BAB 37

Humor Completed 44234

"Cantik tak bang?" tanya Nina tersenyum manja. Sehelai baju pengantin berwarna pink ala-ala Cinderella diragakan di depan Shahir. Wedding of the yearlah katakan. Cuma bila si pemakainya renek ala-ala si pokok bonsai, nampak macam tong drum pun ada juga. Pssst...

"Haah...cantiklah kalah Cinderella," jawab Shahir separuh mengusik. Dalam hatinya kenapalah bakal aku ni badan macam batang pokok pisang. Ah, batang pun batanglah, janji sayang kat aku! Shahir mengulum senyum bermakna. Dia tidak mahu Nina kecil hati. Bagaimanapun bentuk rangka bakal isterinya itu, dia tetap sayang.

"Abang ni, mengutuk ya?" Nina memuncungkan bibirnya.

Hah! Dia tu hitam macam pantat kuali, nasib baik ada sepsis macam aku ni wujud tau! Berangan nak bini macam Neelofa. Seperti biasa intuisi Nina telah bangkit. Macam tau-tau je apa yang Shahir fikirkan. Perempuan, kalau boleh nak kena puji cantik je oleh pasangannya. Lelaki kenalah pandai bohong sunat. Aman hubungan!

Selesai mencuba pakaian pengantin satu butik yang tiada sehelai pun pakaian ngam dibadan, Shahir dan Nina beralih pula ke sebuah kedai emas untuk meninjau-ninjau barang kemas sebagai pelengkap untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Habis satu tray cincin di kedai itu dicuba namun semua tak berkenan. Ini patern tak cantiklah bang! Ini kecil sangatlah bang! Dan macam-macam lagilah alasannya. Kalau tak habis dironda satu kompleks tak sah! Shahir naik pening. Mahu tak mahu layan sajalah kehendak buah hatinya itu.

DI tingkat dua kompleks itu, Mira pula berlenggang seorang menuju ke sebuah kedai pakaian wanita. Idea nakal yang muncul di kepalanya memaksa dia berjala keseorangan untuk menzahirkan ideanya itu. tap! Jarinya dipetik tanda berjaya. Dulu engkau kenakan aku, sekarang giliran engkau pula! Mira menyumbingkan wajahnya sendirian.

"Mira..Doktor Mira binti Malik, saya rasa saya tak silap. Saya Shah."

Lelaki itu menghulurkan tangan seraya memperkenalkan diri. Mira yang berkira-kira nak balik selepes menunaikan hajatnya terbantut langkahnya dengan sergahan itu.

Panggil nama penuh lagi tu, Nampak macam familiar sangat dengan aku, tapi siapa? Mira enggan menghulurkan tangannya.

"Ya saya, maaf saya tak kenal encik," jawab Mira tersipu-sipu.

Rasa malu pula bila tiba-tiba disergah oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya itu tapi kelihatan mesra seakan-akan mereka saling mengenali sekian lama.

Muka kacak! Kalau tengok sipi-sipi nampak macam Salman Khan, tengok depan, sah! Iras salman Khan! Hmm...tapi jangan terpedaya, ingat apa yang berlaku dulu, cinta tak kesampaian, malu nanti! Hati Mira berdetik.

"Saya dah lama kenal Mira melalui Fac, Mira aje yang tak perasan," ujar lelaki itu lagi bercakap penuh yakin.

"Oh ye ke," jawab Mira.

Ini kes jejak Faclah ni.

Lee Ji Woo ke atau Arif Mulia? Face language Mira memperlihatkan tindak balas spontan meneka empunya diri yang boleh dikaitkannya di Fac dengan kemunculan lelaki itu. namun dia simpan saja terkaan itu.

"Kalau Mira tak keberatan, saya nak curi sedikit masa Doktor Mira untuk makan bersama saya," ajak lelaki itu penuh sopan.

Mira yang selalu cair dengan kata-kata manis apalagi mendengar suara Shah yang lemak berkrim itu, terus saja meleleh melicinkan urusan Shah. Kata jual mahal!

Sebuah restoran KFC menjadi destinasi mereka. Pada mulanya, Mira enggan menerima pelawaan lelaki yang bernama shah itu, tapi shah kelihatan bersungguh.

"So, you jalan sorang ke? Boyfriend tak temankan?" tanya Shah sambil menampakkan senyum menggoda setelah menarik kerusi mempersilakan Mira duduk di hadapannya.

"Err..sorang aje, kebetulan balik dari tempat kerja, singgah sini sebentar beli sesuatu," Mira menjawab sopan.

Jus lemon yang baru di ambil dari kaunter tadi di tarik lalu mencucuk batang straw yang disertakan ke dalam penutup cawan plastik.

Dia sedikit kekok di hadapan lelaki maco itu. maklumlah tak ada boyfriend. Lebih-lebih lagi berdepan dengan Salman Khan yang baru di kenalinya itu. tapi ini salman khan yang tak berapa cukup incinya. Perlukah aku jawab yang aku ini masih single. Mira membiarkan saja persoalan Shah itu.

"Bang, bang..Miralah bang!" Nina mencuit bahu Shahir.

Sejak bila pula Mira ni ada boyfriend. Nina cuba menyembunyikan diri di celah-celah orang ramai yang lalu lalang agar kelibatnya tak ditangkap oleh mata Mira.

"Mana..tak nampak pun dia," tanya Shahir.

Matanya melilau kearah deretan manusia yang berpusu-pusu mengunjungi restoran itu.

"Tu...yang lelaki sedang duduk seorang tu. Mira pergi tandas agaknya."

Nina menjuihkan bibir kearah lelaki yang berkemeja biru. Mira kelihatan menuju ke arah tandas restoran KFC itu.

Shahir yang sudah nampak jelas rangka lelaki itu, memerhatikan saja dari jauh. Kelihatan lelaki itu tergesa-gesa mengeluarkan handphonenya setelah Mira hilang dari pandangannya.

Beberapa minit kemudian, Mira pun muncul. Seketika mereka bercakap dan berbalas senyum sebelum berpisah membawa langkah masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience