BAB 27

Humor Completed 44234

Adui…apa hal pula kereta aku ni, tak boleh start pula! Mira menghempaskan pintu keretanya. Jam di tangannya sudah menunjukkan jarum pendeknya ke angka sepuluh. Ini tak boleh jadi ni, dah lewat dah ni, hatinya berdetik. Beg tangannya dicapai segera, naik bas ajelah tapi bas mana lalu kat sini. Mira mundar-mandir tak tentu hala.

“Assalammualaikum….Mir, kan, kawan serumah Nina yang baru, kenapa dengan kereta tu ada masalah ke?” Khairul membimbit briefcasenya sambil melangkah perlahan mendekati Mira di sebalik pagar yang memisahkan rumah mereka.

“Waalaikumussalam…ya, encik, kereta ni tak boleh start enjin pula,” jawab Mira sambil tersenyum nipis.

“Boleh abang tolong tengokkan?” Khairul menawarkan diri.

“Eh, tak apelah encik, saya dah panggil mekanik pun, saya naik bas ajelah pergi kerja, nanti encik lambat pula nak pergi kerja.” Mira menolak sopan.

“Jauh nak dapatkan bas kat sini ni, kita pun tak tahu kut kut ada anjing liar ke atau budak samseng nak ganggu kat tengah jalan tu, siapa nak tolong Mir nanti, tumpang ajalah dengan abang, abang boleh hantarkan Mir kat tempat kerja.” Khairul menyimpan briefcasenya di belakang tempat duduk kereta. Dengan tergesa-gesa Khairul masuk ke dalam keretanya dan mula menghidupkan enjin.

Mira terkebil-kebil, nak menolak atau menerima sahaja pelawaan Khairul itu. baru kenal barang seminit dah nak menerima ajakan dia tu! Eh, tak ke aniaya nanti kalau Kak Intan tahu, kenal sangat pun belum lagi dengan deorang ni. hati Mira berbolak-balik.

“Silalah naik, takpe, bukannya saya ada niat jahat pun.” Khairul menyimpul kemungkinan apa yang bersarang di kepala Mira ketika itu.

“Err…takpe ke, boleh minta kebenaran dengan Kak Intan..?” Mira teragak-agak. Terjenguk-jenguk mukanya ke muka depan pintu jirannya itu. karang Kak Intan tiba-tiba muncul menyerang tak ke jadi masalah rumahtangga nanti.

“Takpe…Kak Intan tak akan marah…kan Mir dan Nina ni jiran sebelah abang dan Kak Intan…lagipun Kak Intan tak balik lagi, dia pergi pasar pagi tadi,” jawab Khairul meyakinkan Mira.

Kerana terpaksa, Mira akur juga dengan pelawaan Khairul. Mira memilih duduk di belakang walaupun pintu kereta di bahagian depan sudah dibuka luas oleh Khairul. Khairul dengan lagak selambanya membiarkan saja.

“Mira nak abang hantar ke mana?” Khairul tersenyum nipis. Matanya menjeling cermin atas. Mahu melihat Mira melalui pantulan cermin itu.

“Saya kerja kat hospital, boleh ke encik tolong hantar sana?” jawab Mira.

“Oh, nurse ke?” Khairul tersenyum sambil mengimbangi pemanduannya. Sekali-sekala matanya mendongak cermin atas keretanya itu.

“Saya doktor pelatih, baru aje encik.” Mira menjawab sopan. Sekali-sekala matanya mencuri pandang jam di depan.

“Doktor..senang hati abang ada doktor kat sebelah rumah, tak payah panggil doktor jauh-jauh, dah lambat ke? Takpe abang pandu laju sikit ya. Oh…ya baru abang teringat, ada pula saudara abang kerja kat hospital tu, doktor juga macam Mir,” Khairul memahami reaksi Mira yang tercuri-curi pandang jam di hadapannya.

“Eh, tak apa encik, saya O.K aje, encik yang dah lambat mungkin sebab hantar Saya dulu, siapa nama doktor saudara encik tu?” jawab Mira. Nak juga tahu kut kut kenal, boleh juga dijadikan kawan.

Sebenarnya itulah yang diharapkannya. Oleh kerana malu nak mengatakan demikian kepada Khairul, Mira sengaja membangkitkan hal lain pula.

“Tak ingat pula namanya, saudara pupu belah isteri, lama dah tak jumpa dia, entah kenal entah tidak lagi dia tu, tapi tak payahlah berencik-encik pula, panggil saja abang, kan Intan pun korang panggil Kak Intan, jadi apalah salahnya panggil saya abang pula. Anggap sajalah kita ni satu keluarga.” Khairul selamba dengan suara maconya menuturkan kata-kata penuh taktik.

Mira yang selalu cair dengan kata-kata pujukan mengiakan sahaja. Tapi dalam hatinya berkata, dah tua bangka pun nak juga dipanggil abang, panggil pak cik rasanya lebih layak!

“Nah, ini nombor telefon abang, kalau ada apa-apa masalah, Mir telefon abang saja. Tak nak abang jemput Mir ke balik nanti?” Khairul menghulurkan sekeping kad nama kepada Mira.

“Eh, tak mengapa enc..abang, Mira tumpang saja dengan kawan nanti.” Mira tersasul-sasul. Pintu kereta segera dibuka walaupun Khairul sudah turun menuju ke arah pintu untuk membuka.

“Mira…abang ingatkan Nama kamu Mir saja, Nina kata hari tu Mir,” Khairul mengukir senyum manis.

“Abang tak dengar agaknya.” Mira mengukir senyum. Ingatkan dah tahu nama betul kita. Haih orang tua. Muka edisi Khairul ni bukan boleh percaya sangat. Mira berlalu meninggalkan Khairul di situ dengan ucapan salam dan terima kasih. Khairul pula menghantar Mira dengan pandangan matanya sehingga Mira hilang di celah-celah orang ramai.

Hmm…boleh tahan juga jiran aku ni, manis giler orangnya. Khairul membelok keretanya untuk berpatah balik. Tersenyum sendiri mengingatkan Mira tadi. Perempuan cantik rosak kereta, aku dapat peluang, hatinya berdetik sambil kepalanya terangguk-angguk mengikut rentak lagu Raja Gelek dendangan One Nation Emcees.

“KENAPA abang lambat sangat sampai, client dah lama menunggu dalam bilik tu.” Esya selaku setiausahanya memasam maniskan wajahnya di depan Khairul, tergedik-gedik minta perhatian.

“Psst…abang ada urusan…takpe mana dia client tu, bagilah dia masuk.” Khairul memberi arahan.

Walaupun dia selaku bos di situ dia lebih suka dipanggil abang oleh gadis-gadis cantik di pejabatnya itu. Esya yang sememangnya gedik suka-suka menjadikan bosnya itu seperti kekasihnya pula. Bagi Khairul pula, itu tiada apa hal. Dia lebih suka dikelilingi oleh gadis-gadis gedik itu. baginya mereka itu seperti anak-anak yang mahu bermanja dengan seorang ayah. walaubagaimanapun, tak pernah walau sekalipun dia mengambil kesempatan ke atas mereka semua. itu sekadar hiburan baginya. Dia masih ada Intan yang setia sebagai suri hidupnya, tapi…hmm…gadis edisi terhad ni memang payah nak cari. Khairul meleretkam senyumnya, teringat Mira yang baru saja dihantarnya sebentar tadi.

“Encik…silakan masuk, bos dah sampai dah tu.” Esya menjengukkan kepala di bilik menunggu bagi menjemput client yang dah hampir sejam menunggu, namun bilik itu kelihatan kosong sahaja. Esya terpinga-pinga.

“Dia dah balik, katanya tak jadi nak berurusan.” Rakan sepejabatnya memberi penjelasan.

“Ye ke, hmm…padan muka.” Esya mencebik. Itu sebab client lelakilah tu, cuba kalau Client perempuan, gerenti takkan melepas punya! Esya berpatah balik ke bilik Encik khairul.

“Dia dah tak ada, dah pergi dah…” selamba Esya menyampaikan perkhabaran itu kepada bosnya.

Khairul menjongketkan kening.

“Takpelah…ramai lagi client yang akan datang lepas ni, bukan rezeki kita.” Khairul menjawab tenang. Ganggang telefon terpasang di telinga sebelah kirinya, tangannya pula rancak menulis sesuatu di atas kertas.

Esya berpatah keluar dari bilik itu, tak ada chance nak bodek bosnya itu hari ini, sibuk semacam saja! Bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience