula aku kena kemaskan barang bersepah dia ni. Dahlah kita ni penat mengharungi perjalanan jauh, disambut dengan kerja house keeping pula, gerutu hati Mira.

Selesai mengemas rumah sewa mereka yang tunggang-langgang itu, mereka sepakat mencari restoran bagi mengalas perut yang sudah mula berkeroncong mahu segera disumbat makanan. Adat la bagi orang bujang, bila rasa penat, jalan singkat yang harus dipilih bila rasa lapar ialah makan kat luar.

“SO, engkau memandu sendiri la balik sini.” Nina memulakan perbualan. Order makanan dah buat, lambat betul nak serve orang. Karang kita orang lari cari kedai lain, percuma order tadi tu. Nina mula hilang sabar. Dekat setengah jam menunggu, makanan tak juga muncul. Masak mee Maggi lagi cepat daripada menjadi ‘ikan kering’ kat sini.

“Maaf cik, lambat. Kami tak berapa cukup kakitangan hari ini, pelanggan pula ramai sangat,” sapa waiter kat situ yang tiba-tiba muncul.

Makanan yang mereka pesan dihidangkan diatas meja. Panjang umur. Tak sampai sekajang aku meriwayat layanan korang yang tak mesra pelanggan, dah pun sampai ordernya. Nina menelan air liur .

“Tak mengapalah, kita faham,” jawab Nina ringkas.

Tadi bukan main lagi merungut dalam hati. Nampak peha ayam terus jadi cool. Nasib baiklah aku ni tak termasuk kategori panas baran, kalau ya, dah lama aku ‘mengaum’ kat sini. Tak cukup kakitangan tu bukan masalah pelangganlah! Customers is always right!. Ini ayat yang korang perlu pegang. Hati Nina masih mahu ‘berkicau’.

“Yang engkau diam saja tu apa hal, aku tak puas hati betullah, dari tadi lagi tunggu order ni, baru sekarang sampai?” soal Nina.

“Aku nak merungut pun malas la, penat tambah lapar jadi malas(penat+lapar = malas), jom la makan. Tak baik membebel depan makanan ni.” balas Mira.

Dengan gaya makan orang lapar, peha ayam Nina cuma tinggal rangka. Sambal belacan Mira pula tak bersisa.

“Kau tanya aku apa tadi tu, memandu sendiri?” soal Mira.

“Ye la, baru nak jawab sekarang, tadi orang bawa bercakap macam kena bius saja mulutnya,” balas Nina.

“Aku tengok muka engkau macam tak keruan je menanti hidangan tu muncul, aku bagilah engkau peluang hamburkan kekesalan kau tu dulu,” balas Mira lagi.

“Orang lapar memanglah, kalau boleh nak terus makanan tu depan mata, haih…dia ni macam tak faham pula,” omel Nina.

“Saiful yang hantar. Dia yang beria-ia sangat nak hantar, aku yang memang malas memandu ni pun lagi la suka,” ujar Mira bersahaja.

“Haah, baik juga ye abang Saiful engkau tu, dari dulu hingga sekarang setia je berbakti dengan kau. Engkau aje yang tak nampak.” Nina menokok tambah.

“Aku tahu la, dia memang baik. Dah anggap dia macam abang sendiri pun,” Mira menjawab selamba.

Seperti orang yang tidak merasa kelainan langsung dengan tindak-tanduk sepupunya itu.

“Jadi, bila nak kenalkan aku dengan kekasih baru kau tu?” soal Nina.

“Nak kenal ya? Nanti aku bawa engkau berjumpa dengan doktor Nora binti Hamdan di hospital. Itulah kekasih baru aku.”

Mira tersenyum. Jus epal yang masih bersisa di hadapannya disedut.

“Hah, mengarut la engkau ni, takkan engkau masih nakkan Cikgu Ashraf dulu tu. Dah beranak pinak agaknya cikgu tu!” jawab Nina.

“Engkau dengan abang Saiful ni sama aje la, asyik-asyik nak aku berlaki.”

Mira sudah mula naik cuak. Dia menarik muka masam, tak berminat dengan topik yang Nina bangkitkan itu. kalau tak sebut nama Cikgu Ashraf tu tak boleh ke? Orang tak nak, aku lagi la tak nak! Mira cuba menutup rasa malu dalam hatinya.

“Abang Saiful engkau tu sebenarnya, dia nak engkau berlakikan dia, dia bukan suruh engkau cari lelaki lain! Engkau aja yang tak faham!” ujar Nina.

Hmm…Nujum Pak Belalang muncul lagi. Dari mana la dia dapat mandat nak mewakili hati Saiful pula, omel Mira dalam hati. Tapi Mira akui yang hatinya dah kering berfikir soal lelaki. Sejak peristiwa cintanya tak kesampaian dulu hatinya menjadi dingin. Dia tak menafikan wujudnya dendam dalam hatinya itu dek kerana terlalu memendam. Soal cinta pada lelaki diketepikan jauh-jauh dalam fikirannya sejak itu.

“Hah, tahu pun engkau, kan?” sambungnya lagi.

Ada keturunan tok bomoh ke apa dia ni, macam tahu-tahu je apa orang fikirkan! Mira mengerutkan dahinya. Nak bercakap dengan Nina sengih ni memang tak ada noktahnya. Selagi pihak lawannya tak berhenti bercakap, selagi itulah hujahnya datang mencurah.

“Jom balik.”

Mira membimbit beg tangannya meninggalkan Nina terkial-kial di situ. Kalau duduk sejam lagi dengan dia ni mungkin aku dah lemas. Lemas dalam timbunan hujahnya yang mencurah macam runtuhan pasir. Mira melebarkan langkahnya.

“Hoi, tunggu la, kau marah aku ke?” laung Nina.

Terkocoh-kocoh dia mengejar Mira di hadapannya. Inilah jiwa yang ‘kacau’, sikit-sikit nak merajuk! Nasib baik aku ada Shahir. Dia ni nak tunggu siapa datang memujuk, aku juga yang disusahkan. Nina tersenyum nakal. Ek eleh!

“Tak, aku kerja shif pagi esok, nak rehat puas-puas malam ni,” jawab Mira.

Mendatar saja suaranya. Habis tenaga ‘berdikir barat’ dengan Nina. Rasanya aku perlu makan lagi lepas ni, nak tambah tenaga. Bikin penat betul la duduk dengan dia ni, bebel hati Mira.

“Tapi, macam mana pula kau boleh jadi doktor ni, kan kita ambil kelas sastera dulu tu, tup- tup kerja kat hospital pula.” Nina menukar topik lain. Tak habis lagi nak menyoal siasat Mira.

“Aku ambil kelas sains la lepas tu, sebab tulah engkau tu dah nak pencen cikgu, aku pula baru nak bergelar doktor pelatih,” balas Mira sengaja nak kenakan Nina.

“Kau aja ke yang buat macam tu atau ada rakan-rakan sekelas kita dulu yang ikut jejak macam kau juga?” Nina terkejar-kejar Mira yang semakin lebar langkahnya.

“Ada juga, tapi aku ni dah agak lambat dah sebab aku habiskan setahun dua untuk mengesahkan pilihan aku tu adalah yang benar-benar menepati kemahuan aku,” balas Mira mengimbau nostalgianya.

“Sampai begitu sekali nak berfikir ya, banyak buang masa pula kau ni, orang dah jadi superior kau baru nak jadi pelatih.” Nina pula menokok tambah.

“Tulah siapa suruh korang pindah rumah, baru sekarang nak tertanya-tanya.” Mira menyengih.

“Dah bapa aku kena transfer pergi jabatan lain, terpaksalah kami ikut. Siapa rakan yang ikut jejak kau tu,” soal Nina lagi masih ingin tahu tentang rakan-rakan lamanya. Selain Mira, kelibat sahaja pun Nina tak pernah jumpa rakan-rakan lamanya termasuklah juga Natasya dan Umairah yang menjadi musuh ketat mereka sewaktu di bangku sekolah dulu. Ataupun aku memang dah tak kenal mereka semua tu, hatinya berdetik.

“Malaslah nak cakap bukannya penting pun!” balas Mira sudah naik cuak menjawab pertanyaan Nina. Tak ingin dia mengimbau kembali zaman sekolahnya itu. yang sering terimbau pun bukanya perkara yang muluk-muluk tapi perkara yang hanya membangkitkan rasa sakit di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience