BAB 7

Humor Completed 44234

SPM semakin hampir. Tinggal beberapa minggu lagi akan tiba. Mira, Nina dan Diya mempergiatkan usaha mereka. Nina yang hanya mampu meraih markah C sebelum ini, kini mampu tarsenyum bangga dengan pembaharuan pencapaian yang diperolehinya. Diya juga tidak ketinggalan. Mira juga tentunya, tak mahu gelaran pelajar cemerlang itu lenyap begitu sahaja. Semua ini atas usaha mereka sendiri. Mereka belajar bersama dan membimbing antara satu sama lain yang akhirnya membuahkan hasil.

Mira tidak mahu lagi memikirkan Cikgu Badrul yang dibencinya itu. Walaupun dia tidak mampu menumpuhkan sepenuh perhatian di dalam kelas Cikgu Badrul kerana kebenciannya, namun dia berusaha sendiri untuk memberi kefahaman kepada dirinya di luar kelas.

Benci, benci juga, tapi keputusan tetap perlu ditingkatkan, kalau tak sia-sia pergi sekolah. Cikgu Badrul pula dapat gaji aja setiap bulan. Yang ruginya aku! Mira bertekad.

Kursus sana sini giat dianjurkan oleh berbagai-bagai badan. Mira, Nina dan Diya juga tidak ketinggalan ikut serta. Mereka sanggup mengeluarkan wang demi keputusan cemerlang yang diimpikan.

Para guru begitu juga, mereka sanggup meluangkan masa memberi tuisyen percuma kepada para pelajar yang lemah dan kurang berkemampuan. Semua itu dilakukan demi mencapai tahap kecemerlangan kepada para pelajar yang bakal mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim. Itulah impian pengetua dan guru-guru di sekolah itu.

“Senang aja, kan kalau Mira ni, dapat markah rendah semalam hari ni dah naik balik, untungkan kalau jadi Mira ni, betul tak Diya?” puji Nina sambil menyiku Diya di sebelahnya.

“Jealous la tu..,” balas Diya sambil menyengih.

“Mana ada…aku kata untung ajalah, taklah macam aku ni yang terpaksa perah otak walaupun nak dapatkan markah B aja pun,” ujar Nina lagi.

“Dah Allah bagi dia otak geliga, kita yang tak seberapa ni pun tak mustahil juga kalau berusaha lebih, kan dah terbukti sekarang ni..tulah asyik baca novel aja,” usik Diya pula sambil ketawa.

“Ish, korang ni…kita ni sama ajalah, cuma tak kena cara aja tu, dah tahu mengatasi dan mencari di mana kelemahan kita yang sebenar, oklah tu…mana ada orang yang betul-betul sempurna,” jawab Mira yang diam sejak tadi mendengar Nina dan Diya memperkatakan dirinya.

“Hisy, sampai ke novel pula dia ni…membaca tukan salah satu cara mengelak penuaan Minda, novel tu salah satu bahan bacaan untuk tujuan tulah…kita bukannya membaca hingga kemaruk terikut-ikut dalam perwatakan novel tu kalau memang tak patut diikut. Haih…macam ajalah kita ni budak kecil yang tak tahu baik buruk,” tingkah Nina pula.

“Aii…novel jangan cakap, akulah juaranya kalau korang cakap fasal novel,” sokong Mira pula.

“Padan pun aku tengok muka korang berdua tu macam kulit novel aje,” selar Diya, berseloroh.

Maka terburailah tawa mereka. Nina pula menunjukkan penumbuknya ala-ala watak samseng Novel.

“ASSALAMMUALAIKUM cikgu.”

Kamal bingkas bangun memberi salam lalu disusuli pelajar-pelajar yang lain. Selaku ketua kelas, itulah tugasan pertamanya setiap kali ada guru masuk di dalam kelas itu sebagai penghormatan kepada guru tersebut.

“Walaikumsalam, silakan duduk,” jawab Cikgu Ashraf.

Langkah kakinya diatur menuju ke meja guru sebelum berdiri menghadap semua pelajar di dalam kelas itu.

Mira mengerling Nina yang duduk jauh di belakang kelas. Mereka saling berpandangan. Seolah-olah saling minta difahami apa yang tersirat difikiran masing-masing.

“Nama saya Ashraf bin Ali.” Cikgu Ashraf memperkenalkan diri.

Sejak masuk kelas, senyum di bibirnya tak putus-putus. Inilah rupanya guru baru yang Nina maksudkan. Pandangan semua pelajar terarah kepadanya. Ada juga yang berbisik-bisik entah apa yang tersirat di hati masing-masing.

Mira jangan kata la, kena bius habis mukanya memandang muka cikgu tu. Sayangnya, cikgu tu tak pula perasan dengan tingkah lakunya.

“Kini giliran anda pula memperkenalkan diri kepada cikgu,” katanya lagi.

Diarahkan jari telunjuknya ke arah pelajar pertama yang bakal memperkenalkan dirinya.

“Saya Shira, tinggal di asrama, tinggi empat kaki sepuluh inci, saya suka makan ketam.”

“Saya Hanim, tinggal di rumah mak cik, suka warna biru, saya minat menari.”

“Saya Natra, naik bas pergi sekolah, suka makan donut dan minat lelaki kacak,” Natrah tersipu-sipu.

Cikgu Ashraf menelan air liur. Macam nak ketawa pula dengan gelagat para pelajarnya nak memperkenalkan diri. Rasanya cukup setakat sebut nama saja, ini minat pun nak kena sebut sekali. Suka ketam la, suka menari la, minat lelaki tampan la. Adoi…nak tackle cikgu ke cik adik oi…

Seisi suai kenal diteruskan, rasanya dah pening kepala Cikgu ni nak dengar profil para pelajarnya. kini giliran Mira pula telah tiba.

“Nama saya Mira binti Malik.” Mira tersipu-sipu.

Entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup kencang bagaikan hendak terlompat keluar dari dadanya apabila bertentang mata dengan Cikgu Ashraf. Tadi bukan main memandang wajah cikgu tu, bila dah kena balas, terus jadi kaku. Adakah kerana senyuman Cikgu Ashraf yang terlebih mesra itu? Dia sendiri tak faham.

“Saya Natasya, panggil Sya pun boleh, cikgu.” Natasya pula mencelah, terkial-kial nak tunjuk gedik.Tak sempat lagi Mira duduk, Natasya dah terburu-buru bangun nak memperkenalkan dirinya pula tanpa diminta.

“Baiklah class, memandangkan waktu ini adalah subjek untuk Bahasa Melayu, maka cikgu akan mengajar anda Bahasa Melayu bagi menggantikan Cikgu Lisa yang bercuti pada hari ini, tapi ini bukanlah subjek yang cikgu ajar di dalam Kelas Lima A ini nanti.” Kata-kata Cikgu Ashraf terhenti di situ.

Semua pelajar terlongo. Masing-masing menanti pengakuan mandatori daripada Cikgu Ashraf. Rasanya semua sebjek yang diajar dalam kelas itu masih mempunyai guru masing-masing. Kenyataan itulah yang mungkin berputar ligat di fikiran para pelajar.

“Cikgu akan mengajar subjek Kesusteraan Melayu.” Cikgu Ashraf memutuskan kata-katanya.

Semua pelajar bersorak gembira. Lagak mereka seperti anak kecil yang sedang merajuk lalu disogokkan gula-gula Lallipop. Mereka kini terlepas daripada genggaman Cikgu Badrul yang garang mengalahkan singa jantan. Natasya dan Umairah saling menjongketkan bahu, yang ada di fikiran mereka ketika itu, boleh ke cikgu ni diperlakukan seperti Cikgu Badrul yang garang macam singa tapi mudah ditipu?

Orang yang paling gembira adalah Mira. Hidupnya kini seolah-olah terlepas daripada satu penyeksaan sejurus mendengar pengakuan Cikgu Ashraf sebagai guru baru yang bakal menggantikan Cikgu Badrul.

Tapi ke mana pula Cikgu Badrul bawa diri? Ah, lantaklah engkau nak pergi mana!” fikir mira dalam hati. Tak ingin dia mengambil tahu ke mana guru garang itu pergi. Walaupun sedikit terkilan kerana pertukaran guru yang begitu cepat dan tanpa pesanan, Mira tetap senang dengan kehadiran guru baru itu. Sekurang-kurangnya, tiada lagi sumpah seranah dihamburkannya.

“MIRA, engkau rasa Cikgu Ashraf tu best ke mengajar sastera nanti?” soal Diya tiba-tiba mengejutkan Mira daripada kelekaannya membuat kerja sekolah.

“Mungkin,” jawab Mira sepatah.

Tangannya ligat menulis menghabiskan kerja sekolahnya sementara menanti loceng berbunyi menandakan tamat seisi persekolahan pada hari itu. Tiada moodnya melayan pertanyaan Diya. Entah kenapa wajah tampan dan senyuman manis Cikgu Ashraf itu tertampal indah di benak fikirannya.

“Mira macam tak gembira saja dengan kehadiran guru baru tu,” selar Diya pula.

Secarik senyum sumbingnya dilemparkan ke arah Mira.

“Siapa kata,” jawab Mira ringkas.

Sekilas dia mengerling wajah Diya di sebelahnya. Fikirannya masih asyik mengenangkan guru baru yang bernama Ashraf itu. Diya yang begitu teruja bercerita tentang guru baru itu seperti tak diendahkan.

“Eh, malaslah nak bercakap dengan engkau ni, endah tak endah je aku bercakap!” omel Diya

Entah apa merasuk kepalanya tiba-tiba jadi blur! Diya memutuskan untuk diam, tak guna dia bercakap bagai dengan minah yang tak berapa nak melayan perbualannya itu. cakap dengan tunggul lagi bagus. Sebab tunggul memang takkan menjawab kalau di tanya. Ini cakap dengan orang, tapi macam tiada selera nak buka mulut. Karang aku suap belacan baru segar agaknya. Diya membebel dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience