BAB 41

Humor Completed 44234

“Bos, saya dah tak nak buat kerja ni bos, saya dah tak sanggup,” ujar Shah bercakap dalam telefon.

Kenapalah perempuan ni yang bos pilih, tiada perempuan lain ke yang tak membuatkan hati aku cair! Fikir Shah. Malang sungguh baginya apabila hatinya itu mula terpaut pada Mira.

“Apa, Ingat siapa engkau sebelum ini!” jerit suara yang dipanggil bos itu dengan nada mengugut.

“Saya tahu bos, tapi…”

“Tapi apa! awak dah jatuh cinta dengan dia, begitu?”

“Bos saya lelaki normal bos…”

“Tidak! Jangan jatuh cinta kat dia! Aku suruh engkau pura-pura aje, minta maaf kepada dia atas apa yang engkau telah lakukan itu. kerja awak nak tarik dia masuk dalam mulut buaya bukan engkau yang masuk ke mulut buaya, faham! tegas suara yang dipanggil bos itu lagi.

“Mulut buaya tu siapa bos?” tanya shah bodoh.

“Sayalah mulut buaya tu bengap!” balas suara itu lagi.

“Baik bos.” Shah akur.

Tiada cara lain baginya selain akur sahaja pada perintah orang yang dipanggilnya bos itu. manusia yang dipanggil bos itulah yang menyelamatkan dia daripada nyawa di hujung tanduk. Dia terhutang nyawa kepada bosnya itu. mahu tak mahu nyawa itu harus dibayar dengan nyawa juga. Itulah yang bos dia inginkan.

“MIRA, maafkanlah Shah… fikiran Shah diluar kawalan waktu itu, maaf ya, Shah janji tak akan buat lagi,” rayu Shah.

“Awak teruk la…kalau ya pun tanyalah dulu sebelum bertindak. Siapa yang tak marah dengan tindakan melulu engkau tu, cari gaduh tanpa sebab,” balas Mira.

“Shah cemburu Mira, Shah tak tahu yang Saiful tu abang sepupu Mira,” akui Shah.

Huh, cemburu! Aku ni siapa? Tak ada kata putus aku yang mengatakan engkau tu boyfriend aku! Bisik hati Mira. aniaya aku kalau dapat boyfriend macam ni! Mira memutuskan talian telefon. Tak guna dia habiskan masa dengan mamat sengal ni.

“Mira, ini bungkusan bunga untuk awak, ada orang bagi kat luar tadi.”

Sekuntum bunga mawar merah dihulurkan oleh Lana kepada Mira. kenapalah tak bagi kat aku, beruntung doktor ni dapat bunga mawar awal-awal pagi, harum lagi tu! Dah berpuluh tahun aku kerja jadi nurse kat sini tapi tak pernah pun dapat bunga macam ni! Bisik hati kecil Lana.

“Oh, terima kasih Lana..awak kenal ke siapa yang bagi?” soal Mira ingin tahu.

Bunga yang dikatakan untuknya itu dibimbitnya masuk ke pejabat. Bunga mawar merah yang harum itu dicium dan dibeleknya, kut kut ada kad dari penghantarnya. Mira tersenyum seronok. Selama dia bekerja di sini, inilah kali pertama dia menerima bunga seumpama itu.

“Saya tak kenal, dia pun tak pula bagi tahu nama. Bagi aje katanya,” jawab Lana.

“Doktor Mira, ini kad doktor ke, saya jumpa kat depan pintu masuk tu?”

Doktor Nora pula muncul tersenyum sambil menghulurkan kad itu kepada Mira.

“Untuk saya ke dok?” soal Mira kebejatan kata.

Malu pun ada diperhatikan Doktor Nora mencium bunga tadi.

“Saya tak nampak orang lain yang tengah cium kuntum bunga mawar merah kat sini, jadi saya fikir ini kad dari bungkusan bunga doktor tu,” jawab Noktor Nora separuh bergurau.

Mira turut tersenyum. Kad itu dibuka setelah Doktor Nora berlalu pergi.

Maaf yang tak terhingga.

Hadir mu mengisi kekosongan ruang hati ku.

Ikhlas,
Shah.

Shah! Hampir saja bunga itu dicampakkan dalam tong sampah, tapi apalah salah bunga ini. Mira menyimpan saja kad itu dalam laci meja. Bunga mawar itu di biarkan di atas meja.

Lana menghampiri meja Mira, bunga itu di ambil lalu diletakkan di dalam pasu kosong yang terbiar di situ.

“Kan cantik letak dalam pasu. Doktor Mira macam tak berkenan aje, cantik apa bunga ni, boyfriend bagi ya?” soal Lana mahu menyibuk.

“Taklah…kawan yang bagi,” jawab Mira ringkas.

Malas dia memanjangkan hal Shah yang hanya membuatkan fikirannya itu kusut.

SUDAH hampir dua minggu Shah memujuk Mira, namun Mira masih dengan keputusannya tak mahu bertemu muka dengan Shah. Kata-kata manis dan ungkapan romantik sudah habis shah luahkan di telefon untuk memenangi hati Mira kembali namun Mira masih dingin.

Bermacam cara sudah dilakukannya; menghantar bunga bahkan menyamar menjadi badut untuk mengumpan hati Mira agar kembali menyenanginya tapi sia-sia. Ingat budak kecil ke nak di hiburkan dengan badut! Ish, ish, ish….

“Badut tu nak ajak awak beramah mesra dengan kanak-kanak sini, awak ikut ajelah!”

Doktor Nelly yang berwajah galak cuba mendesak Mira yang juga turut sama berada dalam majlis makan malam kakitangan dan penghuni hospital pada malam itu. macam aje tiada hiburan lain untuk kanak-kanak selain badut. Dah tu kita pula yang dipilih beriringan dengan badut tu. Haih…omel Mira dalam hati, lucu pun ada menjentik hati.

“Mira, ini Shah. Shah buat semua ini untuk Mira, shah nak lihat Mira turut tersenyum.”

Kata-kata itu shah bisik ketika dia sedang duduk beramah mesra dengan kanak-kanak pesakit dalam majlis itu. Mira terkejut, tak sangka Shah memujuknya sehingga tahap itu. tapi dalam hati ketawa pun ada dengan idea gila jadi badut untuk memujuknya itu. Shah, Shah….

MUNGKIN kata maaf itu tidak mampu menyembuhkan luka di hati

Tapi hanya ungkapan maaf itu sahaja yang mampu meleraikan konflik yang berlaku.

Mira tersenyum membaca status muka buku Arif Mulia. Pandai pula pancing hati orang ya! Tapi bukanlah jual mahal namanya kalau urusan Shah untuk memujuknya itu dipermudahkan.

Akhirnya Mira mengatur strategi untuk membalas Shah supaya permintaan maaf itu diterimanya.Tak baik juga tak maafkan orang yang dah mengakui kesilapannya, bisik hati kecil Mira. Kesian pula dia dengan Shah yang dah buat macam-macam taktik untuk memujuk hatinya.

Saiful yang memang bersedia untuk menemui lelaki yang bernama Shah itu, akur dengan permintaan Mira supaya tidak membalas dendam dengan tindakan Shah tempoh hari. Shah juga akur dengan perintah Mira agar memohon maaf kepada Saiful sepenuh hati atas salah sangkanya. Namun Saiful bukanlah lelaki yang meninggalkan seseorang yang mula dicuraigainya, lebih-lebih lagi jika perkara itu ada bersangkutan dengan Mira.

Shah yang bertanduk ego pula merasa terhina dengan tindakan Mira yang sengaja menemukannya dengan Saiful dan diminta pula memohon maaf atas kelakuannya itu. herolah katakan pantang dicabar!

Puii! Begini rasaanya nak memujuk kekasih yang merajuk. Tak naklah aku dapat kekasih yang suka membelasah aku dengan macam-macam taktik untuk memujuk. Hantar Bunga dan jadi badut tak apa lagi! Ini nak kena Minta maaf pula dengan mamat tu! Gerutu hati Shah. Jatuh standardnya sebab memohon maaf kepada seseorang yang bergelar lelaki sepertinya juga. Kalau bukan kerana bos, tak nak aku melutut di depan lelaki yang sama taraf dengan aku tu! Shah mengetap bibir dan mengenggam jemarinya menahan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience